RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 31, 2014

Bukan Semua Mampu Terima Kebenaran.

Asalamualaikum.
selamat pagi. Selamat hari isnin. setelah hampir seminggu bercuti, hari ni 1st day masuk kerja. wahhh. ingatkan aku dah lupa jalan nak ke office wekekeke. best jugak cuti tapi bagi student macam aku ni. cuti ni memang buat aku lupa diri sikit. kalau masuk office, sure aku stadi bukak buku. bila dah cuti ni. tengok movie jelah malas nak stadi. sangat tak baik untuk masa depan ye kengkawan. hari ni nak cakap pasal apa? yang pasti bukan pasal novel. dah lama tak menaip sesuatu yang bukan berkaitan novel. macam biasa, bila bukan berkaitan dengan novel, adalah tu sesi meluahkan perasaan.

sebenarnya, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang ni yang boleh buat kita berubah. berubah secara positif( alhamdulillah) mahupun negatif( minta dijauhkan) perubahan diri dan persekitaran tu memang takkan lari daripada kehidupan kita. cuma kita sedar atau tak je. kehidupan aku jugak berubah. of couselah kan. dulu pelajar, sekarang dah jadi pengajar. dulu pembaca, secara dah penulis. nampak tak imbuhan yang bertukar pada kata dasar tu? dari pe jadi peng? itu pun bukti yang kehidupan kita dah banyak berubah, betul tak?

aku seboleh-bolehnya cuba untuk tidak menyesal atas apa yang berlaku. selalunya bila kita kaitkan penyesalan ni mesti rasa macam benda buruk atau benda yang kita tak suka terjadi kepada kita. sejak dulu lagi aku dah latih diri untuk tidak menyesal dengan apa yang berlaku. takdir yang ditetapkan walaupun kadangkala ada jugak terselit rasa-rasa begitu. menyesal itu menyesal ini. betul. kalau kita buat salah, kita mesti rasa menyesal dan janji tak nak ulangi lagi. maksud aku bukan penyesalan yang begitu yang aku maksudkan. tapi lebih kepada macam, menyesal aku kenal kau. hidup nak menyakitkan hati je. ha. penyesalan macam tu lebih kurang yang aku maksudkan. 

bagi aku, apa -apa yang berlaku mesti ada sebab. Allah takkan takdirkan sesuatu terjadi tu tanpa sebab. semuanya bersebab. terpulang pada kita untuk duduk berfikir sejenak. merenung dan mencari rasionalnya. dan aku selalu cuba melatih diri untuk berfikiran positif atas apa yang terjadi walaupun aku tak berapa suka benda tu. contoh aku ditakdirkan jumpa manusia yang bermuka-muka dan tidak senang dengan kelebihan yang orang lain ada. aku cuba positif. mungkin kehadiran dia ni boleh jadikan aku sebagai seorang yang kuat dari segi mental. yelah. dah kalau hari-hari makan hati kena sindir je, for sure hati pun jadi kebal kan. haha. gtulah maksud aku.

ada seorang teman pernah cakap, bila kita berada di atas, jangan lupa jenguk ke bawah. maksudnya di sini, bila kita dah senang, dah berjaya, jangan mudah lupa diri. sentiasa berpijak di bumi yang nyata. sebab masih ramai di luar sana yang akan cuba menjatuhkan kita. well, bukan semua orang suka kita, betul tak?sebaik-baik Nabi pun ada orang benci apatah lagi kita manusia biasa yang penuh alpa ni.

manusia..ada macam-macam jenis. ada yang ikhlas nak berkawan dengan kita, ada juga yang cuba nak ambil kesempatan. contoh jika kita boleh bawa kebaikan pada seseorang, dan tiba-tiba sahaja kita 'diterima baik' oleh semua orang, hati-hatilah. mungkin...aku ulangi..mungkin, itu semua hanya muslihat. si teman ada memberikan contoh supaya aku lebih faham apa yang dia nak sampaikan. dia bagi contoh situasi yang dekat dengan aku iaitu sebagai penulis dan juga pembaca. dia kata contohnya aku baca buku lepas tu aku rasa buku tu bagus dan mula buat review. review pulak dibaca oleh ramai orang. jadi bila review bagus, mesti ramai yang akan beli buku tu, betul tak? jadi aku pun akan lebih bersemangat nak terus menulis review dan ditambah pula nama aku mula dikenali oleh orang. ramai pula suruh aku buat review itu review ini. dan si teman tanya, masa tu apa yang aku rasa? terdiam sejenak aku memikir. sebabnya aku jarang buat review novel. hanya sekali dua kala je sebab aku memang tak pandai nak review novel orang. kalau aku rasa best, aku simpan dalam hati, kalau rasa tak best pun, aku simpan dalam hati. bila tengok aku diam, dia pun kata..kau tak rasa bangga ke? bila tiba-tiba nama kau jadi femes? semua minta kau review itu dan ini?

aku terdiam lagi. rasa femes? perlu ke? sebab sekarang aku penulis pun aku tak rasa fames. biasa je. garu kepala si teman tu. wakaka. sorilah jawapan aku tak mengikut skema kamu. wakaka. jadi dia pun terus terang jelah mungkin malas nak berkias bagai. dia kata, normalnya bila kita yang biasa-biasa ni tiba-tiba dikenali, sikit sebanyak akan terbit rasa bangga di dalam diri. bangga dengan pencapaian diri. dari situ kita mungkin jadi mudah lupa diri. tetiba dulu kalau update status pun takde pon orang like, tetiba sekarang ni bajet update status macam retis je. tapi si teman kata, itu semua mula-mula je. mungkin awal-awal kita update status, ramai like. ramai komen. kita pun seronok sampai mengadap FB 24 jam tak bukak benda lain. bila naik noty je kita seronok tapi si teman tu kata, itu bersifat sementara je. lama-lama kau bakal akan ditinggalkan jugak. secepat mana kau fames, secepat itu jugak kau bakal dilupakan. tak percaya, cuma senyap je. ada dorang cari? lagi satu, mereka semua like or komen tu mungkin bersebab. mungkin mereka nak kau review novel-novel mereka. bagi penulis, review yang baik-baik ni memang menjadi kesukaan penulis. aku kecik besar kecik besar je pandang dia. apasal dia ni banyak sangat tahu eh? dan dia hanya angkat kening je. ceh!

jadi kesimpulan yang si teman ni nak kata, kita jangan mudah lupa diri. jangan rasa diri tu dah terlalu bagus sangat. sentiasa pandang ke bawah supaya kita sedar yang kaki kita masih memijak bumi. bila fikir-fikir balik, betullah apa si teman ni kata. walaupun contoh dia bagi tu sunggguh tak boleh blah betul tapi aku harus terima hakikat, apa yang dia kata tu betul. macam yang aku update kat FB semalam, bukan semua orang mampu terima kebenaran, pepatah 'berkata benar walaupun pahit' itu tak boleh apply untuk semua orang. tapi..terpulang pada diri sendiri. si teman dah melontarkan pandangan. terpulang pada aku dan orang yang baca entri ini untuk terima. 

p/s: si teman pesan lagi. jangan terlalu dangkal dalam berfikir. jangan sempitkan pemikiran. banyakkan mendalami ilmu dan jangan jadi katak di dalam gelas kaca. hanya mahu melihat dunia luar dari balik kaca tersebut tanpa berbuat apa-apa. cari ilmu. tuntut ilmu. dan jangan berani berbicara tentang sesuatu jika ilmu pun tak lebih dari sejengkal. ingat, bukan semua mampu terima kebenaran.

p/s/s: Panjang pulak entri hari ni. lagi panjang dari entri novel wakaka. happy monday uoils.

Friday, March 28, 2014

Bab 5 : Te Amo Mi Amor!



Bab 5
“Adeh!” Irdina Safiya memegang pinggang yang terasa lengguh. Tubuh terasa sakit dek kerana dari pagi menyental lantai bilik air setiap bilik yang dikemas olehnya. Entah tak tahu mana silapnya, boleh kata semua bilik di country view ni bilik air dia kotor mengalahkan tandas awam. Entah apalah yang client semua tu buat dalam bilik air tu. Tu tak masuk lagi dengan pasir sana sini. Atas katil pun ada pasir apa citer? Haih.
“Malam nanti Adi balik makan. Ye mak Adi tak lupa punya...”
Telinga Irdina Safiya tiba-tiba menangkap entah suara siapa tidak jauh darinya itu. Dia yang sedang menjinjing baldi dan juga mop itu kelang kabut berjalan apabila dia mula menyedari milik siapa suara tersebut. Tak lain dan tak bukan..
“Mak, nanti Adi telefon lagi. Assalamualaikum...” Adi memutuskan talian setelah mendengar jawapan salam ibunya di sebelah sana. Mata dikecilkan ke arah Irdina Safiya yang kelihatan begitu susah payah berjalan laju-laju dengan tangan menjinjing baldi penuh dengan air.
“Irdina!”
Spontan Irdina Safiya berhenti melangkah. Dia menggigit bibir bawah. Dalam hati berkira-kira sama ada nak berjalan terus atau berpusing ke arah si pemanggil. Aci tak nak buat-buat tak dengar dan jalan je terus macam tak ada sesiapa di situ?
“Irdina!”
Rasanya dia tak mempunyai sebarang pilihan pun. Niat hati nak mengelak dari bertembung dengan mamat ni. Alih-alih kantoi jugak. Perlahan-lahan dia memusingkan badan. Baldi yang mengandungi air kotor bekas dia mengemop lantai koridor tadi itu diletakkan di atas lantai. Sakit tangan wooo pegang lama-lama macam ni.
“Awak dari mana?” Encik Adi yang sudah berdiri di hadapannya itu bertanya.
“Bilik tu...” Irdina Safiya menunjuk ke arah bilik yang baru sahaja dibersihkan tadi.
“Nak pergi mana?”
“Nak pergi kolam. Jumpa Kak Mar...”
“Buat apa jumpa Kak Mar?”
Irdina Safiya terdiam sambil menggigit bibir. Jangan banyak tanya boleh tak? Pantang betul tok nenek aku orang banyak tanya macam ni. Huh.
“Nak tolong Kak Mar cuci kolam.”
“Kenapa tak ikut jalan sana? Bukan ke lebih dekat?”
Irdina Safiya menggigit bibir lagi. Aku nak mengelak dari jumpa kaulah. Sebab tu tak lalu sana.
“Saja nak ambil angin.” Irdina Safiya menjawab perlahan. Tak lojiklah Fiya alasan kau tu. ish!
Encik Adi mengangkat kening. Boleh nampak riak tak percaya di wajah lelaki itu. Hey, lantaklah kau nak percaya ke tak. Bukan masalah aku pun!
“Awak mengumpat saya dalam hati ye?”
“Hah?” Spontan Irdina Safiya mendongak memandang ke arah wajah lelaki itu. Ngeee! Biar betul mamat ni? Dia memang boleh baca fikiran orang ke?
“Tak apalah. Pergilah buat kerja awak tu. Nanti lama pulak Kak Mar tunggu...” Encik Adi berkata sebelum melangkah berlalu dari situ. Irdina Safiya masih tercegat berdiri di situ.
“By the way....” Encik Adi kembali berpusing. Mata lelaki itu tepat merenung ke arah Irdina Safiya.
“Tak baik mengumpat orang dalam hati. Berdosa..”
Zappp! Terasa seperti kena simbah dengan air dalam baldi ketika telinga menangkap kata-kata penuh sinis lelaki itu. Arghhh! Mohd Adi Rayhan. Awak memang sengaja mencari pasal!

                                                                          ***


I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

Langkah kaki Irdina Safiya terhenti seketika ketika mata memandang sepasang kaki berseluar panjang berwarna hitam di hadapan matanya. Mata tajam mengecam jenama kasur Dr Martens yang tersarung di kaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. Spontan Irdina Safiya mendongak. Glup!
“Siapa yang kiss awak malam-malam ni?”
Irdina Safiya menelan air liur berkali-kali. Matilah! Macam mana boleh terserempak dengan mamat ni dekat sini? Bukan ke dia dah balik pukul enam tadi?
“Errr. Tak...maksud saya..err...”
Encik Adi menelengkan kepala ketika memandang ke arah Irdina Safiya dari atas ke bawah. Senyum senget terukir di bibir lelaki itu.
Dahi Irdina Safiya berkerut apabila melihat lelaki itu merenungnya dari atas ke bawah. Hey, ni dah lebih. Tengok orang macam tak pernah tengok orang tu kenapa? Korek biji mata tu baru tahu.
“Buat apa kat luar ni?”
Irdina Safiya menggigit bibir. Arghhh pleaselah! Ingat aku budak-budak ke semua benda nak kena report pada dia?
“Tak buat apa. Saja jalan-jalan ambil angin. Kalau tak ada apa-apa, saya masuk dulu. Encik pun jalan hati-hati. Kalau jatuh bangun sendiri...” Selamba Irdina Safiya menutur sebelum berlalu dari situ.
“Irdina...”
Langkah kaki Irdina Safiya terhenti. Mata dipejam cuba mengawal rasa geram. Irdina! Irdina! Irdina! Tak boleh ke kalau tak panggil aku dengan nama tu?
“Ada apa lagi ni encik Adi? Saya mengantuk ni. Nak masuk tidur.”
Spontan encik Adi melihat jam di tangan.
“Awal lagi ni. Isyak pun tak masuk lagi dah nak tidur ke?”
Zap! Terasa muka kena lempar dengar pasir.
“Pape jelah. Ada apa panggil saya?”
“Saya ingat awak tak suka saya panggil awak dengan panggilan tu?”
Irdina Safiya memutarkan bebola matanya ke atas.
“Verry funny. Dahlah. Saya nak masuk dulu...”
“Irdina...”
Irdina Safiya mengetab bibir.
“Yes encik Adi Rayhan?”
“Awak nampak cute...”
“Hah?” Irdina Safiya terpingga-pingga dengan kata-kata diluar dugaan itu. Mamat ni demam ke apa?”
“Saya kata awak nampak cute dengan pijama tu. Hello Kitty tu memang sangat sesuai dengan awak...” Encik Adi menjawab sambil tersenyum sinis sebelum lelaki itu berlalu melangkah meninggalkan tempat itu. Irdina Safiya spontan memandang ke bawah. Mata terpaku memandang pijama hello kitty yang tersarung di tubuhnya. Oh.My.Lord! Irdina Safiya, what have you done?!

                                                                                    *** 

“Dina? Awak nak ke mana tu?”
“Eh Mila. Saya nak balik dorm. Baru lepas makan. Ingat nak tidur kejap sebelum masuk kerja balik. kenapa?”
“Hmm, boleh tolong saya kejap tak?”
“Tolong apa?” Tanya Irdina Safiya sambil berjalan mendekati kaunter.
“Tolong jaga kaunter lima minit boleh? Saya tak tahan nak ke tandas ni.” Mila menjawab sambil mengerutkan dahi. Barangkali sudah lama gadis itu menahan diri dari ke bilik air. Memang dia sedia maklum yang kaunter pertanyaan tidak boleh ditinggalkan tanpa dijaga.
“Oh, okey. No prob. Pergilah...”
“Thanks Dina.” Jawab Mila sambil tergesa-gesa berlalu dari situ sambil tangan memegang perutnya. Agaknya memulas lah tu.
Irdina Safiya membelek-belek buku log yang tersusun di atas meja pendaftaran tersebut. Di dalam buku log tersebut tercatat senarai maklumat pengunjung seperti nama, nombor kad pengenalan, tarik keluar dan masuk, nombor bilik dan juga nombor telefon. Dalam hati tertanya-tanya kenapa mereka tidak menggunakan sistem yang lebih sistematik untuk menyimpan data pengunjung. Kenapa tak simpan dalam komputer je. Bukankah lebih mudah dan efisyen? Tak perlulah nak menulis bagai semua ni. Irdina Safiya mengomel sendiri sambil meletakkan kembali buku log tersebut di atas meja. Dia menjeling jam lagi. Hmm, lambat lagi ke Mila ni? Mata nak mengantuk dah ni. Irdina Safiya menahan mulut yang sudah beberapa kali menguap.
KRINGG!
Irdina Safiya memandang ke arah telefon yang terletak di atas kaunter tersebut dengan teragak-agak. Alamak! Macam mana ni? Nak angkat ke tak nak? Kalau nak angkat, nak cakap apa? Irdina Safiya menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Baru sahaja dia berkira-kira mahu mengangkat gagang telefon tersebut, deringan telefon itu terhenti. Belum lama Irdina Safiya melepaskan keluhan lega, telefon berbunyi sekali lagi. Sambil menggigit bibir bawah, dia mengangkat gagang telefon tersebut sebelum Adiawa ke telinga.
“Err..hello?”
“Helo, ni De’Cinta Beach Resort ke?”
“Errr ya. Err...ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Tanya Irdina Safiya tergagap. Sesekali dia menjeling ke arah koridor yang menghala ke arah tandas tempat. Mana Mila ni?
“Saya nak tempah bilik. Berapa harga bilik untuk keluarga?”
“Errr, kejap ye encik.” Kelang kabut Irdina menjawab sambil tangan mengagau buku-buku log yang tersusun di atas meja kaunter tersebut. Sehelai demi sehelai halaman diselak secara rambang untuk mencari senarai harga bilik namun hampa. Tak jumpa pun!
“Lambat lagi ke cik?”
“Err, kejap ye cik. Saya tengah semak harga bilik...” Jawab Irdina Safiya kalut. Peluh sudah mula mengalir di dahi. Tangan masih laju menyelak halaman-halaman buku log yang berterabut di situ. Mana senarai harga bilik ni??
“Takkan awak tak tahu harga bilik dekat situ? Bukan ke tu kerja awak? Benda kecik macam tu pun takkan tak boleh nak ingat? Makan gaji buta ke apa?” tanya orang di sebelah sana dengan nada yang agak marah. Tangan Irdina Safiya yang sedang menyelak halaman buku log itu terhenti. Terasa panas telinga apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Maaf encik. Saya ni bukan kerja jaga kaunter. Saya ni tukang cuci je. Kerja saya bersihkan bilik. Saya mana tahu harga bilik-bilik dekat sini sebab itu bukan kerja saya. Kalau encik tak suka, encik boleh telefon resort lain okey. Bye!” Irdina Safiya menjawab geram sebelum menghempas telefon tersebut. Dada turun naik menahan kemarahan. Mata dipejam cuba menenangkan hati.
“Irdina, masuk pejabat saya sekarang...”
Spontan Irdina Safiya membuka mata. Dia menoleh memandang ke arah Encik Adi yang entah bila muncul di situ. Irdina Safiya menelan air liur. Adakah Encik Adi dengar apa yang dia katakan dalam telefon tadi? Matilah! Matilah!

#TERUSKANBERDOAUNTUKMH370.

Thursday, March 20, 2014

Sedihh..

Assalamualaikum,
dah lama tak post entri luah perasaan. haha. lately aku sibuk sikit since kelas pun dah mula. kelas hujung minggu. dua hari untuk satu subjek. bayangkan dua hari satu subjek macam mana rupe?? bila aku masuk kelas, serius aku rasa macam terputus hubungan dengan dunia luar hahahaha. tapi master susahlah. serius susah. this semester aku ambil dua subjek je. bahasa jepun dengan method of engineering mathematics. seriuslah susah. sedih je rasa huhuhu. nak give up pun ada. subjek math tu lagi lah susah. semua kena proof je. lecturer bukan terang semua. skip2 je dan yang lain semua cari sendiri. bagi aku youtube banyak bantu. dia explain mana2 part yang lecturer aku tak explain tu wakaka. kalau dalam exam boleh tengok youtube confirm aku dapat A++. yang subjek jepun pun susah. susah nak ingat the hiragana tu. tapi compare subjek jepun dengan subjek math, aku lagi sanggup hadap jepun. kalau aku stadi math tu satu hari suntuk buat satu soalan tu memang perkara biasa. proof sana sini. sakit otak aku kena fikir. nak tahu contoh macam mana soalan aku kena buat? aku bagi contoh soalan masa aku ambik degree dulu.

Proof that 1-1=0.

ha....gitulah salah satu soalan yang aku kena buat. tu level degree. cuba bayangkan level master tu macam mana? tak botak kepala??


Sunday, March 9, 2014

Combo set novel ahmad ammar ( brand new)

Assalamualaikum,
baru baru sampai dalam dua tiga jam tadi. simple update. nak jual set combo buku ammar. beli online hari tu diorang terpost lebih. so nak jual dan bayar balik pada dorang. brand new punya.




 RM 45 termasuk postage.
SOLD
p/s: interested? email nurulainnismail@gmail.com

Thursday, March 6, 2014

Glamer.

Suatu petang.
Joe : Ainn, discribe Icam in three words. ( Sambil setting DSLR)
Aku : Tak nak. tak nak. tak nak. (Sambil tutup muka dengan tangan)
KAHKAHKAH.
sorry. iols tak suka glamer. :P

Wednesday, March 5, 2014

Bab 4 : Ti Amo Mi Amor!

Bab 4

Irdina Safiya terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan. Tiada kelibat sesiapa di situ. Dia kemudian melangkah menuju ke arah bilik yang paling hujung di tingkat tiga itu dengan debaran yang semakin menggila di dadanya. Dalam hati tak berhenti-henti berdoa supaya tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku hari ini. Irdina Safiya berdiri di hadapan pintu bilik yang tertera perkataan ‘Pengurus Besar – Mohd Adib Rayhan’. Oooo. Nama mamat ni Adib Rayhan rupanya. Sedapnya nama! Namun itu masih tidak mampu meredakan rasa berdebar di hatinya ketika itu. Irdina Safiya sudah berkira-kira mahu lari dari situ apabila telinga menangkap bunyi tombol dipulas. Lari Fiya lari sekarang!
“Eh Dina? Awak buat apa kat sini?” Puan Junita tiba-tiba menegur dengan nada agak terkejut. Barangkali tak sangka yang dia boleh berdiri tercegat di hadapan pintu bilik tersebut dengan gaya seperti mahu lari pecut 100 meter.
“Errr..tak ada apa-apa. Maksud saya...saya nak..jumpa..Encik Adib.” Hampir tak terkeluar kata-kata tersebut dari bibirnya. Puan Junita merenung agak kehairanan ke arah Irdina Safiya. Gadis itu hanya tersenyum sumbing, cuba mengawal riak muka yang dah terasa pucat rak berdarah itu.
“Oh yeke? kalau macam tu masuklah. Saya baru lepas habis meeting dengan Encik Adib.”
“Err...Encik Adib tak sibuk ke? Kalau sibuk lain kali jelah....”
“Kak Ju...saya...”
Dua pasang mata memandang ke arah pintu. Irdina Safiya terasa seperti mahu pengsan. Sah! Memang sah!
Adib memandang ke arah Puan Junita sebelum memandang ke arah Irdina Safiya yang tertunduk merenung lantai itu. Anak rambut gadis itu yang sebelum ini diselitkan di celah telinga, jatuh mengurai ke bawah menutupi wajahnya.
“Saya tak tahu pulak Kak Ju ada meeting depan pintu pejabat saya ni?” Adib mengangkat kening sambil memandang ke arah Puan Junita. Puan Junita hanya ketawa kecil sebelum mengelengkan kepala. Irdina Safiya yang masih lagi tunduk ke bawah itu hanya menggigit bibir. Jantung sudah kembali berdegup kencang.
“Dina kata nak jumpa Encik Adib. Jadi saya pergi dulu...”
Irdina Safiya mengangkat kepala sedikit ketika melihat Puan Junita berlalu dari situ. Rasa macam nak jerit panggil wanita itu supaya jangan pergi tinggalkan dirinya di situ.
“Ehemmm.”
Bulat mata Irdina Safiya yang ketika itu masih berpaling memandang ke arah tangga tempat di mana Puan Junita menghilang sebentar tadi. Jantung sudah mula berdegup lagi.
“Irdina?”
Perlahan-lahan kepala ditoleh dan di dongak ke atas. Air telur ditelan lagi sebelum kepala diangguk perlahan.
“Masuk.”
Habislah! Matilah aku!
Irdina Safiya memandang sekeliling bilik tersebut. Bilik sederhana besar itu kelihatan agak kemas walaupun tidak dihiasi dengan perabot dan hiasan yang mewah. Cukup sekadar sebiji meja kerja, sofa fesyen lama yang terletak di dinding bilik sebelh kiri, gambar-gambar pemandangan yang tergantung di dinding dan juga gambar sultan dan sultanah Pahang. Juga terdapat gambar keluarga yang tergantung di tengah-tengah bilik tersebut. Hmmm. Eh, mamat ni dah kahwin ke? Tapi perempuan yang terdapat di dalam gambar itu nampak macam agak muda. Barangkali adik dia kut.
“So..Irdina?”
“Dina...” Spontan bibir menutur. Encik Adib memandang ke arahnya. Begitu juga Irdina Safiya. Terasa seperti mahu menampar mulut sendiri. Macam mana boleh terkeluar perkataan tu? Tapi betullah. Dia memang tak suka kalau orang panggil dia Irdina. Tambah-tambah kalau sebut nama penuh dia. Irdina Safiya. Boleh hangin satu badan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.
“So..Irdina...dah berapa...”
“Errr..Encik Adib, kalau tak keberatan, boleh panggil saya dengan nama ‘Dina’?”
Encik Adib menyandarkan tubuh peda kerusi hitamnya. Irdina Safiya tunduk merenung meja. Jantung kembali berdebar ketika renungan lelaki itu tajam menusuk ke pangkal jantungnya.
“Yeke? Tak boleh saya nak panggil Irdina?”
“Errr...eh kejap. Macam mana encik boleh tahu nama saya Irdina?” Irdina Safiya bertanya agak pelik. Setahu dia, tidak ada sesiapa pun di resort ni yang nama dia Irdina. Dia hanya cakap pada semua orang nama dia Dina je.
Encik Adib terdiam buat seketika. Dia masih memandang ke arah Irdina Safiya dan nampaknya gadis itu turut sama memandang ke arahnya, seolah-olah menuntut jawapan darinya itu.
“Penting ke?”
Irdina Safiya mengerutkan dahi ketika mendengar jawapan lelaki itu. Eh mamat ni. Tanya kita pulak. Mestilah penting. Kalau tak, takkan dia saja-saja nak bazir air liur bertanyakan soalan itu.
“Mungkin bagi encik tak penting, tapi penting bagi saya.” Jawab Irdina Safiya cuba sedaya upaya menahan nada suara supaya tidak berubah. Memang menjadi kepantangan bagi dirinya kalau apa dia tanya itu, tidak dijawab dengan betul. Cakap je terus terang tak boleh ke?
“Memang tak penting pun bagi saya.”
Telinga Irdina Safiya terasa panas berasap ketika mendengar jawapan selamba daripada lelaki itu. Apa masalah mamat ni ek? Belum apa-apa lagi dah nak cari pasal dengan aku?
Irdina Safiya terpaksa mengambil masa selama beberapa minit untuk menenangkan hatinya yang dah panas terbakar itu.
“Ada apa encik nak jumpa saya?” Irdina Safiya akhirnya bersuara. Malas mahu memanjangkan isu tersebut. Lantaklah mamat ni nak tahu nama dia dari mana. Bukan masalah dia pun. Dan nampaknya mamat ni tak cam dia. Bagus. Selesai satu lagi masalah.
“Tak boleh ke saya nak jumpa awak?”
Irdina Safiya merenung ke arah Encik Adib tanpa berkelip. Seriously, apa kena dengan mamat ni?
“Boleh. Tak ada masalah. Cuma saya nak juga tahu atas alasan apa encik nak jumpa saya. Kalau tak ada apa-apa alasan, saya nak keluar dulu. Banyak kerja yang saya nak buat.” Jawab Irdina Safiya cuba menahan geram.
Kening Adib terangkat sebelah. Menarik.
“Baiklah. Saya pun banyak lagi kerja nak buat. Cuma saya nak bagi nasihat sikit.
Bagi apa? nasihat??
“Nasihat? Nasihat apa?” Tanya Irdina Safiya agak sinis. Bulat mata lelaki itu ketika memandang ke arah Irdina Safiya. Boleh tahan minah ni.
“Yang pertama...awak selaku pekerja kat sini mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak resort.”
Huh? Apa selama ni aku ada langgar sebarang peraturan kat sini ke?
“Yang kedua..setiap pekerjaan yang awak lakukan haruslah ikhlas dan kena dengan niat...”
Apa aku selama ni kerja tak ikhlas ke? Kalau betul aku kerja tak ikhlas, lama dah aku cabut lari balik Astana Kota, tahu?
“Yang ketiga...jaga perangai. Jaga pergaulan...”
Erk! Maksudnya?
“Maksud saya, tak salah nak bergurau senda sesama rakan sekerja tapi ingat, setiap pergaulan ada batasnya terutama antara lelaki dan perempuan...”
Eh mamat ni boleh baca fikiran orang ke?
“Yang keempat...”
“Encik Adib, boleh saya mencelah sekejap?”
Encik Adib terdiam. Tangan disilangkan ke dada seolah-olah memberi isyarat supaya Irdina Safiya meneruskan kata-kata.
“Maafkan saya encik, saya bukan berniat nak biadap ke apa. Tapi saya rasa saya betul-betul dah buang masa encik sebab apa yang encik cakap tu semua saya dah tahu. Maksud saya, Puan Junita awal-awal lagi dah cakap dengan saya pasal rules and regulations ni. Dan rasanya tak perlu kot encik nak buang masa nak cakap semua tu pada saya. Yelah, encik kan sibuk banyak kerja.”
Encik Adib merenung tajam ke arah Irdina Safiya tanpa berkata apa-apa. Buat seketika, keadaan di dalam bilik itu agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi ombak menghempas pantai berselang seli dengan bunyi deruan angin yang masuk ke dalam bilik itu melalui tingkap.
“Awak sindir saya ke?”
“Hah? Mana ada!”
“Beapa umur awak?” Tanya Encik Adib.
“Kenapa nak tahu?” Spontan Irdina Safiya bertanya sebelum tersedar. Wei Fiya. Kau ingat kau cakap dengan siapa? Tu bos kau tahu!
“Saja nak tahu. Tak boleh ke?”
“Errr..boleh. Tapi rasanya...tak penting kut.”
“Siapa cakap?”
“Sayalah yang cakap...” Spontan lagi Irdina Safiya menjawab. Ya ampun Fiya. Kau nak mati ke apa ni?
“So tak nak bagitahu lah ni?”
Irdina Safiya mengeleng teragak-agak.
“Baiklah. Kalau itu yang awak mahu. Saya tak nak memaksa. Lagi pun itu bukan cara saya. Memaksa orang lain buat apa yang dia tak suka.”
Irdina Safiya hanya terdiam.
“So, boleh saya keluar sekarang?”
“Hmmm.”
Laju kaki Irdina Safiya melangkah menuju ke arah pintu. Sebelum mamat ni panggil dia semula dan soal benda pelik-pelik, baik dia cabut dulu.
Adib hanya tercengang di kerusinya ketika melihat gadis itu seperti hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Apa kena dengan minah ni?
Irdina Safiya tersandar di dinding sambil memejamkan mata. Tangan spontan diletakkan di dada. Jantung masih lagi berdegup kencang dek kerana dia berlari keluar dari bilik encik Adib tadi. Gila betul! Seumur hidup belum pernah dia berlari seperti itu. Walaupun jarak tak jauh mana, tapi bolehlah bikin dia semput kejap.
“Dina? Awak buat apa kat sini?”
Hampir nak luruh jantung Irdina Safiya ketika itu. Mata dibuka sebelum wajah Mila muncul di hadapannya.
“Eh Mila. Tak ada apa. Awak buat apa kat sini? Kaunter sapa jaga?”
“Kak Shila jaga kejap. Saya nak ke tandas.”
“Oh, kalau macam tu silalah. Tak nak kacau awak. Saya pun nak sambung buat kerja.”
“Okey, jumpa malam nanti dekat dorm.”
Irdina Safiya mengangkat mengangkat ibu jari ke atas sebelum gadis itu berlalu dari situ. Irdina Safiya kembali menyandar ke dinding. Kepala ligat berfikir. Macam mana Encik Adib boleh tahu nama dia? Dan...nampaknya Encik Adib tak cam siapa dia. Bagus tu. Lagi pun dia bila-bila masa pun akan cabut pergi dari sini. Dan dia akan pastikan yang dia pergi sebelum semuanya terbongkar.


                                                                                ***

“Arghhhhh. Heaven!” Irdina Safiya mengeliat di atas katil sambil memejamkan mata. Tubuh yang terasa agak penat itu kelihatan sangat selesa apabila dapat berbaring-baring sebegini. Jam di tangan dijeling sekilas. Hampir pukul 7 petang. Kejap lagi mesti Mila dah habis kerja, bolehlah dia ajak Mila pergi makan lepas tu bolehlah terus tidur. Sejak dia kerja di sini, tak banyak aktiviti luar yang dia boleh buat. Pagi sampai petang pergi kerja. Balik dorm mandi-berehat-makan dekat cafe resort-balik dorm-bersembang dengan teman sedorm-tidur. Itu jelah rutin dia hari-hari. Kalau hujung minggu pulak, time tak kerja dia lepak tepi pantai duduk dekat buaian gantung tu sambil layan perasaan. Kalau dah jemu barulah dia ajak Mila keluar ke bandar. Itu pun tak ke mana jugak selain window shopping dan juga tengok wayang kalau ada cerita best. Memang berbeza betul dengan gaya hidup dia yang dulu masa dia tinggal di Astana Kota. Kalau dulu, boleh kata hari-hari dia keluar ke pusat beli belah dengan Naaz. Sama ada sekadar lepak dengan kawan-kawan atau pun pergi shopping sampai tak ingat dunia. Tapi sekarang, nak beli ubat gigi pun berkira cari yang paling murah. Sedih betul.
“Hai Dina, jauh mengelamun...”
Irdina Safiya yang sedang termenung merenung siling di atas katil itu menoleh. Senyum spontan terukir di bibir. Dia bangun dari baringan dan duduk bersila di atas katil. Mata masih memandang ke arah Mila yang sedang menanggalkan tudung bawal di atas kepalanya itu.
“Tak adalah. Saja lepak-lepak. Penat...”
Mila yang memandang ke arah cermin itu menoleh sekilas ke arah Irdina Safiya.
“Ingat siapa? Pakwe yee..”
Irdina Safiya membuat muka.
“Mana adalah...”
“Yeke?” Mila mengangkat kening sambil berjalan menuju ke arah almari. Pintu almari dibuka dan sehelai tuala di tarik keluar dari dalam almari tersebut lalu disangkutkan ke bahu gadis itu.
“Yelah. Apa ingat saya kaki auta ke?” Giliran Irdina Safiya pula mengangkat kening. Mila hanya ketawa kecil. Dia berjalan menuju ke arah katilnya sebelum duduk di hujung katil tersebut.
“Tak percayalah. Orang cantik macam awak takkan tak ada pakwe?”
“Saya cantik ke?” Irdina Safiya bertanya sambil tergelak.
“Cantiklah. Macam Siti...”
Kening Irdina Safiya terangkat sebelah.
“Siti mana? Siti Tanjung Perak?”
Mila membuat muka.
“Taklah. Cik Siti Wan Kembang...”
Meledak ketawa Irdina Safiya ketika mendengar kata-kata Mila itu.
“Ish apa ni anak dara ketawa macam tu maghrib-maghrib macam tu?”
Spontan Irdina Safiya dan Mila memandang ke arah pintu.
“Tak adalah Kak Mar. Mila ni buat lawak...”
“Ada kita pulak. Hmmm, ada apa Kak Mar sampai datang ke sini? Bukan tadi kata nak balik dah ke?”
“Nak baliklah ni. Saja nak bagitahu. Nanti maghrib dekat surau resort. Encik Adib suruh berjemaah sama-sama.”
“Oh..lupa pulak. Malam ni malam jumaat...” Mila menjawab perlahan.
Malam jumaat?
“Jangan lambat. Nanti marah pulak Encik Adib tu.”
“Okey...” Mila menjawab lagi.
Irdina Safiya hanya mendiamkan diri ketika mendengar perbualan Kak Mar dan Mila itu. Entah kenapa tubuh terasa berpeluh dan dada terasa berdebar.
“Awak dah mandi?” Tanya Mila.
“Hah? Eerrr..belum.”
“Kalau macam tu jomlah ke bilik air sekali. Selalunya kalau malam jumaat macam ni tandas penuh. Yelah, masing-masing kelang kabut nak bersiap ke surau.”
Irdina Safiya menelan air liur yang terasa berpasir di tekak.
“Err..awak pergilah dulu.”
Mila memandang pelik ke arah Irdina Safiya.
“Kenapa? Awka tak sihat ke?”
“Hah? Errr...saya..period. Err..tak boleh nak sembahyang.” Irdina Safiya menjawab hampir tergagap. Nasiblah terpaksa tipu. Padahal baru dua minggu lepas dia datang period.
“Oh, awak senggugut ye?”
“Errr..a’ah. Ingat nak baring-baring kejap.”
“Kalau macam tu tak apalah. Awak rehatlah dulu.”
Laju Irdina Safiya mengangguk. Mata memandang layu ke arah Mila sebelum gadis itu menghilangkan diri menuju ke arah tandas. Irdina Safiya mengeluh perlahan. Peluh di dahi dikesat dengan bahu. Dia merebahkan tubuh di atas katil. Fuh! Selamat.