RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, November 24, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 14
















Tengku Shah Putra

Bab 14
Dahlia mengeliat kepenatan di atas katil bertiang empatnya. Terasa seperti mahu tercabut segala urat dan sendi di tubuh dek kerana terlalu penat berjalan siang tadi. Sepanjang hari dia dan Shah puas berjalan dan melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar Paris. Bermula dari Arc de Triomphe kemudian ke Notre Dame de Paris. Di Notre Dame de Paris, mereka menghabiskan masa hampir empat jam.
Mengikut kata Shah, Notre Dame de Paris atau lebih dikenali sebagai Notre-Dame Cathedral merupakan tinggalan sejarah bagi Katolik Marion Rom yang terletak di bahagian timur Île de la Cité.  Mengikut kata Shah lagi, gereja ini secara meluas dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Gothic Perancis dan antara yang terbesar dan paling terkenal bangunan gereja di dunia namun dalam tahun 1790-an, Notre-Dame mengalami pencemaran semasa fasa radikal Revolusi Perancis apabila banyak imej agama telah rosak atau musnah.
Dahlia bergolek ke kiri pula. tangan bermain-main dengan hujung sarung bantal satin tersebut. kepala kembali menerawang teringat akan Shah. Menghabiskan masa sepanjang hari bersama Shah taklah seteruk yang dia sangka. Walaupun pada mulanya dia agak ragu-ragu dengan idea untuk melepak bersama lelaki itu, tapi bila difikir-fikirkan ia taklah teruk sangat. Sekurang-kurangnya dia tak perlu bimbang akan keselamatan diri lagi. malah, masalah bahasa pun selesai kerana dia lihat, Shah fasih juga bila bercakap bahasa Perancis.
Jika dilihat dari segi gaya pemakaian si Shah ni, nampak je selekeh. Dengan jeans lusuh gaya santai, t-shirt Polo berkolar, topi yang sentiasa menghiasi kepala dan juga cermin mata hitam yang tak lekang di wajah mengambarkan yang Shah ini merupakan lelaki yang hidupnya pakai aci redah je. tak ikut peraturan. Hidup pakai peraturan sendiri. tapi aci redah pun, Shah banyak juga tahu pasal sejarah bangunan di Paris ni. Kira berjalan dengan Shah ni macam dia tengah mengikuti trip ke Paris bersama cikgu sejarah. Habis semua bangunan dia cerita asal usul dan sejarah tempat tersebut. siap ingat tarikh lagi. hebat tak hebat. Tapi kira okeylah tu kan. sekurang-kurangnya dia adalah kawan nak berbual dan bergaduh. Tak adalah macam kera sumbang je macam sebelum ini. Pergi mana-mana semua sorang-sorang. Ni kalau Suria tahu, mesti dia kena membebel sampai raya haji tahun depan. Huhuhu.
‘You have one new messege’
Lamunan Dahlia terhenti apabila tablet yang sengaja di pasang itu berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Laju tablet di capai. Dahlia bangun dari baringan dan mula bersila. Tablet diletakkan di atas riba sebelum jari menyentuh skrin untuk membaca mesej yang dihantar oleh Suria itu.
‘Pia. On Skype sekarang!’
Dahlia menelan air liur. Entah kenapa dia terasa berdebar-debar. Ada benda yang tak elok berlaku di Indera Mahkota ke sampai Suria menghantar mesej macam tu? laju tangan menyentuh icon Skype di skrin tabletnya.
Dahlia mencapai headphone lalu dicucuk ke tablet. Dia menanti dengan sabar akan kemunculan sepupunya itu. Dalam hati tidak henti-henti berdoa supayaa tiada apa-apa yang tidak baik berlaku pada keluarga di tanah air.
“Su! Ada apa ni? Ada apa-apa yang buruk berlaku ke?” Tanya Dahlia tidak sabar apabila wajah Suria terpapar di skrin tabletnya.
“Huh? Benda buruk apa maksud kau?” Tanya Suria pula. dahlia membetul-betulkan mikrofon di hujung bibirnya.
“Kau jangan main-main. Dah tu kenapa kau hantar mesej dekat email aku gaya macam tu?”
Wajah Suria di skrin tabletnya kelihatan berkerut kehairanan.
“Aku hantar mesej macam mana maksud kau?”
“Tu, yang kau hantar gaya macam Indera Mahkota dah dilanda ribut taufan...”
“Yeke? tak tahu pulak aku. Anyway...mana kau pergi sepanjang hari ni? Satu hari aku tunggu kau online tapi tak ada pun. Kau pergi mana?” Suria bertanya gaya mak tiri. Muka siap berkerut-kerut lagi.
“Tak ada pergi manalah. So, betul tak ada apa-apa yang buruk berlaku di rumah? Ibu dengan ayah aku okey?”
“Mak long dan pak long okey. semua okey je. yang tak okey Cuma satu je...”
“Apa dia?” Dahlia kembali cemas.
“Kaulah. Mana kau pergi? Kau tahu tak, mak long tu dah naik risau sebab kau tak telefon rumah sejak semalam lagi. aku ni jugak yang jadi mangsanya. Kau pergi mana sebenarnya ni? Kalau kau tak nak telefon hari-hari, at least kau hantarlah email dekat aku. Senanglah aku nak jawab pada mak long nanti. Ni bila mak long tanya, apa aku nak jawab? Kau ni suka buat orang risaulah...”
Dahlia mengigit bibir. terbit rasa bersalah di hati. Memang betullah kata Suria tu. dia memang suka buat semua orang risau. dulu, dia selalu buat Reza risau. sekarang walaupun Reza sudah tak ada, dia masih dengan perangai lama. Suka buat orang risau.
“Pia? Kau okey ke ni? Marah aku ye sebab membebel dekat kau...”
Dahlia mengeleng laju sambil mengesat pipi yang sudah mula dibanjiri dengan air mata.
“Kau menangis ya Pia? Kau terasa hati ye dengan kata-kata aku tadi? Sorrylah Pia. Aku cakap semua tu sebab aku sayang kau. Aku risaukan kau. Bukan aku je. semua orang dekat sini risaukan kau. Lagi pun kau tu duduk sorang-sorang dekat Paris. Entah jadi apa pun, kitorang tak tahu apa-apa. tak boleh nak tolong pun. So, kau janganlah buat lagi okey. at least, bagi tahu aku mana kau nak pergi dan jangan hilang terlalu lama. Aku macam nak gila fikir apa jadi dekat kau kalau kau hilang lama sangat...”
Dahlia mengesat hidung yang dah mula berair dengan tisu yang diambil dari beg kulitnya. Pandangan yang terasa kabur dek air mata turut dilap dengan tisu.
“Sorry Su. Aku terlupa. Lain kali aku tak buat lagi...” Perlahan Dahlia menjawab. terdengar keluhan berat jauh di telinganya.
“Pia..yang lepas tu lepaslah. Aku rasa tak payahlah kau nak duduk Paris tu lama-lama. Baliklah ye. Ibu kau asyik suruh aku pujuk kau balik cepat. Kau tak kesian ke pada ibu kau, Pia? Asyik tak lalu makan je sebab teringat pada kau. Baliklah ye Pia. Tak payahlah kau duduk lama-lama dekat Paris tu. membazir duit je...”
Dahlia tidak menjawab. dia hanya memandang wajah Suria yang masih merenungnya dk skrin tablet.
“Su, boleh aku tanya kau sesuatu?”
“Tanya apa?” Tanya Suria agak hairan.
“Hmmm...ermmm. tak ada-apalah.”
“Pia, kalau kau ada masalah. Bagitahu lah aku...”
Dahlia mengeleng.
“Tak ada apa-apa. betul. aku penatlah Su. Nak tidur. insyaAllah dua tiga hari lagi aku baliklah. Kau jangan risau ya. Nanti tolong sampaikan salam pada ibu aku dan cakap pada dia, jangan risaukan aku. Aku okey je dekat sini. Nanti kalau aku nak balik, aku akan bagitahu kau. Okey?”
“Betul ni? Betul kau akan balik dalam dua tiga hari lagi?”
“Ye Cik Suria Nisaa sayanggg. Okeylah. Aku nak out ni. Mengantukkk...”
“Yelah. Jaga diri baik-baik. Jangan buat benda bukan-bukan. Ingat tu?”
“Baik mak tiri. Good night.”
Dahlia kembali merebahkan tubuh di atas katil. Tubuh terasa dua kali ganda penatnya. Penat apabila memikirkan yang dia sudah terlalu banyak menyusahkan semua orang. Terlalu banyak membuatkan orang risau akan dirinya. Reza, apa patut saya buat? Kenapa begitu susah untuk saya lupakan awak? kenapa awak pergi tinggalkan saya? kenapa...kenapa..

                                                                       ***

“Here...”
Dahlia mengalihkan pandangan dari air pancut yang terletak di tengah-tengah Place de la Concorde ke arah botol air mineral yang terhulur dihadapan batang hidungnya itu. Sambil menjeling tajam, botol itu diambil dari tangan Shah.
“Thanks...” Perlahan Dahlia menjawab sebelum membuka penutup botol tersebut namun penutup botol tersebut agak ketat.
“Sini saya buat...”
“No thanks. Saya boleh buka sendiri...” Dahlia menjawab sambil cuba sedaya upaya membuka botol mineral tersebut. berkerut-kerut wajahnya ketika cuba membuka penutup tersebut. shah di sebelah hanya mengeleng sebelum mengambil botol mineral tersebut dari tangan Dahlia.
“Pernah tak orang cakap yang awak ni seorang yang degil?” Tengku Shah Putra bertanya sambil menghulurkan botol yang telah terbuka penutupnya itu ke arah Dahlia. Dahlia merengus perlahan sebelum mengambil botol yang dihulurkan oleh Shah itu.
“Thank you so much Mr. Shah. Really appreciate that. And for you information, degil is my middle name...” Dahlia menjawab sambil memutarkan bebola matanya ke atas. Air mineral diteguk perlahan sebelum dia kembali melemparkan pandangan ke arah air pancut di tengah dataran luas tersebut.
Tengku Shah Putra di sebelah hanya mengeleng namun turut sama melemparkan pandangan ke tengah dataran.
“Dahlia...”
“Hmm...” Air diteguk lagi menuruni rengkung. Heaven!
“Berapa umur awak sekarang?”
Hampir nak tersembur air yang baru sahaja selamat menuruni rengkung itu apabila mendengar pertanyaan Shah di sebelah. Dahlia mengelap mulut dengan belakang tangan sambil menoleh. shah turut menoleh. kening terangkat sebelah.
“Apa? salah ke saya tanya?” Tanya Tengku Shah Putra.
“Kenapa tiba-tiba nak tahu?” Dahlia bertanya agak curiga. Sepanjang empat hari dia menghabiskan masa bersama Shah ini, baru kali ini Shah nak bertanya sesuatu tentang dirinya. Sebelum ini tak de pulak nak bertanya itu dan ini dan dia pun lebih suka begitu. Tapi kenapa hari ini tiba-tiba pak cik ni nak keluar soalan pelik macam tu pulak?
“Saja. saya tak tahu banyak pasal awak. saya Cuma tahu nama awak dan awak rakyat Indera Mahkota. Yang lain, saya tak tahu...” Tengku Shah Putra menjawab sambil kembali memandang ke arah air pancut yang dikelilingi oleh patung-patung itu.
Dahlia mengigit bibir. botol mineral ditutup rapat sebelum diletakkan di tengah-tengah antara dia dan Shah. Dia menjeling sekilas ke arah Shah di sebelah sebelum turut sama memandang ke hadapan.
“Saya pun tak tahu banyak pasal awak. hanya tahu nama awak dan awak rakyat Indera Mahkota. Fair and square, right?”
Tengku Shah Putra menoleh ke sebelah. Dahlia turut sama menoleh. giliran kening Dahlia pula terangkat sebelah.
“What?” Dahlia bertanya pelik. Apa hal pulak pak cik ni pandang aku gaya macam tak pernah tengok orang.
“Okeylah. Let’s play a game..”
“What? Game? Game apa?” Kening Dahlia hampir bercantum apabila mendengar kata-kata Shah yang semakin lama semakin pelik itu.
“Okey. kita dah habiskan masa bersama lebih kurang empat hari. Campur tolak awak langgar saya dekat airport, lepas tu kita jumpa dekat jambatan Padlock Love, dekat muzium semua tu, kiranya dekat dua minggu jugaklah kita dah kenal, betul?”
Dahlia mengerutkan dahi namun tidak menjawab. apa kena pak cik ni? Gaya serius katak je.
“Your point is....”
“My point is..apa kata kalau kita mulakan sesi ice-breaking, you know...untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih..errr..mendalam?” Tengku Shah Putra berkata teragak-agak. Dahlia mengecilkan mata ketika memandang ke arah lelaki di sebelahnya itu.
“Ice-breaking?”
“Yup. Setuju?”
“Nope.” Laju Dahlia mengeleng. dia kembali memandang ke hadapan. Buang tebiat ke apa pak cik ni? Apa kes nak buat sesi ice-breaking tengah-tengah hari buta ni. Dahlah sekarang ni memang tengah elok je duduk bersila dekat hujung dataran Place de la Concorde. Memang elok sangatlah kalau nak buat sesi ice-breaking pun.
“Come on Dahlia. Please...”
“Nope.”
“Please...”
“I said no. Full stop...”
“Please my dear princess...”
Dahlia menghadiahkan jelingan maut ke arah Shah di sebelah. Aku elergi betul dengan perkataan itu okey!
“Jangan. Sebut. Perkataan. Itu. Lagi. full stop.” Sepatah-sepatah dia menutur.
“Kenapa?” Tengku Shah Putra bertanya selamba. Dahlia menjeling lagi.
“I’m not YOUR princess.”
“Really? Dah tu, siapa punya?”
“You know what. I’m done!” Dahlia menyarung kembali beg kulitnya ke bahu sebelum bangun dari sila. Tengku Shah Putra hanya terkebil-kebil melihat tindakan drastik Dahlia itu.
“Dahlia! Tunggulah...”
“Lepaslah!” Dahlia menepis pergelangan tangannya yang dipegang oleh Tengku Shah Putra itu.
“Awak nak pergi mana ni?”
“Sakitlah!” Dahlia berkata keras sambil cuba melepaskan tangannya. Spontan Tengku Shah Putra melepaskan pegangannya.
“I’m sorry. Saya tak berniat nak sakitkan awak...”
Dahlia mengosok pergelangan tangannya yang sudah kelihatan merah itu.
“Dahlia...” Tengku Shah Putra cuba melangkah mendekati Dahlia.
“Stay away from me...!” Dahlia berkata tegas. Air mata yang mahu sahaja menuruni pipi itu dilap dengan belakang tangan. tengku Shah Putra mengangkat tangan tanda menyerah.
“Maafkan saya. jangan marah lagi okey...”
Dahlia menjeling tajam namun tidak berkata apa-apa.
“Meh sini saya tengok tangan awak tu...” Tengku Shah Putra cuba menyentuh tangan Dahlia namun Dahlia menepis.
“Jangan sentuh saya boleh tak?” Dahlia berkata agak berang. Suka hati je nak sentuh aku macamlah aku ni bini dia kan. reza dulu pun tak pernah nak sentuh aku macam ni. Memang dasar lelaki. Suka mengambil kesempatan. Huh!
“Okey-okey. saya tak berniat jahat. Kalau awak tak suka, tak apa...”
“Memang saya tak suka. Tak ada mana-mana lelaki yang boleh sentuh saya, kecuali suami saya sendiri, faham?”
Terkebil-kebil mata Tengku Shah Putra ketika memandang wajah Dahlia yang masih kelihatan berang itu. Senyum yang mula nak terukir di bibir sedaya upaya ditahan. Bimbang itu akan menaikkan kemarahan gadis di hadapannya itu. Tapi hatinya seperti berkata sesuatu, adakah Dahlia maksudkan...
“Errr, maksud awak...err..saya kena jadi suami awak dulu baru boleh sentuh awak ke?”
Dahlia mengatap bibir cuba menahan rasa geram. Ewah-ewah pak cik ni. Dia ingat aku main-main ke?
“Awak ni memang....arghhh! malas nak layan. Sudahlah. Saya nak balik!” Sempat Dahlia menghadiahkan jelingan maut kepada Tengku Shah Putra sebelum berpaling dan berlalu dari situ.
“Awak..nantilah. awak nak pergi mana tu?”
“Balik...”
“Awal lagi ni...” Tengku Shah Putra berkata sambil cuba menyaingi langkah Dahlia di sebelah.
“Saya penat. Lapar...”
“Kalau lapar, jum saya belanja makan. Awak cakap je nak makan apa...”
Dahlia menjeling lagi. pak cik ni tak faham bahasa ke? Aku penat nak mengadap muka kau, faham?
“Awak...please..jangan marah lagi. saya minta maaf okey....”
Dahlia berhenti melangkah. Dia menoleh ke sebelah.
“Jangan kacau saya lagi boleh?”
“Bila pulak saya kacau awak. saya Cuma ajak awak makan je...”
Dahlia merengus geram. Eeee, masalah betullah.
“Saya penat. Nak balik. tidur...”
“Tadi cakap lapar. Apa kata kita pergi makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik...”
Kening Dahlia terangkat sebelah. Lain macam je bunyi.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
“So, itu niat awak sebenarnya ya? Berpura-pura ajak saya makan, lepas tu awak nak hantar saya balik. dengan cara itu bolehlah awak tahu mana saya tinggal, betul tak?”
“So....?” Tengku Shah Putra bertanya agak hairan.
“So, bila awak dah tahu mana saya tinggal, bolehlah awak jalankan rancangan jahat awak tu, betul tak?”
“Rancangan jahat apa?” Tengku Shah Putra semakin keliru. Minah ni cakap apa?
“Hello Mr Shah what so ever, jangan ingat saya bodoh ya. Selama ini awak berpura-pura baik dengan saya ya. Awak pura-pura nak habiskan masa dengan saya, lepas tu bila saya dah rasa selamat dengan awak, dah percaya dengan awak, kemudian barulah awak jalankan rancangan jahat awak tu kan. bila awak dah tahu saya tinggal di mana, awak panggil geng-geng awak tu lepas tu awak culik saya. awak nak jual saya kan. betul tak?”
“Woooo. Itu...dah lebih. Saya tak pernah nak berniat jahat terhadap awak okey. niat saya ikhlas nak kawan dengan awak. lagi pun, kalau saya culik awak pun, apa saya dapat? Keluarga awak tu kerabat diraja Sultan Indera Mahkota ke? Atau pun awak ni tunang Putera Mahkota? Kalau betul pun saya nak jual awak, ada ke yang nak beli?”
Berdesing telinga Dahlia ketika mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu. Terasa darah mendidik naik ke kepala.
“Kalau..kalau saya tunang Tengku Mahkota pun kenapa?” Tanya Dahlia berang. Seumur hidup dia tak pernah rasa sakit hati sebegini dengan sesiapa. Sumpah dia rasa macam nak berikan tendangan percuma pada lelaki tak sedar diri ini. Apa dia ingat dia bagus sangat. Boleh dia kata aku ni tak laku. Huh!
Kening Tengku Shah Putra terangkat. Senyum senget terherot di bibirnya.
“Apa senyum-senyum? Dasar lelaki miang...” Dahlia menjeling tajam namun dalam hati dah mula terasa berdebar. Mana tahu si Shah ni tiba-tiba naik hantu. Mati aku dibuatnya.
“Betul ke, awak ni tunang putera mahkota?”
Huh? Apa pak cik ni merepek tengah-tengah hari buta ni? Bila masa pulak aku bertunang dengan putera mahkota Indera Mahkota ni?
“Awak mengarut apa ni?”
“Dah tu tadi awak jugak yang cakap awak tu tunang putera mahkota...”
“Bila masa pulak saya cakap saya tunang putera mahkota? Siapa putera mahkota pun saya tak kenal, tahu tak?”
Tengku Shah Putra mengangkat kening. Menarik.
“Pelik ya...” Tengku Shah Putra mengosok dagu dengan hujung jari seolah-olah sedang berfikir.
“Apa yang peliknya?” Dahlia beertanya turut sama berasa hairan dengan perubahan mendadak lelaki di hadapannya itu.
“Saya rasa, hampir ke semua perempuan di Indera Mahkota tu kenal siapa putera mahkota, tapi awak...” Tengku Shah Putra memandang ke arah Dahlia seolah-olah pelik dengan kenyataan tersebut.
“Saya apa?”
“Takkan awak tak kenal siapa putera mahkota Indera Mahkota?”
“Nope. Tak penting pun bagi saya. cukuplah yang saya tahu satu perkara tentang putera mahkota tu..”
“Really? Apa yang awak tahu pasal dia?” Tengku Shah Putra bertanya agak teruja.
“Hmm, apa yang saya tahu dia tu kaki perempuan. Playboy...suka main-mainkan perasaan perempuan etc..etc...etc...” Selamba Dahlia menjawab. berubah riak muka Tengku Shah Putra apabila mendengar kata-kata Dahlia itu.
“Berani awak...berani awak cakap macam tu pada sa..pada putera mahkota? Awak tak takut kena tulah ke? Tak takut kena sumpah sebab menghina putera mahkota?” Tengku Shah Putra bertanya agak keras namun dalam masa yang sama jantung dah mula berdegup kencang. Mujurlah tak tersasul menyebut dia sebagai putera mahkota.
Dahlia mengerutkan dahi ketika memandang riak wajah lelaki di hadapannya itu. Apa kena pula dengan pak cik sorang ni? Tiba-tiba nak naik angin tak tentu pasal. Jangan kata pak cik ni pun salah seorang kipas-susah-mati putera mahkota? Errrr..
“Apa pulak? Betul apa saya cakap kan. awak tak dengar ke berita baru-baru ni? Berita yang mengatakan putera mahkota bermesra dengan kekasih hati di tempat awam? Sungguh kurang sopan. Maksud saya, dia tu selaku bakal pemerintah kerajaan Indera Mahkota haruslah tunjuk teladan yang baik pada rakyat jelata, tapi perangai dia lagi teruk. Macam mana nak jadi pemerintah macam tu?” Dahlia menjawab sambil menayangkan wajah meluat. Bila teringat akan putera mahkota itu, serta merta dia teringat akan Suria. Si sepupunya itu pun suka benar dengan putera mahkota Indera Mahkota itu. Entah apalah yang bagus sangat dengan lelaki itu. Huh.
“Jadi, awak kenal siapa putera mahkota? Pernah tengok wajah dia?”
“Tak pernah dan saya tak pernah berminat nak tahu walau siapa pun dia. yang penting dia tak kacau hidup saya...”
Tengku Shah Putra merenung tajam ke arah Dahlia sehingga membuatkan gadis itu agak gelisah.
“Kenapa awak pandang saya macam tu? jangan-jangan...” Dahlia memandang curiga ke arah Tengku Shah Putra. Otaknya ligat berfikir. Jangan-jangan..
“Apa?” Tanya Tengku Shah Putra agak mengelabah. Adakah Dahlia sudah boleh mengagak yang dia sebenarnya putera mahkota Indera Mahkota itu?
“Jangan-jangan awak ni...” Dahlia mengecilkan mata ketika memandang ke arah wajah Tengku Shah Putra itu.
Tengku Shah Putra menelan air liur. Habislah. Habislah aku kali ni. Macam mana kalau si Dahlia ni tahu yang aku ni putera mahkota? Peluh dingin sudah mula membasahi kolar baju putih yang dipakainya.
“Jangan-jangan...awak ni pon syok dekat putera mahkota tak? Awak ni..gay?” Dahlia bertanya agak ragu-ragu. Tapi apa lagi alasan yang boleh dia fikirkan? Takkan si Shah ni putera mahkota Indera Mahkota? Sungguh tidak sesuai okey.
“Apa awak cakap?!”
Hampir nak luruh jantung Dahlia apabila lelaki di hadapannya itu bersuara kuat. Spontan tangan mengurut dada. Satu jelingan tajam dihadiahkan ke arah lelaki itu. Huh. Sakit jantung aku. Nasib baik tak mati terkejut.
“Dah tu? yang awak marah sangat saya kutuk putera mahkota tu kenapa? Macam putera tu kekasih gelap awak...ke memang....”
“Awak jangan nak mengarut boleh tak?!”
“Okey..okey...my bad...” Dahlia mengangkat bahu sambil mempamerkan riak muka tak bersalahnya. Boleh tahan pak cik ni. Nampak je selekeh serabai, tapi sikap jati diri tu punyalah tinggi kalah Effiel Tower sampai aku kutuk putera mahkota pun dia marah. Ke dia ni ada kait mait dengan kerabat diraja Indera Mahkota?
“Saya..normal..okey...”
“Huh? Apa dia?” Dahlia bertanya apabila telinga menangkap sesuatu yang kurang jelas di pendengaran telinganya.
“You heard me...”
“No. Awak cakap apa tadi?”
Tengku Shah Putra memandang penuh geram ke arah Dahlia yang tayang muka selamba ke arahnya itu. Hai bertuah betul budak ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Rasa macam nak cekik-cekik je budak ni.
“Cepatlah. Awak kata apa tadi?”
“Tak ada apa. dah jum...”
“Jum kemana?” Dahlia bertanya agak kuat apabila dia melihat Tengku Shah Putra dah mula berjalan menuju entah ke mana.
“Makan...”
Dahlia memutarkan bebola matanya ke atas. Namun, lambat-lambat kaki diatur juga melangkah mengekori lelaki itu dari belakang.
P/S: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

Ite Hamid said...

Hahahah!!! Gay...! Hamek kau! Free2 je kene cop gay ngn si Pia...
Menarik..! Getting interesting!
More pls! ;)

Cahaya said...

ite>>yeke kak..haha..thanks.. :P

nurul nuqman said...

not bad dear....

Manganime Ader said...

mnarik

Post a Comment