RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, October 7, 2013

Jangan Bermain dengan api.


Jangan bermain dengan api.
kenapa?
kelak terbakar diri.
pernah dengar kata bidalan?
kecil-kecil menjadi kawan,
bila besar menjadi lawan?
itulah api.

kenapa kita cenderung,
mahu merosakkan kebahagian,
yang sedia ada,
apabila hadirnya insan baru?
apakah insan lama,
yang sentiasa di sisi,
susah senang menangis,
ketawa bersama,
tidak cukup bagus,
jika hendak dibandingkan,
dengan insan baru itu?
bilakah kau mahu sedar?
akan hakikat itu?

adakah kau akan sedar,
apabila semuanya sudah terlambat?
kenapa jadi begini?
adakah kau sudah jemu?
dengan insan yg setia di sisi?
dengan alasan tiada variasi?
heh.
jangan berani bermain dengan api,
kelak terbakar diri.
dia yang baru,
belum tentu mampu memberi,
seperti dia yang lama.

sedarlah!
bangkitlah!
dari mimpi!
jangan bermain dengan api.

0 140 tukang karut:

Post a Comment