RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, November 16, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 13


BAB 13

Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Tangan mengetuk buku berkulit hitam pada tebing jambatan Pont des Arts yang merentasi sungai Seine itu. Mata sesekali merenung air sungai yang mengalir tenang dibawahnya. Dia menarik nafas panjang dan dalam, cuba menikmati pemandangan yang menenangkan itu walaupun dia sendiri tak tahu apa yang patut dia buat di situ. Ini semua gara-gara mengikut rancangan pada buku berkulit hitam ditangannya itu. Dalam hati kerap kali bertanya kenapa dia masih mahu mengikut rancangan yang tertulis di dalam buku itu? Tengku Shah Putra tunduk merenung mangga-mangga yang disangkutkan pada tebing jambatan tersebut. tipikal. Getus hatinya. Macam mana orang boleh percaya, dengan menyangkutkan mangga yang tertulis nama pasangan yang sedang asyik bercinta kononnya mampu membuatkan perhubungan tersebut kekal abadi selama-lamanya. It just a padlocks. Tengku Shah Putra mengeleng lagi. Padlocks Love lah sangat. Kalau betullah cinta tu boleh kekal abadi, kenapa sampai sekarang dia masih menyendiri? Kenapa cinta itu begitu liat untuk hadir dalam dirinya sedangkan dia adalah putera mahkota kerajaan Indera Mahkota? Dia yang menjadi rebutan para gadis di seluruh kerajaan Indera Mahkota masih tidak percaya dengan kewujudan cinta sejati. Baginya, mana-mana gadis yang mahu berdampingan dengan dia hanyalah hipokrit. Semua mahukan dia bukan sebab dirinya tapi sebab siapa dia. sebab gelaran yang disandang olehnya. Mungkin kalau dia hanyalah lelaki biasa yang duduk di tepi jambatan macam sekarang ni, belum tentu ada seorang gadis pun mahu bersama dengannya. Am i right?
“Hacummm..”
Spontan Tengku Shah Putra menoleh. keningnya hampir terangkat sebelah. Dahinya berkerut namun dia masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri itu.
Dahlia membetul-betulkan ikatan mafla di leher. Walaupun sekarang bukan musim sejuk, namun cuaca sebegitu mampu membuatkan tubuh dia mengeletar kesejukan. Almaklumlah, cuaca di Paris bukan macam cuaca di Indera Mahkota yang panas dan hujan sepanjang tahun. Kalau di Indera Mahkota, bolehlah dia keluar berjalan dengan memakai t-shirt dan jeans je walaupun hari hujan tapi kalau dekat Paris ni dia pakai macam tu, alamat memang demam selesemalah jawabnya.
Dahlia membuang pandangan ke arah bangunan yang tersergam indah di hadapannya. Tercapai jugak hasratnya mahu menjejakkan kaki di Pont des Arts, jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Institut de France dan dataran pusat (Cour Carrée) daripada Palais Du Louvre yang juga dipanggil sebagai "Palais des Arts" di bawah Empayar Pertama. Meskipun jambatan tersebut kelihatan seperti jambatan biasa sahaja, namun yang menjadi tarikannya ialah Padlocks Love yang terkenal di situ. Padlocks atau mangga yang diletakkan oleh pasangan kekasih di tebing jambatan tersebutlah yang menarik minatnya di situ. Mungkin ini adalah kerja gila tapi, dia mahu lakukannya. Walaupun dia tahu semua itu tak memberikan apa-apa makna, tapi dia tetap ingin lakukannya. Dia mahu Reza tahu yang hatinya telah dikunci untuk lelaki itu sungguh pun Reza sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Sebiji mangga dan kuncinya dikeluarkan dari poket jaketnya. Mangga berwarna merah gelap yang dibelinya dari kedai cenderamata berdekatan itu ditatap dalam-dalam. jari telunjuk di lalukan pada tulisan yang diukir oleh si penjual tersebut. air mata mula bergenang di mata.
Reza Loves Dahlia
Kunci dipulas perlahan dan mangga tersebut terbuka. Dengan tangan terketar-ketar dan air mata yang mengalir laju di pipi, Dahlia mencari tempat yang sesuai untuk dia menyangkutkan manga tersebut. terlalu banyak mangga yang disangkutkan di tebing tersebut membuatkan dia sukar untuk menemui tempat yang sesuai.
“Errr..Dahlia? It’s that  you?”
Hampir nak gugur jantung Dahlia ketika ditegur sebegitu secara tiba-tiba. Tangan yang sedang memegang kunci mangga tersebut terlepas dek kerana terkejut ditegur secara tiba-tiba itu.
“No...no..no...” Dahlia hampir nak menangis kembali ketika melihat mangga yang tertulis nama dia dan nama Reza itu jatuh ke dalam sungai. Hampir terduduk dia di atas jambatan itu ketika menyedari yang dia takkan dapat kembali mangga tersebut. takkan nak terjun ke dalam sungai tersebut semata-mata nak cari balik mangga yang tak tahu kat dasar mana ia tengelam.
“Err....” Tengku Shah Putra bersuara teragak-agak apabila melihat keadaan tersebut. dia tak sangka yang Dahlia akan terkejut sampai macam tu sekali. Lagi pun, apa Dahlia buat dekat sini seorang diri?
“Sorry, saya tak berniat...errr..saya tak sangka yang awak boleh terkejut sampai macam tu sekali...”
Dahlia mendongak memandang ke arah lelaki yang bersuara tersebut. air mata yang masih mengalir di pipinya diseka dengan belakang tangan.
Tengku Shah Putra menelan air liur. Entah kenapa dia merasakan pandangan Dahlia yang beranak sungai itu menusuk sehingga ke jantungnya. Mata yang berkaca itu seolah-olah sarat dengan..kasih sayang dan cinta yang tak terluah dek kata-kata?
Dahlia bangun lambat-lambat. Mata yang terasa kabur dek air mata, dilap dengan hujung mafla yang terlilit dilehernya. Dahlia menghadiahkan jelingan maut ke arah Tengku Shah Putra. Tengku Shah Putra berdehem perlahan. Tidak pasti apa yang patut dia lakukan.
“Sorry. Saya boleh belikan Padlocks Love tu lagi kalau awak nak...”
Satu lagi jelingan maut dihadiahkan oleh Dahlia.
“Tak payah. Awak buat apa kat sini? Ekori saya?” Tanya Dahlia agak sinis. Dia kembali menjengahkan kepala ke arah tebing dan melihat ke bawah. air sungai kembali tenang. Mungkin bukan rezeki dia nak letak Padlocks Love tu kat sini.
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Heh, macamlah aku dah tak ada kerja lain nak buat dari mengekori minat ni.
“Jalan-jalan. Tak sangka jumpa awak kat sini. Macam berjodoh pulak kan...” Tengku Shah Putra cuba berlawak namun terhenti serta merta apabila Dahlia sekali lagi menghadiahkan jelingan maut kearahnya. Adeh, boleh tembus jantung dibuatnya cik adik oii.
“Awak buat apa kat sini? Sorang?” Tengku Shah Putra bertanya sambil turut sama melihat air sungai yang mengalir tenang itu. Sesekali dia menjeling ke sebelah dengan ekor mata. dahlia masih merenung ke arah sungai di bawah. mungkin sedang menyesali akan kehilangan kunci mangganya itu.
“Seriously, i can buy another Padlocks Love if you want. Lagi pun memang salah saya kan...”
Dahlia menarik nafas panjang sebelum mengalihkan pandangan ke arah Institut de France yang tersergam indah di hadapannya itu.
“Never mind. Mungkin dah tak ada rezeki...atau..jodoh?” Dahlia mengumam perlahan. Dahi Tengku Shah Putra berkerut.
“Pardon me?”
Dahlia menoleh ke sebelah. Riak keliru terpancar diwajah lelaki bernama Shah di sebelah itu.
“Nothing. So, awak buat apa kat sini? Jangan cakap awak ekori saya kemudian berpura-pura tegur seolah-olah kita memang terserempak di sini sebab itu memang tak lojik.”
“Kenapa pulak tak lojik?”
“Sebab Paris ni punyalah besar tapi kenapa awak datang sini jugak? Lagi pun saya tak rasa yang awak ni jenis...errr..” Dahlia teragak-agak ketika ingin meneruskan kata-katanya.
Tengku Shah Putra mengangkat kening. Dahlia mengigit bibir sebelum melepaskan keluhan berat.
“Lupakan. Mungkin betul. Semuanya berlaku secara kebetulan..” Dahlia mengumam sendiri. pandangan kembali dilemparkan ke arah bertentangan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut hadapannya terbuai lemah. Tengku Shah Putra hanya mendiamkan diri.
“So, saya pergi....” Dahlia terdiam. matanya merenung tajam buku yang berada di tangan Tengku Shah Putra itu. Tengku Shah Putra memandang pelik ke arah Dahlia sebelum pandangannya jatuh pada buku berkulit hitam yang masih ditangannya itu.
“Boleh saya tengok buku tu..?” Tanya Dahlia sambil menunjuk ke arah buku yang masih kemas dalam pegangan Tengku Shah Putra itu.
“Ni? Sure..” Buku berkulit hitam itu bertukar tangan. dahlia pantas menyambar buku tersebut dan menyelak isi kandungannya secara tergesa-gesa. Turun naik matanya ketika meneliti isi kandungan buku tersebut sebelum akhirnya buku itu ditekap ke dada. Mata dipejam erat. Satu keluhan lega dilepaskan tanpa sedar. Rasa seperti beban yang berat dibahu hilang begitu sahaja.
Dahlia membuka mata apabila dia tersedar sesuatu. Dia merenung tajam ke arah Tengku Shah Putra yang masih berdiri di hadapannya itu. Riak wajah lelaki itu sukar untuk digambarkan.
“Mana awak dapat buku ni?” Tanya Dahlia sambil mengangkat tinggi buku berkulit hitam itu. Entah macam manalah buku tersebut boleh jatuh ke tangan lelaki di hadapannya itu. Memang tak masuk dek akal langsung.
“Jumpa..?”Tengku Shah Putra menjawab teragak-agak. Kening Dahlia terangkat sebelah seolah-olah tidak mahu percaya apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapannya itu.
“Tipu. Awak curi..kan?” Tanya Dahlia lagi. mata merenung tajam ke arah Tengku Shah Putra itu.
“Woah! Mind your languange young lady. Pernah dengar, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa?” Nada suara lelaki dihadapannya itu dah berubah nada. Dahlia menelan air liur. Alamak, dia dah tersilap langkah nampaknya. Kerana mulut memang badan akan binasa. Dia nak buat apa? nak pukul aku? Nak jual aku? Dahlia melangkah setapak.
“Errr...dah tu mana awak dapat buku ni?” Dahlia bergerak setapak lagi apabila Tengku Shah Putra mula mara mendekatinya. Raut wajah lelaki itu sukar untuk ditafsirkan. Bengang barangkali dituduh pencuri. Memanglah Dahlia, kalau kau pun orang tuduh yang bukan-bukan, mesti kau mengamuk jugak kan. Sekarang ni, orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memang padan dengan muka kau.
“Itu bukan perkara penting sekarang ni. Saya nak awak tarik balik kata-kata awak tadi?”
“Yang mana?” Dahlia berpura-pura tanya. Muka dah terasa pucat tak berdarah. Agak-agak kalau dia menjerit, ada tak yang nak tolong ye?
“Yang awak panggil saya pencuri tu...”
“Err...” Dahlia telan air liur. Apa serius katak muka mamat ni. Aku gurau je kot. Huhu.
“I’m just...joking. takkan tu pun nak marah...” Dahlia cuba melemparkan senyuman namun terhenti apabila riak wajah Shah tidak berubah riak.
“For me, that’s not the joke. Itu menghina namanya. Belum pernah lagi keturunan saya dituduh sebagai pencuri..”
Nafas Dahlia tiba-tiba terasa sesak. Gilalah. mamat ni memang serius marahkan aku. Apa nak buat?
“Awak..err..sorry okey, saya..tak berniat..those words..terkeluar macam tu je. saya...tak sengaja..” Dahlia menjawab separuh merayu. Buatnya mamat ni bengang, ditolaknya aku jatuh dalam sungai ni, buat naya je. huhu.
“Memang mudah betul nak nak minta maaf kan. Now i know, betapa murahnya kata-kata maaf yang keluar dari mulut awak. tak ada nilai langsung. Buat salah lepas tu senang-senang nak minta maaf. Dasar perempuan semua sama je. hebat dengan mainan kata-kata tapi sebenarnya hipokrit.”
Langkah kaki Dahlia terhenti. Hampir berdesing telinga ketika mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Tangan digenggam seolah-olah menahan diri dari menghadiahkan sepakan percuma kepada lelaki itu.
“Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menghina awak dan keturunan awak tu tapi terus terang saya cakap, saya memang tak berniat langsung nak tuduh awak macam tu. kalau awak perasan, saya Cuma bertanya dan bukan menuduh. Tapi untuk orang yang marah dirinya dituduh sebagai pencuri, saya jangkakan awak mungkin lebih baik dari saya tapi ternyata awak lebih teruk. Apa hak awak untuk menyamakan saya dengan mana-mana perempuan yang hipokrit pada awak? awak kenal saya pun tak. Suka-suka hati je nak label saya macam tu. ingat awak tu bagus sangat ke? Entah perempuan malang manalah yang yang sibuk nak terkinja-kinja dengan awak tu kan. Terus terang saya cakap, awak memang tak layak nak bersama mana-mana perempuan pun. Biar awak tak kawin sampai bila-bila. Biar awak hidup sorang-sorang sampai ke tua....!”
Tengku Shah Putra terkebil-kebil memandang ke arah Dahlia yang kelihatan tercungap-cungap itu. Berani betul budak ni sumpah aku takkan kahwin sampai bila-bila. Ingat dia mandat besar sangat. Kena tulah aku yang berdaulat ni baru tahu.
Dahlia menarik nafas dalam-dalam. seumur hidup tak pernah lagi dia menyumpah orang sampai macam tu sekali. Namun marah punya pasal, apa yang terkeluar dari mulut pun tak dan nak kontrol. Cakap pun pakai lepas tak fikir apa. jangan aku kena sumpah balik dengan mamat ni, sudahlah.
Senyum senget mula bermain di bibir Putera Shah Putra.
Dahlia menjeling. Tu apa hal buat muka gaya macam orang yang dah tumbuh tanduk atas kepala tu?
“Sesedap mulut je awak nak sumpah-sumpah saya ye. Apa ingat awak tu mandat besar sangatlah? Awak tahu tak siapa saya?”
“Tak tahu dan minta maaflah. Saya tak ingin nak tahu. Sekian..” Dahlia menjawab selamba. Tengku Shah Putra mengecilkan mata. amboi, berani betul minah ni. Melawan ye.
“Awak akan menyesal kalau awak tahu siapa saya...”
Dahlia membuat muka. “Oh really? I don’t think so. Kenapa? Awak nak cakap yang awak ni sebenarnya putera mahkota Indera Mahkota yang datang ke sini sebagai rakyat biasa? Pleaselah. Jangan berangan boleh? Walaupun saya tak pernah tengok muka Putera Mahkota tu macam mana dan banyak cerita-cerita yang saya dengar tentang sikap dia yang kaki perempuan, playboy dan juga buaya darat kelas atasan tapi saya yakin, dia seratus kali lebih baik dari awak...”
Hampir jatuh rahang Tengku Shah Putra ketika mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis dihadapannya itu. Aku dikatakan kaki perempuan, playboy dan buaya darat? Cis. Ini tak boleh jadi ni. Ini dah termasuk dalam kes menderhaka kepada raja ni.
“Speechless? Tulah, lain kali kalau nak lawan cakap dengan saya tu, fikir dulu baik-baik. Ini anak cucu cicit Datuk Deraman Sirijaya tahu. Pendekar ulung Negera Indera Mahkota..” Dahlia berkata angkuh.
Cicit Datuk Deraman Sirijaya? Siapakah? Minah ni betul ke tak ni?
“Fine. Forget about that. Lagi pun malas nak layan minah senget macam awak ni. Just return back my book.” Tengku Shah Putra menghulurkan tangan meminta kembali buku nota berkulit hitam. Dahlia membulatkan mata. minah senget dia panggil aku?! Dahlia berjalan mendekati Tengku Shah Putra. Kepala di dongakkan ketika merenung wajah Shah yang mempamerkan riak selamba itu.
“Saya ada sesuatu nak bagi pada awak...” Dahlia mengukir senyum plastik. Tengku Shah Putra mengangkat kening.
“Apa dia?”
“Ni..!” Serentak dengan itu, Dahlia memijak kaki Tengku Shah Putra sekuat-kuat hatinya.
“Aduhhh!” Spontan Tengku Shah Putra tunduk memegang kakinya yang sakit. Rasa macam tulang kaki dah retak seribu. Minah ni pakai kasut cap batu bata ke apa ni?
“Itu pengajaran pertama untuk awak. lain kali sila bersopan santun terutama sekali dengan gadis lemah lembut macam saya. by the way, thanks for this. Bye...” Dahlia mengangkat buku nota hitam ke arah Tengku Shah Putra yang masih tunduk memegang kakinya itu. Mujurlah ketika itu tak ada orang di sekeliling. Kalau tak, sure tak pasal-pasal dia kena tangkap dengan polis.
“You....give me back...”
Dahlia melambai tangan ke arah Shah yang masih berkerut menahan sakit itu. Laju kaki melangkah meninggalkan lelaki itu. Dalam hati dah tergelak bagai nak gila. puas hatinya dapat mengajar lelaki tersebut. jangan ingat dia perempuan, senang kena buli. Ini Dahlia Sofialah. Cucu cicit Datuk Deraman Sirijaya. Heh.

                                                                           ***

“She is....” Tengku Shah Putra seperti tercari-cari perkataan yang sesuai untuk mengambarkan perasaannya ketika itu.
“Apa? kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Dah pukul tiga pagi tahu tak? Aku nak tidur pun tak senang...” Suara Amir Fitri yang tengelam timbul di sebelah sana, tidak diendahkan.
“Minah tu dah melampau. Dia...dia pijak kaki aku. Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Tengku Shah Putra bertanya agak geram. Geram dengan reaksi pembantu peribadinya yang seperti tidak mengendahkan kata-katanya itu.
“Siapa?” Tanya Amir Fitri kedengaran malas.
“Minah tu lah. dahlah pijak kaki aku, lepas tu dia boleh kata aku kaki perempuan, playboy dan buaya darat! Huh. Berani betul dia. kalau dia tahu aku siapa...”
“Kiranya dia tak tahulah yang kau tu sebenarnya Putera Mahkota dari  Indera Mahkota?”
“Tak, dan aku rasa kalau dia tahu siapa aku, mesti dia menyesal sekarang. Mesti dia akan melutut dikaki aku minta ampun..” Jawab Tengku Shah Putra agak berang. Rasa sakit dihati masih berbekas lagi. seumur hidup dia tak pernah lagi dilayan sebegitu oleh sesiapa apatah lagi perempuan. Dahlah hati sakit, kaki pun turut sama sakit. Spontan dia menjeling ke arah kaki yang dipijak oleh Dahlia. Agak lebam dan kelihatan biru. Nak berjalan pun terhincut-hincut.
“Hmmm, kira baguslah tu. maknanya dia layan kau macam manusia biasa je. kau patut rasa gembira. Bukan ke itu yang kau nak selama ini? Dilayan sama seperti orang lain?”
Tangan Tengku Shah Putra yang mengurut lebam di kakinya itu terhenti seketika. Dia melunjurkan kaki di atas sofa. Letak telefon di telinga dibetul-betulkan kedudukannya.
“Kau rasa, dia akan layan aku macam tu ke kalau dia tahu aku siapa?” Tengku Shah Putra bertanya. Alat kawalan jauh yang terletak di arm rest sofa tersebut dicapai sebelum punat ditekan secara rambang.
“Entah. Manalah aku tahu. Siapa nama minah tu tadi?”
“Dahlia..Pia..what so ever. Yang aku tak puas hati tadi, dia pijak kaki aku. Kau faham tak? Sampai bengkak kaki aku ni tahu. Seumur hidup aku tak pernah lagi orang buat macam tu pada aku...”
“Itu menunjukkan yang minah tu lain daripada yang lain. Mana tahu mungkin dia tu puteri kayangan kau ke...” Amir Fitri menjawab sambil menahan kuap. Mengantuknyalah.
“Huh? Dia puteri kayangan aku? Huh! Jangan haraplah. Perempuan macam tu tak layak jadi puteri kayangan aku sebab...”
“Sebab?” Tanya Amir Fitri malas. Mata dipejamkan walaupun telefon masih dilekapkan ditelinga.
“Sebab...” Tengku Shah Putra terdiam. entah kenapa dia tak mampu nak memberikan sebab kenapa Dahlia tidak layak menjadi puteri kayangannya. Serta merta dia teringat akan renungan mata gadis itu ketika gadis itu memandangnya dengan mata berkaca. Serta merta jantungnya berdegup kencang. Terasa darah turun ke muka.
“Sebab....ah! sudahlah, malas aku nak cakap hal mengarut ni. Yang aku tahu, kalau aku jumpa dia lagi, tahulah aku nak buat apa...”
“Hmmmm...” Amir Fitri hampir terlentuk di katil.
“Wei! Kau dengar tak apa aku cakap ni?”
“Hmmm?” Amir Fitri masih tidak membuka mata. telefon dah terlepas dari tangannya tanpa sedar.
“Amir Fitri!!”
                                                                        ***
Dahlia mendepangkan tangan seluas alam seolah-olah cuba menikmati hembusan udara yang lembut menampar tubuhnya. Senyum di bibir sejak dari tadi tidak lekang di bibir. entah kenapa moodnya hari ini agak baik. Mungkin disebabkan dia telah berjumpa kembali dengan buku notanya. Tak sangka buku tersebut boleh berada di tangan lelaki bernama Shah itu. Hati kembali sebal apabila mengingatkan Shah, lelaki yang kononya mengaku berasal dari Indera Mahkota itu. Entah betul atau tidak, dia sendiri tidak yakin. Tapi yang menghairankan dia, bagaimana buku ini boleh berada dengan Shah? Takkan Shah nak mencuri buku ini? Tapi kenapa? Buku ini bukan berharga pun. Sekadar catatan tentang lokasi dan serba sedikit maklumat mengenai Paris. Itu sahaja. Kalau betul Shah tu pencuri atau penyeluk saku, mesti Shah dah lama curi beg duitnya dan bukan buku ni. Barangkali betullah kut, Shah jumpa buku ni. Dahlia mengigit bibir. terbit rasa bersalah di hatinya. Bagaimana kalau Shah berkata benar? Ah! Malas nak fikir. dahlia kembali mendongakkan kepala memandang ke atas. Senyum kembali terukir di bibir ketika pandangan mata memaku pada Arc de Triomphe yang tersergam indah di hadapannya itu.
Arc de Triomphe de l'Étoile, adalah sebuah tugu di Paris yang terletak di pusat Place Charles de Gaulle, juga digelar "Place de l'Étoile". Ia berada di hujung barat Champs-Élysées. Gerbang kemenangan ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon. Di bahagian dalam dan atas gerbang terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak Dikenali dari Perang Dunia I.
Gerbang ini adalah pasak hujung gandar roda paksi bersejarah (Axe historique) — suatu turutan tugu dan jalan raya mewah pada laluan yang memanjang dari halaman dalam Istana Louvre ke pinggiran Paris. Tugu ini telah direkabentuk oleh Jean Chalgrin pada 1806, dan acara ikonografinya memperlagakan wira para pemuda Perancis yang bogel menentang pahlawan-pahlawan Jermanik yang berjanggut dalam baju rantai. Ia menjadi panduan untuk tugu am lain, dengan pesanan-pesanan bersemangat kebangsaan, hingga Perang Dunia Pertama.
Tugu ini berdiri setinggi 49.5 meter, lebar 45 meter dan tebal 22 meter. Kekubah besarnya setinggi 29.19 meter dan lebar 14.62 meter. Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68 meter dan lebar 8.44 meter. Ia merupakan gerbang kemenangan kedua terbesar wujud. Reka bentuknya diilhamkan daripada Gerbang Titus Rom. Arc de Triomphe ini sangat besar sehingga tiga minggu selepas perarakan kemenangan Paris pada 1919, menandakan tamatnya permusuhan dalam Perang Dunia I, Charles Godefroy menerbangkan kapal terbang bersayap kembar Nieuport melaluinya.
Dahlia mengeluarkan kameranya dan menekan punat secara rambang, cuba merakamkan sudut-sudut yang dirasakan menarik. Dahlia terlalu leka dengan aktivitinya itu tanpa sedar yang dia diperhatikan oleh seseorang tidak jauh dari situ.
“HEY!!” Dahlia terjerit apabila terasa seperti beg silangnya direntap kasar sehingga dia hampir jatuh tersungkur.
“Tolong! Help me!! Please somebody help me!” Dahlia menjerit kuat apabila menyedari yang begnya telah dibawa lari oleh seorang lelaki inggeris. Air mata sudah mula mengalir laju apabila dia menyedari tiada sesiapa di situ yang sudi membantunya. Dalam kepala dah terbayang isi begnya tersebut. passpot, beg duit, tablet dan segala macam benda yang penting bagi dirinya, hilang begitu sahaja.
Dahlia hanya mampu terduduk menyandar di tembok tugu Arc de Triomphe sambil menangis teresak-esak. Orang ramai yang berada di situ hanya memerhatikan dia, tidak ambil peduli untuk bertanya keadaannya. Memang begitu agaknya sikap orang inggeris. Berbeza sungguh dengan rakyat di Indera Mahkota. Serta merta dia berasa menyesal. Kalaulah dia tidak berdegil mahu ke sini, sudah pasti dia tidak akan jadi begini. Air mata semakin laju membasahi pipi apabila dia mengenangkan nasibnya sekarang. Macam mana dia nak balik Indera Mahkota nanti? Passpot tak ada. Duit pun tak ada. Usahkan nak balik Indera Mahkota, nak balik ke hotelnya pun terasa mustahil. Semua duit dah habis dibawa lari oleh penyangak durjana tu.
“This is yours, i guess...”
Terkebil-kebil mata Dahlia memandang beg kulit yang terhulur di hadapan matanya itu. Laju dia mencapai beg tersebut sebelum mengangkat muka. Hampir ternganga mulutnya apabila melihat siapa yang telah muncul tiba-tiba dihadapannya sekarang.
“Cuba check beg tu. ada barang hilang tak?”
Dahlia masih merenung wajah Shah dihadapannya tanpa berkelip. Macam mana Shah boleh ada di sini? Dan kenapa, dalam ramai-ramai manusia, lelaki ini juga yang muncul menghulurkan bantuan? Adakah sekadar kebetulan atau..
“Dahlia?” Tengku Shah Putra memetik jari dihadapan wajah Dahlia.
Dahlia tersedar. Muka terasa merah padam. Cepat-cepat dia tunduk untuk melihat isi begnya. Passpot, tablet, beg duitnya...
“Ada yang hilang?”
Dahlia mengelengkan kepala masih enggan mengangkat muka. Masih terasa segan kerana memandang lelaki itu tanpa berkelip tadi.
“Syukurlah...” Telinga menangkap suara lelaki itu berkata.
Dahlia menelan air liur. Rasanya dia sudah tidak mampu berpura-pura menyemak isi begnya kerana masuk kali ini sudah empat kali dia mengeluar dan memasukkan barang-barang di dalam begnya. Dia berdehem perlahan. Cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk diucapkan ketika itu.
“Err, terima kasih..”
“Untuk apa?”
Dahlia mengangkat kepala memandang wajah Shah yang turut sama merenungnya ketika itu. Air liur ditelan perlahan. Jantung tiba-tiba rasa berdebar tatkala pandangan mata Shah tajam merenungnya sehingga menusuk kalbu.
“Err, sebab...dapatkan balik beg saya...” Perlahan Dahlia menjawab. kepala kembali ditunduk merenung tanah. Muka dah terasa merah padam.
“Ohh..it’s okey. benda kecil je. kebetulan saya berada di situ. Lain kali hati-hati. Tempat orang kita tak tahu kan. bahaya ada di mana-mana. Tambah-tambah untuk gadis macam awak...”
Dahlia mengangkat kepala lagi. hati agak tersentuh apabila mendengar kata-kata Shah yang dirasakan ikhlas itu. Serta merta dia nampak bayangan Reza dalam diri Shah. Reza pasti akan berkata sesuatu seperti yang dikatakan oleh Shah itu. Hati tiba-tiba terasa sebak namun dia cuba mengawal perasaan.
“Awak sorang je ke?” Tengku Shah Putra bertanya sebelum duduk di sebelah Dahlia. Tubuh lelaki itu disandarkan di tembok tersebut. kaki diluruskan ke hadapan. Dahlia hanya memerhatikan gelagat Shah di sebelahnya itu.
“A’ah. Sorang je. awak? buat apa dekat sini?”
Tengku Shah Putra merenung wajah Dahlia. Tangan lelaki itu membetul-betulkan topi yang tersemat kemas di atas kepala. Cermin mata yang tersarung di wajah lelaki itu ditarik keluar dan di sangkutkan di kolar hadapan bajunya itu.
“Yap. Sorang je. saja jalan-jalan ambil angin. Macam awak jugak...”
Dahlia masih merenung ke arah Shah. Pelik. Memang pelik.
“Kenapa sini?” Tanya Dahlia agak ragu-ragu. Shah mengangkat kening.
“Maksud awak...?”
“Maksud saya, kenapa awak ke sini? Banyak tempat lain yang awak boleh pergi..tapi kenapa awak datang sini?”
“Kenapa? Tak boleh ke?” Tanya Tengku Shah Putra lagi.
“Bukan tak boleh...tapi...”
“Tapi apa?”
Dahlia terdiam seolah-olah kehilangan kata-kata. Baginya adalah agak mustahil dia dan Shah ni mempunyai fikiran yang sama. Rasa macam tak lojik kalau Shah kata semua yang berlaku ini hanya kebetulan.
“Boleh saya tanya sesuatu?”
Tengku Shah Putra menoleh ke arah Dahlia sambil mengangkat kening.
“Silakan...”
“Err...mana..awak jumpa buku saya ni?”
“Buku mana?” Tengku Shah Putra berpura-pura tanya.
Dahlia mengigit bibir. rasa bersalah mula menyelinap di hati apabila teringat akan kejadian beberapa hari lalu di mana dia menuduh lelaki itu sebagai pencuri dan memijak kaki lelaki itu.
“Errr, buku ni..” Dahlia mengeluarkan buku hitam dari dalam beg kulitnya. Shah merenung buku tersebut buat beberapa ketika.
“Kenapa nak tahu?”
“Saja...”
Tengku Shah Putra mengalihkan pandangan dari buku hitam itu ke arah Dahlia. Entah kenapa, dia seperti dapat membayangkan sesuatu telah berlaku pada gadis itu. Pandangan mata Dahlia itu cukup mengambarkan sesuatu yang berat sedang ditanggung oleh gadis itu.
“Betul nak tahu?”
Dahlia mengangguk perlahan. Tengku Shah Putra membetulkan letak tubuh supaya selesa ketika menyandar pada dinding tembok tua itu.
“May I...” Tengku Shah Putra menghulurkan tangan meminta izin untuk melihat buku hitam tersebut. dahlia memberikan buku tersebut tanpa berkata apa-apa.
“Buku ni memang milik awak?” Tengku Shah Putra membelek isi buku hitam tersebut sambil menjeling sekilas ke arah Dahlia yang asyik memandang ke arahnya, seolah-olah menunggu dengan sabar cerita yang bakal keluar dari mulutnya itu.
Dahlia mengangguk lagi.
“Penting sangat ke buku ni?”
“Kenapa awak tanya macam tu?” Dahlia bertanya agak pelik.
“Sajalah. Sampai sanggup tuduh saya pencuri..lepas tu pijak kaki saya lagi. nasib baik tak patah, tahu..kalau tak...”
“Maaf...saya tahu saya salah. Saya tak patut cakap macam tu...dua tiga hari ni saya selalu memikirkan hal itu..tertanya-tanya apa jadi pada awak..saya..tak sengaja...saya...” Dahlia terdiam apabila air mata laju membasahi pipi. Sesungguhnya hati terasa benar-benar menyesal kerana bertindak tanpa berfikir panjang dan yang menambahkan rasa kesalnya ialah, Shah masih sudi membantunya walaupun dia telah menyakitkan lelaki itu.
“Ehh awak, kenapa menangis ni? Janganlah menangis.. malu orang tengok...” Tengku Shah Putra dah mula mengelabah apabila Dahlia masih lagi menangis teresak-esak. Orang ramai sudah mula memandang ke arah mereka sambil berbisik-bisik.
“Awak..janganlah menangis lagi. please? Benda kecik je pun. Saya tak ambil hati...” Tengku Shah Putra cuba memujuk sambil mengaru kepala. Seumur hidup tak pernahlah dia nak memujuk orang terutama perempuan. Memang mati kutu dibuatnya.
“Betul awak tak ambil hati?” Dahlia memandang Tengku Shah Putra dengan mata berkaca. Tengku Shah Putra merenung wajah Dahlia yang basah dek air mata itu. Jantung terasa berdegup kencang ketika dia memandang ke arah sepasang mata berkaca milik gadis itu. Entah kenapa, setiap kali dia memandang ke dalam anak mata gadis itu, jantung terasa berdegup kencang. Sebelum ini dia tidak pernah berperasaan begitu dengan mana-mana gadis.
“Shah?”
“Hah? Apa awak tanya tadi?” Tengku Shah Putra tersedar. Dahlia merenungnya dengan raut wajah hairan bercampur curiga. Tengku Shah Putra berdehem perlahan. Tangan berpura-pura tuduk sambil membelek buku hitam ditangannya itu.
“Saya tanya, betul ke awak tak ambil hati? Tak marah pada saya lagi?”
Tengku Shah Putra mengangkat kepala.
“Taklah. Benda kecik je pun. Lagi pun saya tahu, awak tak berniat nak buat macam tu, kan? atau...awak memang berniat nak buat macam tu?” Tengku Shah Putra bertanya sambil mengangkat kening. Dahlia ketawa kecil sambil mengeleng.
“Ada pulak cakap macam tu. tak sengajalah..”
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Comel pula tengok minah ni ketawa macam tu.
“Yeke ke tak sengaja?” Tengku Shah Putra cuba menduga. Dahlia menjeling.
“Betullah. Kenapa? Tak percaya ke?”
Tengku Shah Putra mengangkat bahu. Mata kembali memandang ke arah buku di tangannya.
“Awak mesti baru pertama kali datang ke Paris ni, betul tak?”
“Macam mana awak tahu?” Tanya Dahlia agak terkejut.
“Selalunya kalau orang yang datang sini pertama kali je akan tulis semua maklumat lengkap macam ni. Berapa lama awak buat research sebelum datang sini?”
“Seminggu...”
“Really? Not bad....”
“Awak tak cerita lagi macam mana awak boleh jumpa buku saya ni...”
“Hmmm..jumpa ya, bukan curi?”
Dahlia membuat muka.
“Mengungkit. Kan saya dah minta maaf tadi...” Dahlia berkata perlahan seolah-olah berjauh hati.
“Yelah-yelah. Saya gurau je. awak ni sensitif ya...”
Dahlia menjeling tajam namun tidak berkata apa-apa. dia melemparkan pandangan ke hadapan. Memerhatikan gelagat pelancong asing yang turut sama berada di situ. Tengku Shah Putra di sebelah hanya memandang wajah Dahlia yang sedang mereung jauh itu. Rambut gadis itu terbuai-buai ditiup angin. Dia dapat rasakan yang Dahlia sedang menanggung sesuatu.
“Awak nampak sedih. Teringat seseorang?”
Dahlia tersedar dari lamunan. Bayangan Reza hilang dalam benaknya dan digantikan dengan wajah Shah di sebelah.
“Taklah...”
“Habis tu?”
“Habis tu apa? kalau awak tak nak cerita macam mana buku tu ada dengan awak, takpelah. Saya tak nak paksa..” Dahlia menghulurkan tangan ingin mengambil kembali buku itu dari tangan Shah namun Shah menghalang.
“Masa saya sampai di sini, ada sorang budak perempuan terlanggar saya di airport...”
“So?” Dahlia bertanya malas.
“Budak perempuan itu pergi tergesa-gesa tanpa sempat saya lihat wajahnya...”
“Then?” Dahlia bertanya tanpa perasaan. Dia tak tahu apa motif lelaki itu mahu menceritakan hal tersebut.
“Then, budak tu terjatuhkan benda ni...” Shah menunjukkan buku hitam ditangannya. Dahlia memandang buku tersebut buat beberapa ketika sebelum kembali memandang wajah Shah. Otak ligat berfikir sebelum dia teringat akan sesuatu.
“That is...you?” Dahlia bertanya agak terkejut. Tengku Shah Putra mengangkat kening sambil tersenyum kecil. Barangkali berasa geli hati melihat raut wajahnya ketika itu.
“Awak rasa?” Shah bertanya sambil mengipas buku tersebut ke tubuhnya. Dahlia mengigit bibir. lelaki yang dia langgar di lapangan terbang tempoh hari adalah Shah? Biar betul? adakah semua ini sudah dirancang? Shah yang juga rakyat Indera Mahkota ini jugak yang dia jumpa dalam ramai-ramai manusia walaupun mereka berada jauh beribu batu dari tanah air?
“Saya cuba nak pulangkan pada awak, tapi puas saya cari tapi tak jumpa. Akhirnya saya buat keputusan untuk simpan sahaja buku ni, mana tahu kalau ada jodoh boleh jumpa awak lagi..dan tak sangka...kita memang ada jodoh...” Shah ketawa ketika menuturkan kata-kata tersebut.
Dahlia hanya mendiamkan diri. jodoh? Dia dah Shah berjodoh? Tak mungkin. jodoh dia hanya dengan Reza...tapi Reza...
“Dahlia? Kenapa ni? Awak menangis lagi? saya ada salah cakap ya...”
Dahlia mengeleng laju sambil tangan mengelap pipi yang dah kembali dibasahi air mata.
“Awak ada masalah? Nak cerita pada saya tak? I’m a good listener, you know...”
Dahlia memandang wajah Shah. Hati kembali sebak. kata-kata Shah serupa seperti kata-kata Reza ketika arwah tunangnya itu memujuknya dulu setiap kali dia berasa sedih akan sesuatu.
“Nothing. It’s okey. thanks...” Dahlia menjawab sambil cuba tersenyum. Buku hitam diambil kembali dari tangan Shah sebelum dimasukkan ke dalam beg kulitnya.
“Hmm, okeylah. Saya balik dulu..jumpa lagi...” Dahlia bangun sambil mengibas belakang seluarnya yang penuh dengan habuk. Tengku Shah Putra hanya memerhati.
“Take care awak...” Dahlia sempat memberikan senyuman sebelum berpaling.
“Dahlia!”
Dahlia menoleh. keningnya terangkat seolah-olah bertanya. Tengku Shah Putra bangun dengan tergesa-gesa menuju ke arah Dahlia.
“Dahlia, awak...percayakan saya tak?”
Dahlia memandang ke arah wajah Shah dengan pandangan keliru.
“Maksud awak?”
“Maksud saya...nak tak kalau...err..kalau awak percayakan saya..nak tak kalau kita...” Tengku Shah Putra terdiam seolah-olah tidak tahu bagaimana manu meluahkan apa yang mahu diluahkan kepada gadis di hadapannya itu.
“Kalau kita....?”
“Err...kalau kita habiskan masa bersama-sama sepanjang kita berada di sini, di Paris ni?”
“Oh...” Dahlia agak tergamam dengan kata-kata Shah itu. Kepala ditunduk merenung tanah. Muka dah terasa merah padam.
Tengku Shah Putra terdiam apabila melihat Dahlia tidak memberikan sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia membuat permintaan sebegitu. Tapi hatinya begitu berat mahu berpisah dengan gadis itu. Bukan sekarang. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa dia boleh berperasaan begitu terhadap gadis yang baru sahaja dikenalinya itu.
“Kenapa...saya perlu ikut cakap awak?” Dahlia bertanya perlahan. Kepala masih tunduk merenung tanah.
“Saya tak minta awak ikut cakap saya...kalau awak percayakan saya..dah ikhlas..nak berkawan dengan saya...”
Dahlia mengangkat kepala memandang wajah Shah.
“Kenapa kita selalu terserempak?”
“Mungkin dah jodoh?”
Dahlia masih merenung wajah lelaki itu, cuba mengesan riak gurauan pada mata lelaki itu namun dia pasti, Shah tidak berguaru.
Dahlia hanya ketawa kecil sambil mengelengkan kepala.
“Awak ikut apa yang saya tulis dalam buku ni kan? tu sebab kita boleh terserempak dekat mana-mana. Betul tak?”
Shah mengangguk perlahan.
“So...?”
“So, itu bukan jodoh namanya. Itu sudah dirancang. Kalau awak tak ikut apa yang saya tulis dalam buku ni, kita takkan berjumpa..betul tak?”
“Tak sama ke tu?”
“Mana sama...” Dahlia menjawab tegas.
“Apa bezanya?”
“Bezanya, apabila seseorang yang telah ditakdirkan berjodoh, mereka akan bertemu tak kira walau di mana juga mereka pergi tanpa dirancang. Dan apabila mereka bertemu, mereka akan merasakan sesuatu di antara satu sama lain. Macam ada satu tarikan kimia....yang membuatkan mereka tahu yang itu adalah jodoh mereka...”
“Err, kita tak macam tu ke?”
Dahlia menjeling. Susah betul nak bagi mamat ni faham.
“No and never. Dahlah. Saya nak balik...” Dahlia menjawab sebelum berpusing mahu meninggalkan tempat itu.
“Dahlia, nantilah...” Tengku Shah Putra cepat-cepat menghalang.
“Apa lagi ni?”
“Please? Boleh tak saya ikut awak?”
“Apa? ikut saya?” Suara Dahlia naik satu level.
“Shhhh. Perlahan sikit boleh tak? Nanti orang ingat kita bergaduh pula...” Shah membuat isyarat jari di bibir. dahlia hanya menjeling sambil memeluk tubuh.
“Maksud saya, boleh kita lepak sama-sama? Tak pun, awak bagi balik buku tu pada saya..”
“Buku ni? Bagi pada awak? kenapa pulak saya nak buat macam tu?” Tanya Dahlia agak sinis.
“Sebagai..err..membalas budi?” Shah menjawab teragak-agak.
“Membalas budi? Budi apa?” Tanya Dahlia agak dingin.
“Err..sebab..selamatkan beg awak...”
Dahlia mengecilkan mata memandang ke arah Shah.
“So, awak nak ugut saya ya...”
“Err, taklah macam tu..tapi...”
“Tapi apa?”
“Err...janganlah marah. Saya Cuma nak berkawan dengan awak je...saya tak berniat jahat pun. Sumpah...” Tengku Shah Putra mengangkat lima jari ke atas seolah-olah berikrar. Dahlia menjeling tajam. Dalam kepala ligat berfikir. Patutkah dia mempercayai lelaki bernama Shah ini? Perlukah dia bergerak seorang diri sepanjang dia berada di sini? Macam mana kalau jadi lagi perkara seperti tadi? Atau lebih teruk lagi? boleh kah dia mempercayai Shah dalam menjaga keselamatannya?
“Awak janji dengan saya dulu...”
“Janji apa?”
“Awak..bukan berniat jahat dengan saya kan? bukan nak jual saya atau nak culik saya kan?” Tanya Dahlia agak ragu-ragu. Shah hampir tersenyum namun cepat-cepat dia memadamkan senyuman tersebut apabila melihat raut wajah Dahlia sudah berubah kelat.
“Saya, Shah dengan ini berjanji yang saya tidak mempunyai niat jahat terhadap awak. saya juga berjanji yang saya akan menjaga keselamatan awak sepanjang kita berada di sini. Saya juga berjanji tidak akan buat awak sedih...”Shah berkata bersungguh-sungguh dengan tangan masih diangkat separas bahu seolah-olah berjanji. Dahlia ketawa kecil melihat raut wajah Shah yang kelihatan serius itu.
“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak...” Dahlia masih ketawa lagi. Tengku Shah Putra menurunkan tangan.
“Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?”
Dahlia mengerutkan dahi mendengar pertanyaan Shah itu sebelum kembali ketawa.
“Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan...” Dahlia menjawab masih lagi ketawa.
“Betul ni? Janji?” Shah bertanya serius. Dahlia berhenti ketawa. Agak hairan dengan reaksi Shah yang tiba-tiba bertukar serius itu.
“Dahlah. Jangan bergurau lagi boleh tak? Nak ikut ke tak nak ni? Saya nak ke Notre Dame de Paris...”
“Naklah...!”
“Dah tu, sila jangan mengarut lagi kalau tak nak kena tinggal...”
“So, saya boleh ikut awak lah ni ye?” Shah bertanya inginkan kepastian. Dahlia tidak menjawab. dia berpusing ke hadapan sebelum berjalan menuju ke destinasi seterusnya.
“Awak, tunggulah...”
p/s: TO BE CONTINUED.                         

6 140 tukang karut:

baby mio said...

best.nak lagi.

nurul nuqman said...

best

Anonymous said...

Dahlia mmg rakyat indah mahkota ke

Cahaya said...

anon>>yes dear..dahlia rakyat biasa kerajaan indera mahkota :P

Anonymous said...

Ingatkan rakyat mlaysia

Cahaya said...

anon>>takde malaysia dalm ni. hehe.

Post a Comment