RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, October 20, 2013

Bab 10 : Dia Putera Mahkota?


BAB 10


Dahlia berdiri tercegat di hujung bilik hotel La Maison Favart itu. Mata masih memandang ke arah katil yang telah dihiasi indah dengan taburan kelopak bunga Dahlia yang menjadi kegemarannya. Rasa sebak mula menguasai diri namun Dahlia sedaya upaya cuba mengawal perasaan. Beg galas dijatuhkan ke lantai sebelum kaki melangkah mendekati katil bertiang empat itu. Terketar tangan ketika menyentuh kelopak bunga Dahlia yang berwarna warni itu lalu dibawa ke hidung. Bau harum bunga Dahlia itu menusuk sehingga ke benaknya. Air mata cuba ditahan lagi. dia duduk di hujung katil. Tangan masih lagi menyentuh kelopak-kelopak bunga yang bertaburan memenuhi katil tersebut. reza memang tahu dia sangat sukakan bunga Dahlia.
Matanya tertacap pada sehelai kertas berwarna merah jambu yang terlindung disebalik kelopak-kelopak bunga Dahlia tersebut. perlahan-lahan kertas tersebut dicapai. Sampul surat rupanya. Dahlia berkata sendiri. dia memusingkan sampul tersebut dan jantungnya terasa berdebar apabila namanya tertulis di bahagian depan sampul tersebut. perlahan-lahan, dia membuka sampul tersebut dan dikeluarkan kad yang berwarna merah pekat itu. Terketar-ketar tangannya ketika dia membaca setiap patah perkataan yang tertulis di dalam kad itu.
Buat Kesayangku Dahlia,
Maafkan saya sekiranya awak tiba di sini seorang diri. saya cuma dapat menjangkakan yang awak pasti tidak akan sampai ke sini sekiranya saya sudah tiada lagi. tapi sekiranya awak membaca kad ini, tahulah saya yang awak cukup kuat untuk menghadapi apa yang sedang awak hadapi sekarang. Mungkin awak tertanya-tanya bagaimana saya mengetahui yang awak mungkin akan ke sini tanpa saya bukan? Susah untuk saya ceritakan di sini. Apa yang boleh saya katakan ialah, gerak hati kita selalunya tepat dan jangan berhenti mempercayai gerak hati kita. Hati dan perasaan kita selalu berlaku jujur dengan diri kita. Jadi, percayalah apa yang hati awak mahukan.
Dahlia,
Awak seorang gadis yang kuat. Jadi jangan berputus asa di atas apa yang berlaku. Saya sentiasa mendoakan awak supaya sentiasa selamat dan bahagia...sungguh pun bukan dengan saya. jaga diri Dahlia. Saya...sentiasa sayangkan awak...
Yang menyayangimu,
ShahReza.
Air mata yang laju membasahi pipnya itu tidak dapat ditahan-tahan lagi. kad merah itu digenggam kuat sebelum Dahlia menyembamkan muka ke katil.
“ShahReza. Saya benci awak!”

                                                                                   ***
Tuala lembab dicampak ke hujung katil. Alat kawalan jauh yang terletak di atas meja dicapai sebelum butang ditekan. seketika kemudian, suara pembaca berita wanita berbahasa perancis memenuhi ruang bilik hotel lima bintang itu.
Tengku Shah Putra berjalan menuju ke arah tingkap yang sengaja dibuka itu. Angin sejuk menerpa masuk ke dalam bilik tersebut membuatkan dia mengigil kesejukan. Mata masih merenung bulan di langit. Senyum hampir terukir di bibir. entah kenapa sejak akhir-akhir ni sudah seperti menjadi rutin harian setiap malamnya, merenung bulan di langit. Tengku Shah Putra mengeleng perlahan sebelum duduk menyandar di tepi tingkap sambil memerhatikan pemandangan di bawah sana. Kelihatan masih ramai penduduk di kawasan sekitar yang masih berpusu-pusu di bawah sana dengan urusan masing-masing. Memang bandar Paris tak pernah mati agaknya. Sentiasa hidup tak kita siang atau malam, 24 jam sehari.
Bosan asyik memerhatikan telatah penduduk di bawah, Tengku Shah Putra berjalan menuju ke ruang santai bilik tersebut lalu dia mencapai alat kawalan jauh. Punat pada alat kawalan jauh itu ditekan berkali-kali namun tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya. Semuanya berbahasa perancis. Tiada satu pun rancangan yang menyiarkan rancangan berbahasa inggeris. Mungkin betul apa orang cakap, orang perancis benci bahasa inggeris. Datang ke sini mahu tidak mahu memang terpaksalah bercakap bahasa perancis. Kalau bercakap dalam bahasa inggeris, mesti tidak akan dilayan.
Tengku Shah Putra menyandarkan tubuh pada kerusi mewah itu. Suara penyanyi yang datangnya dari televisyen itu langsung tidak menarik perhatiannya. Dia memandang siling yang terukir indah. Dalam hati tertanya-tanya apa tujuan sebenar dia datang ke sini? Ke Paris? Apa yang dia cari sebenarnya? Dia terkenang kembali bagaimana dia boleh bertindak membuat rancangan untuk ke Paris tanpa berfikir panjang itu. Ini semua gara-gara bonda yang asyik mendesak dia membawa gadis pilihan hatinya pulang ke istana atau dia akan dikahwinkan dengan Tengku Aziana. Memang betul-betul tak masuk akal! Tengku Aziana pula semakin hari semakin cuba mendekatinya. Barangkali dia tahu yang bondanya mahu menjodohkan mereka berdua. Tengku Shah Putra meraup muka dengan kedua belah tangan. kepala semakin berserabut setiap kali dia memikirkan tentang masalah ‘gadis pilihan hatinya’ itu. Mana dia nak cari ‘gadis pilihan hatinya’ untuk dibawa mengadap bonda? Takkan dia pakai nak tangkap muat mana-mana gadis yang dia jumpa di tepi jalan dan kemudian bawa balik mengadap bonda? Itu kerja gila namanya. Bonda takkan semudah itu untuk menerima mana-mana gadis sebagai bakal permaisuri kerajaan Indera Mahkota.
 
                                                                                 ***

“Dahlia, kuatkan semangat ya. Saya tahu awak mampu lakukan...” Reza tersenyum memandang ke arahnya.
Dahlia tersedar. Dia membuka mata. cahaya matahari yang masuk dari balik tingkap cermin itu membuatkan matanya agak silau seketika. Dia mengosok mata bagi membolehkan mata serasi dengan cahaya ketika itu. Dia memandang sekeliling dan tertanya-tanya di manakah dia berada. Mata tertumpu pada katil empat tiang yang masih dipenuhi dengan kelopak bunga Dahlia itu. Dia menoleh pula ke arah tingkap yang langsirnya diikat di sebelah kiri. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu di bawah. sibuk dengan urusan masing-masing. Dahlia mengeliat sambil membetul-betulkan tubuh yang terasa lenguh. Tidak sedar yang semalam dia tertidur di kerusi dihadapan tingkap itu. Tak sanggup rasanya mahu tidur di atas katil tersebut. setiap kali dia berbaring di atas katil itu sambil memandang siling, setiap kali itulah dia terbayangkan wajah ShahReza. Wajah ShahReza yang sentiasa tersenyum ke arahnya.
Dahlia meraup wajah dengan kedua belah tangan. mata agak pedih dek kerana banyak menangis semalam. Tak sedar bila masa dia tertidur di tepi tingkap itu. Setelah merasakan yang tak ada gunanya dia duduk di tepi tingkap itu sambil meratap pilu di perantauan, dia akhirnya bangun lalu mencapai tuala. Walaupun cuaca agak sejuk, namun dia merasakan yang mandi dan berendam dalam bathtub adalah perkara yang dia perlukan sekarang.
Dahlia berdiri terkaku di muka pintu bilik air yang hanya berdinding kaca jernih itu. Mata merenung sekeliling dan terhenti pada bathtub berwarna putih susu itu. Lambat-lambat dia berjalan merapati bathtub itu. Dia menarik nafas panjang. Reza, awak memang dah fikirkan semuanya, huh?! Dahlia mengigit bibir. dia duduk di bibir bathtub itu. Tangan menyentuh kelopak bunga Dahlia dan bunga mawar yang memenuhi bathub itu. Dia menarik nafas panjang. Memang pakej untuk berbulan madu. Dahlia melepaskan keluhan kasar sebelum membuka pili air dan memenuhkan bathtub itu dengan air sabun dan juga menitiskan beberapa minyak aroma terapi. Lilin berbau wangi yang terletak di sekeliling bathtub itu dinyalakan satu persatu dan disusun mengelilingi tab mandi itu. Setelah air memenuhi tab tersebut, Dahlia menanggalkan pakaian dan berendam di dalam tab tersebut. dia cuba mengosokkan fikiran sambil menikmati bau-bauan yang terhasil daripada minyak aroma terapi dan juga dari lilin yang terbakar itu. Sangat menenangkan dan mendamaikan.
                                                                                          ***
Tengku Shah Putra meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan yang telah kosong. Pinggan yang asalnya berisi Tuna Roll Pancakes itu habis licin dia sapu. Almaklumlah, bukan banyak mana pun Tuna Roll Pancakes tu. cukuplah sekadar mengisi perut. Nanti dia keluar, pandai-pandailah dia cari makanan yang boleh mengenyangkan perutnya itu.
Setelah merasakan yang tiada apa yang boleh dia lakukan di ruang bilik hotel mewah itu, dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Paris tersebut. mana tahu udara diluar sana boleh menghilangkan keserabutan kepala yang menyesakkan dada itu. Setelah siap berpakaian, dia mencapai telefon yang terletak di atas meja berhampiran dengan katil. Tiada panggilan atau mesej dari sesiapa. Memang sengaja dia tidak mengaktifkan roaming. Bimbang dia bakal diganggu oleh bonda dan juga Amir Fitri, pembantunya itu.
Tengku Shah Putra menarik nafas dalam-dalam. apabila memikirkan tentang bonda, dia kembali berserabut. Memang salahnya juga. Cakap tak fikir dulu. sekarang siapa yang susah? itu tak termasuk lagi serabut fikir pasal Amir Fitri. Kalau betul apa yang bondanya katakan tempoh hari, Amir Fitri mungkin dalam ‘bahaya’. Sekurang-kurangnya, dia masih anak bonda lagi. paling teruk pun bonda bakal paksa dia kawin dengan Tengku Aziana tapi Amir? Dia mungkin bakal dibuang negara kerana ‘bersubahat’ dengannya menipu tentang ‘gadis pilihan hatinya’. Arghhhhh! Serabut!
Tengku Shah Putra mengeluh lagi sebelum bangun lalu berjalan menuju ke sofa yang terletak berhadapan dengan televisyen tersebut. televisyen yang sejak dari semalam tidak ditutup itu sedang menayangkan tentang drama tempatan berbahasa Perancis. Walaupun dulu dia pernah belajar bahasa Perancis semasa di sekolah dan kolej, namun bukan semua dia tahu tentang bahasa Perancis. Dia belajar bahasa tersebut pun sekadar ikut syarat bonda yang mahu bakal pewaris Indera Mahkota fasih dalam beberapa bahasa. Setakat ini dia dah belajar bahasa Perancis, Jerman, Arab, Jepun, Korea dan beberapa bahasa yang dia sendiri tidak ingat. Sampaikan satu tahap tu dia sendiri tak tahu yang dia tengah bercakap bahasa apa sekarang.
Tengku Shah Putra mengerutkan dahi apabila ada sesuatu yang terjatuh ketika dia mengambil beg sandang berwarna hitam itu. Keningnya hampir bercantum apabila melihat sesuatu seperti buku berwarna hitam yang terjatuh di atas karpet bulu kambing yang tebal berwarna merah gelap diatas lantai itu.
Apa benda pulak ni? Tengku Shah Putra bertanya sendiri ketika tunduk dan membelek buku hitam tersebut. Sejak bila pulak buku itu berada di dalam begnya? Tengku Shah Putra membuka halaman buku berkulit tebal itu. Keningnya terangkat sebelah. Halaman buku yang tak berapa tebal itu penuh dengan segala catatan dan peta lokasi di sekitar bandar Paris. Siap dengan tentatif dan senarai aktiviti yang ingin dilakukan oleh si pemilik buku tersebut. terdapat juga beberapa baris ayat yang ditulis dalam bahasa perancis di halaman tersebut. Tengku Shah Putra memikir sambil memandang ke dinding. Baru dia teringat macam mana buku berkulit tebal itu berada di dalam begnya.

Tengku Shah Putra berjalan laju menuju ke arah balai ketibaan. Cermin mata hitam dan juga topi yang tersemat di kepala ditarik ke bawah. matanya sesekali menjeling ke suatu sudut. Beberapa orang paparazi sedang tertinjau-tinjau sambil masing-masing bersiap sedia dengan kamare di tangan. dalam hati mengumam marah. Macam mana mereka semua tahu yang dia akan ke Paris? Takkan Amir Fitri, pembantu peribadinya yang pecah lubang? Seingatnya, tiada siapa yang tahu tentang pemergianna ke Paris hatta bonda dan ayahandanya. Tengku Shah Putra berpura-pura tunduk mencari sesuatu di dalam beg sandangnya ketika melalui kumpulan paparazi tersebut.
Debukkk!
“Sorry..!”
Tengku Shah Putra tidak sempat hendak mengangkat kepala menoleh ke sebelah ketika gadis yang melanggarnya itu tergesa-gesa pergi menuju entah kemana. Agak hairan dengan kelakuan tersebut namun dia cepat-cepat tersedar. Spontan dia meraba poket seluarnya. lega. disangkakan gadis itu budak penyeluk saku. Almaklumlah, sekarang ni macam-macam taktik orang nak buat jahat. Lelaki perempuan sama sahaja. Apabila dunia mendesak dan diri rasa terdesak, semua benda pun sanggup dilakukan untuk hidup.
Tengku Shah Putra tunduk ke lantai apabila mata memandang buku berkulit tebal berwarna hitam itu. Rasanya buku tersebut bukan miliknya. Dia membelek secara rambang halaman buku tersebut. sah. Buku itu bukan miliknya. Mungkin milik gadis yang terlanggar dia tadi. Spontan dia menoleh sekeliling. Mencari kelibat gadis misteri itu namun hampa. Lambat-lambat, buku berkulit hitam itu selamat masuk di dalam beg sandangnya.

                                                                        ***

Dahlia mengeluarkan segala isi dalam beg sandangnya. Habis bersepah lantai bilik hotel tersebut dengan segala macam benda. Dari kain baju, mp3, buku-buku yang dijadikan bahan bacaan di kala bosan sehinggalah kepada alat-alat mandian. Namun apa yang dicari tak juga jumpa. Dahlia dah mengelabah. Dia pasti dia hanya tersalah letak namun sudah puas dia mengeledah satu bilik tersebut namun hampa. Akhirnya dia terduduk kepenatan di kaki katil bertiang empat itu. Mata hanya memandang ke arah barang-barang yang bersepah di atas lantai. Dia sudah berputus asa untuk mencari lagi. seketika kemudian, dia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas katil.
“Helo Su, aku ni...” Dahlia bersuara tanpa mukadimah.
“Pia? Kau kat mana ni? Tak jelaslah..” Suara Suria turut terputus-putus.
“Su, aku ada masalah besar ni...” Dahlia cepat-cepat bersuara. Bimbang talian akan terputus secara tiba-tiba. Hanya Suria sajalah harapannya sekarang.
“Kenapa? Pia, kau okey tak ni?” Suara Suria kedengaran cemas. Dahlia mengeleng.
“Aku okey, Cuma buku nota aku hilang..”
“Apa? aku tak dengarlah Pia. Apa yang hilang??!” Suara Suria naik tiga level.
“Buku nota aku hilang!” Suara Dahlia turut naik sama.
“Buku nota mana?!” Suara Suria masih tak turun level lagi. rasa macam tengah bercakap dari hujung bangunan ke hujung bangunan pula.
“Buku nota aku! Buku yang aku tulis semua maklumat pasal Paris ni! Dah hilang!”
“Lah. yeke? ingatkan benda apa yang hilang. Passport ada kan?”
Dahlia terdiam. terlupa pula mahu memeriksa sama ada passportnya itu masih ada dalam simpanannya lagi atau tidak. Cepat-cepat dia mencapai cross body sling bagnya lalu ditonggangkan segala isinya. Dia menarik nafas lega. buku kecil berwana merah itu ditekap ke dada.
“Helo! Pia?!” Suara Suria kedengaran kuat dari speaker telefon itu.
“Ada. Ada. Passport aku ada lagi. purse aku pun ada lgi. Yang hilang Cuma buku tu je..” Dahlia menjawab sambil menyandar di kaki katil. Kedua-dua lutut ditegakkan. Kepala memandang ke arah siling.
“Fuhhh, nasib baik ada. Kau ni buat aku risau je. penting ke buku tu sampai kau nak telefon aku merentas benua ni? Kang bill telefon melambung, jangan nak membebel dekat aku pulak ye...” Suara Suria dah kembali normal.
“Kalau kau nak tahu, buku tu kira sama penting dengan passport aku tau. Semua maklumat pasal Paris ada dalam buku tu. kalau buku tu hilang, macam mana aku nak bergerak.”
“Lah. yeke? habis tu macam mana? Ala kau pergi bukak je internet. Apa susah. kau ada bawak tablet kau kan?”
“Ada. Tapi kau ingat senang ke nak buat research bagai macam tu je. hari tu seminggu aku studi pasal Paris ni tau tak. Sekarang takkan aku nak mula balik. Aku nak keluar dari hotel ni pun tak tahu nak hala ke mana.”
“Hmmm, habis tu. apa kau nak buat sekarang? Nak aku datang sana? Sekurang-kurangnya kalau nak sesat, boleh sesat sama-sama..” Suria menjawab. dahlia mencebik. Buat lawak pulak budak ni.
“Hmmm, tak payahlah. Cuma aku nak minta tolong kau, boleh?”
“Apa dia?”
“Boleh tak kau tolong emailkan planner yang aku bagi pada kau dulu?”
“Planner? Planner mana?”
“Ala salinan planner yang aku bagi dekat kau pasal Paris hari tu. kan aku ada bagi satu salinan tempat-tempat yang aku nak pergi masa dekat Paris. Yang aku cakap dekat kau, kalau aku tak jumpa jalan balik nanti, bolehlah kau jejak aku macam Bryan Mills jejak anak dia dalam cerita Taken tu.”
“Huh, kau ni suka sangat cakap mengarut kan. Nak ke jadi macam cerita tu?” Surai bertanya serius. Dahlia telan air liur. Cepat-cepat dia mengeleng kepala walaupun sedar yang Suria tak mungkin akan nampak perlakuannya itu.
“Yelah-yelah. Sorry. So, boleh tak tolong aku ni?”
“Hmmm, yelah. Kalau aku tak tolong, alamatnya kau tak jejak balik tanah air tercinta ni lah kan. Bagi aku lima minit okey.”
“Okey, thanks Su. Kaulah saudara yang paling aku sayang...”
“Bodek...” Suria menjulingkan biji mata.
“Mana ada...” Dahlia membuat muka.
“Yelah tu. okeylah. Nanti lima minit lagi kau check email. Jangan lupa kalau ada apa-apa, telefon aku ASAP okey. dah jangan hilang apa-apa lagi terutama purse dan passport kau tu.”
“Ye baik cik Suria Nisaa...” Dahlia menjawab sebelum memutuskan talian. Dia segera mencapai tabletnya yang terletak di atas lantai itu. Tablet dihidupkan dan sementara menunggu alat tersebut berfungsi, Dahlia mengemas barang-barang yang bersepah di atas lantai. Dia sekadar meletakkan barang-barang tersebut bersama beg sandang di atas katil. Nanti-nantilah kemas. Lagi pun bukan ada orang lain dalam bilik ni.
“You have one new message..”
Tumpuan Dahlia teralih apabila terdengar suara pemberitahuan yang datangnya dari tabletnya itu. Cepat-cepat dia mencapai tablet dan membuka email. Suria telah menghantar email seperti yang diminta. Cayalah Suria. Kau memang terbaik!
Dahlia segera memuat turun dokumen yang dihantar oleh Suria itu. Tak sampai lima minit, dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat seperti di dalam buku nota yang hilang itu telah selamat berada di dalam tabletnya. Dia membuka dokumen tersebut untuk memeriksa apa aktiviti untuk hari ini. Setelah meneliti maklumat tersebut selama lebih kurang sepuluh minit, Dahlia segera bangun untuk bersiap. Hey Paris, here I come.
P/S: TO BE CONTINUED.

2 140 tukang karut:

Aqilah Balqis said...

Paris...here i come....besttt sambil dgr lagu ni....;)

Cahaya said...

aqilah>>thanks dear heeee :)

Post a Comment