RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 13, 2014

Cerpen Muridku Suami aku. Part 4. ( Final)

 Part 4


“Linaaa!”
Telinga Ariana menangkap bunyi tapak kasut berjalan tergesa-gesa ke arah pejabatnya.
“Ye puan?”
“Awak tolong semak dokumen ni. Semak ejaan dan juga bahasa. Mana yang salah tu tolong betulkan. Lepas tu taip semula, okey?”
“Baik puan...”
Ariana menyandarkan tubuh. Pinggang terasa lengguh. Walaupun kerja bertimbun-timbun macam biasa, namun entah kenapa dia rasa lain macam sahaja hari tu. Seolah-olah ada perkara yang tak elok bakal berlaku.
Brrr!
Ariana mengerutkan dahi apabila melihat nombor yang naik pada skrin HTCnya. Siapa?
“Helo?”
“Helo Mr Akmal? Saya nak buat pengesahan untuk tempahan hotel.”
Berderau hati Ariana apabila mendengar kata-kata si pemaggil itu. Pengesahan hotel?
“Maaf, ni siapa ya?” Ariana bertanya cuba mengawal nada suaranya.
“Err, ni siapa ya? Boleh saya bercakap dengan encik Akmal?”
“Saya isteri Encik Akmal. Boleh saya tahu kenapa awak nak buat pengesahan? Encik Akmal ada buat tempahan ke?”

“Err, maaf puan. Saya tak boleh dedahkan maklumat ini atas nama polisi. Saya akan telefon encik Akmal lagi nanti. Terima kasih.”
“Nanti!” Namun sudah terlambat. Ariana merengus agak geram. Ariana segera mencari nama Akmal dalam HTC nya.
Tutttt.tuttt.
Kening Ariana berkerut apabila panggilannya tidak dapat disambungkan. Macam Akmal tengah bergayut dengan sesiapa. Ariana rasa tidak sedap hati. Akmal berbual dengan Nelly lagi ke? Ariana meletakkan HTC diatas meja. Hampir setengah jam Ariana termenung memikirkan apa yang Akmal cuba sembunyikan itu namun otaknya buntu. Perangai Akmal agak pelik. Pelik sebab Akmal sangat ‘daring’ di tempat tidur tapi dalam masa yang sama, suaminya itu seperti menyembunyikan sesuatu. Dan sekarang ni siap tempah hotel? Untuk apa?Dia pernah dengar, orang lelaki ni kalau ada buat salah, mulalah dia buat baik semacam. Bagi hadiahlah, layan terlebih romantiklah. Itu lah. Ini lah. Akmal pun masuk kategori macam tu ke? Arghh! Serabut.
HTC dicapai lagi. Nombor Akmal di dial namun yang mengejutkan ialah, telefon Akmal soelah-olah sengaja di matikan. Jantung Ariana sudah mula bertukar rentak. Dia dapat rasakan yang Akmal pasti menyembunyikan sesuatu.
“Wildaa!”
“Ye puan?”
“Saya nak keluar kejap. Awak tolong jaga pejabat.”
“Err, okey...” Wilda berkata sambil memandang hairan ke arah Ariana yang berjalan kelam kabut menuju ke luar itu.
Ariana memandu dengan hati-hati walaupun jantung berdegup kencang sehingga kadang kala membuatkan dia sesak. Dalam hati tidak putus-putus berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku. Dia cuba mengelak dari membayangkan apa-apa yang buruk bakal berlaku namun entah kenapa, kepala tetap berfikir yang bukan-bukan.
Ariana segera melangkah laju setibanya dia di lobi syarikat milik Akmal.
“Err, puan Ariana? Puan buat apa kat sini?’ Tanya Nini, pembantu Akmal.
“Encik Akmal ada?” Tanya Ariana tanpa menjawab soalan gadis itu.
“Err, encik Akmal tak ada. Sejak pagi lagi dia tak masuk pejabat.”
Jantung Ariana semkin berdegup kencang. Ariana segera berjalan menuju ke pejabat Akmal. Dia berhenti seketika di hadapan pintu pejabat Akmal itu dan menelan air liur berkali-kali. Dalam hati berdoa supaya dia tak berdepan dengan ‘insiden’ yang dia tak mahu lihat apabila dia membuka pintu pejabat tersebut.
Tombol dipulas perlahan. Dengan satu tarikan nafas panjang, Ariana menolak pintu tersebut ke dalam.
Ariana memandang sekeliling. Sunyi tidak berorang. Langkah kaki diatur perlaha memasuki pejabat sederhana besar itu. Betul kata Nini, Akmal nampaknya tak masuk pejabat sejak pagi lagi. Ke mana Akmal pergi? Selalunya kalau ke mana-mana, Akmal pasti akan memberitahunya. Tapi kenapa hari ini tidak? Akmal pergi jumpa Nelly ke?
Ariana berjalan ke arah meja Akmal. Meja yang tersusun kemas itu tiada apa-apa yang menarik perhatian Ariana....kecuali satu.
Mata Ariana tertumpu pada sekeping sticky post yang terselit di celah-celah file hitam yang tersusun di hujung meja tersebut. Perlahan-lahan kertas tersebut ditarik.
Bergetar bibir Ariana apabila membaca apa yang tertulis di atas kertas tersebut.
Sempurna Hotel – B312
Ariana sedaya upaya cuba menahan perasaan. Dia cuba bertenang dan berfikir secara rasional. Dia tak nak bertindak terburu-buru tapi dia harus segera bertindak.
“Nini, kalau encik Akmal masuk pejabat, tolong inform saya secepat mungkin, ya?”
“Baik puan..”
Ariana melangkah laju meninggalkan perkarangan pejabat Akmal dengan tangan tergenggam erat kertas yang tertulis nama hotel dan nombor bilik itu.
Nini menjeling ke arah pintu masuk pejabat tersebut sebelum dia mengangkat gagang telefon.
“Helo encik Akmal, ada berita tak baik...”
***
Ariana berdiri lama di hadapan bilik B312 itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia bimbang sekiranya apa yang menjadi andainaya selama ini menjadi kenyataan. Mampu ke dia terima sekiranya Akmal betul-betul curang? Macam mana dengan Airil dan Airis? Apa akan jadi pada mereka nanti?
Ariana menarik nafas dalam-dalam. Apa pun terjadi, dia harus tahu. Dia mahu tahu kebenarannya. Biarlah walapun pahit. Dia tak peduli.
Ariana mahu mengetuk pintu tersebut namun terhenti. Entah kenapa tangannya tidak jadi mahu mengetuk pintu bilik itu. Tombol pintu disentuh kejap. Walapun dia tahu pasti pintu itu berkunci, namun gerak hatinya kuat mahu dia melakukan sebegitu.
Klik!
Erk! Pintu tak kunci? Akmal terlupa nak kunci pintu ke? Atau tak sempat nak kunci....?
Dengan rasa debaran yang semakin mengila, Ariana menolak pintu tersebut ke dalam perlahan-lahan. Dia tak nak bunyi yang dihasilkan membuatkan Akmal sedar akan kehadirannya. Dia mahu bukti. Dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri.
Mata Ariana merenung sekeliling. Bilik sederhana mewah itu sangat cantik dan ekslusif. Memang sesuai untuk berbulan madu dengan hiasan lampu gantung di siling dan juga di dinding. Mata Ariana terpaku pada lantai. Ariana menutup mulut cuba menahan perasaan. Air mata sudah mula bergenang apabila pandangan mata jatuh pada kelopak bunga mawar merah dan putih yang ditabur sepanjang lorong menuju ke arah tengah bilik. Ariana hampir tersandar ke dinding. Lutut terasa lemah. Dia menangis dalam senyap apabila membayangkan apa yang bakal dia lihat nanti.
Dengan linaran air mata, Ariana melangkah perlahan mengekori taburan kelopak bunga mawar tersebut dan dia terhenti di tengah-tengah bilik tersebut. Air mata semakin laju menuruni pipi apabila dia memandang ke arah katil. Terdapat gumpalan bunga mawar yang membentuk love di tengah-tengah katil tersebut. Pandangan Ariana dia alihkan pula pada meja di sebelah katil tersebut. Terdapat sejambak bunga mawar merah beserta dengan beberapa jenis botol minuman sejuk.Tterdapat juga dulang makanan yang ditutup dengan tudung besi. Barangkali Akmal sedang meraikan sesuatu. Meraikan penyatuannya dengan Nelly barangkali? Ariana hanya mampu berdiri di situ. Dia tahu semuanya sudah terlambat.
“Sayang...”
Ariana hanya tunduk. Dia tahu Akmal yang berada di belakangnya itu. Dia pasti Akmal mesti terkejut besar dengan kehadirannya di situ. Dia tak sanggup nak melihat wajah Akmal ketika itu. Lelaki yang dia cinta separuh mati itu bakal mengecewakan hatinya. Serta merta dia terbayangkan kedua orang anak kembarnya itu. Bagaimana dia mahu menerangkan situasi ini kepada si kembar itu?
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Ariana menoleh perlahan-lahan ke belakang. Telinga dengan jelas menangkap bunyi petikan gitar akustik diselang selikan dengan suara nyanyian lagu oleh Akmal.
Akmal tersenyum ke arahnya sambil memetik gitar dan mengalunkan lirik lagu tersebut ketika lelaki itu melangkah ke arahnya. Ariana keliru buat seketika. Apa yang Akmal tengah buat ni?
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Akmal tersenyum ke arahnya setelah lelaki itu selesai mementik gitar. Ariana tergamam buat seketika.
“Happy birthday sayang...”
Ariana tergamam. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Birthday? Hari ni berapa hari bulan??
“Hmm, kenapa pandang abang macam tu?”
“Hah? Err.....” Bibir Ariana bergerak-gerak namun tiada apa yang mampu keluar dari mulutnya.
“Sayang menangis? Terharu eh...” Akmal tersengih lagi. Ariana spontan mengelap air mata di pipi.
“Abang...buat semua ni..untuk saya?” Tanya Ariana perlahan.
“Habis tu untuk siapa lagi kalau bukan untuk isteri tercinta ni..” Akmal menjawab sambil meletakkan gitar di tepi. Tangan Ariana ditarik perlahan sebelum dikucup lembut. Ariana yang masih keliru dengan apa yang terjadi itu hanya mampu mendiamkan diri.
“Sayang, kenapa diam je ni? tak suka ke?”
Laju Ariana mengeleng.
“Bukan..tapi..tapi...”
“Tapi apa? hurm...” Akmal mengangkat kening sambil tersengih nakal. Ariana tertunduk malu. Rasa malu dengan diri sendiri kerana telah berfikir yang bukan-bukan tentang Akmal. Tapi..
“Abang buat semua ni memang untuk saya? bukan orang lain?”
Akmal mengerutkan dahi.
“Kenapa sayang tanya macam tu?”
“Sebab...sebab...”
Kening Akmal terangkat sebelah.
“Sebab apa?”
“Saya ingat...abang...Nelly...”
“Nelly? Kenapa dengan Nelly?”
Ariana menelan air liur. Dia tahu yang dia dah tersalah anggap dan dia harus membetulkan balik keadaan.
“Saya ingat abang dah berbaik semula dengan Nelly. Maksud saya, Nelly tu kan dulu...”
“Kenapa sayang cakap macam tu?” Suara Akmal sudah mula berubah nada.
“Sebab...saya tengok HTC abang, selalu berhubung dengan Nelly, jadi hari ni saya ke pejabat abang dan nampak nama hotel ni. Saya ingat abang dan Nelly...”
Akmal diam.
Ariana menggigit bibir. Dia tahu pasti Akmal marah akan dirinya.
“Sayang tak percayakan abang?”
Laju Ariana mengeleng.
“Bukan. Maksud saya...saya tak...” Air mata kembali bergenang di mata Ariana. Adakah dia dah rosakkan semuanya?
Akmal menarik nafas panjang. Dia tahu semuanya memang salah dia pun. Buat sesuatu sorok-sorok lepas tu kantoi pulak.
“Abang, saya minta maaf. Saya tak niat nak buat macam tu. saya cuma...saya cuma nak tahu.”
Akmal masih diam.
Air mata semakin laju membasahi pipi Ariana. Dia tahu Akmal marah.
“Sudahlah sayang. Jangan menangis lagi...”
“Maafkan saya. Saya tak patut meragui abang...”
“Sayang, kan abang kata jangan menangis. Abang tak sukalah tengok sayang menangis macam ni...” Akmal mengelap pipi Ariana dengan hujung jari. Ariana masih tersedu sedan.
“Abang pun minta maaf. Abang tak patut buat sayang curiga macam tu. Tapi percayalah. Abang tak ada niat langsung nak curang ke apa. Abang cuma perlukan bantuan Nelly untuk rancang semua ni. Sayang tahulah, abang mana pandai nak buat suprise macam ni. Abang tahu nyanyi dengan main gitar je selain layan sayang atas katil..” sempat lagi Akmal mengusiknya. Merah muka Ariana ketika mendengar usikan Akmal itu.
“Betul ni? Betul abang tak ada apa-apa dengan Nelly?”
“Betull. Tak percaya pulak cakap abang ke?’ Akmal menyentuh hidung Ariana lembut.
“Bukan tak percaya. Yelah mana nak tahu kan. Nelly tu cantik jelita macam model. Saya ni apa lah sangat.”
“Sapa cakap sayang tak cantik? Tengok sayang pun abang dah bernafsu tau...” Akmal tersengih gatal.
Merah muka Ariana. Laju tangan Ariana mencubit lengan suaminya itu.
“Aduhh! Sakitlah sayang..”
Ariana menjeling. Dia menarik tangan Akmal sebelum mengusap tempat yang dicubitnya tadi.
“Habis tu kenapa sejak dua menjak ni abang macam lain je. Macam tak hiraukan saya...”
Akmal menyentuh pipi Ariana dengan lembut.
“Abang minta maaf kalau sayang terasa. Terus terang abang cakap, abang tak perasan pun itu semua. Mungkin abang penat sangat sampai layan sayang macam tu. Yelah, serabut jugak fikir nak buat kejutan ni untuk sayang. Risau kalau-kalau tak menjadi.”
Ariana terdiam buat seketika. Rasa bersalah mula menyelinap ke dalam hatinya. Sepatutnya dia lebih mempercayai Akmal. Dia kenal Akmal macam mana. Akmal yang sejak dulu lagi sentiasa menunggunya, sentiasa sabar menanti hatinya terbuka tapi dengan mudah dia menaruh syak terhadap suaminya itu. Diam-diam dia berazam akan lebih berhati-hati dan tidak mahu mudah buruk  sangka terhadap Akmal. Dia harus percaya pada Akmal.
“Sorry...”
Akmal menolak dagu Ariana ke atas.
“Abang yang patut minta maaf dekat sayang. Mungkin sejak dua tiga hari ni sayang tak senang hati kan. Tapi sayang kena percaya yang abang takkan curang. Sayang tak ingat ke dulu sikit punya susah abang nak dapat sayang? Empat lima tahun abang kena tunggu tau. Takkan sekarang ni senang-senang je abang nak cari lain...”
Ariana cuba menahan senyum di bibir. Hati mula terasa tenang sekarang. Dia percayakan Akmal. Dia tahu akmal jujur dengan perasaannya.
“Sayang...” Akmal mendekatkan mukanya ke arah Ariana. Ariana memejamkan mata disaat Akmal mahu menciumnya.
“Alamak!” Spontan Ariana membuka mata. Baru dia teringat sesuatu.
“Kenapa?”
“Airil dan Airis!” Spontan Ariana menjeling jam di tangan. Dekat nak pukul dua belas. Mesti si kembar tu dah tunggu lama.
“Abang dah minta angah tolong ambil budak-budak tu tadi...”
“Hah? Bila abang telefon angah?”
“Pagi tadi..”
Ariana memandang curiga ke arah Akmal. Hmmmm.
“Kenapa pandang abang macam tu?”
Ariana mengeleng.
“So..hari ni kita free sepanjang hari kan...” Akmal senyum penuh makna.
Ariana menelan air liur. Dia sedaya upaya mengawal riak mukanya yang sudah mula mahu berubah.
“Errr..saya...sibuk hari ni. Banyak kerja...” Belum sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, Akmal terlebih dahu mencium bibirnya sebelum mendukungnya menuju ke katil. Akmal merenung penuh makna ke arah Ariana sambil tersenyum.
“I love you sayang. I will love you forever and ever. Tak kira apa pun terjadi, sayang tetap abang cinta.” Akmal berbisik di telinga Ariana dengan penuh romantik dan sensual.
Then, the rest is history. J
Tamat.
video
p/s: habis dah. akmal tetap setia dengan ariana sampai bila-bila. bagi akmal, ariana itu wanita pertama dan terakhir. walaupun zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang setia macam akmal, tapi percayalah. memang wujud. dan ariana, sejak dulu lagi dia jenis kalau ada muskil apa-apa,  dia senyap tak tanya dulu kan? kalau korang semua ingat lagi watak-watak dalam novel MSA, semuanya adalah watak asal. ariana yang jenis kalut + terburu-buru dalam berfikir. akmal yang kadang kala tak ada perasaan tapi romantik dan daring. saya harap saya boleh buat cerita sampai anak-anak depa besar. tapi...hmmm. mungkin lepas ni cerita pasal dean pula? dan yang pasti, kalau ada cerita pasal dean, mesti ada akmal dan ariana buat tambah perisa. bila? saya pun tak tahu. heh.
P/S/S: sesiapa yang belum dapatkan novel dan nak tahu apa cerita akmal dan ariana sebelum mereka berkahwin, bolehlah dapatkan secara online di penerbitan fajar pakeer. :P

56 140 tukang karut:

Eijan said...

Emmm lega... Sweet couple...mmg x sabar nak tau cerita cinta dean Pulak...good Job...

Cahaya said...

eijan>>dean tak daring mcm akmal. tapi insyaAllah sy akan keluarkan sisi dean yang tak banyak dikupas dalam MSA nanti.

Nana Nn said...

Uhhh....
Mulanya dup dap dup.dap
takut Akmal btul2 ada affair
lastly.......fuhhhhh sib baik
happy ending.......
bestttt

Nurul Syifa said...

So sweet!

nor adilah said...

nice conflict..hehe, great job

eifa said...

Pergh.... kezutan ghupanya.

Nliyate said...

Wahh, buat jgn xbuat sambungan cerita Dean. ;)

noorliyana Shamsuddin said...

Tq .... memang puas

Cahaya said...

track mark cahaya ainn kan suka buat kezutan saspen gitu muehehehe.

Anonymous said...

Puas hati..baca novel dia pn best..tahniah.. ;)

Nvel Addct said...

Some how dh agak dh itu yg Akmal nk buat... Akmal kan my other half... Keh keh keh.....
2 thumbs up for my Akmal..!
And about d plagiat thingy... Dun worry.. Biarlah org nak copy apa sekali pun hak kita.. WE know who holds d original story.. Lgpn bila Allah kata it's yours.. Then it shall be yours..
So, next... DPM perhaps? :p

Cahaya said...

nvel>>yeap. kalau akak dah agak mesti sebab akak dah tau perangai Akmal tu mcm ne wakakaka. yap. next insyaAllah DPM. sian pulak depan menjeruk lama sangat hehe..

sarina nayna said...

4 hari marathon semua bab cita akmal & ariana ni...n sy suka thp gaban ngan citer ni...x sabar nk dptkn novel ni secepat mgkin nk tau kesudhan mereka cmner.... tahniah cik penulis... 2 thumbs up! :D

Cahaya said...

sarina>>thanks dear. boleh dapatkan secara online dengan fajar pakeer ye. terussss sampai rumah <3

mala kadir said...

alhamdulilah tetap akmal yg dulu.setia hanya pada anriana.saya suka pada penamat nye.rasa mcm nak ulang balik baca novel muridku suami aku lepas tu sambung ngan cerpen muridku suami aku.peh best ni....

Cahaya said...

mala>>heee. jenuh tu nak sambung balik baca tebai2 tu. hiks.. pape pun thanks sis. <3

mala kadir said...

tak kisah tebal janji best.........

Fafar Zulkifli said...

IIIII KNEEEW IIIIT! aaaaaaaa ok sah mmg saya na baring atas lantai jap and tutup muka THIS STORY IS JUST SO DARN SWEET!!!! like srsly akak, aaaaa akmal and ariana are my two fave characters ever and bukan saja dlm novel, tapi dlm sepanjang adik baca novel melayu. AAAA WOWOWOWOW SRSLY ADIK TA BOLE BHENTI SENYUM da la tga demam tapi baca novel ni buat adik rasa sihat and na guling guling eeeeeeeeeee!!! /w\
i love these characters. i love how you create their personalities. i love their dynamics. i love how theyre so made for each other. i love how akmal tu yg dulu kaki samseng ta cukup umur bole jadi one of the sweetest man in the world for ariana.
I
LOVE
THIS STORY SO MUCH AAAAAA THANK U AKAAAAK! <333

Cahaya said...

fafar>>hahahaha i loike all your comment. memang buat akak tersenyum je bila baca. :P

Fafar Zulkifli said...

hehehehe awwwww again im so happy dapat buat akak senyuuum! /w\ *tepuk dada buat buat batuk* ok so sebenarnya adik na ckp a few things kat akak sblm adik sedar ada cerpen ni tadi hehehe so here goes.

1. thank u sosososososo much sebab hasilkn novel ni. tbh adik tejumpa novel ni masa jalan kat kino and the moment adik nmpk tajuk, adik tpikat hehehehe. but then when adik baca summary and realize its based on a hate-turned-love relationship, ADIK TERUS BELI TA IGT DUNIA owo

2. tbh adik da lama gila ta baca novel melayu. so when the adik baca novel akak ni, one word: WOW A WOW. novel ni ta overdramatic like some malay novels and its like reading a fluffy romantic japanese manga. the book gives this good feeling and it always makes me smile and just berangan heee. plot dia simple but addictive and and and cara akak create characters ta kisah yg major ke minor, SEMUA ADA RELEVANCE DLM NOVEL AND KESAN DLM READER'S HATI AAAAA

3. and now my fave: the characters. again: WOW. akaaaak, adik mmg ta bole get over how amazing character development si akmal niiii. like awal awal chapter dia asyik na meradang je mcm budak kena tbakar kat bontot but then as i read, the story reveals that hes actually this sweet loving boy yg sgt setia pada yg dia cinta AAAAAAA!!!! everytime adik bandingkn dia yg 1st chapters ke dia yg final chapters, adik mcm ta pcaya and amazed ///w\\\ AND ARIANA. its like ok heroin yg 4 tahun tua n ckgu kepada akmal tapi in reality dia prangai childish, anak bongsu yg manja and dia pemalu esp when around org yg dia sayang. and through this, it just seems like akmal yg muda lagi kena jaga ariana yg tua aND DYNAMIC DIORG SANGAT COMEL!!!!

4. ahahaha sory adik mcm excited sgt tapi hakikatnya mmg excited pun hehe. sebenarnyakn kak, one time adik rasa stress gila sbb finals mcm na nangis. then tbe tbe adik amik buku ni and baca balik all my fave parts. and akak, let me tell you, i read it from 9 to almost 1am and hilang terus stress adik sbb tga busy gelak n snyum n sblm tido mmg tensengiiih je hehe. masa na drive g campus pun, masa adik dga lagu romantik, adik teingat moment moment comel akmal n ariana heeeee.

5. i wish this book was sold more in stores. adik recommend kat kwn kwn adik and THEY LOVE IT SOSOSO MUCH!!! even buku lama akak yg 'kerana dia suamiku' pun adik beli n baca and eheheheh comel gila eventho ending bittersweet /w\ tapi still novel MSA still the best eeeee!!!

.....oops rasanya adik da buat karangan da ni hahaha. so in short, thank you sosososo much akak sebab hasilkn cerita yg amazing, characters yg memorable, and thank u for being such a wonderful writer. adik harap akak tetap semangat and suka membuat cerita sbb they all utterly amazing. youre an amazing writer and im so happy to have found your books. adik ta saba na baca cerita cerita akak yg lain hehe

love, your excited fan, fafar /w\

Cahaya said...

fafar>>OMG panjang komen awak dik but i love it very much. since dulu masa MSA diterbitkan, ada few readers yang kata this book is boring and agak kebudak budakan disebabkan watak heroin walaupun memang watak heroin akak cipta sebegitu untuk balance dengan watak hero yang muda tapi matured at last. tapi bila ada reader yang suka MSA mcm adik memang akak happy sangat hehehe. thanks for supporting me dik. akak sangat hargai. bukan mudah untuk meraih kepuasan dan kepercayaan readers ni n once ada yang suka, memang seronoklah ni dan semakin bersemangat akak nak menulis. nanti try baca novel akak yang baru pulak andy hilton vs mr mpp under fajar pakeer. ada yang kata novel ni tak setanding MSA but i will let your decide hehehe. :)

Fafar Zulkifli said...

eeee yayy!! bt omg srsly???? coz let me tell you kak the moment adik tau ariana is a childish person adik suka!!! it kinda breaks the stereotype of a cikgu (pendiam, tlalu mature, super serious and all tht) so to see ariana - the cikgu yg 4 tahun tua - is actually childish and manja, aaaahhhhh sukanya adiiiik /w\ akak mmg creative hehe.
but omg if na bukak cerita pasal akmal bole stop jap hati adik hhaha. adik mmg suka watak 'garang and asyik na pissed off je tapi is actually a sweet and loving guy'. perangai dia and ariana super diff eventho dua dua tana mengalah tapi thats what makes it sooooo gooood! >w< !!!
besides in a way adik bole relate watak childish ariana eheeee.

eeee yes yes woohoo suka tgk akak bsemangat!! oooo tu la nmpk kat blog akak. da bookmark da blog ni tgu na baca je heee. nnt ada jual ke novel tu? owo ohohoho tape tape adik da read akak punya story so far and eventho MSA is still my top fave, adik tau im gonna enjoy this latest story as well /w\

Cahaya said...

fafar>>hahaha yeke?oklah tu. insyaAllah akak akan terus berkarya n thanks sebab sudi support akak. yang the latest novel tu dah ada di pasaran. baru je lagi. selamat membaca ye. hope still suka jugak novel tu hehehe.

shin mi lee said...

Akak twu, dari jauh sya dah senyum bila tgok tajuk novel nie kat bookstore. memang menarik!

Cahaya said...

shin>>kenapa senyum?hehehe.

Hazatul Syamimi said...

Maaf nk tnya....part 1-4 nie xde pun dlm novel muridku suami aku....last bab smpai Akmal ajar men gitar jer kan? Mohon pncerahan...

Cahaya said...

hazatul>>ni msa versi cerpen. memang tak ada dalam buku tu. saya buat sebab just for fun je untuk cerita lebih sikit tentang kehidupan mereka selepas kahwin since dalam buku sikit sangat kan after diorang kahwin.hope boleh masuk cerpen ni dalam buku tapi...kita tgu je editor kata apa hehe.

Hazatul Syamimi said...

Owh yeke? Ok2 hrp2 ad la smbungan la sbb ske tgk diorg bdua....sy cri bku nie kt kdai xde last2 order online, ske punya pasal smpai sy bce byk kli la....

Cahaya said...

hazatul>>memang kat kedai sush nak cari mungkin sebab keluaran tahun lepas. so senang order online je. free postage lagi kalau order dengan fajar pakeer.

Hazatul Syamimi said...

Owh yeke? Xtaw plak sy order dgn BBO klo xcilap....cmner nk order ngan fajar pakeer?

Cahaya said...

hazatul>>boleh pm mereka di https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?fref=ts. selalunya cepat je dapat.

Anonymous said...

Kerana dia suamiku ada stok lg tak

Cahaya said...

anon>maaf dah tak ada. semua novel tak ada stok dengan saya. boleh beli online dengan fajar pakeer ye. cepat dan mudah.

Anonymous said...

Terbaik...best sgt2..keep it up miss writer..smoge terus menghasilkan karya2 yang terbaik..amin..

Cahaya said...

anon>>thanks dear. thanks sudi singgah blog sy. =D

Afrina Saragih said...

Kak, I really love MSA! I love the storyline that I get butterflies in my stomach when I read it (I don't always feel this way when I read) I'm so in love with Akmal's character. He is very sure of his feelings and he knows what he wants. If only there are more guys like this.
Saya dah baca buku ni dekat 20 kali berturut-turut.Saya suka cara penulisan Kak. Kalau buku ni jadi drama mesti best kan!! Kak tulis la cerita macam ni lagi. Mesti best!
Love you for writing this book!
Love all the way from Singapore!

Cahaya said...

Afrina>>thanks dear for ur support. Love your comment n compliment. hehehe.<3

Noor Zamani Baharuddin said...

best giler watak akmal nie.... serius!
anyway, saya baru jer baca novel nie walaupun dah lama di pasaran... not bad.. kena dgn citarasa saya yang tak berapa suka sgt dgn cerita berat..

Cahaya said...

noor>>thanks sis sebab sudi baca MSA.insyaAllah MSA-Part 2 akan muncul. eh?! hehe.

Noor Zamani Baharuddin said...

oh tambahan... yang menjadikan lagi best bila baca buku tu sambil dgn lagu loving to love you (ulang2)... wahhh melting gittu... but serius, suka sgt2 dgn watak akmal..

Noor Zamani Baharuddin said...

really... oh my god... tak sabar nak tggu... suka sgt2 bila akmal main piano dgn guitar... jgn lupa selitkan dgn lagu yang best2..

Anonymous said...

mana nk dpt dua2 novel ni eyhh??

Cahaya said...

anon>>boleh buat pesanan di fajar pakeer https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?fref=ts ya.

Mohd Fuad said...

Assalamualaikum..... Saya nak Tanya.... Bab 51 Napa xada.... peminat setia msa

Cahaya said...

fuad>>MSA di blog hanya sampai bab 50 saja. kalau nak tahu kisah selanjutnya boleh buat belian terus dengan penerbitan fajar pakeer ya.

razin ulfah zahab said...

Ade jual lg ke?? Puas cr tp sy xjmpa..

Cahaya said...

razin>>boleh pm direct dengan penerbitan fajar pakeer.search nama mereka di fb ye.

wan mohd adnin said...

w/pun dh byk kali ulang baca novel ni tp x pernah jemu...rsa mcm nk suruh tambah2 je part2 bru2 kawin tu nk tgok cmna 'suweet'nye akmal nih..haha..n relation ariana ngan fmily akmal esp. papa dia..humm..x nak sambung ke?...haha

Ain Aqilah said...

Harap2 one day novel akak ni boleh terbit jadi drama pulak. Omgggg can't image it !!! Akmal & Ariana how so so so so sweet !!! Love it ! Love it ! Gdluck fr you future sis.

Anonymous said...

Yess kak buat cerita psl dean and selit kan sikit psl kwn akmal time sekolah dah kawin ke blom.....hope novel MSA dpt keluar tv..good luck kak

svtmonstax potato said...

Sis nak tanya boleh? Kalau order online dekat fajar pakeer dia sampai berapa minggu?

Cahaya said...

potato>>selalunya dlm seminggu je.

Suhaillah Abdullah said...

nak order camna ye. saya nak full set. berapa harganya

Cahaya said...

suhaillah>>sis boleh pm direct ke https://www.facebook.com/pfpakeer/ penerbitan fajar pakeer ya. boleh order dengan mereka.

Unknown said...

Salam sis,nak tanya mcm mna sya nak beli novel sis? Boleh bgi full detail kat email sya? ainaromzi99@gmail.com


Btw seriously I REALLY LOVE THIS BOOK. Novel Muridku suami aku ni buat kan sya tergila gila kan watak akmal dan ariana sbb tu sya nak beli buku ni..mohon balas ye

Lilly Daud said...

Suka sangat dgn ariana dan akmal...
Ada stock lagi ke novel ni di pasaran sis???
Nakk juga...lyellydee1202.ld@gmail.com
Tq.

Post a Comment