RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 2, 2014

Terima Kasih kepada Kalian.

Assalamualaikum.. 

Selamat tahun baru. sebenarnya aku masih belum baik lagi dari demam. still lagi selsema. semalam pun satu hari aku lepak atas katil je. tidur je. malam pun asyik-asyik terjaga. pagi ni aku still lagi pergi kerja. adalah kurang sikit. tu slow sikit dekat FB haha.

aku sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang masih setia lagi menyokong MSA terutamanya. alhamdulillah, pic ini telah ditag oleh Fajar Pakeer. bagi aku ini merupakan hadiah tahun baru daripada kalian semua.
 
terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca yang masih sudi mendapatkan novel MSA itu. ada jugak yang pm2 aku bertanyakan tentang novel ini. maaf ya aku dah tak buka order memandangkan aku pun tak sihat dan semakin sibuk. sesiapa yang masih berminat, bolehlah dapatkan terus dengan editorial Fajar Pakeer. free postage lagi. di kedai-kedai pun sudah ada terutama di MPH. 

insyaAllah aku dalam proses nak menyiapkan DPM. agak slow sikit nak siapkan cerita ini. mood kelaut kot haha. dan doakan juga cerita berikan aku peluang ke-2 akan terbit tahun ini jugak. kalau ada apa-apa berita, aku akan kongsikan nanti. yang penting doa kalian semua. love u all. muahhhhhhh.

0 140 tukang karut:

Post a Comment