RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, March 5, 2014

Bab 4 : Ti Amo Mi Amor!

Bab 4

Irdina Safiya terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan. Tiada kelibat sesiapa di situ. Dia kemudian melangkah menuju ke arah bilik yang paling hujung di tingkat tiga itu dengan debaran yang semakin menggila di dadanya. Dalam hati tak berhenti-henti berdoa supaya tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku hari ini. Irdina Safiya berdiri di hadapan pintu bilik yang tertera perkataan ‘Pengurus Besar – Mohd Adib Rayhan’. Oooo. Nama mamat ni Adib Rayhan rupanya. Sedapnya nama! Namun itu masih tidak mampu meredakan rasa berdebar di hatinya ketika itu. Irdina Safiya sudah berkira-kira mahu lari dari situ apabila telinga menangkap bunyi tombol dipulas. Lari Fiya lari sekarang!
“Eh Dina? Awak buat apa kat sini?” Puan Junita tiba-tiba menegur dengan nada agak terkejut. Barangkali tak sangka yang dia boleh berdiri tercegat di hadapan pintu bilik tersebut dengan gaya seperti mahu lari pecut 100 meter.
“Errr..tak ada apa-apa. Maksud saya...saya nak..jumpa..Encik Adib.” Hampir tak terkeluar kata-kata tersebut dari bibirnya. Puan Junita merenung agak kehairanan ke arah Irdina Safiya. Gadis itu hanya tersenyum sumbing, cuba mengawal riak muka yang dah terasa pucat rak berdarah itu.
“Oh yeke? kalau macam tu masuklah. Saya baru lepas habis meeting dengan Encik Adib.”
“Err...Encik Adib tak sibuk ke? Kalau sibuk lain kali jelah....”
“Kak Ju...saya...”
Dua pasang mata memandang ke arah pintu. Irdina Safiya terasa seperti mahu pengsan. Sah! Memang sah!
Adib memandang ke arah Puan Junita sebelum memandang ke arah Irdina Safiya yang tertunduk merenung lantai itu. Anak rambut gadis itu yang sebelum ini diselitkan di celah telinga, jatuh mengurai ke bawah menutupi wajahnya.
“Saya tak tahu pulak Kak Ju ada meeting depan pintu pejabat saya ni?” Adib mengangkat kening sambil memandang ke arah Puan Junita. Puan Junita hanya ketawa kecil sebelum mengelengkan kepala. Irdina Safiya yang masih lagi tunduk ke bawah itu hanya menggigit bibir. Jantung sudah kembali berdegup kencang.
“Dina kata nak jumpa Encik Adib. Jadi saya pergi dulu...”
Irdina Safiya mengangkat kepala sedikit ketika melihat Puan Junita berlalu dari situ. Rasa macam nak jerit panggil wanita itu supaya jangan pergi tinggalkan dirinya di situ.
“Ehemmm.”
Bulat mata Irdina Safiya yang ketika itu masih berpaling memandang ke arah tangga tempat di mana Puan Junita menghilang sebentar tadi. Jantung sudah mula berdegup lagi.
“Irdina?”
Perlahan-lahan kepala ditoleh dan di dongak ke atas. Air telur ditelan lagi sebelum kepala diangguk perlahan.
“Masuk.”
Habislah! Matilah aku!
Irdina Safiya memandang sekeliling bilik tersebut. Bilik sederhana besar itu kelihatan agak kemas walaupun tidak dihiasi dengan perabot dan hiasan yang mewah. Cukup sekadar sebiji meja kerja, sofa fesyen lama yang terletak di dinding bilik sebelh kiri, gambar-gambar pemandangan yang tergantung di dinding dan juga gambar sultan dan sultanah Pahang. Juga terdapat gambar keluarga yang tergantung di tengah-tengah bilik tersebut. Hmmm. Eh, mamat ni dah kahwin ke? Tapi perempuan yang terdapat di dalam gambar itu nampak macam agak muda. Barangkali adik dia kut.
“So..Irdina?”
“Dina...” Spontan bibir menutur. Encik Adib memandang ke arahnya. Begitu juga Irdina Safiya. Terasa seperti mahu menampar mulut sendiri. Macam mana boleh terkeluar perkataan tu? Tapi betullah. Dia memang tak suka kalau orang panggil dia Irdina. Tambah-tambah kalau sebut nama penuh dia. Irdina Safiya. Boleh hangin satu badan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.
“So..Irdina...dah berapa...”
“Errr..Encik Adib, kalau tak keberatan, boleh panggil saya dengan nama ‘Dina’?”
Encik Adib menyandarkan tubuh peda kerusi hitamnya. Irdina Safiya tunduk merenung meja. Jantung kembali berdebar ketika renungan lelaki itu tajam menusuk ke pangkal jantungnya.
“Yeke? Tak boleh saya nak panggil Irdina?”
“Errr...eh kejap. Macam mana encik boleh tahu nama saya Irdina?” Irdina Safiya bertanya agak pelik. Setahu dia, tidak ada sesiapa pun di resort ni yang nama dia Irdina. Dia hanya cakap pada semua orang nama dia Dina je.
Encik Adib terdiam buat seketika. Dia masih memandang ke arah Irdina Safiya dan nampaknya gadis itu turut sama memandang ke arahnya, seolah-olah menuntut jawapan darinya itu.
“Penting ke?”
Irdina Safiya mengerutkan dahi ketika mendengar jawapan lelaki itu. Eh mamat ni. Tanya kita pulak. Mestilah penting. Kalau tak, takkan dia saja-saja nak bazir air liur bertanyakan soalan itu.
“Mungkin bagi encik tak penting, tapi penting bagi saya.” Jawab Irdina Safiya cuba sedaya upaya menahan nada suara supaya tidak berubah. Memang menjadi kepantangan bagi dirinya kalau apa dia tanya itu, tidak dijawab dengan betul. Cakap je terus terang tak boleh ke?
“Memang tak penting pun bagi saya.”
Telinga Irdina Safiya terasa panas berasap ketika mendengar jawapan selamba daripada lelaki itu. Apa masalah mamat ni ek? Belum apa-apa lagi dah nak cari pasal dengan aku?
Irdina Safiya terpaksa mengambil masa selama beberapa minit untuk menenangkan hatinya yang dah panas terbakar itu.
“Ada apa encik nak jumpa saya?” Irdina Safiya akhirnya bersuara. Malas mahu memanjangkan isu tersebut. Lantaklah mamat ni nak tahu nama dia dari mana. Bukan masalah dia pun. Dan nampaknya mamat ni tak cam dia. Bagus. Selesai satu lagi masalah.
“Tak boleh ke saya nak jumpa awak?”
Irdina Safiya merenung ke arah Encik Adib tanpa berkelip. Seriously, apa kena dengan mamat ni?
“Boleh. Tak ada masalah. Cuma saya nak juga tahu atas alasan apa encik nak jumpa saya. Kalau tak ada apa-apa alasan, saya nak keluar dulu. Banyak kerja yang saya nak buat.” Jawab Irdina Safiya cuba menahan geram.
Kening Adib terangkat sebelah. Menarik.
“Baiklah. Saya pun banyak lagi kerja nak buat. Cuma saya nak bagi nasihat sikit.
Bagi apa? nasihat??
“Nasihat? Nasihat apa?” Tanya Irdina Safiya agak sinis. Bulat mata lelaki itu ketika memandang ke arah Irdina Safiya. Boleh tahan minah ni.
“Yang pertama...awak selaku pekerja kat sini mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak resort.”
Huh? Apa selama ni aku ada langgar sebarang peraturan kat sini ke?
“Yang kedua..setiap pekerjaan yang awak lakukan haruslah ikhlas dan kena dengan niat...”
Apa aku selama ni kerja tak ikhlas ke? Kalau betul aku kerja tak ikhlas, lama dah aku cabut lari balik Astana Kota, tahu?
“Yang ketiga...jaga perangai. Jaga pergaulan...”
Erk! Maksudnya?
“Maksud saya, tak salah nak bergurau senda sesama rakan sekerja tapi ingat, setiap pergaulan ada batasnya terutama antara lelaki dan perempuan...”
Eh mamat ni boleh baca fikiran orang ke?
“Yang keempat...”
“Encik Adib, boleh saya mencelah sekejap?”
Encik Adib terdiam. Tangan disilangkan ke dada seolah-olah memberi isyarat supaya Irdina Safiya meneruskan kata-kata.
“Maafkan saya encik, saya bukan berniat nak biadap ke apa. Tapi saya rasa saya betul-betul dah buang masa encik sebab apa yang encik cakap tu semua saya dah tahu. Maksud saya, Puan Junita awal-awal lagi dah cakap dengan saya pasal rules and regulations ni. Dan rasanya tak perlu kot encik nak buang masa nak cakap semua tu pada saya. Yelah, encik kan sibuk banyak kerja.”
Encik Adib merenung tajam ke arah Irdina Safiya tanpa berkata apa-apa. Buat seketika, keadaan di dalam bilik itu agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi ombak menghempas pantai berselang seli dengan bunyi deruan angin yang masuk ke dalam bilik itu melalui tingkap.
“Awak sindir saya ke?”
“Hah? Mana ada!”
“Beapa umur awak?” Tanya Encik Adib.
“Kenapa nak tahu?” Spontan Irdina Safiya bertanya sebelum tersedar. Wei Fiya. Kau ingat kau cakap dengan siapa? Tu bos kau tahu!
“Saja nak tahu. Tak boleh ke?”
“Errr..boleh. Tapi rasanya...tak penting kut.”
“Siapa cakap?”
“Sayalah yang cakap...” Spontan lagi Irdina Safiya menjawab. Ya ampun Fiya. Kau nak mati ke apa ni?
“So tak nak bagitahu lah ni?”
Irdina Safiya mengeleng teragak-agak.
“Baiklah. Kalau itu yang awak mahu. Saya tak nak memaksa. Lagi pun itu bukan cara saya. Memaksa orang lain buat apa yang dia tak suka.”
Irdina Safiya hanya terdiam.
“So, boleh saya keluar sekarang?”
“Hmmm.”
Laju kaki Irdina Safiya melangkah menuju ke arah pintu. Sebelum mamat ni panggil dia semula dan soal benda pelik-pelik, baik dia cabut dulu.
Adib hanya tercengang di kerusinya ketika melihat gadis itu seperti hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Apa kena dengan minah ni?
Irdina Safiya tersandar di dinding sambil memejamkan mata. Tangan spontan diletakkan di dada. Jantung masih lagi berdegup kencang dek kerana dia berlari keluar dari bilik encik Adib tadi. Gila betul! Seumur hidup belum pernah dia berlari seperti itu. Walaupun jarak tak jauh mana, tapi bolehlah bikin dia semput kejap.
“Dina? Awak buat apa kat sini?”
Hampir nak luruh jantung Irdina Safiya ketika itu. Mata dibuka sebelum wajah Mila muncul di hadapannya.
“Eh Mila. Tak ada apa. Awak buat apa kat sini? Kaunter sapa jaga?”
“Kak Shila jaga kejap. Saya nak ke tandas.”
“Oh, kalau macam tu silalah. Tak nak kacau awak. Saya pun nak sambung buat kerja.”
“Okey, jumpa malam nanti dekat dorm.”
Irdina Safiya mengangkat mengangkat ibu jari ke atas sebelum gadis itu berlalu dari situ. Irdina Safiya kembali menyandar ke dinding. Kepala ligat berfikir. Macam mana Encik Adib boleh tahu nama dia? Dan...nampaknya Encik Adib tak cam siapa dia. Bagus tu. Lagi pun dia bila-bila masa pun akan cabut pergi dari sini. Dan dia akan pastikan yang dia pergi sebelum semuanya terbongkar.


                                                                                ***

“Arghhhhh. Heaven!” Irdina Safiya mengeliat di atas katil sambil memejamkan mata. Tubuh yang terasa agak penat itu kelihatan sangat selesa apabila dapat berbaring-baring sebegini. Jam di tangan dijeling sekilas. Hampir pukul 7 petang. Kejap lagi mesti Mila dah habis kerja, bolehlah dia ajak Mila pergi makan lepas tu bolehlah terus tidur. Sejak dia kerja di sini, tak banyak aktiviti luar yang dia boleh buat. Pagi sampai petang pergi kerja. Balik dorm mandi-berehat-makan dekat cafe resort-balik dorm-bersembang dengan teman sedorm-tidur. Itu jelah rutin dia hari-hari. Kalau hujung minggu pulak, time tak kerja dia lepak tepi pantai duduk dekat buaian gantung tu sambil layan perasaan. Kalau dah jemu barulah dia ajak Mila keluar ke bandar. Itu pun tak ke mana jugak selain window shopping dan juga tengok wayang kalau ada cerita best. Memang berbeza betul dengan gaya hidup dia yang dulu masa dia tinggal di Astana Kota. Kalau dulu, boleh kata hari-hari dia keluar ke pusat beli belah dengan Naaz. Sama ada sekadar lepak dengan kawan-kawan atau pun pergi shopping sampai tak ingat dunia. Tapi sekarang, nak beli ubat gigi pun berkira cari yang paling murah. Sedih betul.
“Hai Dina, jauh mengelamun...”
Irdina Safiya yang sedang termenung merenung siling di atas katil itu menoleh. Senyum spontan terukir di bibir. Dia bangun dari baringan dan duduk bersila di atas katil. Mata masih memandang ke arah Mila yang sedang menanggalkan tudung bawal di atas kepalanya itu.
“Tak adalah. Saja lepak-lepak. Penat...”
Mila yang memandang ke arah cermin itu menoleh sekilas ke arah Irdina Safiya.
“Ingat siapa? Pakwe yee..”
Irdina Safiya membuat muka.
“Mana adalah...”
“Yeke?” Mila mengangkat kening sambil berjalan menuju ke arah almari. Pintu almari dibuka dan sehelai tuala di tarik keluar dari dalam almari tersebut lalu disangkutkan ke bahu gadis itu.
“Yelah. Apa ingat saya kaki auta ke?” Giliran Irdina Safiya pula mengangkat kening. Mila hanya ketawa kecil. Dia berjalan menuju ke arah katilnya sebelum duduk di hujung katil tersebut.
“Tak percayalah. Orang cantik macam awak takkan tak ada pakwe?”
“Saya cantik ke?” Irdina Safiya bertanya sambil tergelak.
“Cantiklah. Macam Siti...”
Kening Irdina Safiya terangkat sebelah.
“Siti mana? Siti Tanjung Perak?”
Mila membuat muka.
“Taklah. Cik Siti Wan Kembang...”
Meledak ketawa Irdina Safiya ketika mendengar kata-kata Mila itu.
“Ish apa ni anak dara ketawa macam tu maghrib-maghrib macam tu?”
Spontan Irdina Safiya dan Mila memandang ke arah pintu.
“Tak adalah Kak Mar. Mila ni buat lawak...”
“Ada kita pulak. Hmmm, ada apa Kak Mar sampai datang ke sini? Bukan tadi kata nak balik dah ke?”
“Nak baliklah ni. Saja nak bagitahu. Nanti maghrib dekat surau resort. Encik Adib suruh berjemaah sama-sama.”
“Oh..lupa pulak. Malam ni malam jumaat...” Mila menjawab perlahan.
Malam jumaat?
“Jangan lambat. Nanti marah pulak Encik Adib tu.”
“Okey...” Mila menjawab lagi.
Irdina Safiya hanya mendiamkan diri ketika mendengar perbualan Kak Mar dan Mila itu. Entah kenapa tubuh terasa berpeluh dan dada terasa berdebar.
“Awak dah mandi?” Tanya Mila.
“Hah? Eerrr..belum.”
“Kalau macam tu jomlah ke bilik air sekali. Selalunya kalau malam jumaat macam ni tandas penuh. Yelah, masing-masing kelang kabut nak bersiap ke surau.”
Irdina Safiya menelan air liur yang terasa berpasir di tekak.
“Err..awak pergilah dulu.”
Mila memandang pelik ke arah Irdina Safiya.
“Kenapa? Awka tak sihat ke?”
“Hah? Errr...saya..period. Err..tak boleh nak sembahyang.” Irdina Safiya menjawab hampir tergagap. Nasiblah terpaksa tipu. Padahal baru dua minggu lepas dia datang period.
“Oh, awak senggugut ye?”
“Errr..a’ah. Ingat nak baring-baring kejap.”
“Kalau macam tu tak apalah. Awak rehatlah dulu.”
Laju Irdina Safiya mengangguk. Mata memandang layu ke arah Mila sebelum gadis itu menghilangkan diri menuju ke arah tandas. Irdina Safiya mengeluh perlahan. Peluh di dahi dikesat dengan bahu. Dia merebahkan tubuh di atas katil. Fuh! Selamat.

0 140 tukang karut:

Post a Comment