RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, November 21, 2013

Bukan Kembar Tapi Sama Bab 2


Bab 2
you what??!”
Farhana menekup telinganya dengan tangan. Laili dan nina turut melakukan perkara yang sama. Leeya di hadapan memandang farhana dengan mata yang terbeliak.
“ kau ni leeya..kalau ye pun jangan nak memekik macam tu..nasib tak pekak telinga aku..” farhana berkata sambil di angguk oleh laili dan nina.
“ kau kata..kau..kau..”. leeya cuba mencari-cari kata-kata yang sesuai. Farhana mengangkat kening memandang leeya.
“ aik…kenapa tetiba kau jadi gagap ni?”. Farhana bertanya sambil mengusik. Dia tersenyum lantas memandang laili dan nina yang turut sama ketawa mendengar lawak farhana. Leeya menarik muka empat belasnya.
“ ler…merajuk pulak..”. nina turut meyampuk.
“ nana..aku serius ni…”.
Mereka bertiga senyap seketika takkala melihat wajah leeya yang yang agak serius itu. Mata leeya tepat memandang wajah farhana. Suasana di kantin agak riuh rendah dengan para pelajar. Sekarang waktu rehat. Setelah selesai mengisi perut, mereka berempat mengambil keputusan untuk berehat di taman sains perdana 1 sementara menunggu loceng berbunyi.
relaxlah leeya..aku tak apa-apalah..” akhirnya farhana berkata perlahan. Tangannya sesekali menekan butang pada telefon bimbit sebelum memasukkan kembali ke dalam poket baju sekolahnya.
“ kau tahu tak siapa fakrul radzi shah tu?”. Leeya bertanya sambil mata tak lepas memandang farhana di sebelahnya. Farhana hanya mengeluh memandang kejauhan. Leeya dan nina yang juga pelajar tingkatan empat telah di tempatkan di kelas 4 perdana 6 memandangkan mereka mengambil mata pelajaran IT sebagai major, manakala dia dan laili mengambil keputusan untuk mengambil subjek aliran sains tulen.
“ aku tahu…kawan mamat tu..siapa entah nama..ali..azi..adi..ke apa namanya aku tak ingat..ada bagitahu…iya..iya..dia  cucu pengasas sekolah ni blah..blah..blah…”. farhana menjawab tanpa perasaan.
Leeya memandang tidak percaya ke arah farhana. Sesekali dia mengalihkan pandangan pada laili dan nina, seolah-olah meminta bantuan untuk memahamkan farhana bertapa seriusnya masalah tersebut.
“ nana…kita bercakap tentang fakrul radzi shah..”. kata leeya sambil menekankan tiga ayat terakhir.
“ so…?”. Farhana memandang leeya di sebelah dengan muka selamba.
Leeya menepuk dahi. “ macam manalah aku nak memahamkan budak ni..”. kata leeya di dalam hati.
“ macam ni jelah…biar aku berterus terang..”. leeya berkata sambil berdehem seketika, seolah-olah ingat membuat pengumuman penting dan menyambung kembali kata-katanya.
“…fakrul radzi shah tu merupakan cucu pengasas sekolah seri tunas perdana ini..dan kebetulan dia juga merupakan pengerusi majlis perwakilan pelajar merangkap ketua pelajar lelaki…”. Leeya terdiam seketika menunggu reaksi farhana. Farhana memandang leeya sambil mengangkat kening.
“ aku tahu tu…so..?”
Leeya memejamkan mata. Kenaplah susah sangat nak faham.
so…..kau dah cari pasal dengan si fakrul radzi tu…jadi aku takut dia akan susahkan kau nanti…”. Leeya berkata perlahan sambil bertukar pandangan dengan laili dan nina yang tercegar berdiri di samping mereka.
“ aku tak takutlah dengan mamat tu…kau jangan risaulah ye..” farhana berkata sambil menepuk perlahan peha leeya.
“ tapi…”
“ leeya…its ok…aku tak apa-apa..just forget about this…boleh?”. Kata Farhana sambil mengeluarkan mp3nya dan menyumbatkan sebelah earphone di telinga. Lagu belong to me nyanyiang taylor swift berdentum di telinga.
its not ok nana…sebelum ni..tak ada sesiapa yang berani buat macam kau buat tu pada dia tau..tambah-tambah..kau panggil dia samseng…”. Leeya berkata seolah-olah tidak mahu menamatkan perbualan  tentang perkara yang berlaku pagi tadi, insiden di antara farhana yang di katakan mencari pasal dengan pengerusi majlis perwakilan pelajar itu. Cerita tersebut merebak ke seluruh kawasan sekolah seperti virus yang menjangkiti para pelajar dan guru-guru, sehingga tiada perkara lain yang di bualkan kecuali hal tersebut.
“ wah…satu penghormatan untuk aku…” farhana berkata perlahan.
Leeya berkerut. Dia memalingkan muka memandang nina dan laili. Farhana turut memandang perlakuan leeya itu. Dia menarik earphone dari telinganya.
look…kau jangan risaulah…aku sanggup terima apa saja akibat dari tindakan aku tadi…memang aku akui yang aku dah bertindak agak bodoh..tapi benda dah lepaskan…”. Farhana menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya lagi. “…lagi pun aku tak berapa berkenan dengan perangai mamat tu…ada ke patut macam tu contoh teladan yang di tunjukkan oleh pengerusi majlis perwakilan pelajar…aku pun hairan..macam mana dia menang jawatan tu..?”. farhana memandang wajah leeya dan kemudian ke arah laili dan nina. Mereka bertiga terdiam seketika sebelum di pecahkan oleh nina.
“ aku dengar cerita…yang si fakrul tu dapat jawatan ni sebab…status keluarga dia..”.
no wonder…”. Farhana mendengus. Seketika kemudian, kedengaran loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu rehat. Farhana berdiri sambil memasukkan mp3nya ke dalam poket. Leeya turut berdiri sambil memegang bahu farhana. Farhana menoleh ke arah leeya.
just be carefull..orang macam fakrul tu takkan berdiam diri je..jadi hati-hati okey…apa-apa hal jangan lupa bagitahu kitorang…”.
“ ok…and thanks…don’t worry..i will…”. Farhana tersenyum sebelum bergerak menuju ke kelas bersama-sama laili manakala leeya dan nina turut bergerak ke arah bertentangan menuju ke kelas mereka.

                                                                                      ***

‘ Carbohydrates, fats, proteins and vitamins are organic substances because they contain carbon in their molecular structure. Water and minerals are inorganic substances since they don’t contain carbon. Carbohydrates, fats and proteins are needed in bulk in our diet, while vitamins and minerals are needed in smaller amounts. A person whose diet lacks any of these nutrients suffers from malnutrition, and this may give rise to a deficiency disease….’
“ Nana….nana…”. laili menyinggung farhana di sebelah dengan siku. Farhana yang sedang khusyuk membuat nota biologinya mengangkat muka memandang wajah laili di sebelah.
“ apa..? ”
“ tu…kat luar tu…”.
Farhana menala pandangan ke luar kelas. Kegelapan waktu malam tu di sinari hanya dengan lampu koridor. Mata farhana terpaku seketika sebelum menyambung kembali menulis notanya, seolah-olah tiada perkara yang menarik perhatiannya. Laili memandang farhana sambil berkerut.
“ hey…”.
 Farhana hanya memekakkan telinga. Tangan kirinya menguatkan volume mp3 dan dia kembali menyambung kerjanya seolah-olah tidak terganggu dengan apa-apa.
“ kau ni pekak ke?..” fakrul radzi bertanya keras sambil mengetuk meja dengan buku limanya. Farhana memejamkan mata sambil mengetap bibir.
“ laili…kau ada dengar something tak..?”. farhana memandang ke arah laili yang agak kalut itu.
“ erk…aku..”. laili tergagap-gagap menjawab sambil memandang wajah selamba farhana dan fakrul radzi yang dah macam singa lapar itu.
“ aku pun tak dengar apa-apa…mungkin langau kot…pelik aku…sekolah elit macam ni pun banyak langau..”. kata farhana sambil memandang wajah fakrul radzi sebelum memandang kembali nota biologinya. Kedengaran ketawa kecil di belakang. Farhana dan laili menoleh. Abdul baktiar, abdul azlan dan abdul fahmi tersengih mendengar kata-kata farhana itu. Mereka merupakan rakan sekelas farhana dan laili itu di gelar tiga abdul oleh warga sekolah seri tunas perdana. Walaupun mereka mempunyai pangkal nama yang sama, namun seperti yang di jelaskan oleh mereka dengan panjang lebar semasa sesi berkenalan pada kelas pertama tempoh hari, mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah.” Kami tak perlukan pertalian darah untuk bersama..hanya kepercayaan dan kesetiaan yang mengikat brotherhood…”. Begitulah yang di katakan oleh abdul baktiar. Farhana membalas senyuman mereka sebelum memandang ke hadapan semula.
“ 20 markah di tolak..”.
Farhana mengangkat kepala.
what??!”.
Mata farhana tajam merenung fakrul radzi yang tersenyum sinis.
“ oh..ingat dah pekak tadi…”.
“ apa maksud kau 20 markah di tolak..?” farhana mengetab bibir. Minggu ke dua persekolahan takkan dah hilang 20 markah.
obviously….”. lelaki itu masih lagi tersengih sambil melontarkan pandangan di sekeliling kelas. Waktu prep malam. Hanya beberapa orang pelajar dari tingkatan 4 perdana 2 yang datang prep malam tu. Rata-rata pelajar lebih suka menghabiskan masa atau mengulang kaji di bilik umum asrama masing-masing.
“ kenapa..? sebab aku buat pekak dengan kau ke?”. Farhana bertanya sambil berdiri. Ketinggian lelaki itu melebihi ketinggiannya membuatkan farhana terpaksa mendongak memandang wajah lelaki tersebut.
“ nope…sebab bawa keluar that stuff..keluar dari asrama…”. Fakrul radzi menunjuk pada wayar earphone yang terjulur keluar di telinga farhana. Farhana memandang ke arah yang di tunjukkan oleh fakrul radzi sebelum memandang kembali wajah lelaki itu yang masih lagi tersenyum sinis. Tergambar riak kepuasan di wajah itu. Farhana mengetap bibir.
give it to me….”. fakrul radzi menghulurkan tangan ke arah farhana. Farhana  bertukar pandang kearah tapak tangan yang di hulurkan oleh fakrul radzi dengan wajah laili yang diam membisu itu. Farhana terdiam seketika. Matanya kembali di talakan ke muka fakrul radzi. Seolah-olah bahang keluar dari tubuhnya terus ke mata, sehingga dia agak terkejut tidak ada laser yang keluar dari matanya tembus ke wajah lelaki itu. Kebencian terhadap lelaki itu di rasakan meningkat berlipat kali ganda.
“ takkan sebab bawa keluar this stuff pun dah kena tolak 20 markah..?”. farhana bertanya perlahan sambil menekankan perkataan this stuff. Cuba menenangkan diri.
“ kalau student lain..memang aku takkan tolak 20 markah..tapi sebab student itu adalah kau..aku terpaksa tolak 20 markah…eh..aku ada cakap terpaksa ke..? maksud aku, aku dengan senang hati tolak 20 markah..kesian..aku bimbang…markah tercorot untuk demerit tahun ini di sandang oleh kau…baru dua minggu dah hilang 20 markah…belum ada lagi student sekolah ini yang hilang markah sebanyak itu seawal ini..kau boleh cipta rekod baru….” Fakrul radzi berkata sambil ketawa jahat. Di sambut oleh tiga orang kawannya yang turut ketawa mengampu. Farhana mengigit lidah, cuba untuk menahan diri dari melontarkan kata-kata makian pada lelaki itu. Suasana senyap sunyi. Seperti yang telah di sampaikan oleh pengetua sekolah seri tunas perdana semasa sesi orientasi tempoh hari, setiap pelajar sekolah ini akan diberikan 100 markah demerit. Markah ini akan bertambah dan berkurang bergantung kepada prestasi para pelajar. Sekiranya para pelajar menunjukkan prestasi yang baik tak kira dalam apa jua situasi, guru-guru, pengawas dan ahli majlis perwakilan pelajar berhak menambah markah demerit tersebut. Manakala sekiranya para pelajar di dapati melakukan kesalahan seperti melanggar peraturan sekolah atau prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum kurang memuaskan, guru-guru, pengawas dan ahli majlis perwakilan pelajar juga berhak menolak markah demerit tersebut di samping hukuman-hukuman yang lain. Pada penghujung tiap-tipa tahun, setiap markah para pelajar akan di campur mengikut kumpulah rumah sukan masing-masing, dah ahli dalam rumah sukan yang memiliki markah demerit yang paling banyak akan di nobatkan sebagai juara rumah sukan dan pengiktirafan ini merupakan satu perghormatan di sekolah seri tunas perdana ini.
Farhana memejam mata. Cuba menahan kesabaran. Semua pelajar yang ada di dalam kelas itu diam terpaku melihat insiden itu. Masing-masing seolah-olah menunggu tindak balas dari farhana. Farhana mengenggam tangannya dan menarik nafas. Farhana mencabut earphone dan mengeluarkan mp3 dan di hempas di atas meja. Matanya tertumpu ke dalam mata fakrul radzi, seolah-olah berniat untuk memancarkan laser tembus ke mata lelaki itu supaya berkecai.
“ ok..nak sangat..ambik aa..aku ada banyak lagi kat bilik..!”. kata farhana sambil mengemas buku-bukunya dan bergegas keluar dari kelas. Laili yang tercengang melihat tindakan drastik farhana itu turut mengemas peralatan dan mengekori farhana dari belakang. Fakrul radzi yang terkejut dengan tindakan tak dijangka oleh farhana itu hanya tercegat di situ, dengan mata menumpu ke arah pintu belakang dan mp3 di atas meja. Adi dan dua lagi kawannya hanya bertukar pandangan dengan senyap.

                                                                   ***

“ bosannya…kan best kalau minggu ni dapat balik…”. Farhana berkata sambil menarik rumput di kakinya. Matanya sesekali memandang laili yang sedang berlatih bermain tenis. Laili yang meminati sukan tenis sejak kecil telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli kelab tenis perdana manakala dia, farhana telah mendaftar sebagai ahli kelab bola keranjang. Setakat ini sesi latihan untuk kelab bola keranjang belum lagi bermula.
homesick eh…”. Nina di sebelah menyapa. Dia turut memandang laili di gelanggang tenis tersebut.
“ taklah..aku nak homesick?..in your dream…”. Farhana menjawab sambil mendengus.
“ dah tu..kenapa..? rindu nak jumpa buah hati..?”. leeya turut menyampuk sambil tersengih. Farhana memutarkan bebola mata.
whatever…”.
“ kau tak pernah cerita pun pasal diri kau…your family..”. nina pula bersuara sambil melunjurkan kaki. Petang-petang berehat bawah pokok ni seronok juga.
“ apa yang aku nak cerita pun..tak ada apa-apa yang menarik..” farhana menjawab malas.
at least bagi tahulah..your parent kerja apa..macam mana kau boleh dapat scholarship ni..adik beradik ada berapa..”.
“ kenapa?..kalau mak ayah aku kerja menoreh getah..kau berdua tak nak kawan dengan aku ke..?”. farhana bertanya sambil memandang nina dah leeya. Nina dan leeya mengalihkan pandangan dari gelangang tenis ke  wajah farhana.
“ dia start dah…”. Leeya menjulingkan biji mata. Farhana ketawa kecil.
“ benda-benda yang kau buat tu…aku je yang boleh buat…”. Kata farhana merujuk tentang kelakuan leeya menjulingkan biji mata itu.
what so ever..cepatlah..”.
“ cepat apa? ”. Farhana buat-buat tanya.
“ budak bertuah ni…”.nina pula berkata.
“ aku memang bertuah…”. Farhana tersengih.
“ nana…”.
“ yelah-yelah..apa yang kau orang nak tahu..? ”. farhana kembali memandang laili yang sedang memukul bola tinggi di gelanggang.
your parent kerja apa? ”. Nina bertanya sambil mengipas diri dengan tangannya.
Farhana terdiam seketika sebelum menjawab.
“ kerja biasa je..bukan macam kau orang berdua…mak ayah aku kerja cikgu..cikgu sekolah menengah…”
“ ohh..kira okeylah tu..so macam mana kau dan laili dapat scholarship ni?”. Leeya turut bertanya.
“ hmm…well..kitorang ada join satu program ni..program tunas harapan..dalam program ni segala aktiviti kokurikulum dan akademik sepanjang tiga tahun di sekolah menegah akan di rekodkan..jadi mungkin dah rezeki, dapat kat kitorang berdua..”.
“ wahh…hebatlah kau ni ye…”. Nina berkata sambil membeliakkan biji mata. Farhana hanya tersengih.
“ biasa jelah…cuma memang kitorang kerja keraslah nak dapat scholarship ni..aku memang aktif sukan terutama bola keranjang manakala laili tenis dan balapan..tapi akademik kena jaga juga..memang macam-macam pertandingan akademik kitorang masuk..pertandingan saintis muda, pertandingan reka cipta..pendek kata semua jenis competition kitorang masuk..kira bukan duduk goyang kaki lah nak dapat tu..” farhana berkata sambil tersengih. Leeya dan nina terlopong seketika.
lucky you…” leeya berkata selepas terdiam seletika. Farhana dan nina berkerut memandang wajah leeya yang tiba-tiba mendung itu.
“ kenapa pulak?”. Farhana bertanya. Setahu dia, leeya dan nina ini merupakan anak orang berada, seperti kebanyakan pelajar sekolah ini, leeya yang seperti di beritahukan semasa di awal perkenalan di bilik mereka tempoh hari, merupakan anak salah seorang pentadbir sekolah bergelar datuk dan datin manakala nina merupakan cucu kepada pereka barang kemas terkemuka negara, dan memandangkan nina merupakan cucu sulung, jadi secara tidak langsung segala harta warisan akan menjadi milik nina apabila nina berusia 21 tahun nanti.
at least kau dapat masuk sekolah ni dengan usaha kau sendiri..macam aku..kalau bukan keluarga aku..mungkin aku tak layak pun…”. Leeya berkata perlahan. Farhana bertukar pandangan dengan nina di sebelah.
“ leeya…tak baik cakap macam tu..kau pun apa kurangnya..kau kan pengerusi kelab ICT…bukan calang-calang orang tu..silap-silap hari bulan..kau boleh godam komputer sekolah apa..”. farhana cuba berkata sambil melawak. Leeya dan nina hanya tersenyum. Laili datang menghampiri mereka sambil duduk di sisi farhana.
“ amboi..aku penat-penat training, kau bertiga duduk melepak kat sini pulak..”. kata laili sambil membuka tutup botol minumannya.
“ habis tu kau nak kitorang buat apa?”. Nina bertanya sambil mengenggam bola tenis yang di bawa oleh laili itu.
“ at least tolonglah kutip bola ke…ada jugak faedahnya…”.
“ banyaklah kau punya kutip bola..”.farhana berkata sambil mengetuk perlahan botol kosong di tangan laili.
“ sakitlah….hati-hati sikit..tangan aku ni sangat bernilai untuk kelab tenis sekolah..tahu…”.
Farhana menjulingkan biji mata. Nina dan leeya ketawa.
“ perasan..”.
“ amboi-amboi…bersuka ria pulak empat dara pingitan ni..”.
Farhana menoleh ke belakang. Laili, leeya dan nina turut berpaling. Tiga abdul dah datang dengan berseluar pendek paras lutut dan berjersi merah gelap. Di tangan abdul baktiar terkepit kemas sebiji bola.
“ dah datang dah tiga abdul ni…”. Leeya bersuara sambil mencebik.
“ ala….relax aa…nak join boleh?”. Abdul fahmi berkata sambil tersengih. Mereka berjalan mendekati kumpulan budak perempuan tersebut.
“ buat apa kat sini..?”tanya laili dan abdul azlan serentak.
Semua yang ada di situ terdiam seketika sebelum masing-masing meledak ketawa.
“ saja lepak..hirup udara segar…”. Farhana menjawab sambil mengesat mata.
“ oo…kami ada training bola kejap lagi…” giliran abdul baktiar menjawab.
“ oohh…bila lawan.?”. leeya bertanya pula.
“ bulan enam nanti..saja buat persediaan awal…”.
oo I see..”
“ kau tak ada trainning nettball ke? ”  abdul fahmi bertanya leeya di sebelahnya.
“ mana kau tahu aku join kelab bola jaring?”. Leeya bertanya pelik. Abdul fahmi terdiam seketika sebelum menjawab.
“ aku tahulah..aku kan james bond..”. 
Leeya mencebik.
“ okeylah…kami pergi dulu…jumpa lagi..”. andul azlan bangun sebelum mereka bertiga bergerak menuju ke padang bola di sebelah gelanggang tenis itu.
“ kita pun kena balik ni…jumlah…aku pun nak mandi-mandi..badan dah berlegas..”. laili berkata sambil bangun, menyapu habuk daun kering yang melekat di punggungnya. Mereka bertiga turut bangun dan seketika kemudian, mereka berempat berjalan melenggang menuju ke asrama puteri.
p/s : To be Continued.
p/s/s: mahu dapatkan novel ini? sila layari laman ini :  sini
untuk ebook tekan sini : ebook

8 140 tukang karut:

Ite Hamid said...

Not bad...curious dh nk tau d whole story..nk kene beli online ke Nurul? Xde kt bookstore?

Ite Hamid said...

Not bad...curious dh nk tau d whole story..nk kene beli online ke Nurul? Xde kt bookstore?

Cahaya said...

ite>> tak surelah kak sebab setakat ni saya hnya jumpa yg jual dekat pesta buku je. dekat kedai tak jumpa dah. kalau akk pergi pesta buku bulan depan try cari di booth must read. selalunya ada. cover baru.

Ite Hamid said...

Pesta buku bln dpn?? Alamak..bestnye..bila? PWTC ke?
Adehs...mesti crowded gile nih..akk xley masuk crowded places..cnfm PITAM..!!! Ni yg nk :'( nih..huhuhuhuuu..

Cahaya said...

ite>>yap..11-15 dec bulan depan. ni book expo..yg pesta buku biasa bulan april..tp yg 1malaysia bulan depan. buku murah2lah hehe. try lah jenguk2..ramai memang ramailah..tp meriahhhh. :)

Ite Hamid said...

Huhuhu...dh la akk ni mudah tergoda ngn buku..kau siap bagi akk planner utk thn dpn??? Ni yg rase mcm nk suruh inche hubby amik cuti nih ;p

Cahaya said...

ite>>hahaha.takpe kak..nanti dh dapat tarikh tahun depan sy update dekat akk..leh akk mintak cuti siap2 kikiki..

Anonymous said...

Akak bila nak sambung lagi.saya terjumpa buku ni haritu tapi tak beli

Post a Comment