RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, January 8, 2014

Review : Muridku Suami Aku?

Assalamualaikum,

Aku hanya nak kongsikan satu lagi komen atau review yang datangnya dari email seorang pembaca lelaki. sebenarnya aku sangat kagum kalau lelaki boleh layan + hadap novel cinta. serius. sebab aku duduk dalam kalangan orang lelaki yang tak mo langsung tengok cover novel cinta. novel aku bagi free pon tak mo nak baca. ish. jadi bila ada lelaki yang suka baca novel cinta, memang aku akan fikir wahhhh. hebat betul. sebab kita tahu lelaki bukan boleh layan benda-benda macam ni. tak macho katanya. jadi bila aku menerima email dari seorang pembaca lelaki, aku jadi terharu.. ini antara isi email beliau.

Assalamualaikum wbt,

Saya minta maaf jika emel ini menganggu saudari…

Saya baru aje habis baca novel saudari yg bertajuk di atas…
Tahniah saya ucapkan kpd saudari kerana pada pandangan saya novel tersebut
sungguh menarik dan sesuai utk para2 remaja yg sedang hangat bercinta…hee..hee..
Pada pandangan saya, ada kelainan jalan ceritanya drp semua novel yg berunsurkan cinta
yg pernah saya baca sebelum ini…kisah cinta antara cikgu dan anak murid ini mmg ada yg benar2 terjadi
dan novel ini telah menceritakan hampir segala aspek yg akan berlaku tatkala anak murid bercinta dgn cikgu…

Ingin jugak saya bertanya, adakah kisah dlm novel ini berdasarkan kisah benar atau pengalaman
saudari sendiri hee..hee…maaflah yer tak berniat nak menyinggung perasaan saudari…
Sauari ada menulis di belakangnya yg saudari mengucapkan terima kasih kpd Akmal dan Ariana
kerana hadir w’pun seketika di dalam hidup saudari…apa maksudnya tu..??

Akhir sekali, saya mendoakan agar saudari terus dpt menghasilkan novel2 yg bermutu tinggi
dan mendapat sambutan hangat di pasaran…

Sekian.Terima kasih
Syukri.

Nanti kalau aku ada masa aku akan bagi ulasan untuk pertanyaan beliau itu terutama berkenaan dengan adakah apa yang aku tulis itu pengalaman sendiri atau bukan dan benarkah wujudnya watak akmal + ariana? jengjengjeng. kasi saspen dulu.
 
/S: mood nak pindah. jap lagi nak terjah opis baru.

2 140 tukang karut:

Anonymous said...

Mcmna nak oder novel ni? Susah sngt :(

Cahaya said...

anon>>boleh order dengan fajar pakeer atau dengan mphonline. sekarang tengah ada sale murah.http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789673651788

Post a Comment