RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, October 19, 2013

Product SOPHIE PARIS-kualiti terbaik.

Assalamualaikum,
selamat malam. aku sekarang ni tengah in the middle tulis cerita pasal shah dengan si dahlia tu lah. tetiba teringat nak share sesuatu. aku rasa girls sukalah kut. apa dia? jap lagi aku tepek pic. kejap eh...


 travel bags (4pcs in one price) cool tak? percayalah.
 ini beg yang aku beli untuk diri sendiri. haha. aku suka beg ni sebab design dia macam fossil. serius cantik! harga rm150. murah kan?
this one aku beli untuk hadiah besday mak aku bulan depan. tadi baru sampai. OMG i loves the texture. sangat lembut leather dia. serius tak tipu. nasib baik dah niat untuk bagi mak kalau tak aku rembat buat harta sendiri. dah selamat bagi dekat mak in advance sebab kalau simpan lama-lama nak tunggu bulan depan aku takut aku curang lalu menjadikan beg itu sebagai hak milik kekal. heh.

okeylah. kenapa tiba-tiba aku come out dengan semua benda ni? bukan nak riak menunjuk ya kawan-kawan tapi aku nak share je. aku tak tahu berapa ramai yang kenal brand sophie paris ni. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah google ye. aku agak kemalasan nak google heh. aku dah tahu pasal brand ni lama dulu tapi tak ambik pot sebab aku pikir macam mana nak beli susah kan. lagi pun aku tak tahu pasal kualiti dia. aku ni kan cerewet tahap dewa. serius. aku memang cerewet gila. but then satu hari masa sebelum raya dulu ada one of my opismate bawak katalog sophie paris ni. so macam biasalah kita pun dah stress tak hengat pulak disamping mood nak bercuti raya dah menjelma makanya aku pun membelek katalog ni. since aku pernah dengar pasal sophie paris ni so aku pun takdelah nak banyak tanya sangat. belek punya belek tetiba aku berkenan dekat satu hangbeng ni. nak buat raya lah katakan. sebenarnya banyak gak yang aku berkenan tapi yelah, takkan nak beli semua. itu namanya boros. mentang-mentang 1st royalti dah masuk masa tu weeee tapi kena kawal okey. so aku beli satu beg ni warna pastel peach + hijau + kuning sikit. malas pulak nak tepek pic tapi seriuslah cantik. dia ada sekali dengan kasut. masa ni aku beli beg je dulu. kasut baru je beli hari tu tapi kena tukar sebab saiz kecik dan baru sampai saiz baru. okeylah minggu depan nak pakai gi pejabat heh.

so bila beg sampai, aku tengok kualiti sangat tip top. serius aku cakap. macam beg branded yang lain. harga pun agak murah bagi aku kalau nak compare dengan beg branded yang lain. start dari situ aku terus jatuh cinta dengan barangan sophie ni lantas aku terus mendaftar jadi ahli. rm 15 untuk seumur hidup dan kau dapat 20% discount setiap kali kau beli barang sophie. tak kira kau beli barang harga rm 10 pun tetap ada 20% discount. lepas tu kalau belian kau cecah rm 150 sebulan, contoh kau beli hangbeg harga rm 150, kau akan dapat free give untuk bulan tu. setakat dua bulan ni aku dapat dua free gift dah. shopping beg tertulis I heart Sophie Paris dengan coin purse warna pink lalala. best kan? baru dua bulan aku join der..

so dekat sini aku just nak share je kalau ada sesiapa yang berminat dengan barangan sophie ni, bolehlah whatsapp aku laju-laju di 01125517535 atau email me at nurulainnismail@gmail.com. nak jadi ahli pun boleh. apa-apa boleh whatsapp or email je ok. insyaAllah aku akan jawablah soalan-soalan korang tu. 

for more view product sophie paris boleh click http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html

p/s: dah view dan ada product yang korang berkenan, boleh whatsapp or mesej aku or email. calls tidak dilayan ya. happy browsing. :)

0 140 tukang karut:

Post a Comment