RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, October 19, 2013

Semangattt...

Assalamualaikum,
selamat hari sabtu. entah kenapa hari ini tiba-tiba rajin nak update blog pula. terima kasih kepada pengunjung yang still lagi view blog ni walaupun dah penuh bersawang.terharuuuu! jadi hari ni aku nak update blog sikit. nak kembalikan semangat menulis. FYI, lepas je aku hantar manuskrip BERIKAN AKU PELUANG KEDUA awal bulan september hari tu, aku terus tak menulis. Hah ni pun aku benti kejap menulis sampai terlupa yang aku tengah tulis blog tak habis lagi hahaha.

ermmm, aku nak cakap pasal apa tadi?haih lately aku asyik ada short term memory simptome. tah tahulah kenapa. padahal malam-malam pi telan epo + fish oil. tu bukan untuk ingatan ke? ok abaikan. sambung yang awal-awal aku tulis tadi, lepas hantar wafiy + ana ke penerbit, aku stop terus menulis. aku rasa ni paling lama tak menulis kot. dekat sebulan nak masuk dua bulan kut padahal due bulan jan 2014. tinggal berapa bulan je lagi?? mss pula baru 145 jek. outline dah buat, kira dah tahu jalan cerita macam mana dan ending akan jadi macam mana tapi mood tak ada. sebenarnya aku jarang nak mengalami ketandusan idea, alhamdulillah. setakat ini. kalau aku tulis tu idea akan mencurah-curah tanpa perlu berfikir sebenarnya. tapi yang membuatkan aku slowwww gila adalah disebabkan mood telah kelaut dan kelangit. serius lepas je hantar wafiy tu aku jadi malas. maybe sebab nak habiskan wafiy tu seksa sikit sebab aku paksa mood datang. dekat 500 jugak peges dia walapun editor cakap jangan lebih heh. takpe nanti kita cutlah yang mana boleh cut sobsss.

so hari ni aku jugak nak paksa diri aku untuk mengadap shah + dahlia ( shah lagi??? apesal watak nama aku takde variasi langsung sungguh bosan okey). hope dapatlah tulis sikit hari ni. satu muka pun jadilah. at least takdelah bersalah sangat nak repeat running man untuk kali ke 99 wakakaka.

satu lagi, maaf lah ye sebab aku baru perasan yang nama watak dalam novel aku macam sameeeee je. watak KDS shah + aliah ( lia), BAPK2 lia + andriana, MSA ariana dekat2 nak sama dengan andriana, DPM? Shah + dahlia ( lia yang terpaksa aku tukar jadi pia). aku cuba untuk mengunakan nama yang biasa-biasa je. serius. nama biasa pun sedap apa. sebab tu hero MSA aku letak akmal. best apa nama akmal kan. heee. n shah. hmmm, aku suka gila nama shah sebab entah kenapa. plan nk bg nama anak pun shah nanti wakaka ok berangan banyakkkkk. tapi serius aku harap takdelah yang komplen eh. serius aku tak perasanlah. nak tukar rasa macam dah terlambat. sebab nama-nama tu dah sebati dalam jiwa ini. lain kali aku janji aku letak nama lain. comman name. samad ke, jali ke, saiful ke..yang perempuan nama melati ke, mawar ke, orkid ke..eh tu nama bunga dah haha.

okeylah, aku nak sambung mengadap DPM? nanti aku up bab sambungan yang aku pun tak ingat sampai mana hari tu. tapi rasa macam nak tidur kejap wahahaha ok jangan marah k. hahaha. sebelum aku end this mengarut aku nak tepek sesuatu. tunggu jap eh.









taraaaa! santapan minda aku. lamaaaa gila kut tak membaca. tu otak jadi slowww gila.
aku beli buku ni lepas ada sorang hamba allah ni cerita sinopsis dekat fb. aku memang minat
dengan FT ni sebab cara dia tulis lain-dari lain. aku suka novel dia yang 1515 tu. sangat best.
baca banyak kali pun tak jemu. bahasa dia tinggi sikit. yelah sastera kan tapi aku suka. aku prefer baca buku macam ni berbanding baca novel cintan sori hahaha. tapi aku tak mampu lagi nak tulis novel macam ni. aku ada satu mss yang ala-ala macam ni lah. tentang alien haha tapi sampai sekerat jalan je sebab masa tu aku kena pergi pusat sains negara nak kumpul maklumat. sampai sekarang aku tak dapat pergi sebab takde sapa nak bawak makanya mss tu terhenti di situ je. haaa ingat senang ke nak tulis novel ni. susah tau. kena buat research bagai. macam nak buat master jugak apa heh.satu lagi aku ada jugak koleksi lima sekawan dengan siri salma. heee. ok jangan gelak k tapi serius. aku nak simpan untuk bagi anak-anak aku baca tak kira diorang kena baca jugak hahaha. kalau english aku suka nancy drew. best. klah banyak pulak aku meraban. nak sambung menaip bye.

0 140 tukang karut:

Post a Comment