RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, November 9, 2013

Dia Putra Mahkota? Bab 12



BAB 12
 
“Kau bila nak balik?”
Tengku Shah Putra yang sedang tunduk memakai kasut itu mengerutkan dahi. Suara Amir Fitri yang datangnya dari telefon bimbit yang dikepit dibahu itu agak terputus-putus.
“Kau tanya bagi pihak bonda, atau kau sendiri dah mula rindukan aku?” Tanya Tengku Shah Putra sambil membetulkan letak telefon ditelinga setelah selesai menyarungkan kasut di kaki.
“Anggaplah aku tengah rindukan kau...” Jawab Amir Fitri separuh menyindir. Tengku Shah Putra ketawa kecil.
“Bonda dan ayahanda apa khabar?” Tanya Tengku Shah Putra sambil berjalan menuju ke arah meja di tepi tingkap. Botol air yang telah siap diisi, dimasukkan ke dalam beg sandang. Begitu juga dengan kamare, stok makanan buat penambah tenaga dan juga beberapa barang-barang lain turut disumbat di dalam beg yang sama.
“Tengku permaisuari dan baginda sultan baik-baik sahaja. Kau jangan risau...”
“Hmmm, eloklah tu. bonda ada bising-bising lagi?” Tanya Tengku Shah Putra ketika mencapai remote control dan menekan punat off. Televisyen itu memang sudah dua hari tidak ditutup. Walaupun dia tak berapa nak layan sangat cerita yang ditayangkan, namun bolehlah buat teman hilang sunyi.
“Hmm, tak adalah sangat. Cuma tengku permaisuri asyik bertanyakan tentang hal kau je. tanya bila kau nak balik...”
“Kau jawab apa?” Tanya Tengku Shah Putra ingin tahu.
“Aku jawablah kau akan balik bila dah jumpa puteri kayangan kau tu...” Amir Fitri menjawab selamba. Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah.
“Kau biar betul. Berani ke kau nak jawab macam tu dengan bonda?”
“Ha tahu pun. Kau tahu tak bertapa terseksanya jiwa aku ni terpaksa mereka cerita semata-mata nak tolong cover line untuk kau. Penat tahu tak?!” Nada suara Amir Fitri dah naik dua level. Tengku Shah Putra menjarakkan telefon jauh dari telinganya. Hai budak ni. Berani betul dia tengking aku?
“Wei, kau dah lupa ke aku ni siapa? Aku ni Putera Mahkota, tahu. Suka hati kau je nak tengking-tengking aku macam tu...” Tengku Shah Putra menjawab tidak puas hati. Terdengar keluhan pembantunya di hujung sebelah sana.
“Sorrylah Putera Mahkota Tengku Shah Putra Indera Mahkota. Patik mohon ampun, bolahkah kiranya patik mengetahui bilakah Tengku Shah Putra Indera Mahkota mahu berangkat pulang ke istana?”
Tengku Shah Putra merengus perlahan. Amir ni kalau dah masuk mood nak berbahasa gaya macam tu, sure dah serabut tahap petala ke lapan.
“Mir, sorrylah kalau kau stres. aku tak berniat nak menyusahkan kau. Cuma...buat sementara waktu ni, aku mungkin takkan balik dalam masa terdekat ni.”
“Hah?! Kau biar betul? Habis tu aku nak jawab apa dengan tengku permaisuri?”
“Hmmm, kau cakaplah yang aku sedang merantau menimba pengalaman hidup ke, kau hentam jelah apa-apa pun..”
“Shah, aku sampai dah tak ada idea nak bagi pada tengku permaisuri tu setiap kali baginda tanya. Yang kau ni pun satu. Apalah yang kau cari dekat Paris tu sampaikan tak nak balik sini. Kau dah jumpa puteri kayangan kau ke?”
“Hmm..maybe?” Tengku Shah Putra menjawab selamba. Saja mahu mengetahui reaksi pembantunya itu.
“Hah?! Betul ke? Siapa? Jumpa dekat mana?” Kelang kabut Amir Fitri bertanya. Tengku Shah Putra ketawa kecil. Memang seperti yang dia jangkakan.
“Wei, gelak pulak. Cepat cerita!”
“Nantilah. Aku nak keluar ni..”
“Keluar ke mana?”
“Aik, itu pun sibuk nak tahu? Kau betul dah macam bondalah...”
Amir Fitri membuat muka.
“Aku ni kan pembantu kau. Pembantu peribadi lagi. mestilah setiap gerak geri kau aku perlu tahu. Mana tahu kau buat perangai tak senonoh macam selalu...”
“Mir, ingat sikit. Kau tu pembantu aku. Bukan babysitter aku.”
Amir Fitri dah garu kepala di sebelah sana.
“Suka hatilah kau nak kata apa. Yang aku minta, tolonglah balik cepat. Aku dah tak tahu macam mana nak berhadapan dengan tengku permaisuri lagi.”
“Yelah-yelah. Nanti aku baliklah...” Akhirnya Tengku Shah Putra mengalah.
“Bila?”
“Secepat mungkin macam yang kau nak...”
“Yelah, tapi bila?”
“Bila aku dah jumpa puteri kayangan aku..” Tengku Shah Putra gelak jahat.
“Shah!!”
Tengku Shah Putra ketawa mengekeh sebelum memutuskan talian. Dia mengelengkan kepala ketika memasukkan telefon ke dalam beg sandangnya. Sisa ketawa masih menghiasi bibir ketika dia menyangkutkan beg tersebut ke bahu. Baru sahaja dia mahu melangkah, mata tertumpu pada buku nota hitam di atas meja itu. Lambat-lambat dia mencapai buku tersebut. setelah menimbang tara seketika, akhirnya buku nota tersebut selamat menghuni beg sandangnya itu.


                                                                              ***

Terkebil-kebil mata Dahlia memandang bangunan yang tersergam indah di hadapan matanya itu. Kagum sebentar apabila melihat seni ukiran Muzium Louvre yang terkenal di Kota Paris tersebut. macam tak percaya sahaja yang dia sedang berdiri tegak di hadapan seni bina hebat itu. Orang ramai yang berpusu-pusu di kelilingnya itu tidak diendahkan. Sesekali dia menghalakan lensa kamare pada sudut-sudut yang dirasakan menarik sebelum dia berjalan masuk ke dalam muzium tersebut.
“Wahhh...” Terlepas juga akhirnya perkataan itu tanpa sedar dari bibirnya ketika mata menyapa lukisan-lukisan yang tergantung di dinding muzium tersebut. kepala pun dah naik teleng manakala urat leher dah terasa tegang dek kerana terlalu banyak mendongak ketika melihat seni ukiran dinding yang terdapat di dalam muzium tersebut. dengan keadaan saiz dan keluasan muzium tersebut, rasanya sampai minggu depan pun tak habis pusing.
Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pamplet yang diambil di pintu masuk muzium tersebut, Muzium Louvre atau dalam bahasa Perancis disebut Musée du Louvre, adalah antara muzium terbesar di dunia, muzium yang paling dilawati di dunia, dan sebuah tugu bersejarah Perancis. Ia merupakan sebuah mercu tanda pusat Paris dan terletak di Tebing Barat Seine di 1st arrondissement. Hampir 35,000 objek dari prasejarah ke abad ke-19  dipamerkan dalam sebuah kawasan 60,600 meter persegi iaitu bersamaan 652,300 kaki persegi.
Selain itu, muzium ini dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan pameran 537 lukisan dan kebanyakan karyanya dirampas dari gereja dan hak milik diraja. Oleh sebab masalah struktur dengan bangunan, muzium ditutup pada 1796 hingga 1801. Bilangan pengumpulan bertambah di bawah Napoleon apabila muzium dinamakan semula Musée Napoléon. Selepas kekalahannya di Waterloo, banyak karya yang dirampas oleh tentera Napoleon telah dipulangkan kepada pemilik asalnya. Pengumpulan terus bertambah sewaktu pemerintahan Louis XVIII dan Charles X, dan sewaktu Empayar Perancis Kedua, muzium memperolehi 20,000 keping lukisan. Setakat 2008, koleksi dibahagikan di kalangan lapan jabatan kurator iaitu Purba Mesir, Purba Timur Dekat, Purba Greek, Etruscan, Purba Rom, Kesenian Islam, Arca, Seni Hiasan, Seni Lukis, Cetakan dan Lukisan.
“Excusez-moi, quelle heure est-il maintenant?”(Maafkan saya, pukul berapa sekarang?)
Dahlia menoleh apabila terasa seperti ada seseorang yang sedang bercakap dengannya. Matanya jatuh pada wajah seorang wanita separuh umur. Rambut wanita tersebut berwarna putih manakala kulitnya agak berkedut. Senyum manis terukir di bibir wanita tersebut.
“Errrr...” Dahlia mula mengelabah. Laju tangan menyelak kamus Bahasa Melayu-Bahasa Perancis di tangan. peluh dingin mula menitik di dahi.
“Errr..can you speak english?” Dahlia bertanya teragak-agak namun dalam masa yang sama tangan laju menyelak isi kandungan kamus ditangannya.

Tengku Shah Putra mendongak memandang ke arah salah satu lukisan yang terpamer di dinding muzium tersebut. dia sendiri tidak memahami bagaimana lukisan yang dipamerkan itu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Apa yang dia lihat hanyalah lukisan beberapa orang lelaki dan perempuan dan beberapa orang kanak-kanak. Tengku Shah Putra mengeleng perlahan. Entah kenapalah dia boleh sampai terlepas ke sini sedangkan dia tak minat langsung dengan benda-benda berkaitan sejarah dan seni ni. Senang kata, dia buta seni. Langsung tak faham apa yang hendak disampaikan oleh pelukis yang melukis lukisan tersebut. lukisan yang dia kenal pun hanyalah Mona Lisa. Itu pun dia tak faham tang mana yang cantiknya lukisan tersebut.
“Excusez-moi, quelle heure est-il maintenant?”
“Errr..can you speak english?”
Kening Tengku Shah Putra hampir terangkat sebelah apabila telinga menangkap perbualan tidak jauh daripadanya itu. Rasanya sesuatu yang menarik bakal berlaku. Perlahan-lahan Tengku Shah Putra menoleh ke sebelah. Keningnya terangkat lagi apabila melihat seorang gadis sedang kelang kabut menyelak kamus di tangan manakala wanita yang bertanya dalam bahasa perancis itu masih setia menunggu. Senyum hampir terukir di bibir apabila melihat gelagat gadis tersebut. namun kaki diatur melangkah mendekati mereka berdua. Rasanya macam agak kejam pula membiarkan gadis tersebut terkial-kial cuba memahami pertanyaan wanita tersebut.
“Je peux vous aider?”(Boleh saya bantu?)
Dahlia mengangkat kepala dari helaian kamus ditangan. Aduh, sorang lagi mamat cakap Perancis datang. Bala betul. Dahlia mengigit bibir.
Tengku Shah Putra cuba sedaya upaya menahan senyum di bibir ketika melihat raut wajah gadis di hadapannya itu. Pucat tak berdarah.
“Errr...” Dahlia tak tahu nak kata apa. rasa macam nak menangis je. sekarang baru dia sedar dan tertanya-tanya macam mana selama ini, dia boleh sampai ke sini tanpa menghadapi masalah bahasa seperti ini?
“Quelle heure est-il maintenant?” Wanita itu bertanya lagi sambil memandang wajah pemuda yang baru muncul itu.
“Ohh, vers deux heures, madame.”(Ohh, kira-kira pukul dua, puan)
“Merci, jeune homme.” Wanita separuh umur itu menjawab sambil tersenyum sebelum berlalu dari situ.( Terima kasih, anak muda)
“Je vous en prie.” Tengku Shah Putra menjawab turut sama membalas senyuman wanita itu. Mata masih memadang ke arah wanita yang semakin menghilang itu.( Sama-sama)
“Thanks...”
Huh? Tengku Shah Putra menoleh. baru tersedar yang gadis itu masih berdiri di hadapannya. Matanya dikecilkan ketika memandang wajah gadis yang tertunduk itu. Rasa macam biasa tengok, tapi di mana ya?
Dahlia menelan air liur. Ah sudah. Dah kenapa mamat ni nak tenung aku macam aku ada buat salah je? ke mamat ni tak faham bahasa inggeris? Aduh, habislah aku. Takkan nak kena speaking France pulak. Dahlia mengigit bibir lagi. tangan masih mengenggam erat kamus di tangan.
“Err..merci?” Dahlia bersuara teragak-agak. Dia mengangkat kepala cuba memerhatikan riak wajah lelaki yang masih merenungnya itu.
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Bibir spontan mengukir senyuman.
“It’s okey. so, where are you from?”
Dahlia menarik nafas lega dalam diam. Ingatkan tak faham bahasa inggeris. Dia terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan lelaki dihadapannya itu. Dalam hati berkira-kira sama ada mahu menjawab pertanyaan lelaki itu atau tidak. Mana tahu lelaki itu berniat jahat. Tapi, dia dah tolong kau tadi, Pia. Anggap jelah kau balas budi lelaki itu dengan jawab pertanyaan dia. dahlia berkata sendiri di dalam hati.
“Errr...I’m from Indera Mahkota...” Dahlia menjawab teragak-agak. Entah mamat ni tahu ke tak Negara Indera Mahkota tu dekat celah mana. Jangan dia tanya lebih-lebih sudah. Sungguh dia akan cabut lari masa tu jugak.
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Rasa macam kecik ke dunia ni. Tak sangka dia akan terserempak dengan rakyat sendiri di bumi asing ini.
Dahlia berdehem perlahan apabila Tengku Shah Putra merenungnya tanpa berkelip. Rasa kurang selesa mula menguasai dirinya namun Dahlia sedaya upaya berlagak selamba.
“Ehem..sorry. so, awak mesti boleh bercakap bahasa melayu kan?”
Dahlia hampir tercengang ketika mendengar pertanyaan lelaki dihadapannya itu.
“Helo?” Tengku Shah Putra memetik jari dihadapan Dahlia yang masih mendiamkan diri. Dahlia tersedar. Cepat-cepat dia mengangguk namun dalam masa yang sama, rasa malu mula menguasai diri. aduh, kantoi terang-terangan,
“Bagus. So, siapa nama awak?”
“Hmmmm..Pia?” Dahlia menjawab masih lagi teragak-agak. Rasa agak tak selesa untuk mendedahkan maklumat peribadi pada orang asing di hadapannya itu.
“Pia? Just Pia?”
Dahlia mengigit bibir. “ Dahlia...”
“Dahlia? Nice name..anywhere, saya ten...maksud saya...awak boleh panggil saya Shah..” Tengku Shah Putra hampir tertelan air liur sendiri ketika dia hampir mendedahkan identitinya. Walaupun gadis bernama Dahlia ini kelihatan tidak membahayakan, namun tak salah kalau dia mengambil langkah berjaga-jaga.
“Just Shah?” Kata-kata itu terlepas begitu sahaja dari bibir Dahlia tanpa sedar. Tengku Shah Putra memandang ke arah Dahlia sebelum bibir mengukir senyuman.
“Shah. Just Shah...”
“Awak dari mana?” Tanya Dahlia pula.
Tengku Shah Putra terdiam seketika sebelum menjawab.
“Indera Mahkota...”
“Ohhh, keciknya dunia ni...” Dahlia agak teruja sehingga membuatkan Tengku Shah Putra mengukir senyuman lagi. dahlia mengigit bibir. muka dah terasa merah padam dek kerana malu.
“Okey...” Dahlia berkata perlahan. Dia berkira-kira mahu beredar sahaja dari situ. Rasanya cukuplah setakat itu sesi berkenalan tak rasmi mereka.
“Errr, thanks for your help just now. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu...” Dahlia bersuara setelah beberapa lama mereka mendiamkan diri. Kaki mula mengatur langkah mahu beredar dari situ.
“Wait!”
Dahlia menoleh. keningnya terangkat.
“Yes?”
“Errr, kalau awak tak keberatan...boleh saya tahu awak tinggal di hotel mana?”
Bulat mata Dahlia ketika mendengar pertanyaan lelaki bernama Shah itu. Gila apa?! belum apa-apa lagi dah sibuk nak tahu dia tinggal di hotel mana? Ini memang kerja gila.
Dahlia hanya melemparkan senyum tawar sebelum berlalu dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi. dalam hati sudah terasa debaran. Bimbang jika Shah mempunyai niat tak baik padanya. Kalau tak, takkan lelaki itu bertanyakan di mana dia tinggal sepanjang berada di Paris ini?
Tengku Shah Putra rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Sebetulnya bukan itu maksudnya. Dia hampir pasti yang Dahlia mesti menyangka yang dia mempunyai niat tak baik terhadap gadis itu. Arghhhh!

                                                                        ***

“Seronok ke?”
Dahlia membetulkan letak tubuh yang disandarkan di kepala katil.  Wajah Suria yang terpapar di skrin tabletnya direnung dengan mata yang mulai mengantuk. Mana tak mengantuk kalau dah seharian masa yang dihabiskan di luar. Earphone di telinga, dibetul-betulkan kedudukannya.
“Hmmm, bolehlah.” Dahlia menjawab malas. Dia menahan kuap dengan tangan kanan. Sungguhlah mata rasa mengantuk sangat.
“Kau pergi mana hari ni?” Suara Suria agak kurang jelas di sebelah sana namun masih boleh difahami oleh Dahlia.
“Tak pergi mana pun. Hari ni aku lepak sekitar Muzium Louvre je.”
“Muzium Louvre?! Muzium yang menjadi lokasi The Da Vinci Code tu? tempat lukisan Mona Lisa dipamerkan?” Suria bertanya teruja. Dahlia menguap lagi. mengantuk.
“Wei! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Suria bertanya kuat apabila dia melihat Dahlia hampir lena di sebelah sana pada skrin komputer ribanya itu.
“Hmmm? Apa kau tanya tadi? Sorrylah Su. Aku mengantuk sangat...” Dahlia kembali membuka mata. tubuh ditegakkan dan di sandar rapat pada kepala katil tersebut. tangan menenyeh kedua-dua belah mata yang terasa berat. Jam di tangan dijeling. Patutlah mengantuk. Dah lewat rupanya.
“Kau ni tak sportinglah...” Suria menjawab seolah-olah merajuk. Dahlia membuka mata luas-luas ketika merenung wajah Suria yang kelat pada skrin tabletnya itu.
“Ala, merajuk pulak. Kau tanya apa tadi?”
“Hmmm, tak apalah. Lupakan je. pergilah tidur...” Suria masih tak habis lagi dengan mood merajuknya itu. Haila, minah ni kalau dah mula masuk mood merajuk, memang susah betul nak pujuk.
“Mak dan ayah aku apa khabar? Diorang macam mana?” Dahlia bertanya cuba mengalihkan perhatian Suria terhadap rajuknya itu.
“Mak long dengan pak long okey je. sihat walafiat. Kau ada telefon mak long tak?”
“Ada..ada. pagi tadi sebelum aku keluar, aku ada call mak aku. Kau tahu sajalah, kalau aku tak telefon, bising pulak dia..”
“Tau tak apa. mak long pun asyik tanya pada aku je sama ada kau ada telefon ke tak. Kekadang tu terpaksalah aku tipu sunat yang kau ada telefon walaupun kau tak telefon pon. Kalau tak, memang masaklah kau kena membebel berguni-guni...”
Dahlia tersengih. “ Thanks Su. Kau memang the best..”
Suria mencebik. “ Tak cakap pun aku dah lama tahu...”
Giliran Dahlia pula mencebik sebelum masing-masing ketawa.
“So, bila kau nak balik?” Suria bertanya setelah hilang sisa ketawa di bibir mereka. Dahlia terdiam sejenak seolah-olah berfikir.
“Entahlah, mungkin seminggu dua lagi. banyak tempat yang aku tak pergi lagi ni. Alang-alang dah sampai sini, balik pusing bagi habis, ye dak? Lagi pun bukan selalu...” Nada suara Dahlia yang lain macam. Hati tiba-tiba terasa sedih. Sepatutnya dia menghabiskan masa di sini bersama Reza. Suria yang mengesan nada lain macam sepupunya itu cepat-cepat bersuara. Bimbang Dahlia kembali ke mood sedih dan putus asa dia tu.
“Errr, Pia..kau tak ada apa-apa cerita menarik ke nak cerita pada aku? Nak jugak aku tahu macam mana suasana dekat sana. Yelah, aku kan tak pernah pergi Paris.”
Dahlia menarik nafas panjang. Tahu benar yang Suria cuba mengalihkan rasa sedih yang mula mencengkap dirinya ketika itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang Suria dalam hidupnya. Sepupu merangkap sahabat baik yang sentiasa berada di sisinya tak kira susah dan senang.
“Hmm, tak ada apa yang menarik pun. Biasalah, macam yang aku dah cerita hari..ohhh..lupa aku nak cakap, hari ni aku jumpa someone from Indera Mahkota...”
“Really? Siapa? Lelaki ke perempuan?”
“Lelaki...his name is..Shah..”
“Shah? Just..Shah?” Tanya Suria ingin tahu. Pendeknya nama.
“Yap. Dia kata nama dia Shah je.”
“Wahhh, kacak tak?” Suria agak teruja. Dahlia memutarkan bebola matanya ketika melihat ada sinar di mata Suria.
“Ughhhh, tolonglah Su. Tak ada benda lain ke kau nak tanya?” Dahlia bertanya smabil duduk tegak. Tablet ditegakkan di atas katil dengan menyandarkan tablet tersebut pada beg sandangnya.
“Apa pulak? Betul apa...”
Dahlia membuat muka. Sepit rambut yang berada di kepala, ditanggalkan dan di letakkan di atas katil. Rambut separas bahu yang disanggul kemas itu, diuraikan lepas bebas. Terasa agak ringan ketika dia berbuat demikian.
“Whatever...”
Suria mencebik membuat muka.
“So, sambunglah cerita kau tadi..”
“Cerita apa?” Dahlia berpura-pura tanya. Tangan sibuk menguraikan rambut dengan jari.
“Buat-buat tanya pulak. Cerita pasal guy nama Shah tu lah...”
Dahlia mengangkat kening sebelah ketika dia merenung wajah Suria di skrin tabletnya.
“What?” Tanya Suria pula sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Nothing...” Dahlia menjawab masih lagi menyisir rambutnya.
“Cepatlah Pia. Aku merajuk kang...”
Dahlia memutarkan bebola matanya ke atas.
“Kau ni tak ada bneda lain ke nak buat, asyik nak merajuk ke. Entah macam manalah boyfriend kau layan kerenah kau yang suka sangat nak merajuk tu..”
Suria mengecilkan mata ketika merenung wajah Dahlia pada skrin komputer ribanya. Dahlia menarik nafas panjang. Kang buatnya si Suria ni merajuk betul-betul, mahunya tujuh keturunan tak bertegur sapa.
“Yelah..yelah. apa yang kau nak tahu tentang mamat tu? terus terang aku cakap, aku pun tak tahu sangat tentang mamat tu. so jangan terlalu mengharap ye..”
Wajah Suria kembali ceria dan teruja. Dahlia membuat muka.
“So, kau jumpa mamat tu kat mana?” Suria meniarap dia atas katil. Tangan ditongkat ke dagu ketika merenung skrin komputer ribanya.
“Hmm, dekat Muzium Louvre. Masa tu ada perempuan separuh umur tanya aku sesuatu dalam bahasa Perancis. Cuba kau bayangkan macam mana mengelabahnya aku masa tu. jenuh aku selak kamus dan masa tu lah...”
“Masa tu apa?” Suria semakin teruja. Dahlia mengigit bibir. terbayang kembali kejadian di Muzium Louvre tadi.
“He’s come to help me...?” Dahlia menjawab sambil duduk bersila di atas katil. Tangan mencapai pula sikat yang terletak bersebelahan dengan beg sandang di atas katil. Perlahan-lahan, rambut disikat lembut sambil mata masih merenung skrin tabletnya.
“Dia tolong kau apa?”
“Well, dia tolong aku jawab apa yang wanita tu tanya..”
“In France?”
“Yup. In France...”
“Tapi, kau cakap dia dari Indera Mahkota?”
“Yup. He’s from Indera Mahkota and he can speaks France...”
“Ohhh, lepas tu?”
“Lepas two, three...” Selamba Dahlia menjawab. suria membulatkan mata.
“Buatlah..buatlah. aku bagi tahu mak kau yang kau...”
“Apa? apa..?” Tanya Dahlia sambil menjegilkan matanya. Suria buat muka nakal.
“Beranilah kau...” Dahlia mengecilkan mata seolah-olah memberi amaran. Suria dah buat muka jahat. Dahlia memutarkan bebola matanya.
“Fine. So, lepas wanita tu pergi, dia perkenalkan diri sebagai Shah from Indera Mahkota. So, that’s it. Dari situ aku tahu yang dia tu dari Indera Mahkota. Puas hati?”
“Tak. Lepas tu apa jadi?”
“Nothing...”
“Nothing? Macam tu je?” Tanya Suria tak percaya.
“Dah tu kau nak macam mana lagi?”
“Takkan habis sampai situ je? sungguh tak romantik langsung...”
Dahlia buat muka.
“Kau ingat ni cerita hindustan ke? Kekasih yang terpisah di kelahiran lepas, bertemu semula di kota cinta Paris dan lepas tu hidup happy ever after?”
Suria ketawa kecil. “Memang dasyat betul imaginasi kau. Tulah, banyak sangat layan disney...”
Dahlia mencebik namun tidak berkata apa-apa. tangan masih sibuk menyikat rambutnya itu.
“Seriously, takkan habis sampai situ je?”
“Dah tu kau nak sampai mana lagi? lagi pun kau tahu kan, aku bukan suka sangat nak mesra-mesra dengan orang yang aku tak kenal. Lelaki pulak tu. entah-entah dia tu ketua sindiket penculik ke, pengedar dadah ke, pembunuh upahan ke...
“Or a prince?”
“Prince?”
“Yap. Mana tahu dia tu putera mahkota yang sedang mencari puteri idamannya dengan menyamar menjadi orang biasa...”
“Su, aku rasa kau yang terlalu banyak layan cerita Disney, bukan aku...” Dahlia menjawab sambil meletakkan sikat di atas katil.
“Manalah nak tahu kan. So memang habis sampai situ lah ye?”
“Yap. The End. And one more thing, kau rasa dia tu orang baik ke kalau belum apa-apa lagi dia dah tanya kat mana aku tinggal di Paris ni?”
“Really? Dah tu kau jawab apa?”
Dahlia mengangkat bahu. “Aku tak jawab pun. Kau gila. takkan aku nak cakap aku tinggal dekat sekian-sekian hotel. Buatnya dia datang serbu dengan konco-konco dia nak culik aku, alamat kau menangis tak berlagulah jawabnya...”
Suria mencebik namun tidak berkata apa-apa.
“It’s so...scary.”
“Tahu pun....” Dahlia mengangguk perlahan. Suria menarik nafas dalam-dalam.
“Pia, just...be carefull okey. tiba-tiba aku rasa risau pulak...”
“Don’t worry lah. pandai-pandailah aku jaga diri.”
“Hmm, okeylah. Dah lewat ni. Aku rasa kau mesti dah penat kan.”
“Memang pun. Ingatkan kau tak sedar...”
Suria menjulingkan mata. dahlia ketawa.
“Buruklah...”
“Yelah-yelah. Night...”
“Night...” Dahlia membalas sebelum menekan butang off pada tabletnya. Tubuh dibaringkan di atas katil. Mata merenung siling yang terukir indah. Benaknya kembali teringat akan kejadian di Muzium Louvre tersebut. betul ke lelaki bernama Shah tu berniat jahat? Baginya, raut wajah lelaki itu mengambarkan sebaliknya. Dahlia menarik nafas dalam-dalam. lebih baik tidur dari memikirkan perkara yang tidak perlu. Dalam keadaan mata yang hampir tertutup rapat, kepala kembali teringat kata-kata Suria tentang Shah. Prince? Shah is a prince? Bibir Dahlia hampir mengukir senyum sinis. Dalam mimpi bolehlah.
 P/S: TO BE CONTINUED.

17 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

wahhh jumpa lagi.terkial2 si lia nak jawab hahaha...tp jgn kata dahlia pun keturunan diraja

Cahaya said...

nurul>>ishhhh.taklah..banyak pulak putar belit kalau dahlia pun royal blood hahaha.

nurul nuqman said...

hahahhaha, tp mcm best ni,..bkn mcm.tp mmg best

Cahaya said...

nurul>>hahahaha..yeke?macam bosan je kan hahaha.

nurul nuqman said...

xla...maybe part penjelasan sejarah tu je kot, part lain ok je la.:)

Cahaya said...

nurul>>yeke?hahahahaha..kn kurang-kurangkan tu..

Anonymous said...

infiniti best!!!

firdainn stylish korean fesyen said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya said...

anon>>thx dear. lap u lah :P

Ite Hamid said...

Sbr jer la akk tgu Nurul naikkan n3 ni...hu3..akhirnya naik jugakkk..he3..

Bole ke kalo nk Nurul betulkn ayat skit? Kalo ok nnt akk email..ngeee (^.^)

Cahaya said...

ite>>boleh kak..ayat mana eh?

Ite Hamid said...

Nnt roger kat email ;)

Cahaya said...

ite>>ok kak..saya tunggu... :)

Ashi Kakkoii said...

salam.. best karya. isi boleh tahan mantop. jemput try karya sini -> http://ashikakkoii.blogspot.com

Cahaya said...

ashi>>thx dear.. :)

baby mio said...

Best3.

Cahaya said...

baby mio>> thank u dear :)

Post a Comment