RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, December 29, 2014

Bosan.

Saya BOSAN! nampak tak betapa besarnya saya eja tu. Ini menunjukkan yang saya betul-betul bosan. Hari ni ramai opismate tak datang kerja sebab air naik. jadi sunyi sepiiii je opis ni. kelas pun postpone seminggu. bagus! sebab saya pun malas nak masuk kelas sebab saya banyak kerja nak buat. minggu ni saya ada test 2 dan juga final exam untuk subjek advanced engineering math. Tapi saya risau sebab LPT tutup sebab air naik. Jadi macam mana nak ke KL minggu ni? Saya tak reti ikut jalan lama sebab dalam kepala terbayang cerita karak walaupun saya masuk panggung tapi tak pandang skrin wayang sebab saya penakut sangat.

Boleh tak saya nak tengok The Maze Runner sambil buat kerja, bos?

Wednesday, December 24, 2014

Wordless Wednesday :#Trowback

Lepas ni kena hire wedding planner sebab bangun2 pagi esok lepas buat pelamin ni, aku dapat sakit belakang hahhaha.

Wednesday, December 17, 2014

Budak-Budak Zaman Sekarang.

Assalamualaikum, Budak-budak sekarang ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana. Memang berbeza betul dengan zaman kita dulu kan. Aku malas nak ulas panjanglah. Tengok jelah gambar kat bawah ni.
Rosak Attandents lecturer lain kome buat. Ish!.

Sunday, December 14, 2014

SE7EN


Thursday, December 11, 2014

T.A.K.E.N

P/S: Filem TAKEN 3 nak keluar jan ni. jom terjah!!

Monday, December 1, 2014

Ahad punya cerita

Assalamualaikum, 

Hari ni kalut sikit sebab aku target nak siapkan article review untuk assignment soliton tu. sepatutnya aku boleh siapkan hari jumaat lepas tapi pagi tu aku baru dapat bahan dan pilih tajuk lepas tu petang just dapat taip sikit je. pukul 3.45 dah cabut dari office untuk gerak ke KL. Aku ingat nak siapkan assignment tu lepas test last weekend tapi dapat call dari classmate kata maybe test tunda sebab ada sorang budak kelas aku dari Johor tak dapat datang. So aku pun apa lagi tutup buku dan bukak laptop siapkan assignment. Aku cadang nak siapkan assignment lepas habis test, bila test tangguh, aku kena tukar plan. kena siapkan sebelum test sebab ada satu lagi assignment yang menanti untuk advanced engineering math. yang tu mujur aku dah buat nota sikit last two weeks so harap masih ada saki baki ingatan aku terhadap tajuk terdahulu hui.

lepas tu nak dijadikan cerita, bila datang ke kampus hari sabtu tu, baru aku tahu yang lecturer aku lupa nak book bilik. makanya mengagaulah kami cari kelas. kelas pulak penuh katanya. sudahnya kami terpaksa ke library. ada kelas kat situ tempat kami ambil exam dulu. lepas tu pulak prof kata esok(ahad) mungkin tak dapat cari kelas, sudahnya terpaksa batalkan kelas dan diganti hari ahad minggu ni. mujurlah kl-kuantan tu dah macam dekat je sebab boleh kata tiap minggu ulang alik. lepas tu pulak isnin tu pepagi buta dah kelas. mujur aku dah habis silibus  sekarang ni. so kelas pun lepak je sambil buat revision.

makanya bila ahad tu tak ada kelas, aku pun apa lagi. shoppingggg time! Tapi memandangkan aku tak suka dan malas nak ke tempat jauh sangat, so macam biasa aku lepak sogo je. atau lebih spesifik lagi gi jalan TAR heh. so ahad lepas dari pagi sampai tengah hari aku di sogo je. sempat terjah jakel cari kain pasang. masa tu pulak ada happy hour harga drop sampai 35-50 sepasang tapi malaslah aku nak berebut. lagi pun aku malas nak beli kain pasang lagi. banyak dah kut baju aku. ada yang tak tempah lagi. target just nak cari kain chiffon untuk viel, kain baju melayu dengan sampin je. yang bestnya dapat bon beli kain opel harga 50 untuk 3.5 meter.

lepas dah habiskan duit masa dekat jakel, terus ke sogo pulak cari perfume. serius pening gila kepala aku bau tester perfume yang banyak gila tu. aku ni cerewet sikit bab bau-bau ni. aku suka versace kuning tu tapi semua dah habis stock. yang ada warna pink je. aku tak suka yang warna pink tu. so pilih-pilih akhirnya aku redha jelah dengan mariah carey punya bau. Aku suka ada satu bau tu tapi Mr F tak suka. katanya ni boleh buat migrain ni. Takpelah. Sebab aku dah tak nak cari yang lain sebab kepala dah pening sampai rasa nak seduttttt je kopi tu sampai balik, so aku setuju jelah dengan apa yang ada. Yang bestnya, salesman tu bagi free handbeg kale pink! OMG cantik gila. aku jadi teruja dengan beg tu berbanding dengan perfume comel tu harharhar. Sebab tahu perfume tu bukan dapat pakai terus pun.

Lepas tu sementara tunggu salesman tu wrap bagi cantik, kami jalan pergi cari handbeg pulak. Target aku nak purple. Dah puas belek, terus bayar. Malas dah nak servey fikir. Lepas tu ada amoi pegang tangan aku suruh cuba maskara. Aku beriya tolak  tapi dia kata seminit je. Aku pun layan. Lepas tu salegirl tu tanya aku pakai maskara ke? Ada pakai alat pelentik bulu mata ke??aku kata takde. Dia pun kata walaupun tak pakai, bulu mata aku panjang eh. Aku pun jawab sebab tu saya tak pakai maskara dengan harapan aku ada alasan untuk tak mau beli maskara tu. So dia pun pakaikan maskara dekat mata aku.Aku tengok macam tak ada beza je harharhar. So lepas berjaya melepaskan diri aku pun cari balik Mr F yang tadi pergi beratur nak bayar.

So lepas tu terus keluar dari sogo dan lepak di KL Bird Park. Harharhar.

Ni bukan di KL Bird Park. Harap maklum
Jadi begitulah aku menghabiskan masa senggang aku sebelum kembali berserabut dengan buku-buku semua.

p/s: This week pergi shopping lagi yeyayy!
p/s/s: Nanti iolss up entri novel eh. sibuk bangat sampai terlupa nak masuk cerita baru. Orang tag nama kat fb mintak entri baru sedar eh sudah lama rupanya tak masuk entri cerita baru. Tunggu tau. Muaxx.

Friday, November 28, 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

#writeup
#Articlereview

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday : 23


Saturday, November 22, 2014

Aku tak pernah suka kau!

Aku tak pernah suka kau. serius. sejak dulu lagi. sejak aku kenal kau siapa. Aku tak pernah suka apatah lagi minat kau. grrrrr. Dan sekarang kau terpaksa aku hadap demi cita-cita. i hate u grrrrrr.
 Dear fizik, i hate u! i really do. kenapa kau muncul lagi setelah bertahun lama aku tak hadap kau? please go awayyyyyy. arghhhhh. kau tahu kan bila aku stadi kau dulu, aku jadikan kau bantal buat alas kepala, dengan harapan kau terus meresap masuk dalam otak aku. supaya aku tak payah susah susah stadi kau lagi?aku cuma tak cuba je lagi rebus kau dan minum. harharhar. aku tak suka kau, sama macam aku tak pernah jatuh cinta dengan c++. ada paham?? hope ini yang terakhir. lepas ni sila jangan muncul dalam idup aku lagi. Cubaan kau untuk menarik perhatian aku walaupun dalam mathematics tidak berjaya. maaf.


regards,
mathematics lover who really hate Physics.

Tuesday, November 18, 2014

Hujan dan Student.

Assalamualaikum,
selamat hari selasa. Sekarang ni dah masuk minggu ketiga di bulan nov. ini bermakna musim hujan di belah-belah pantai timur sudah bermula. tapi rasanya kebanyakan tempat pun dah mula musim hujan kan. hujung minggu lepas aku berada di kl sebab ada kelas. masa tu pun hujan jugak. bayangkan hujan di luar dan masa tu pulak tengah dengan lecture advanced engineering math? tak ke rasa nak tarik bantal masuk kelas dan zzzzzzz.

selalunya kalau time-time macam ni kebanyakan orang dah get ready in case ada apa-apa berlaku, terutama kawasan sekitar tempat aku sekarang mudah naik air i.e dekat dengan sungai. rasanya sungai pahang tu sure dah naik sampai ke tebing. bandar kuantan tu pulak mudah naik air. rasanya tiap tahun memang akan banjir bandar kuantan tu. dulu masa zaman aku belajar degree dulu, pernah sekali kawasan rumah aku terputus dua jalan utama. tempat aku di tengah-tengah jalan ke kuantan dan juga ke segamat. dua-dua jalan keluar tu terputus. bekalan makanan dan tong gas naik berkali ganda harganya. lepas tu ayah aku bawak pergi tengok jalan yang terputus tu, serius air je semua. nampak macam laut tak nampak jalan. masa tu aku dah takut tengok air tu. macam tsunami pun ada. pengangkutan utama masa tu bot dan sampan. tapi ada jugak truk askar yang buat perkhidmatan free untuk seberang air tu in case  ada sesiapa yg urgent nak ke seberang sana. sadis betul. mujur lepas tu air dah surut. lepas pada tu, setiap tahun depa ni pergi korek segala parit dan sungai bagi dalam supaya tak berlaku lagi kejadian macam tu. bayangkan, terputus bekalan makanan dari luar. beras gula biskut kat semua kedai habis licin.

dan sekarang ni pun dah hujan, masalah aku pulak bebudak ni tak boleh datang kelas sebab hujan. cis, aku dulu redah je hujan bawak payung masuk kelas dari pinggang ke kaki basah kuyup relaks je. ni lah bebudak sekarang. dari aku sakit hati budak2 tak datang kelas, datang lambat, aku terpaksa batal kelas pagi ni dan ganti waktu petang yang lain. dalam hal ni aku terpaksa considerlah, malas nak spoil mood aku sendiri. sebab aku ni pantang sikit kalau orang lambat, janji pukul sekian kena datang pukul sekian. memang masa 1st kelas aku dah warning awal-awal yang aku sangat particular dengan masa. jangan nak datang lambat blah blah blah. aku boleh terima kalau bebudak lambat hantar assignment tapi kalau datang lambat, ha siaplah. aku pernah mengamuk jugak sebab bebudak datang lambat dari kelas sebelum tu, last2 aku batal kelas terus seminggu tu harharhar.

okeylah. hujan dah reda kejap. nak mula bukak buku. malas pulak nak tanda assignment bebudak ni. stadi dulu kot ambik mood sejuk-sejuk ni.

p/s: oh ya, nanti aku sambung letak cerita HERO tu. tak sangka ramai jugak yang view cerita tu. page view nak sama dah dengan cerita DIA PUTERA MAHKOTA?  yamboi korang, suka benar cerita fairy tale ni eh. dulu suka tengok Disney eh?heh.


Monday, November 17, 2014

Bab 14 : Nak Jadi Kekasih Saya?


Bab 14


‘Hariz, awak ada kat mana sekarang?’
Hana menggigit jari sambil menjeling telefon bimbitnya berkali-kali. Tak balas pulak mamat ni. Kalau ikutkan timetable Hariz, sekarang ni sepatutnya Hariz tak ada kelas. Mamat ni pergi mana? Tak datang kolej ke? Atau jadual kuliah dah berubah lagi? Kalau telefon pun, memang takde maknalah si Hariz tu nak angkat. Dia tahu benar yang Hariz cukup tak suka jawab panggilan telefon. Mungkin disebabkan kekurangan yang ada pada lelaki itu agaknya. Hana melepaskan keluhan berat. Hariz, awak pergi mana ni?
Brrr!
Laju Hana melihat skrin telefon bimbitnya. Senyum spontan terukir di bibir.
‘Saya ada kerja sikit...’
Dah Hana berkerut seribu. Kerja? Kerja apa?
‘Sibuk sangat ke sampai mesej saya pun tak sempat nak balas? L
Hana menunggu beberapa minit lagi sebelum telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
‘Agaklah. Awak ada mana? Tak ada kelas ke?’
‘Saya ada dekat kafe fakulti awak ni. Baru habis kelas. Miss you.. L
Hana melepaskan keluhan berat lagi sebelum dia membuka buku rujukannya lambat-lambat. Telefon yang diletakkan di atas meja, di jeling lagi namun hampa. Mungkin Hariz betul-betul sibuk agaknya.
‘Kejap lagi saya datang jumpa awak. Tungga saya...’
Senyum lebar terukir di bibir Hana apabila membaca mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Walaupun Hariz  suka melayannya acuh tak acuh sahaja, tapi kadang kala datang juga sweet lelaki itu. Hana tersenyum sendiri lagi sebelum meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia kembali memandang halaman buku rujukannya. Sekarang dah masuk semester tiga. Subjek pun makin susah dan tugasan pun banyak yang belum disiapkan.
Hana mengangkat muka dari halaman buku rujukannya apabila telinga menangkap bunyi seperti ada seseorang yang duduk di hadapannya. Dahinya berkerut seribu.
“Asal jumpa I je, you buat muka macam tu. Kenapa? Tak suka jumpa I?”
Hana tidak menjawab. Rasa menyampah mula menguasai diri apabila Bad dengan selamba duduk di hadapannya. Apa lagi yang mangkuk tingkat ni nak?
What do you want, Bad?”
“Ala Hana, relakslah. Jangan nak serius sangat boleh tak? Lagi pun I dah lama tak jumpa you. You tak rindu I ke?”
Hana sedaya upaya menahan wajah dari mempamerkan riak meluat.
“Bad, boleh tak you jangan kacau I? I ada banyak kerja nak buat...” Hana berkata sebelum kembali memandang halaman buku rujukannya. Niat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah terbantut macam tu je apabila Bad muncul di hadapannya.
Bad tidak menjawab. Dia memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang.
“Mana boyfriend gagap you tu?”
Tajam mata Hana ketika merenung lelaki di hadapannya itu.
“Bad, you jangan melampau. You boleh sakitkan hati I tapi jangan nak mengata Hariz yang bukan-bukan.”
“Kenapa? Tak betul ke? Hana, you kena sedar sikit. Mamat tu tak sempurna. Dia tu cacat, tahu? Kut ye pun you nak balas dendam dekat I, carilah lelaki yang sempurna sikit. Ini tidak, mamat gagap tu jugak yang you cari....”
Pang!
“Mulut you tu jaga sikit! Jangan nak hina Hariz. Dia tak bersalah. Walaupun dia tak sempurna di mata orang lain, tapi bagi I dia sudah cukup sempurna. I love him dan itu dah cukup bagi I. I bagi amaran, jauhkan diri you dari kami kalau you tak nak menyesal!” Hana berkata geram sebelum mengemas barang-barangnya dan berlalu dari situ. Tangan yang terasa sakit akibat menampar Bad itu tidak diendahkan. Langkah kaki yang diatur laju itu terhenti buat seketika apabila pandangan matanya bertembung dengan pandangan mata Hariz. Sejak bila Hariz berada kat sini?! Adakah Hariz dah dengar semua kata-kata Bad tadi?
“Jom...” Hariz menarik tangannya dengan lembut sebelum mereka berlalu meninggalkan tempat itu.

         ***
“Sa..sakit lagi?”
Hana menoleh ke sebelah. Raut wajah Hana kosong ketika dia memandang ke arah lelaki itu.
“Ta..tangan aw..awak. Sa..sakit lagi tak?”
Spontan Hana memandang tangannya yang kelihatan merah. Sakitnya masih terasa namun itu tidak setanding dengan sakit di hatinya apabila mengenangkan kata-kata penghinaan Bad terhadap Hariz.
It’s okey. Sikit je...” Hana menjawab perlahan.
“Nah...”
Hana memandang air kotak yang dihulurkan oleh Hariz di sebelah. Lambat-lambat dia mengambil air kotak tersebut.
Hariz memandang ke arah Hana yang masih termenung itu. Air kotak tersebut diambil kembali dari tangan Hana. Hana hanya menoleh namun tidak berkat apa-apa.
Hariz mencucuk penyedut minuman pada air kotak tersebut sebelum dihulurkan kembali kepada Hana.
“Mi..minum si..sikit..”
Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum mendekatkan penyedut minuman tersebut ke bibirnya.
Fe...feeling be..better?”
Hana menoleh. Hanya senyum hambar sahaja yang terukir di bibirnya sebelum dia mengangguk.
Buat seketika mereka hanya mendiamkan diri. Mata Hana ralit memerhatikan daun-daun kering yang berterbangan ketika di tiup angin. Sebenarnya dia rasa bersalah dengan Hariz. Dia tahu yang Hariz pasti terdengar akan kata-kata si Bad itu. Pasti Hariz terluka lagi. Hana mengeluh perlahan.
“Hana...”
Hana menoleh.
“Se..senyum si..sikit.”
Spontan Hana tersenyum nipis.
“Ma..macam tu lah. Ja..jangan se..sedih lagi. Sa..saya su..susah hati...”
Hana terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Macam mana Hariz boleh mengabaikan perasaan sendiri semata-mata mahu menghiburkan hatinya?
“Hariz...”
Hariz memandang ke arahnya.
“Saya minta maaf. Saya tahu awak dah dengar kata-kata Bad tadi. Masuk kali ni dah dua kali Bad kata macam tu pada awak. saya...”
“Hana, be..benda dah le..lepas. Tak pa..payahlah ki..kita ca..cakap la..lagi hal ni...”
“Tapi...”
“Hana...”
Hana terdiam. Dia melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tidak tahu apa perasaan Hariz sekarang. Tak terasakah lelaki itu? Tak sedih ke apabila dihina sebegitu atas kekurangan yang tidak pernah diminta? Sedangkan dia yang dengar pun terasa sakit hati. Tapi Hariz....
“Es..esok aw..awak free tak?”
Hana terdiam sejenak. Esok hari Sabtu. Rasanya dia tak ada apa-apa rancangan lagi.
“Kenapa? Awak nak ajak saya dating ke?” Hana bertanya sambil tersenyum penuh makna.
Hariz turut sama tersenyum. Mudah sungguh emosi gadis itu berubah.
“Hmmm, es..esok sa..saya nak ke PWTC..”
Dahi Hana berkerut.
“PWTC? Buat apa?”
“Ke..kelab sa..saya ada jo..join sa..satu event. Errr..aw..awak nak ikut?” Hariz bertanya perlahan. Muka dah terasa panas berbahang.
Bulat mata Hana apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Naklah! Bila? Pukul berapa?” Hana bertanya teruja.
“Pu..pukul 10.”
Hana terdiam. Dalam kepala dah terbayang baju apa yang patut dia pakai esok.
“Hmm, kiranya awak nak ajak saya dating lah ni ye...” Hana bertanya sambil mengangkat kening.
Hariz sedaya upaya mengawal riak muka yang dah nak berubah itu. Dia memandang ke hadapan. Muka dah terasa tebal sepuluh inci.
“I..ikutlah aw..awak nak ka..kata apa..”
Hana tergelak apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Kepala dilentokkan di bahu lelaki itu.
“Aduhhh!” Spontan Hana memegang kepalanya yang ditolak oleh Hariz.
“Sakitlah. Awak ni tak sporting langsung. Baru nak manja-manja...” Hana menggumam perlahan sambil menggosok kepalanya.
Hariz membetul-betulkan beg sandangnya sebelum berdiri.
“Awak nak pergi mana tu?”
“Ba..balik. Ba..banyak ker..kerja nak buat...”
Hana mencebik. Eleh! Alasan je tu.
“Hariz, tunggulah...” Kelam kabut Hana mengekori lelaki itu. Sesekali terdengar gelak ketawa Hana ketika gadis itu galak mengusik Hariz ketika mereka sama-sama berjalan keluar dari kawasan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan  itu.
       ***

Hana menggigit bibir sambil sesekali dia memanjangkan leher ketika memerhatikan ke arah Hariz yang sedang sibuk membuat persiapan sempena Festival Muzik dan Kesenian yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Dia sebetulnya tak pernah tahu pun yang memang setiap tahun akan diadakan festival sebegitu khusus untuk seniman dan artis berkumpul untuk memperlihatkan bakat mereka kepada orang ramai secara percuma. Walaupun pada asalnya Hariz mengajaknya ke sini, tapi tak banyak pun yang dia boleh bantu. Sekadar menyibuk sana sini dan akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk di booth sahaja sambil siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mujurlah sempat dia angkut satu dua buku tutorial, jadi tak adalah mati kutu sangat. Hariz pun bukan ada masa nak layan dia je. Lelaki tu pun sejak dari tadi sibuk ke sana ke sini. Set up tempat. Pacak kanvas lagi. Dan sekarang rasanya geng kelab seni lukisan tu nak mula melukis dah kut.
Hana kembali menatap buku tutorialnya. Serabut jugak nak siapkan kerja tengah-tengah bising macam ni. Bunyi muzik yang datangnya dari kontigen kelab muzik dan warisan tu pun boleh tahan kuatnya. Macam saling berlawan pula dengan suara para pengunjung.
Brrr!
Hana menyeluk poket seluar jeansnya sebelum telefon bimbit dikeluarkan.
‘Awak okey?
Sorry ya Hana tak dapat teman awak.’
Hana menjeling ke arah Hariz yang sedang membelek telefon bimbitnya itu. Hana kembali memandang skrin telefonnya sebelum jari laju menaip.
‘Tak apa. Saya okey je.
Awak buatlah kerja awak.
 Saya tak nak kacau.
Dapat dekat dengan awak pun dah cukup bagi saya.’
Hariz tersenyum ketika membaca mesej pada telefonnya.
“Parah betul kalau orang tengah bercinta ni. Tenung telefon pun boleh sengih sorang-sorang...”
Terpadam terus senyum di bibir Hariz. Dia segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia sedaya upaya mengelak dari memandang ke arah Boy yang sedang tersengih itu. Mamat ni memanglah. Ada je modal nak menyakat. Letih betul nak layan.
“Kut ye pun, kenapa ajak dating sini? Bawa lah tempat romantik sikit. Tepi tasik ke, pergi taman bunga ke...”
“Di..diamlah!”
Boy ketawa lagi. Sempat dia menjeling ke arah Hana yang sedang sibuk menulis sesuatu itu. Telinga gadis itu turut tersumbat dengan earphone milik Hariz.
“Tak apa ke kau ajak dia tu?”
Dahi Hariz berkerut apabila mendengar pertanyaan Boy itu.
“Ke..kenapa kau ta..tanya?”
Boy mengelap peluh di dahi. Dia baru sahaja selesai mendirikan kayu tempat kanvasnya nanti.
“Tak adalah. Kesian pulak aku tengok si Hana tu. Datang sini sebab nak lepak dengan kau, tapi kau pulak sibuk buat kerja lain. Dia tak pe ke? Kang merajuk, susah pulak kau nak pujuk. Kau tu dah lah super fail bab memujuk perempuan ni. Aku tak nak ada yang frust menonggeng tak lalu makanlah. Tak lena tidurlah. Itu lah, ini lah...”
Hariz tidak menjawab. Kain yang digunakan untuk mengesat peluh yang tersangkut di lehernya itu dibaling ke arah Boy. Banyak sangat cakap.
“Ish! Apa ni?” Boy menepis, menyebabkan kain tersebut jatuh ke lantai.
“Hana bu..bukan je..jenis macam tu...” Dia menggumam perlahan. Sempat mata menjeling ke arah Hana yang sedang khusyuk mengulang kaji pelajarannya itu. Kadang kala dia kagum dengan Hana. Walaupun Hana nampak daring dan agak moden, namun gadis itu tak pernah mengabaikan pelajarannya.
“Yeke? Eloklah tu. Tapi kau jangan nak ambil mudah sangat. Perempuan ni kita tak boleh jangka. Kadang tu mood dia orang ni mudah berubah. Macam cuaca...”
Hariz mengerutkan dahi. Kadang kala dia hairan dengan Boy ni. Kalau cakap bab hati dan perasaan ni memang pandai, tapi sorang awek pun tak ada. Entah manalah dia belajar semua benda tu.
“Dahlah. Ja..jangan ba..banyak ca...cakap lagi. Pre..preparation kau dah si..siap ke? Ke..kejap lagi nak mu..mula dah...”
“Dah, lama dah siap. Tinggal tunggu masa je...”
Hana menggeliat perlahan. Pinggang terasa lengguh. Urat leher pula rasa macam nak tercabut bahana mengadap kerja tak berhenti selama dua jam. Fuh! Siap pun tugasan Prof Hakimi ni. Hana memandang sekeliling. Mana Hariz? Hana mengemas buku-bukunya sebelum dimasukkan ke dalam beg. Kaki diatur melangkah menuju ke bahagian tengah booth tersebut empat di mana geng kelab seni sedang sibuk dengan kanvas masing-masing.
“Boy...” Hana mencuit Boy yang sedang mengoncangkan spraynya.
Boy menoleh.
“Hariz mana?”
“Tu. Dekat hujung sana...”
Spontan Hana menoleh.
Thanks. By the way, nice painting...”
Boy hanya tersengih sebelum kembali menyambung kerjanya. Hana kembali mengatur langkah menuju ke arah Hariz. Dahi berkerut. Ini yang dia tak suka tengok ni.
Hana mengetap bibir apabila mata melihat beberapa orang gadis sedang berbisik penuh teruja berdekatan dengan Hariz yang masih sibuk melukis itu. Telinga terasa panas apabila mendengar kata-kata gadis-gadis tersebut yang rata-ratanya memuji akan penampilan Hariz ketika itu.
Handsomenya mamat tu...”
“Tau tak apa. Tengok lukisan dia. Cantiknya...”
“Kau agak, kalau aku minta nombor telefon, dia nak bagi tak...”
Hana mengetap bibir lagi sebelum berjalan laju menghampiri Hariz. Sempat dia melemparkan jelingan maut ke arah kumpulan gadis tersebut.
“Hai sayang. Sibuk ke?” Sengaja Hana menyapa Hariz dengan agak kuat bagi memastikan yang kumpulan gadis yang sedang mengedik berdekatan lelaki itu mendengar kata-katanya.
Hana tersenyum puas apabila melihat perubahan di wajah gadis-gadis tersebut. Huh! Padan muka. Ada hati nak mengurat boyfriend orang.
Hariz di sebelah cuba menahan senyum. Tahu sangat akan niat Hana tu.
Hana kembali memandang ke arah lukisan yang dihasilkan oleh Hariz apabila kumpulan gadis itu sudah beredar ke tempat lain.
Thanks...”
Hana menoleh. Keningnya terangkat sebelah.
“Kenapa?”
“Se..sebab datang te..tepat pada masanya...”
Dahi Hana berkerut, cuba memahami maksud lelaki itu.
“Maksud awak apa? Awak tak suka ke kalau girls tu semua admire awak?” Hana bertanya, sekadar mahu menguji.
Hariz tidak memberikan sebarang reaksi.
“Awak, jawablah saya tanya ni...”
“A..awak so..sorang pun sa..saya dah tak la..larat nak la..layan...”
Bulat mata Hana ketika mendengar kata-kata lelaki itu.
“Oh, kiranya awak nak cakap yang saya ni menyusahkan lah ye?”
“Ish!” Hariz mencuit hidung Hana dengan hujung batang berusnya. Spontan Hana menepis.
“Awak....!”
“Ker..kerja dah si..siap?”
“Siap dah. Tunggu awak dua jam. Dua tutorial saya boleh siap, tahu?” Hana menjawab sambil memeluk tubuh. Mata masih ralit memerhatikan lukisan pada kanvas di hadapannya itu.
“A..awak ma..marah ya...”
“Taklah. Saya tahu awak sibuk. Lagi pun saya yang beriya-iya nak ikut datang sini. Saya tak boleh jangkakan yang awak akan teman saya sepanjang masa je. Awak pun ada kerja nak buat, kan?”
Hariz menoleh. Hana turut menoleh.
“Apa?” Hana bertanya sambil mengangkat kening.
Thanks Hana se..sebab me..memahami...”
Hana hanya tersenyum.
You’re most welcome, boyfriend...” Hana menjawab sambil tersenyum mengusik.

Bersambung...

Friday, November 14, 2014

Cerpen : Hero


"Kau ni memang tak boleh harap! Tolong jaga adik pun susah sangat ke??!"
Aku menghempas cawan ke meja. Dengan rasa sakit hati dan penuh dendam, aku melangkah menuju ke dalam bilik. Pintu dihempas sekuat hati tanda protes.
DEGAM!!
"Kurang ajar punya budak. Tak sedar dek untung!Aku bela kau dari kecik, macam ni kau balas!" 
Suara wanita yang aku panggil emak sejak kecil lagi itu masih terngiang-ngiang di telinga. Aku sendiri sudah lupa sejak bila aku memanggil wanita yang tak ada sebarang pertalian darah denganku itu sebagai 'mak'.
Aku merebahkan tubuh ke katil usang yang hampir roboh itu. Rasa sakit hati masih lagi bersarang di dada. Sesekali suara riang cicak yang turut sama menghuni bilik sempit serupa stor itu kedengaran di telingaku. Seolah-olah mengejek aku yang telah dimarahi oleh mak. Argghhh! Kecik besar kecik besar je aku tengok cicak ni. Kalau ikutkan rasa dendam dalam hati, sudah lama aku lastik kau wahai cicak.
Aku bergolek ke kiri. Bantal busuk yang sudah kepam itu aku peluk erat-erat seolah-olah dengan cara itu, segala kesakitan di hati serta rasa dendam yang menghuni di hati aku sekian lama, mampu berkurang. Aku memejamkan mata dengan harapan lenaku kali ini mampu membuatkan hatiku lebih tenang.
                                                                              ***
Aku membuka mata. Mata yang terasa pedih dek kerana terlalu banyak mengalirkan air mata tadi aku gosok beberapa kali. Eh, aku di mana?
Aku memandang sekeliling. Bukankah aku sepatutnya berada di atas katil usang di bilik sempat serupa stor itu? Tapi kenapa aku berada di sini? Aku mendongak. Langit yang cerah dengan awal berkepul-kepul keputihan itu membuatkan hati aku agak tenang. Sudah lama aku tak rasa tenang seperti ini.
Aku menoleh lagi apabila telinga menangkap bunyi kicauan burung yang entah datang dari mana. Angin sepoi-sepoi bahasa pula lembut menampar pipiku. Di mana aku berada sekarang? Aku bertanya diri sendiri buat kali kedua.
Aku bangun dari baringan. Walaupun rumput tempat alas aku berbaring tadi terasa lebih lembut dari tilam keras di bilik storku, namun aku perlu bangun dan mencari jalan pulang. Rasanya berada di hutan entah di mana ini bukanlah idea yang baik walaupun di sini mungkin lebih tenang dari di bilik storku itu.
Aku memberanikan diri memulakan langkah pertama walaupun aku tak tahu ke mana yang perlu aku tuju. Segala-galanya nampak asing.
Kiukkk!
Hampir melompat aku apabila terdengar bunyi yang begitu kuat betul-betul di belakangku itu. Dengan rasa menggigil bercampur ingin tahu, aku memusingkan badan perlahan-lahan.
“Mak!” Spontan aku menjerit apabila melihat makhluk yang begitu mengerikan di hadapan mataku. Makhluk berkaki ayam namun mempunyai badan serigala itu membuatkan lututku lemah.
Kiukkkk!
Mahkluk itu berbunyi lagi seolah-olah marah pada aku. Barangkali aku sudah menceroboh kawasannya. Agak pelik juga melihat makhluk menakutkan seperti itu namun berbunyi seperti burung berkicauan.
Kiukkkk!
Aku melangkah beberapa tapak ke belakang apabila merasakan yang makhluk itu mula menghampiriku. Terasa agak lucu juga apabila melihat serigala berjalan menggunakan kaki ayam.
Kiukkkk!Kiukkkk! Makhluk itu semakin laju menghampiriku. Aku segera membuka langkah seribu meninggalkan tempat itu. Sesekali aku menoleh ke belakang. Walaupun berkaki ayam, namun aku terpaksa mengakui yang mungkin aku bakal menjadi makanan tengah hari si makhluk kiuk tersebut.
Kiukkkk!Kiukkk! Bunyi itu semakin dekat di belakangku dan larianku semakin perlahan. Perut yang masih belum di isi sejak pagi lagi membuatkan aku hamper tidak bertenaga. Rasanya, mungkin ini sudah takdirku.
Kiukkkk!
Aku hampir tersungkur ke hadapan. Kepala terasa sakit namun aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Mungkin ini sudah takdir aku. Takdir aku untuk mati sebagai makanan makhluk kiuk itu.
ZAP!
Kiukkkkk!
Aku cuba membuka mata apabila telinga terdengar bunyi sesuati di belakangku.
“Shhhh…tenang…” Aku terdengar sesuatu sebelum derapan tapak kaki mula mendekatiku.
“Hila, awak okey?Sudah terlalu lama saya menunggu kedatangan awak…”
Aku hanya mampu melihat sebaris senyum di bibir itu sebelum semuanya kembali kabur dan akhirnya gelap.

                                                                      ***
DEGUM!
Aku terkejut sebelum cepat-cepat membuka mata. Kepala yang mula terasa pening itu tidak aku hiraukan. Aku memandang sekeliling.
“Woi!Dah maghrib pun tak reti nak bangkit lagi ke?!Apa nak jadi dengan kau ni hah?!Tak sedar dek untung!Aku bela kau dari kecik bila dah besar ingatkan bolehlah tolong aku, tapi menyusahkan lagi ada!” Suara petir mak dari dapur itu membuatkan aku menarik nafas panjang. Mimpi rupanya. Aku mengelap dahi yang dah terasa basah dek peluh. Walaupun mak sering memaki hamunku, namun kali ini aku bersyukur apabila mendengar suara itu. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi berada di alam mimpi itu lagi.
“Hila!Kau ni pekak ke apa? Pergi masak nasi sana!Lepas tu pergi kedai beli gula dengan susu!”
Lambat-lambat aku bangun dan turun dari katil dan meregang lenturkan tubuh yang terasa agak lenguh. Biasalah, tidur atas tilam yang dah keras serupa papan lapis itu.
Aku berjalan lambat-lambat menuju ke dapur. Bekas tempat simpan beras aku buka. Aku jenguk ke dalam bekas tersebut. Hanya tinggal satu cupak beras sahaja. Kalau ikutkan, mana cukup secupak beras ini untuk dimakan oleh adik-adikku seramai tiga orang itu namun aku tahu yang keluargaku bukanlah orang kaya. Ayahku hanya bekerja sebagai pemotong rumput yang mempunyai gaji bulanan tak sampai lima ratus manakala makku pula hanya mengambil upah mencuci kain baju di rumah orang.
“Apa lagi yang kau termenung macam tunggul kayu tu?!Kau tak Nampak ke adik kau tu dah menangis sebab lapar?!” Mak menunjal kepala aku seperti selalu jika aku lambat menyiapkan apa yang disuruh.
Aku hanya diam. Malas nak menjawab. Lagi pun kalau aku jawab, pasti aku akan kena balik. Silap-silap periuk nasik tu naik atas kepala aku.
Ketik.ketik.
“Mak…”
“Apa lagi?!”
“Gas dah habis…” Aku berkata perlahan sambil menggigit bibir.
“Hah?!Kenapa pulak dah habis?”
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Apa kau ni bodoh sangat?Semua benda tak tahu!Dah pergi ke kedai sekarang. Cakap kat pak mat hutang beli gas.”
“Tapi….”
“Tapi apa lagi?!”
Aku hanya terdiam apabila melihat wajah mak semakin bengis. Tak tergamak pulak nak meluahkan apa yang bermain dalam fikiranku ketika itu. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata pak mat tempoh hari. Pak mat dah beri amaran yang lepas ni keluarga aku sudah tidak boleh berhutang dengannya lagi disebabkan hutang lama yang belum berbayar itu.
“Pak mat kata…”
“Pak mat kata apa?Sudah! pergi sekarang!”
Aku melangkah perlahan menuju ke luar. Hati agak runsing apabila memikirkan apa yang perlu aku buat sekarang. Kalau ke kedai pak mat, pasti pak mat akan menghalauku lagi dan aku tak sanggup nak dimalukan buat kesekian kalinya.
DUM!
Spontan aku memandang ke langit. Hujan mula jatuh ke wajahku dan tanpa sebarang amaran, hujan turun dengan lebat. Aku segera berlari menuju ke arah deretan bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Aku memandang sekeliling. Suasana agak sunyi. Hanya bunyi curahan air hujan di bumbung zink sambil sesekali diselang selikan dengan bunyi guruh.
Aku mengelap muka yang basah dengan hujung lengan baju tshirt yang telah lusuh. Dalam hati semakin bimbang memikirkan tentang mak dirumah. Pasti mak akan marah aku lagi. Aku mengeluh sebelum duduk di hujung bangunan tersebut. Aku merenung titisan air hujan yang menimpa lantai bangunan itu. Kepalaku kembali mengelamun memikirkan masa depan. Sampai bila aku harus mengharungi hidup seperti ini?aku tahu yang aku hanyalah anak pungut. Sebab itu mak tak sayangkan aku. Sebab tu mak selalu marah-marah. Aku melepaskan keluhan berat sebelum memeluk tubuh yang sudah menggigil kesejukan. Aku cuba memejamkan mata, menikmati bunyi air hujan tersebut.

                                                                         ***
“Hila…”
Aku segera membuka mata apabila terasa ada benda sejuk yang menyentuh pipiku.
“Hila…”
Terkebil-kebil mata aku ketika  merenung seraut wajah yang tenang dan jernih itu sebelum bangun secara tergesa-gesa. Aku memandang sekeliling. Tempat ni lagi?Aku bermimpi lagi?
“Hila…”
Aku menoleh.
“Saya bermimpikan?Ni semua dalam mimpi je kan?”Aku bertanya agak kebodohan.
Lelaki itu hanya tersenyum membuatkan aku terpesona. Belum pernah lagi aku melihat senyuman menawan seperti itu.
“Terpulang pada Hila nak anggap semua ni sebagai apa. Bagi saya, semua ini wujud.”
Aku memandang penuh curiga ke arah lelaki itu. Tubuh lelaki itu lengkap berbalut pakaian perang dan berjubah meleret ke lantai.
“Siapa awak?Mana awak tahu nama saya?” Aku bertanya lagi sambil memandang sekeling. Hamper terbeliak biji mataku apabila melihat keadaan sekeliling yang kelihatan seperti sebuah taman yang penuh dengan segala macam buah-buahan dan juga bunga-bungaan. Aku menghirup udara yang bertiup ketika itu. Sangat wangi dan menenangkan.
“Saya putera Nayan, putera mahkota bagi kerajaan Caveera”
“Putera?Kerajaan apa tadi?Okey tak apa. saya tak nak tahu tapi..kenapa saya ada di sini?Saya nak balik. Nanti mak saya marah…” Aku segera bangun dan berdiri. Tidak tahu ke mana yang harus aku tuju.
“Tolonglah…”Aku merayu ke arah lelaki itu.
Putera Nayan hanya senyum.
“Hila, saya dah tunggu awak sejak seribu tahun yang lalu. Bukankah terlalu cepat untuk awak pergi dari sini?”
“Apa?seribu tahun?Okey, ini semua pelik dan kenapa saya bercakap dalam mimpi saya sendiri?Sudah…sudah. saya nak balik sekarang!” Aku berkata tidak sabar.
“Awak boleh pergi. Saya akan tunggu awak lagi…”
DEGUM!
Aku terkejut sebelum cepat-cepat membuka mata. Aku memandang sekeliling. Aku tertidur lagi nampaknya. Aku menarik nafas panjang. Mimpi tu lagi? Sudah dua kali dia bermimpi perkara yang sama dan mimpi itu seolah-olah bersambung namun aku tidak punya masa untuk memikirkan hal itu apabila aku merasakan yang hari sudah lewat benar. Aku segera pulang ke rumah kerana aku tahu yang kedai pak mat sudah lama tutup. Aku cuba memikirkan pelbagai alasan yang dirasakan agak lojik untuk diberikan kepada mak.
“Mak?” Aku bersuara teragak-agak ketika di muka pintu. Telinga menangkap suara gelak ketawa di dalam rumah. Tu macam suara mak. Bagus. Nampaknya mood mak baik. Barangkali ada berita gembira yang dibawa oleh ayah. Ayah dapat kerja lebih bagus ke?atau dapat naik gaji?
“Hila? Kamu dah balik? Mari masuk nak. Mari…mari..” Mak menarik tangan aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut.
“Duduk dulu. Hila nak makan apa?ayam?sup?udang? nak air? Mak buatkan…”
Aku agak hairan dengan perubahan yang ditunjukkan oleh mak ketika itu. Rasanya seumur hidup aku, belum pernah lagi mak melayan aku baik seperti itu. Aku memandang ke arah meja. Hampir nak terkeluar biji mataku ketika melihat apa yang terbentang di hadapanku.
“Mak, mana mak dapat semua makanan ni?” Aku bertanya penuh hairan apabila melihat meja makan using kami penuh dengan segala jenis makanan.
“Tadi, ada seorang lelaki datang bawakan semua ni. Katanya kawan kamu.”
Aku menoleh ke arah mak. Kawan lelaki?siapa?setahu aku, aku tidak pernah mempunyai kawan apatah kawan lelaki. Iyalah, siapalah nak kawan dengan aku yang serba selekeh ini.
“Siapa?” Aku bertanya mula tidak sedap hati.
“Katanya nama dia Nayan…”

 Bersambung...

p/s: Cubaan pertama nak buat cerita sai fai. ku memang berangan dari dulu lagi nak buat citer lawan-lawan di alam fantasi ni hehehehe.
p/ss. ini namanya gian nak menaip. otakku tak mampu nk load banyak nombor-nombor dah weiiii. grrrrrr. esok malam test!! Esok sabtu patut pergi shoping, apa kes aku gi kelas pulak??harharha. ok stop. serius aku tengah weng sekarang.