RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, February 5, 2014

Bab 1 : Te Amo mi amor!


        

 BAB 1

IRDINA SAFIYA menggaru kepala yang tidak gatal. Bas yang dinaiki sebentar tadi baru sahaja pergi meninggalkan dia di tepi jalan tersebut. Sesekali dia membelek Iphone di tangan namun tiada gunanya kerana telefon canggih tersebut telah kehabisan bateri. Power bank pula tertinggal di rumah dek kerana dia keluar tergesa-gesa pagi tadi. Sudahnya dia seperti orang mati akal apabila dia tidak tahu di mana dia berada sekarang. Sebarang papan tanda pun tak ada. Jalan pula kelihatan agak sunyi. Kereta lalu lalang pun hanya sekali dua sahaja. Nampaknya dia dah sesat. Tapi..adakah dia ni masuk kategori sesat kalau dia sendiri sebenarnya tak tahu hendak ke mana. Lepas sahaja dia tiba di lapangan terbang Kuantan, terus sahaja dia mengambil bas tanpa berfikir terlebih dahulu ke mana dia mahu pergi. Sudahnya, dia tersadai di tepi jalan tersebut seorang diri.
Setelah hampir sepuluh minit Irdina Safiya berdiri termangu di tepi jalan itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjalan sahaja mengikut langkah yang diatur oleh kakinya. Mana tahu kalau-kalau dia bernasib baik, terjumpa hotel atau rumah tumpangan walaupun dia tak menaruh harapan yang terlalu tinggi. Namun dalam hati tak henti-henti berdoa supaya diberikan pertolongan oleh sesiapa sahaja. Hari pun sudah hampir gelap dan dia tak bercadang mahu bermalam di perhentian bas seolah-olah dia seperti orang geladangan.
Langkah kaki Irdina Safiya terhenti betul-betul di hadapan pintu masuk De’Cinta Beach Resort. Serasa ketika itu mahu sahaja dia melompat kegembiraan kerana telah berjumpa dengan hotel tersebut. Kiranya malam ini tak perlulah dia bermalam di tepi jalan. Selamat! Tanpa membuang masa, laju kaki melangkah masuk ke dalam resort tersebut. suasana resort itu agak tenang dan sunyi. Sesekali angin pantai bertiup menampar pipinya dengan lembut, membuatkan anak-anak rambutnya terbuai-buai. Ah! Tenangnya hati ini. Irdina Safiya berkata di dalam hati.
“Hai...saya nak tempah satu bilik untuk seminggu.” Irdina Safiya menyapa gadis di kaunter pendaftaran yang sedang tunduk menulis sesuatu pada buku lognya itu. Gadis itu mengangkat kepala. Senyum spontan diberikan oleh gadis itu.
“Ye cik? Nak tempah bilik ya. Untuk berapa orang?”
“Sorang. Kalau boleh nak bilik mengadap laut ya.”
“Baik cik...” Gadis yang memakai tag nama Mila itu menjawab masih lagi tersenyum. Irdina Safiya turut sama tersenyum sebelum membuang pandangan ke arah sekeliling lobi resort tersebut. Not bad. Getus hati Irdina Safiya ketika mata memandang ke arah hiasan dinding pada resort tersebut. Gambar-gambar seperti gambar kapal, dasar laut dan juga pemandangan matahari terbenam turut digantung di dinding resort tersebut. Irdina Safiya turut tertarik dengan kulit siput yang dianyam menjadi rantai dan di gantung di dinding untuk dijadikan hiasan. Sungguh kreatif!
“Cik..”
“Irdina..”
Gadis kaunter tersebut senyum lagi membuatkan Irdina Safiya tahu yang keputusan dia untuk ke sini merupakan satu keputusan yang paling tepat.
“Cik Irdina...nak bayar macam mana? Cash atau kad kredit?”
“Saya bayar guna kad kredit. Kejap ya...” Irdina Safiya membuka beg tangannya sebelum mengeluarkan dompet. Sekeping kad berwarna emas dihulurkan kepada gadis di kaunter tersebut. Irdina Safiya kembali memandang sekeliling. Telinga mula mennagkap bunyi ombak lantas dia berpaling mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. dalam kepala dah terbayang mahu berenang di laut sejurus selepas selesai urusan di kaunter ini.
“Errr...cik Irdina...”
“Yes?” Irdina Safiya memandang kembali ke arah gadis itu. Wajah gadis itu agak serba salah ketika dia menghulurkan kembali kad kredit ke arah Irdina Safiya.
“Kenapa? Ada masalah ke?” Tanya Irdina Safiya ingin tahu.
“Cik ada kad yang lain ke? Sebab saya rasa kad ni dah ditamatkan perkhidmatannya.”
“Hah? Tak mungkin. Ni unlimited card. Mustahil dah ditamatkan perkhidmatannya. Awak try lagi sekali. Mungkin mesin kad kredit awak tu dah rosak...” Irdina Safiya berkata sambil menghulurkan kembali kad tersebut. Gadis itu teragak-agak sebentar sebelum akhirnya mengambil semula kad yang dihulurkan oleh Irdian Safiya itu.
Dada Irdina Safiya sudah mulai berdebar apabila dia melihat gadis itu meleretkan kad kreditnya itu beberapa kali namun setiap kali gadis itu meleretkan kadnya, setaip kali itulah mesin kad kredit menunjukkan status ‘rejected’.
“Errr..cik ada kad lain? atau pun cik nak bayar cash?” Gadis itu bertanya lagi dengan serba salah. Kad kredit keemasan itu dihulurkan kembali ke arah Irdina Safiya. Irdina Safiya menggigit bibir ketika mengambil semula kad tersebut. Dalam hati dah berperang dengan perasaan sendiri apabila memikirkan yang bagaimana kad kreditnya boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang notis.
“Sekejap ya...” Irdina Safiya kelang kabut membuka dompetnya. Hanya ada beberapa keping wang kertas satu ringgat dan lima ringgit sahaja. Itu pun selalunya dia spare untuk bayar parking sahaja jika keadaan mendesak. Dia memang tidak biasa membawa wang tunai yang banyak. Semunya pakai kad kredit sahaja.
“Cuba yang ni pulak...” Irdina Safiya menghulurkan satu lagi kad kredit berwarna perak. Dalam hati berdoa supaya kad tersebut masih boleh digunakan lagi. kalau tak, memang habislah dia.
Gadis itu tersenyum ketika mengambil kad kredit yang dihulurkan oleh Irdina Safiya. Dia meleretkan kad itu pada mesin pengimbas kad kredit namun mesin itu tetap memaparkan status ‘rejected’. Gadis itu memandang ke arah Irdina Safiya dengan raut wajah keliru dan serba salah.
“Mesin awak rosak ke? Ada mesin lain?” Tanya Irdina Safiya hampir cuak. Tak mungkin. Tak mungkin semua ini menimpa dirinya.
“Maaf cik Irdina. Saya rasa kad cik yang bermasalah. Tapi tak apa. cik boleh buat bayaran secara cash...” Gadis itu cuba mengukir senyuman. Irdina Safiya terdiam buat seketika. muka dah terasa berbahang apabila memikirkan di dalam dompetnya hanya ada beberapa ringgit sahaja.
“Berapa sewa semalam untuk bilik biasa?” Tanya Irdian Safiya lagi.
“Untuk bilik biasa hanya rm 60 sahaja cik...”
Irdina Safiya terdiam lagi.
“Sini ada mesin ATM tak?”
“Ada. Cik jalan terus kemudian belok kiri. Dekat situ ada satu mesin ATM.”
“Thanks. Kejap lagi saya datang...”
Gadis itu hanya tersenyum. Irdina Safiya berjalan laju menuju ke arah mesin ATM yang dimaksudkan oleh gadis di kaunter tersebut. Irdina Safiya mengeluarkan kad ATMnya dan dicucuk pada mesin ATM tersebut. jari jemari laju menekan butang pada mesin tersebut sebelum darah berderau turun ke muka.
“Damn!” Irdina Safiya mengetab bibir tanda geram apabila mendapati yang akaun banknya turut dibekukan dan ini bermakna dia tidak boleh mengeluarkan wang simpanannya. Memnag melampau betul! Irdina Safiya menarik keluar kad tersebut dengan kasar sebelum menyumbatnya di dalam dompet. Serasa mahu sahaja dia memaki hamun sekuat-kuat hati namun dia cuba menahan kesabaran. Dia perlu berfikir apa yang perlu dia lakukan. Dia tahu benar yang ini semua siapa punya angkara dan dia takkan mudah menyerah kalah. Baik. Mulai dari saat ini, perang akan meletus antara dia dengan pihak musuh tersebut dan dia akan pastikan yang dia takkan menyerah kalah. Bukan namanya Irdina Safiya jika dia menyerah sebelum berlawan.
“Macam mana cik? Jumpa mesinnya?”
P/S: Bersambung.....

8 140 tukang karut:

idarohaina said...

Dengan siapa la irdina ni berperanh

Cahaya said...

ida>>heeee. tu kn tunggu kak hehe :)

nurul nuqman said...

mesti ayah irdina yang bekukan kad atm dia heeee

Cahaya said...

nurul>>bukan..heeeee.

Anonymous said...

Husband dia ke? Hahaha, akak jgn upa kt shah pulak tau

Nliyate said...

Wahh, novel baru. bestnya.

Cahaya said...

anon>>tak lupa shah. rehat kejap je.

Cahaya said...

nliyate>>heeee thanks dear.

Post a Comment