RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 10, 2014

Cerpen Muridku Suami aku. Part 1


(Mungkin ada yang tak suka saya letak by part sebab lambat. tapi sebab panjang sangat 51 pages, saya terpaksa buat by part kalau tak nanti anda bakal mengalami kecederaan mata + emosi sebab susah gila nak baca panjang berjela2 tu. jadi sy buat by part, hokey??)
Part 1: 
“Selamat pagi Puan Ariana...”
“Selamat pagi, Wati.” Ariana menjawab sambil tersenyum sebelum berlalu masuk ke pejabatnya. Telinga dengan jelas menangkap bunyi suara para pelajar dan guru-guru di sebelah ketika dia meletakkan beg tangan di atas meja.
“Puan Ariana, boleh saya masuk kejap?”
Ariana yang baru sahaja mahu membuka komputer ribanya itu mengangkat kepala memandang ke arah pintu.
“Masuklah...”
Wati melangkah masuk dan berdiri di hadapan meja Ariana itu.
“Ada apa Wati?”
“Err..sebenarnya...” Wati teragak-agak. Kening Ariana terangkat sebelah apabila melihat pembantu peribadinya itu kelihatan seperti serba-salah.
“Duduk...”
Wati akur. Kerusi di tarik perlahan sebelum gadis itu melabuhkan punggung. Suasana kembali senyap.
“Wati...”
“Errr, ye Puan Ariana?”
“Saya rasa awak takkan datang sini semata-mata nak tengok muka saya je kan?” Tanya Ariana sambil memandang tepat ke arah gadis itu.
Wati tunduk sambil menelan air liur.
“Sebenarnya...”
“Sebenarnya apa? nak cuti ke? Atau nak minta saya naikkan gaji awak?” Tanya Ariana separuh mengusik.
Laju Wati mengangkat kepala.
“Bukan. Er...sebenarnya...” Wati menghulurkan sekeping sampul surat ke arah Ariana.
Ariana memandang ke arah sampul tersebut sebelum mengambilnya dari tangan gadis itu.
“Apa ni?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Puan bukalah...”
Ariana masih memandang ke arah gadis berusia 26 tahun itu. Perlahan-lahan dia membuka sampul tersebut. berkerut dahi Ariana apabila membaca isi sampul tersebut.
“Eh, awak dah nak kahwin ke?” Tanya Ariana terkejut bercampur teruja. Wati hanya tertunduk malu.
“Wahh tahniah. Amboi, diam-diam je awak ya. Tup-tup dah nak kahwin...” Ariana berkata lagi sambil tersenyum mengusik. Wajah Wati sudah mula kemerahan.
“Puan ni. janganlah cakap macam tu. Malu saya tau...” Wati tersipu lagi.
Ariana hanya ketawa.
“Jadi, awak nak minta cuti lah ni? berapa lama?”
Wati terdiam. dia menarik nafas dalam-dalam.
“Sebenarnya...saya...bukan nak cuti...”
“Eh, habis tu?” Tanya Ariana agak hairan. Sangkaannya gadis itu mahu meminta cuti kerana majlis perkahwinannya akan berlansung dalam masa dua bulan lagi.
“Sebenarnya...saya nak berhenti kerja...” Wati menjawab perlahan sambil menghulurkan satu lagi sampul surat kepada Ariana.
Ariana terdiam buat seketika. lambat-lambat Ariana mengambil sampul surat yang dihulurkan oleh Wati itu.
“Kenapa nak berhenti? Bakal suami awak suruh ke?” Tanya Ariana perlahan. Sampul surat yang dia tahu akan isi kandungannya itu diletakkan di atas meja tanpa dibuka.
Wati hanya tunduk.
“Tunang saya minta saya berhenti kerja. Duduk rumah...”
Ariana terdiam lagi. dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Dia tahu lambat laun pasti Wati akan berhenti kerja juga. Takkan selama-lamanya gadis itu mahu bekerja dengannya. Entah kenapa hati terasa sedih apabila memikirkan yang dia bakal kehilangan pembantu sebaik Wati. Wati antara pekerja yang paling lama bekerja dengan dia. sejak mula-mula pusat tusyen ini dibuka. Dari sekecil-kecil pusat tusyen, sampailah dah ada tiga empat cawangan sekitar Taiping dan juga Ipoh. Dan dia baru sahaja bercadang mahu meluaskan empayar perniagaannya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur. Tak perlulah Akmal berulang alik setiap minggu jika dia sekeluarga berpindah ke sana nanti dan dia telah pun berbincang dengan Akmal mahu menyerahkan tanggung jawab menjaga pusat tusyen di sini kepada Wati. Walaupun Wati baru berumur 26 tahun namun dia yakin dengan kemampuan gadis itu. Bukankah sudah hampir lima tahun dia bekerja di sini? Sentiasa bersama-sama dia membantu membangunkan pusat tusyen ini?
“Puan marah saya ke?”
Ariana tersedar daripada lamunannya. Senyum kembali terukir di bibir.
“Kenapa pulak saya nak marah awak? itu hak awak. saya tak ada hak untuk menghalang awak daripada berhenti kerja. Lagi pun bakal suami awak yang suruh kan. jadi saya rasa mungkin dia sudah fikirkan apa yang terbaik untuk awak.”
“Tapi..macam mana dengan puan kalau saya tak ada nanti? Siapa nak bantu puan?”
Ariana tersenyum lagi. bila dia memandang ke arah gadis ini, tiba-tiba dia teringat akan Sarah yang sedang berada di London mengikut suaminya yang ditugaskan ke sana sejak dua tahun lepas.
“Yang tu awak jangan risaulah. Ramai boleh bantu saya. Shafa ada,  Wilda ada, Shila pun ada. Mereka semua boleh bantu saya...”
Wati terdiam. barangkali masih berasa serba salah.
“Err..kalau puan tak keberatan, saya boleh carikan pembantu untuk puan...”
“Carikan pembantu? Siapa?” Tanya Ariana agak berminat. Susah juga kalau tak ada pembantu peribadi ni. Shafa dan Shila pasti sibuk dengan kelas dan pelajar.
“Hmmm, saya ada sepupu yang baru habis belajar. Dia ambik course setiausaha tak salah saya. baru grad tahun lepas...”
“Yeke? berapa umur sepupu awak tu? lelaki ke perempuan?”
“Perempuan, umur dalam 23 tak salah saya. kalau puan berminat, saya boleh panggil dia untuk interview.”
Ariana terdiam lagi.
“Hmm, tak apalah. Nantilah saya fikirkan dan berbincang dengan Encik Akmal dulu. apa-apa hal nanti saya akan bagitahu awak, okey?”
“Okey puan...”
“Ada apa-apa lagi yang awak nak cakap?”
Wati mengeleng.
“Kalau macam tu saya keluar dulu puan...”
“Yelah...”
Ariana hanya hanya memandang ke arah Wati yang sudah keluar dari pejabatnya itu. Dia kembali tersandar pada kerusi. Kepala dipicit perlahan. Aduhh! Masalah betul.

                                                                        ***

“Mama!”
Ariana tersenyum sebelum mendepakan tangan menyambut kedua orang anak kembarnya yang berlari-lari keluar dari pintu tadika itu menuju ke arahnya.
“Hari ni belajar apa?” Tanya Ariana sambil bangun dengan kiri kanan tangannya memimpin tangan kedua anak kembarnya itu, Airis dan Airil.
“Hari ni cikgu ajar nyanyi lagu ABC...” Airis si adik sibuk menjawab sambil melompat-lompat.
“Lepas tu cikgu bawak pergi main buaian. Best tau mama...” Airil si abang pula menyampuk.
“Yeke? seronoknya. Tadi dekat sekolah ada nakal-nakal tak?” Tanya Ariana lagi.
“Abang nakal. Dia usik Damia punya pensel warna. Lepas tu cikgu marah abang...”
“Mana ada! Mana ada abang usik Damia punya pensel warna. Abang Cuma nak pinjam je...”
Ariana hanya mengeleng melihat telatah anak kembarnya itu.
“Airil, mama pesan apa? tak baik kan kalau usik barang orang. Dah lupa ya apa mama pesan?” Tanya Ariana lagi. Airil hanya terdiam sambil tunduk memandang ke tanah. Ariana berhenti berjalan. Dia merendahkan badan sehingga dia mampu melihat wajah anak lelakinya itu.
“Airil, kenapa ni? marah mama ke?”
Airil hanya mengeleng.
“Mama tegur sebab mama sayang Airil. Sebab mama sayang anak-anak mama. Papa pun dah pesan selalu dengar cakap cikgu. Papa kata hanya budak baik je dengar cakap cikgu, dengar cakap papa dan mama. Airil budak baik tak?”
Laju Airil mengangguk.
“Mama, Airil bukan kacau Damia.”
Ariana hanya tersenyum. Kepala anak lelakinya itu digosok dengan penuh kasih sayang.
“Kalau betul Airil tak kacau Damia, mesti cikgu tak marah kan?”
Airil hanya terdiam.
“Lain kali jangan buat lagi tau?”
Airil mengangguk perlahan.
“Good boy. Meh kiss sikit...” Ariana mencium pipi Airil dengan penuh kasih sayang.
“Mama, adik pun nak kiss jugak...”
“Alololo. Manjanya anak mama ni. meh kiss jugak.” Pipi Airis turut sama dicium.
“Dah jom balik. mama masak sedap-sedap untuk Airil dan Airis tau...”
“Yeaahhhh!” Kedua anak kembanrnya itu melompat keringan ketika mereka sama-sama berjalan menuju ke arah kereta yang dipakir tidak jauh dari tadika tersebut.
                                                                        ***
Degum.
Ariana menjeling ke arah cermin sambil tangan menyikat rambutnya yang sudah panjang sampai ke pinggang itu. Mata tidak lari dari memerhatikan Akmal yang bertuala dari balik cermin di meja solek yang terletak di hadapan matanya itu.
Akmal membuka pintu almari dan mengeluarkan sepasang baju tidur berwarna coklat sebelum pintu almari di tutup kembali. Ariana yang masih menyikat rambutnya itu, tetap menjeling ke arah Akmal melalui cermin di hadapannya.
“Tahulah abang tengah seksi sekarang. Jangan jeling-jeling  mengoda macam tu. Tak tahan tau...”
Spontan Ariana melarikan pandangan ketika Akmal memandang ke arahnya melalui cermin di meja solek itu. Sikat diletakkan di atas meja sebelum tangan mencapai botol losyen yang terletak di hujung meja soleknya itu.
“Hmmm. Wanginya isteri abang...” Akmal berbisik lembut ditelinganya sambil memeluk tubuhnya dari belakang. Ariana menggigit bibir. jantung mula terasa berdebar. Hampir lima tahun berkahwin dengan Akmal, namun debaran tetap terasa setiap kali si suami itu mengucap kata-kata romantik dan mengodanya seperti itu.
“Hmmmm...”
“Errr abang...” Ariana cuba mengelak apabila Akmal sudah mula mencium lehernya itu.
“Kenapa?” Tanya Akmal perlahan. Rambut Ariana yang terjuntai di dahi itu ditolak ke belakang telinga.
“Sebenarnya...errr...hari ni...”
“Hari ni? kenapa dengan hari ni?” Tanya Akmal lagi. tangan Akmal mula menjadi nakal apabila riben yang terlilit di dada Ariana itu, ditarik perlahan.
“Errr....kejap...” Laju Ariana memegang tangan Akmal. Akmal memandang ke arah Ariana dengan dahi berkerut.
“Kenapa ni? abang ada buat salah ke?”
Laju Ariana mengeleng.
“Bukan. Errr...sebenarnya..hari ni..errr..tak boleh” Jawab Ariana sambil tunduk merenung karpet di lantai.
“Kenapa tak boleh?” Tanya Akmal seolah-olah tidak berpuas hati. Ariana menelan air liur. Janganlah perangai samseng Akmal zaman tok kaduk tu datang balik.
“Hari ni tak boleh sebab...err..saya period....”
Terduduk Akmal apabila mendengar kata-kata Ariana itu.
“Bila lagi?” Tanya Akmal hampir pasrah. Ariana cuba menahan senyum di bibir.
“Baru 1st day...”
Akmal memejamkan mata. rasa macam tak percaya je dengan apa yang dia baru dengar.
“Bukan ke hari tu baru datang period? Takkan datang lagi?” Tanya Akmal sambil membuka matanya. Ariana cuba sedaya upaya menahan senyum. Comel pulak tengok muka Akmal ketika itu. Macam budak-budak tak dapat gula-gula.
“Tu bulan lepaslah bang. Hari ni kan 2 hari bulan. Period saya kan tetap tiap-tiap bulan...”
Akmal mengeluh perlahan. Macam mana nak ingat kalau dua minggu lepas dia sibuk di Indonesia tu. balik-balik ingatkan bolehlah jugak manja-manja dengan isteri terchenta tapi...
“Hmm, tak apalah macam tu. nak buat macam mana lagi kan. tapi..tak boleh tahan ke? Jangan bagi keluar dulu?” Tanya Akmal sambil memandang penuh pengharapan ke arah Ariana.
“Tahan apa?”
“Tu..benda tu lah. tak boleh tahan ke? Macam kita sakit perut kan boleh tahan-tahan lagi.”
Ariana mengambil masa beberapa minit sebelum memahami apa yang dimaksudkan oleh Akmal itu sebelum ketawa geli hati.
“Comellah abang ni, tau...” Ariana mencubit kedua-dua belah pipi suaminya itu.
“Sakitlah sayang...” Akmal menarik tangan Ariana. Ariana masih lagi ketawa kecil.
“Mana boleh tahan-tahanlah abang. Kalau dia nak keluar, dia keluar je. bukan macam kita buang air kecil atau air besar tu...”
“Manalah abang tahu...” Akmal menjawab perlahan sebelum bangun lalu berjalan menuju ke arah katil. Tergambar jelas riak hampa di wajah suaminya itu. Ariana hanya mampu tersenyum. Botol losyen di atas meja kembali dicapai sebelum dilumurkan di lengan dan juga leher. Sesekali dia menjeleng ke arah Akmal yang sudah menarik selimut sehingga ke muka itu. Tahu benar yang suaminya itu cuba menenangkan perasaan. Maklumlah sudah dua minggu mereka berjauhan.
Setelah selesai menyapu losyen di badan, Ariana berjalan perlahan menuju ke katil. Perlahan-lahan dia naik ke katil. Comforter berwarna merah jambu berbunga putih itu ditarik sedikit sebelum Ariana mengambil tempat di sebelah Akmal yang masih mematungkan diri di dalam selimut tebal itu. Ariana terdiam buat seketika sebelum mendekatkan diri ke arah suaminya itu. Perlahan-lahan comforter ditarik perlahan sehingga menampakkan wajah Akmal yang masih memejamkan mata itu. Ariana tersenyum lagi.
“Abang dah tidur ke?” Tanya Ariana perlahan namun Akmal tidak memberikan respon.
Ariana menggigit bibir sambil mengecilkan mata.
“Abang....” Ariana berbisik perlahan, cuba menduga suaminya itu. Hidung dan bibir Akmal disentuh lembut dengan hujung jari.
Mata Akmal bergerak-gerak namun masih tertutup rapat. Ariana cuba menahan ketawa. Sengaja dia melarikan jari di pipi lelaki itu.
Akmal bergerak mengiring membelakangi Ariana namun mata lelaki itu masih terpejam. Ariana menutup mulut cuba menyembunyikan ketawa yang hampir meletus. Kesian Akmal. Merajuklah tu. Tapi apa nak buat.
“Good Night Abang, sweet dream. Love you...” Ariana berbisik penuh romantik di telinga Akmal sebelum menghadiahkan kucupan di pipi lelaki itu.
Ariana menarik selimut sehingga ke dada. Lampu meja di sebelahnya dimatikan membuatkan bilik tersebut samar-samar dengan hanya bertemankan lampu jalan di tingkap biliknya. Baru sahaja Ariana mahu memejamkan mata, telinga menangkap bunyi pergerakan di belakang.
“Saja nak usik abang ya...” Akmal berbisik di telinganya sambil memeluk pinggan Ariana erat-erat. Ariana menoleh ke kanan. Akmal masih memejamkan mata. senyum kembali terukir di bibirnya.
“Sorry...”
Akmal membuka mata. buat seketika mereka hanya saling merenung dengan jarak tak sampai satu inci.
“Kenapa sayang cakap macam tu?” Tanya Akmal.
“Sorry sebab tak dapat bagi apa yang abang nak malam ni...” Ariana menjawab perlahan. Akmal mengusap pipi Ariana dengan lembut membuatkan Ariana terasa sangat disayangi.
“Bukan salah sayang....” Akmal menjawab perlahan. Ariana menggigit bibir.
“Ermmm. Tapi ada satu benda yang saya rasa saya boleh bagi...”
Kening Akmal terangkat.
“Apa dia?”
Ariana mengemam bibir cuba menahan senyum.
“Ni...” Ariana mendekatkan wajahnya sebelum mengucup bibir suaminya itu.
“Sweet dream...” Ariana berbisik sebelum memejamkan mata. Akmal terkebil-kebil apabila Ariana yang sebentar tadi mengucup bibirnya dan kemudian terus berbaring di sebelahnya dan memejamkan mata.
“Nakalnya. Tunggulah minggu depan nanti...” Akmal berbisik di telinga Ariana sambil menguatkan pelukannya.
Glup! Ariana hanya mampu menelan air liur.

p/s: Ngehngehgehhh...

28 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

ahahaha sweetnya akmal heeeee

Nur 'Ain Wan Abdullah said...

blog walking tak boleh tido... baca blog u. part yg hubungan suami isteri tu mmg tak detail awak tulis tapi pada sy as pembaca.. mcm tak perlu nak hurai lebih. Cuba masukkan isi lain.. saya ingatkan dia nak sembang psl PA dia resign.. boleh nak cerita atas katil tapi cerita comman.. psl anak2 ke.. atau psl hal kerja.. as a reader..sy blush sendiri la baca cite gitu.bkn blog ni je..blog2 lain juga sy akan komen..

Cahaya said...

nurul>>thanks weeda.

Cahaya said...

nur>>thanks for your comment. saya memang sebenarnya terfikir jugak part2 macam ni. sy cuba juga huraikan macam mana perhubungan mereka selepas kahwin tanpa cross the line sebab sy pun tak berapa selesa jugak. so sy cuma minimize jugak penceritaan itu. part yang dia bincang pasal PA tu sy dah masukkan dalam bahagian lain. actually untuk cerpen ni lebih menjurus kepada sesuatu dan bukan hanya difokuskan pada part dalam bilik je. cuma sy nak tunjukkan siapa akmal lepas dah kawin. anyway thanks for the comment. lepas ni sy akan cuba tapis tapis tapis lagi mana-mana yang patut. :)

Nvel Addct said...

Whoa...! Akmal will forever be Akmal. Hmmm.. Personally for me, ni belum cross d border lg.. Still depends on d readers punya imagination.. Yg penting mcm mana kita didik minda kita.. Your own self control.. But apa yg saya boleh kata.. Bahan bacaan ni x sesuai utk golongan remaja tp utk yg dh dewasa boleh fikir sendiri la..
Apa pun, thx Nurul for d n3.. Thanx for showing me "this" other side of Akmal.. Kene cerita kat my pelukmate nih... Hahahaha...

Cahaya said...

nvel>>thanks kak. hamboi2 nak cerita pulak. yap. sebab tu dalam novel tak banyak cerita lepas diorang kahwin sebab bagi saya akmal ni seorang yang sangat caring and daring. bila dah daring tu paham2 jelah kan. dah halal apa dia tunggu lagi. hehe. so saya memang tak buatlah sebab takut nanti watak akmal tu tak sampai bila saya citer cut2. so sy bagi pada pembaca jelah fikirkan macam mana sebenarnya akmal ni bila dah kahwin kuikuikui.

Nana Nn said...

Saya suka sgt. Sbb ni normal for husband n wife.
X keterlaluan.... nice....
Suka.sgt dgn hbgn akmal n ariana
sweet couple

Cahaya said...

Nana>>thanks nana. <3

Zaini Sahawati said...

Tahniah... suka watak Akmal n Ariana...

Cahaya said...

zaini>>thanks dear sis <@

Maya Myra Penulis said...

wahhhh best lahhh..... td bg link part 3-4...so pnya syok nk bca pi baca part 4... hahha alih2 baca part 1 - 4.. patah blik sini snyum2 sorg2...hahha terbaiklah Cahaya Ainn.... bru best last lepas kwen...hehhe... terhibur dgn telatah Cikgu Ariana dgn Akmal...haha dua2 sweet... sorg blur sorg romantik! best...gud luck! cerpen MSA Sambungan novel ni mmg terbaik ending part cerpen ni ...best2

Maya Myra Penulis said...

wahhhh best lahhh..... td bg link part 3-4...so pnya syok nk bca pi baca part 4... hahha alih2 baca part 1 - 4.. patah blik sini snyum2 sorg2...hahha terbaiklah Cahaya Ainn.... bru best last lepas kwen...hehhe... terhibur dgn telatah Cikgu Ariana dgn Akmal...haha dua2 sweet... sorg blur sorg romantik! best...gud luck! cerpen MSA Sambungan novel ni mmg terbaik ending part cerpen ni ...best2

Cahaya said...

Maya>>thanks..saja buat khas untuk pembaca sebab dalam novel tak banyak cerita pasal kehidupan mereka lepas kahwin dan the true akmal tu tak expose bebetul. so inilah dia..tadaaaa. hehehe.

Maya Myra Penulis said...

Cahaya Ainn : sama2...memang best! watak kedua2nya menghiburkan, ada beberapa penceritaan dalam tiap2 bab sy akan ulangi membacanya...buka bermksud xfham..tapi, moment dalam pncrtaan tu buat sy terhibur...smpaikan ulang baca semula dialog maupun pencertaannya.. gud luck cahaya Ainn, smoga sntiasa mnju kjyaan dlam bidang penulisan ini...In Sha Allah.. hehe lepas ni mau dapat Novel Kerana Dia Suamiku pulak heheheh.... terjah online Fajar Pakeer heheheh

Cahaya said...

maya>>heeee thanks dear. jangan lupa dapatkan novel baru saya bulan mei ni tau. hik.. Andy Hilton vs Mr. MPP. muehehe.

Fafar Zulkifli said...

aaaaaAAaaAAAAAAAAAAAAAAAAA omg omg omg akaaaaak sakit pipi saya asyik senyum senyum ketawa ni ehehhehe! aaaa sebenarnya niat saya na pergi kat blog akak ni na cakap thank you sebab menghasilkn sebuah novel yg buat saya ketawa, happy, and selalu buat saya good mood even when im sad. but then i realized yg ada cerpen ni sAYA TERJERIT AAAA SUKANYA!!! /w\ omg omgomg the first chapter da tlalu sweet saya tpaksa stop baca kejap sbb ta bole henti gelak eeeeeee!!! >w<

Cahaya said...

Fatar>>akak pun nak jerit jugakkkk sebab awak sukaaaa! hehehehe. thanks dear for your comment, you make my day heee :)

Fafar Zulkifli said...

oh gosh wow the moment adik sedar yg akak balas message adik adik hampir tergiggle sekuat hati ni!!! eeeeeee i made my fave writer's day this is the best! /w\

Cahaya said...

fafar>>mestilah. so boleh ke akak nak letak ur komen ni dekat my FB as a review from you?

Fafar Zulkifli said...

owo !!! ehehehe bole sgt sgt!! tapi na kata review, rasanya adik ada bagi lagi satu review short story style punya hahahhaha. still akak bole post mana mana heeee im just happy that my fave writer is responding to me/w\

Cahaya said...

fafar>>baru baca yang panjangggg itu heeee. OMG i cant stop smiling hehehe. this is one of my reason kenapa akak suka jadi penulis..semua sebab ada reader macam adiklah hehehehe. ok akak ambik yang panjang version punya.

Fafar Zulkifli said...

eheheheh im so happy to know that akak still ada semangat menulis eeeee u give me inspiration! /w\ oh and btw akak, pasal the sexy schmexy scenes in this cerpen, tbh bagi adik its not over the top and instead its REALLY SUPER SWEET AND FUNNY. coz since theyre married, benda cmni is all normal and instead it shows just how loving n adorable both of them are as husband and wife. adik agak jarang nmpk moments like these in novel melayu yg lain. i mean eee sekali sekala baca cute moments from what a marriage life should be, it shows just how wonderful marriage life is heeee.
so yea keep it up kak! one of the best things about being a writer is that you can freely create your own world /w\

Anonymous said...

Slm sis cahaya..nk tnya nvl ni still ad lg x..nk bli sngt2 tpi smua kdai bku dh abis..huhuhu..

Cahaya said...

anon>>sy akan buka order untuk semua novel saya bulan dec nanti. will update di fb dan juga di blog ni. tunggu tau.. :)

nora said...

Tahniah cahaya...senyum sorang...akmal & ariana loving couple

Cahaya said...

nora>>thanks sis. heeeee =D

Nur Alisya said...

Bestlah kak.Saya senyum sorang-sorang masa baca.Hehehe....

Cahaya said...

alisya>>thanks dear. selamat membaca part yang lain hehh.

Post a Comment