RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, November 7, 2013

Kes Penderaan Kanak-kanak.

Assalamualaikum,
baru lepas habis kelas. sekarang tengah makan bekal nasik goreng yang aku bawa dari rumah. bak kata kak Aini, bawak bento ke pejabat heh. pagi tadi bangun lambat tak sempat makan. kelas pulak pagi-pagi buta makanya kenalah tapau nasik. hari ni aku nak kongsi satu link pasal kes penderaan kanak-kanak di taman melati tu. area setapak tu. tempat yang aku agak familiar sebab dekat dengan rumah adik aku. tapi celah mana dia punya taska tu aku tak pasti.


Dekat blog ni ada diceritakan pengalaman si ibu yang mana anaknya di dera di taska tersebut. aku sebenarnya memang selalu risau pasal benda-benda yang tak patut dan belum lagi berlaku. memang risau sokmo. walaupun aku masih belum berkahwin dan mempunyai anak, tapi aku selalu risau dan fikir apa akan jadi dengan masa depan anak aku. heh. nampak macam apa hal minah ni pk jauh sangat? tapi itulah yang berlaku. bila melihat sistem pendidikan kita yang tak macam dulu pun buat aku risau, bila tengok kualiti sesetengah guru pun aku risau. aku mengajar di institusi pengajian tinggi. jadi aku boleh nampak setiap semesta perangai bebudak semakin lama semakin hilang respek pada gurunya. jadi siapa harus dipersalahkan? yang itu aku tak nak ulas. 

berbalik pada isu penderaan, saban hari kita mendengar tentang hal bayi mati di pusat asuhan, bayi kena dera di pusat asuhan, kanak-kanak kena cabul, kena rogol, kena liwat di pusat asuhan. terus terang aku cakap, aku sangat takut dengan hal sebegini. yelah, in future aku akan ada anak sendiri dan aku takut sangat benda ni berlaku pada aku nanti. selalu jugaklah terfikir macam mana nanti bila dah ada anak sedangkan aku bekerja. si suami pun pasti bekerja. aku pun sampai terfikir aku mungkin akan tinggalkan kerjaya aku sekarang dan jadi suri rumah sepenuh masa jaga anak-anak sendiri. habis cerita.

emak aku memang mengasuh anak jiran sejak lima enam tahun yang lalu. dari sorang anak sampai dah jadi empat anak dan kami memang anggap anak-anak jiran tu macam anak sendiri. kalau balik kampung pun kadang kala kami bawa jugak. pergi jalan mana pun kekadang beli baju-baju. aku pun kekadang pergi mall singgah kedai beli cekak ke, getah rambut kale pink2 bagi dekat anak mak aku jaga tu. memang kitaorang dah anggap macam keluarga sendiri. apa yang aku harap, in future aku akan dipertemukan dengan orang yang baik-baik dalam menjaga anak-anak aku nanti.

p/s: aku dah tengok video pengasuh dera budak-budak di taman melati tu. memang sangat sakit hati. mujur bukan ahli keluarga aku yang kena. kalau tak, taska tu aku bakar. sekian.

0 140 tukang karut:

Post a Comment