RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, September 17, 2013

Kerana Dia Suamiku ( Bab 6)



 BAB 6

“Mak Temah dah tanya ke?”.
Mak Temah yang sedang sibuk mengacau sambal sotong diatas dapur itu berpaling. Aliah menarik kerusi lalu duduk.
“Tanya apa?”.  Soal Mak Temah pula.
“ Ala Mak Temah ni..takkan dah lupa..pasal benda tu lah...dah tanya dia ke?”. Aliah mengendang meja dengan hujung jari. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam. Lepas waktu kerja tadi terus balik ke rumah. Nasib baik jalan tak sesak mana.
“Ohh...pasal hal tu..maaflah Lia..Mak Temah tak sempat nak tanya...lagipun Syah nampak sibuk sangat sekarang..balik pun dekat pukul satu dua pagi..masa mana nak jumpa..”. Mak Temah menyenduk sambal sotong ke dalam pinggan seramik putih.
“Waktu sahur Mak Temah  tak tanya?”. Aliah bangun sambil menuju ke dapur.
“Mak Temah lupalah Lia..biasalah..dah tua kan...”.
“Mak Temah mana tua lagi..masih cantik slim melim lagi apa...”. Aliah tersengih sambil tangan mengacau sup ayam di atas dapur.
“Ishh....Lia ni suka menyakat Mak Temah...”. Mak Temah tersenyum. Aliah masih lagi tersengih.
“Mak Temah tolonglah tanya eh...puasa dah tinggal seminggu lebih je..mana sempat nak buat semua tu kalau dah last minutes..”.
“InsyaAllah kalau Mak Temah teringat...kenapa Lia tak tanya sendiri je? Kan senang...”. Mak Temah mengeluarkan air gula batu dari dalam peti ais. Aliah menarik muncung tiga incinya.
“Mak Temah ni buat tak faham pulak...”.
Mak Temah mengeleng kepala.
“Mak Temah bukan nak masuk campur hal kamu berdua..Mak Temah sedar Mak Temah hanya orang gaji je dalam rumah ni..tapi Mak Temah dah anggap kamu berdua macam anak-anak Mak Temah...Mak Temah tak tahu apa yang berlaku antara kamu berdua..tapi Lia kan isteri Syah...kenapa sampai tak bercakap..nak bertemu muka pun payah...”.
Aliah terdiam ketika memerhatikan sup yang sedang mengelegak di atas api.
“Mak Temah..ni Lia masukkan sayur eh...sup dah mendidih...”. Aliah mengangkat bekas berisi sayur yang telah siap di potong. Mak Temah hanya mengeleng perlahan ketika melihat Aliah memasukkan sayur-sayur tersebut ke dalam periuk sup.

                                                                 ***

“Wei....lain kali tolong ajak orang lain kalau kau nak bershopping...”.
Aliah tidak mengendahkan. Matanya khusuk memerhatikan jenis-jenis kain di tangan. Ai, mati kutu dibuatnya. Rambang mata nak pilih yang mana.
“Ju..mana cantik?”. Aliah menunjukkan dua jenis kain ke arah Julia. Julia merenung seketika.
“Yang tu...”. Julia menunjuk pada kain di tangan kanan Aliah. Aliah melihat kain tersebut sekali lagi.
“Aku pun berkenan yang ni...”. Aliah membelek-belek lagi.
“Tema raya kau tahun ni warna purple  eh?”.  Julia bertanya sambil mengurut tapak kakinya perlahan. Rasa macam nak tercabut kaki kalau berjalan dengan si Aliah ni.
“Hmm...”. Aliah menjawab malas.
“Siapa decide? Kau ke Syah?”.
Aliah hanya mendiamkan diri. Malas nak jawab.
“Aku ambil yang ni lah...”. Aliah meletakkan kembali kain yang tidak dimahukannya kembali di tempatnya dan menyerahkan kain yang dimahukan itu kepada juru jual.
“Saya nak 100 meter...”. Aliah berkata kepada juru jual tersebut.
“100 meter? Kau nak buat langsir ke, nak bukak kedai kain?”. Julia bangun lalu menghampiri sepupunya itu.
“Rumah tu banyak sangat cermin..kalau kau nak merungut..aku lagi layak nak merungut...manusia tu buat tingkap dan dinding cermin macam tu punya banyak..menyusahkan orang je..”.
Julia mengeleng perlahan. Entah bila nak berdamailah budak berdua ni.
“Ehh..aku lupa nak tanya..Syah tu umur berapa eh..?”. Julia bertanya ketika mereka keluar dari Nagoya. Aliah terdiam seketika.
“Entah..tapi ibu cakap sebaya abang...”.
“Ohh..kira 28 eh...”. Julia terdiam seketika. Aliah tidak ambil pusing.
“Dah tu..kau nak buat apa dengan kain tu...nak tempah or jahit sendiri?”. Julia bertanya.
“Aku rasa nak jahit sendirilah...kalau nak hantar kedai pun tak sempat...”.
“Rajinnya kau nak jahit sendiri..untung Syah dapat isteri macam kau...”. Julia tersengih. Aliah memutarkan bebola matanya.
“Aku buat semua ini bukan untuk dia...kang buatnya parents datang rumah..tengok rumah macam tongkang pecah..tak ke haru...aku jugak yang kena membebel dengan ibu nanti..”.
Julia tergelak. “ Hai..macam-macamlah kau ni Lia...”.
“Kita nak buka kat mana ni?”. Aliah bertanya sambil menjeling jam di tangan. Ada sejam lagi sebelum waktu berbuka.
“Kau tak buka kat rumah ke?” Julia memandang wajah Aliah yang melilau memandang sekeliling.
“Tak..aku dah call Mak Temah tadi cakap kita buka luar..kang lepas buka aku nak ajak kau pergi cari baju raya pulak..”.
Julia membulatkan mata merenung wajah Aliah.
“Hah?! Nak berjalan lagi ke? Aku dah tak larat dah ni...”. Julia buat muka.
“Ala Ju..bukan selalu pun..lagi pun puasa tinggal seminggu je lagi...kalau tak cari sekarang..bila lagi...kalau kau tak teman aku..siapa lagi...”
“Ala..kenapa tak ajak laki kau je..kan senang...”. Julia tersengih mengusik. Aliah mendengus.
“Bolehlah ehh..nanti buka kau belanja..cakap je kau nak makan apa...”. pujuk Aliah.
“Memujuk memang kaulah paling terror sekali...”. Julia memutakan bebola matanya. Aliah tersengih sebelum langkah kaki dihayun meninggalkan tempat itu.

                                                                    ***

Syah berjalan perlahan menuruni anak tangga ke bawah. Keningnya terangkat. Briefcase warna silver diletak atas meja sebelum kaki dihayun ke dapur. Dahinya berkerut.
“Bunyi apa tu Mak Temah..?”. Syah berjalan menuju ke dapur. Mak Temah yang sedang mengangkat bakul berisi kain kotor itu berpaling.
“Ehh..Syah..awal kamu pergi kerja hari ni...”.
“Ada kerja sikit kat pejabat...”. Syah membuka pintu belakang ketika Mak Temah mengangkat bakul kain kotor untuk dibasuh di luar. Mesin basuh memang sengaja diletak di beranda luar. Senang lepas basuh terus sidai.
“Ohh....apa Syah tanya tadi?”.
“Bunyi apa yang bising-bising tu?”. tanya Syah ketika berdiri di depan pintu dapur.
“Ohh..tu bunyi mesin jahit Lia agaknya...”. Mak Temah menjawab sambil memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh. Dahi Syah berkerut.
“Mesin jahit? Dia menjahit? Menjahit apa pagi-pagi buta ni?”. Syah bertanya. Memang pelik betul budak ni.
“Tu ha..menjahit langsir..kan tinggal berapa hari je lagi nak raya..tu yang dia sibuk menjahit tu..memang dua tiga hari ni dia tak tidur lepas sahur..menjahit nak bagi siap langsir tu sebelum balik Kuala katanya...”. Mak Temah menuang pencuci ke dalam mesin basuh. Syah tercengang.
“Biar betul...sanggup tu spend masa nak menjahit langsir...tingkap bukan main banyak lagi ni...larat ke nak jahit semua...”. Syah berkata di dalam hati. Bunyi mesin jahit masih lagi kedengaran.
“Dia jahit kat mana? Takkan kat bilik dia?”.
“Tu kat bilik belakang...yang Syah jadikan stor letak barang-barang tu...”. Mak Temah memuncungkan bibirnya menghala ke bilik belakang bersebelahan dengan dapur. Syah terdiam. Cuba mencernakan apa yang sedang berlaku.
“Tak apalah kalau macam tu..Syah pergi dulu Mak Temah...”. Baru beberapa tapak kakinya melangkah, terhenti seketika apabila mendengar Mak Temah memanggilnya. Syah berpaling.
“Mak Temah nak tanya...hari tu Lia suruh tanya Syah tema raya tahun ni nak warna apa? Pasal dia nak beli kain langsir..tapi Mat Temah asyik terlupa je nak tanya Syah..tu Lia beli je langsir warna ungu...Syah tak kisah kan?”.
Syah terdiam seketika sebelum bibirnya terukir senyum lebar.
“Tak Mak Temah..Syah tak kisah...”. Jawabnya sebelum kembali melangkah. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Bunyi mesin jahit masih lagi bergema ketika dia melangkah menuju ke pintu depan.

                                                                        ***

Aliah mengurut leher yang terasa lenguh. Sesekali dia mengeliat meregangkan tulang belakang yang terasa sakit. Matanya berpinar kerana hampir dua jam mengadap komputer, menyiapkan  nota untuk kuliah seterusnya. Masih ada satu dua subtopik lagi yang masih belum diajar olehnya walaupun cuti raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mana nak sempat kalau dia asyik pergi kursus sana sini, itu pun dah banyak sangat buat kelas ganti waktu malam. Aliah mengurut pelipisnya. Terasa agak pening. Matanya menjeling jam di di atas meja. Lagi sejam masa sebelum balik. Aliah menyandarkan tubuh pada kerusi itu. Matanya dipejam. Lagu Linkin Park berdentum dari speaker komputernya. Buatnya student datang time dia tengah layan lagu-lagu macam ni, memang haru lah. Mata Aliah terbuka ketika telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera mencapai beg tangannya lalu mengeluarkan telefon tersebut. Senyum lebar terukir di bibir.
“Helo..assalamualaikum..”. Aliah bersuara.
“Waalaikummussalam...honey buat apa..?”. tanya orang di sebelah sana.
“Tak buat apa pun...sayang pulak buat apa..?”. Aliah giat menjawab.
“Tak buat apa pun..rindulah...”.
Ketawa yang cuba ditahan pecah juga.
“Harulah abang ni...kalau dengar kat orang ingat cakap dengan girlfriend...”. Aliah masih lagi ketawa. Aidil turut ketawa di sebelah sana.
“Cakap orang...kalau dengar dek Syah mahu kena kejar dengan T-Square Ruler baru tahu..”. Aidil masih lagi ketawa. Senyum Aliah terhenti bila terdengar nama manusia itu disebut. Aidil turut terdiam bila orang sebelah sana senyap.
“Ai..pantang sebut..senyap terus..”. Aidil mengaru kepala yang tidak gatal.
“Adik kat mana sekarang? Office lagi ke?”.
“Hmm...”.
“Ibu cakap adik balik raya kat Kuala eh tahun ni...?”.
“Hmm..”
Aidil mengaru kepala lagi. Masalah betul kalau dah jadi macam ni. Sepuluh patah tanya, sepatah je jawab.
“Abang kat mana?”. Aliah bertanya apabila Aidil senyap.
“Kat office lagi...saja nak call adik..lama tak jumpa...”..
“Hmm...abang start cuti bila?”. Aliah bertanya sambil melarikan tetikus menekan butang ‘pause’ pada winampnya.
“Sehari sebelum hari raya...adik?”.
“Dua hari sebelum hari raya dah cuti...ibu dan ayah bila gerak balik Kuala?”.
“Entah..tapi dengar hari tu ibu cakap tiga hari sebelum raya nak gerak dah...adik nak gerak bila?”.
“Tak sure lagi..kalau ikut adik..petang balik kerja tu terus nak gerak..tapi tak tahulah..adik tak tanya lagi err...”. Aliah terdiam. Aidil turut terdiam.
“Abang bila gerak..? pagi raya?”. Aliah bertanya separuh mengusik.
“Lah..gerak pagi raya baik tak payah balik..mahu menangis dalam perjalanan tu..tambah-tambah dengar lagu dendang perantau...”. Aidil menjawab sambil ketawa. Aliah turut ketawa.
“Ala..macam tak biasa je..bukan ke setiap kali raya abang akan menangis dekat UK dulu...dah lupa ke?”. Aliah tersengih.
“Mana ada..abang kuat..bukan macam adik..sikit-sikit nak nangis...”.
Aliah mencebik. Balik-balik dia juga yang kena.
“Okeylah dik..abang nak keluar dah ni..nanti lambat keluar sikit..terus jalan sesak...”.
“Okey..kirim salam pada ibu dan abah...”.
“Okey...kirim salam pada Syah..”. sempat Aidil mengusik adiknya.
“Abanggg..!”.
Aidil ketawa sebelum talian diputuskan. Namun dia mengeluh berat. Sampai bila nak jadi macam ini.

                                                                          ***

“Hati-hati Lia...risau Mak Temah..tunggu jelah Syah balik nanti..biar dia panjat..”.
“Ala..tak apa..Lia dah biasa panjat memanjat ni masa kecik dulu..”. Aliah menjawab dari atas tangga di bahagian balkoni.
“Nanti kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Siapa nak jawab...”. Mak Temah mendongak sambil memandang Aliah yang sedang memijak hujung tangga besi sambil menyangkut langsir pada dinding kaca di balkoni atas.
“Tak adalah Mak Temah..Lia okey je ni..Mak Temah tolong pegang tangga jangan bagi gerak eh...”. Aliah menolak penyangkut besi masuk pada lubang tempatnya.  Mak Temah hanya diam sambil memerhatikan Aliah di atas. Wajahnya kelihatan risau.
“Siap..”. Aliah duduk di atas tangga sambil membetul-betulkan langsir yang tergantung itu. senyum puas terukir di bibirnya. Mak Temah turut memandang.
“Pandai Lia jahit langsir..cantik..belajar dari siapa?”. Mak Temah bertanya ketika Aliah turut dari tangga lipat itu.
“Dari opah masa kecik-kecik dulu...”. Aliah menjawab sambil menarik-narik  kaki langsir, membetulkan kedudukan supaya kemas.
“Ehh...tu macam bunyi kereta...Syah balik ke?”. Mak Temah memandang ke bawah tangga. Aliah tidak ambil pusing.
“Mak Temah, nanti kita...”. Aliah berpaling.
“Aik..Mak Temah dah hilang...?”. Tanya Aliah di dalam hati ketika memikul tangga besi itu sambil membawa gumpalan langsir menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Balkoni sudah, pintu bilik atas pun dua-dua dah pasang, tinggal tingkap bawah je. Aliah berkira-kira sambil melangkah berhati-hati menuruni tangga. Telinganya menangkap perbualan di ruang tamu.
“Ler...Mak Temah hilang pergi jumpa manusia tu rupanya..”. Aliah mengomel dalam hati. Dia tidak memandang langsung ke arah lelaki itu ketika melewati lelaki itu yang sedang duduk di atas sofa. Briefcase silvernya tersandar di tepi meja kopi. Aliah meletakkan tangga tersebut berdekatan dengan tingkap yang terletak di hujung ruang tamu ini.
Kening Syah terangkat. Ini apa gaya dah macam nak pergi perang je. Dia menjeling Aliah dengan ekor mata. Pandangannya jatuh pada tangga besi lipat itu dan gumpalan langsir yang dihumban di atas lantai.
“Ini ke langsir yang dia jahit sendiri..?”. Syah tertanya sendiri.
Aliah tidak ambil pusing akan kehadiran lelaki itu yang duduk di sofa tidak jauh darinya. Dia mencucuk MP3 yang tergantung di telinga. Rambut yang disanggul kelihatan hampir terurai. Aliah membuka sepit rambut lalu digulungnya semula rambut sebelum disepit. Sesekali dia mengelap peluh di dahi. Inilah rupa kalau dah lama tak bersenam. Buat kerja sikit mula semput.
“Mak Temah..ohhh Mak Temahh...”. Aliah melaung sambil memastikan kedudukan tangga tersebut stabil. Kemudian dia menunduk mencapai langsir yang telah siap dipasang besi penyangkut lalu di letak di atas bahu.
“Mana Mak Temah ni...siapa pulak nak pegang tangga ni time aku memanjat..buatnya jatuh tergolek..alamat tak rayalah aku tahun ni..”. Aliah mengigit bibir. Telinganya menangkap bunyi televisyen yang di pasang.
“Itu satu lagi...dah tahu kita nak buat kerja..pergilah naik atas...sibuk duduk sini buat apa..selalu tu reti pulak balik kerja terus naik..takde nak lepak-lepak tengok tv ke ape..”. Aliah merungut perlahan. Dia menjeling ke arah lelaki itu dengan ekor mata. Pandangan lelaki itu difokuskan pada televisyen.
Aliah memandang tingkap. Dia memeriksa lagi kedudukan tangga tersebut sebelum mengambil keputusan untuk memanjat sahaja tanpa menunggu Mak Temah. Setelah memasukkan penyangkut langsir di tempatnya seperti di balkoni atas tadi, Aliah duduk di hujung tangga atas. Tangannya menarik dan membetul-betulkan kedudukan langsir tersebut supaya kelihatan sekata dan kemas. Namun dia tidak sampai untuk membetulkan kedudukan langsir di hujung sebelah sana. Aliah memanjangkan capaian tangannya sejauh yang boleh sehingga tangga tersebut bergerak. Dada Aliah berdebar namun dia mengeluh lega kerana tangga tersebut telah berhenti bergerak.
“Terima kasih Mak Temah..kalau tak...mesti Lia dah jat...”. Kata –kata Aliah terhenti apabila melihat bukan Mak Temah yang tolong pegang tangga itu, tetapi lelaki itu. Aliah terkejut lalu hilang keseimbangan.
“Argghhh...!”. Tangannya terlepas dari tangga membuatkan tubuhnya jatuh. Aliah menjerit sambil memejamkan mata. Dalam kepalanya teringan ibu, abah, abang, atuk dan opah.
“Maaf Atuk..opah..Lia tak sempat nak beraya di kamp...”. Namun kata-kata di dalam hati itu terhenti kerana tubuhnya tidak sakit jatuh atas lantai yang keras. Sepasang tangan memeluk tubuhnya. Aliah membuka mata. Telinganya menangkap bunyi nafas kasar di atas kepalanya. Aliah mengangkat kepala perlahan-lahan. Matanya bertembung dengan pandangan lelaki itu. Jarak seinci sahaja hidungnya dari bibir lelaki itu. Aliah bungkam beberapa ketika. Begitu juga lelaki itu.
“Lia panggil Mak Temah ke tadi..maaflah..mak Temah tengok lauk atas dapur...”. Mak Temah terdiam. Spontan Aliah dan Syah memandang ke arah Mak Temah. Aliah tersedar lalu cepat-cepat melepaskan diri dari pelukan Syah. Mukanya terasa panas membakar. Rasa macam nak terjun tingkap saat itu juga. Syah turut tergamam namun cuba berlagak biasa. Namun dalam hati dah rasa macam nak pecah jantung. Berdebar punya pasal.
“Lia tolong Mak Temah hidang lauk untuk buka...”. Aliah berjalan laju meninggalkan tangga dan langsir yang telah siap tergantung di belakang.

                                                                        ***

Aliah melipat dan menyusun baju-baju yang hendak dibawa ke kampung di dalam beg. Setelah siap, dia menyandarkan tubuh pada kaki katil. Tangannya mengurut leher. Dia termenung sejenak melakar draf tentatif di dalam kepala. Esok pagi-pagi lepas subuh terus gerak ke Kuala Kangsar. Kalau tak keluar awal-awal, mahu tersangkut berjam-jam dekat lebuh raya utara-selatan itu. Aliah menarik nafas panjang. Cuba membayangkan keadaanya ketika menjejakkan kaki ke kampung itu nanti. Hampir dua belas tahun. Dua belas tahun dia tidak pernah pulang ke kampung itu. Entah macam manalah rupanya kampung Talang itu ya. Rumah Tok Chik masih ada lagi kah? Puad, Peah, Siti dan Melati masih tinggal di kampung itu lagi ke? Aliah tersenyum pahit mengigatkan betapa gembiranya atuk dan opahnya ketika dia memaklumkan berita yang dia akan pulang beraya di kampung tahun ini. Menangis orang tua itu masa mereka berbual di telefon beberapa hari yang lepas.
“Balik juga kamu Lia...aku ingat kamu dah tak ingat aku lagi ni hah..”. suara Opah serak. Aliah turut mengelap air mata yang laju mengalir di pipinya.
“Lia balik ni opah..Lia tak pernah lupa pada opah..pada atuk...”. Aliah bersuara perlahan.
“Kamu balik dengan cucu menantu opah ya..siapa namanya..?”. Opah bertanya. Aliah mengigit bibir.
“Syah..nama dia Syah...”. Aliah menelan air liur yang dah rasa macam berpasir. Susah betul nak sebut satu perkataan itu.
“Ohh...Syah...bagus-bagus...kome balik berdua je? Anak kamu tak ada?”.
Muka Aliah dah merah padam.
“Opah...Lia mana ada anak lagi...”. Aliah mengigit bibir.
“Yeke? Tak apalah macam tu...janji kome balik...nanti ada rezeki..adalah tu..”. Opah menjawab dari sebelah sana.
Aliah bangun lalu menuju ke meja kerjanya. Tangannya melarikan tetikus lalu menekan butang ‘play’ pada winampnya. Berdentum lagu ‘ Selamat Hari Raya’ nyanyian Saloma. Aliah kemudian berjalan menuju ke katil lalu berbaring sambil menikmati lirik-lirik lagu tersebut sehingga akhirnya tertidur.
P/S: TO BE CONTINUED.

3 140 tukang karut:

tinta merah said...

Bestnyer...:)

Cahaya said...

tinta>> thanks sis :)

Azizool Hakim Anuwar said...

xde sambungan ke?

Post a Comment