RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, February 27, 2014

Bab 3 : Te Amo Mi Amor!


Bab 3
Irdina Safiya berbaring di atas katil. Terasa sangat selesa dan mendamaikan ketika tubuh bertemu katil. Rasa dah macam berhari-hari dia tak dapat berbaring sebegitu. Tilam nipis yang menjadi alas katil bujangnya itu terasa luar biasa selesa walapun boleh rasa kayu-kayu pengalas di bawah katil itu. Ah! Tak apalah. Itu lebih baik daripada dia terpaksa merempat tidur ditepi jalan. Dan rasanya dia sudah patut mula belajar bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Betul tak?
Irdina Safiya berbaring sambil merenung ke arah siling. Bunyi kipas siling memecahkan kesunyiaan berselang seli dengan bunyi ombak yang sekali sekala menyapa telinga. Dia merenung pula sekeliling bilik. Bilik atau lebih tepat lagi, dorm yang sederhana besar itu menempatkan empat orang satu bilik. Dalam bilik itu hanya terdapat empat buah katil bujang dan dua buah almari sahaja. Jadi nampaknya dia perlu berkongsi almari dengan ‘jiran sebelah’ ni. Hmmm. Apa nak buat. Dah nama pun hidup menumpang, buatlah cara menumpang, betul tak? Rasanya dia hanya perlu mengeluarkan separuh sahaja baju yang dia nak pakai. Yang lain alamatnya simpan je dalam luggage tu. Lagi pun tadi kak Mar dah bagi dua helai t-shirt sebagai uniform. Kira bagus jugak. Tak payah dia nak serabut kepala fikir nak pakai baju apa. Yelah, dah kalau dalam beg troli tu banyak dress paras peha dengan seluar pendek, macam mana nak buat kerja. Mahu terbeliak mata maing-masing bila lihat dia pakai dress paras peha sambil mop lantai bilik air. Euwwww. Tak vouge langsung okey.
Irdina Safiya duduk bersila di atas katil. Handbeg jenama Coach ditarik merapati dirinya. Iphone dikeluarkan buat seketika. Hampir terlupa yang telefon bimbitnya itu sudah kehabisan bateri. Lantas dia meninjau sekeliling bilik untuk mencari pluq. Setelah mengecas telefon bimbitnya itu, Irdina Safiya kembali duduk bersila di atas katil. Mp4 berwarna ungu dikeluarkan dari beg tangan sebelum earphone di sumbat ke dalam telinga. Seketika kemudian, lagi Thanks For The Memories nyanyian Fall Out Boys berdentum di telinganya.
Brrrrrrrrrrrrr!
Tumpuan Irdina Safiya terganggu seketika apabila iphonennya bergegar tanpa henti. Laju dia mencapai telefon tersebut. Senyum lebar spontan bermain di bibir ketika melihat nama si pemanggil.
“Naaz!”
“Irdina Safiya! Where have you been?!” Suara teman baik itu hampir sahaja membuatkan gegendang telinganya pecah.
“Relakslah babe. Yang kau nak jerit dekat telinga aku ni kenapa? Tak ada manner ke?”
“Banyaklah kau punya manner? Kau pergi mana ni? Dari pagi tadi aku telefon. Kau janji apa dengan aku pagi tadi?” suara Naaz masih lagi tidak diturunkan volumenya. Nampak sangatlah gadis tu tengah sakit hati dengannya.
“Sorrylah Naaz, telefon aku habis bateri. Power bank pulak tertinggal dekat mana entah. Ni pun baru jumpa pluq.”
“Huh! Alasan.”
“Apa pulak alasan. Betullah. So apa cerita?” Irdina Safiya bertanya sambil mmebetulkan letak sila di atas katil.
“Apa cerita kau tanya aku? Patutnya aku yang tanya kau. Apa cerita? Ada mana ni?”
“Kau takkan percaya apa yang berlaku dekat aku sepanjang hari ni...”
“Yeke? interesting. Kenapa? Kau jumpa siapa? Duduk mana ni?”
“Kau jangan terkejut kalau aku cakap.”
“Apa dia? kau jangan nak berteka teki dengan aku boleh tak? Aku punya sakit hati dekat kau tak habis lagi ni, tahu?”
Irdina Safiya mencebik. Tahu benar akan perangai kawan baik dia tu. Cakap tu memang tak fikir apa dah. Yang penting hati dia puas. Kawan baik ke apa ke bukan dia kira dah. Nasiblah dia jenis memahami.
“Yelah. Emo lah kau ni. Kenapa? Gaduh dengan Zack ke?”
“Fiya! Jangan main-main lagi boleh tak? Aku punyalah risau separuh mati, kau nak bergurau melawak macam tu pulak!”
“Yelah-yelah. Sorry. Aku dekat Kuantan ni. Kau janganlah risau. Aku okey je kat sini. Hidup lagi. Sihat walafiat lagi.”
“Kuantan? Kenapa Kuantan? Kau buat apa dekat sana tu?”
“Saja. Masa dekat airport tadi aku just randomly pick tiket mana-mana yang available. Tengok-tengok ada tiket ke Kuantan je. So aku belilah. Aku tak bercadang nak keluar negara. Lagi pun pasport aku lama dah mati. Lupa nak renew. So...here I am...”
“Kau ni kadang-kadang suka buat kerja tak fikir panjang kan. Kalau apa-apa terjadi pada kau siapa yang susah? Aku jugak tau.”
“Kau janganlah risau. Tahulah aku jaga diri aku sendiri. So, apa cerita sekarang? Ada berita baru ke?”
“Berita apa? maksud kau atuk kau ke?”
“Dah tu siapa lagi. Kau ni buat-buat tanya pulak.”
“Oh lupa nak cakap. Lepas je kau lari hari tu, atuk kau kena serang sakit jantung terus masuk ICU.” Selamba saja Naaz berkata seolah-olah perkara itu tak adalah penting mana pun.
“Hah?! Atuk aku masuk ICU? Macam mana keadaan dia? Mama dan papa aku macam mana?” Irdina Safiya bertanya cemas. Dalam kepala dah terbayang macam-macam perkara. Mungkin atuknya terkejut dengan tindakannya tempoh hari lantas diserang sakit jantung. Tapi sesuatu yang dia pelik ialah, setahu dia atuk dia tak pernah menghidap penyakit berbahaya seperti sakit jantung sebab atuknya memang sejak dari muda lagi mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Aku gurau jelah. Sajalah aku nak tengok sejauh mana kau sayangkan atuk kau tu. Tak sangka eh, sayang jugak kau dekat atuk kau tu. Ingatkan tak sayang dah.”
Irdina Safiya menggigit bibir bawah. Air mata yang mula nak bergenang di tubir mata dikesat dengan belakang tangan.
“Naaz, kau ni kadang kala melampau jugak kalau melawak tu. Kau ingat benda-benda ni boleh buat main ke?!” Irdina Safiya bertanya agak geram. Sesekali dia mengesat hidung dengan baju di bahunya.
“Lah, janganlah marah Fiya. Kau tahu kan perangai aku macam ne. Dahlah. Jangan sedih lagi. Aku minta maaf okey. Lain kali aku tak buat lagi.”
“Yelah....”
“Ha macam tu lah yang dikatakan kawan baik aku. Eh kau menginap di mana ni? Bagi nama hotel kau sekarang. Nanti aku datang. Tapi setahu aku, dekat Kuantan pun habis gempak pun Hyatt Hotel je. Kau stay situ ke?” Naaz bertanya sambil tangan laju melarikan tetikus. Mata tertumpu di skrin laptopnya ketika melihat paparan Hyatt Hotel di Kuantan.
Irdina Safiya menggigit bibir lagi. Dada dah mula nak berdebar. Apa nak jawab ni? Matilah dia kalau Naaz tahu yang dia sekarang telah selamat bergelar seorang ‘housekeeping’. Rasanya jam ni jugak Naaz akan ambil tiket kapal terbang dan datang ke sini untuk menyeretnya balik ke KL. Aduhh! Masalah betul.
“Errr. Bukan..aku stay dekat hotel baru tu. Errr...yang dekat sebelah ECM tu. Lupa dah nama dia.”
“Hotel baru sebelah ECM? ECM tu apa?” Naaz berkerut dahi ketika tangan sekali lagi laju melarikan tetikus. Perkataan ECM ditaip pada google? Huh? Apa benda ni?
“East Coast Mall lah. Shopping mall yang baru bukak tu.”
“Yeke? Jap aku search. Dah lama sangat aku tak jejak kaki ke Kuantan tu so aku tak tahulah apa yang jadi dekat sana.”
Jantung Irdina Safiya berdegup kencang ketika mendengar yang Naaz sedang mencari maklumat tempat dia menginap. Alamak! Matilah dia.
“Zenith Hotel ke?”
“Hah? Apa kau cakap?”
“Aku tanya kau stay dekat Zenith Hotel ke?  Hotel ni je yang dekat dengan ECM tu.”
“Aaaa...yelah. Err..betullah tu.” Hampir tergagap Irdina Safiya menjawab. Dekat mana hotel yang si Naaz cakap tu pun dia tak tahu. Pasal ECM tu pun dia hentam je sebab masa dalam bas tadi nampak bunting tepi jalan yang mengatakan ECM tu ada jualan mega.
“Hmm. Tak apalah tu. Kau nak aku datang ke?”
“Ehhh tak payah. Takpe-takpe. Aku okey je...”
Kening Naaz terangkat sebelah apabila mendengar nada suara sahabatnya itu yang seolah-olah tak sukan kehadirannya di sana.
“Kau kenapa? Macam tak suka je aku datang lepak sana.”
“Ehh taklah. Cuma...aku...errr..nak tenangkan fikiran. Kau tahulah dua tiga hari ni aku errr..serabut sikit. Yelah..pasal keluarga aku..atuk aku..”
Naaz terdiam buat seketika. Jantung Irdina Safiya berdegup agak kencang, berdebar menantikan reaksi Naaz.
“Hmm. Tak apalah kalau macam tu. Aku faham. Cuma aku risaukan kau je. Kau jangan nak buat kerja bodoh pulak, tahu?”
“Ish kau ni. Aku waras lagi lah. Jangan risau. Naaz...”
“Hmm, apa dia?”
“Kau tolong tengok-tengokkan mama aku eh. Kau tahulah..lepas kejadian tu, aku rasa mamalah orang paling terluka sekali.”
Terdengar keluhan berat dilepaskan di sebelah sana.
“Yang tu kau jangan risau. Nanti bebila aku akan ke Astana Kota tu jenguk aunty. Nak aku cakap pada aunty ke kau duduk mana sekarang?”
“Jangan! Maksud aku..biar dulu. Kalau mama tanya, cakap je kau tak tahu, okey?”
“Kau rasa aunty akan percaya ke?”
Irdina Safiya terdiam buat seketika.
“Takpe. Kau cakap je macam tu. Yang lain kau pandai-pandailah auta.”
“Yelah tu. Balik-balik aku jugak yang jadi mangsa keadaan...”
“Alaaaa. Please? Nanti aku balik KL, aku bawak kau pergi bercuti. Cakap je kau nak pergi mana?”
“Paris! Aku nak pergi Paris!”
“Yelah...ikutlah kau nak pergi Paris ke, Perlis ke. Mana-manalah asalkan kau tolong aku hal yang satu ni, boleh?”
“Boleh. Tak ada hallah.”
“Thanks Naaz. Kau memang kawan aku paling baik.”
“Geli lah wei dengar kau cakap macam tu.”
Irdina Safiya ketawa kecil namun tawanya terhenti apabila telinga menangkap bunyi seperti orang memulas tombol pintu.
“Babe, nanti aku call kau balik. Aku...ada hal kejap.”
“Okey darl. Jangan lupa apa-apa hal call aku.”
“Okey. Bye!” Irdina Safiya cepat-cepat memutuskan talian telefon sebelum telefon tersebut di sorok di bawah bantal.
“Dina? Awak ada dekat dalam ke?” Suara Mila kedengaran sebelum muncul tubuh kecil molek itu di pintu. Irdina Safiya membetul-betulkan kedudukan di atas katil.
“Ingatkan awak tidur. Macam mana? Dah siap kemas ke?” Mila bertanya sambil menutup pintu dorm dan berjalan menuju ke arah katilnya yang terletak bersebelahan dengan katil Irdian Safiya. Nampaknya dia akan berkongsi almari dengan Mila.
“Bolehlah. Rasa macam tak larat nak punggah barang lagi. Biar dululah dalam beg tu...”
Mila hanya senyum ketika menanggalkan pin dibawah dagu. Tudung yang sebelum ini tersarung dikepalanya, diletakkan di kepala katilnya.
“Nak saya tolong ke?”
“Ehh, tak apalah. Biarlah dulu. Nanti-nantilah kemas...” Irdina Safiya menjawab sambil tersenyum. Mila tidak menjawab. Senyum masih lagi bermain di bibir gadis itu.
“Mila...hmmm. Boleh tak saya nak mintak tolong sikit?” Tanya Irdina Safiya teragak-agak.
“Tolong apa? kalau boleh tolong, saya tolong.” Mila bertanya sebelum naik ke atas katilnya.
“Hmm, hal masa dekat kaunter tadi tu errr, awak jangan bagitahu sesiapa ya?”
“Hal dikaunter? Maksud awak..pasal kad kredit awak tu ke?”
Laju Irdina Safiya mengangguk. Dia menilik wajah Mila untuk mengesat sebarang riak di wajah gadis itu.
“Okey. No prob.” Mudah Mila menjawab. Irdina Safiya mengeluh lega. Sangkaannya tadi pasti Mila akan bertanya pelbagai soalan namun sangkaannya itu melesat dan nampaknya dia sudah mula menyukai Mila.
“Tu katil siapa?” Tanya Irdina Safiya ketika memandang ke arah dua buah katil kosong yang terletak bertentangan dengan katil mereka itu.
“Ohh, yang depan awak tu katil Joji. Yang tu Katil Zizy. Rasanya Kak Mar dah bawa awak jumpa mereka di dapur kan?”
Irdina Safiya mengangguk lagi. Hmmm, nampaknya dua orang gadis muda yang bekerja sebagai pelayan itu merupakan teman sebilik dia. Menarik.
“Dina orang mana?”
“Hah? Apa dia awak tanya tadi?”
“Saya tanya tadi, Dina orang mana? Bukan main besar lagi bawa beg tu.” Tanya Mila sambil memandang ke arah beg troli yang tersadai di kaki katil.
“Ohhh, saya dari KL.”
“KL? Wahh jauhnya. Buat apa datang sini?”
Irdina Safiya hanya mengangkat bahu. Malas nak ulang cerita bohong yang dia cakap pada Kak Mar tadi.
“Mesti seronok kan kalau pergi KL. Saya tak pernah pergi KL. Best ke duduk KL?” Tanya Mila sambil berbaring meniarap diatas katil. Mata gadis itu merenung tepat ke wajah Irdina Safiya.
“Hmm, bolehlah. Nanti bila-bila saya balik KL, awak nak ikut tak? Boleh saya bawa awak pusing satu KL. Kita pergi KLCC ke...”
“Betul ke ni? Betul ke saya boleh ikut?”
Irdina Safiya mengangguk sebelum tersenyum. Wajah Mila berubah menjadi teruja apabila mendengar yang Irdina mahu mengajaknya ke Kuala Lumpur.
“Mila asal mana?”
“Saya asal Terengganu. Dulu datang sini sebab nak cari kerja. Maklumlah ayah dah tak ada. Kalau saya tak merantau cari kerja, memang susahlah. Adik beradik ramai. Mak pulak tak kerja. Hanya harap gaji pencen arwah ayah je.”
“Ohhh...” Irdina Safiya tidak tahu apa yang harus dia katakan. Dia tak sangka gadis kecil molek yang nampak mesra ini sebenarnya menyimpan duka yang dalam.
“I’m sorry...” Irdina Safiya berkata perlahan.
“Sorry? Kenapa pulak? Dina tak buat salah pun pada saya. Tak payahlah nak minta maaf.”
Irdina Safiya hanya mampu tersenyum. Lurus betul budak ini. Kalau duduk KL, memang dah kena ‘main’ budak ni. Getus hati Irdina Safiya di dalam hati.
“Dina, saya nak tidur kejap. Nanti sebelum maghrib awak kejut saya eh. Hari ni saya kerja double shif.”
“Okey...” Irdina Safiya membalas. Seketika kemudian, Mila telah mula melelapkan mata. Irdian Safiya merenung wajah gadis itu dalam-dalam. Sukar untuk dia mengerti bagaimana gadis semuda Mila mampu menangung beban penderitaan sebegitu?

                                                                                ***

“Dina...!”
Dina yang sedang membetul-betulkan cadar pada katil yang baru sahaja ditukar itu sempat menyusun bantal-bantal yang turut ditukar sarungnya itu di atas katil sebelum bergegas menuju ke bilik air.
“Ada apa kak Mar?” Tanya Irdina Safiya ketika tiba di muka pintu bilik air tersebut.
“Ni ha Kak Mar nak ajar cara nak bersihkan bilik air ni. Kita bukan boleh hentam macam tu je. Ada cara dia tau...”
“Ohhh...yeke?” Irdina Safiya menyinsing baju lengan panjangnya sehingga ke siku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut. Hari itu merupakan hari pertama dia bekerja dan ini merupakan bilik pertama yang dia perlu bersihkan. Minggu ini dia ditugaskan membersihkan bilik-bilik biasa dahulu.
“Mula-mula, bersihkan singki ni dulu. Check dulu sabun-sabun yang atas singki ni sama ada dah digunakan atau belum. Kalau dah guna, buang terus masuk dalam tong sampah. Kalau belum guna, biarkan sahaja dekat situ. Kemudian, ganti balik mana-mana sabun yang dah digunakan dengan sabun yang baru. Kena cukup semuanya. Sabun buku dua, shower gel empat botol, body shampoo empat botol jugak. Susun elok-elok dekat hujung ni, faham?”
“Faham Kak Mar...”
“Bagus. Lepas tu cuci sikit singki ni. Mana yang kotor-kotor tu basuh sikit bagi berkilat. Bila dah siap semua, basuh pulak lantai. Sental sikit hujung-hujung tu. Bagi hilang semua daki-daki dia.”
Irdina Safiya menelan air liur. Tekak tiba-tiba terasa loya apabila membayangkan yang dia sedang menyental segala kekotoran tersebut. Mama!Fiya nak balik!
“Lepas dah siap bersihkan bilik air ni, bolehlah nak kemas katil ke apa. Ikut Dina lah nak kemas katil dulu atau bilik air dulu. Mana-mana pun tak kisah. Mari kita keluar dulu...”
Irdina Safiya hanya mengekori kak Mar keluar dari bilik air tersebut.
“Dina dah tukar cadar ya. Bagus. Cadar ni kena tarik tegang-tengang bagi nampak kemas sikit. Kain lebih ni selit betul-betul bawah tilam. Jangan bagi terkeluar. Nanti nampak serabai je. Lepas tu sarung bantal tu pun kena tukar jugak. Kotor tak kotor kena jugak tukar. Faham?”
“Faham kak Mar...” Sekali lagi Irdina Safiya mengangguk. Dada dah mula terasa sesak.
“Bila katil dah selesai, tengok karpet pulak. Selalunya karpet ni tak kotor. Kalau rasa macam kotor sangat, kena vacumlah. Kalau tak kotor boleh sapu pakai penyapu lidi tu je buat hilang debu. Lepas tu masa kemas katil ni jangan lupa buka tingkap. Biar habuk-habuk tu keluar. Boleh?”
“Boleh kak Mar...”
“Bagus. Cawan dengan pekakas dekat almari tu pun kena tengok jugak. Check jugak apa-apa yang tak ada. Tea ke, kopi ke. Kalau tak cukup, tambah jangan bagi kosong. Nanti guest komplen susah pulak kita.”
Irdina Safiya hanya mengangguk. Aduhh, jadi tukang cuci pun susah ke?
“Bila dah siap semuanya, boleh kemas bilik lain. Pagi ni Dina kemas sampai blok depan je. Dalam lebih kurang 10 bilik dulu. Petang nanti lepas makan boleh sambung lagi. Minggu ni Dina kemas bilik country view je dulu. Nanti esok lusa boleh masuk kemas yang beach view jugak.
“Okey...” Jawab Irdina Safiya cuba mengingat. Semalam Kak Mar ada kata yang bilik country view ni bilik biasa yang mengadap jalan dan hutan belakang tu. Kalau bilik yang beach view ialah bilik yang mengadap pantai.
“Ada nak tanya apa-apa?”
Laju Irdina Safiya mengeleng.
“Kalau macam tu Dina kemas dulu bilik ni. Kak Mar kemas bilik sebelah. Nanti dah siap, Dina masuk je bilik mana-mana yang belum kemas, boleh?”
“Boleh Kak Mar....”
“Bagus. Kalau nak tanya apa-apa, Kak Mar ada kat sebelah.”
“Okey....”
Irdina Safiya hanya memandang kelibat Kak Mar yang telah hilang dari pandangan. Dia memandang sekeliling. Dari katil yang telah siap dikemas hinggalah pada gumpalan cadar dan sarung bantal di atas lantal. Seumur hidup dia, belum pernah lagi dia melakukan kerja-kerja seperti itu. Sepanjang umur 24 tahun dia hidup, katil sendiri pun dia tak pernah kemas. Semua maid di rumah yang buat. Irdina Safiya menggaru kepala yang tidak gatal. Betul ke apa yang dia sedang buat ini? Mampu ke dia nak jalani hidup sebagai tukang cuci ni? Sampai bila? Perlu ke dia mengalah dan pulang saja ke Astana Kota?  Aduuuh, serabut betul.
“Dina?”
Irdina Safiya yang sedang leka berfikir itu menoleh. keningnya terangkat sebelah ketika melihat wajah Mila muncul di muka pintu.
“Mila? Awak buat apa kat sini? Kaunter sapa jaga?” Irdina Safiya bertanya ketika mengutip cadar yang bergumpal di atas lantai itu sebelum mula melipat. Wuargggh! Macam mana nak lipat ni?
“Saja datang nak tengok awak. Shift saya dah habis tadi. So Julia yang take over pulak.”
“Ohh, kira dah habis kerjalah ni ya? Nak balik dorm ke?” Tanya Irdina Safiya sambil terkial-kial melipat cadar di tangan. Sumpah rasa macam nak humbat keluar tingakap je benda ni. Menyusahkan betul!
“Hajatnya memang nak balik dorm. Tapi singgah sini dulu. Kak Mar kata awak ada kat sebelah. Tu datang nak jenguk. Okey ke tu? Boleh buat?” Tanya Mila sambil melihat keadaan Irdina Safiya yang masih lagi terkial-kial dengan cadarnya itu.
“Bolehlah...”
Mila cuba menahan senyum sebelum berjalan masuk mendekati gadis itu.
“Sini saya tolong.”
“Eh tak apalah. Awak pergilah balik dorm. Tidur ke. Malam tadi awak tak tidur kan jaga kaunter...”
“Tak apa. Lagi pun tak mengantuk pun. Sini saya tolong...” Mila menghulurkan tangan. Irdina Safiya yang sudah berputus asa untuk melipat sendiri cadar tersebut, akhirnya mengalah dan memberikan cadar itu kepada Mila.
“Awak tak biasa buat eh kerja-kerja macam ni?”
Glup! Terasa berderau darah Irdina Safiya ketika mendengar pertanyaan spontan gadis itu. Dalam hati sudah berkira-kira mahu menjawab apa.
“Nak lipat cadar ni senang je. Awak sambungkan dari hujung ke hujung. Baru senang...” Mila berkata sambil menunjukkan cara melipat cadar itu dengan betul.
“Ohh..yeke?” Irdina Safiya bertanya dan berpura-pura melihat dengan bersungguh-sungguh dengan harapan Mila tidak lagi bertanyakan soalan yang pelik-pelik itu.
“Dah siap. Ada lagi? boleh saya tolong. Bilik air dah bersihkan ke?”
“Errr. Belum. Mila..tak payahlah tolong saya. Awak pergilah balik dorm. Rehat. Tidur ke apa. Saya tak sedap hatilah biarkan awak tolong saya sedangkan awak tak tidur semalaman. Nanti apa kata Kak Mar pulak.”
Mila hanya tersenyum.
“Tak apalah. Lagi pun kat sini kitorang memang saling tolong menolong. Kan kita dah macam satu keluarga. Saya sebenarnya bosan jugak kalau duduk dorm tu sorang-sorang. Jadi biarlah saya tolong awak. Lagi pun mana tahu esok lusa saya perlukan pertolongan awak pula, kan?”
Irdina Safiya tidak menjawab. Dia sebetulnya agak terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh Mila itu. Dia tahu Mila ikhlas mahu membantunya. Di dunia dia yang satu lagi di KL tu, memang susah nak jumpa kawan yang baik macam Mila ni. Rata-rata kawan dia di sana tu semua nak dekat dengan dia sebab nama dan harta yang dia ada.
“Dina? Ingat siapa tu? buah hati ya?” Mila bertanya sambil tersengih. Irdina Safiya tersentak daripada lamunan. Cepat-cepat dia mengeleng.
“Taklah. Cuma...teringat pada mak ayah je.” Irdina Safiya menjawab perlahan. Angin laut yang bertiup masuk melalui tingkap itu benar-benar membuatkan dia terasa tenang. Rasanya kalau dekat KL memang dia takkan rasa setenang ini.
“Yeke? Hmmm. Awak ada telefon mereka bagitahu awak ada di sini?”
Irdina Safiya mengggit bibir. Alamak, nak kena menipu lagi ke ni?
“Err...dah. Semalam...errr.. Mila, saya ada dengar-dengar yang diorang semua nak buat farewell party. Untuk apa ya?” Tanya Irdina Safiya cuba mengubah topik. Mila yang sedang melipat sarung bantal itu terhenti sejenak seolah-olah sedang berfikir.
“Party? Ohhh..yang tu. Entah. Diorang kata nak buat majlis perpisahanlah kononya.”
“Yeke? majlis perpisahan siapa?”
“Majlis perpisahan si Linda tu lah. Dia nak masuk sambung belajar. Bestkan. Dapat sambung belajar macam tu. Macam kita ni entah bilalah nak merasa masuk universiti...” Mila berkata sambil meletakkan sarung bantal yang telah siap dilipat itu di hujung katil, bersama-sama dengan cadar kotor tadi. Irdina Safiya terdiam lagi.
“Dina tak teringin ke nak sambung belajar lagi?” Tanya Mila sambil berjalan menuju ke bilik air pula.
Irdina Safiya menelan air liur. Dada dah terasa berdebar.
“Errr. Teringin jugak. Awak, macam mana? Tak teringin?” Irdina Safiya menjawab sambil membawa cadar dan sarung bantal kotor itu ke muka pintu dan dimasukkan ke dalam troli. Dia sempat mengintai ke arah Mila yang sedang membersihkan singki pula.
“Teringin juga. Siapa tak teringin. Tapi orang macam saya ni mana layak nak masuk universiti. Belajar sampai setakat tingkatan 3 je.”
Tubuh Irdina Safiya tiba-tiba terasa keras. Dia seperti tak percaya dengan apa yang telah dia dengar itu.
“Kenapa tak habiskan belajar?” Tanya Irdina Safiya hati-hati. Bimbang soalannya itu boleh menguris hati Mila.
“Saya manalah mampu. Keluarga saya tak mampu nak bayar yuran sekolah. Nak beli baju sekolah lagi, peralatan sekolah lagi. Biarlah adik-adik saya je yang habiskan sekolah. Saya tak kisah...” Mila menjawab selamba bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Irdina Safiya tidak faham. Kenapa zaman sekarang ini masih lagi ada orang susah sampai tak mampu nak hantar anak mereka ke sekolah? Bukankah Malaysia merupakan negara yang maju dan membangun? Sepatutnya perkara ini tak terjadi pun.
“Dina, boleh tolong ambil dua botol syampu badan dan tiga botol syampu dalam troli tu? Yang lain macam tak berusik lagi.”
“Hah? Errrr...okey.” Cepat-cepat Irdina Safiya mengambil apa yang diminta oleh Mila itu. Dalam kepala sibuk berfikir. Di mana dia berada sekarang? Adakah dia sebenarnya telah tercampak ke suatu dunia asing yang mana rata-rata penduduknya orang miskin dan tak berkemampuan, yang hanya hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Dan kenapa dia berada di sini? Bekerja menjadi tukang cuci hanya sebab mahukan sesuap nasi dan juga tempat tinggal? Tiba-tiba Irdina Safiya seperti tersedar dalam lamunan. Dia sebenarnya...sama sahaja dengan mereka yang berada di sini. Miskin tidak berharta.

Wednesday, February 26, 2014

Stresss derrrr.

gue stress,
gue stresssss.
awatlah tak boleh nak upload dokumen dalam mybrain online niii??
minggu lepas dah suffer dengan tak boleh daftar subjek jepun.
minggu ni tak boleh nak setel mybrain lak.
*stress + mental breakdown*

Sunday, February 16, 2014

Aktiviti Minggu Ini.

Assalamualaikum,
hari ni aku just nak post benda yang tak ada kaitan dengan novel. nanti bebila aku up entri lagi. cuma tak pasti nak up cerita yang mana, kalau ikutkan view orang kat blog, ramai readers yang lebih berminat nak baca pasal shah kahkah. beza dekat seratus tu haha. okey2 faham. tu makna nak suruh aku siapkan shah dulu lah tu ye. atau aku 'lihat' sebagai 'sila jangan buat kerja separuh jalan!' haha. okeylah. nanti ada masa aku habiskan insyaAllah.

Sebenarnya minggu ni aku rasa minggu yang agak sibuk. sebabnya start sem ni aku kena mengajar math 2. dah dua sem kot aku tinggal math 2 ni. sebelum ni aku ajar math 1 je. math 1 dan math 2 ni banyak beza. sangattttt banyak beza. of courselah math 1 lagi senang dari math 2. aku kalau masuk kelas pakai tak stadi pun. jap lagi nak kelas aku masih lagi sibuk bukak FB kahkah. 'opssss'. tapi math 2 ni berbeza. aku kena stadi sikit sebab bukan apa. aku kena cari jalan macam mana nak bagi budak-budak paham dengan lebih mudah. sebab banyak formula yang terlibat. aku kena fikir macam mana nak bagi budak ni faham, guna formula mana untuk soalan mana. lepas tu aku selalunya akan buat nota untuk satu bab tu, hanya muat dalam satu keping A4 je. kira kena simplify betul-betul takde ayat merapu panjang berjela macam buat karangan. jadi bila kena ajar semua math 2 ni, aku macam whattt! dan dalam masa yang sama, math 1 pun aku kena ajar. perghhh. pening nak buat filing nanti.

minggu ni jugak aku telah ke KL untuk setelkan borang master. gi pejabt jumpa orang tu orang ni dengan tak tahu sapa PIC. nak setel mybrain bagai sume. dan part paling mencabar masa nak setelkan hostel. dua hostel aku pergi untuk hantar borang alih-alih semua orang pakat suruh gi sana sini. aku ni kalau kerja dengan orang macam ni memang hangin sikit. aku drive dari kuantan kot terus ke uni. ambik cuti. batal kelas bagai kalau balik takde hasil memanglah aku hangin. last2 aku pergi pejabat dia cakap saya dah pergi dua2 hostel tapi orang yang jaga hostel tu suruh datang sini blah blah blah. so rasanya setel dah kot. so lepas habis urusan pukul 4 petang pecut balik kuantan sebab esoknya jumaat aku kerja.

lepas tu hari sabtu pulak kena pergi ke Gambang untuk marketing event dekat PLKN. penat drive ke kl tak habis lagi, kena pulak ke gambang tu. tapi okleh puas hati. so hari ni ahad rehat-rehat je tapi memikirkan kereta aku dah macam lori angkut pasir, petang karang kena pergi basuh kereta. baru plan tak nak kleuar rumah dah. penattt. so, apa aku nak cakap ialah, itulah sebabnya aku tak menulis beberapa hari ni kahkahkah. kukuh tak alasan aku? boleh diterima tak? haha.

insyaAllah walaupun aku sambung blaja balik, aku akan cuba juga menulis bila ada masa terluang. kelas sabtu ahad je. isnin - jumaat kerja macam biasa. wahhh. padat sungguh jadual aku. masa yang tinggal ialah malam, so aku akan bahagi masa antara menulis novel dan juga menulis assignment.

doakan aku ya supaya semuanya dipermudahkan dan insyaAllah jan 2016 aku boleh grad dengan cemerlang. :)
p/s: nak tepek pic masa kat plkn semalam tp malas pulak nak ambik kamare. ampun!

Tuesday, February 11, 2014

Bab 2 : Te Amo Mi Amor!


BAB 2
“Macam mana cik? Jumpa mesinnya?”
Irdina Safiya hanya mampu tersenyum tawar ketika dia sampai di kaunter tersebut. dia mula buntu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Mana nak cari duit ni? Takkan nak tidur tepi jalan pulak? Atau kalau tak ada pilihan sangat pun, boleh ke dia menumpang tidur di masjid? Irdina Safiya seperti mahu mentertawakan diri sendiri. solat lima waktu pun jarang dia lakukan. Nampak sangat bila berada dalam kesusahan, barulah sibuk teringat pada masjid, pada tuhan. Memang menyedihkan.
Irdina Safiya terpandang sesuatu yang menarik di matanya di papan kenyataan yang terletak di hujung sebelah kanan bersebelahan dengan meja kaunter pendaftaran tersebut. laju kaki Irdina Safiya melangkah ke arah papan kenyataan tersebut.
‘Jawatan kosong sebagai housekeeping’
Tarikh : 3 Mac 2013
Masa : 10 pagi - 5 petang.
Tempat : De’Cinta Beach Resort.
Irdina Safiya menjeling jam di tangan. Hari ini 3 Mac dan jam pula menunjukkan ada lima belas minit lagi sebelum tamat waktu temuduga tersebut. Rasanya dia tak ada pilihan lain lagi. Rasanya dia sanggup lagi jadi tukang cuci daripada terpaksa tidur merempat di tepi-tepi jalan. Dia takkan pulang ke Astana Kota walaupun kad kreditnya ditamatkan perkhidmatan dan akaun simpanannya dibekukan. Dia nak tengok sejauh mana ‘pihak musuh’ akan bertindak apabila kedua-dua cara tersebut tidak mampu membuatkan dia kembali ke Astana Kota.
“Errr..awak. Temuduga ni masih berjalan ke?”
Gadis yang sejak dari tadi asyik merenungnya itu terpingga-pingga.
“Errr. Ya. Masih berjalan lagi. Rasanya kejap lagi habislah tu. Kenapa cik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Bibir Irdina Safiya tersenyum lebar apabila mendengar pertanyaan gadis tersebut. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal!
“Boleh tolong saya dapatkan kerja ni?”
Gadis itu hanya mampu memandang ke arah Irdina Safiya dengan terkebil-kebil.

                                                                        ***

“Awak ni nak kerja ke tak nak? Sijil pun tak bawa. Resume ada? Bagi saya tengok resume awak...”
“Hah? Errr...yang tu pun..errr..” Irdina Safiya semakin mengelabah. Dia yakin yang dia pasti tidak akan diterima bekerja di situ. Kalau dia jadi bos pun dah lama dia tendang keluar orang yang datang temuduga tapi satu apa pun tak bersedia.
Puan Junita menyandarkan tubuh pada kerusi. Mata masih tajam merenung ke arah Irdina Safiya yang kelihatan seperti gelisah itu. Matanya turun naik memandang pakaian yang tersarung di wajah gadis itu. T-shirt ketat lengan pendek beserta skinny jeans.
“Sepanjang dua puluh tahun saya bekerja di sini, belum pernah lagi saya jumpa calon macam awak...”
Irdina Safiya menelan air liur. Habislah aku!
“Err..maksud puan?” Tanya Irdina Safiya teragak-agak walaupun dia sudah tahu apa yang hendak disampaikan oleh wanita itu.
“Maksud saya, belum pernah lagi saya jumpa calon yang macam awak. Datang minta kerja sehelai sepinggang je. Sijil tak bawa. Resume pun tak ada. Pakaian pun tak sesuai. Awak nak minta kerja ke...atau nak buang masa saya?”
Glup! Air liur dah mula terasa pahit dan berpasir.
“Errr. Maafkan saya puan. Biar saya terus terang. Sebenarnya...err..sebenarnya saya memang tak bersedia untuk hadiri temuduga ni. Saya terdesak...dan saya harap puan faham yang saya memang betul-betul perlukan kerja ni.” Irdina Safiya berkata separuh merayu. Muka dah terasa tebal berbelas inci. Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia merayu sebegitu namun dia sudah tidak ada pilihan lain lagi.
Puan Junita hanya memandang ke arah Irdina Safiya tanpa berkata sepatah pun. Irdina Safiya mengeluh perlahan. Dia tahu yang dia tak mungkin akan mendapat pekerjaan tersebut.
“Tak apalah puan. Saya tahu yang saya ni hanya membuang masa puan saja. Jadi...saya minta diri dulu. Maaf sekali lagi. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk saya.” Irdina Safiya berkata sambil berdiri. Tanpa menunggu jawapan wanita itu, dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Dalam hati sudah mula diserang rasa susah hati. Mana nak tidur malam ni?
“Macam mana cik?” Tanya gadis di meja kaunter tersebut. Irdina Safiya hanya mampu melemparkan senyuman tawar. Beg troli yang diletakkan di tepi meja pendaftaran itu ditarik perlahan. Dalam kepala ligat berfikir ke mana dia harus pergi selepas ini. Perlukah dia kembali ke Astana Kota? Perlukah dia menyerah kalah dan mengikut sahaja kemahuan ‘pihak musuh’ itu? Irdina Safiya mengeluh kasar.
Bunyi deringan telefon di kaunter pendaftaran yang berbunyi itu tidak diendahkan oleh Irdina Safiya. Kaki tetap terus melangkah keluar dari resort tersebut. Dalam kepala ligat berfikir lagi ke mana arah yang patut dia tuju. Nak telefon Naaz, telefon pun habis bateri. Hai malang sungguh nasib diri ini.
“Cik Irdina!”
Spontan Irdina Safiya menoleh.
Gadis kaunter itu berlari-lari anak ke arahnya. Irdina Safiya menunggu sehingga gadis itu sampai kepadanya.
“Ada apa?” Tanya Irdina Safiya ketika gadis itu sudah berdiri di hadapannya.
“Puan Junita panggil...”
Irdina Safiya terdiam buat seketika. Dalam kepala dah berfikir macam-macam perkara. Mungkinkah...

                                                                      ***
“Mulai dari hari ini awak akan bekerja sebagai housekeeping. Kerja awak ialah mencuci dan membersihkan bilik-bilik yang ada di resort ini. Selain itu jika diperlukan, awak juga akan bertugas di meja pendaftaran dan juga di dapur. Maknanya, walaupun awak kerja sebagai housekeeping, tapi semua kerja awak kena buat juga. Kalau ada kawan-kawan yang tak cukup kakitangan dan perlukan bantuan, bantulah. Kita di sini dah macam keluarga. Saling bantu-membantu, faham?”
Irdina Safiya hanya mengangguk. Dia sebetulnya masih tidak percaya lagi yang dia telah diterima bekerja di situ pada saat-saat akhir. Dalam hati terbit rasa kagun sendiri dengan kebolehannya. Walaupun datang interview pakai terjah sehelai sepinggang je, terus dapat kerja. Barangkali betul kata papa, muka dia ni muka pembawa rezeki. Buat apa je mesti menjadi.
“Irdina? Dengar tak saya cakap ni?”
Irdina Safiya yang sedang mengelamun itu tersentak. Cepat-cepat kepala diangguk tanda faham walaupun dia tak dengar pun butir bicara Puan Junita sebentar tadi. Puan junita mengeleng perlahan. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia mengambil gadis di hadapannya ini bekerja. Jika dilihat dari penampilan gadis itu, nampak macam bukan orang susah pun. Tapi entahlah. Semacam ada rahsia yang disembunyikan oleh gadis itu.
“Kalau macam tu, mari ikut saya. Saya bawa awak jumpa dengan Mar.”
Irdina Safiya hanya mengangguk sebelum turut bangun dan mengekori wanita itu keluar dari biliknya. Ketika berjalan, sempat Puan Junita menerangkan serba sedikit tentang selok belok tempat tersebut. Barulah dia tahu yang dia sekarang berada di Gebeng. Heee nama macam kelakar je. Gebeng? Tak pernah dia tahu sepanjang dua puluh enam dia duduk di bumi Malaysia ni, ada tempat nama Gebeng. Macam pelik pun ada.
“Mila. Ada nampak Mar?” Tanya Puan Junita pada gadis yang duduk di kaunter itu.
“Kak Mar? Entahlah. Tengah hari tadi rasanya kak Mar kata nak ke kolam. Nak bersihkan kolam katanya.”
“Kalau macam tu saya ke sana teruslah. Dan sebelum tu, kenalkan...ni Mila. Tugas dia sebagai front office assistant. Mila, ni Irdina. Pekerja baru kita. Saya rasa awak berdua pun dah saling mengenali, kan?”
Mila hanya tersenyum sebelum menghulurkan tangan. Irdina Safiya turut sama menghulurkan tangan. Senyum terukir di bibir masing-masing.
“Mila...”
“Dina...”
“Kita ke kolam dulu. Jumpa Mar. Lepas nanti Mar akan bawa awak pusing-pusing satu kawasan ni dan tunjuk tempat tidur awak...”
Irdina Safiya hanya mendiamkan diri ketika mereka sama-sama melangkah keluar dari resort untuk ke bahagian kolam renang yang terletak di bahagian tepi resort tersebut. Walaupun resort itu kelihatan kecil sahaja namun apa yang mengagumkan Irdina Safiya, dekorasi tempat itu sangat cantik dan sesuai dengan persektiran dan saiznya. Tak nampak pun crowded.
“Eh, Puan Junita! Ada apa puan sampai ke sini puan datang? Ada apa-apa yang puan nak saya tolong ke?” Tanya Mar.
“Ni ha. Saya kenalkan pekerja baru kita. Irdina namanya. Dia akan ganti tempat Linda nanti.”
“Apa khabar kak Mar...” Irdina Safiya mneghulurkan tangan ingin bersalam.
“Ehh. Maaflah tangan akak kotor ni. Akak tengah cuci dinding kolam tu. Dah lama sangat tak cuci dah berlumut...”
“Tak apa...” Irdina Safiya berkata sambil tersenyum.
“Saya masuk dulu. Nanti awak tolong tunjuk sekitar tempat ni. Lepas tu nanti cerita sikit apa yang dia kena buat. Tadi saya ada briefing secara ringkas je. Yang lain saya serahkan pada awak, boleh?”
“Boleh puan. Tak ada masalah...”
Puan Junita menoleh ke arah Irdina Safiya yang sedang memandang sekeliling itu.
“Irdina, nanti kerja elok-elok. Mar ni dah macam senior awak semua di sini. Dia pekerja paling lama di sini jadi kalau ada apa-apa yang awak tak faham nanti, terus tanya pada Mar, ya?”
“Baik puan...”
“Kalau macam tu, saya masuk dulu...”
Irdina Safiya dan Kak Mar hanya memandang ke arah Puan Junita yang kembali berjalan masuk ke dalam resort tersebut.
“Jadi..akak nak panggil apa ni? Irdina?”
“Panggil Dina je kak...” jawab Irdina Safiya sambil tersenyum.
“Hmm.Dina umur berapa? Orang mana?”
“Saya umur 26. Saya orang KL.”
“KL? Jauhnya datang sini cari kerja. Dekat KL tak ada kerja kosong ke?”
Irdina Safiya terdiam. Alamak! Terlepas cakap pulak. Kenapalah dia tak cakap dia asal sini je kan senang? Ish!
“Err..saja nak merantau. Nak cuba nasib dekat tempat orang pula.” Irdina Safiya menjawab agak tergagap. Kak Mar memandang ke arah tepat ke wajah Rdina Safiya. Tergambar riak curiga di wajah wanita itu.
“Yeke? bagsulah tu. Lagi pun orang kata luas perjalanan luas pandangan, betul tak?”
“Err..betul tu...” Irdina Safiya menjawab agak lega. Risau pula kalau-kalau kak Mar banyak tanya itu ini. Mahu pecah rahsianya nanti.
“Dina duduklah dulu. Kak Mar nak siapkan dulu basuh kolam ni. Lepas tu nanti akak bawa Dina pusing-pusing tempat ni.”
“Eh., tak apalah kak Mar. Saya tolonglah. Lagi cepat siap nanti..”
“Betul nak tolong?”
Laju Irdina Safiya mengangguk. Walaupun sebetulnya dia tak pernah buat kerja-kerja macam tu dan agak geli dengan lumut-lumut yang bertampok sana sini di dalam kolam itu, tapi dia tak ada pilihan lain. Lagi pun lepas ni dia kena juga buat kerja-kerja macam tu. Jadi kenapa tak mula sekarang je kan?
“Kalau macam tu, Dina ambil berus panjang tu. Tolong gosok-gosok lantai kolam tu. Biar tertanggal sikit lumut-lumut dekat celah-celah lantai tu. Lepas tu jirus dengan air. Hati-hati jangan sampai jatuh pula. Lantai tu licin sikit.”
Irdina Safiya mengangguk sebelum mencapai berus panjang yang terletak di dalam baldi di tepi kolam itu. Dia sedaya upaya mengawal riak muka gelinya ketika dia menyingsing seluar sehingga ke lutut lalu turun ke dalam kolam yang telah kering itu. Dengan hati-hati, dia memijak lantai kolam itu sebelum berjalan ke tengah kolam. Mata sesekali menjeling ke arah kak Mar yang begitu asyik menyental dinding kolam itu dengan berus tangan. Dengan rasa yang hampir mual, Irdina Safiya mula mengosok lantai kolam itu perlahan-lahan. Dalam kepala dah terbayang yang pasti mama akan mati terkejut apabila melihat keadaannya sekarang. Huhu.
Setelah hampir dua jam mereka membersihkan kolam yang tak berapa besar itu, akhirnya kolam itu telah siap dibersihkan dan kini mereka sedang menunggu kolam tersebut kembali penuh dengan air. Irdina Safiya mengelap peluh yang menitik di dahi ketika dia dan kak Mar sedang duduk di atas tangga gazebo kayu yang terletak di hadapan kolam tersebut. Mereka menghabiskan masa sambil berbual tentang macam-macam perkara.
“Ibu dan ayah Dina tahu ke Dina ke sini?”
Irdina Safiya yang sedang mengipas tubuh dengan tangan, tiba-tiba terhenti seketika. Dada dah mula rasa berdebar. Wajah sedaya upaya ditahan supaya tidak bertukar riak. Bimbang Kak Mar perasan akan perubahan wajahnya itu dan mula mengesyaki sesuatu yang cuba dia sembunyikan.
“Err..tahu. Mereka yang suruh saya cari kerja dekat tempat lain. Errr..sebab..mereka kata..err..dekat KL tu susah nak cari kerja. Maklumlah...err..saya belajar tak tinggi mana..”
“Yeke? Dina belajar sampai mana? SPM?”
Irdina Safiya mengangguk tanpa teragak-agak. Rasanya tak perlu kot dia nak mencanang sana sini taraf pendidikan dia. Rasanya, bukan setakat kak Mar akan terkejut, silap-silap hari bulan Puan Junita pun boleh pengsan huhu.
“Tapi eloklah tu. Sekurang-kurangnya Dina tak duduk saja. Kita ni Dina, tak boleh duduk saja. Kena cari jugak kerja lain. Takkan nak duduk rumah minta mak ayah tanggung lagi makan minum kita. Buatlah kerja apa pun asalkan halal. Tak glamour pun tak apa asal tak menyusahkan orang.”
Irdina Safiya hanya tersenyum kelat. Rasanya apa yang kak Mar tu kena tepat atas muka dia. Dulu pun dia jenis duduk rumah je mengharapkan duit mama dan papa bagi.
“Dina ada berapa orang adik beradik?” Tanya Kak Mar lagi.
“Err..saya anak tunggal kak. Tak ada adik beradik yang lain..”
“Yeke? bagi pula mak ayah Dina ye lepaskan Dina sorang-sorang kat sini. Selalu tu kalau anak sorang ni mak ayah susah sikit nak lepaskan pergi mana-mana.”
Irdina Safiya hanya tersenyum. Mahu mama dan papa nak lepaskan dia macam tu je? Ni pun kalau tak disebabkan ‘kes’ hari tu, memang tak jejaklah dia tempat ni.
“Entahlah kak. Mungkin mak dan ayah nak saya lebih berdikari. Cari pengalaman hidup sendiri. Eh, akak umur berapa ya? Dah kawin ke?” Tanya Irdina Safiya cuba mengalih topik. Rasanya cukuplah sampai setakat itu sahaja dirinya menjadi topik perbualan. Bimbang dia terlepas cakap.
“Akak umur 35. Dah kahwin dah. Kenapa? Nampak akak macam belum kawin ke?” Tanya Kak Mar sambil tergelak kecil. Irdina Safiya hanya tersenyum. Kalau diikutkan, gaya Kak Mar ni tak macam umur pertengahan 30-an pun. Nampak macam umur lewat 40-an. Cuma tak tergamak nak cakap je. Bimbang kak Mar berkecil hati. Mungkin faktor kerja yang membuatkan kak Mar nampak lebih berusia.
“Oh yeke? akak ada anak ke?”
“Ada sorang. Akak dulu kawin lewat. Umur 30 baru kahwin. Apa nak buat. Jodoh lambat. Sekarang ni anak akak umur empat tahun.”
“Ohh..yeke? Kalau akak kerja macam ni, anak akak duduk dengan siapa?” Tanya Irdina Safiya semakin berminat hendak tahu.
“Kalau pagi, akak hantar pergi tadika. Bila balik tadika, pak mertua akak yang ambil.”
“Ohhh. Kiranya akak duduk dengan keluarga mertua ke?” Tanya Irdina Safiya lagi.
“A’ah. Lagi pun akak dengan suami akak tu duduk satu tempat je. Jadi suami akak kata baik pindah duduk dengan mak ayah dia. Jimat sikit belanja katanya. Zaman sekarang ni semua benda pakai duit. Nak bayar yuran sekolah anak lagi. Dengan harga barang naik lagi. Jadi mana yang boleh jimat tu, kita jimatlah.”
Irdina Safiya hanya mendiamkan diri. Dia sebetulnya tak faham kenapa orang sibuk-sibuk dengan harga barang yang naik. Bagi dia biasalah tu. Yang penting, kehidupan dia tak terjejas pun. Lagi bagi kebaikan pada dia adalah. Yelah. Bila barang naik, elaun tiap bulan yang mama dan papa bagi tu pun naik jugak. Kalau dulu mama dan papa akan masukkan dalam akaun sekitar empat ribu sebulan, tapi sejak kebelakangan ini mama dan papa masukkan sampai lapan ribu sebulan lepas dia merengek kata harga barang dah naik. Mana cukup nak beli hangbeg, baju, kasut semua tu, ye tak?
“Eh, dah pukul berapa sekarang? Macam dah lewat ni. Jom akak bawa Dina pusing tempat ni dulu. Lepas tu nanti akka bawa Dina masuk dorm terus.”
“Okey...” Irdina Safiya berkata sebelum bangun dan mengibas belakang seluarnya.
“Resort ni ada lebih kurang dalam lima puluh buah bilik. Dua puluh buah bilik mengadap laut manakala selebihnya mengadap jalan dan juga hutan belakang tu. Bilik yang mengadap laut tu mahal sikitlah dalam seratus lebih semalam. Yang lain harga dalam enam puluh hingga lapan puluh semalam. Lepas tu kalau bilik untuk keluarga pun harga dia lain pulak. Nanti Dina boleh tanya pada Mila. Dia lebih arif pasal harga bilik-bilik ni.”
“Banyak jugak ye bilik-bilik dekat sini. Nampak je kecil resort ni.” Kata Irdina Safiya ketika mereka melewati bangunan yang menempatkan bilik yang mengadap laut itu.
“Tulah. Kita ni kalau nak nilai sesuatu, jangan tengok pada luaran je. Kita kena selami dengan lebih mendalam lagi. Kadang kala apa yang kita lihat dengan mata kasar tu, tak mengambarkan langsung apa yang tersirat.”
Sekali lagi Irdina Safiya terasa seperti kena smash di muka. Dia pun dulu suka menilai orang dari luaran je. Tengok kereta apa yang dipandu, pakaian apa yang dipakai, jenama handbag apa yang tersangkut dibahu. Huhu.
“Yang ni dewan besar atau kita panggil MPH. Multipurpose Hall. Selalunya dewan ni kita guna kalau ada acara rasmi ke, majlis sambutan hari raya ke. Kadang kala ada pihak luar sewa untuk buat majlis apa-apa.”
“Ohhhh..”
“Jom kita tengok dapur pulak...”
Irdina Safiya hanya mengekori langkah kaki Kak Mar ketika mereka sama-sama menuju ke dapur. Dari jauh dah dengar suara hiruk-pikuk yang datangnya dari dapur.
“Wei! Sapa punya kerja dok cilok aku punya timun ni hah?!” Telinga Irdina Safiya menngkap kata-kata jeritan entah milik siapa ketika mereka tiba di pintu masuk dapur itu.
“Ya Allah! Apa semua ni? Dari luar Kak Mar dah dengar suara korang semua ni. Silap-silap hari bulan boleh terbalik dapur ni korang kerjakan, tahu?” Kak Mar berkata sambil bercekak pinggang.
“Ala kak Mar. Relakslah. Kitorang gurau je. Hidup ni kalau asyik serius je, boleh stress tau.” Jawab salah seorang gadis muda yang berada di dalam dapur tersebut.
“Pandailah kamu tu. Kalau bagi alasan tu memang banyak je akalnya...” Kak Mar tak habis membebel lagi.
“Er kak Mar, siapa tu? pekerja baru ke?”
“Ha. Ni lah akak nak kenalkan. Nama dia Dina. Pekerja baru yang akan ganti Linda tu.”
“Hai Dina...saya Maya...” Gadis yang mula-mula menjawab tadi bersuara memperkenalkan diri.
“Joji...”
“Zubir...”
“Zizy...”
“Hai Dina. Saya Sham, ketua tukang masak dekat resort ni...”
“Kau Sham. Pantang nampak perempuan cun. Terus naik ulat bulu kan...” Joji menegur sambil menjeling.
“Lah, apa pulak. Aku cuma beramah-tamah je. Itu pun salah ke?” Jawab Sham, lelaki berkulit hitam manis dan tinggi lampai itu. Joji hanya memutarkan bebola matanya ke atas.
“Dina, awak jangan layan sangat si Sham ni. Dia ni memang miang keladi sikit. Kalau ada pekerja baru masuk tu dia jadi mengelenyar. Tak senang duduk kalau tak mengatal.”
“Wei! Overlah tu! Dina, awak jangan percaya cakap si Joji tu. Dia sebenarnya cemburu sebab saya tahu, dalam diam-diam dia sebenarnya syok dekat saya. Saya je malas nak layan.” Selamba Shah menjawab.
“Weiii! Mulut!” Joji melemparkan kain buruk ke arah lelaki itu namun sempat dielak oleh Sham.
“Sudah! Korang ni macam anjing dengan kucing. Asyik bergaduh je. Nanti akak kahwinkan korang berdua baru tahu.” Kak Mar yang sedari tadi hanya memerhatikan mereka berdua itu mula bersuara.
“Hah? Kawin dengan minah ni? Tolonglah. Lainlah kalau kak Mar nak kahwinkan saya dengan Dina. Yang tu saya setuju sangat...”
Irdina Safiya hanya mampu tersenyum. Senget jugak perangai bebudak ni.
Joji membuat muka meluat.
“Kak Mar, daripada Kak Mar nak kahwinkan saya dengan mamat senget kuat perasan ni, baik akak kahwinkan saya dengan Dollah Salleh tu. Lagi bagus...”
“Dollah Salleh? Dollah Salleh si budak terencat akal tu ke yang kau nak kahwin?” Tanya Sham lagi.
“Astafirullah hala’zim.” Apa nak jadilah dengan korang semua ni. Dah-dah. Pergi buat kerja sekarang. Kemas apa yang patut. Kang kalau tahu dek Puan Junita baru padan dengan muka korang...”
“Baik Kak Mar....”
“Okey Kak Mar....”
Kak Mar hanya mengelengkan kepala ketika melihat telatah anak-anak buahnya yang masih lagi bergurau dan bergaduh itu.
“Hai, macam nilah Dina. Diorang ni nama je dah besar panjang, tapi perangai macam budak-budak. Tapi kak Mar tahu yang diorang tu semuanya bergurau. Nak menceriakan suasanalah bak kata diorang tu. Jadi Dina pandai-pandailah bawa diri ye. Sesuaikan diri dengan diorang. Si Sham tu nampak je suka mengusik. Tapi dia baik hati. Suka tolong orang. Si Joji tu pun sama. Begitu juga dengan yang lain-lain. Kita ni ibarat macam keluargalah.”
“Kak Mar jangan risau. InsyaAllah Dina akan cuba sesuaikan diri.”
“Baguslah macam tu. Jom Kak Mar bawa dina pergi masuk Dorm. Hari ni Dina rehat-rehat je dulu. Esok baru mula kerja.”
“Terima kasih kak Mar...”
 P/S: TO BE CONTINUED.