RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, September 10, 2013

Kerana Dia Suamiku (Bab 3)


BAB 3 
Syah berjalan keluar dari bilik air sambil mengosok rambutnya dengan tuala. Badannya terasa segar sedikit setelah mandi. Hari ini terlalu banyak sangat kerja di pejabat sehingga sampai rumah pun sudah hampir pukul sepuluh malam. Tangannya spontan mencapai telefon bimbit. Keningnya terangkat ketika melihat nama gadis itu naik di skrinya. Mungkin gadis itu menelefonnya ketika dia sedang mandi. Syah berjalan menuju ke katil lalu duduk bersandar di kaki katil. Hatinya teragak-agak sama ada mahu menelefon semula gadis itu atau hanya membiarkan sahaja. Dia seolah-olah mengetahui kenapa gadis tersebut menghubunginya. Bibirnya tersenyum pahit apabila membayangkan reaksi gadis itu ketika ini. Lantas dia mendial semula nombor telefon gadis tersebut sebelum memutuskan talian semula. Mungkin gadis itu sedang membuat panggilan. Syah meletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja di hujung katil. Dia menyandarkan leher sambil memejamkan mata. Cuba tidak memikirkan tentang gadis itu. Hatinya tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh gadis itu sekiranya mereka berjumpa?  Syah bangun lalu merebahkan diri di atas katil. Fizikal dan mentalnya terasa penat. Dia menutup lampu meja yang terpasang dan terlena selepas beberapa saat meletakkan kepala di atas bantal.

                                                                             ***

Aliah mundar mandir ke kiri dan ke kanan. Hampir sepuluh minit dia berkeadaan begitu dan dia nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
“Awak..boleh tolong berhenti mundar-mandir macam tu? Awak buat saya pening....”
Aliah terhenti secara spontan. Dia menjeling tajam ke arah tuan punya suara. Dia kemudian melangkah mendekati meja lalu menongkat tubuh di atas meja itu dengan kedua belah tangannya. Matanya masih tajam merenung lelaki itu.
“Apa yang awak rancang sebenarnya ni?” tanya Aliah keras.
“Apa maksud awak?”. Syah bertanya cuba membetulkan kedudukannya pada kerusi empuk itu. Aliah mengetap bibir.
“Awak faham maksud saya...kenapa awak tak ikut macam rancangan kita?”
“Rancangan apa?”. Syah bertanya sambil mencapai tracing paper di atas mejanya. Tangannya membuka gulungan tersebut dan dibentangkan di atas meja. Aliah mengerutkan dahi.
“Aii..kita tengah bercakap..dia boleh pulak buat kerja lain...”. Aliah mengerutu di dalam hatinya. Aliah menarik kerusi lalu dihempaskan tubuhnya pada kerusi tersebut. Syah tidak ambil pusing. Matanya sibuk memerhatikan pelan di hadapannya.
“Rancangan nak gagalkan perkahwinan kita...dah lupa ke?”. Aliah berkata sinis.
“Itu rancangan awak..bukan saya...”. Syah menjawab selamba. Aliah membulatkan matanya merenung Syah yang masih tidak mengangkat muka dari pelannya.
“Memanglah rancangan saya..tapi kan awak dah setuju nak tolong saya...awak cakap yang awak akan pastikan mak dan ayah awak batalkan rancangan ni...”. Aliah bersuara keras, sakit hati melihat sikap acuh tidak acuh lelaki di hadapannya itu.
“Saya dah buat apa yang termampu...”. Syah menjawab sambil melukis entah apa dia atas tracing paper itu. Aliah memeluk tubuh.
“Habis tu macam mana sekarang ni?”. Aliah bertanya lagi. Syah hanya mendiamkan diri, khusyuk meneliti kertas tersebut. Aliah semakin geram.
“Aku ni cakap dengan tunggul kayu ke apa? Ke dia anggap aku macam tunggul kayu?”. Aliah merungut di dalam hati.
“Awak dengar ke tak apa saya cakap ni?”. Aliah bertanya hampir hilang sabar. Syah mengangkat kepala memandang wajah Aliah yang tegang itu.
“Habis tu awak nak suruh saya buat apa..?”. Syah menyandarkan tubuh pada kerusi kulit berwarna hitam itu. Tangannya memutar technical pen di tangan.
“Manalah saya tahu...ini semua salah awak..!”. Aliah menjawab keras. Matanya ditumpukan pada technical pen di tangan Syah.
“Apa pulak salah saya..”.
“Dah tu, salah siapa? Saya?”. Dahi Aliah berkerut. Kita punyalah serabut, dia boleh pulak selamba aci buat kerja macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Look..saya tak tahu apa nak buat sekarang..our parents dah decide nak teruskan juga perkahwinan ini..jadi, saya rasa kita tak ada pilihan melainkan...”
“Mana boleh! Saya tak nak kahwin dengan awak..!”. Aliah berdiri. Tangannya digenggamkan. Dadanya turut naik menahan perasaan marah. Syah tercengang seketika.
“Ini apa pulak dah gaya macam nak mengamuk je..”. Syah berkata didalam hati. Aliah menarik nafas panjang, cuba bertenang. Dia kemudian duduk semula dan menyilangkan kaki.
“Baiklah....kalau awak tak nak tolong saya halang perkahwinan ini...saya sendiri akan buat..by hook or by crook...”. Aliah bangun semula, mencapai beg tangannya, berjalan menuju ke pintu dan menghempaskan pintu pejabat Syah sekuat-kuat hatinya.

                                                                                         ***

“Adik..hujung minggu ni pergilah keluar dengan Syah, cari barang hantaran..”. ibu yang sedang duduk sambil melipat kain itu bersuara. Aliah pura-pura tidak dengar. Matanya tertumpu pada slot cerekarama di televisyen.
“Adik..dengar tak mak cakap ni?”.
Aliah mengalihkan pandangnya perlahan-lahan ke arah ibunya.
“Adik sibuklah ibu..banyak kerja...”. Aliah menjawab perlahan. Ibu berhenti dari melakukan aktiviti melipat kainnya itu.
“Habis tu bila lagi nak pergi cari barang-barang hantaran tu?kenduri bukan lama pun, tinggal sebulan saja lagi...”.
Aliah mengalihkan pandangannya ke arah kaca televisyen.
“Ibu telefon Syah ya...”
Aliah pantas menoleh ke arah ibunya semula.
“Buat apa nak telefon dia?”.
“Lah...keluar dengan dia pergi cari barang hantaranlah..kalau tak buat sekarang..bila lagi?”.
Aliah mengigit bibir.
“Tak payahlah ibu..dia tu kan sibuk je selalu..banyak projek...tak payahlah nak susahkan dia..nanti adik pergi dengan Ju cari barang-barang hantaran tu....”.
“Pergilah sama-sama dengan dia..senang nak pilih..nanti ada yang tak berkenan ke apa...kan susah...”. Ibu menyambung aktiviti melipat kainnya.
“Tak apalah ibu..nanti-nantilah adik cakap dengan dia...”. Aliah memandang semula pada kaca televisyen. “....dalam mimpilah aku nak cakap dengan dia..”. Aliah berkata dalam hati.
“Hmm..eloklah tu..jangan tangguh-tangguh..nanti kelang kabut pula...sementara ibu tak ada kerja ni..boleh ibu gubah hantaran adik tu...”.
“Yelah ibu...”. Aliah menjawab perlahan.
“Wei...tak siap lagi ke pilih? Kaki aku macam nak tercabut dah ni...”.
Aliah tidak ambil pusing. Matanya sibuk membelek beberapa jenis minyak wangi lelaki. Naik pening kepala dengan segala macam bau minyak wangi itu.
“Cepatlah Lia...aku dah lapar tahap kebulur dah ni..”. Julia merengek perlahan di sebelah.
“Kejaplah...aku tengah pening nak pilih yang mana ni...”. Aliah mengambil botol Hugo Boss For Men lalu dibawa ke hidung.
“Aku peliklah dengan kau ni..dah tahu nak beli barang hantaran kahwin, apesal kau ajak aku? Kenapa tak ajak tunang kau tu?”. tanya Julia sambil membelek beberapa jenis botol minyak wangi yang dibawa keluar oleh penjual itu.
“Cuba bau..okey tak?”. Aliah menghulurkan botol Hugo Boss For Men itu ke arah Julia.
“Bolehlah...tak kuat sangat..”. Komen Julia. Aliah meletakkan botol tersebut dan mengambil botol  DKNY Men lalu dibawa ke hidung. Julia mengelengkan kepalanya. Hampir dua jam mereka menghabiskan masa hanya untuk memilih minyak wangi sahaja.
“Wei..aku tanya tak jawab pulak...”.
“Apa dianya..?”. Aliah mengambil botol Polo Black pula.
“Kenapa tak ajak Syah je, kan senang...suruh je dia pilih...tak payah nak pening-pening...”. Julia menongkat dagu di atas kaunter tersebut.
“Malaslah...kirim salamlah aku nak keluar dengan dia...”. Aliah menjawab sambil meletakkan botol Polo Black itu.
“Aku tak fahamlah..kau orang berdua ni dah hampir dua bulan bertunang..tapi macam musuh je...tak baik lagi ke?”.
“Hmm...”. Aliah membawa botol Tommy Boy ke hidung.
“Kau cakap nak minta tolong Asri...”.
“Dia pun tak boleh tolong..entahlah..aku malas fikir...terima jelah..dah nasib aku..tapi tak bermakna aku tak ada rancangan even kita orang jadi kahwin pun...”.Aliah menjawab sambil mengambil botol Hugo Boss For Men kembali lalu di bawa ke hidung. Dia berkira-kira mahu memilih antara Hugo Boss atau Polo Black.
“Apa maksud kau? Rancangan apa?”. Julia duduk tegak.
“Adalah...”.
“Kau..kau nak buat rancangan gila apa lagi ni? Kau jangan main-main Lia...ini melibatkan dua keluarga..silap-silap boleh perang besar tahu...”.
“Kau jangan risau..rancangan aku baik punya chilok...”. Aliah meletakkan botol Hugo Boss dan menghulurkan Polo Black ke arah pelayan yang setia menunggunya dari tadi lagi.
“Saya ambil yang ni...”.
“At last...”. Julia menarik nafas lega. Aliah memutarkan bebola matanya.
“Kau tak cakap lagi..apa rancangan kau lepas ni?”. Julia membenamkan garfu dalam saladnya sebelum di bawa ke mulut.
“Lepas ni? Aku nak balik rumah..penat..banyak kerja terbengkalai..kalau tak kerana ibu aku dah membebel-bebel suruh pergi cari barang hantaran, tak adanya aku nak buang masa sia-sia macam ni...”. Aliah mengacau penyedup minuman.
 “Aku bukan tanya rancangan kau lepas ni..maksud aku..rancangan kau lepas..err...bergelar isteri...”.
Aliah yang sedang menyedup minuman itu hampir tersebur mendengar pertanyaan Julia.
“Weii..yang kau kalut sangat tu kenapa?”. Julia ketawa sambil menghulurkan tisu ke arah Aliah.
“Kebenda kau cakap ni?”. Aliah mengelap mulutnya dengan tisu.
“Lah..betullah aku cakap...so?”
“So apa?”.
“Main-main pulak minah ni..aku tanya serius ni..kang aku rendam kau dalam sup ayam ni baru tahu...”
Aliah memutarkan bebola matanya.
“Liaaaa...! betul-betullah...”.
“Yelah-yelah...aku tak pasti lagi..tapi aku akan rancang sesuatu..yang akan buatkan mamat tu ceraikan aku..kau tahulah...kitorang pun takkan nak hidup selama-lamanya kan..maksud aku..”
“WHAT??! Kau..belum apa-apa lagi kau dah fikir tentang cerai? Liaaa..kau biar betul..” mata Julia terbelika memandang wajah Aliah yang selamba menghirup sup tomyamnya itu.
“Kau ni kecohlah Ju..itu sebab aku malas nak cerita apa-apa pada kau...”. Aliah menolak pinggan nasi yang telah kosong ke tepi.
“Seriuslah Lia..kau ingat nikah cerai ni benda main-main ke? Kau ingat ni macam kecik-kecik dulu ke time kita main kahwin-kahwin dulu..boleh nikah olok-olok lepas tu cerai...?”.
Aliah merenung sekeliling sambil menyedut baki minumannya.
“Liaa! Aku cakap dia boleh buat tak tahu pulak...”.
“Dah lah Ju...aku dah malas nak fikir..biar masa je yang tentukan..kira okey apa aku tak lari dari rumah...”. Aliah menolak gelas kosongnya ke tepi. Julia mengeluh perlahan.
“Aku faham perasaan kau..terpaksa terima lelaki asing dalam hidup kita memang susah..apatah lagi sebagai suami..kalau aku pun, belum tentu aku sekuat dan setabah kau...”. Julia berkata perlahan.
“Tak apalah Ju..dah takdir aku macam ni...nak buat macam mana..asalkan ibu dan abah aku happy, aku pun tak kisah..pandai-pandailah aku nak buat macam mana nanti...”. Aliah menjawab.
So...Syah ada adik lelaki tak?”. 
P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment