RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, April 11, 2014

Cerpen : Muridku Suami aku. Part 2



Part 2
Ariana tersandar di kerusi. Tangan memicit pelipisnya beberapa kali. Kepala terasa agak berat. Barangkali cuaca agak panas ditambah pula kerja yang semakin bertimbun. Dia sudah pun berbincang dengan Akmal tentang urusan membuka cawangan di Kuala Lumpur itu dan nampaknya Akmal bersetuju. Yang menjadi masalah sekarang ialah mencari tapak yang sesuai untuk membuka pusat tusyen tersebut. Rasanya sejak seminggu dua ni tak ada kerja lain yang dia buat selain turun naik ke KL tu. Habis tempat dia servey namun dia masih belum membuat keputusan lagi. Along cadangkan supaya dia membuka pusat tusyen berdekatan dengan taman perumahan atau pun kawasan sekolah. Tapi masalahnya kawasan-kawasan tersebut agak mahal sewa bangunanya. Tambahan pula dia belum ada penganti Wati lagi. Kalau dia pindah sekarang, siapa yang nak bantu dia di KL nanti? Perlu ke dia buka iklan untuk cari sorang pembantu? Dia dah pun cakap dengan Wilda yang kemungkinan gadis itu akan diberikan tanggung jawab untuk menguruskan pusat tusyen di sini sekiranya dia jadi pindah ke KL. Nampaknya Wilda boleh dipercayai dan mampu mengalas tangung jawab tersebut. Lagi pun Wilda tu agak lama juga bekerja di sini. Cuma Wilda bukan jenis banyak cakap.
“Puan okey ke ni?”
Ariana membuka mata.
“Oh Wilda, ada apa?” Tanya Ariana sambil membetulkan kedudukannya. Mata kembali tertumpu pada file hitam di atas meja. File yang mengandungi kertas kerja untuk pembukaan cawangan baru di Kuala Lumpur nanti.
“Tak ada apa-apa. Saya baru nak ke pantri tadi. Lalu depan pejabat puan nampak puan lain macam je. Puan tak sihat ke?”
“Tak ada apalah. Panas kot. Maklmumlah cuaca sekarang ni tak menentu. Asyik hujan panas hujan panas je...” Ariana menjawab sambil mengurut lehernya pula.
“Jangan-jangan...”
Ariana mengalihkan pandangan ke arah Wilda yang masih tercegat di hadapannya itu.
“Jangan –jangan apa?”
“Jangan-jangan...Airis dan Airil  nak dapat adik lagi tak?”
Bulat mata Ariana apabila mendengar kata-kata Wilda itu.
“Ish! Ada ke situ pulak perginya. Dahlah. Awak tadi kata nak pergi pantri kan?”
Wilda hanya tersengih sebelum berlalu keluar dari situ. Ariana hanya mengeleng. Spontan dia memegang perutnya. Tak mungkin. Dia baru je lepas habis period. Lagi pun dia memang macam ni. Selalu sakit kepala kalau cuaca tak menentu. Lagi pun dia tak rasa perubahan yang lain pada tubuhnya, macam masa dia mengandungkan si kembar dulu tu.
Brrrr!
Lamunan Ariana terhenti apabila telefon bimbit yang terletak di atas mejanya berbunyi.
“Assalamualaikum abang...”
“Waalaikumsalam, sayang buat apa? Sibuk ke sekarang?”
“Tak buat apa. Just semak file proposal pasal cawangan kita di KL tu.”
“Oh. Sibuklah ni?”
“Tak jugak. Kenapa?”
“Abang ada dekat luar ni. Kalau sayang tak sibuk, kita jumpa kejap. Abang laparlah...”
“Abang lapar?” Tanya Ariana sambil menjeling jam di tangan. hampir pukul sepuluh pagi. Sejam masa sebelum si kembar tu balik sekolah.
“Nak jumpa kat mana?”
“Cafe tempat biasa tu boleh?”
“Okey. Lagi pun dekat sikit nak ambil Airil dengan Airis nanti...”
“Okey, jumpa sana. Love you...”
“Love you too...”
Ariana segera mengemas mejanya dan memasukkan telefon bimbit di dalam beg tangannya.
“Wildaaa...”
“Ye puan?”
“Saya nak keluar kejap. Awak tolong jaga office ya...”
“Okey...” Wilda menjawab sambil memerhatikan majikannya itu berlalu keluar dari situ.
Ariana memandang ke kiri ke kanan apabila dia tiba di hadapan cafe tersebut. Pandangan mata menangkap kelibat Akmal yang sedang berbual di telefon di suatu sudut cafe tersebut. Tempat kegemaraan mereka jika mereka makan di cafe itu.
“I’ll call you back...”
Telinga Ariana menangkap perbualan akhir Akmal sebelum suaminya itu memutuskan talian.
“Siapa tu?” Tanya Ariana sambil menarik kerusi sebelum duduk di hadapan Akmal.
“Hah? Siapa?” Tanya Akmal berpura-pura. Mata ralit melihat menu di tangan. Ariana mengerutkan dahi. Hmmm.
“Tadi tu. Abang cakap dengan siapa?”
Akmal mengangkat kepala memandang ke arah Ariana.
“Oh..yang tu...hmmm. Kawan...”
Kening Ariana terangkat sebelah.
“Kawan? Siapa?” tanya Ariana mulai curiga. Selama dia berkahwin dengan Akmal, ini kali pertama Akmal berkelakuan pelik. Selalunya mudah je Akmal nak bercerita itu dan ini termasuk kawan-kawan dia. Pendek kata tiada rahsia antara mereka. Tapi sekarang....hmmm. Muskil.
“Kawan kerja. Dahlah jangan banyak tanya lagi. Nanti tak sempat jemput Airil dan Airis tu balik sekolah. Nak makan apa ni? macam biasa?”
Ariana hanya diam ketika dia tunduk meneliti menu di tangan. Dalam hati terdetik sesuatu.

                                                                        ***
“Suziii!”
“Aduhhh! Sakitlahhh!” Suzi menjerit kecil apabila dipeluk kuat oleh Ariana. Ariana melepaskan pelukannya sambil ketawa kecil.
“Lama gila tak jumpa kau. Amboi, makin berisi kau nampaknya. Ada apa-apa ke ni?” Tanya Ariana mengangkat kening dua kali. Suzi membuat muka.
“Apa? kau nak kata aku gemuk ke apa ni?” Suzi bertanya sambil memuncungkan bibir. Ariana hanya ketawa.
“Mana ada, maksud aku, kau mengandung lagi ke?”
Suzi memutarkan bebola matanya.
“Amboi, nak mengata aku lah tu kan. kau apa cerita?”
“Apa aku pulak? Dah berapa bulan ni?” Tanya Ariana sambil mengusap perut sahabat baiknya itu.
“Baru nak masuk empat bulan.”
“Yeke? makin meriahlah keluarga kau nanti...”
“Alhamdulillah rezeki lebih. Kau macam mana? Takkan tak nak tambah lagi?” Tanya Suzi lagi.
Ariana mengangkat bahu.
“Belum ada rezeki.” Mudah dia menjawab. Dia dan Akmal tidak pernah berbincang soal anak. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, dia bersyukur dengan apa yang ada je.
“So, kau buat apa kat sini?” Tanya Ariana sambil memeluk lengan si teman itu ketika mereka sama-sama berjalan memasuki pusat beli belah the store itu. Tak sangka boleh terjumpa Suzi di sini. Dia baru sahaja lepas membeli alatan yang akan digunakan untuk pusat tusyennya di kedai buku berdekatan. Tak sangka perempuan berbaju kurung yang sedang berjalan menuju ke pintu masuk the store itu ialah Suzi, teman baiknya semasa dia mengajar di KL dulu.
“Aku ikut suami aku. Dia ada kerja di sini.” Jawab Suzi ketika mereka berjalan menuju ke tempat menjual barangan bayi.
“Eh, kau tak kerja ke? Hari ni bukan ke hari jumaat?”
“Memanglah hari ni hari jumaat. Tapi KL cuti hari wilayah. Tu yang aku boleh ikut laki aku ke sini. Esok kan cuti hujung minggu.”
“Habis tu, mana anak-anak kau? Tak nampak pun?”
“Anak-anak aku semua balik kampung nenek dia di johor tu.”
“Kira kau berdua jelah dengan suami kau kat sini?” Ariana bertanya sambil membelek pakaian bayi di tangannya.
“Bertiga...” Suzi tersengih sambil memandang ke arah perutnya.
Ariana mencebik.
“Eh, kau ada nak beli apa-apa ke?”
“Tak adalah. Saja je datang sini. Bosan aku duduk dekat hotel tu. tu yang aku datang sini tu. Kau tak kerja ke?”
“Kerja. Orang macam aku ni mana ada istilah cuti. Lainlah macam kau...”
Suzi membuat muka.
“Tapi kau lagi kaya dari aku...” Suzi angkat kening dua kali. Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Mengadalah kau ni. Eh, jom aku belanja minim. Dahagalah tengah-tengah hari buta ni...”
“Ha, itu yang aku suka nak dengar. Tapi..takkan minum je?”
Ariana membuat muka sebelum mereka berlalu dari situ.
“So, macam mana dengan kerja kau?”
Ariana mengacau strawnya sebelum menyedutnya perlahan.
“Macam biasalah. Kenapa kau tanya?”
“Sajalah tanya. Lama tak jumpa kau kan. kembar kau umur berapa? Last time aku jumpa anak-anak kau tiga tahun lepas...”
“Lima tahun. Dah masuk tadika pun.”
“Yeke? cepat betul budak-budak tu membesar ye...”
“Ala, kau pun sama. Cepat betul ahli keluarga bertambah. Apa rahsianya?” Tanya Ariana sambil tersengih mengusik.
Suzi mencebik.
“Rahsianya ialah buat hari-hari...”
Hampir nak tersembur air oren yang sudah selamat masuk ke dalam tekaktnya tadi. Suzi hanya ketawa.
“Kau ni perangai tak berubah. Cakap tu tak tapis dulu...” Ariana berkata sambil mencapai tisu sebelum mengelap bibirnya.
“Apa pulak, betullah. Dah kau tanya aku jawab je..”
“Kot ye pun janganlah jujur sangat. Malu dek orang kalau dengar....”
Suzi mencebik namun tidak menjawab.
Brrrr!
Suzi membuka beg tangannya sebelum mengeluarkan telefon bimbit.
“Rin, kejap eh...”
“Sure...”
Suzi menekan butang hijau pada telefon bimbitnya sebelum berlalu dari situ. Ariana memandang ke arah Suzi yang berada tidak jauh dari situ sebelum pandangan beralih ke arah dinding kaca cafe tersebut. Matanya tertarik ketika melihat sepasang warga emas berbangsa cina sedang jalan berpegangan tangan. Sangat comel pada pandangan matanya. Masih tetap romantik walaupun usia masing-masing sudah lanjut. Adakah dia dan Akmal boleh sampai ke tahap itu? Mengingatkan tentang Akmal, hatinya dipagut rasa sesuatu. Sejak kebelakangan ini Akmal macam lain je. Ah, mungkin Akmal sibuk dan dia tahu benar akan hal itu. Bukan mudah untuk Akmal membahagikan masa sebetul-betulnya tambahan pula ibu pejabat syarikat Akmal di KL tapi Akmal memilih untuk tinggal bersamanya di Taiping ini. Sebab itu setiap minggu Akmal perlu ke KL untuk menguruskan apa-apa yang perlu. Dan rasanya agak keterlaluan dia mengesyaki Akmal yang bukan-bukan apabila memikirkan yang Akmal sudah banyak berkorban semata-mata mahu dekat dengannya.
“Sorry. Ada hal sikit...”
“It’s okey. Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Tak ada apa. sepupu aku tulah. Macam-macam hal...”
“Sepupu kau? Siapa?” Tanya Ariana lagi.
“Ala si Nony tu. Kau ingat lagi tak?”
“Nony? Yang mana satu?” Tanya Ariana cuba mengingati sepupu yang dimaksudkan oleh Suzi itu.
“Ala yang kahwin dengan lelaki muda tu. Yang kerja askar tu...”
“Ohh, yang tu. Kenapa dengan dia?”
“Dia nak bercerai..”
“Hah? Kenapa?” Tanya Ariana agak terkejut. Spontan dia terbayangkan wajah Nony yang kecil molek itu. Walaupun Nony agak berumur ketika dia berkahwin dengan suami askarnya itu tapi tidak ada siapa sangka yang Nony itu lebih tua dari suaminya.
“Entahlah. Katanya si Azam suaminya itu ada perempuan lain...”
Ariana terdiam. Tiba-tiba dia teringat pada Akmal.
“Ada perempuan lain?”
“A’ah. Nony tu lah kata. Entahlah. Susah nak cakap kalau berkaitan dengan hal rumah tangga orang ni. Tapi Nony kata, Azam tu cari lain sebab dia jumpa yang lebih muda. Lebih bergetah katanya. Kau tahu jelah si Nony tu dah umur berapa. Dah nak masuk empat puluh pun. Si Azam tu tak salah aku baru tiga puluh lebih kot.”
Ariana terdiam lagi. Entah kepada dia rasa macam tak sedap hati.
“Takkan lah Azam jenis macam tu? aku nampak macam baik je...”
Suzi mengangkat bahu.
“Entahlah. Aku ni sebenarnya malas nak masuk campur. Tapi dah si Nony tu sepupu aku. Kitorang membesar sama-sama, dah macam adik beradik pun. Semua masalah dia, semua dia cerita kat aku. Agaknya dia tak tahu nak cerita pada sapa kot...”
Ariana kembali terdiam. dia memandang ke arah dinding cermin di sebelahnya. Pasangan cina itu sudah tidak kelihatan lagi. Hati mula terdetik sesuatu.
“So, macam mana dengan plan kau nak buka cawangan di KL tu?”
                                                                    ***
Ariana meletakkan sikat di atas meja solek. Telinga menangkap bunyi pintu bilik air dibuka dan di tutup sebelum Akmal muncul dengan lengkap berbaju tidur. Lelaki itu terus menuju ke arah katil. Tanpa berkata apa-apa, Akmal sudah mula berbaring dan menarik selimut sehingga ke dada.
Ariana menggigit bibir. spontan dia menjeling jam di dinding. Baru pukul sepuluh. Awal lagi tapi dah masuk tidur? Hmmm. Muskil.
Ariana menyapu losyen di badan secara ala kadar sebelum berjalan dan menuju ke katil. Sempat lagi dia membetul-betulkan baju tidur satin di tubuhnya sebelum dia naik ke katil dengan perlahan. Dia menjeling ke arah Akmal di sebelah yang nampaknya sudah terlena. Dahi Ariana kembali berkerut. Biar betul dah tidur ni?
“Abang?”
Senyap.
Ariana menggigit bibir.
“Abang..dah tidur ke?” Ariana bertanya perlahan. Lengan lelaki itu disentuh perlahan namun tidak ada sebarang respon daripada Akmal. Pelik. Selalunya Akmal sangat sensitif dengan sentuhannya. Pantang tersentuh sikit, boleh terbuka mata tu walaupun tengah-tengah malam.
“Abang dah tidur betul-betul ke ni?” Ariana bertanya lagi namun Akmal masih diam kaku. Ariana membawa jari ke arah hidung Akmal. Masih bernafas lagi ni. tapi, kenapa Akmal tak sedar walaupun dia dah panggil beberapa kali? Dia ada buat salah apa-apa ke hari ni? Ariana menggaru kepala.
“Nite abang.” Ariana berkata perlahan sebelum mengucup bibir lelaki itu dan menunggu beberapa ketika namun Akmal seolah-olah tidak sedarkan diri. Entah mimpi apalah si suami ni sampai tak sedar macam tu sekali. Dengan rasa hampa, Ariana menarik selimut sehingga menutup ke muka. Entah kenapa, dia terasa hati dengan sikap Akmal beberapa hari ini. Dia memejamkan mata dan cuba memujuk hatinya sendiri dan berdoa, supaya segalanya di permudahkan.

                                                                  ***
Ariana meletakkan file hitam yang baru selesai disemak itu, di atas meja. Dia memandang baki file lain yang tersusun di sebelahnya. Pening. Ariana menyandarkan tubuh ke kerusi. Susah juga kalau tak ada pembantu ni.
Ariana mengetuk jari jemarinya pada meja sambil berfikir. Rasanya dia perlukan juga seorang pembantu dan dia tak ada masa nak iklan kan jawatan tersebut lantas dia mencapai telefon bimbit. Nama Wati di cari sebelum butang hijau pada HTC di sentuh lalu dibawa ke telinga.
“Assalamualaikum, Wati. Saya ni...”
“Waalaikumsalam puan, ada apa puan telefon ni? rindu saya ke?”
Senyum spontan terukir di bibir.
“Rindulah jugak. Macam mana dengan persiapan perkahwinan awak tu?”
“Biasa je puan. Sibuk sana sibuk sini je.”
“Hmmm, saya ganggu lah ni ye?”
“Eh tak adalah puan. Hmmm, puan telefon kenapa? Nak suruh saya masuk kerja ke?” Tanya Wati tergelak kecil.
“Boleh ke kalau saya nak suruh awak masuk kerja balik?”
Wati hanya ketawa kecil.
“Wati, pasal sepupu yang awak caka hari tu, dia available lagi tak?”
“Ohh, dia okey je. ada dekat sini. Kenapa? Puan nak suruh dia datang office ke?”
“Kalau dia tak sibuk, saya nak suruh dia datang interview esok. Boleh?”
“Boleh kot. Nanti saya cakap dengan dia. Pukul berapa tu puan?”
“Dalam pukul sepuluh, boleh?”
“InsyaAllah nanti saya cakap pada dia.”
“Okeylah macam tu. Jangan lupa suruh dia bawa semua sijil-sijil dan resume sekali ya...”
“Okey puan. Ada lagi puan nak pesan apa-apa?”
“Tak ada. Sorry ya Wati saya kacau awak pagi-pagi ni.”
“Tak apa puan..”
“Okeylah. Pergilah sambung buat kerja. Bye..”
Ariana memutuskan talian telefon. Dia mencapai diari lalu menyelak isi kandungannya/. Pen di atas meja di ambil lalu dicoretkan sesuatu pada buku catatannya bertarikh esok. Takut lupa pula.
So Ariana, sekarang masa untuk buat kerja.

***
“Abang....?”
Akmal hanya memandang ke arahnya tanpa sebarang senyum di bibir. Ariana berkerut kehairanan. Hairan melihat keadaan Akmal itu.
“Abang okey tak ni? kenapa pandang saya macam tu? saya ada buat salah ke?”
Akmal masih memandang ke arahnya sebelum berpaling. Bulat mata Ariana apabila melihat keadaan Akmal begitu. Mata semakin bulat apabila melihat Akmal berpegangan tangan dengan seorang perempuan yang dia tidak kenal. Sarah ke? Tapi gaya tubuh bukan macam Sarah. Habis tu siapa?
“Abang nak pergi mana?” Ariana bertanya kuat ketika Akmal semakin hilang dari pandangan.
“Abanggg!”
Ariana terbangun dari tidur. Dada terasa berdegup kencang. Air mata terasa bersisa di pipi. Mimpi rupanya. Dia meraup muka yang dah berpeluh bercampur air mata itu sebelum menoleh ke arah Akmal yang masih lena di sebelah. Hatinya sedikit sebanyak terasa lega apabila melihat Akmal masih di sisinya. Namun entah kenapa, ada rasa sesuatu di hatinya. Dia cuba mengingati mimpi tersebut namun sukar. Apa yang dia ingat, Akmal kelihatan dingin sahaja dan...wujud perempuan lain. Tapi siapa?
Ting...ting...ting.
Spontan Ariana memandang jam di dinding. Pukul tiga pagi. Ariana menarik nafas panjang. Dia menoleh ke arah Akmal yang masih lena itu. Dia mendekatkan diri ke arah Akmal sebelum mengucup lembut pipi suaminya itu sebelum bangun menuju ke bilik air.
Ariana membentangkan sejadah dan mula bersolat tahajud disertakan dengan solat hajat dan solat sunat yang lain. Lama dia berdoa menadah tangan memohon ampun dan meminta segalanya dipermudahkan. Mengalir air mata ketika dia meraup tangan ke muka. Setelah melipat sejadah dan mengantungkan telekungnya, Ariana berjalan keluar dari bilik tidur menuju ke arah bilik si kembar. Tombol pintu dipulas perlahan sebelum kepala dijenguk ke dalam. Si kembar masih lena tidur. Senyum hampir terukir di bibir ketika mata teralih pada bantal bulat yang tergolek di lantai. Ni mesti si Airil punya bantal.
Kaki diatur melangkah masuk ke dalam bilik. Bantal tersebut di kutip lalu diletakkan di sebelah si abang. Pipi anak lelakinya itu diusap perlahan. Bergerak sedikit si abang itu namun matanya kekal terpejam. Satu ciuman lembut dihadiahkan di dahi anaknya itu sebelum Ariana beralih pula pada si Airis. Anak perempuannya itu boleh tahan lasak apabila tidur. Selimut entah hilang ke mana. Ariana mengusap lembut rambut ikal si anak itu dengan penuh kasih sayang. Dalam hatinya berdoa supaya anak-anak kembarnya itu membesar menjadi insan soleh dan solehan. Satu kucupan turut dihadiahkan pada si kecil itu. Selimut ditarik menutupi tubuh Airis sebelum Ariana bangun dan beredar dari situ.
Ariana menutup pintu biliknya perlahan. Bimbang Akmal terjaga. Dia menjeling jam di dinding. Hampir pukul empat pagi. Mata masih tidak mengantuk lagi lantas dia berjalan menuju ke arah balkoni. Langsir di tolak sedikit ke tengah. Pintu gelangsar di tarik perlahan. Sesekali dia menjeling ke arah Akmal namun si suami itu masih kekal tidak bergerak. Penat sangat agaknya Akmal tu.
Ariana menarik nafas panjang. dia melangkah perlahan keluar ke arah balkoni. Cahaya bulan yang samar-samar itu kelihatan cantik pada pandangan matanya. Suasana agak sunyi. Hanya sekali sekala sahaja telinga menangkap bunyi motor dan kereta di bawah. Sesungguhnya hati agak tenang ketika itu.
Akmal terjaga dari tidur. Dia mengosok-gosokkan mata dan memadang ke sebelah.
Bulat matanya apabila melihat Ariana tiada di sebelah.
“Sayang?” Akmal memanggil perlahan ketika mata menangkap pintu gelangsar yang separuh terbuka, membuatkan cahaya bulan yang samar-samar itu memancar masuk ke bilik tersebut.
Akmal bingkas bangun lalu berjalan menuju ke arah balkoni. Senyum lega terpancar di bibirnya apabila melihat Ariana sedang berdiri di balkoni memandang ke arah langit yang hitam pekat itu.
“Sayang buat apa malam-malam ni, hmm?” Akmal memeluk Ariana dari belakang.
Ariana terkejut apabila Akmal memeluknya dan berbisik lembut ditelinganya. Rasanya sudah lama dia tidak dipeluk sebegitu oleh Akmal.
“Abang buat apa bangun ni?”
“Hmmm...” Akmal mengumam perlahan sambil mencium rambutnya membuatkan jantung Ariana terasa berdebar.
“Abang tak ngantuk ke? Esok kan nak kerja...”
“Dah segar dah ni...” Akmal berbisik penuh romantik membuatkan Ariana menelan air liur. Kadang kala dia agak pelik dengan perangai Akmal ni. Kejap romantik kejap buat tak endah je. Pelik betul.
“Sayang buat apa berdiri kat sini malam-malam ni? tak boleh tidur?”
“Hmm...” Ariana kembali memandang ke arah bulan. Hatinya senang dipeluk begitu oleh Akmal.
“Bad dream?”
Ariana diam tidak menjawab. Serta merta dia teringat akan mimpinya itu. Perlu ke dia bertanya kepada akmal jika suaminya itu ada menyembunyikan apa-apa daripada dirinya?
“Sayang...I miss you...”
Meremang bulu roma Ariana apabila Akmal berbisik penuh sensual di telinganya. Tubuh terasa sejuk apabila Akmal menolak rambutnya ke depan dan mencium bahunya perlahan.
“Err..abang..nanti orang nampak..”
Spontan Akmal ketawa.
“Mana ada orang pagi-pagi buta ni sayang...”
Ariana memuncungkan bibir.
“Manalah nak tahu kan tiba-tiba ada jiran-jiran yang tak tidur lagi.”
“Kalau diorang tak tidur lagi tu, mestilah diorang tengah ‘sibuk’ sekarang.” Akmal berkata sambil tersenyum nakal. Ariana menelan air liur.
“Sayang rindu abang tak?” Akmal berbisik lagi.
Ariana tertunduk ke bawah. Muka dah terasa hangat.
Akmal melepaskan pelukan di pinggang Ariana. Tubuh Ariana dipusingkan mengadap dirinya. Ariana masih tunduk merenung lantai.
Akmal menolak dagu Ariana ke atas. Senyum nakal terukir di bibir Akmal.
“Seksinya sayang pandang abang macam tu....” Akmal berbisik lagi. Ariana menggigit bibir. Jantung dah semakin lagu berdegup.
“Tengok tu. Gigit bibir pulak. Geramnya...” Bibir Ariana disentuh lembut dengan jari telunjuk.
Akmal menarik pinggang Ariana dekat dengannya sehingga dada mereka bersentuh.
Akmal menarik nafas panjang. “Wanginya sayang....”
Ariana hanya mendiamkan diri. dia mengangkat kepala memandang ke arah Akmal. Akmal masih tersenyum nakal penuh makna. Dia tahu apa yang Akmal mahu sekarang.
“Jom masuk...” Akmal berbisik perlahan sambil menarik tangan Ariana lembut. Tubuh Ariana di angkat dan di bawa masuk ke dalam bilik.
Ariana memeluk leher Akmal ketika lelaki itu mendukungnya. Dia hanya memandang ke arah Akmal tanpa berkata apa-apa.
Akmal meletakkan tubuh Ariana perlahan-lahan di atas katil. Ariana masih mendiamkan diri.
“I miss you. Really miss you sayang...” 

 P/s: Panjang tak??

9 140 tukang karut:

eifa said...

Pelik laa Akmal. Cam ada sesuatu jer

Anonymous said...

O.M.G! hopefully, jgn lah akmal buat hal

Nana Nn said...

Alaaaa....
jgn la ada org ketiga...
baru nk.hepi2....

Nvel Addct said...

Hmmmm..........???

Fafar Zulkifli said...

aaaaaaaaaaaaaaAaAaA ok srsly mmg rasa mcm na baring atas lantai sekejap omg akmal mmg budak kecik no matter how old he is AAAAAAAAAA (ohohohoh rasanya mcm tau apa motif sebenar akmal with that call tapi na diam and baca jela hehehe)

Cahaya said...

Fafar>>hahahahaha :P

Nur syahirah said...

assalamualaikum akak nur cahaya. buku novel muridku suami aku? ada stok lagi ke?

Cahaya said...

Nur>>Kat akk takde lagi tp kat penerbitan ada lagi dear. boleh beli direct dengan mereka ya. free postage. klik link ni ya. https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?fref=ts. dan terus pm mereka.

Nur Solehah said...

Hai sis. Boleh tak buat cerpen time ariana pregnant? Nak juga tahu mcmna akmal jaga ariana and apa reaksi akmal? Please.. Sebab sy minat sangat dengan novel ni, dah banyak kali baca dah. Rindu sangat dengan akmal &ariana :(

Post a Comment