RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, October 26, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 11


BAB 11
Tengku Shah Putra mendongak ke atas ketika memerhatikan Menara Eiffel atau dalam bahasa Perancis dipanggil La Tour Eiffel. Walaupun dah banyak kali dia melancong ke Paris ini, namun tarikan Menara Eiffel itu tetap kuat. Bak kata orang, kalau ke Paris tapi tidak singgah barang sekejap untuk ke situ, bukan ke Paris namanya. Dia pula tak pula berasa jemu walau dah banyak kali jejak ke situ. Entah kenapa menara besi itu juga yang dia suka tengok setiap kali berkunjung ke situ.
Mengikut apa yang dia tahu, Menara Eiffel itu merupakan bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Menara Effiel juga dinamakan sempena nama perekanya iaitu Gustave Eiffel dan menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia. Menara ini hanya mengambil masa selama dua tahun sahaja pembinaannya dan dibuka pada tahun 1889. Selain itu, Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 meter.
Tengku Shah Putra hanya duduk di tebing batu sambil menghirup kopi panas yang sempat dibeli dalam perjalanan ke situ tadi. Sesekali dia membetulkan letak topi di atas kepala. Cermin mata hitam yang setia menghiasi wajahnya turut sama dibetulkan. Sesungguhnya dia berasa bebas dan tenang ketika itu. Tenang kerana di situ tiada siapa yang mengenalinya. Malah, dia merasakan yang dia seperti manusia biasa yang normal. Bebas ke mana-mana yang dia suka tanpa perlu bimbang menjadi buruan paparazzi yang dahagakan cerita-cerita panas darinya itu.
Setelah bertapa hampir sejam di situ, dia mengambil keputusan untuk bergerak ke tempat lain pula. Namun dalam kepala tidak tergambar destinasi seterusnya. Dia memandang sekeliling. Orang semakin ramai memenuhi tempat tersebut. Ada yang sedang mengambil gambar kenangan, ada yang sedang berdiri tercegat di hadapan menara besi tersebut sambil mendongak ke atas, ada juga yang sedang duduk bertapa di atas lantasi sambil melakarkan menara tersebut di atas kanvas putih. Tengku Shah Putra melontarkan cawan kertas kearah tong sampah berdekatan. Fikirannya buntu seketika namun dia teringat sesuatu. Perlahan-lahan, zip beg sandang dibuka dan sebuah buku nota hitam dikeluarkan. Dia membelek halaman pertama buku tersebut. Dia tumpang simpati pada si pemilik buku tersebut. Pasti sudah banyak masa yang dihabiskan untuk mengumpulkan maklumat tentang Paris dan akhirnya, buku itu jatuh ke tangannya tanpa sengaja. Dalam hatinya turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada si gadis pemilik buku nota tersebut. Sudah sesat ke atau sudah berada di luar Bandar Paris?
Tengku Shah Putra membelek lagi halaman tersebut. Kalau ikutkan pada catatan pada halaman pertama buku tersebut, si pemilik buku itu akan menghabiskan masa di sekitar Menara Effiel pada hari ini. Spontan Tengku Shah Putra memandang sekeliling. Mencari-cari kalau-kalau gadis si pemilik buku nota tersebut muncul di mana-mana. Tapi jika gadis itu muncul di hadapan batang hidung dia pun, dia pasti tidak mampu mengecamnya. Tengku Shah Putra kembali memandang halaman catatat tersebut. Dia terdiam dan berfikir. Hmmm, alang-alang tak ada benda nak buat, apa kata kalau dia ikut sahaja plan gadis si pemilik buku nota ni? Untung-untung boleh terjumpa dengan gadis tersebut di mana-mana tempat yang disenaraikan dalam buku tersebut walaupun peluang untuk itu hanyalah sekadar 0.00001 peratus sahaja.

                                                                        ***

DAHLIA mendongak memandang ke atas. Orang yang berpusu-pusu di kelilingnya tidak diendahkan. Telinga yang berdentum dengan lagu ‘The Diary Of Jane’ tidak lagi menarik perhatiannya. Dia betul-betul terpegun ketika memandang Menara Eiffel buat pertama kali dalam hidupnya. satu sahaja perkataan yang terlintas dibenakknya ketika itu. Tingginya!
Dahlia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar menara tersebut beberapa kali. Dia juga turut mengambil gambarnya sendiri berlatar belakangkan menara Eiifel sebelum dihantar kepada Suria. Pasti Suria cemburu. Haha. Dahlia menghabiskan masa selama setengah jam di situ. Tangan tak henti-henti menangkap gambar pemandangan indah tersebut dengan mengunakan tablet dan telefon bimbitnya. Sempat dia memuat naik gambar-gambar tersebut untuk di kongsi bersama rakan-rakan di Facebook. Setelah puas duduk bertapa di situ, Dahlia kembali membuka dokumen di dalam tabletnya. Jarinya menyentuh senarai aktiviti pada hari ini. Spontan senyum lebar terukir.

                                                                 ***

Letak cermin mata hitam di batang hidung dibetulkan kedudukannya. Topi yang setia menghuni atas kepalanya itu ditanggalkan, membuatkan rambut terbuai-buai lembut dek tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tengku Shah Putra membuang pandangan ke arah bangunan yang sedang mereka lalui sekarang. Pelayaran dengan Seine River Cruise yang sudah memakan masa setengah jam itu telah hampir separuh perjalanan. Penumpang yang turut sama dalam pelayaran tersebut agak ramai dan kebanyakannya berpasangan. Hanya dia sahaja yang kelihatan duduk berseorangan. Hmm, agak menyesal juga kerana mengikut rancangan dalam buku nota tersebut. bukan dia tak suka berada di situ, namun bila dah di kelilingi dengan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dia sendiri pun naik segan.
Bunyi bising di belakang membuatkan Tengku Shah Putra menoleh di balik bahu. Namun hanya sebentar sahaja apabila dia melihat aksi yang tak sepatutnya dia lihat. Spontan dia memandang ke hadapan semula. Cuba sedaya upaya menikmati pemandangan di hadapan dan cuba sedaya upaya untuk berpura-pura tidak dengar bunyi yang semakin kuat di belakang. Dalam hati berdoa supaya cepatlah pelayaran itu sampai ke destinasinya.

                                                                        ***

Dahlia membetulkan letak earphone di telinga. Sesekali dia menghalakan kamare ke arah sudut-sudut yang dirasakan menarik. Sesekali dia tersenyum sendiri melihat kembali gambar-gambar yang telah dia ambil sepanjang hari ini. Tangan pula menolak beberapa helai rambut yang menutupi wajahnya ketika angin mula bertiup kencang. Spontan dia memeluk tubuh. terlupa pula mahu memakai baju tebal sedikit. Dahlia kembali menala pandangan ke hadapan. Mereka sedang melalui kawasan Akademi Seni Paris. Sekali lagi tangan lincah menekan punat kamera.
Setelah hampir satu jam belayar, akhirnya Seine River Cruise tersebut berhenti di destinasinya. Dahlia masih kekal duduk di tempatnya apabila penumpang lain berpusu-pusu bergerak mahu keluar dari kapal tersebut. sengaja dia berbuat demikian. Malas nak berebut. Silap-silap hari bulan mahu terjatuh ke dalam sungai kalau sibuk nak berebut sama dengan mat-mat saleh ni.
Setelah orang sudah agak surut dan lengang, Dahlia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dek sambil kepala tunduk memandang isi beg ketika dia memasukkan tablet ke dalam beg sandangnya.
Debukkk!
“Auchhh...”
“Sorry..” Spontan Dahlia mengangkat kepala. Sejak berada di bumi Paris ni, dah dua kali dia terlanggar orang. Lepas ni dia memang kena betul-betul fokus ke depan dan jangan pandang kiri kanan lagi.
“Its okay. But next time watch your step or otherwise, somebody may get hurt.”
Dahlia mengigit bibir. agak panas telinganya apabila mendengar tutur kata tanpa perasaan tersebut. tapi nak kata apa, memang salah dia pun jalan tak tengok depan.
“Will remember that. Thanks for the advices..” Dahlia membalas dengan nada serupa sebelum kaki melangkah meninggalkan lelaki itu. Dalam hati merungut perlahan tanda tidak puas hati.
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah ketika memerhatikan kelibat gadis yang semakin jauh itu. Aik? Marah ke? Tanya Tengku Shah Putra kepada diri sendiri sebelum mengeleng dan turut sama melangkah menuju ke destinasi seterusnya.

                                                                       ***                                                      
Wahhhhh. Bestnya bila dapat berbaring santai macam ni. Dahlia meregangkan tubuh di atas katil bertiang empat itu sambil memandang ke siling. Tubuh terasa penat dek kerana sepanjang hari menghabiskan masa diluar. Tubuh dah terasa macam nak demam. Mujur dia sempat menelan panadol yang dibawa dari tanah air. Naya juga kalau duduk jauh diperantauan ni kalau jatuh sakit. Silap-silap hari bulan, mahu berbungkus atas katil je sepanjang dia berada di sini.
Dahlia bergolek ke kiri. Mata merenung kelopak bunga Dahlia yang sudah hampir kering itu. Sengaja dia tidak membuang kelopak-kelopak bunga tersebut dari atas katil. Sebetulnya dia tidak sampai hati. Atau lebih tepat lagi, dia tidak punya kekuatan untuk melakukannya. Biarlah housekeeping yang bersihkan nanti. Itu lebih baik. Membuang kelopak-kelopak bunga-bunga tersebut seolah-olah dia cuba membuang ingatan dan kenangan dia bersama ShahReza. Walaupun niat asal dia ke situ untuk membina semangat dan cuba melupakan sedikit demi sedikit apa yang telah terjadi, namun dia terpaksa akui, dia masih belum mampu melakukannya.
Kelopak bunga Dahlia yang hampir kering itu disentuh dengan hujung jari. Serta merta kenangan lalu kembali menyapanya.
“Pia...”
Dahlia berpaling mencari pemilik suara yang memanggilnya tadi.
“Reza?” Dahlia bersuara teragak-agak. Namun suara tersebut tidak lagi kedengaran.
“Rezaaaa!” Dahlia mula cemas. Dahlah dia tak biasa dengan kawasan tersebut. boleh pula si Reza ni tinggalkan dia macam tu je.
Dahlia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Hajat hati mahu menghubungi Reza bertanyakan ke manakah lelaki itu pergi. Namun hampa, telefonnya telah kehabisan bateri. Dahlia mengigit bibir sebelum kembali menyimpan telefonnya itu. Dia memandang sekeliling, mencari kelibat Reza di mana-mana.
“Rezaaaa...” Dahlia memanggil lagi. kaki laju melangkah melalui batas-batas bunga di situ. Orang semakin ramai namun kelibat ShahReza masih juga tidak muncul-muncul. Dahlia semakin cuak. Apa niat Reza sebenarnya? Mengajaknya ke tempat tersebut dan meninggallannya begitu sahaja? Air mata mula bergenang di pinggir matanya.
“Tadaaaaaa!”
Dahlia tersentak seketika. Terkebil-kebil matanya memandang jambangan bunga Dahlia yang perlbagai warna itu sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah wajah ShahReza yang tersengih. Dahlia menjeling. Dia menyapu air mata yang hampir luruh itu dengan belakang tangan.
“Are you...crying?” Tanya ShahReza teragak-agak apabila melihat Dahlia tunduk sambil menguis tanah dengan hujung kasut. Dahlia tidak menjawab. mata kembali bergenang. Sampai hati Reza tinggalkan dia.
“Pia..kenapa ni? Kenapa menangis? Tanya Reza perlahan. Jambangan bunga Dahlia ditarik semula. Dahlia masih membisu.
“Dahlia. Kenapa ni? Awak marah ke?”
Perlahan-lahan Dahlia mengangkat muka. Wajah ShahReza direnung dengan mata berkaca. shahReza kembali gelisah apabila melihat wajah Dahlia yang bagai awan mendung menanti hendah memuntahkan hujan itu.
“Pia..maafkan saya. saya tak berniat...saya sangka..” ShahReza tak tahu nak pujuk macam mana. Tak sangka gurauannya itu bakal membuatkan gadis kesayangannya itu menangis.
“Sampai hati awak, sampai hati awak tinggalkan saya..” Dahlia dah mula teresak. ShahReza dah mengelabah.
“Err, awak..janganlah menangis..err...saya betul-betul minta maaf. Saya bergurau je..”
Dahlia tidak menjawab. dia kembali tunduk merenung tanah. Air mata yang mengalir di pipi jatuh terus di atas tanah.
“Pia sayang, please don’t cry. Saya tak berniat nak tinggalkan awak. saya Cuma nak bergurau je sayang. maaflah kalau awak tak suka..” ShahReza cuba memujuk. Dahlia mengangkat muka memandang wajah ShahReza.
“Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya lagi...”
ShahReza tersenyum lebar.
“Saya janji sayang, saya janji takkan tinggalkan awak lagi...” ShahReza masih lagi tersenyum.
Dahlia terjaga dari tidur. Dia memejam-celikkan mata cuba membiasakan mata dengan cahaya lampu yang memang sengaja dibuka itu. Terkebil-kebil seketika ketika memandang keadaan sekeliling. Dimanakah dia sekarang? Bukankah dia berada di batas bunga bersama dengan Reza tadi? Kenapa dia berada di sini?
Dahlia menelentangkan tubuh. mata merenung siling berwarna putih itu. Mata terasa bengkak dan pedih. Spontan dia menyentuh mata kiri. Basah. Tahulah dia yang dia telah menangis dalam tidur tadi. dahlia menarik nafas dalam-dalam. baru dia sedar yang dia hanyalah bermimpi. Dia tidak lagi berada di batas bunga bersama dengan Reza. Dia kini masih berada di bilik hotel La Maison Favart, Paris. Tangan yang menyentuh kelopak bunga Dahlia kering itu diangkat tinggi. Mata tertumpu pada kelopak berwarna cokelat itu. Wake up, Dahlia!
 P/S: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

Aqilah Balqis said...

detik pertemuan di kota cinta...Paris
awat lm xde story ni....rinduuuu

Cahaya said...

aqilah>>hee. citer ni memang slow sikit sebab mood kelaut.dekat nk due date hntr baru sibuk nk buat heh.

baby mio said...

BEST KAK CEPATLAH SAMBUNG LAGI.

Cahaya said...

baby mio>>insyaAllah nanti akan up entri baru.

Post a Comment