RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, December 9, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 15



BAB 15
KLIK!!
Dahlia menghadang tangan dengan muka namun sudah terlambat.
“Shah! Jangan tangkap gambar lagi boleh tak?” Dahlia berkata agak berang namun lelaki itu tidak menghiraukan kata-katanya. Masih sibuk dengan kamera di tangan.
“Shah! Dengar tak ni?”
Tengku Shah Putra mengangkat kepala dari kameranya ke arah Dahlia yang sedang mempamerkan riak wajah tidak berpuas hatinya.
“Kenapa?” Tengku Shah Putra mengangkat kening.
“Jangan tangkap gambar saya lagi boleh? Saya tak suka..”
“Kenapa?” Tengku Shah Putra bertanya lagi. dahlia menjeling tajam ke arah lelaki itu.
“Sebab saya tak suka. Kalau awak nak tangakp gambar, tangkaplah benda lain. Saya tak suka gambar saya diambil...”
“Oh yeke? tapi saya suka ambil gambar awak..” Tengku Shah Putra menjawab sambil menghala lensa kameranya ke arah Dahlia buat kesekian kalinya.
“Jangan nak mengada-ngadalah Shah!” Dahlia lantas menolak lense kamera Tengku Shah Putra. Tengku Shah Putra menurunkan kameranya apabila menyedari yang Dahlia sudah mula hendah naik angin.
“Yelah-yelah...”
Dahlia hanya menjeling sebelum kembali berjalan menyusuri laluan di Flea Market Les Puces.
“Dahlia, marah ye..”
Dahlia tidak mengendahkan kata-kata lelaki disebelahnya apabila dia ralit membelek barang yang dijual di salah satu gerai di Flea Market Les Puces itu. Mengikut kata Shah, Flea Market Les Puces merupakan pasar loak paling terkenal di Paris. Nama asal pasar ini ialah Les Puces de Saint-Ouen namun ia lebih dikenali sebagai Flea Market Les Puces.
Les Puces adalah pasar loak terbesar di Eropah yang memiliki lebih dari 2000 gerai yang menjual pelbagai jenis barangan daripada pelbagai kategori. Selain itu, pasar ini terletak di Porte de Clignancourt. Toko-toko di Les Puces ini dibuka setiap hari Sabtu mulai jam 9 pagi hingga 6 petang, Minggu mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang dan Isnin mulai jam 11 hingga 5 petang. Mengikut kata Shah lagi, Kebanyakan toko di sini adalah hasil warisan turun-temurun dari keluarga pengumpul barang antik. Para pengunjung juga boleh mencari barangan yang dimahukan dan bersedia untuk tawar menawar dengan penjualnya.
Sepanjang mereka berada di situ, apa yang boleh diperhatikan ialah antara yang mendapat sambutan pastinya gerai yang menawarkan pelbagai jenis perabot, perhiasan lama, cermin lama, dan barang antik menarik lainnya.
Dahlia berhenti di salah satu gerai menjual barang perhiasan lama yang baginya sangat unik. Dia agak tertarik dengan beberapa jenis perhiasana seperti gelang dan rantai yang diperbuat daripada kayu dan logam lama. Sangat klasik.
“Cantik kan?” Dahlia menunjuk ke arah Tengku Shah Putra yang berdiri di sebelahnya seutas rantai yang mempunyai loket berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada batu marmar berwarna hitam.
“Nak beli ke?” Tengku Shah Putra bertanya sambil turut memerhatikan rantai tersebut. dahlia mengangkat bahu sebelum meletakkan kembali rantai tersebut di tempatnya. Dia membelek perhiasan yang lain dan tangan Dahlia terhenti pada bekas kayu berukiran cantik yang terletak bercampur-campur dengan barangan perhiasan yang lain. Kotak tersebut diambil dan dibuka. Hampir terpegun Dahlia apabila melihat sebentuk cincin yang diperbuat dari perak. Di keliling cincin tersebut terukir cantik dengan motif bunga-bungaan. Dahlia menarik keluar cincin tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi. matanya dikecilkan untuk melihat sesuatau yang terukir di bahagian dalam cincin tersebut.
JE T'AIME
Dahlia membaca perkataan yang terukir di bahagian dalam cincin itu sambil mengerutkan dahi. Je t'aime? Apa maksudnya? Rasa macam pernah dengar tapi apa ya. Dahlia menoleh ke arah Shah di sebeleh yang sibuk menangkap gambar pemandangan di situ.
“Shah...”
Tengku Shah Putra menoleh ke arah Dahlia. Kening sebelah terangat seolah-olah bertanya.
“Apa maksud tulisan dalam cincin ni?” Dahlia bertanya sambil menghulurkan cincin tersebut ke arah lelaki itu. Tengku Shah Putra memandang ke arah cincin yang dihulurkan oleh gadis itu buat seketika sebelum mengambil cincin itu dari tangan Dahlia.
“Tulisan mana?” Tengku Shah Putra bertanya sambil membelek-belek permukaan cincin tersebut.
Dahlia mendekati Tengku Shah Putra supaya dia boleh menunjukkan tulisan yang terukir di dalam cincin tersebut.
“Dalam tu. nampak tak? Halus je tapi masih bileh dibaca. Saya rasa perkataan tu macam je t'aime tapi saya tak pasti...”
Tengku Shah Putra memandang sekilas ke arah Dahlia di sebelahnya. Dahlia turut sama memandang ke arah lelaki sambil mengangkat kening seolah-olah bertanya kenapa lelaki itu memandang ke arahnya.
Tengku Shah Putra kembali memandang ke arah cincin di tangannya dengan Dahlia turut sama berjengkit di sebelah.
“Nampak tak tulisan tu?” Dahlia bertanya seolah-olah tidak sabar. Tengku Shah Putra mendekatkan diri cincin tersebut ke wajahnya untuk melihat dengan lebih jelas.
“Je tem...” Tengku Shah Putra menyebut perlahan tulisan yang terukir di dalam cincin tersebut.
“Eh..bukan je t'aime ke?” Dahlia bertanya ingin tahu.
“Betullah tu. walaupun ejaan dia je t'aime tapi sebutan dia Je tem...”
“Ohh...” Dahlia menjawab sambil mengangguk kepala tanda faham.
“Jadi maksudnya apa?” Tanya Dahlia lagi apabila lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu meneruskan penerangannya.
“Hmm, betul nak tahu maksudnya apa?” Tengku Shah Putra memandang ke arah Dahlia sambil mengangkat keningnya. Dahlia mengerutkan dahi.
“Mestilah nak tahu. Kalau tak, saya takkan tanya awak. cepatlah, apa maksudnya tu?”
“Hmm, maksudnya..I Love You...” Tengku Shah Putra menjawab sambil merenung wajah Dahlia, seolah-olah ingin melihat reaksi gadis itu apabila mengetahui maksud perkataan tersebut.
Dahlia merenung wajah Tengku Shah Putra. Entah kenapa jantung dah bertukar rentak apabila lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan itu. Dahlia spontan tunduk merenung tanah apabila dirasakan pipinya bakal berubah rona.
“Dahlia? Awak okey?” Tengku Shah Putra bertanya perlahan membuatkan Dahlia menelan air liur. Jantung terasa semakin laju berdegup entah sebab apa.
“Err, saya okey je. Err...” Dahlia menjawab perlahan. Muka terasa hangat membara walaupun cuaca agak sejuk ketika itu.
Dahlia dan Tengku Shah Putra spontan menoleh ke arah penjual yang seperti sedang berkata sesuatu kepada mereka. Bersungguh-sungguh penjual tersebut bercerita. Siap dengan gaya-gaya tangan lagi.
“Dia cakap apa tu Shah?” Tanya Dahlia ingin tahu. Mata masih tertumpu pada penjual yang sedang bercerita dalam bahasa Perancis itu.
“Dia kata ada cerita disebalik cincin ni.”
“Yeke? cerita apa?” Tanya Dahlia ingin tahu.
“Dia kata dulu cincin ni milik salah seorang keluarga bangsawan yang menetap di Paris.”
“Serius? Lagi? apa dia kata?” Tanya Dahlia teruja. Mata kembali memandang cincin tersebut.
“Hmmm, dia kata lagi, cincin ni ada kuasa sakti.”
“Hah? Kuasa sakti?” Dahlia mendongak memandang ke arah Tengku Shah Putra yang masih memandang ke arah penjual tersebut.
“Hmm. dia kata jika seorang lelaki memberikan cincin ini kepada seorang gadis dan gadis itu memakai cincin ini, mereka dikatakan mmepunyai jodoh yang kuat jika cincin ini tidak boleh ditanggalkan melainkan lelaki itu sendiri yang tanggalkan cincin ini dari jari gadis itu.”
Dahlia memandang ke arah Tengku Shah Putra dengan raut wajah tidak percaya. Tengku Shah Putra menoleh ke arah Dahlia.
“Kenapa pandang saya macam tu? bukan saya yang cakap. Aunty tu yang cakap.”
“Awak percaya ke?” Tanya Dahlia agak curiga. Tengku Shah Putra mengangkat bahu.
“Nak cuba?” Tengku Shah Putra bertanya separuh mengusik. Dahlia memutarkan bebola matanya ke atas.
“No thanks.”
Tengku Shah Putra ketawa kecil apabila melihat wajah Dahlia yang mula kemerahan itu.
“Awak suka cincin ni?” Tanya Tengku Shah Putra setelah beberapa ketika mereka mendiamkan diri.
Dahlia mengangkat kepala memandang ke arah Tengku Shah Putra.
“Awak suka cincin ni?” Lelaki itu bertanya lagi. dahlia memandang ke arah cincin di tangan Tengku Shah Putra.
“Hmm, sukalah juga. Cantik dan unik. Tapi rasanya saya tak perlukan cincin ni.” Dahlia mengambil cincin tersebut dari tangan Tengku Shah Putra lalu diletakkan kembali di dalam kotak kayu. dengan rasa berat hati yang dia sendiri tidak tahu datangnya dari mana, Dahlia meletakkan kembali kotak kayu tersebut di tempat asalnya.
“Jom pergi sana pulak?” Dahlia mengajak Tengku Shah Putra sebelum melangkah meninggalkan gerai tersebut. Tengku Shah Putra hanya memerhatikan Dahlia buat beberapa ketika sebelum kembali memandang ke arah si penjual.
“Combien ca coute?” ( Berapa harganya?)
Dahlia menoleh ke belakang apabila dirasakan yang lelaki itu tiada di sisisnya.
“Shah! Cepatlah. Banyak tempat belum pergi lagi ni. Esok lusa dah nak balik..”
“Kejap-kejap..” Tengku Shah Putra melaung kembali sambil kelang-kabut memasukkan bungkusan plastik berwarna coklat tua ke dalam beg sandangnya itu.
“Awak buat apa? lambatlah. Nanti tak sempat nak pergi tempat lain...”
Tengku Shah Putra hanya mampu tersenyum kecil apabila Dahlia sudah mula membebel tentang itu dan ini sambil mereka melangkah meninggalkan tempat itu.

                      *** 

“Need help?”
Dahlia yang sedang bertungkus lumus cuba memasukkan hand luggage di tempat letak barang di atas kepalanya menoleh kebelakang.
“Ya, kalau itu tak menyusahkan awak..” Dahlia menjawab sambil melepaskan pemegang beg tersebut. sesekali dia membetulkan letak sweater yang diikat di pinggang.
“Ada lagi barang yang nak letak atas ni?”
“Nope. Thanks..” Dahlia menjawab.
“Nak duduk tepi tingkap?” Tengku Shah Putra bertanya.
“Boleh ke tukar tempat duduk?” Dahlia bertanya perlahan sambil memerhatikan sekeliling. Kelihatan penumpang lain turut sama sibuk dengan urusan masing-masing.
“Tak apa. duduklah.”
“Thanks...” Dahlia segera mengambil tempat di sebelah tingkap manakala Tengku Shah Putra duduk di sebelahnya. Kalau ikutkan pada tiket penerbangan mereka, Shah sepatutnya duduk di sebelah tingkap dan dia duduk di sebelah Shah.
“Apa perasaan awak sekarang?”
Dahlia yang sedang merenung ke luar tingkap itu menoleh ke sebelah. Keningnya terangkat.
“Perasaan saya?”
“Hmm. Kan nak balik tanah air ni...”
“Oh...” Dahlia terdiam seketika. dia sendiri tidak begitu memikirkan apa perasaannya sekarang?seronok?sedih? Entah. Dia sendiri kurang pasti. Baginya, kembalinya dia ke tanah air bermaksud dia perlu kembali ke dunia realiti. Dunia realiti yang pasti menyakitkan. Dunia realiti tanpa kehadiran...
“Dahlia?”
Dahlia tersedar dari lamunan apabila Tengku Shah Putra memetik jari dihadapannya. Dahlia menoleh ke sebelah. Sempat dia melemparkan senyuman tawar.
“Awak okey ke ni?”
Dahlia mengangkat bahu sebelum kembali memandang ke arah tingkap. Bulan agak terang malam ini. Dia menarik nafas dalam-dalam. ada rasa rindu yang bertamu di dalam hatinya.
Tengku Shah Putra hanya memandang ke arah Dahlia yang dari tadi asyik mendiamkan diri. kadang kala dia sendiri tidak faham apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu.
“Cantikkan..”
Tengku Shah Putra tersedar dari lamunan apabila telinga menangkap suara Dahlia. Dia mengalihkan pandangan ke arah bulan. Dahlia masih asyik merenung ke arah bulan yang terang di langit gelap itu.
“Memang cantik. Awak pun suka tengok bulan?”
Dahlia menoleh ke sebelah.
“Ya, awak pun ke?” Dahlia bertanya seperti tidak percaya. Tengku Shah Putra mengangkat bahu sebelum kembali merenung ke arah langit.
“Saya suka tengok bulan. Ia begitu menenangkan. Entah. Susah nak terangkan. Bila saya rasa susah hati atau kesunyian, saya akan merenung bulan. Mengharapkan orang yang saya sayang turut sama merenung bulan, dan kami sama-sama dapat merasai kehadiran masing-masing walaupun jauh beribu batu...”
Dahlia memandang wajah Tengku Shah Putra tanpa berkelip. Macam tak percaya je lelaki macam Shah ni boleh mengucapkan kata-kata tersebut.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
Dahlia tersedar. Serta merta muka terasa merah padam. Laju dia mengeleng sebelum kembali memandang ke arah tingkap. Jantung sudah mula berubah rentak. Air liur ditelan perlahan.
“Kenapa awak suka tengok bulan?” Telinga menangkap suara Tengku Shah Putra di sebelah. Dahlia menggigit bibir. dada dah terasa berombak namun dia sedaya upaya mengawal perasan gemuruhnya.
“Err, sebab cantik?” Dahlia menjawab perlahan. Mata kembali tertumpu pada bulan di atas. Sebetulnya bukan sebab itu dia suka melihat bulan. Sejak ketiadaan Reza, dia memang suka melihat bulan. Entah kenapa hati terasa tenang apabila dia melihat bulan. Rasa disayangi, diperhatikan dan dia rasa selamat. Seolah-olah si bulan telah ditugaskan untuk menjaganya, memerhatikan setiap langkahnya. Menyuluh jalan yang dilaluinya dengan cahaya bulan tersebut.
Lamunan Dahlia terhenti buat kesekian kalinya apabila suara juruterbang mengumumkan yang mereka akan bertolak sedikit masa lagi. dahlia segera menutup penutup tingkap dan mengenakan tali pinggang keselamatan.
“Selesa tak?” Tanya Tengku Shah Putra. Dahlia hanya mengangguk perlahan. Mereka mendiamkan diri apabila pramugari mula menunjukkan demostrasi keselamatan seperti kelaziman sebelum kapal terbang berlepas. Setelah selesai, kapal terbang mula bergerak dan perlahan-lahan berlepas meninggalkan lapangan terbang tersebut. dahlia menarik nafas dalam-dalam. dia memejamkan mata buat seketika. Selamat Tinggal Paris. Dia berbisik di dalam hati.
“Dahlia? Dah tidur ke?”
Dahlia membuka mata apabila terdengar suara Tengku Shah Putra menegur di sebelah.
“Belum lagi..” Dahlia menjawab perlahan sambil membuka kembali tali pinggang keselamatan. Penutup tingkap turun ditolak ke atas.
“Nak makan apa-apa tak?” Tengku Shah Putra bertanya lagi. dahlia menoleh ke sebelah. Matanya tertumpu pada pramugari yang sedang menolak troli makanan menuju ke arah mereka.
“Boleh juga...”
Tengku Shah Putra membuat isyarat tangan memanggil pramugari itu.
“Awak nak makan apa?” Tengku Shah Putra bertanya lagi.
“Apa-apa jelah. Janji halal..” Dahlia menjawab. Tengku Shah Putra kembali berkata sesuatu kepada pramugari tersebut. dahlia kembali memandang ke arah tingkap. Keadaan di luar sana agak gelam sedikit. Mungkin awan menutupi cahaya bulan ketika itu.
“Dahlia? Tengok apa dekat luar tu? makan dulu. tadi awak tak makan apa-apa kan?”
Dahlia kembali menoleh ke sebelah. Tengku Shah Putra menarik meja mudah lipat dihadapannya lalu meletakkan makanan dan minuman yang dibeli dari troli pramugari tadi.
Dahlia hanya merenung makanan di hadapannya itu. Tengku Shah Putra membukakan bekas penutup makanan tersebut dan diletakkan di tepi.
“Makanlah. Tak elok biar perut tu kosong. Nanti masuk angin susah pulak. Perjalanan jauh lagi ni...”
Dahlia mengigit bibir. terbit rasa terharu dengan layanan baik lelaki di sebelahnya itu. Walaupun perkenalan awal mereka bermula dengan salah faham, namun lelaki ini tetap melayani dan menjaga dia dengan baik. Kadang kala dia melihat bayangan Reza dalam diri Shah namun cepat-cepat dia menepis bayangan tersebut. dia tidak mahu perasaan dia terhadap Reza berpindah pada Shah dek kerana dia melihat bayangan bekas tunangnya itu dalam diri Shah.
“Awak tak makan sekali?” Dahlia bertanya perlahan apabila melihat bekas makanan milik Shah masih belum dibuka lagi.
“Saya nak tengok awak makan dulu...”
Dahlia memandang wajah Tengku Shah Putra dengan pandangan sayu. Betullah. Shah macam Reza. Reza dulu pun selalu mendahulukan dia dalam segala hal.
“Kenapa sedih-sedih ni, hmm? Sedih nak tinggalkan Paris ke? Tak nak balik Indera Mahkota?” Tengku Shah Putra bertanya separuh mengusik.
Dahlia hanya menjeling sebelum mencapai sudu lalu menyedok sedikit isi bekas makanan tersebut sebelum dibawa ke mulut.
“Sedap?” Tengku Shah Putra masih lagi tak habis dengan sikat terlebih prihatinnya itu.
“Hmm.” Hanya itu yang keluar dari bibir Dahlia sebelum sesudu lagi disuap ke mulut.
“Awak pun makanlah. Jangan asyik tengok saya makan...” Dahlia berkata tanpa menoleh ke arah lelaki di sebelahnya itu.
“Tengok awak makan pun dah boleh buat saya kenyang...”
Spontan Dahlia berhenti menyuap makanan ke mulut. Dia menjeling tajam ke arah Tengku Shah Putra.
“Kalau macam tu, I’m done..” Dahlia meletakkan sudu di tepi sebelum berpeluk tubuh seolah-olah memprotes. Tengku Shah Putra kelihatan terkejut dengan tindakan spontan Dahlia itu.
“Okey-okey. sorry. Saya tak buat lagi. awak makanlah. Tak baik membazir...” Tengku Shah Putra cuba memujuk namun Dahlia tetap mendiamkan diri. dia kembali memandang ke luar tingkap. Ada rasa sayu yang singgah dihatinya ketika itu. Air mata terasa mula bergenang.
“Dahlia. Jangan macam ni. Awak buat saya rasa bersalah..” Telinga Dahlia menangkap suara memujuk lelaki disebelahnya itu.
Dahlia menarik nafas panjang. perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah.
“Lain kali jangan buat macam tu lagi. saya tak suka..”
“Kenapa?” Spontan Tengku Shah Putra bertanya. Dahlia merenung tajam wajah lelaki itu tanda amaran.
“Okey-okey. jangan marah...” Tengku Shah Putra mengangkat tangan tanda menyerah. Dahlia melepaskan keluhan berat.
“Makanlah. Nanti dah sejuk tak sedap. Kita jauh lagi ni...” Tengku Shah Putra tak habis memujuk lagi.
“Awak pun makanlah. Kalau awak makan, baru saya makan...” Dahlia berkata separuh mengugut.
“Yelah...yelah...” Tengku Shah Putra akhirnya akur. Penutup makanan dibuka sebelum. Sudu dicapai dan isi makanan diceduk lalu dibawa ke mulut.
“Puas hati? Sekarang giliran awak pula...”
Mahu tidak mahu Dahlia terpaksa juga mencapai sudu dan mencedok makanan. Sudu di bawa ke mulut. Dengan agak susah payahnya, makanan dikunyah dan ditelan. Seleranya sudah mati sejak dari tadi lagi namun demi menjaga hati Shah, digagahkan diri juga untuk menghabiskan makanan tersebut.
Mereka mendiamkan diri lebih kurang lima belas minit ketika menghabiskan makanan masing-masing. Sesekali Dahlia menoleh ke arah tingkap, seolah-olah mencari bulan buat peneman diri.
“Bulan tu tak lari ke mana. Habiskan makanan dulu...”
Dahlia menjeling sekilas ke arah Tengku Shah Putra di sebelah. Pak cik ni memanglah. Dah macam emak aku je gayanya. Namun Dahlia tidak membalas. Dia kembali menghabiskan makanannya.
Setelah selesai makan dan mengembalikan bekas makanan kepada pramugari, Dahlia kembali memandang ke arah tingkap. Entah kenapa dia suka hendak memandang keluar walaupun hanya gelap pekat malam sahaja ketika itu. Barangkali dia mula rasa tidak selesa apabila Tengku Shah Putra di sebelah seolah-olah terlebih mengambil berat.
“Dahlia, saya nak ke tandas kejap. Awak duduk sini diam-diam sampai saya kembali, ya?”
Dahlia menoleh ke sebelah. Heee apa kena pak cik ni? Gaya macam aku nak lari ke mana je kan. dahlia tidak menjawab. dia hanya memandang ke arah lelaki itu sehingga lelaki itu hilang dari pandangan. Dahlia kembali memandang ke depan. Melihat tayangan video yang dipasang oleh pramugari sebentar tadi. Dahlia mencapai headphone lalu dipasang ke telinga. Cuba menghayati cerita yang ditayangkan ketika itu. Cerita mat saleh yang dia sudah lupa tajuknya itu benar-benar tidak menarik minatnya lantas dia menarik headphone melepasi kepalanya dan diletakkan ditempatnya semula. Dahlia merenung sekeliling. Rata-rata penumpang yang lain sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang sedang khusuk menonton video yang ditayangkan, ada yang sibuk membaca majalah yang diselitkan di hadapan tempat duduk dan tak kurang juga yang menghabiskan masa dengan tidur.
Dahlia menjeling jam di tangan. hari sudah lewat malam namun mata masih belum mengantuk lagi. bahana makan lewat malam. Macam ni lah jadinya. Dahlia menarik nafas dalam-dalam. lantas dia menarik keluar sling bagnya lalu dikeluarkan novel yang dibawa dari Indera Mahkota. Kelakar. Sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di Paris, novel itu tidak pernah dibaca sepanjang dia berada di Paris. Bila dah nak balik ke Indera Mahkota, barulah dia teringat nak baca novel tersebut.
“Baca apa tu?”
Dahlia menoleh ke sebelah. Tengku Shah Putra telah kembali dengan wajah yang agak segar dan rambut basah sedikit. Dahlia menunjukkan tajuk novel ynag dibaca ke arah lelaki itu sebelum menyambung kembali bacaannya.
“Menarik. Cerita tentang apa?” Tengku Shah Putra bertanya seolah-olah memancing gadis itu untuk berbual.
Dahlia mengigit bibir. pak cik ni tak boleh ke kalau satu hari tu tak tanya macam-macam?
“Marah ke? Saya tanya je. kalau saya menganggu awak, tak apalah. Saya takkan kacau awak lagi..”
Dahlia mengigit bibir lagi apabila telinga menangkap suara jauh hari dari lelaki di sebelahnya itu. Terbit rasa bersalah kerana melayan lelaki ini endah tak endah sahaja. Selama dia menghabiskan masa dengan Shah di Paris, belum pernah lagi lelaki itu menyakitkan hati dia atau melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap dirinya. Malah Shah sentiasa memastikan dia selamat dan gembira ketika berada di sisi lelaki itu. Dahlia berdehem perlahan. Tiba-tiba muka terasa hangat entah sebab apa namun dia cuba sedaya upaya mengawal perasaannya.
“Sorry. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. saya Cuma..entahlah. susah nak cakap. Perasaan saya bercampur baur. Sedih, gembira..terharu...”
“Yeke? kenapa awak rasa macam tu?” Tanya Tengku Shah Putra ingin tahu.
“Sedih sebab nak tinggalkan Paris. Lepas ni entah bila saya akan kembali ke sini. Gembira sebab dapat pulang ke Indera Mahkota...terharu sebab err...” Dahlia teragak-agak seketika, tidak tahu apa yang perlu dikatakan ketika itu. Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah.
“Terharu sebab?”
Dahlia mengigit bibir. dalam hati dia mengutuk diri sendiri kerana berkata sesuatu seperti itu.
“Err..eh awak, tengok tu..cantik kan?” Dahlia menunjuk ke arah tingkap cuba mengalihkan perhatian lelaki itu terhadap persoalan yang ditanya.
Tengku Shah Putra spontan memandang ke arah tingkap. Memerhatikan ke arah yang ditunjuk oleh Dahlia. Cahaya lampu dari bandar di bawah turut sama menarik perhatiannya. Dia sendiri tidak pasti di mana mereka sekarang. Namun dia tahu Dahlia sengaja mengelak dari menjawab soalan tersebut.
“Cantik. Memang cantik...” Tengku Shah Putra berkata perlahan ketika mata memandang ke arah Dahlia yang masih lagi khusuk memandang ke bawah. pemandangan di bawah sana tidak lagi menarik perhatiannya. Mata Tengku Shah Putra tertumpu pada wajah Dahlia. Entah kena ada satu perasaan yang dia sendiri tidak tidak tahu datangnya dari mana. Apa yang dia tahu, dia rasa senang berada di sisi gadis itu. Suatu perasaan yang sangat jarang berlaku pada dirinya ketika dia bersama mana-mana gadis dahulu.
“Cantik kan? kita dekat mana...” Dahlia menoleh memandang ke arah Tengku Shah Putra yang masih tidak berkelip memandang ke arahnya.
“Shah?”
“Hah? Apa dia awak cakap tadi? Errr. Memang cantik pun. Err...” Tengku Shah Putra terkejut dan mula mengelabah apabila menyedari yang dia telah merenung gadis itu lama sehingga dia tidak sedar yang gadis itu memandang ke arahnya. Muka Tengku Shah Putra sudah bertukar merah padam namun dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Awak okey ke ni?” Dahlia bertanya agak pelik. Terpancar riak prihatin di wajah gadis itu ketika memandang ke arah Tengku Shah Putra. Tengku Shah Putra menelan air liur ketika mata mereka bertembung. Jantung terasa berdegup dua kali ganda lajunya.
“Errr. Tak ada apa-apa. saya...errr..nak ke tandas kejap.” Tengku Shah Putra berkata sebelum kelang kabut bangun dari tempat duduk dan berjalan menuju ke tandas yang terletak di bahagian hujung kapal terbang itu.
Dahlia hanya mampu memandang ke arah Tengku Shah Putra dengan penuh tanda tanya.berkerut dahinya apabila melihat Tengku Shah Putra hampir-hampir melanggar penumpang lain dan hampir juga memijak kaki pramugara yang turut berada di situ.
“Pelik...” Dahlia mengangkat bahu sebelum menyelak kembali novel di tangan.
Tengku Shah Putra membuka pili air dan membasahkan wajahnya beberapa kali. Dia menongkat tubuh pada bibir singki tersebut dengan kedua belah tangannya. Dia tunduk merenung singki seolah-olah dengan cara itu mampu membuang apa yang menyesakkan dadanya. Titisan air yang menitis ke singki dari rambutnya yang basah itu tidak diendahkan. Dia memejam celikkan mata seolah-olah cuba mengenyahkan apa yang sedang bermain di dalam fikirannya. Tengku Shah Putra merenung cermin dihadapannya. Titisan air dari rambut turut membasahi wajahnya.
“Kenapa aku rasa macam ni? Apa yang tak kena dengan aku ni?” Tengku Shah Putra bertanya sendiri sambil merenung ke arah cermin. Seolah-olah cermin yang membiaskan wajahnya itu akan menjawab setiap persoalan yang menyesakkan benakkanya ketika itu.
“Kau dah jatuh cinta dengan dia. itu pun tak tahu ke?”Suara yang entah dari mana itu muncul di benakkanya secara tiba-tiba. Dah Tengku Shah Putra berkerut memikirkan kata-kata tersebut.
“Jatuh cinta? Dengan Dahlia? Mustahil. Tak mungkin!” Tengku Shah Putra berkata di dalam hati sambil mengelengkan kepala. Mustahil. Mustahil.
“Tiada yang mustahil. Kau sendiri tahu tu...” Suara itu menjelma lagi.
Tengku Shah Putra meraup muka perlahan. Kepala semakin berserabut. Mana mungkin dia boleh jatuh cinta dengan Dahlia? Dia tak kenal siapa Dahlia? Lagi pun perkenalan mereka terlalu singkat kalau nak dibandingkan dengan perkenalan dia dengan Natasha, Nabila dan entah siapa-siapa lagi yang dia sudah lupa namanya itu. Jadi mana mungkin dia boleh jatuh cinta mudah-mudah pada Dahlia? Atau semuanya memang tidak mustahil? Adakah keputusannya untu ke Paris tanpa dirancang itu merupakan sesuatu yang telah ditakdirkan? Adakah selama ini dia merasa sesuatu tatkala melihat bulan itu disebabkan Dahlia juga suka melihat bulan? Tengku Shah Putra meraup rambutnya ke belakang. Makin difikir makin sakit kepalanya.
“...kadang kala kita boleh rasa yang dia itu jodoh kita walaupun dia jauh beribu batu. So tak mustahil kau juga boleh merasai apa yang jodoh kau tengah rasa sekarang..” Tiba-tiba dia teringat kata-kata Amir Fitri suatu ketika dahulu. Jadi, betul ke Dahlia jodoh dia?
Tengku Shah Putra tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu tandas diketuk dari luar. Spontan dia memandang jam di tangan. patutlah orang dekat luar dah bising-bising, dah hampir setengah jam dia mengunci diri di dalam ni. Tengku Shah Putra sempat memandang keadaan dirinya buat kali terakhir pada cermin sebelum melangkah keluar dari tandas. Seorang lelaki separuh umur yang kelihatan agak bengis wajahnya berkata sesuatu yang tidak difahaminya sejurus selepas dia melangkah keluar dari tandas. Marah barangkali kerana terpaksa menunggu terlalu lama. Tengku Shah Putra meminta maaf dalam bahasa inggeris dan berjalan menuju ke tempat duduknya. Jantung kembali berdebar apabila dia semakin hampir dengan tempat duduknya. Dalam kepala sudah mula merangka apa yang perlu dikatakan kepada gadis itu.
Tengku Shah Putra tersenyum sendiri ketika dia mengambil tempat duduk di sebelah Dahlia. Rasa macam nak gelakkan diri sendiri sahaja apabila memikirkan bertapa berdebarnya hati ketika memikirkan apa yang perlu dia bualkan dengan Dahlia apabila dia kembali ke tempat duduknya. Mata Tengku Shah Pura tertumpu pada wajah gadis itu yang sudah terlentuk di tingkap. Buku yang terbuka di atas riba gadis itu hampir terjatuh ke lantai diambil oleh Tengku Shah Putra lalu diselitkan di hadapan tempat duduk mereka. Tengku Shah Putra diam seketika sebelum dia membuka jaket yang dipakainya lalu di selimutkan ke tubuh Dahlia. Kepala Dahlia yang terlentuk di sebelah sana ditarik perlahan dan ditegakkan kedudukan tubuh gadis itu. Dahlia bergerak buat beberapa ketika menyebabkan tubuh Tengku Shah Putra kaku. Jantung kembali berdebar namun Dahlia masih lena dibuai mimpi. Tengku Shah Putra menarik nafas lega. sempat dia menjeling ke sebelah melihat wajah Dahlia yang tenang diulit mimpi.
“Good night my dear princess. Semoga awak mimpi indah.” Tengku Shah Putra berbisik perlahan sebelum dia turut sama memejamkan mata.

P/S: TO BE CONTINUED.

8 140 tukang karut:

Manganime Ader said...

like it

inayah swan said...

Me want more ! Pleaseeeeee...

Cahaya said...

manganime>> thanks.

Cahaya said...

inayah>>will update soon :)

Ite Hamid said...

Nk comment mlm td tp akk terlelap sambil menaip...hahaha..
Naik jugak n3 mgu ni ya..dh la aritu bg teaser BAPK-2 tu dh ckup menyentap smp nk je cubit2 ketam kat Nurul..
DPM getting more n more interesting..bg lg plot2 sweet n suspence lg yerrr..akk setia membaca :))

Cahaya said...

ite>>heeee...tak leh bayang nanti kalau BAPK-2 kuar nanti mcm ne hahahaha.baru teaser dh nk cubit2 ketam kikiki. insyaAllah nanti sy akan up lagi entri.

baby mio said...

Best.

qwertyuiop said...

bila nak sambung

Post a Comment