RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, January 21, 2014

Entri Penghargaan untuk kamooo lagi.

Assalamualaikum, Maaf kalau dah lama tak post entri novel. agak sibuk sikit lately sampai mss pun tak sempat nak bukak + jiwa diselubungi kesedihan heh. jadi maaplah kalu korang serabut nampak aku macam meroyan post lagu jiwang shahdu di FB tu kekekeke.

maybe lepas ni aktiviti menulis aku akan menjadi super slow ( padahal takde beza pon sebelum ni pon dah selowww meloww) disebabkan aku ada tangung jawab baru.(cewahhhh macam saspen je hahaha). tanggung jawab baru yang aku target kena habiskan dua tahun sahaja. lebih-lebih tak voley okey. tanggung jawab apa? nantilah aku cerita. lo ni aku nak cakap hal lain.

alhamdulillah, sekali lagi MSA masuk carta terlaris. terima kasih kepada kamo kamo semuaaaa. muahhhh sorang sikit. thanks sebab kalau bukan sebab korang semua, MSA tak masuk dekat dalam tu tau. thanks again. =D


P/S: sebagai penghargaan, nanti aku up entri DPM kahkahkah. :P

Friday, January 17, 2014

Rindukanlah...

Assalamualaikum,


Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

Thursday, January 16, 2014

Untitle...

Assalamualaikum,

Tak tahu nak mula macam ne tapi boleh aku katakan yang aku dalam mood terkeju + tak percaya. serius tak tahu nak buat macam ne. kepala aku asyik fikir je apa nak buat. aku dalam dilema. baru beberapa hari aku terima berita gembira, tup-tup hari ni dapat berita yang agak mengejutkan. aku tak bersedia. huaaa.sabar jelah. kepala aku puas fikir positif dan start fikir future plan. bila jadi macam ni, membuatkan aku kena hadkan limit untuk berita yang mengembirakan itu. dua tahun. aku akan bagi diri aku limit hanya dua tahun. korang mesti tak faham. haha. takpelah. aku tak tahu nak cakap macam mana. cuma sila jangan terkejut nanti bila lokasi background novel aku bukan lagi di semenanjung. hahahaha.

bye!

p/s: dia kata aku kena kuat semangat! aku kata dalam hati awk boleh jadi kuat ke?huuu.

Wednesday, January 15, 2014

Sale!Sale!Sale!

Assalamualaikum, Hari ni aku nak hebahkan sesuatu. sekarang ni MPHonline tengah buat sale gegila.25% tu. so aku pun macam biasa nak promote MSA. MPHonline buat jualan murah dan harga ini hanya melalui belian online sahaja.

harga asal ialah rm 30 tapi MPHonlien jual rm22.50 sahaja! murah tak?? haaa jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan MSA dengan harga yang murah :P

the link : SINI

Tuesday, January 14, 2014

Entri Penghargaan untuk kamu semua.

Assalamualaikum, just nak cakap tengkiuuuuuuuuuu juta-juta lemon kerana korang semua. yeah! korang yang tengah baca entri ni. thank you soooooo much sebab korang tak jemu-jemu support MSA. sobss. terharu.

aku tak pernah terfikir yang MSA boleh sampai jadi macam ni?(ayat macam ada tak kena hahaha). nway thanks sekali lagi. aku sangat-sangatttt hargai sokongan korang semua dari mula cerita ini lahir di blog sampailah dah lahir dalam bentuk cetakan. terima kasih kerana masih di sini, setia di sisi aku. sentiasa support aku susah dan senang.*sobbbs* tak tahu nak kata apa.

p/s: tujuan aku up entri sebegini bukanlah untuk menunjuk + riak. aku hanya mahu melahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada korang pembaca semua. sebab aku tahu kalau korang tak ada, MSA memang takkan sampai ke tahap macam ni. kalau aku boleh peluk sorang-sorang, dah lama aku buat. huuu.

Saturday, January 11, 2014

Untitle.

Rasa sendiri,
rasa sunyi,
dengan segala benda masalah,
dan cabaran pancaroba di dunia,
tidak mengharap sesiapa mengerti,
cuma kupinta,
beri ku kekuatan
untuk menghadapi sendiri.

Wednesday, January 8, 2014

Review : Muridku Suami Aku?

Assalamualaikum,

Aku hanya nak kongsikan satu lagi komen atau review yang datangnya dari email seorang pembaca lelaki. sebenarnya aku sangat kagum kalau lelaki boleh layan + hadap novel cinta. serius. sebab aku duduk dalam kalangan orang lelaki yang tak mo langsung tengok cover novel cinta. novel aku bagi free pon tak mo nak baca. ish. jadi bila ada lelaki yang suka baca novel cinta, memang aku akan fikir wahhhh. hebat betul. sebab kita tahu lelaki bukan boleh layan benda-benda macam ni. tak macho katanya. jadi bila aku menerima email dari seorang pembaca lelaki, aku jadi terharu.. ini antara isi email beliau.

Assalamualaikum wbt,

Saya minta maaf jika emel ini menganggu saudari…

Saya baru aje habis baca novel saudari yg bertajuk di atas…
Tahniah saya ucapkan kpd saudari kerana pada pandangan saya novel tersebut
sungguh menarik dan sesuai utk para2 remaja yg sedang hangat bercinta…hee..hee..
Pada pandangan saya, ada kelainan jalan ceritanya drp semua novel yg berunsurkan cinta
yg pernah saya baca sebelum ini…kisah cinta antara cikgu dan anak murid ini mmg ada yg benar2 terjadi
dan novel ini telah menceritakan hampir segala aspek yg akan berlaku tatkala anak murid bercinta dgn cikgu…

Ingin jugak saya bertanya, adakah kisah dlm novel ini berdasarkan kisah benar atau pengalaman
saudari sendiri hee..hee…maaflah yer tak berniat nak menyinggung perasaan saudari…
Sauari ada menulis di belakangnya yg saudari mengucapkan terima kasih kpd Akmal dan Ariana
kerana hadir w’pun seketika di dalam hidup saudari…apa maksudnya tu..??

Akhir sekali, saya mendoakan agar saudari terus dpt menghasilkan novel2 yg bermutu tinggi
dan mendapat sambutan hangat di pasaran…

Sekian.Terima kasih
Syukri.

Nanti kalau aku ada masa aku akan bagi ulasan untuk pertanyaan beliau itu terutama berkenaan dengan adakah apa yang aku tulis itu pengalaman sendiri atau bukan dan benarkah wujudnya watak akmal + ariana? jengjengjeng. kasi saspen dulu.
 
/S: mood nak pindah. jap lagi nak terjah opis baru.

Tuesday, January 7, 2014

Akhirnya....setelah sekian lama.

Assalamualaikum, Dah lama rasanya aku tak post sesuatu dekat blog ni, rasanya lah. pasa readers yg asyik bukak blog aku tapi hampa takde entri baru tu( perasan kot ko ni kan hahha) maaf ya aku agak bizi sikit. maklumlah aku nak pindah tempat kerja baru dan sekarang pun sibuk dengan DPM jugak. walaupun tahap kemalasan aku sangatlah tinggi, tapi aku tulis jugak sikit. aku paksa jugak diri menaip sebab idea ada cuma mood je takde. bila nak paksa diri tu bolehlah nak tulis sepuluh pages sebenarnya. malasssss je. 

Hari ni takde entri novel soriii. nantilah aku up. kita bagi rehat-rehat dulul. sebenarnya nak bagitahu. setelah hampir 4 5 bulan novel MSA di pasaran, aku barulah dapat memiliki dan memeluk novel ini. percaya tak? selama ni aku takde langsung stok MSA untuk diri sendiri. semua habis licin aku jual. plan asal dulu nak simpan satu sebab selalunya aku akan semak dan baca balik tapi buku kali ni tak dan aku nak simpan. sebab orang selalu pm aku nak beli dengan aku sendiri. jadi aku pun macam alaaaa kasihan pulak tak jumpa novel tu so aku let go jelah. memandangkan sepupu aku nak kahwin dua minggu lagi, aku pun orderlah novel ni sekali untuk aku. sepupu punya buku pun aku terpaksa let go dulu hahahaha. jadi bila balik kampung dia asyik tanya je makanya sempena hari bahagia dia, aku hadiahkan lah buku tu kat dia kuikui.

tapi berlaku sedikit salah faham. aku hanya terima dua buku je dari FP manakala 2 lagi tak sampai. tapi FP cakap nak post esok so setel masalah. jadi aku macam nak belek-belek MSA ni. ketinggalan betul kan haha.
 

Bila dapat novel aku cek cetakan. wahhh. dah masuk cetakan ketiga. hari tu FP hnanya cakap masuk cetakan kedua je. syukur alhamdulillah ramai yang menyokong MSA. thanks semua. muahhhhh untuk korang. teruskan menyokong MSA ye. heeeee :P

Thursday, January 2, 2014

IKLAN : NAK NOVEL BESERTA TANDA TANGAN PENULIS SECARA PERCUMA?

 Assalamualaikum,


Okeylah just short entri. aku just nak promote giveaway daripada tasha dan cik akie. kenapa Aku sibuk nak promote?sebab aku salah seorang sponsor. jadi macam tak adil kalau aku  tak share dekat sini kan. jadi kalau nak novel percuma berserta tanda tangan aku ( perghh bajet retis ko kan haha) bolehlah join giveaway ini. giveaway ni bermula semalam iaitu 1 jan hingga 15 haribulan jan 2014. selain novel free, ada banyak hadiah lain dari sponsor yang lain juga. so apa lagi. jangan lepaskan peluang. mana tahu ini semua rezeki tahun baru ke, sapa tahu kan?

nak join, sila kelik SINI

Terima Kasih kepada Kalian.

Assalamualaikum.. 

Selamat tahun baru. sebenarnya aku masih belum baik lagi dari demam. still lagi selsema. semalam pun satu hari aku lepak atas katil je. tidur je. malam pun asyik-asyik terjaga. pagi ni aku still lagi pergi kerja. adalah kurang sikit. tu slow sikit dekat FB haha.

aku sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang masih setia lagi menyokong MSA terutamanya. alhamdulillah, pic ini telah ditag oleh Fajar Pakeer. bagi aku ini merupakan hadiah tahun baru daripada kalian semua.
 
terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca yang masih sudi mendapatkan novel MSA itu. ada jugak yang pm2 aku bertanyakan tentang novel ini. maaf ya aku dah tak buka order memandangkan aku pun tak sihat dan semakin sibuk. sesiapa yang masih berminat, bolehlah dapatkan terus dengan editorial Fajar Pakeer. free postage lagi. di kedai-kedai pun sudah ada terutama di MPH. 

insyaAllah aku dalam proses nak menyiapkan DPM. agak slow sikit nak siapkan cerita ini. mood kelaut kot haha. dan doakan juga cerita berikan aku peluang ke-2 akan terbit tahun ini jugak. kalau ada apa-apa berita, aku akan kongsikan nanti. yang penting doa kalian semua. love u all. muahhhhhhh.