RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, November 29, 2013

Kerana Dia Suamiku Bab 7

 BAB 7


“Ju...tolong angkat pinggan ni ke luar...”. Aliah tertunduk-tunduk di bawah kabinet dekat stor belakang, mengeluarkan lebih banyak pinggan mangkuk yang akan digunakan untuk berbuka nanti. Kalau dah nama saudara-mara satu kapal, memang tak cukuplah setakat empat lima pinggan.
“Semua ni ke?”. Julia bertanya sambil memandang pinggan mangkuk yang bersusun di atas lantai.
“Yelah...dah tu buat apa aku susah payah punggah banyak-banyak ni...”. Aliah mengeluarkan gelas-gelas pula.
“Dah rupa macam nak kenduri je..”. Julia menyangkung. Aliah menoleh ke arah  Julia di sebelah.
“Wei mak cik..kau tak nampak ke bukan main ramai rakyat jelata kat luar nuh...ingat kau je ke nak berbuka..”. Aliah memuncungkan bibir ke arah depan. Julia mencebik.
“Yelah-yelah...macam mak nenek kalau membebel...”. Julia mengangkat pinggan-pinggan yang bersusun itu berhati-hati menuju ke singki untuk dibilas. Aliah membawa dulang berisi gelas dan diletakkan di atas meja. Dia memusingkan badan menghala ke ruang luar. Ibu, mak Lang, Mak Teh dan Mak Su sedang sibuk menghidangkan lauk untuk berbuka. Kalau makan ramai-ramai memang selalunya akan makan di ruang luar. Mahu roboh meja makan opah kalau semua nak makan kat situ. Pandangannya dialihkan di ruang depan pula. Kelihatan abah, Pak Lang, Pak Teh dan Pak Su sedang leka berbual. Matanya tiba-tiba jatuh pada lelaki itu yang turut sama berada di ruang itu. Ketawa entah tentang apa.
“Amboi...macam nak tembus dinding tu..”. Suara Julia menerjah gegendang telinganya. Aliah menjeling.
“Kot ya pun rindu..tak payahlah pandang macam tu...”. Julia tersengih ketika membawa pinggan dan diletakkan diatas meja. Aliah merengus perlahan lalu membawa dulang berisi gelas ke singki untuk dibilas.
“Aidil balik bila?”. Julia bertanya sambil tangan laju mengelap pinggan basah itu.
“Esok kot...katanya esok baru dapat cuti..” Aliah menjawab sambil menyusun gelas yang telah siap dicuci dan diletakkan di atas meja. Dia mencapai tuala good morning yang terletak dia atas meja.
“Siap dah ke?”.
Julia dan Aliah berpaling.
“Siap dah..tengah nak lap pinggan dengan gelas ni je...”. Aliah menjawab.
“Irfan mana?”. Julia bertanya.
“Ada aku bagi kat mak aku..tak larat aku nak layan..kerja nak mengamuk je...”. jawab Laila, sepupu mereka.
“Lah..ada pulak bagi kat Mak Lang...anak kau kan...ishh...mana laki kau?” Julia bertanya.
“Ada kat luar..entah sembang apa dengan si Budi tu...”. Laila menjawab sambil mencapai tuala bersih yang lain sebelum mencapai pingggan yang belum dilap.
“Anak kau si Ifran tu dah berapa bulan?”. Aliah bertanya.
“Dekat empat bulan jugak...”.
“Empat bulan? besar eh..macam umur setahun je...”. Julia berkata sambil memandang ke arah Mak lang yang sedang mengagah cucu lelakinya itu. Seronok je nampak. Mana tak seronok, cucu sulunglah katakan.
“Biasalah...bagi susu tepung..mahu tak besar macam tu...sampai aku pun kadang-kadang tak larat nak dukung...selalu Aiman je lah yang jadi mangsa...”. Laila menjawab.
“Susu tepung? Kau tak bagi susu badan ke?” Julia sibuk bertanya.
“Bagi juga..tapi kalau dah aku kerja..kena juga bagi susu tepung kan...”.
“Ohh..mana aku tahu...” Julia menjawab.
“Hah Lia..kau bila lagi?”. Laila bertanya sambil memnadang wajah Aliah yang senyap itu.
“Bila lagi kebendanya...?”. Aliah tanya balik. Tangannya lincah menyusun gelas yang telah kering.
“Bila nak ada isi...?”.
“Isi apa pulak?”. Aliah mengerutkan dahi. Julia dah tergelak. Aliah memandang wajah Julia dengan raut pandangan tanda tanya sebelum jatuh pada Laila.
“Lah budak ni...kau tu bila nak pregnant?”. Laila bertanya sambil menghulurkan pinggan yang telah siap dilap ke arah Aliah. Aliah hampir terlepas pinggan tersebut namun sempat disambut sebelum jatuh terhempas ke lantai ketika mendengar pertanyaan Laila itu. Julia dah gelak macam nak gila.
“Itu apa pulak anak dara gelak macam tu tu...kang tak ada nak masuk meminang baru tahu...”. Suara Mak Lang, ibu Julia bertanya dari luar. Julia menutup mulutnya menahan ketawa. Aliah dah merah muka. Dia sempat menghadiahkan jelingan maut ke arah Julia.
“Aku bawa dulang gelas ni dulu ke luar...”. Aliah berjalan menuju ke luar sambil menatang dulang berisi gelas.

                                                                        ***

“Ish...ni yang menyampah kalau buat-buat tak jadi ni..macam mana nak beza jantan betina pun tak tahu...”. Aliah merungut perlahan ketika melipat daun kelapa untuk dibuat ketupat daun palas.
“Atuk..jadi tak...?”. Aliah menunjuk ketupat tiga segi yang telah siap dianyam ke arah atuknya. Atuk mengalihkan pandangan pada ketupat di tangan Aliah.
“Tu betina...kalau buat macam tu..nanti masa rebus air masuk dalam pulut...”. Atuk berkata. Aliah mengeluh. Memang dari dulu sampai sekarang tak pernah ingat macam mana nak buat ketupat daun palas. Ada pulak jantan betina tu. Aliah mengeleng perlahan. Ingat manusia dan haiwan je ada jantina. Ketupat pun ada. Ish.ish.
“Laki kamu mana?” Atuk bertanya tanpa mengangkat muka. Aliah mengigit bibir. Tangannya segera mencampak ketupat daun palas betinanya ke tepi.
“Hmm..entah..tadi nampak tolong Pak Lang cari buluh nak buat lemang...”. Aliah menjawab perlahan. Memang  susah nak percaya kalau tak nampak dengan biji mata sendiri. Rasa nak tergelak pun ada bila fikir arkitek lepasan luar negara tu masuk ceruk hutan nak cari buluh.
“Aidil bila balik?” Atuk bertanya lagi. Aliah memandang tangan atuk yang laju menganyam ketupat daun palas. Macam lipas kudung. Zap zap dah siap.
“Entah..tadi Lia telefon abang cakap ada kat Tapah lagi...kejap lagi sampailah tu kut...”. Aliah mengira ketupat daun palas yang telah disiapkan oleh atuk di dalam baldi. Memang surrender lah nak buat. Satu pun tak jadi.
“Kamu letak je buluh-buluh tu kat situ..”. suara Pak Lang menerjah gegendang telinganya. Aliah berpaling. Matanya memandang ke arah lelaki itu yang sedang memikul beberapa ruas buluh. Senyum terukir di bibir tanpa sedar.
“Rasalah jadi orang kampung kejap..nak sangat ikut balik kampung siapa suruh...”. Aliah tersengih sendiri. Namun sengih terhenti serta-mata apabila pandangan mereka bertembung. Aliah segera mengalihkan pandangan sambil berpura-pura mengira ketupat daun palas di dalam baldi. Terasa panas muka.
Pin!
Aliah segera memandang ke luar.
“ Siapa pulak yang datang tu? Aidil ke?”. Atuk turut sama memandang keluar. Aliah bangun dan berjalan menuju ke luar rumah. Matanya hampir terkeluar.
“Abanggg...kereta baru ke? Boleh pinjam?”. Aliah tersengih ketika memandang Aidil yang baru keluar dari kereta Hummer H2.
“Ishh..orang datang dari jauh penat-penat ni..tanyalah khabar dulu...ni tak..sibuk ke lain pulak..”. Aidil menarik hidung Aliah. Aliah menepis.
“Sakitlahhh....!”.
“Tahu pun...ibu mana?”. Tanya Aidil ketika Aliah menyalami tangan abangnya itu.
“Ada kat dapur..buat rendang tok...”.
“Dah tu adik buat apa kat sini? Pergilah ke dapur tolong ibu masak...”. Aidil berjalan ke arah pintu masuk.
“Adik tolong atuk buat ketupat daun palaslah...”. Aliah menjawab sambil mengekori Aidil dari belakang. Aidil berjalan terus menuju ke dapur setelah bersalam dengan atuk yang masih sibuk menganyam ketupat daun palasnya. Aliah duduk semula bersama-sama atuk sambil cuba menganyam ketupat tiga segi itu untuk entah kali keberapa.

                                                                                         ***

Syah merebahkan tubuh di atas katil. Terasa sakit seluruh badan. Mana taknya, dari semalam sibuk tolong Pak Lang buat persiapan raya yang akan jatuh pada esok hari. Hari ini saja tolong bakar lemang dan kacau dodol. Memang macam nak patah pinggang rasa bila kacau dodol. Memang tak pernah nak kacau dodol ke apa sebelum ini. Syah meregangkan badan di atas katil. Walaupun badan letih, tapi seronok itu yang paling terasa. Ramai saudara mara sebelah Aliah yang datang. Rasa macam kenduri kahwin hari tu je. Semua persiapan dibuat secara bergotong royong. Syah merenung siling rumah separuh batu itu. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa dari tingkap yang sengaja dibuka. Dah nama pun kampung, sejuk dan nyaman. Syah termenung seketika. Tidak mengendahkan suara riuh rendah sanak saudara di luar sana. Bukan sengaja mengasingkan diri, tapi dia betul-betul tak larat. Jam di dinding pun dah menunjukkan hampir pukul sebelas malam. Mata pula dah berat. Isyak dah jamak siap-siap tadi masa maghrib. Syah berpusing ke kiri. Dia mengeluh perlahan ketika mengigati kejadian petang tadi. Aliah begitu mesra dan rapat dengan Aidil. Kenapa gadis itu bersikap sebaliknya terhadap dirinya? Adakah dia benci benar dengan perkahwinan ini sehinggakan menganggapnya tidak wujud dalam rumah banglo dua tingkat itu? Syah mengurut dahinya yang terasa berat namun terhenti apabila terdengar bunyi pintu ditolak.
Langkah kaki Aliah terhenti secara spontan melihat tubuh lelaki itu kaku di atas katil. Aliah membuat muka. Baru cadang nak landing kejap atas katil. Aliah melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. Tidak mahu membuatkan lelaki itu terjaga dari lenanya. Aliah membuka kancing pin di bawah dagu lalu menyangkutkan tudung bawal warna hitam itu pada rak tuala di hujung bilik. Aliah merenung sekeliling. Bilik itu masih seperti dahulu. Masih seperti dua belas tahun yang lalu. Tidak berubah. Senyum pahit terukir di bibirnya. Aliah berjalan menuju ke meja solek. Dia merenung wajahnya pada cermin kelam itu. Matanya jatuh pula pada bingkai gambar lama di atas meja solek. Tangannya mencapai bingkai gambar tersebut. Gambar opah, atuk dan dia ketika dia berusia sepuluh tahun. Aliah melalukan jari menyapu debu pada bingkai tersebut. Debu setebal satu inci melekat di jari telunjuknya. Dia meletakkan kembali bingkai itu ditempat asalnya. Aliah menarik nafas panjang sebelum mencapai sikat di atas meja lalu menyisir rambut panjang lebatnya perlahan-lahan. Mata terasa berat namun ditahan. Sesekali matanya menjeling tubuh kaku di atas katil di sebelahnya. Diam tidak bergerak. Aliah meletakkan semula sikat kembali di atas meja solek. Matanya tertumpu pada laci meja solek. Tangannya diletakkan pada tombol laci itu perlahan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menarik perlahan. Bunyi keriuk kedengaran perlahan. Mungkin telah terlalu lama laci tersebut tidak dibuka. Aliah merenung isi kandungan laci tersebut. Terdapat  habuk dan debu yang terkumpul. Hidungnya menangkap bau lipas. Aliah mengambil bingkai gambar yang terdapat di dalam laci itu dan dikeluarkannya perlahan-lahan. Dia menelan air liur beberapa kali sambil memejam mata. Dia tahu apa yang bakal dilihatnya namun dia cuba menduga hati. Dia membuka mata perlahan-lahan sebelum merenung bingkai gambar bersaiz 4R itu. Bibirnya bergetar dan dadanya terasa sesak. Dia segera memalingkan wajahnya dari bingkai tersebut. Kolam matanya terasa berat. Dia segera memasukkan bingkai gambar tersebut ke dalam laci sebelum menolaknya dengan kuat. Aliah menjeling ke arah katil. Bimbang bunyi tersebut mengejutkan tubuh di atas katil itu.
Syah terkejut apabila mendengar bunyi Aliah menolak laci meja soleknya. Dalam hatinya tertanya-tanya apa yang membuatkan gadis itu tiba-tiba naik angin. Nak hempas-hempas barang pula. Dia yang tidak tidur seperti yang disangkakan oleh Aliah tadi hanya memerhatikan kelakuan Aliah dari ekor matanya. Dahinya hampir berkerut melihat Aliah memejamkan mata sebelum melihat bingkai di dalam laci itu. Gambar siapa?Bekas kekasih yang melukakan hatinya kah?. Syah semakin tidak faham akan perangai gadis itu.
Aliah mengeluh perlahan sambil menarik nafas panjang-panjang. Memang betul sangkaannya, dia masih belum kuat. Masih belum mampu. Aliah bangun lalu menuju ke arah beg pakaiannya yang separuh terbuka. Dia membuka beg tersebut luas-luas sebelum mencapai sehelai baju kurung model berwarna ungu dan selendang warna senada. Hajat tadi masuk bilik nak rehat sambil gosok baju untuk esok. Tak buat sekarang bila lagi. Takkan pagi-pagi esok baru sibuk nak buat. Aliah berkira-kira mahu mandi dahulu atau gosok baju dahulu. Setelah menimbangkan yang air kolah opah itu akan bertambah sejuk bila tengah malam, Aliah mencapai tuala di  rak sebelum berjalan menuju ke tandas. Rumah opah mana ada bilik air dalam bilik.
Syah membuka mata apabila melihat Aliah hilang ke bilik air. Dia bangun dan menyandarkan tubuh di kepala katil. Matanya dihalakan pada pintu bilik yang tertutup. Mengira masa yang akan diambil oleh Aliah untuk kembali ke bilik itu. Syah merapatkan tubuh ke meja solek sebelum menarik perlahan laci lama itu. Dia memandang ke arah pintu dengan cemas ketika bunyi keriuk laci ditarik bergema. Syah mengeluarkan bingkai gambar yang dilihat oleh Aliah tadi. Dahinya berkerut. Bukan seperti yang disangkakan. Malah jauh meleset. Syah berfikir sejenak. Mengapa gambar macam itu boleh membuatkan Aliah berperangai pelik macam tadi. Baginya gambar tersebut tidak ubah seperti gambar biasa yang lama. Syah meletakkan kembali bingkai tersebut di tempatnya sebelum menolak laci perlahan-lahan. Dia duduk bersila di atas katil sambil berfikir. Gadis itu menyimpan terlalu banyak rahsia yang dia sendiri tidak sangka. Mula-mula simpan rambut panjang sampai pinggang, lepas tu menjahit langsir pulak. Lepas ni entah apa. Senyum terukir di bibir namun terhenti tiba-tiba apabila pintu ditolak perlahan. Matanya spontan dihala ke pintu.
Aliah tergamam di depan pintu ketika mata mereka bertentangan.
“Ler....aku ingat dah hanyut..”. Aliah masuk juga ke dalam bilik. Nasib baik pakai pijama lengan panjang macam selalu. Buatnya dia pakai baju t-shirt lengan pendek dengan kain batik lepas, tak ke haru je. Aliah mengosok rambutnya dengan tuala dan duduk di hujung katil, membelakangkan lelaki itu. Sesekali dia cuba memasang telinga cuba mendengar bunyi di belakang. Senyap.
“Aik..tidur dah ke apa? Senyap je...”. Aliah berkata di dalam hati. Dia bangun lalu menyangkut tuala lembap itu di rak hujung. Aliah membuka almari lalu mengeluarkan seterika dan selimut tebal. Dibentangnya selimut tebal itu di atas lantai. Pluq seterika dihidupankan dan baju kurung yang tersadai di hujung katil di capai. Ekor matanya menjeling memandang ke atas katil. Lelaki itu masih lagi duduk bersila entah buat apa. Duduk bertapa gamaknya. Aliah melalukan seterika panas itu di atas bajunya perlahan-lahan. Sesekali bibirnya menyanyi perlahan.
Syah hanya memerhatikan belakang badan Aliah yang terbongkok-bongkok ketika mengosok bajunya di kaki katil. Rambut panjang basahnya terurai di belakang tubuh gadis itu. Sesekali telinganya menangkap suara gadis itu menyanyi perlahan entah lagu apa. Senyum terukir di bibirnya. Perangai memang macam budak-budak tapi comel!.
Aliah mencapai penyangkut baju lalu menyangkut baju kurung moden yang telah siap digosok lalu disangkut pada tombol almari. Dia mengambil pula selendang lalu digosok ala kadar. Selendang itu tak perlu digosok sangat. Aliah terhenti. Bibirnya digigit perlahan. Dia menjeling dibalik bahunya. Aliah menelan air liur berkali-kali.
“Err...ada baju yang nak digosok ke?”. Aliah menelan air liur yang terasa macam hempedu.
Kening Syah terangkat sebelah.
“Ehh...dia cakap dengan siapa? Aku ke?”. Syah tertanya di dalam hati.
Senyap.
Aliah mengigit bibir.
“Ai..dia buat perangai senyap balik dah....takkan tidur dah..”. Aliah mengerutu perlahan. Dia menyangkut selendang yang telah siap digosok pada penyangkut baju yang lain lalu digantung pada tempat penyidai di dinding. Aliah berpusing ke belakang.
“Ada ke tak ada?”. Aliah bertanya kasar.
“Aku tanya elok-elok buat senyap siapa suruh...”. Aliah menjeling.
Syah tercengah. “ Mak oii garang macam rimau bini aku ni...”. Namun senyum terukir dibibir. Dia bangun menuju hujung bilik tempat begnya tersadai.
Aliah menjeling. “ Cakap sepuluh kali barulah nak gerak...susah betul arkitek sorang ni..”. Aliah merungut perlahan. Matanya memandang belakang tubuh lelaki itu yang kelihatan sedang memunggah baju-baju dari dalam begnya.
“Gaya macam nak bermastautin sini terus...bawa baju banyak sangat buat apa..aku yang dah lama tak balik kampung ni pun tak macam tu...”. Aliah berpeluk tubuh.
Syah berpusing memandang ke arah Aliah yang dah gaya macam bos marahkan anak buah. Senyum masih lagi bermain dibibirnya ketika sepasang baju melayu warna ungu itu dihulurkan. Kening Aliah terangkat sebelah ketika merenung baju melayu tersebut.
The colour of curtains is nice...”.
Aliah terdiam seketika sebelum mencapai baju melayu itu lambat-lambat. Dia berpusing dan duduk kembali sambil mata memandang baju melayu di tangan. Senyum kelat terukir di bibir.
Syah mengeleng sambil tersenyum. “ Sayang juga bini aku ni dekat aku ye...”. Syah berbaring di atas katil. Sesekali matanya memandang belakang badan Aliah. Fikirannya menerawang seketika.
“Dah...”. Aliah menyangkut baju melayu yang siap bergosok itu di penyangkut tempat dia menyangkut selendang. Aliah bangun dan mengemaskan kembali seterika dan selimut tebal alas untuk gosok baju tadi sebelum melangkah ke pintu luar.
“Nak pergi mana?”.
Aliah berpaling. “ Tidur bilik Julia macam semalam....”. Jawab Aliah sebelum hilang di sebalik pintu. Syah mengeluh perlahan sambil memejamkan mata. Senyum tidak lagi terukir di bibirnya.
P/S: TO be Continued.

11 140 tukang karut:

sbh_sms said...

Novel ni pun dah kluar ke?

Cahaya said...

sbh>>ya..dah keluar. gambar di atas adalah cover novel under fajar pakeer.

Marina said...

Suami cik Author yang ini pun dah ada...waiting for suami cik Author yang lain hahah! *lari*

Cahaya said...

marina>>hahahaha..next insyaAllah takde dah suami kak kuikuikui.

Anonymous said...

Next n3 x nk smbung ke kak cahaya?

Anonymous said...

Saya suka sgt dgn novel Kerana Dia Suamiku..
Hope kak cahaya terus tulis cerita yg best2 lg☺

Cahaya said...

anon>>boleh try baca muridku suami aku dan juga andy hilton vs mr.mpp. coming ada novel baru jugak tau heee. PBAKL nanti insyaAllah keluar.

Anonymous said...

Bab 9 takde ke?

Anonymous said...

Salam.Tkder continuation ke cerita ni?

Cahaya said...

anon>>tak ada. boleh beli dengan penerbitan fajar pakeer ya. sekarang mereka tengah buat promosi untuk novel ini. :)

Anonymous said...

Novel ni ada lagi ke x d pasaran sbb kat kedai buku semua xde stok

Post a Comment