RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, November 5, 2013

Entri penghargaan ke-2

Assalamualaiku,
selamat malam (pagi?). macam biasa time macam ni mood nak menulis di blog baru ada. dia macam nilah. bila dah kahwin dan dah ada anak, kita pakat tidurkan suami dan anak-anak dulu lepas tu baru pergi mengemas supaya tiada yang mengacau hahaha. okeylah. aku sebenarnya baru balik dari kampung kerana menghadiri kenduri kahwin dua pupu aku. perjalanan hampir 1000km memang memenatkan. bahu dan pinggang rasa nak tercabut tapi aku enjoy sepanjang perjalanan sebab bila jalan jauh ni buat tambah pengalaman dan skill memandu aku. jadi adakah itu alasan yang aku nak bagi sebab biarkan blog bersawang?oh mestilah tidak. aku sebenarnya nak cakap sesuatu ni. aku sebenarnya nak ucapkan jutaan terima kasish kepada pembaca novel MSA sebab tanpa anda, novel MSA tak masuk dalam gambar bawah ni.





 
Paling laris dalam bulan ini. alhamdulillah. syukur kepada Allah. terima kasih sekali lagi pada korang yang masih support aku dan MSA. tak tahu nak cakap macam mana. terharu dik non. ni rasa nak nangis ni haha. kalau boleh aku bagi akmal kat korang sorang satu lama aku buat dah haha.apa lagi nak cakap?serius aku tak tahu nak gambarkan kata-kata terharu diatas sokongan korang tu macam mana. aku cuma mampu ucapkan terima kasih juta-juta lemon je. semoga korang yang menyokong aku ni sentiasa diulit kebahagiaan. aminnnnn.

2 140 tukang karut:

Anonymous said...

Syukran! Congrats! MSA rocks!
Ada sambungan x??

Cahaya said...

anon>>sambungan apa?MSA?heeee.tak cukup tebal eh.haha.insyaAllah..kalau ada pun maybe fokus dekat Dean pulak kikiki.

Post a Comment