RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, September 10, 2013

Kerana Dia Suamiku (Bab 4)

 BAB 4

Aliah meluruskan kaki sambil mengurut lehernya perlahan. Terasa berat kepala dengan tudung dan veil di atas kepala. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menukar pakaian kepada t-shirt dan seluar trek. Matanya menjeling jam di dinding. Hampir pukul lima petang. Tetamu yang hadir masih lagi kelihatan berpusu-pusu di luar rumah walaupun atur cara majlis yang tertera di dalam kad jemputan menyatakan yang atur cara akan tamat jam empat petang. Aliah merenung wajahnya pada cermin. Seumur hidup tak pernah dia bersolek macam tu. Walaupun dia meminta mak andam tidak menyolek wajahnya terlalu tebal, namun wajahnya kelihatan lain. Selalunya dia sekadar menyapu bedak asas dan gincu bibir sahaja. Itu pun ketika pergi kerja. Masa lain jangan haraplah nak menghabiskan masa berdandan macam tu. Aliah merenung tubuhnya yang mengenakan pakaian pengantin berwarna ungu muda. Hatinya agak sebak memikirkan yang dia telah selamat bergelar isteri kepada lelaki asing yang muncul secara tiba-tiba itu. Matanya jatuh pula pada cincin bermata satu di jari manisnya. Cincin itu kelihatan ringkas namun terasa berat berkali-kali ganda daripada biasa, membayangkan betapa berat bahunya terpaksa memegang status seorang isteri. Aliah mengurut pelipis. Kepalanya terasa berat. Sejak akhir-akhir ini, dia sering menangis ketika berada sendirian. Dia hanya mampu melemparkan senyuman plastik ketika berhadapan dengan keluarga dan sanak saudara. Biarlah mereka sangka dia bahagia dengan perkahwinan ini walaupun hakikatnya, hatinya amat terseksa.
“Ibu panggil keluar...masa untuk buka hadiah...”
Aliah merenung wajah lelaki yang berdiri di muka pintu itu melalui cermin. Lambat-lambat Aliah bangun dan berjalan menuj ke pintu. Dia berdiri di belakang pintu tersebut sambil menarik nafas panjang. Dia perlu mula berlakon kembali. Dia melangkah keluar bilik sambil tersenyum memandang ke arah ibu dan sanak saudara yang sedang menunggunya di hadapan pelamin. Bungkusan hadiah-hadiah tersusun di kaki tangga pelamin. Aliah berjalan dan duduk di sebelah Syah. Dia tidak memandang atau menjeling ke arah lelaki yang telah menjadi suaminya itu.
“Lia...pandang sini...”
Aliah spontan mengangkat muka memandang ke arah Julia yang sedang memetik punat kameranya. Aliah mengingatkan dirinya supaya terus tersenyum sehingga terasa tegang rahangnya.
“Apa lagi..bukalah hadiah tu..”. Abah bersuara sambil tersenyum. Aku memandang ke arah Syah di sebelah buat pertama kalinya sejak majlis akad nikah tadi. Syah memberikan isyarat supaya aku memulakan dahulu acara tersebut. Aliah mencapai bungkusan hadiah bersaiz sederhana besar yang terletak dihadapannya itu. Dia membaca nama pada kad yang tertera di bahagian atas bungkusan itu. Dia tidak mengenali nama yang tertera pada kad tersebut. Aliah menunjukkan pada Syah di sebelah.
“Ohh..one of my friend..”.
Aliah menarik kembali bungkusan tersebut sebelum mengoyakkan pembalut hadiah berwarna hitam dan putih itu dan membuka kotak tersebut. Set pinggan mangkuk.
“Your turn...”. Aliah berkata perlahan. Syah mencapai bungkusan yang agak besar di hadapannya lalu membaca pengirim bungkusan itu. Aliah tidak ambil pusing. Syah membuka balutan tersebut dan mendedahkan isinya. Periuk nasi. Mereka bergilir-gilir membuka hadiah tersebut sambil disaksikan oleh sanak saudara dan keluarga. Sesekali riuh rendah kedengaran apabila mereka saling berbual dan usik mengusik. Aliah memainkan peranannya dengan baik sekali walaupun hatinya menangis. Julia dan juru gambar yang diupah khas sibuk merakamkan detik itu.
Aliah mencapai sebuah bungkusan yang agak kecil dan ringgan. Dia mengoncangkan bungkusan tersebut dan mencari nama pengirim namun tiada. Aliah memandang Syah di sebelah. Syah mengangkat kening. Aliah memandang kembali bungkusan  di tangannya sebelum mengoyakkan bungkusan tersebut berhati-hati. Mukanya merah padam apabila sehelai baju tidur jarang dan berenda berwarna hitam itu jatuh di atas ribanya. Kecoh seketika sanak saudara apabila melihat isi kandungan tersebut. Aliah tidak berani menjeling Syah di sebelah. Dia menarik keluar kad yang terjuntai dari baju tersebut. Giginya digetapkan ketika membaca kad tersebut. Matanya memandang tajam ke arah Julia yang tersengih-sengih di hujung sana. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah.
“Ada ke bagi baju tidur macam ni..eeee..siap berenda-renda lagi..”. Aliah mengerutu di dalam hati. Tak tahu mana nak sorok muka ketika itu namun dia hanya berlagak selamba. Syah di sebelah tidak tahu hendak beriaksi macam mana. Macam nak terkeluar juga biji mata bila tengok hadiah dari Julia itu. Namun dalam hati rasa macam nak tergelak bila tengok muka Aliah dah macam orang nak menangis, malu punya pasal.
“Awak pulak...”. Aliah bersuara perlahan tanpa mengangkat kepala ketika dia berkata kepada Syah, mengigatkan tentang gilirannya membuka hadiah.
“Fuh..mintak-mintak dia pulak kena hadiah pelik-pelik...aku nampaklah yang kau gaya-gaya nak gelakkan aku tadi..”. Aliah berkata di dalam hati ketika Syah membuka hadiah.
“Assalamualaikum....”
Semua kepala memandang ke arah pintu. Aliah tergamam ketika memandang ke arah tuan punya suara. Tubuhnya kaku. Syah menjeling ke arah Aliah yang dah rupa macam patung kencana. Kaku tak bergerak. Aliah segera bangun, meninggalkan Syah di sebelah yang kelihatan tercengang melihat perlakuan Aliah.
“Aidil..?”. Julia bersuara sambil memandang tidak percaya. Aliah berjalan laju menuju ke pintu lalu dipeluknya lelaki itu erat-erat. Air matanya bergenang. Lelaki itu turut membalas pelukan Aliah. Syah mengetapkan gigi. Ini apa kes nak buat drama tengah-tengah keluarga dan sanak-saudara tengah berkumpul. Encik Moktar dan Puan Diana, ibu dan ayah Syah saling berpandangan sebelum jatuh pada wajah Syah yang berkerut seribu itu. Dalam hatinya terselit perasaan cemburu dan marah. Cemburu kerana dia sebagai seorang suami pun belum dapat melakukan seperti yang lelaki itu lakukan terhadap Aliah dan marah kerana Aliah sanggup memalukannya di hadapan keluarga. Kalau betul pun Aliah ada lelaki lain, kenapa dia perlu dimalukan seperti itu.
Aliah melepaskan pelukannya. Air matanya mengalir laju. Lelaki itu mengesat air mata yang mengalir di pipi Aliah.
“You came...”. Aliah berbisik perlahan. Lelaki itu tersenyum.
“Sorry dik...I miss your wedding...”.

                                                                  ***

“Mana adik ipar abang?”
Aliah hanya memekakan telinganya. Dia mengatur dan menyusun pinggan-pinggan yang digunakan semasa kenduri siang tadi.
“Adikk..abang tanya ni..ish..buat tak tahu pulak dia..”. Aidil mengosok kepala Aliah yang bertudung itu.
“Ishh...abang ni...orang tengah sibuk ni...”. Aliah menepis. Aidil hanya ketawa.
“Syah mana?”. Aidil memandang sekeliling.
“Entah..tak tahu...”. Aliah menjawab acuh tidak acuh. Tangannya sesekali menekan butang MP3nya, melaraskan volume supaya tidak menganggu pendengarannya.
“Ler..suami sendiri pun tak tahu kat mana ke? Tak takut lari ke?”. Usik Aidil.
“Lagi bagus...”. Aliah menjawab perlahan. Aidil terdiam. Senyum terukir dibibirnya.
“Nape ni? Takkan gaduh kut...belum lagi tidur sekatil dah berperang eh...”. Aidil memeluk bahu Aliah. Aliah menolak.
“Kebenda abang ni cakap mengarut..”. Aliah mengerutu, namun mukanya kelihatan merah. Senyum Aidil semakin lebar.
“Merahnya muka tu..boleh goreng telur tahu...”.
“Abanggg...!”.
Ketawa Aidil pecah. Aliah menjeling.
“Abang ni..tak patut tahu..baru balik dari UK, lama tak jumpa..alih-alih sibuk tanya pasal orang lain...”. Aliah merungut.
“Lah...merajuk pulak dia...meh sini meh..ala-ala sayang busuk...”. Aidil menarik tangan Aliah. Namun Aliah menarik kembali tangannya.
 “Tak payah nak pujuk-pujuk...”. Aliah berkata separuh merajuk. Aidil tersenyum. Sudah jadi isteri orang pun perangai tak berubah.
“Janganlah marah..kesian Syah malam nanti...”.
“Abanggggg...eee....teruklah...”. Aliah membaling kain buruk yang digunakan untuk mengelap pinggan basah tadi kearah Aidil. Aidil sempat mengelak. Ketawanya semakin kuat apabila melihat wajah Aliah yang semakin merah padam itu.
“Yelah-yelah..sorry...”. Aidil mengangkat tangan tanda menyerah. Aliah menjeling.
“Kenapa abang lama tak call adik? Abang buat apa kat UK tu sampai adik sendiri pun lupa...”. tanya Aliah perlahan. Tangannya lincah menyusun gelas kaca di atas dulang. Aidil duduk tegak memandang Aliah.
“Abang sibuk sikit dik...adik bukan tak tahu...kerja dengan mat saleh ni susah..semua kena perfect..”.
“Tak kan abang sibuk sampai tak ada masa nak call adik..at least send an e-mail...”.
Aidil terdiam. Dia melepaskan keluhan berat. Memang dia tidak nafikan yang hampir sepanjang tahun ini dia sibuk betul dengan urusan kerja yang tidak putus-putus sehingga berita Aliah ingin melangsungkan perkawinan pun baru sebulan lebih dia tahu. Itu pun si Aliah ini telefon  untuk meminta bantuan ‘melarikan’ dirinya ke UK. Tapi dia tak cukup gila untuk buat kerja-kerja tak masuk akal macam itu. Walaupun hatinya bagai dicarik-carik ketika mendengar tangisan Aliah sewaktu menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya, Aidil tidak mampu hendak bertindak bodoh macam itu. Dia tidak sanggup mengecewakan ibu dan abah.
“Adik jangan marah..abang bayar hutang tu cash punya...”.
Aliah menoleh memandang ke arah Aidil yang sedang bersandar pada dinding.
“Apa maksud abang?kalau setakat ABC Pak Taib...”
“Abang dah transfer tempat kerja kat sini...”. Aidil memotong kata-kata Aliah itu. Aliah terdiam seketika sebelum riak teruja terpancar diwajahnya.
“Betul? Abang tak tipu?”.
“Betulll...buat apa abang nak tipu...”. Aidil mencubit pipi adiknya itu. Aliah menepis.
“Sakitlah..”.
“ Lah..adik buat apa kat sini?”. Aliah dan Aidil menoleh serentak.
“Sembang dengan abang...”. Aliah menjawab sambil memandang ke arah ibunya. Ibunya mengeleng.
“Macam esok lusa tak jumpa abang pulak..dah..pergi masuk bilik..dah pukul berapa ni...”. Ibu berkata sambil bercekak pinggang. Aliah mengigit bibir.
“Ala ibu..adik baru nak lepak-lepak sembang dengan abang...”. Aliah menjawab.
“Dah..takde..pergi masuk sekarang..dah dekat pukul dua ni..nanti apa kata Syah..dah..pergi...”.
Aliah memandang ke arah Aidil seolah-olah meminta tolong. Aidil ketawa pahit.
Sorry dik...abang tak boleh tolong..big boss dah bagi arahan..”. Aidil berbisik sambil tersengih. Aliah mengigit bibir sebelum bangun dengan lemah. Aidil hanya tersengih dengan rasa bersalah. Tahu sahaja apa yang bermain dalam fikiran adik kesayangannya itu.
Aliah menoleh ke kiri dan ke kanan. Dengan berhati-hati dia melencong menuju ke bilik Julia. Hatinya kembali berbunga memikirkan yang dia tidak perlu menghabiskan malam itu di dalam biliknya yang telah dijadikan bilik pengantin.
“Lah...tak tidur lagi ke?”. Mak Mah menegur. Aliah hampir tersentak. Lambat-lambat dia berpusing.
“Ehh..Mak Mah..ingatkan siapa tadi..”. Aliah tersengih-sengih.
“Kamu nak pergi mana tu? dah lewat ni...”. Mak mah bertanya sambil mengangkat dulang berisi gelas.
“Err...Lia...err...” Aliah tergagap. Tidak tahu apa yan hendak diperkatakan. Takkan nak cakap pergi tidur bilik Julia. Mahu kecoh satu kampung pengantin perempuan lari dari masuk bilik masa malam pertama.
“Dah...pergi masuk bilik..pengantin baru tak baik berjaga lewat sangat..pergi...”. Mah Mah bersuara. Aliah menggigit bibir sebelum mengorak langkah menuju ke biliknya. Dia melepaskan keluhan berat ketika tangannya memulas perlahan tombol bilik tersebut. Hatinya berdebar-debar. Dia menjenggulkan kepala ke dalam. Keadaan bilik kelihatan samar-samar kerana lampu utama telah di padam. Yang tinggal hanyalah lampu meja di kiri dan kanan katilnya. Aliah menolak perlahan pintu tersebut sebelum melangkah masuk. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh kaku yang berselimut sehingga ke paras dada di atas katilnya. Timbul perasaan geram apabila melihat lelaki itu berada dia atas katilnya. Dari kecil sampai besar, lelaki yang tidur di atas katil itu hanyalah abang sahaja. Even abah pun tak pernah. Aliah menarik kerusi lalu melabuhkan tubuh. Dia mengurut leher perlahan. Dia termenung seketika memikirkan nasib malangnya. Kolam matanya terasa berat namun cuba ditahan. Dia tidak mahu menangis lagi. Aliah bangun dan mencapai tuala yang tersangkut di rak hujung bilik dan kemudian membuka pintu almarinya, mengeluarkan baju tidur pijama sebelum bergerak menuju ke bilik air.
Aliah merenung wajahnya di cermin besar. Solekan yang masih tersisa di wajahnya dibersihkan perlahan. Nasib baik solekan tak tebal, kalau tak mahu berjam nak tanggal masa berwudhuk tadi. Aliah membuka kancing pin dibawah dagu dan diletakkan di atas singki. Tudung di tarik melepasi kepala dan di sangkut pada penyangkut di dinding. Dia menguraikan rambut yang terkurung sejak pagi lagi. Setelah mandi dan berpakaian, Aliah keluar dari bilik dalam keadaan tuala membalut rambutnya. Lepas mandi dan membasuh rambut, baru terasa segar sikit. Aliah berjalan menuju ke meja kerjanya dan menghidupkan komputer ribanya. Dia kemudian mengosok perlahan rambutnya dengan tuala sementara menunggu komputer ribanya. Aliah berjalan menuju ke arah meja solek dan mencapai sikat. Tuala di sangkut pada kepala kerusi dan rambut separas pinggangnya di sikap perlahan. Sesekali matanya menjeling ke arah katil. Tubuh itu kaku tidak bergerak.
“Dah mati ke apa entah...”. Aliah berkata sendiri. Matanya dihalakan kembali pada skrin komputer. Dia menekan ikon winamp dan memainkan playlistnya. Dia mencucuk earphone ke telinga. Kepalanya sesekali digoyangkan mengikut rentak lagi. Rambutnya dibiarkan terurai di belakang. Aliah membuka pula dokumen yang mengandung manuskripnya. Dia berkira-kira mahu menyiapkan beberapa bab lagi sepanjang malam itu. Mata yang mengantuk dan tubuh yang penat tidak dihiraukannya. Tidak berani hendak melelapkan mata ketika terdapat lelaki asing di dalam bilik itu. Aliah membaca ayat-ayat terakhir pada manuskripnya dan terdiam seketika, berfikir ayat yang sesuai untuk disambungkan. Tangannya laju menaip idea-idea yang datang. Sesekali jari-jemarinya mengendang papan kekunci ketika berfikir susunan ayat yang betul.
Mata Syah terbuka ketika mendengar pintu bilik air di tutup. Badannya yang agak letih  membuatkannya masuk ke bilik itu seawal jam sebelas malam. Lepas tolong Pak Mat dan Pak Itam membasuh kawah tadi, terus dia masuk ke bilik. Rasa macam nak tercabut pinggang ketika membasuh kawah setinggi pinggang itu. Syah mengangkat kepalanya sedikit namun dia segera memejam mata dan berpura-pura tidur ketika Aliah keluar dari bilik air dengan berpijama. Cahaya samar-samar membuatkan dia tahu Aliah tak mungkin menyedari yang dia telah terjaga. Dia memasang telinga dan mengintai sebelah mata menjeling ke arah Aliah yang duduk bersila di atas kerusi kerjanya. Matanya di jeling pada jam dinding.
“Aik...takkan tak nak tidur lagi minah ni...”. bisik Syah di dalam hati ketika jarum jam menunjukkan hampir pukul tiga pagi. Matanya memerhatikan tubuh Aliah yang membelakanginya ketika gadis itu sibuk mengadap komputer ribanya. Matanya menyorot pada rambut Aliah yang panjang mengurai di belakang tubuh gadis itu. Dia tidak menyangka yang rambut gadis itu sepanjang itu. Syah tersenyum kecil.
Aliah mengeliat perlahan. Belakang badannya terasa sakit dan lengguh. Berdetup tulang belakang ketika dia mengeliat. Aliah merenung jam di dinding.
“Lah...baru pukul empat pagi ke? Ingat dah subuh...”. Aliah merunggut. Matanya terasa mengantuk namun ditahannya seboleh yang mungkin. Aliah menoleh ke belakang. Lelaki itu sedang tidur dalam posisi mengiring. Aliah mengecilkan matanya. Hatinya terasa cemburu melihat lelaki itu bermaharajalela di atas katilnya sendiri sedangkan dia masih berjaga. Matanya dihalakan pula pada cadar berwarna ungu pekat itu. Bibirnya tersenyum pahit. Cadar tersebut adalah pemberian ibunya kerana ibunya tahu yang dia sangat sukakan warna ungu. Memang sejak kecil lagi dia pernah memberitahu ibunya yang dia mahu menjadikan warna ungu sebagai warna tema perkahwinannya. Tak sangka ibu masih ingat lagi. Aliah mengubah posisi. Dia mencapai novel yang terletak diatas meja dan menghidupkan lampu meja. Diselaknya halaman terakhir yang dibacanya sebelum ini. Namun, tidak sampai lima belas minit, dia telah terlena dia atas meja berbantalkan lengan.

                                                                             ***

Aliah meraup muka dengan kedua belah tangannya. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi empuk itu sambil memejamkan mata. Kepalanya terasa berat, sarat dengan pelbagai benda yang perlu difikirkan. Tangannya melarikan tetikus dan menekan butang ‘pause’ pada winampnya sebelum dia kembali menegakkan badan, menyambung kerja menanda tugasan para pelajarnya itu.
Tok..tok..
Aliah spontan mengangkat muka.
“Masuk...”
“Selamat pengantin baru...”
Aliah mengangkat muka memandang Julia yang tersengih-sengih itu sebelum menjeling dan menundukkan kepala, menyambung kerja yang terhenti tadi.
“Amboi..sombong mak cik ni sejak dah naik pangkat jadi puan...”. Julia menarik kerusi lalu duduk. Aliah tidak mengendahkan.
“Lia..aku datang ni...kau boleh buat tak tahu pulak...”. Julia mengendang meja.
“Apa hal kau datang sini?”. Tanya Aliah tanpa mengangkat muka.
“Mak oii...garangnya sejak kahwin ni..kenapa?”. tanya Julia. Aliah hanya mendiamkan diri. Tangannya laju melarikan pen dakwat merah pada helaikan kertas A4 di hadapannya.
“Lia...aku tanya ni...kenapa sejak kebelakangan ni, kau macam lain je..asyik nak marah je..”.
Aliah masih enggan mengangkat kepala.
“Terseksa sangat ke hidup kau sampai dengan aku pun kau dah tak nak bercakap..”.
Tangan Aliah terhenti. Dia mengangkat kepala memandang ke arah Julia yang duduk menyandar di kerusi. Kakinya disilangkan. Aliah mencampakkan pen di tangan sebelum menyandarkan tubuh pada kerusi. Julia mengangkat kening.
Sorrylah Ju...aku serabut sikit..penat..”. Jawab Aliah perlahan. Dia memusingkan tubuh menghala pada skrin komputer.
“Aku faham perasaan kau..tapi kau jangan putus asa..seolah-olah hidup kau dah berakhir..anggap sahaja ini semua dugaan hidup..”.
“Dunia aku memang dah berakhir pun...”. Aliah menutur perlahan.
“Lia..! apa yang kau cakap ni? Tak baik tahu cakap macam tu..”. Julia memeluk tubuh. Aliah memusingkan tubuhnya menghala ke arah Julia.
“Entahlah..aku penat..sorrylah..aku cakap mengarut...”. Aliah memicit batang hidungnya.
“So..macam mana dengan rumah baru kau?”. Julia bertanya sambil merapatkan tubuhnya pada meja. Aliah memandang Julia, turut sama merapatkan tubuh pada meja. Dia mencapai pen merah di atas meja tersebut.
“Biasa saja..”. Jawab Aliah ringkas. Sebetulnya bukan itu jawapan yang paling tepat untuk soalan Julia. Hampir nak terkeluar bebola matanya apabila melihat rumah banglo dua tingkat ketika dia mula-mula sampai di rumah barunya itu. Banglo itu tidaklah besar mana tapi eligent. Halaman rumahnya bukan main luas lagi.  Ibu cakap Syah reka sendiri rumah tersebut. Dia kan arkitek. Ibu jugak ada cakap yang lelaki itu hanya mengambil masa selama tiga bulan sahaja untuk membina banglo tersebut. Dasyat tak dasyatnya.
“Err...boleh aku datang rumah kau?’. Julia bertanya sambil tersengih.
“Datang jelah...kau macam tak biasa pulak..selalu tu, tak payah suruh..laju je dah menapak kat rumah aku tu..”. Aliah menjawab. Julia mencebik.
“Cis..mengata aku pulak..rumah kau kat mana? Alamat?”.
Aliah mengerutkan dahi.
“Sejak bila kau tak tahu rumah aku kat mana?selalu datang rumah aku pun tak ingat jalan ke?”.
“Wei makcik..tu rumah parent kau..yang tu aku tahulah..sepelaung je dari rumah aku..aku tanya rumah kau sekarang..”.
Aliah terdiam. Baru dia sedar yang dia sudah sebulan tidak duduk di rumah ibu dan ayahnya itu.
“Ohh...kat Taman Permai..nantilah aku hantar SMS...aku pun tak berapa ingat alamat yang betul...”. Aliah menjawab perlahan. Memang berbulu je bila teringat kehidupannya di rumah banglo tersebut.
“Tak apalah kalau macam tu...aku nak balik pejabat aku dulu..kejap lagi aku ada kelas..next kelas kau pukul berapa?”. Julia berdiri. Aliah mengambil plannernya dan menyelak halaman planner tersebut.
“Pukul tiga nanti...aku ada extra kelas..cover cuti seminggu hari tu..”. Aliah menutup kembali plannernya itu.
“Cuti masa pergi honeymood dulu eh..”. Julia tersengih. Aliah memutarkan bebola matanya sambil membaling kertas yang telah direnyuk ke arah Julia.
“Wei...!”. Julia menepis. Aliah ketawa.
“Padan muka..”.
Julia mencebik sebelum mengutip kertas tersebut lalu dilontar kembali ke arah Aliah. Aliah menyambut lalu di lontarkan ke dalam tong sampah dibawah meja.
“Jadi-jadilah perangai budak-budak kau tu...dah jadi bini orang pun perangai tak berubah..”. Julia berkata. Aliah menjelirkan lidah.
“Dahlah..aku nak balik..layan kau ni..sampai subuh tahun depan pun tak habis...”. Julia berkata sebelum berjalan menuju ke pintu.
“Kecik tapak tangan, nyiru beta tadahkan..”. Aliah tersengih. Julia memutarkan bebola matanya sebelum menutup pintu bilik itu. Aliah mengeluh perlahan. Otaknya kembali memikir dunia realitinya. Dengan keluh kesal, Aliah mencapai pen merah lalu menyambung menanda tugasan para pelajarnya itu.

                                                                                    ***

Aliah menolak cermin mata ke atas kepala. Dia mengosok kedua belah matanya yang keletihan akibat terlalu lama mengadap komputer riba. Dia menjeling jam pada hujung monitor komputer tersebut. Hampir pukul 9 malam. Patutlah perut terasa lapar. Aliah bangun dari kerusi dan mengeliat. Terasa kejang otot belakangnya. Aliah mencapai sepit rambut dan menyimpul rambut panjangnya itu sebelum disepit. Rambut yang terjuntai di hujung dahinya hanya dibiarkan. Aliah berjalan menuju ke pintu. Melekapkan telinga pada belakang pintu tersebut. Senyap sunyi. Aliah memulas tombol pintu sebelum membuka pintu perlahan-lahan. Kepalanya terjulur keluar, mengintai ke bahagian tingkat bawah. Lampu tengah telah dipadamkan manakala lampu depan dan dapur masih belum di padam. Mungkin Mak Temah belum tidur lagi. Aliah berjalan perlahan-lahan menuruni tangga. Telinganya menangkap bunyi suara televisyen datangnya dari ruang tamu ketika dia berada di hujung tangga. Dia sempat menjeling sekilas ke arah ruang tamu. Lelaki itu sedang duduk di sofa membelakanginya ketika menonton televisyen. Aliah segera melangkah menuju ke ruang makan. Perutnya sudah mengalunkan lagu dondang sayang.
Aliah membuka tudung saji. Senyum lebar terukir. Ini yang buat dia sayang Mat Temah lebih ini. Tangannya mencapai mangkuk berisi ikan pari masak lemak cili padi dan kailan goreng lalu menuju ke dapur untuk dipanaskan. Sesekali dia menyanyi kecil  mengikut dentuman mp3 yang tersangkut di poket baju tidur pijamanya. Setelah selesai, dia membawa hidangan yang telah dipanaskan itu kembali ke meja makan. Dia mencabut earphone di telinga dan diletakkan MP3nya diatas meja.Telinganya menangkap iklan sabun basuh baju dari ruang tamu. Dia menadah tangan membaca doa makan sebelum menyuap nasi ke mulut.
Heaven...”. bisiknya perlahan ketika meratah ikan pari masak lemak cili apinya itu. Dia tidak berhenti ketika telinganya menangkap tapak kaki dari ruang tamu menuju ke dapur di belakangnya. Memang sejak sebulan tinggal di rumah itu dah memang macam tu. Masing-masing buat hal sendiri. Dah gaya macam duduk bilik sewa je. Aliah menunggu sehingga bunyi tapak kaki itu kembali ke ruang tamu.
“Apa yang lambat sangat..entah buat apa kat dapur tu pun tak tahu..” Aliah merungut sambil mengemas pinggan kotor yang telah digunakan. Bunyi tapak kaki itu masih tidak kedengaran. Aliah mengetap bibir.
“Kebendalah mamat ni lama-lama kat dapur...tidur ke apa?!”. Aliah mengerutu perlahan. Tangan kirinya mencapai mp3 di atas meja lalu dimasukkan ke dalam poket. Setelah hampir sepuluh minit menunggu, Aliah mengangkat pinggan mangkuk kotor lalu melangkah dengan berat hati menuju ke dapur. Takkan nak tunggu kat situ sampai esok pagi. Buang masa je. Aliah mengecilkan matanya ketika melangkah memasuki ruang dapur itu.
“Ler..melepak kat belakang rupanya...cis..buat penat aku tunggu je..”. Aliah berkata di dalam hari ketika melihat Syah duduk di beranda belakang sambil memandang ke langit. Pintu belakang terbuka luas sehingga terasa angin sejuk masuk ke ruang tersebut.
“Gaya jiwang kebenda mamat ni duduk sorang-sorang kat belakang tenung bulan..”. Aliah berkata didalam hati ketika mencuci pinggan di sisi. Rasa nak berguling ketawa melihat Syah yang sedang termenung di luar. Entah apalah yang sedang dia fikirkan. Teringat awek lama kut. Alian sengih sendiri namun senyum di bibir terhenti apabila Syah memandang ke arahnya dengan tiba-tba. Aliah menelan air liur namun riak wajah tidak berubah. Aliah segera menyusun pinggan mangkuk yang telah dicuci di dalam rak sebelum berjalan menuju ke tangga tanpa memandang ke beranda. Namun ketika kakinya meminjak tangga pertama, dia sempat menjeling ke arah pintu belakang. Aliah mengeleng perlahan.
“Bukan urusan aku...”. Aliah menjawab sendiri ketika tertanya-tanya tidak sejukkah lelaki itu duduk bertapa di luar rumah malam-malam buta macam ini.

                                                                                      ***

“Bila sampai...?”.
Aliah mengalihkan pandangan dari televisyen.
“Baru je..abang tak kerja?”. Aliah bertanya ketika memandang ke arah Aidil yang duduk bersila di sebelahnya.
“Abang cuti hari ni...tak sihat..”. Aidil menjawab sambil memandang ke arah televisyen yang menayangkan rancangan CSI. Aliah mengerutkan dahi. Spontan tangannya diletakkan di dahi Aidil. Aidil hanya membiarkan.
“Abang demam ke? Panas badan...”. Aliah menyentuh leher Aidil pula.
“Hmm..”. Mata Aidil masih tertumpu pada televisyen. Aliah mengigit bibir. Risaunya abang aku seorang ni.
“Macam mana boleh demam pulak? Kerja kuat sangat ke?” tanya Aliah masih lagi memandang wajah Aidil yang agak pucat itu.
“Hmm..mungkin faktor cuaca juga...”. Aidil menjawab. Aliah mengangkat kening.
“Aaa...mentang-mentang duduk UK dekat lapan tahun...balik tanah air sendiri terus demam ye...”. Aliah tersengih mengusik. Aidil menarik hidung Aliah namun Aliah sempat mengelak.
“Pandai sangat...Syah mana? Tak datang sekali..?”. Aidil mengintai ke luar rumah. Baru perasan adik ipar seorang itu tak ada. Riak wajah Aliah bertukar rupa. Aidil memandang kembali ke wajah Aliah apabila adiknya itu tidak menjawab. Aidil tersenyum di dalam hati.
“Marah sangat kalau sebut nama hamba Allah seorang tu...”. Aidil berkata di dalam hati.
“Ibu mana? Dari tadi tak nampak?”. Aliah bertanya tanpa menjawab soalan abangnya itu sambil memandang ke arah dapur. Aidil kembali memandang televisyen.
“Kat dapur kut..tadi sembang dengan Mak Peah kat belakang...”. Aidil menjawab tanpa mengalihkan pandangan dari kaca televisyen. Aliah kembali memandang ke depan. Suasana senyap seketika ketika masing-masing tertumpu pada rancangan CSI itu.
“Eee....geli je...”. Aliah menutup matanya dengan tapak tangan. Namun jari telunjuknya diangkat sedikit untuk membolehkannya melihat pada televisyen itu.
“Apelah adik..benda gitu pun nak geli ke...”. Aidil berkata perlahan tanpa mengalihkan pandangannya.  Aliah mencebik lalu menurunkan tangannya.
“Ceh...mengata orang pulak..abang ni tak ada rupa orang demam pun..siap boleh tengok tv lagi ini apa kes..”. Aliah berkata sambil menjeling sekilas ke arah abangnya di sebelah. Aidil menarik sanggul di atas kepala Aliah.
“Aduhh..abanggg...!”. Aliah menolak tangan Aidil jauh dari kepalanya.
“Bising macam mak nenek...”. Aidil menjawab sambil ketawa melihat Aliah memegang sanggul rambutnya itu dengan kedua-dua belah tangannya. Aliah mengerutkan dahi.
“Memang tak ada rupa orang demam langsung..kerja nak sakat orang je..”. Aliah merungut perlahan. Dia menjarakkan kedudukan seinci dari abangnya. Aidil hanya ketawa.
“Abang....minggu depan dah puasa..nanti kita buka ramai-ramai nak? Lama tak buka macam dulu-dulu..”. Aliah berkata setelah lama mendiamkan diri.
“Boleh jugak..dah lama tak puasa kat sini...tak tahulah abang boleh tahan ke tidak dalam cuaca yang panas ni...”.
Aliah memutarkan bebola matanya.
“Apalah abang ni..hidup kat tanah melayu ni dekat dua puluh tahun..sihat walafiat je bila time puasa..baru duduk lapan tahun dekat UK dah lupa daratan ye?”. Aliah mencebik. Aidil mencubit pipi Aliah.
“Sakitlah abanggg...ishhh..!”. Aliah mengosok pipinya yang kemerahan itu. Aidil ketawa besar.
“Durhaka kat abang ye, hmmm....”. Aidil tersengih. Aliah menjeling.
“Eh...adik..bila sampai?”.
Aliah memandang ke belakang sementara Aidil masih lagi tidak mengalihkan pandangannnya daripada Leftenan Horatio "H" Caine.
“Tadi..lepas balik dari kolej terus datang sini...”. Aliah menjawab. Ibu duduk di kerusi berhampiran. Matanya melilau memandang ke luar rumah.
“Syah mana? Adik datang seorang je ke?”. Ibu bertanya. Aliah menggigit bibir. Kenapalah manusia sorang itu jugak yang ditanya.
“Tak..adikkan datang dari kolej....”. Aliah menjawab perlahan. Matanya dihala ke arah televisyen. Sempat dijeling ke arah Aidil disebelah. Senyum terukir di bibir abangnya tanpa sedar. Aliah menjulingkan biji mata. Tahu sangat yang Aidil sedang gelakkan dia apabila ibu bertanya tentang manusia seorang itu.
“Syah tahu tak adik ke sini? Nanti risau pulak dia...”.
Aliah menggaru leher yang tidak gatal. Payah betul sekarang ini. Nak balik rumah mak ayah sendiri pun susah. Balik-balik tanya pasal lelaki itu.
“Adik..? mak tanya ni? Ishh...sibuk ke tv pulak dia...”.
Aliah memusingkan kepalanya perlahan ke arah ibunya. Matanya sempat menangkap senyum yang semakin lebar di bibir abangnya.
“Tak..adik tak sempat nak bagitahu dia..err...bateri telefon adik habis...”. Aliah menggigit bibir. Hentam jelah apa-apa pun. Janji hidup aku selamat.
“Lahh..kenapa tak cakap..pergi pakai telefon rumah tu..telefon Syah..nanti dia risau...”. Ibu berkata bersungguh-sungguh. Aliah menggaru kepala pula. Ai, masalah betul. Ibu terlebih prihatin pulak.
“Pergilah dik..tak baik buat suami risau...”. Aidil berkata tanpa memandang wajah Aliah. Namun bibir masih tak lekang dengan senyuman mengusiknya. Aliah menjeling tajam.
“Err..tak apalah ibu..adik pun nak balik dah ni...tadi plan nak singgah kejap je..” Aliah mencapai tudung yang tersangkut di lengan kerusi lalu disarungkan ke kepala.
“Lah..nak balik dah ke? Baru nak manja-manja dengan adik..”. Aidil tersengih. Aliah mencebik sambil mencubit pipi abangnya itu. Geram!
“Sakitlah...adik ni..abang demam ni...”. Aidil menepis sambil tersengih. Aliah menarik muncung empat belas incinya. Dia bangun sambil bersalam ibunya sebelum bersalam dengan abangnya pula.
“Duduk rumah tu baik-baik..jangan berperang dengan Syah...”. Aidil berbisik ketika Aliah tunduk mencium tangan abangnya. Aliah mengetap bibir sebelum mengigit tangan abangnya itu.
“Adoiii...sakitlah adik...!”. Aidil mengosok tangannya perlahan. Terdapat bekas gigitan kecil di belakang tangannya itu. Aliah tersengih tanpa rasa bersalah. Ibu hanya mengeleng melihat telatah dua orang anaknya itu. Nama sahaja perangai dah besar panjang, seorang dah jadi isteri orang, seorang lagi dah boleh jadi suami orang tapi perangai mengalahkan budak-budak tadika.
“Adik balik dulu..kirim salam pada abah..”. Aliah berkata sebelum masuk ke tempat duduk pemandn ketika Aidil dan ibu berdiri di muka pintu. Aliah melambai ketika memandu keluar dari garaj rumah tersebut.
P/S: TO BE CONTINUED.

1 140 tukang karut:

James King said...

love the story..its funny and excited..reading the next one now..^^

Post a Comment