RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, October 27, 2013

Dia Putera Mahkota? Cerita disebaliknya....

Assalamualaikum,
hari ini hari ahad. hari cuti sepatutnya tapi bagi seorang penulis separuh masa, weekend selalunya diisi dengan kerja menulis...menulis..dan menulis. sepatutnya. tapi rasanya bukan itu yang terjadi. sejak BAPK-2 tamat. aku jadi malas gila nak mula menulis. idea memang sentiasa mencurah-curah sampai aku kena lakar ouline setiap satu. kalau tak buat macam tu, idea-idea ni akan sentiasa menghantui fikiranku. serius. dia macam benda yang tersekat di antara fikiran dan tulisan, berlegar-legar tak tahu ke mana sehinggalah aku 'membebaskan' mereka dalam bentuk tulisan. nampak tak apa yang aku nak sampaikan?

berbalik pada cerita asal, lepas sahaja aku hantar BAPK-2 september lepas, aku memang cuti panjang. hampir sebulan aku tak menulis walapun due date telah diberi. jan 2014. diulang sekali lagi. jan 2014. bila di hitung dari tarikh semasa diberikan, rasa macam lambatttttt lagi je. masa tu MSA pun belum keluar lagi. makanya aku lepak tak ingat dunia. marathon movie segala. repeat Running Man sampai lebam. berjimba sana sini tanpa rasa bersalah sampailah dan nak masuk bulan Nov dan editor pun dah call tanya 'bila nak hantar buku baru?' masa tu aku terasa kembali ke dunia realiti.( macamlah selama ni lepak dekat Narnia kan)

sebenarnya, aku memang dalam mood 'malas'. aku pun tak tahu kenapa. susah betul nak tarik mood nak menulis cerita kali ni. DPM? ni bagi aku cerita yang paling sush aku nak tulis. bukan sebab aku kena writer's block tapi lebih kepada mood yang hilang entah ke mana. sebenrnya BAPK-2 tu pun susah jugak aku nak habiskan. aku paksa diri tulis jugak sebab editor dah bagi due untuk next buku. jadi aku kena habiskan cepat BAPK-2 tu supaya aku boleh mula projek baru. tapi, bila dah hantar cerita itu, lain pula jadinya.

aku jadi susah nak fokus. tak tahu apa aku tengah fikir. ditambah kerja hakiki aku yang tak pernah habis. siang fikir benda lain. baik dah penat kena pulak fikir benda lain. tapi benda ni tak berlaku bila aku tulis MSA dulu.serius. MSA ni tiap-tiap malam aku tulis. sebab tu aku boleh siap cepat dengan ketebalan macam tu. bila sembang dengan penulis lain masa dekat pesta buku hari tu, diorang pun macam 'untunglah boleh siap cepat'. betul. aku tulis MSA tu macam aku dah takde kerja lain nak buat. mood dan idea datang seiring membuatkan aku jadi tak lena tidur kalau sehari tak mengadap MSA tu. sebab apa ya? jangan cakap aku syok dekat Akmal. tak langsung. hahaha. macam aku cakap dulu, aku suka Dean lagi tapi semua tak nak sokong aku. fine.

untuk DPM? ni memang tak dinafikan banyak jugak aku buat reseach untuk tulis certain part. sekarang baru sampai suku kemuncak kut. kemuncaknya jauhhhhh lagi. rasanya macam aku tengah buat master pulak. reseach itu ini lepas tu beli lagi buku tambahan untuk cari maklumat. entah berguna atau tidak, anda sendiri tentukan. dan DPM? ni bagi aku agak berlainan sikit. aku tak tahu editor boleh terima ke tak sebab cara penulisan dua novel aku yang lepas macam yoya sikit kan. macam santai2 sikit ayat dia kan. tapi DPH? ni macam skema sikit kut aku rasa. sebab cerita dia bermula dengan sedih. jadi aku kena buat banyak mainan emosi dekat situ yang bagi aku, sangat mencabar. serius susahlah. takde lagi ayat sengal macam dalam MSA tu. aku tak tahu penerimaan pembaca macam mana nanti. so sebelum DPM? tu keluar, baik aku tulis pasal benda ni dulu hahahaha.

dulu masa aku attand bengkel penulisa dan penerbitan jurnal, Dr tu ada cakap, masa dia buat PhD dia dulu, dia terpaksa fikir macam-macam cara macam mana nak buat dia terus menulis tesis dia. dia terpaksa pergi lepak dekat McD (sebab ada wifi), lepak dekat library, lepak dekat taman, lepak dekat macam-macam tempat berlainan semata-mata nak pastikan dia terus menulis dan menulis. dan aku rasanya kena buat macam tu jugak agaknya. kena keluar dari bilik aku ni untuk pastikan mood aku datang balik. tapi tempat yang aku boleh fikirkan ialah library je. itu pun aku kena fikir banyak kali sebab ramai budak-budak datang main games dekat PC yang disediakan. itu dulu lah masa aku datang library untuk tulis KDS. lepas tu tak datang dah sebab terganggu dengan keadaan tersebut. lepak McD rasanya mustahil sebab aku dah lama boikot McD. dekat setahun kot aku tak makan McD ni. jadi pilihan itu boleh dihapuskan. taman? hmmm. tasik dekat dengan rumah aku ni ok jugak. cuma tak ada meja. heh. jadi nak pergi mana? akhirnya bilik aku jugak yang paling sesuai. hahaha. tapi moodnya tetap macam tu.

jadi, apa yang aku nak sampaikan sekarang untuk entri panjang lebar tanpa gambar ini ialah, jangan letak harapan terlalu tinggi untuk DPM? ya. nanti kecewa huhuhu. aku tak terkejut kalau orang kata MSA dan KDS lagi better dari DPM? sebab aku tahu susah nak tulis cerita ini dan aku sedaya upaya juga akan buat yang terbaik. jadi, doakan aku ya dan insyaAllah aku akan up entri macam biasa sikit demi sikit dan aku mengharapkan komen-komen dan kritikan supaya aku boleh baiki mana yang patut. bila dah mental breakdown ni, apa pun aku dah tak nampak. jadi kamu semua silalah jadi mata aku ya. sekian.

P/S: inilah cerita yang tak ada lagu tema. maybe tu salah satu sebab kenapa mood aku hilang. aku tak ada halwa telinga nak di dengar + watak hero dan heroin pun takde aku tepek kan?sebab aku tak fikirkan sesiapa. maybe salah satu faktor jugak tu. mood merajuk. hahaha.

Saturday, October 26, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 11


BAB 11
Tengku Shah Putra mendongak ke atas ketika memerhatikan Menara Eiffel atau dalam bahasa Perancis dipanggil La Tour Eiffel. Walaupun dah banyak kali dia melancong ke Paris ini, namun tarikan Menara Eiffel itu tetap kuat. Bak kata orang, kalau ke Paris tapi tidak singgah barang sekejap untuk ke situ, bukan ke Paris namanya. Dia pula tak pula berasa jemu walau dah banyak kali jejak ke situ. Entah kenapa menara besi itu juga yang dia suka tengok setiap kali berkunjung ke situ.
Mengikut apa yang dia tahu, Menara Eiffel itu merupakan bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Menara Effiel juga dinamakan sempena nama perekanya iaitu Gustave Eiffel dan menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia. Menara ini hanya mengambil masa selama dua tahun sahaja pembinaannya dan dibuka pada tahun 1889. Selain itu, Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 meter.
Tengku Shah Putra hanya duduk di tebing batu sambil menghirup kopi panas yang sempat dibeli dalam perjalanan ke situ tadi. Sesekali dia membetulkan letak topi di atas kepala. Cermin mata hitam yang setia menghiasi wajahnya turut sama dibetulkan. Sesungguhnya dia berasa bebas dan tenang ketika itu. Tenang kerana di situ tiada siapa yang mengenalinya. Malah, dia merasakan yang dia seperti manusia biasa yang normal. Bebas ke mana-mana yang dia suka tanpa perlu bimbang menjadi buruan paparazzi yang dahagakan cerita-cerita panas darinya itu.
Setelah bertapa hampir sejam di situ, dia mengambil keputusan untuk bergerak ke tempat lain pula. Namun dalam kepala tidak tergambar destinasi seterusnya. Dia memandang sekeliling. Orang semakin ramai memenuhi tempat tersebut. Ada yang sedang mengambil gambar kenangan, ada yang sedang berdiri tercegat di hadapan menara besi tersebut sambil mendongak ke atas, ada juga yang sedang duduk bertapa di atas lantasi sambil melakarkan menara tersebut di atas kanvas putih. Tengku Shah Putra melontarkan cawan kertas kearah tong sampah berdekatan. Fikirannya buntu seketika namun dia teringat sesuatu. Perlahan-lahan, zip beg sandang dibuka dan sebuah buku nota hitam dikeluarkan. Dia membelek halaman pertama buku tersebut. Dia tumpang simpati pada si pemilik buku tersebut. Pasti sudah banyak masa yang dihabiskan untuk mengumpulkan maklumat tentang Paris dan akhirnya, buku itu jatuh ke tangannya tanpa sengaja. Dalam hatinya turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada si gadis pemilik buku nota tersebut. Sudah sesat ke atau sudah berada di luar Bandar Paris?
Tengku Shah Putra membelek lagi halaman tersebut. Kalau ikutkan pada catatan pada halaman pertama buku tersebut, si pemilik buku itu akan menghabiskan masa di sekitar Menara Effiel pada hari ini. Spontan Tengku Shah Putra memandang sekeliling. Mencari-cari kalau-kalau gadis si pemilik buku nota tersebut muncul di mana-mana. Tapi jika gadis itu muncul di hadapan batang hidung dia pun, dia pasti tidak mampu mengecamnya. Tengku Shah Putra kembali memandang halaman catatat tersebut. Dia terdiam dan berfikir. Hmmm, alang-alang tak ada benda nak buat, apa kata kalau dia ikut sahaja plan gadis si pemilik buku nota ni? Untung-untung boleh terjumpa dengan gadis tersebut di mana-mana tempat yang disenaraikan dalam buku tersebut walaupun peluang untuk itu hanyalah sekadar 0.00001 peratus sahaja.

                                                                        ***

DAHLIA mendongak memandang ke atas. Orang yang berpusu-pusu di kelilingnya tidak diendahkan. Telinga yang berdentum dengan lagu ‘The Diary Of Jane’ tidak lagi menarik perhatiannya. Dia betul-betul terpegun ketika memandang Menara Eiffel buat pertama kali dalam hidupnya. satu sahaja perkataan yang terlintas dibenakknya ketika itu. Tingginya!
Dahlia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar menara tersebut beberapa kali. Dia juga turut mengambil gambarnya sendiri berlatar belakangkan menara Eiifel sebelum dihantar kepada Suria. Pasti Suria cemburu. Haha. Dahlia menghabiskan masa selama setengah jam di situ. Tangan tak henti-henti menangkap gambar pemandangan indah tersebut dengan mengunakan tablet dan telefon bimbitnya. Sempat dia memuat naik gambar-gambar tersebut untuk di kongsi bersama rakan-rakan di Facebook. Setelah puas duduk bertapa di situ, Dahlia kembali membuka dokumen di dalam tabletnya. Jarinya menyentuh senarai aktiviti pada hari ini. Spontan senyum lebar terukir.

                                                                 ***

Letak cermin mata hitam di batang hidung dibetulkan kedudukannya. Topi yang setia menghuni atas kepalanya itu ditanggalkan, membuatkan rambut terbuai-buai lembut dek tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Tengku Shah Putra membuang pandangan ke arah bangunan yang sedang mereka lalui sekarang. Pelayaran dengan Seine River Cruise yang sudah memakan masa setengah jam itu telah hampir separuh perjalanan. Penumpang yang turut sama dalam pelayaran tersebut agak ramai dan kebanyakannya berpasangan. Hanya dia sahaja yang kelihatan duduk berseorangan. Hmm, agak menyesal juga kerana mengikut rancangan dalam buku nota tersebut. bukan dia tak suka berada di situ, namun bila dah di kelilingi dengan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dia sendiri pun naik segan.
Bunyi bising di belakang membuatkan Tengku Shah Putra menoleh di balik bahu. Namun hanya sebentar sahaja apabila dia melihat aksi yang tak sepatutnya dia lihat. Spontan dia memandang ke hadapan semula. Cuba sedaya upaya menikmati pemandangan di hadapan dan cuba sedaya upaya untuk berpura-pura tidak dengar bunyi yang semakin kuat di belakang. Dalam hati berdoa supaya cepatlah pelayaran itu sampai ke destinasinya.

                                                                        ***

Dahlia membetulkan letak earphone di telinga. Sesekali dia menghalakan kamare ke arah sudut-sudut yang dirasakan menarik. Sesekali dia tersenyum sendiri melihat kembali gambar-gambar yang telah dia ambil sepanjang hari ini. Tangan pula menolak beberapa helai rambut yang menutupi wajahnya ketika angin mula bertiup kencang. Spontan dia memeluk tubuh. terlupa pula mahu memakai baju tebal sedikit. Dahlia kembali menala pandangan ke hadapan. Mereka sedang melalui kawasan Akademi Seni Paris. Sekali lagi tangan lincah menekan punat kamera.
Setelah hampir satu jam belayar, akhirnya Seine River Cruise tersebut berhenti di destinasinya. Dahlia masih kekal duduk di tempatnya apabila penumpang lain berpusu-pusu bergerak mahu keluar dari kapal tersebut. sengaja dia berbuat demikian. Malas nak berebut. Silap-silap hari bulan mahu terjatuh ke dalam sungai kalau sibuk nak berebut sama dengan mat-mat saleh ni.
Setelah orang sudah agak surut dan lengang, Dahlia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dek sambil kepala tunduk memandang isi beg ketika dia memasukkan tablet ke dalam beg sandangnya.
Debukkk!
“Auchhh...”
“Sorry..” Spontan Dahlia mengangkat kepala. Sejak berada di bumi Paris ni, dah dua kali dia terlanggar orang. Lepas ni dia memang kena betul-betul fokus ke depan dan jangan pandang kiri kanan lagi.
“Its okay. But next time watch your step or otherwise, somebody may get hurt.”
Dahlia mengigit bibir. agak panas telinganya apabila mendengar tutur kata tanpa perasaan tersebut. tapi nak kata apa, memang salah dia pun jalan tak tengok depan.
“Will remember that. Thanks for the advices..” Dahlia membalas dengan nada serupa sebelum kaki melangkah meninggalkan lelaki itu. Dalam hati merungut perlahan tanda tidak puas hati.
Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah ketika memerhatikan kelibat gadis yang semakin jauh itu. Aik? Marah ke? Tanya Tengku Shah Putra kepada diri sendiri sebelum mengeleng dan turut sama melangkah menuju ke destinasi seterusnya.

                                                                       ***                                                      
Wahhhhh. Bestnya bila dapat berbaring santai macam ni. Dahlia meregangkan tubuh di atas katil bertiang empat itu sambil memandang ke siling. Tubuh terasa penat dek kerana sepanjang hari menghabiskan masa diluar. Tubuh dah terasa macam nak demam. Mujur dia sempat menelan panadol yang dibawa dari tanah air. Naya juga kalau duduk jauh diperantauan ni kalau jatuh sakit. Silap-silap hari bulan, mahu berbungkus atas katil je sepanjang dia berada di sini.
Dahlia bergolek ke kiri. Mata merenung kelopak bunga Dahlia yang sudah hampir kering itu. Sengaja dia tidak membuang kelopak-kelopak bunga tersebut dari atas katil. Sebetulnya dia tidak sampai hati. Atau lebih tepat lagi, dia tidak punya kekuatan untuk melakukannya. Biarlah housekeeping yang bersihkan nanti. Itu lebih baik. Membuang kelopak-kelopak bunga-bunga tersebut seolah-olah dia cuba membuang ingatan dan kenangan dia bersama ShahReza. Walaupun niat asal dia ke situ untuk membina semangat dan cuba melupakan sedikit demi sedikit apa yang telah terjadi, namun dia terpaksa akui, dia masih belum mampu melakukannya.
Kelopak bunga Dahlia yang hampir kering itu disentuh dengan hujung jari. Serta merta kenangan lalu kembali menyapanya.
“Pia...”
Dahlia berpaling mencari pemilik suara yang memanggilnya tadi.
“Reza?” Dahlia bersuara teragak-agak. Namun suara tersebut tidak lagi kedengaran.
“Rezaaaa!” Dahlia mula cemas. Dahlah dia tak biasa dengan kawasan tersebut. boleh pula si Reza ni tinggalkan dia macam tu je.
Dahlia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Hajat hati mahu menghubungi Reza bertanyakan ke manakah lelaki itu pergi. Namun hampa, telefonnya telah kehabisan bateri. Dahlia mengigit bibir sebelum kembali menyimpan telefonnya itu. Dia memandang sekeliling, mencari kelibat Reza di mana-mana.
“Rezaaaa...” Dahlia memanggil lagi. kaki laju melangkah melalui batas-batas bunga di situ. Orang semakin ramai namun kelibat ShahReza masih juga tidak muncul-muncul. Dahlia semakin cuak. Apa niat Reza sebenarnya? Mengajaknya ke tempat tersebut dan meninggallannya begitu sahaja? Air mata mula bergenang di pinggir matanya.
“Tadaaaaaa!”
Dahlia tersentak seketika. Terkebil-kebil matanya memandang jambangan bunga Dahlia yang perlbagai warna itu sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah wajah ShahReza yang tersengih. Dahlia menjeling. Dia menyapu air mata yang hampir luruh itu dengan belakang tangan.
“Are you...crying?” Tanya ShahReza teragak-agak apabila melihat Dahlia tunduk sambil menguis tanah dengan hujung kasut. Dahlia tidak menjawab. mata kembali bergenang. Sampai hati Reza tinggalkan dia.
“Pia..kenapa ni? Kenapa menangis? Tanya Reza perlahan. Jambangan bunga Dahlia ditarik semula. Dahlia masih membisu.
“Dahlia. Kenapa ni? Awak marah ke?”
Perlahan-lahan Dahlia mengangkat muka. Wajah ShahReza direnung dengan mata berkaca. shahReza kembali gelisah apabila melihat wajah Dahlia yang bagai awan mendung menanti hendah memuntahkan hujan itu.
“Pia..maafkan saya. saya tak berniat...saya sangka..” ShahReza tak tahu nak pujuk macam mana. Tak sangka gurauannya itu bakal membuatkan gadis kesayangannya itu menangis.
“Sampai hati awak, sampai hati awak tinggalkan saya..” Dahlia dah mula teresak. ShahReza dah mengelabah.
“Err, awak..janganlah menangis..err...saya betul-betul minta maaf. Saya bergurau je..”
Dahlia tidak menjawab. dia kembali tunduk merenung tanah. Air mata yang mengalir di pipi jatuh terus di atas tanah.
“Pia sayang, please don’t cry. Saya tak berniat nak tinggalkan awak. saya Cuma nak bergurau je sayang. maaflah kalau awak tak suka..” ShahReza cuba memujuk. Dahlia mengangkat muka memandang wajah ShahReza.
“Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya lagi...”
ShahReza tersenyum lebar.
“Saya janji sayang, saya janji takkan tinggalkan awak lagi...” ShahReza masih lagi tersenyum.
Dahlia terjaga dari tidur. Dia memejam-celikkan mata cuba membiasakan mata dengan cahaya lampu yang memang sengaja dibuka itu. Terkebil-kebil seketika ketika memandang keadaan sekeliling. Dimanakah dia sekarang? Bukankah dia berada di batas bunga bersama dengan Reza tadi? Kenapa dia berada di sini?
Dahlia menelentangkan tubuh. mata merenung siling berwarna putih itu. Mata terasa bengkak dan pedih. Spontan dia menyentuh mata kiri. Basah. Tahulah dia yang dia telah menangis dalam tidur tadi. dahlia menarik nafas dalam-dalam. baru dia sedar yang dia hanyalah bermimpi. Dia tidak lagi berada di batas bunga bersama dengan Reza. Dia kini masih berada di bilik hotel La Maison Favart, Paris. Tangan yang menyentuh kelopak bunga Dahlia kering itu diangkat tinggi. Mata tertumpu pada kelopak berwarna cokelat itu. Wake up, Dahlia!
 P/S: TO BE CONTINUED.

Punya Masa.

Susah sebenarnya,
buat dua kerja dalam satu masa,
kita langsung tak punya masa,
untuk diri sendiri,
tapi kamu ngak mengerti,
apa yang aku lalui,
kamu minta masa untuk kamu,
padahal aku sendiri tak punya masa,
untuk diri sendiri,
kadang kalau masa untuk aku sendiri,
aku beri pada kamu,
tapi kamu ngak mengerti kan...


Never Lose Me.





p/s: Never lose me because I'm the most sincere and true lover. ahaks.

Come And Get Me If You're Ready.

Assalamualaikum, selamat malam( pagi?). apakehe nya nak update tengah malam buta ni? macam tak menyempat esok lusa kan. haha. sajalah. tadi lepak layan youtube sebab malas lagi nak mengadap manuskrip dan kerja pejabat yang aku angkut balik rumah. okey malas nak fikir pasal itu sebab itu akan membuatkan kepala aku berserabut. makanya malam sabtu ini aku just nak lepak je sambil layan youtube. rutin hidup aku saban malam. aku sebenarnya seorang yang susah nak express feeling aku melalui kata-kata. ha jangan ingat penulis macam aku yang tulis MSA dan KDS tu boleh luahkan perasaan aku macam tu jek. oh tidak. aku sebenarnya sangat pemalu hahaha. aku tak pandai nak luahkan apa yang aku fikirkan pada orang lain. jadi, aku mengambil inisiatif untuk luahkan apa yang aku rasa melalui lagu. bukan aku tulis sendiri ya. haha. tapi lagu-lagu yang sedia ada. jadi malam ni aku nak tunjuk satu VC. lagu ni si selena gomez yang nyanyi. aku kenal si selina ni ( ceh macam kenal in real life) melalui lakonan dia. dulu tak tahu laks dia ni penyanyi jugak. masa memula aku dengar dia nyanyi aku rasa dia ni stok macam paris hilton jugak. orang menyanyi dia pun sibuk jugak nak menyanyi. harapkan melodi dan lirik je yang gempak tapi suara so-so je. amboi sedap mengata. but itu pendapat peribadi aku. maybe sebab aku lebih suka dia berlakon berbanding menyanyi. aku suka rambut dia dalam another cinderella story haha.

tapi bila aku dengar lagu kat bawah ni, aku mengakui yang dia punya bakat dalam nyanyian. she's getting better and better. suara dia sesuai dengan lagu yang dinyanyikan di bawah ni. lagu apa? sila lihat di bawah.










You ain’t gotta worry it’s an open invitation
I’ll be sittin’ right here real patient
All day all night I’ll be waitin’ standby
Can’t stop because I love it, hate the way I love you
All day all night maybe I’m addicted for life, no lie.
I’m not too shy to show I love you, I got no regrets.
I love you much to, much to hide you, this love ain’t finished yet. This love ain’t finished yet…
So baby whenever you’re ready…


sebenarnya aku suka lirik dia. come and get me if you're ready hahaha. ada maksud tersirat di situ. hahaha.

Friday, October 25, 2013

Perempuan Dan emosi.

Perempuan,
selalu dikaitan dengan emosi,
cepat emosi,
gangguan emosi,
terlebih emosi,
yang mana aku terpaksa akui,
memang betullah tu,
dan aku juga sekarang tengah emosi,
gara perempuan yang terlalu mengikut emosi,
arghh,
pagi-pagi bikin gangu emosi aku,

perempuan,
aku bisa marah,
kalau orang berkata bukan-bukan
tentang kaumku sendiri,
tapi kali ini aku terpaksa akui,
kata-kata kamu semua
memang benar,
perempuan mudah beremosi,

perempuan,
kalau bawa kereta,
memang diakui agak berbahaya,
kurang kesedaran,
kuran sikap tolak ansur,
itu...aku akui,
kerana aku juga,
sakit hati bila berhadapan dengan
lady driver ni.
 jalan aku,
bukan jalan kamu,
tapi kenapa aku yang kena undur?
bila aku enggan,
kau hon depan muka,
mujur aku mampu kawal emosi,
kalau tak,
myvi kuning kamu aku langgar.
biar padan muka.
hahahaha.
tapi aku tidak seperti kamu,
terlebih emosi.
tapi tetap rasa sakit di hati.

perempuan,
sila lah belajar cara bawa kereta,
dengan betul,
abang ada,
ayah ada,
suami pun ada.
belajarlah dari mereka,
dan aku juga sedang
melakukannya,
walaupun kadang kala cara mereka,
mengajar kita agak 'kasar'.
tapi percayalah,
itu mereka lalukan sebab mereka sayang kita.

akhir kata,
pandu cermat jiwa selamat
jangan buat jalan seperti bapa kita yang punya.
sekian.

Thursday, October 24, 2013

KWANGSOO NAK DATANG MALAYSIA!!!!

Assalamualaikum,
mungkin ada yang tahu yang aku ni kipas susah mati Running Man sebab setiap hari isnin aku akan share link episode baru RM ni dekat FB. terus terang, aku tak minat sangat layan korean movie ni. serius. memanglah banyak cerita dalam hard disk aku ni tapi tak tengok pun. aku copy dari adik aku just untuk back up kalau aku dah bosan tahap petala ke lapan, barulah aku pasang movie korea ni. tapi memang lambar gila nak habis. makan masa berbulan sebab bosan. entah. memanglah tak dinafikan yang cerita korea memang banyak kelainan, banyak unsur saspen dan paling penting bukan macam cerita hindustan, asyik tema yang sama je. tapi entah. tak masuk kot k-pop ni dengan hidup aku. aku lebih suka layan cerita taiwan atau cina walaupun hero heroin tak handsome atau cantik. sekali lagi. rupa bukan penentu segalanya heh.

okeylah aku sebenarnya nak cakap. KWANGSOO NAK DATANG MALAYSIA!!!! arghhhh rasa nak lompat bintang rasanya. dalam RM, aku paling minat kwangsoo walapun dulu ada si comel joong ki. aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat kwangsoo ni. dia ni dalam RM memang orang suka buli sebab dia paling muda kan. tapi dia suka balas dendam terutama dekat KJK. padan muka. aku tak suka KJK. hahaha.

aku harap ni bukan false alarm lah macam selalu tu. hari tu team RM kata nak buat fan meeting dekat Malaysia tapi last minutes cancel. tapi dekat singapore jadik je kan. sungguh tak puas hati sampai rasa nak boikot depa ni. tapi sebb sayang, aku relakan je hahaha. so Kwangsoo, jangan kecewakan i ye. nanti i berubah hati baru tahu. hahaha.

p/s: siapa nak teman? marilah...

Semangat.....yang hilang.



Kemana pergi semangat ku ini?




susahnya nak cari mood untuk menulis.




due dah dekat ni.



silalah sedar wahai ainn.



apa nak buat?



mana sumber inspirasiku?




hilang ke mana kamu?



marilah...



dekat padaku...

Wednesday, October 23, 2013

Gitar.

kalaulah gitar semua ini bukan sekadar keychains.
alangkah bahagianya hidup haha.
p/s: ada sesiapa sudi ajar daku main gitar sampai pandai?daku akan dedicate next novel khas untuk insan tersebut. betul tak tipu. :P

Tuesday, October 22, 2013

Pinjam Meminjam


Bila kita nak pinjam barang,
kita ambik dulu baru bagitahau eh?
begitu?
dah pinjam,
baru nak bagitahu,
kalau tuan punya barang tak bagi,
macam mana?
kau dah guna barang dia?
makanya...
nak pinjam buat cara nak pinjam,
mintak elok-elok,
lepas tu tunggu apa dia kata..
senang bukan?


Monday, October 21, 2013

Love Somebody ( Maddi Jane Cover)

Assalamualaikum,
selamat hari isnin. hari ni ada yang monday blues ke? aku macam biasa kelas enam jam. tak sempat nak monday blues bagai. kelas pagi-pagi buta lepas tu tengah hari straight sampai balik kang. so sekarang ni ada gap sekejap bolehlah nak makan ke apa kan sebab kelas nanti start time lunch hour. sungguh tak kacak betul jadual untuk sem ni. banyak kelas aku dia letak lunch hour. dengkilah tu kan aku selalu balik  tengah hari makan masakan mak aku. heh.

okeylah sebenarnya aku nak share sesuatu. malam tadi aku jumpa VC lagu ni. 1st dengar terus jatuh cinta haha. memang rutin hidup aku yang membosankan itu aku penuhi dengan melayan youtube sebelum tidur kalau aku dah fed up nak mengadap manuskrip bagai. movie pun dah takde stok nak tengok makanya aku akan bukak youtube tengok VC yang menarik. so aku TERsearch lagu ni. lagu apa? sila lihat di bawah. sekian, :P












But if I fall for you, I'll never recover
If I fall for you, I'll never be the same

I really wanna love somebody
I really wanna dance the night away
I know we're only half way there
But you can take me all the way, you can take me all the way
I really wanna love somebody
I think about you every single day
I know we're only half way there
But you can take me all the way, you can take me all the way


( i keep repeating this song over and over again. tak dengar lagu lain dah. i really loves someboday, yeahh, it's you. who? yeah..YOU)
aku memang minat si comel maddi jane ni sejak dulu lagi. dulu dia kecik comel je. sekarang dah besar si maddi ni. comels gitu. dulu dia fames dengan lagu 'impossible'. nak tahu silalah seach sendiri. aku lebih suka lagu-lagu cover yang dinyanyikan oleh si maddi ni. sebab dia ada cara sendiri dan tak terikut dengan penyanyi asal. lepas tu nampak cara dia nyanyi macam lebih fun. macam lagi love somebody yang mana penyanyi asalnya maroon 5, maddi nyanyi dengan cara yang sweet bagi aku. dia express feeling dia seolah-olah dia jatuh cinta dengan seseorang dan nak bagitahu orang tersebut. susah nak describe, korang tengok sendirilah. lepas tu compare dengan maroon 5 punya VC HAHAHAHA. aku dah tengok VC M5 tu. errr..bebudak bawah 18 sila jangan tengok hahaha. pape pun aku tetap suka lagu-lagu maroon 5. Cuma VC dia agak errr..sila isi tempat kosong.

p/s: Tadi dapat call dari editor bertanyakan tentang sesuatu, tetiba dia tanya benda yang buat gue sentap. buku baru bila nak hantar???errrr. takut gue hahahah. yeeee, i'm working on it.*sengih bersalah sebab repeat running man berbelas kali dan tolak mss jauhhhh ke tepi*

Sunday, October 20, 2013

SHOE FOR SALE : BRAND NEW SOPHIE PARIS

Shoe for sale : BRAND NEW SOPHIE PARIS

Nak let go kasut ni sebab ketat sikit. saiz 38. kast ni lah yg aku cerita semalam terpaksa tukar dua kali sebab ketat sikit. jari jemari ku agak panjang kan so aku kena pakai kasut yg muncung tajam tu heh. aku beli sebab nak match dengan hangbeg aku kaler sama. serius kala sebijik mcm ni tapi bak buat macam mana. ku sedar kaki ku siapa kan haha.

harga asal rm 70
aku nak let go harga rm 40 tak masuk poastage.
baru lagi tak pakai kecuali pakai dalam rumah untuk test. tapi sakitttt.
sesiapa yg berminat boleh whatsapp or mesej di 01125517535
THX :p

Bab 10 : Dia Putera Mahkota?


BAB 10


Dahlia berdiri tercegat di hujung bilik hotel La Maison Favart itu. Mata masih memandang ke arah katil yang telah dihiasi indah dengan taburan kelopak bunga Dahlia yang menjadi kegemarannya. Rasa sebak mula menguasai diri namun Dahlia sedaya upaya cuba mengawal perasaan. Beg galas dijatuhkan ke lantai sebelum kaki melangkah mendekati katil bertiang empat itu. Terketar tangan ketika menyentuh kelopak bunga Dahlia yang berwarna warni itu lalu dibawa ke hidung. Bau harum bunga Dahlia itu menusuk sehingga ke benaknya. Air mata cuba ditahan lagi. dia duduk di hujung katil. Tangan masih lagi menyentuh kelopak-kelopak bunga yang bertaburan memenuhi katil tersebut. reza memang tahu dia sangat sukakan bunga Dahlia.
Matanya tertacap pada sehelai kertas berwarna merah jambu yang terlindung disebalik kelopak-kelopak bunga Dahlia tersebut. perlahan-lahan kertas tersebut dicapai. Sampul surat rupanya. Dahlia berkata sendiri. dia memusingkan sampul tersebut dan jantungnya terasa berdebar apabila namanya tertulis di bahagian depan sampul tersebut. perlahan-lahan, dia membuka sampul tersebut dan dikeluarkan kad yang berwarna merah pekat itu. Terketar-ketar tangannya ketika dia membaca setiap patah perkataan yang tertulis di dalam kad itu.
Buat Kesayangku Dahlia,
Maafkan saya sekiranya awak tiba di sini seorang diri. saya cuma dapat menjangkakan yang awak pasti tidak akan sampai ke sini sekiranya saya sudah tiada lagi. tapi sekiranya awak membaca kad ini, tahulah saya yang awak cukup kuat untuk menghadapi apa yang sedang awak hadapi sekarang. Mungkin awak tertanya-tanya bagaimana saya mengetahui yang awak mungkin akan ke sini tanpa saya bukan? Susah untuk saya ceritakan di sini. Apa yang boleh saya katakan ialah, gerak hati kita selalunya tepat dan jangan berhenti mempercayai gerak hati kita. Hati dan perasaan kita selalu berlaku jujur dengan diri kita. Jadi, percayalah apa yang hati awak mahukan.
Dahlia,
Awak seorang gadis yang kuat. Jadi jangan berputus asa di atas apa yang berlaku. Saya sentiasa mendoakan awak supaya sentiasa selamat dan bahagia...sungguh pun bukan dengan saya. jaga diri Dahlia. Saya...sentiasa sayangkan awak...
Yang menyayangimu,
ShahReza.
Air mata yang laju membasahi pipnya itu tidak dapat ditahan-tahan lagi. kad merah itu digenggam kuat sebelum Dahlia menyembamkan muka ke katil.
“ShahReza. Saya benci awak!”

                                                                                   ***
Tuala lembab dicampak ke hujung katil. Alat kawalan jauh yang terletak di atas meja dicapai sebelum butang ditekan. seketika kemudian, suara pembaca berita wanita berbahasa perancis memenuhi ruang bilik hotel lima bintang itu.
Tengku Shah Putra berjalan menuju ke arah tingkap yang sengaja dibuka itu. Angin sejuk menerpa masuk ke dalam bilik tersebut membuatkan dia mengigil kesejukan. Mata masih merenung bulan di langit. Senyum hampir terukir di bibir. entah kenapa sejak akhir-akhir ni sudah seperti menjadi rutin harian setiap malamnya, merenung bulan di langit. Tengku Shah Putra mengeleng perlahan sebelum duduk menyandar di tepi tingkap sambil memerhatikan pemandangan di bawah sana. Kelihatan masih ramai penduduk di kawasan sekitar yang masih berpusu-pusu di bawah sana dengan urusan masing-masing. Memang bandar Paris tak pernah mati agaknya. Sentiasa hidup tak kita siang atau malam, 24 jam sehari.
Bosan asyik memerhatikan telatah penduduk di bawah, Tengku Shah Putra berjalan menuju ke ruang santai bilik tersebut lalu dia mencapai alat kawalan jauh. Punat pada alat kawalan jauh itu ditekan berkali-kali namun tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya. Semuanya berbahasa perancis. Tiada satu pun rancangan yang menyiarkan rancangan berbahasa inggeris. Mungkin betul apa orang cakap, orang perancis benci bahasa inggeris. Datang ke sini mahu tidak mahu memang terpaksalah bercakap bahasa perancis. Kalau bercakap dalam bahasa inggeris, mesti tidak akan dilayan.
Tengku Shah Putra menyandarkan tubuh pada kerusi mewah itu. Suara penyanyi yang datangnya dari televisyen itu langsung tidak menarik perhatiannya. Dia memandang siling yang terukir indah. Dalam hati tertanya-tanya apa tujuan sebenar dia datang ke sini? Ke Paris? Apa yang dia cari sebenarnya? Dia terkenang kembali bagaimana dia boleh bertindak membuat rancangan untuk ke Paris tanpa berfikir panjang itu. Ini semua gara-gara bonda yang asyik mendesak dia membawa gadis pilihan hatinya pulang ke istana atau dia akan dikahwinkan dengan Tengku Aziana. Memang betul-betul tak masuk akal! Tengku Aziana pula semakin hari semakin cuba mendekatinya. Barangkali dia tahu yang bondanya mahu menjodohkan mereka berdua. Tengku Shah Putra meraup muka dengan kedua belah tangan. kepala semakin berserabut setiap kali dia memikirkan tentang masalah ‘gadis pilihan hatinya’ itu. Mana dia nak cari ‘gadis pilihan hatinya’ untuk dibawa mengadap bonda? Takkan dia pakai nak tangkap muat mana-mana gadis yang dia jumpa di tepi jalan dan kemudian bawa balik mengadap bonda? Itu kerja gila namanya. Bonda takkan semudah itu untuk menerima mana-mana gadis sebagai bakal permaisuri kerajaan Indera Mahkota.
 
                                                                                 ***

“Dahlia, kuatkan semangat ya. Saya tahu awak mampu lakukan...” Reza tersenyum memandang ke arahnya.
Dahlia tersedar. Dia membuka mata. cahaya matahari yang masuk dari balik tingkap cermin itu membuatkan matanya agak silau seketika. Dia mengosok mata bagi membolehkan mata serasi dengan cahaya ketika itu. Dia memandang sekeliling dan tertanya-tanya di manakah dia berada. Mata tertumpu pada katil empat tiang yang masih dipenuhi dengan kelopak bunga Dahlia itu. Dia menoleh pula ke arah tingkap yang langsirnya diikat di sebelah kiri. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu di bawah. sibuk dengan urusan masing-masing. Dahlia mengeliat sambil membetul-betulkan tubuh yang terasa lenguh. Tidak sedar yang semalam dia tertidur di kerusi dihadapan tingkap itu. Tak sanggup rasanya mahu tidur di atas katil tersebut. setiap kali dia berbaring di atas katil itu sambil memandang siling, setiap kali itulah dia terbayangkan wajah ShahReza. Wajah ShahReza yang sentiasa tersenyum ke arahnya.
Dahlia meraup wajah dengan kedua belah tangan. mata agak pedih dek kerana banyak menangis semalam. Tak sedar bila masa dia tertidur di tepi tingkap itu. Setelah merasakan yang tak ada gunanya dia duduk di tepi tingkap itu sambil meratap pilu di perantauan, dia akhirnya bangun lalu mencapai tuala. Walaupun cuaca agak sejuk, namun dia merasakan yang mandi dan berendam dalam bathtub adalah perkara yang dia perlukan sekarang.
Dahlia berdiri terkaku di muka pintu bilik air yang hanya berdinding kaca jernih itu. Mata merenung sekeliling dan terhenti pada bathtub berwarna putih susu itu. Lambat-lambat dia berjalan merapati bathtub itu. Dia menarik nafas panjang. Reza, awak memang dah fikirkan semuanya, huh?! Dahlia mengigit bibir. dia duduk di bibir bathtub itu. Tangan menyentuh kelopak bunga Dahlia dan bunga mawar yang memenuhi bathub itu. Dia menarik nafas panjang. Memang pakej untuk berbulan madu. Dahlia melepaskan keluhan kasar sebelum membuka pili air dan memenuhkan bathtub itu dengan air sabun dan juga menitiskan beberapa minyak aroma terapi. Lilin berbau wangi yang terletak di sekeliling bathtub itu dinyalakan satu persatu dan disusun mengelilingi tab mandi itu. Setelah air memenuhi tab tersebut, Dahlia menanggalkan pakaian dan berendam di dalam tab tersebut. dia cuba mengosokkan fikiran sambil menikmati bau-bauan yang terhasil daripada minyak aroma terapi dan juga dari lilin yang terbakar itu. Sangat menenangkan dan mendamaikan.
                                                                                          ***
Tengku Shah Putra meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan yang telah kosong. Pinggan yang asalnya berisi Tuna Roll Pancakes itu habis licin dia sapu. Almaklumlah, bukan banyak mana pun Tuna Roll Pancakes tu. cukuplah sekadar mengisi perut. Nanti dia keluar, pandai-pandailah dia cari makanan yang boleh mengenyangkan perutnya itu.
Setelah merasakan yang tiada apa yang boleh dia lakukan di ruang bilik hotel mewah itu, dia mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Paris tersebut. mana tahu udara diluar sana boleh menghilangkan keserabutan kepala yang menyesakkan dada itu. Setelah siap berpakaian, dia mencapai telefon yang terletak di atas meja berhampiran dengan katil. Tiada panggilan atau mesej dari sesiapa. Memang sengaja dia tidak mengaktifkan roaming. Bimbang dia bakal diganggu oleh bonda dan juga Amir Fitri, pembantunya itu.
Tengku Shah Putra menarik nafas dalam-dalam. apabila memikirkan tentang bonda, dia kembali berserabut. Memang salahnya juga. Cakap tak fikir dulu. sekarang siapa yang susah? itu tak termasuk lagi serabut fikir pasal Amir Fitri. Kalau betul apa yang bondanya katakan tempoh hari, Amir Fitri mungkin dalam ‘bahaya’. Sekurang-kurangnya, dia masih anak bonda lagi. paling teruk pun bonda bakal paksa dia kawin dengan Tengku Aziana tapi Amir? Dia mungkin bakal dibuang negara kerana ‘bersubahat’ dengannya menipu tentang ‘gadis pilihan hatinya’. Arghhhhh! Serabut!
Tengku Shah Putra mengeluh lagi sebelum bangun lalu berjalan menuju ke sofa yang terletak berhadapan dengan televisyen tersebut. televisyen yang sejak dari semalam tidak ditutup itu sedang menayangkan tentang drama tempatan berbahasa Perancis. Walaupun dulu dia pernah belajar bahasa Perancis semasa di sekolah dan kolej, namun bukan semua dia tahu tentang bahasa Perancis. Dia belajar bahasa tersebut pun sekadar ikut syarat bonda yang mahu bakal pewaris Indera Mahkota fasih dalam beberapa bahasa. Setakat ini dia dah belajar bahasa Perancis, Jerman, Arab, Jepun, Korea dan beberapa bahasa yang dia sendiri tidak ingat. Sampaikan satu tahap tu dia sendiri tak tahu yang dia tengah bercakap bahasa apa sekarang.
Tengku Shah Putra mengerutkan dahi apabila ada sesuatu yang terjatuh ketika dia mengambil beg sandang berwarna hitam itu. Keningnya hampir bercantum apabila melihat sesuatu seperti buku berwarna hitam yang terjatuh di atas karpet bulu kambing yang tebal berwarna merah gelap diatas lantai itu.
Apa benda pulak ni? Tengku Shah Putra bertanya sendiri ketika tunduk dan membelek buku hitam tersebut. Sejak bila pulak buku itu berada di dalam begnya? Tengku Shah Putra membuka halaman buku berkulit tebal itu. Keningnya terangkat sebelah. Halaman buku yang tak berapa tebal itu penuh dengan segala catatan dan peta lokasi di sekitar bandar Paris. Siap dengan tentatif dan senarai aktiviti yang ingin dilakukan oleh si pemilik buku tersebut. terdapat juga beberapa baris ayat yang ditulis dalam bahasa perancis di halaman tersebut. Tengku Shah Putra memikir sambil memandang ke dinding. Baru dia teringat macam mana buku berkulit tebal itu berada di dalam begnya.

Tengku Shah Putra berjalan laju menuju ke arah balai ketibaan. Cermin mata hitam dan juga topi yang tersemat di kepala ditarik ke bawah. matanya sesekali menjeling ke suatu sudut. Beberapa orang paparazi sedang tertinjau-tinjau sambil masing-masing bersiap sedia dengan kamare di tangan. dalam hati mengumam marah. Macam mana mereka semua tahu yang dia akan ke Paris? Takkan Amir Fitri, pembantu peribadinya yang pecah lubang? Seingatnya, tiada siapa yang tahu tentang pemergianna ke Paris hatta bonda dan ayahandanya. Tengku Shah Putra berpura-pura tunduk mencari sesuatu di dalam beg sandangnya ketika melalui kumpulan paparazi tersebut.
Debukkk!
“Sorry..!”
Tengku Shah Putra tidak sempat hendak mengangkat kepala menoleh ke sebelah ketika gadis yang melanggarnya itu tergesa-gesa pergi menuju entah kemana. Agak hairan dengan kelakuan tersebut namun dia cepat-cepat tersedar. Spontan dia meraba poket seluarnya. lega. disangkakan gadis itu budak penyeluk saku. Almaklumlah, sekarang ni macam-macam taktik orang nak buat jahat. Lelaki perempuan sama sahaja. Apabila dunia mendesak dan diri rasa terdesak, semua benda pun sanggup dilakukan untuk hidup.
Tengku Shah Putra tunduk ke lantai apabila mata memandang buku berkulit tebal berwarna hitam itu. Rasanya buku tersebut bukan miliknya. Dia membelek secara rambang halaman buku tersebut. sah. Buku itu bukan miliknya. Mungkin milik gadis yang terlanggar dia tadi. Spontan dia menoleh sekeliling. Mencari kelibat gadis misteri itu namun hampa. Lambat-lambat, buku berkulit hitam itu selamat masuk di dalam beg sandangnya.

                                                                        ***

Dahlia mengeluarkan segala isi dalam beg sandangnya. Habis bersepah lantai bilik hotel tersebut dengan segala macam benda. Dari kain baju, mp3, buku-buku yang dijadikan bahan bacaan di kala bosan sehinggalah kepada alat-alat mandian. Namun apa yang dicari tak juga jumpa. Dahlia dah mengelabah. Dia pasti dia hanya tersalah letak namun sudah puas dia mengeledah satu bilik tersebut namun hampa. Akhirnya dia terduduk kepenatan di kaki katil bertiang empat itu. Mata hanya memandang ke arah barang-barang yang bersepah di atas lantai. Dia sudah berputus asa untuk mencari lagi. seketika kemudian, dia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas katil.
“Helo Su, aku ni...” Dahlia bersuara tanpa mukadimah.
“Pia? Kau kat mana ni? Tak jelaslah..” Suara Suria turut terputus-putus.
“Su, aku ada masalah besar ni...” Dahlia cepat-cepat bersuara. Bimbang talian akan terputus secara tiba-tiba. Hanya Suria sajalah harapannya sekarang.
“Kenapa? Pia, kau okey tak ni?” Suara Suria kedengaran cemas. Dahlia mengeleng.
“Aku okey, Cuma buku nota aku hilang..”
“Apa? aku tak dengarlah Pia. Apa yang hilang??!” Suara Suria naik tiga level.
“Buku nota aku hilang!” Suara Dahlia turut naik sama.
“Buku nota mana?!” Suara Suria masih tak turun level lagi. rasa macam tengah bercakap dari hujung bangunan ke hujung bangunan pula.
“Buku nota aku! Buku yang aku tulis semua maklumat pasal Paris ni! Dah hilang!”
“Lah. yeke? ingatkan benda apa yang hilang. Passport ada kan?”
Dahlia terdiam. terlupa pula mahu memeriksa sama ada passportnya itu masih ada dalam simpanannya lagi atau tidak. Cepat-cepat dia mencapai cross body sling bagnya lalu ditonggangkan segala isinya. Dia menarik nafas lega. buku kecil berwana merah itu ditekap ke dada.
“Helo! Pia?!” Suara Suria kedengaran kuat dari speaker telefon itu.
“Ada. Ada. Passport aku ada lagi. purse aku pun ada lgi. Yang hilang Cuma buku tu je..” Dahlia menjawab sambil menyandar di kaki katil. Kedua-dua lutut ditegakkan. Kepala memandang ke arah siling.
“Fuhhh, nasib baik ada. Kau ni buat aku risau je. penting ke buku tu sampai kau nak telefon aku merentas benua ni? Kang bill telefon melambung, jangan nak membebel dekat aku pulak ye...” Suara Suria dah kembali normal.
“Kalau kau nak tahu, buku tu kira sama penting dengan passport aku tau. Semua maklumat pasal Paris ada dalam buku tu. kalau buku tu hilang, macam mana aku nak bergerak.”
“Lah. yeke? habis tu macam mana? Ala kau pergi bukak je internet. Apa susah. kau ada bawak tablet kau kan?”
“Ada. Tapi kau ingat senang ke nak buat research bagai macam tu je. hari tu seminggu aku studi pasal Paris ni tau tak. Sekarang takkan aku nak mula balik. Aku nak keluar dari hotel ni pun tak tahu nak hala ke mana.”
“Hmmm, habis tu. apa kau nak buat sekarang? Nak aku datang sana? Sekurang-kurangnya kalau nak sesat, boleh sesat sama-sama..” Suria menjawab. dahlia mencebik. Buat lawak pulak budak ni.
“Hmmm, tak payahlah. Cuma aku nak minta tolong kau, boleh?”
“Apa dia?”
“Boleh tak kau tolong emailkan planner yang aku bagi pada kau dulu?”
“Planner? Planner mana?”
“Ala salinan planner yang aku bagi dekat kau pasal Paris hari tu. kan aku ada bagi satu salinan tempat-tempat yang aku nak pergi masa dekat Paris. Yang aku cakap dekat kau, kalau aku tak jumpa jalan balik nanti, bolehlah kau jejak aku macam Bryan Mills jejak anak dia dalam cerita Taken tu.”
“Huh, kau ni suka sangat cakap mengarut kan. Nak ke jadi macam cerita tu?” Surai bertanya serius. Dahlia telan air liur. Cepat-cepat dia mengeleng kepala walaupun sedar yang Suria tak mungkin akan nampak perlakuannya itu.
“Yelah-yelah. Sorry. So, boleh tak tolong aku ni?”
“Hmmm, yelah. Kalau aku tak tolong, alamatnya kau tak jejak balik tanah air tercinta ni lah kan. Bagi aku lima minit okey.”
“Okey, thanks Su. Kaulah saudara yang paling aku sayang...”
“Bodek...” Suria menjulingkan biji mata.
“Mana ada...” Dahlia membuat muka.
“Yelah tu. okeylah. Nanti lima minit lagi kau check email. Jangan lupa kalau ada apa-apa, telefon aku ASAP okey. dah jangan hilang apa-apa lagi terutama purse dan passport kau tu.”
“Ye baik cik Suria Nisaa...” Dahlia menjawab sebelum memutuskan talian. Dia segera mencapai tabletnya yang terletak di atas lantai itu. Tablet dihidupkan dan sementara menunggu alat tersebut berfungsi, Dahlia mengemas barang-barang yang bersepah di atas lantai. Dia sekadar meletakkan barang-barang tersebut bersama beg sandang di atas katil. Nanti-nantilah kemas. Lagi pun bukan ada orang lain dalam bilik ni.
“You have one new message..”
Tumpuan Dahlia teralih apabila terdengar suara pemberitahuan yang datangnya dari tabletnya itu. Cepat-cepat dia mencapai tablet dan membuka email. Suria telah menghantar email seperti yang diminta. Cayalah Suria. Kau memang terbaik!
Dahlia segera memuat turun dokumen yang dihantar oleh Suria itu. Tak sampai lima minit, dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat seperti di dalam buku nota yang hilang itu telah selamat berada di dalam tabletnya. Dia membuka dokumen tersebut untuk memeriksa apa aktiviti untuk hari ini. Setelah meneliti maklumat tersebut selama lebih kurang sepuluh minit, Dahlia segera bangun untuk bersiap. Hey Paris, here I come.
P/S: TO BE CONTINUED.