RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 12, 2014

Cerpen Muridku Suami Aku part 3


Part 3


“Morning puan...”
“Morning Wilda...”
“Puan, ada budak perempuan datang. Katanya puan panggil dia untuk interview.”
“Oh, dah datang? Nanti suruh dia masuk bilik saya...” Arina berkata sebelum berjalan naik ke tingkat atas di mana terletak pejabatnya.
Ariana meletakan beg tangannya di atas meja. File yang berterabur di atas meja di susun ala kadar. Tak sempat nak buat 5S semalam.
Tok.tok.
“Masuk...”
“Duduk...” Ariana memandang ke arah gadis bertudung di hadapannya itu. Manis.
“So, awak sepupu Wati?”
“Ye puan...”
“Siapa nama awak?”
“Lina, puan..”
“Lina...boleh saya tengok sijil dan resume awak?”
Lina mengangguk sebelum menghulurkan file berwarna hijau ke arah  Ariana. Ariana mencapai file tersebut sebelum disemak perlahan. Dia sekali lalu menyemak isi kandungan resume dan juga sijil yang diberikan oleh Lina itu.
“Jadi, awak baru grad?”
Lia mengangguk perlahan.
“Kira tak pernah bekerja sebelum ni?”
Geleng.
Ariana memandang ke arah Lina. Gadis itu tunduk merenung meja.
“Lian, saya tak makan orang tau.”
Terasa merah wajah gadis itu. Ariana hanya tersenyum.
“Jadi, betul awak nak kerja ni?”
Laju Lina mengangguk.
“Baiklah. Saya terima awak bekerja. Tempoh percubaan awak adalah tiga bulan. Kalau saya puas hati dengan prestasi awak, saya serap terus jadi pekerja tetap. Okey?”
“Okey puan...”
“Ha, baru dengar suara awak...”
Lina tertunduk malu.
“Lepas ni awak turun ke bawah jumpa dengan Wilda.”
“Baik puan...”
“Awak boleh keluar dulu.”
“Terima kasih puan...” Lina bangun lalu keluar dari biliknya itu.
Ariana mencapai gagang telefon sebelum menekan butang khas.
“Wilda, nanti Lina budak baru tu akan turun jumpa awak. Awak tolong sediakan dokumen perjanjian. Lepas tu nanti tanya dia tinggal mana. Kalau tak ada tempat tinggal, awak bawa dia balik rumah sewa. Dia akan duduk bilik lama Wati tu.”
“Baik puan. Ada apa-apa lagi.” Wilda bertanya sambil mencatat sesuatu pada buku notanya.
“Tak ada. Kalau ada apa-apa saya akan inform semula.”
“Baik puan...”
Ariana meletakkan gagang telefon. Dia menarik nafas lega. Hilang satu masalah. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Mata dipejam. Terbayang di fikiran akan kejadian malam tadi. Bibir spontan mengukir senyuman. Akmal masih seperti dulu. Hangat membara. Hmmmm.
Brrrr!
Ariana membuka mata. Spontan dia memandang ke arah HTC yang terletak di atas meja. Senyum manis terukir di bibir apabila melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum abang..”
“Waalaikumsalam sayang. Sibuk ke? Macam mana dengan interview hari ni? Okey?”
“Alhamdulillah okey je. Saya jadi ambil budak tu. Nampak macam okey je.”
“Yeke? tak apalah macam tu. Sayang ada kerja ke lepas ni?”
Ariana menjeling jam di tangan. Hampir pukul sebelas. Kejap lagi nak keluar ambil si kembar dari sekolah.
“Tak ada kerja tapi kejap lagi nak ambil kembar tu balik sekolah.”
“Hmm, kita jumpa boleh. Lepas ambil anak-anak, kita pergi makan...”
“Nak jumpa dekat mana?”
“Dekat cafe tempat biasa tu”
“Okey...”
“Jumpa nanti. Love you sayang...”
“Love you too...”
Ariana meletakkan HTC di atas meja. Dia bangun dan membetul-betulkan  pakaian pada tubuh. Beg mekap dikeluarkan dari beg tangan. Bedak kompak diambil lalu dibuka. Ariana menjeling wajahnya pada cermin. Setelah berpuas hati, dia berjalan keluar untuk ke pantri. Tekak rasa dahaga pula.
“Amboi, meriahnya. Sembang apa ni?” Tanya Ariana ketika mendekati meja di pantri tersebut.
“Eh puan, tak ada sembang apa pun. Ni ha si Milah ni sibuk menjual produk dia tu.”
“Produk apa?” Tanya Ariana kelihatan berminat sambil memandang ke arah Kak Milah, cikgu bahasa inggeris yang mengajar sekolah rendah itu.
“Tak ada apa sangat puan. Lagi pun Kak Milah rasa puan tak perlu pun nak pakai produk-produk macam ni. Maklumlah, puan dah cantik. Slim pulak tu...”
“Ada- adalah kak Milah ni. Boleh saya tengok?”
“Boleh-boleh...” Kak Milah mengeluarkan botol-botol berwarna putih itu. Ariana mengambil salah satu botol kecik berwarna putih itu. Berkerut dahi Ariana ketika membaca apa yang tertulis pada botol tersebut.
“Yang tu bagus jugak puan. Boleh kecilkan pinggang kita. Lepas tu kalau sapu dekat tempat-tempat berlemak pun elok. Lepas tu kalau rasa lenguh-lenguh badan ke, boleh juga di sapu. InsyaAllah boleh hilangkan lenguh tu...”
“Yeke? yang tu pulak untuk apa?” Tanya Ariana sambil mengambil sebiji botol yang bertutup merah jambu tu.
“Ha, yang tu pulak khas untuk kaum perempuan yang nak ‘tawan’ suami...”
Ariana memandang ke arah Kak Milah bersilih ganti dengan Kak Nora yang turut berada di situ.
“Tawan suami? Maksud Kak Milah apa?”
“Maksud akak, ubat tu boleh mengetatkan kita punya. Ala macam masa kita anak dara tu lah. Macam malam pertama dulu tu...”
Hampir ternganga mulut Ariana apabila mendengar kata-kata Kak Milah itu. Erk! Biar betul?
“Err, biar betul kak Milah? Benda macam tu pun ada ke?” Tanya Ariana seolah-olah tidak percaya. Dia kembali merenung botol di tangannya. Turut naik matanya membaca apa yang tertulis di situ. Ngeeeee. Dasyat betul.
“Betullah puan. Kalau tak percaya, puan cubalah dulu. Saya bagi free. Lepas tu kalau ‘menjadi’, boleh puan order dengan saya lagi. Mesti Encik Akmal tak tidur malam nanti...”
Terasa berbahang wajah Ariana ketika diusik begitu. Dia sedaya upaya mengawal riak muka supaya tidak berubah. Kak Milah ni pun satu, boleh pulak dia cakap pasal benda tu. Ish.
“Yeke? Hmm, tak apa lah Kak Milah. Saya sebenarnya bukan apa. Cuma tak berani sikit nak pakai benda-benda ni. Lain kali ye. Ermm, Kak Nora macam mana? Dah try ke?” Tanya Ariana pula sambil memandang ke arah Kak Nora.
“Akak pun baru nak cuba-cuba puan. Tak tahulah macam mana nanti. Kalau berkesan, nanti saya bagitahu. Bolehlah puan pun cuba. Kita orang perempuan ni benda baik macam ni kena selalu kongsi, betul tak Milah?”
“Betul tu puan. Kita ni umur dah semakin meningkat, kenalah pandai jaga luar dan dalam. Jangan bagi suami kita sebarang alasan untuk pasang lain. Orang lelaki ni kita tak boleh bagi peluang sikit. Kalau tak, laju je dia. Lepas tu mulalah cakap macam-macam. Itu mengelebihlah. Ini longgar lah. Sana kedutlah..sini kendurlah...”
Ariana hanya terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan.
“Hmmm, tak apalah Kak Milah, kak Nora. Saya sebenarnya nak keluar kejap lagi. Nak pergi ambil anak-anak. Nanti kalau ada apa-apa, telefon saya ye.”
“Betul puan tak nak cuba satu?” Kak Milah bertanya buat kali terakhir. Ariana hanya senyum.
“Terima kasih kak Milah, tapi lain kalilah..”
“Okey, kalau puan nak cuba, bolehlah cakap kat saya nanti. Saya bagi tester...”
Ariana tidak menjawab. Hanya senyum yang menghiasi bibirnya ketika dia melangkah keluar dari pusat tusyen itu.
Ariana menarik brek tangan sebelum memastikan enjin kereta. Pintu kereta dibuka sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah tadika.
“Mama!” Suara si kembar sudah kedengaran di telinga. Ariana tersenyum sebelum merendahkan badan dan memeluk anak kembarnya itu serentak.
“Mama! Rindu mama...” Rengek Airis. Begitulah saban hari setiap kali dia menjemput si kembar itu pulang dari sekolah.
“Yeke? alalala. Mama pun rindu Airis jugak.” Ariana mencium pipi si adik itu.
“Mama rindu adik je ke? Abang mama tak rindu?” Tanya Airil sambil memuncungkan bibir. Ariana ketawa kecil.
“Airil pun mama rindu. Dua-dua pun mama rindu, mama sayang...”
“Yeayy!” Airil melompat keriangan.
“Jom. Lepas ni kita pergi makan dengan papa, nak tak?”
“Nak!” Serentak mereka menjawab.
“Mama, kita nak makan kat mana?” Tanya Airil. Memang antara anak kembarnya itu, Airil paling banyak bertanya itu dan ini berbading si Airis. Kadang tu kalau kita tak layan dia bercakap, selagi itulah dia dok tanya. Memang sebijik macam Akmal. Agaknya menurun perangai si papanya kot.
“Papa nak ajak kita makan dekat cafe biasa tu, suka tak?” Tanya Ariana sambil memandu dengan cermat.
“Suka!”
Ariana hanya tersenyum sambil menjeling ke arah cermin pandang belakang. Kelihatan Airis sedang bermain dengan teddy bearnya manakala Airil pula sudah senyap dengan kereta dan motor mainannya. Ha kan dah kata. Memang menurun perangai si Akmal ni.
“Dah sampai.” Ariana berkata sambil menanggalkan tali pinggang keselamatan si kembar di bahagian tempat duduk belakang.
“Airil, hati-hati buka pintu tu.Tunggu mama dulu...”
“Cepatlah mama. Abang dah lapar ni...”
Ariana menggelengkan kepala. Cepat-cepat dia keluar dari kereta dan berjalan ke pintu belakang. Pintu dibuka dan dia menurunkan Airis dulu sebelum diikuti oleh si abang yang laju melompat keluar dari kereta itu.
“Airil, jalan elok-elok. Nanti jatuh, kan sakit...”
Ariana memandang ke kiri dan ke kanan ketika mahu melintas. Tangan kiri dan kanannya erat mengenggam tangan si kembar sebelum mereka sama-sama melintas jalan menuju ke cafe yang dimaksudkan oleh Akmal itu.
“Mama, mana papa? Tak nampak pun...” Tanya Airil sambil memandang sekeliling.
“Kita masuk dulu. Papa tak sampai lagi kut..” Ariana menjawab sambil menjeling jam di tangan. hampir pukul 11.30 pagi.
“Airil! Jangan lari-lari macam tu!” Ariana menegur si abang apabila anak lelakinya itu sudah mula berlari masuk ke dalam cafe tersebut.
“Mama cepatlah...” Airil menjerit memanggilnya. Ariana mengelengkan kepala sebelum tunduk dan mendukung Airis yang masih sibuk bermain dengan teddy bearnya.
“Mama cepatlahh!”
“Sabarlah sayang oiii. Airil ni sebijik macam papa tau...” Ariana berkata sambil meletakkan Airis di kerusi berhadapan dengan Airil.
“Siapa yang sebijik macam papa?”
Spontan Ariana menoleh.
“Papa!” Airil dan Airis menjerit serentak. Ariana menggigit bibir. Budak-budak bertuah ni.
“Rindu papa tak?” Akmal bertanya sambil menghulurkan tangan ke arah si kembar. Berebut Airil dan Airis mahu menyalami tangan papanya itu.
“Rindu! Papa kenapa lambat? Abang dah lapar ni...”
Akmal hanya senyum sebelum mengosok kepala si kembar itu.
“Papa ada kerja sikit sayang...” jawab Akmal sebelum duduk dan meriba Airis di sebelah Ariana.
“Abang...” Ariana menghulurkan tangan sebelum mengucup tangan si suami itu.
“Sayang sihat?” Akmal bertanya sambil mencium pipi Ariana. Muka agak kemerahan apabila Akmal dengan selamba berbuat demikian di tempat awam itu. Memang dia faham sangat dengan perangai Akmal. Dia mana nak hairan itu semua. Kalau dia rasa nak cium, dia cium je.
“Sihat. Abang sihat? banyak sangat ke kerja tu?” Tanya Ariana.
“Hmm, boleh tahanlah. Maklumlah rakan kongsi dari Indonesia tu nak datang hujung minggu ni. So banyaklah persiapan yang kena buat.”
Ariana tidak menjawab apabila seorang pelayan datang menghampiri mereka.
“Apa khabar Encik Akmal dan Puan Ariana. Lama tak datang sini. Sibuk ya...”
“Biasalah Lela. Sibuk sikit. So apa yang special hari ni?”
“Hari ni kita ada ikan bawal masak tiga rasa. Lepas tu ada tomyam campur. Ada...”
Ariana dan Akmal sibuk memilih menu sambil diselang selikan dengan suara Airil dan Airih yang berkata itu dan ini.
“Sayang nak tambah apa-apa lagi tak?”
Ariana mengeleng.
“Tak de kot. Banyak dah ni. Nanti tak habis pulak..”
“Papa, abang nak ayam goreng...”
“Hari tu kan baru makan ayam goreng, nak jugak ke?” Tanya Ariana sambil memandang ke arah Airil yang sedang bermain dengan kereta mainannya.
“Biarlah. Lela, bagi ayam goreng dua ketul eh..”
“Baik Encik Akmal. Ada lagi?”
“Cukuplah tu...” Ariana menjawab.
Lela kemudiannya berlalu dari situ.
“So, macam mana dengan budak baru tu? dah masuk kerja?”
“Belum lagi. Esok baru masuk kerja.”
“Yeke? baguslah tu. Sekurang-kurangnya boleh ringankan beban sayang sikit. So, jadi ke nak pindah KL ni?”
Ariana memandang ke arah Akmal.
“Abang rasa?”
Akmal mengangkat bahu.
“Ikut sayanglah. Abang mana-mana pun tak kisah...”
“Sebenarnya saya nak pindah dan buka cawangan di KL tu sebab nak mudahkan abang. Tak payah abang nak ulang alik ke KL lagi. Abang pun tahu kan.”
“Abang tak kisah pun mana-mana sayang. Mana yang baik untuk sayang, abang ikut je...”
Ariana tidak menjawab. Sesekali dia melayan si kembar yang sibuk nak bermanja itu.
“Airis sini dekat mama...” Ariana menghulurkan tangan ke arah Airis apabila pelayan sudah datang membawakan pesanan mereka. Akmal mula menyendukkan nasi ke dalam pinggan ketika Ariana melayan si kembar itu makan.
“Mama nak suap...”Airis berkata manja.
“Nak suap? Hmmm, manjanya anak mama ni. Meh sini mama suap...” Ariana mencapai sudu sebelum mengaulkan nasi dengan isi ikan bawal sebelum menyuapkan ke mulut Airis.
“Airil nak mama suap tak?”
Laju Airil mengeleng.
“Tak nak. Abang nak makan sendiri. Abang dah besar...” jawab si anak dengan megah. Ariana mengeleng perlahan.
“Sayang...”
“Hmm?” Ariana menoleh.
“Sini abang suap pulak?”
Bulat mata Ariana ketika memandang ke arah sudu yang sudah dihala ke arahnya itu.
“Ish, tak pelah. Abang makanlah dulu.”
“Nganga cepat...”
Ariana menggigit bibir. Eeee, seganlah pulak nak main suap-suap macam ni.”
“Sayang....”
Mahu tidak mahu terpaksalah dia mengangakan mulut jugak. Akmal, siapa tak kenal. Anda semua pasti kenal sangat perangai Akmal, kan?Heh.
Sudahnya, dari mula sampailah habis si Akmal kerja suap dia makan je sementara dia pulak sibuk melayan Airis makan. Airil pula berlagak seperti si abang yang sudah besar walaupun makan pun bersepah lagi. Mulut pun tak henti bercakap itu dan ini. Kejap-kejap cerita pasal kawan tu kawan ni.
“Sayang....”
“Abang makanlah pulak. Asyik suap saya je...”
“Abang makan dah tadi. Sayang pun asyik suap Airis je sampai sayang sendiri pun tak makan kalau abang tak suap kan...”
“Mama, nak ayam tu...”
“Airis nak ayam? Nanti mama ambil...”
Akmal hanya memandang ke arah Ariana yang sibuk melayan Airis makan itu. Dia kemdian meletakkan sudu di pinggannya.
“Airis sini dekat papa pulak...” Akmal menarik tangan Airis perlahan. Ariana menoleh. Keningnya terangkat sebelah.
“Airis makan dengan papa pulak ye...”
Airis hanya mengangguk. Ariana hanya memandang ke arah Akmal yang sedang melayan Airis tu. Sesekali Ariana turut melayan si Airil makan.
“Mama nak air...” Airil merengek perlahan.
“Nah, minum elok-elok...” Ariana mendekatkan gelas berisi air oren ke arah Airil itu.
“Sayang, jamahlah sikit nasi tu...”
“Ye abang. Saya makan ni...” Ariana akhirnya mengalah. Dia mencapai sudu dan mula menyuap nasi ke mulut. Sesekali dia menjeling ke arah Akmal yang sibuk melayan Airis. Comel je tangok Akmal macam tu. Rasa macam tak percaya je yang Akmal bekas ketua samseng masa kat sekolah dulu tu dah berubah jadi seorang papa yang penyabar dan penyayang. Layankan je kehendak anak-anak.
“Papa nak air....” Airis merengek.
Brrrr!
Ariana yang sedang menyuap tomyam campur itu menjeling ke arah Akmal.
“Abang telefon tu...”
Akmal bergerak sedikit untuk mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Ariana hanya memerhatikan wajah Akmal ketika lelaki itu merenung ke arah skrin HTCnya.
“Siapa telefon? Kenapa tak angkat?” Ariana bertanya apabila melihat Akmal tidak menjawab panggilan tersebut.
“Tak penting...” Sepatah Akmal menjawab. Ariana terdiam. Dia kembali menyedut minuman.
Brrrr!
Ariana menjeling ke arah Akmal lagi. Akmal kembali melihat skrin HTCnya buat seketika.
“Airis duduk dengan mama kejap ye...”
Ariana menyambut Airis yang dihulurkan oleh Akmal itu.
“Sayang, kejap eh...” Akmal berkata sebelum beredar dari situ untuk menjawab panggilan tersebut. Berkerut dahi Ariana apabila melihat keadaan Akmal itu. Pelik. Sebelum ni Akmal tak pernah ‘melarikan’ diri apabila menjawab sebarang panggilan telefon apabila berada dengannya. Tapi kenapa sekarang tiba-tiba je Akmal nak menyorok bagai ni? Siapa yang telefon? Dan kenapa Akmal beriya-iya tak nak dia tahu dengan siapa suaminya itu bercakap?
Hampir sepuluh minit juga Akmal ‘menghilangkan diri’.
“Sorry sayang. Ada hal sikit tadi.”
Ariana tidak berkata apa-apa. Hati sudah mula nak merajuk apabila Akmal seolah-olah tidak kisah untuk bercerita dengan siapa dia bercakap itu.
“Dah siap makan? Jom. Lepas ni abang ada kerja sikit...”
Sekali lagi hati Ariana terasa walaupun kalau diikutkan lojik akal, memang itu yang sepatutnya Akmal buat. Dah tu takkan nak lepak situ sampai petang kot? Dia pun ada juga kerja nak buat di pusat tusyen tu. Tapi disebabkan dia merasakan yang Akmal seperti memyembunyikan sesuatu, kata-kata Akmal itu kedengaran seperti suaminya itu mahu berjumpa ‘sesiapa’ atau pun lebih tepat lagi, berjumpa si pemanggil tadi.
“Airil dan Airis jangan nakal-nakal tau dekat rumah nenek.” Akmal merendahkan tuduhnya ketika mencium pipi kedua-dua kembarnya itu.
Ariana turut menyalami dan mencium tangan Akmal. Akmal membalas dengan mencium pipinya seperti biasa walaupun Ariana seperti sudah berjauh hati dengan Akmal ketika itu.
“Sayang okey?” Akmal bertanya apabila dia melihat Ariana tidak bercakap sejak dari tadi lagi.
“Hmmm.”
Akmal merenung ke arah seolah-olah cuba membaca riak wajahnya. Ariana tunduk sambil berpura-pura melihat ke arah si kembar itu.
“Sayang?”
Ariana menelan air liur.
“Hmm, abang pergilah dulu. Tadi kata ada kerja kan...” Ariana berkata perlahan.
“Sayang, kenapa ni? marah abang ke?”
Laju Ariana mengeleng.
“Taklah. Penat sikit. Abang pergilah. Kejap lagi saya nak terus ke rumah mak. Hantar budak-budak ni dulu lepas tu terus ke pejabat.”
“Sayang tak payahlah masuk pejabat. Balik rumah berehat je...”
“Tak bolehlah bang. Banyak kerja kat pejabat tak settle lagi tu...”
“Betul ni? nanti abang tak nak isteri abang jatuh sakit sebab kuat sangat kerja...”
Ariana cuba tersenyum. Terubat sikit rajuk di hati melihat sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Akmal itu. Dia tahu Akmal ikhlas ketika menuturkan kata-kata itu.
“Kalau macam tu tak apalah. Cuma jangan kuat sangat kerja. Nanti kalau sayang jatuh sakit, abang jugak yang susah...”
Ariana hanya tersenyum.
“Airil, Airis. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap mama, boleh?”
“Bolehhh!” Serentak si kembar itu menjawab.
“Abang pergi dulu...”
“Babai papa....” Ariana berkata sambil melambaikan tangan si Airis.
“Jom masuk kereta...” Ariana berkata setelah kereta Akmal hilang dari pandangan.
***
Ariana termenung seketika sambil jari jemari mengetuk meja pejabat. File yang bertimbum di atas meja itu langsung tidak diendahkan. Rasa tak ada hati pula mahu menyemak file-file tersebut. Fikiran sibuk melayang memikirkan hal lain. Hmmm.
Tiba-tiba Ariana teringat perbualan dia dengan Suzi beberapa minggu lepas. Perbualan tentang si sepupu Suzi Nony yang katanya mahu bercerai kerana suami si Nony tu sudah jumpa perempuan lain yang lebih muda. Ariana menggigit bibir. Diam-diam dia mengira di dalam hati. Masuk tahun ni, genap umurnya 34 tahun manakala Akmal berumur 30 tahun. Walaupun perbezaan umur dia dengan Akmal hanya empat tahun, tapi secara hakikatnya dia tetap lebih tua daripada Akmal. Semakin hari umur semakin meningkat dan dia pasti akan lebih cepat berkedut daripada Akmal, kan? Lagi pun orang lelaki ni lain. Makin berumur, makin hot katanya. Ariana menelan air liur. Laju dia mencapai beg tangan. Bedak kompak dikeluarkan sebelum dia meneliti cermin pada bedak kompak tersebut. Bersungguh-sungguh dia merenung setiap inci wajahnya. Manalah tahu sudah ada garis-garis halus ke kan.
Ariana menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu merisaukan tentang perkara itu. Adakah disebabkan perangai Akmal yang sudah mula ‘pelik’ sejak kebelakangan ini? Adakah Akmal sudah mula berjinak-jinak untuk beralih arah? Arghh! Serabut betul fikir.
TOK.TOK.
Spontan Ariana mengalihkan pandangan ke arah pintu yang memang sengaja dibiarkan terbuka.
“Ya?”
“Puan buat apa? tak nak balik lagi ke?’ Wilda bertanya.
Spontan Ariana menjeling jam di tangan.
“Eh, dah lewat rupanya. Tak perasan pulak saya.”
Wilda melangkah masuk ke pejabat tersebut. Ariana pula sudah kelang kabut mengemas itu dan ini.
“Puan okey ke ni?”
“Kenapa awak tanya macam tu? nampak macam tak okey ke?”
“Tak adalah. Tapi sejak dua tiga hari ni saya nampak puan macam lain je. Asyik termenung je. Puan ada masalah ke?”
Ariana memeriksa HTCnya sebelum memasukkan ke dalam beg tangan.
“Tak adalah. Semua budak dah balik kan? cikgu-cikgu lain?”
“Dah. Tadi lagi dah balik. Saya tunggu puan je ni...”
“Yeke? dah jom balik...”
Wilda hanya tersenyum sebelum mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut.
“Mana motor awak?” Tanya Ariana apbila melihat Wilda hanya berdiri di hadapan pusat tusyen itu.
“Motor rosaklah puan. Masuk bengkel...”
“Lah yeke? habis tu awak datang dengan apa tadi?”
“Abang saya hantar....”
“Kalau macam tu, jomlah saya hantar awak balik..” Pelawa Ariana.
“Eh takpelah puan. Kejap lagi abang saya sampai. Tadi dia kata dah on the way. Lagi pun kita tak sejalan. Susah pulak puan nak pusing balik nanti...”
“Lah tak ada benda lah.”
“Takpelah puan. Ha tu abang saya dah sampai...”
Ariana memandang ke arah kereta myvi berwarna hitam yang berhenti betul-betul di hadapan pusat tusyen itu.
“Saya balik dulu puan.”
“Yelah. Hati-hati...”
“Puan pun sama. Bawak kereta elok-elok, puan...”
Ariana hanya tersenyum.
Brrrr!
Laju Ariana mengeluarkan HTC dari dalam beg tangannya.
“Helo sayang, ada kat mana ni?”
“Helo abang, saya baru nak balik ni.”
“Lewatnya. Abang dah ada kat rumah ni.”
“Okey, kejap lagi saya sampai.”
Laju Ariana berjalan menuju ke kereta. Tanpa berlengahkan masa, dia menghidupkan enjin dan memecut laju menuju ke rumah.
***
Ariana menggigit jari. Sesekali dia menjeling ke arah bilik air. Pintu bilik air tersebut kelihatan terbuka sedikit. Akmal ni memang. Suka kalau mandi ke apa, tak nak tutup pintu. Kadang-kadang tu selamba je dia buka lebar-lebar. Macam nak mengodanya pula. Namun Ariana tidak ada masa untuk berfikir hal yang lain. Dia menjeling lagi bagi memastikan yang Akmal masih berada di dalam bilik air tersebut.
HTC hitam milik Akmal sejak zaman sekolah itu dijeling berulang kali. Entah kenapa rasa macam nak check je telefon si Akmal ni. Hatinya bagai meronta-ronta untuk mengetahui siapa yang kerap menghubungi Akmal sejak kebelakangan ini.
Ariana menggigit bibir lagi sebelum mencapai HTC tersebut. Jantung semakin berdebar ketika dia mendengar bunyi sesuatu dari dalam bilik air. Entah apalah si Akmal buat dalam tu. Namun dia tidak mengendahkan keadaan itu. Apa yang pasti, dia perlu memeriksa HTC Akmal.
Dengan lafaz bismillah, Ariana menyentuh skrin HTC Akmal. Sesekali dia menjeling ke arah bilik air sebelum dia meneliti senarai pemanggil.
Nelly.
Nelly.
Nelly.
Nelly.
Berkerut dahi Ariana ketika melihat senarai pemanggil di HTC tersebut. Nelly? Macam pernah dengar. Bukan ke Nelly ni bekas tunang Akmal dulu? kenapa Akmal masih berhubung dengan gadis itu? Dan kenapa Akmal tidak pernah menceritakan tentang Nelly? Kenapa Akmal perlu menyorokkan hal ini? Hati Ariana tiba-tiba menjadi sebak. Air mata sudah mula nak bergenang apabila mengenangkan yang Akmal berhubungan dengan Nelly si bekas tunang itu tanpa pengetahuannya. Adakah Nelly sedang menghadapi masalah dnegan suaminya sampai Akmal yang menjadi tempat meluahkan masalah? Atau sebenarnya Akmal mempunyai niat lain? mahu menyambung perhubungan yang terputus dulu? serta merta dia terbayangkan wajah Nelly. Gadis tinggi lampai persis model Victoria Secret itu berlegar-legar di fikirannya. Walaupun sudah mempunyai dua orang anak, namun penampilan Nelly tetap tidak berubah. Masih cantik dan anggun. Rasanya kali terakhir dia berjumpa dengan Nelly ialah pada raya tahun lepas di rumah papa dan mama Akmal. Ketika itu gadis itu kelihatan anggun dengan baju kebaya moden warna firus. Masih jelas juga di fikirannya ketika itu akan kemesraan antara Akmal dan Nelly. Macam tengah buat rancangan jejak kasih je. Hmmm, patutnya jadi rancangan jejak kekasih. Huhuhu.
Kriukk.
Ariana terkejut besar apabila telinga menangkap bunyi pintu bilik air dibuka perlahan. Laju dia meletakkan kembali HTC di atas meja. Ariana cepat-cepat mencapai sikat lalu berpura-pura menyikat rambutnya. Jantung terasa seperti mahu luruh ke lantai.
Akmal muncul dengan gaya biasa. Bertuala putih dengan rambut basahnya itu.
“Sayang...”
Hampir nak tercabut jantung Ariana apabila Akmal memanggil namanya.
“Err, ye bang?” Ariana menjawab hampir tergagap. Air liur ditelan berekali-kali. Adakah Akmal tahu yang dia baru sahaja stalk HTC suaminya itu?
“Mana boxer abang yang warna merah tu?”
Erk?!
“Hah? Bo....boxer? errr....dalam almari tu takde ke?”
“Takde pun...” Akmal menarik laci almari pula. Ariana hanya memandang ke arah Akmal yang sedang tertunduk-tunduk. Inilah masalah lelaki, seluar dalam sendiri pun tak jumpa cari.
“Sayang tolonglah cari....”
Ariana meletakkan kembali sikat di atas meja sebelum berjalan menghampiri Akmal. Satu persatu laci almari di bukan dan ditutup.
“Ni ha...” Ariana mengeluarkan boxer tersebut dan dilayang-layangkan di hadapan Akmal.
“Pakaikan...”
Bulat mata Ariana ketika mendengar kata-kata Akmal itu. Pakaikah??
Akmal cuba sedaya upaya menahan senyum di bibir apabila melihat perubahan wajah isterinya itu. Pantang usik, habis berubah muka.
“Gatallah abang ni. Cubit baru tahu...” Ariana menjeling sebelum tertunduk ke bawah. Muka dah terasa panas.
“Gurau pun tak boleh...”
“Nah. Nak ke tak nak ni?” Ariana bertanya lagi. Akmal tersengih gatal. Hmmm.
“Nantilah. Nanti kena bukak balik kalau pakai sekarang...”
Ariana menggigit bibir. Muka dah terasa tebal berbelas inci. Arghhh.
Akmal masih tayang sengih miangnya ketika tangan menarik pinggang Ariana rapat ke tubuhnya. Dada Ariana kembali berdegup kencang. Rambut Akmal yang masih basah itu kelihatan seksi di matanya.
Akmal merenung ke wajah Ariana sambil jari jemari lelaki itu mengusap lembut pipinya.
“Eh..apa ni?” Tanya Akmal sambil merenung wajahnya dengan teliti. Spontan Ariana menyentuh pipinya.
“Apa?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Kedut ke tu?”
“Hah?” Spontan Ariana berlari menuju ke cermin. Bersungguh-sungguh dia membelek muka. Kedut? Mana? Warghhh! Akmal dah nampak kedut dia ke? Huhuhu.
Akmal hanya ketawa di belakang apabila melihat gelagat isterinya itu. Ariana hanya menggigit bibir. Rasa seperti Akmal sedang mengejeknya pula. Yelah. Umur dia pun dah 34. Dah masuk third series. Esok lusa badan pun dah berkedut sana sini. Dah kendur sana sini. Sobsss.
“Sayang. Abang gurau jelah...” Akmal memeluknya dari belakang. Ariana diam tidak terkata. Hati mula terasa sebak. Spontan dia menjeling ke arah HTC akmal di atas meja. Agaknya inilah sebab kenapa Akmal sering berhubung dengan Nelly. Mungkin Nelly pun ada masalah dengan suami dia dan Akmal gunakan peluang untuk jalinkan kembali hubungan dengan bekas tunangnya itu?
“Lah, kenapa diam je ni? marah abang eh...”
Ariana cuba melepaskan pelukan tangan Akmal di pinggangnya namun lelaki itu semakin memeluk erat pinggangnya. Ariana tunduk. Setitis air mata menitis di pipi. Sedih apabila mengenangkan apa yang ada di dalam fikirannya itu jika benar-benar terjadi.
“Sayang? lah, kenapa nangis ni? abang bergurau je sayang.” Akmal memusingkan tunduh Ariana. Ariana hanya tunduk merenung lantai. Air mata semakin laju menuruni pipi.
“Sayang, abang minta maaf kalau sayang marah. Abang tak niat pun nak cakap macam tu.” Akmal memujuk lagi namun Ariana tidak memberikan sebarang respon. Sesekali dia mengelap air mata di pipi.
“Sayang...” Akmal menolak dagu Ariana ke atas namun Ariana mengelak pandangan mata Akmal.
“Lah, marah lah ni ye. Sampai pandang abang pun tak nak...”
Ariana menarik muncung. Merajuk.
“Merajuk pulak sayang abang ni. Meh cium sikit...” Akmal menundukkan badan sebelum mencium kedua belah mata Ariana yang masih basah dengan sisa air mata itu.
“Sayang, abang minta maaf okey. Jangan marah. Abang gurau je. Takde pun kedut ke apa. Lagi pun kalau sayang berkedut seribu pun, abang tetap sayang...”
Ariana menjeling namun tidak berkat apa-apa. Dia mengelap hidung yang sudah mula berair.
“Sayang dengar tak ni? abang sayanglah...”
“Tipu...” Ariana mengumam perlahan.
“Lah, betullah. Kenapa? Tak percaya?”
Ariana menjeling lagi.
Habis tu kenapa berhubung dengan Nelly lagi? Rasa seperti mahu sahaja dia bertanyakan soalan itu namun entah kenapa, dia tak berdaya untuk mengutarakan soalan itu. Bukan malam ini.
“Janganlah merajuk macam ni. Kesian abang tau..”
“Kenapa abang pulak yang kesian?”
Akmal tersenyum penuh makna.
“Yelah, kalau sayang merajuk, melepaslah abang malam ni...hurmmm.”
Ariana menelan air liur. Jantung dah rasa macam tergolek-golek di dalam tu.
“Sayang...” Akmal menyentuh pipinya lembut. Sengih nakal masih menghiasi bibir lelaki itu.
“Rindu sayanglah. Hari-jari tengok pun tak puas. Rasa nak peluk sayang setiap masa je...”
Ariana terdiam. Yeke? habis tu kenapa cari Nelly?
“Sayang...jom..” Akmal berbisik romantik membuatkan tubuh Ariana seram sejuk namun dia akur dengan permintaan Akmal. Ah, sesungguhnya dia takkan mampu menolak Akmal. Walau apa pun yang terjadi.

12 140 tukang karut:

Anonymous said...

best

Nana Nn said...

Best best best
Jgn lah akmal ada affair
Oh tidakkkkkkkkk.....

Eijan said...

Best...but please jgn la curang2 Pulak Akmal ni....

nor adilah said...

gempak

eifa said...

Akmal! Tolonglah jgn curang eh!!!

Nvel Addct said...

Curiga2 ni yg x best nih... Hish..

Cahaya said...

nvel>>kalau akak ingat lagi perwatakan ariana dan akmal macam mana dalam novel tu, akak dah boleh jangka dah apa jadi sebenarnya heee.

Fafar Zulkifli said...

pfpfpfppt sakit tekak saya gelak chapter ni omg. first pasal krim tu then pasal akmal suapkan ariana
buT THEN WHEN AKMAL GURAU PASAL BOXER AND KEDUT WIFE DIA MMG SAYA TBATUK BATUK GELAK aaaaaaaa mmg best baca cerpen ni pagi pagi life mood saya /w\
ohohohoho org semua takut akmal curang tapi knowing him and esp knowing akak, tau tau sgt apa plan sebenar dia c:

Cahaya said...

fafar>>hahahahaha well, you know meee hahaha :P

Kasih Nuriman said...

akmal ni nakallah. hahaha. tak sanggup nak bace part yang boxer tu..

firdainn stylish korean fesyen said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya said...

kasih>>haippppp :P

Post a Comment