RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, September 24, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 9



Bab 9
“Shah, Tengku Aziana tunggu kau dekat luar tu....” Amir Fitri masuk ke ruang santai tersebut. dia mengelengkan kepala ketika melihat Tengku Shah Putra masih sibuk melontarkan bola keranjang ke dinding tanpa bergerak seinci pun.
“Kau dengar tak aku cakap apa tadi?” Amir Fitri menangkap bola yang dilontar ke dinding dengan kemas.
“Apa? jangan kacau aku boleh tak? Bagi balik bola tu...”
“Nope. Tengku Aziana tunggu kau dekat luar...”
“Dia nak apa?” Tengku Shah Putra merampas bola dari pegangan Amir Fitri itu.
“Dia nak ajak kau keluar...”
“Cakap dekat dia aku sibuk...”. Tengku Shah Putra membaling bola ke dinding. Amir Fitri mengaru kepala yang tidak gatal. Susahlah kalau hari-hari dia kena jadi orang tengah macam ni. Asyik menipu je kerjanya.
“Shah. Kenapa kamu tak siap lagi? Azi dah lama tunggu dekat luar tu...” Tengku Alissa Irdina masuk ke ruang tersebut sambil bercekak pinggang.
“Shah tak ada mood nak keluarlah bonda...” Tengku Shah Putra menjawab bosan sambil membaling bola keranjang ke dinding, menghasilkan bunyi berdesing yang mampu membuatkan Tengku Alissa Irdina naik angin.
“Jangan nak mengada-ngadalah Shah. Bonda nak Shah pergi bersiap sekarang dan keluar dengan Azi.”
Tengku Shah Putra berhenti melontar bola. Dia memandang wajah bondanya yang sedang naik angin itu.
“Tapi bonda...”
“Tak ada tapi-tapi lagi. ini adalah arahan!” Tengku Alissa Irdina menjawab tegas sebelum berjalan keluar dari ruang santai tersebut. tengku Shah Putra melemparkan bola ke dinding dengan geram. Tubuh dihempaskan ke kerusi.
“Shah, aku rasa baik kau ikut je cakap tengku permaisuri tu. lagi pun, tengku permaisuri Cuma suruh kau keluar dengan Tengku Aziana tu je, bukan suruh kawin...” Pujuk Amir Fitri. Tengku Shah Putra merengus kasar namun lambat-lambat dia bangun juga menuju ke kamar peribadinya.

                                                                        ***

“Maaflah kalau awak rasa bosan kerana terpaksa temankan saya hari ni,” Tengku Aziana cuba memancing Tengku Shah Putra untuk berbual. Tengku Shah Putra tidak menjawab. pandangan dilempar ke arah tasik yang terbentang luas di hadapannya. Sesekali dia membetulkan kedudukan topi yang dipakai untuk melindungi wajah dan identitinya daripada pandangan orang sekeliling.
“Shah, awak dengar tak apa saya cakap ni?”
Tengku Shah Putra tersedar dari lamunan. Dia memandang ke arah Tengku Aziana yang sedang duduk bertentangan dengannya.
“Dah habis minum, boleh kita balik sekarang?” Tengku Shah Putra bertanya tanpa mengendahkan soalan yang diajukan oleh gadis itu. Sesungguhnya dia rasa bosan ketika itu. Tengku Aziana menarik nafas panjang. Agak hampa kerana Tengku Shah Putra melayannya seperti acuh tidak acuh sahaja. Rancangan asalnya mahu menghabiskan masa sepanjang hari ini bersama lelaki itu. Dia mahu mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam lagi walaupun dia tahu yang Tengku Shah Putra melayannya dengan sambil lewa sahaja. Siapa yang tak kenal Putera Mahkota negara Indera Mahkota itu. Perempuan keliling pinggang dan sering bertukar seperti menukar baju sahaja. Dia yakin jika betul caranya, dia pasti dapat menundukkan Tengku Shah Putra itu.
“Awak nak ke mana?” Tanya Tengku Aziana apabila melihat Tengku Shah Putra berdiri.
“Balik...” Sepatah dia menjawab sebelum berjalan meninggalkan Tengku Aziana yang terpingga-pingga itu. Menyedari yang dia bakal ditinggalkan, cepat-cepat Tengku Aziana bangun lalu berjalan laju cuba menyaingi Tengku Shah Putra yang dah jauh ke depan itu.
“Awak, lepas ni boleh tak temankan saya pergi shopping?” Tengku Aziana bertanya ketika berjaya menyaingi Tengku Shah Putra.
Shopping?
“Sorry. Saya tak suka nak buang masa dengan buat aktiviti macam tu. awak ajak je orang lain...” Tengku Shah Putra menjawab sambil membetulkan letak cermin mata diwajahnya. Matanya seperti menangkap kelibat beberapa orang yang sedang menyorok di sebalik pokok-pokok yang terdapat di laluan tersebut. dia rasa tidak sedap hati. Telefon dikeluarkan lalu nombor Amir Fitri didail.
“Mir, kau ada mana ni? Datang ambil aku sekarang.” Arah Tengku Shah Putra sebelum mematikan talian. Dia pasti beberapa orang yang sedang menyembunyikan diri di sebalik pokok-pokok itu adalah paparazi yang cuba menangkap gambar curinya seperti biasa.
“Ala Shah, please. Temankan saya ye. Lagi pun saya tak ada kawan nak ajak keluar...” Tengku Aziana merayu lagi sambil memeluk lengan lelaki di sebelahnya itu. Tengku Shah Putra yang masih mengawasi kehadiran paparazi itu menoleh ke sebelah. Tengku Aziana menghadiahkan senyuman manis. Tengku Shah Putra merengus perlahan sebelum cuba menarik tangannya dari pelukan gadis tersebut.
“Arghhh!”
Spontan tangan Shah  menarik tubuh Tengku Aziana yang hampir terjatuh akibat tersadung batu itu. Tengku Aziana memejamkan mata ketika tangan sasa Tengku Shah Putra memeluk erat pinggangnya. Rasa bahagia mula berputik di hatinya.
Tengku Shah Putra tergamam seketika dengan tindakan drastiknya. Bukan niat dia untuk memperlakukan sebegitu terhadap Tengku Aziana namun semua itu berlaku secara spontan.
KLIK.KLIK...
Spontan Tengku Shah Putra menutup muka dengan tangan apabila cahaya flash dari kamera milik paparazi menghujani mereka tanpa henti. Rasa marah mula menguasai dirinya namun dia tidak boleh bertindak sesuka hati di tempat awam. Bimbang akan memburukkan keadaan. Dia memandang ke arah Tengku Aziana yang masih memeluknya erat.
“Tengku!”
Spontan Tengku Shah Putra menoleh. dia mengeluh lega apabila melihat kelibat Amir Fitri tiba dengan beberapa orang pengawal peribadi. Amir Fitri ternyata merupakan pembantu peribadi yang cekap kerana berjaya mengawal situasi yang semakin mengila itu apabila paparazi semakin galak menangkap gambar dia dan Tengku Aziana. Pelukan Tengku Aziana semakin erat ketika mereka sedaya upaya melepasi kumpulan paparazi yang semakin ramai itu. Dalam kepala membayangkan tajuk muka depan akhbar pada keesokan harinya namun dia cuba tidak memikirkan tentang hal itu. Yang penting dia mahu keluar dari tempat itu dengan seberapa segera.

                                                                                ***

“Kau okey?” Amir Fitri bertanya sambil memghulurkan sebotol air mineral kepada Tengku Shah Putra itu.
Tengku Shah Putra tidak menjawab. dia mencapai botol yang dihulurkan oleh pembantunya itu sebelum meneguk perlahan.
“Tengku Aziana balik macam mana tadi?” Tanya Tengku Shah Putra sambil meletakkan botol mineral yang sudah tinggal separuh itu.
“Dia balik dengan pegawal peribadi dia. kenapa kau tanya?”
“Saja..”
“Kau ambil berat pasal dia nampaknya...”
Tengku Shah Putra menjeling ke arah Amir Fitri. Dia melepaskan keluhan kasar sebelum menyandar tubuh pada kerusi.
“Bukan ambil berat, tapi..entahlah...”
Amir Fitri memandang ke arah Tengku Shah Putra dalam-dalam.
“Boleh aku tanya sesuatu?”
“Apa?” Tanya Tengku Shah Putra malas. Dia memejamkan mata cuba mengenyahkan bayangan yang bakal dia hadapi esok apabila hampir kesemua dada-dada akhbar memaparkan tentang beritanya dan Tengku Aziana. Dia pasti paparazi-paparazi tersebut telah berjaya mendapatkan gambar yang menarik dan menjaja cerita yang tidak masuk akal seperti selalu itu.
“Kenapa aku tengok cara kau layan Tengku Aziana tu tak sama macam kau layan perempuan-perempuan lain?”
“Maksud kau?”
“Maksud aku, selalunya kau suka layan perempuan-perempuan kat luar tu semua walaupun kau tak pernah serius tapi kenapa dengan Tengku Aziana, kau layan acuh tak acuh je?”
Tengku Shah Putra terdiam. sebetulnya dia sendiri tak tahu. Entah kenapa, minatnya untuk berpeleseran dengan perempuan sudah semakin berkurang sejak kebelakangan ini.
“Shah, kau dengar tak aku cakap ni?”
Tengku Shah Putra masih mendiamkan diri. sesungguhnya otak terasa penat memikirkan tentang hidupnya yang tunggang langgang itu. Dia masih memejamkan mata ketika mendengar bunyi telefon bimbit pembantunya itu.
“Apa?!”
Tengku Shah Putra membuka mata.
“Kenapa?” Tanya Tengku Shah Putra apabila melihat Amir Fitri kelang kabut mencapai alat kawalan jauh sebelum menghidupkan televisyen di ruang santai tersebut. pandangan dia ikut sama tertumpu ke skrin televisyen.
“Habislah kali ni..” Amir Fitri mengumam perlahan ketika mata masih tertumpu pada skrin televisyen. Berita tentang Tengku Amir Shazwan yang sedang memeluk erat tubuh Tengku Aziana dengan tagline ‘Putera Mahkota bermesra di tempat awam bersama kekasih hati’.
“Habislah kalau tengku permaisuri tahu...” Amir Fitri mengumam perlahan.
“Tengku Shah Putra! Apa kamu dah buat?!”
Tanpa sebarang amaran, Tengku Alissa Irdina menerjah masuk ke ruang santai tersebut sambil bercekak pinggang. Wajah wanita separuh usia itu kelihatan menakutkan walaupun dengan pakaian yang mahal dan perhiasan penuh di badan. Tengku Shah Putra meraup muka dengan tapak tangan.
“Bonda, bonda tahu kan itu semua tak benar...”
“Masalah sekarang orang sekeliling tak fikir macam tu. Shah tak serik-serik lagi ke? Kenapa Shah suka nak keruhkan keadaan? Boleh tak kalau sekali Shah keluar dari istana ni, Shah tak buat perangai?”
Tengku Shah Putra terdiam. kepala terasa nak meletup apabila mendengar bebelan bondanya itu. Tak termasuk lagi dengan berita sensasi yang baru sahaja muncul di televisyen itu. Pasti akan menjadi bualan media di seluruh dunia.
“Apa bonda nak jawab pada uncle Daniel dan auntie Dalila nanti bila mereka nampak apa Shah dah buat pada anak tunggal mereka?”
“Bonda! Shah bukan buat benda tak baik pun. She know exactly what happend. Dia hampir jatuh tersadung batu dan Shah hanya tarik tangan dia supaya dia tak menjadi tajuk utama berita esok pagi dengan tagline ‘Puteri Raja Nilam Sari jatuh tersembam tanah.”
“Tapi itu lebih baik dari berita macam tu! kamu memalukan bonda dan ayahanda! Bonda tak kira, kamu kena kawin dengan Tengku Aziana!”
Tengku Shah Putra merenung wajah bondanya dengan raut wajah tidak percaya.
“No way! Shah takkan kawin dengan dia.!”
“Kenapa?!”
“Sebab...sebab..” Tengku Shah Putra tidak tahu nak kata apa. buntu kepala sekejap dengan asakan demi asakan membuatkan dia seperti ingin keluar dari istana ini.
“Bonda tak kira, walau apa yang terjadi kamu tetap akan berkahwin dengan Tengku Azinan!”
“No bonda. Shah takkan berkawin dengan tengku Aziana. Muktamat!”
“Kenapa?!” Tengku Alissa Irdina bertanya lagi dengan nada geram. Bila disuruh berkahwin tak nak, bila ditanya kenapa, tak nak pula menjawab.
“Sebab Shah dah ada pilihan hati...” Laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya. Tengku Alissa Irdina merenung tajam ke arah Tengku Shah Putra. Dia menoleh ke arah Amir Fitri yang turut sama tercengang di suatu sudut itu.
“Amir, betul ke cakap si Shah ni? Dia dah ada pilihan hati?” tanya Tengku Alissa Irdina bertanya garang ke arah pembantu peribadi anaknya itu. Amir Fitri mengelabah. Setahu dia, Tengku Shah Putra tidak mempunyai teman wanita.
“Errr...errr...” Amir Fitri tergagap sambil memandang ke arah Tengku Shah Putra seolah-olah meminta bantuan. Tengku Shah Putra mengangguk tanda isyarat supaya mengiayakan.
“Kamu pun nak bersubahat dengan Shah untuk menipu beta?”
Amir Fitri tertelan air liur sendiri. kecut perut melihat wajah tengku Alissa Irdina ketika itu. Sepanjang dia bekerja dengan keluarga diraja ini, ini kali pertama dia melihat tengku Alissa Irdina naik angin sebegitu teruk seperti itu.
“Errr..be...betul tengku permaisuri...” Akhirnya terluah juga kata-kata itu dari mulut Amir Fitri. Dia memandang ke arah Tengku Shah Putra seolah-olah meminta simpati. Tengku Alissa Irdina terdiam. dia menoleh ke arah anak lelakinya itu.
“Baik. Kalau betul kamu dah ada pilihan hati, bawa dia balik ke istana. Kalau bonda tahu kamu menipu bonda lagi, kamu tahulah apa akibatnya. Dan kamu Amir...” Tengku Alissa Irdina menoleh ke arah Amir Fitri yang sudah mengigil dari hujung rambut ke hujung kaki itu.
“Kalau beta dapat tahu yang kamu turut bersubahat dengan Shah untuk menipu beta, kamu akan dihukum dengan seberat-berat hukuman. Faham?!”
Rasa macam nak pengsan Amir Fitri apabila mendengar titah baginda permaisuri itu. Terketar-ketar dia mengangguk tanda faham. Dia masih memandang ke arah pintu dengan raut wajah seperti telah dijatuhkan hukuman pancung walaupun Tengku Alissa Irdina telah keluar dari ruang itu lima minit yang lalu.
“Shah, aku harap kau tak mereka cerita tentang gadis pilihan kau tu...” Amir Fitri berkata sambil berjalan mendekati Tengku Shah Putra  yang sudah mula memejamkan mata sambil mengurut pelipisnya.
“Shah, kau dengar tak aku cakap apa ni?”
“Hmmm, apa? aku tengah sakit kepala ni? Boleh jangan kacau aku tak?” Tengku Shah Putra masih mengurut kepala yang terasa seperti kena gerudi itu.
“Kau tak reka cerita kan? Kau memang dah ada seseorang untuk dibawa menghadap baginda permaisuri kan?” tanya Amir Fitri beriya-iya. Tengku Shah Putra tidak menjawab.
“Shah!”
“Ish! Apa? boleh tak kau jangan nak tambah keserabutan kepala aku ni?” Tengku Shah Putra membuka mata. dia bangun dan membetulkan kedudukan pada sofa itu. Pandangan mata dihalakan ke arah skrin televisyen yang sudah menyiarkan rancangan lain.
“Kau akan bawa gadis tu balik jumpa bonda kau kan?” Amir Fitri tak habis-habis bertanya soalan yang sama sehingga membuatkan dia berasa bosan.
“Itu bukan kerja kau ke?” alat kawalan jauh dicapai sebelum butang ditekan. siaran televisyen bertukar dari cerita drama melayu kepada cerita aksi. Amir Fitri dah kecut perut apabila mendengar jawapan Tengku Shah Putra itu. Tahulah dia yang Tengku Shah Putra hanya mereka cerita sahaja demi untuk melepaskan diri dari asakan tengku permaisuri yang mahu anaknya itu berkahwin dengan Tengku Aziana.
“Shah, kau tak boleh buat macam ni. Kau tahu kan apa akibatnya kalau menipu macam tu?”
“Kita macam tak biasa buat..” Selamba Tengku Shah Putra menjawab. mata masih tertumpu di kaca televisyen.
“Tapi sekarang ni dah jadi kes lain. Kau tak dengar apa tengku permaisuri kata tadi? Dia kata kalau dia tahu yang aku pun turut bersubahan dengan kau, aku akan dihukum. Silap-silap hari bulan leher aku kena penggal...” Amir Fitri spontan memegang lehernya. Dalam kepala dah terbayang dia terikat di kayu dan libasan kapak mengenai lehernya. Dia memejamkan mata kengerian.
“Jangan nak merepeklah. Sejak bila negara kita ada hukuman macam tu?”
Amir Fitri membuka mata. dia merenung wajah Tengku Shah Putra dalam-dalam seolah-olah meminta simpati.
“Shah, aku tahu yang aku ni hanyalah pembantu kau je. tak lebih dan tak kurang. Tapi aku minta pada kau, tolonglah aku kali ni. Aku ada keluarga yang perlu disara. Kalau apa-apa terjadi pada aku, macam mana dengan keluarga aku? Siapa nak tanggung mereka?” Amir Fitri berkata sambil merayu bersungguh-sungguh. Tengku Shah Putra menoleh ke sebelah. Tak sangka Amir Fitri begitu mengambil berat akan kata-kata ugutan bondanya itu. Dia menarik nafas panjang.
“Kau jangan risau. aku jamin kau takkan diapa-apakan..”
“Tapi macam mana kalau tengku permaisuri...”
“Sudahlah. Kau jangan risau, tahulah aku nak menguruskannya...”
“Kau janji yang kau akan bawa gadis tu ke sini?”
Tengku Shah Putra tidak menjawab. dia hanya merenung skrin televisyen tanpa benar-benar menumpukan perhatian kepada cerita yang ditayangkan.

                                                                                ***

DAHLIA menekan alat kawalan jauh secara rambang tanpa benar-benar menyedari apa yang dia lakukan. Siaran yang ditayangkan itu benar-benar tidak menarik perhatiannya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memerap di dalam bilik dan menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Namun bila difikir-fikirkan yang sudah hampir sebulan dia tidak keluar dari biliknya itu, dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik dan menonton televiyen. Mana tahu boleh mengalihkan perhatiannya pada rasa sedih yang tidak pernah surut ini.
Tangan yang menekan punat alat kawalan jauh terhenti apabila telefon rumah yang terletak di sebelahnya itu berbunyi. Dengan rasa malas, dia mengangkat gagang telefon tersebut sambil mata memandang ke arah skrin televisyen yang menayangkan berita mengenai skandal Putera Mahkota itu.
“Helo...”
“Helo, boleh saya bercakap dengan Dahlia Sofia?”
“Saya bercakap, siapa ni?” tanya Dahlia agak hairan.
“Saya dari syarikat penerbangan....” Dahlia hanya mendengar butir bicara wanita yang mengaku sebagai wakil dari syarikat penerbangan tempatan itu. Sesekali keningnya berkerut tanda hairan.
“Maaf cik, boleh saya batalkan tempahan tersebut?” Dahlia bertanya perlahan. Air mata mula bergenang di tubir mata.
“Maaf cik Dahlia. Kami tak boleh buat begitu. Tiket cik telah ditempah oleh encik ShahReza beberapa bulan yang lepas.”
“Kalau macam tu, awak boleh berikan tempat saya tu pada orang lain. Saya tak kisah...” Dahlia menjawab perlahan. Air mata mengalir laju membasahi pipi. Reza, kenapa awak buat macam ni?
“Maaf cik, saya tak boleh buat macam tu....” wanita itu masih berdegil. Dahlia meletakkan ganggang telefon tanpa berkata sepatah pun. Dia berlari menuju ke dalam bilik dan menyembam muka pada bantal.
“Saya benci awak Reza! Saya benci awak!” Dahlia menangis teresak-esak sambil memeluk teddy bear pemberian arwah tunangnya itu.

                                                                        ***
Dahlia menghayunkan buai dengan hujung jari kaki sambil kepala mendongak memandang ke arah bulan yang bersinar terang itu. Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sesekali membuatkan rambutnya turut sama terbuai. Suasana sunyi ketika itu membuatkan hati Dahlia terasa agak tenang. Walaupun dia sedar yang waktu sudah larut malam ketika itu, namun itu tidak mematahkan keinginangnya untuk duduk dibuai tersebut sambil melayan perasaan. Dia senang begitu. Melayan perasaan seorang diri tanpa diganggu oleh sesiapa. Dia sedar yang ibu dan ayahnya begitu risau akan perubahan dirinya itu namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. sesungguhnya pemergian ShahReza di saat mereka bakal diijabkabulkan tak sampai dua minggu itu benar-benar membuatkan dia hilang semangat untuk hidup. Mujur ibu dan Suria tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan semangat untuk dia meneruskan kehidupan ini. Namun walaupun dia cuba menelan setiap nasihan tersebut, hatinya sedikit sebanyak masih tidak dapat menerima hakikat yang ShahReza telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan dia seorang diri.
Masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya kata-kata terakhir ShahReza sebelum arwah tunangnya itu terlibat dengan kemalangan. Arwah ShahReza pernah meminta maaf sekiranya dia tidak mampu memberikan kebahagiaan yang dia harap-harapkan. Kata-kata itu diucapkan seolah-olah ShahReza tahu yang ajalkan akan sampai malam itu juga. Dia sepatutnya sudah boleh mengagak kerana perangai ShahReza sangat berlainan pada malam itu.
Dahlia menghayunkan lagi buaian perlahan sambil memejamkan mata menikmati hembusan angin malam yang menenangkan sambil membayangkan ShahReza sedang menolak buaian seperti selalu. Air mata yang bergenang di tubir mata akhirnya jatuh membasahi pipi. Sesungguhnya dia masih belum kuat untuk menerima takdir ini.
“Pia...”
Spontan Dahlia membuka mata. cepat-cepat dia menyapu air mata yang masih bersisa di pipi sebelum dia menoleh ke sebelah. Suria yang berdiri tercegat di tepi dinding garaj kereta itu sedang memandang ke arahnya. Senyum tawar cuba diberikan kepada sepupunya itu.
“Kau buat apa dekat luar malam-malam buta ni Pia?” Suria bertanya sambil berjalan mendekati Dahlia yang kembali merenung bulan di langit.
“Saja ambil angin...” Dahlia menjawab perlahan. Suria duduk di sebelah Dahlia. Tangan diletakkan di bahu sepupunya itu dan Dahlia melentukkan kepada pada bahu Suria.
“Rindu dia ya...”
Air mata kembali bergenang lagi di tubir mata.
“Aku tak boleh lupakan dia Su. Aku dah cuba tapi...” Dahlia kembali teresak. Suria memeluk tubuh sepupunya itu erat-erat. Sesekali tangan mengosok belakang tubuh Dahlia seolah-olah memujuk tanpa suara.
“Kan banyak kali aku dah pesan Pia. Aku tak pernah suruh kau lupakan dia. aku Cuma nak kau kembali bangkit untuk terus jalani hidup kau. Relakan dia pergi Pia. Merelakan dia pergi atau dengan kata lain, redha dengan pemergiannya tak bererti kau harus lupakan dia. terimalah hakikat. Kesian arwah, dia pasti terseksa kerana kau masih tidak mahu melepaskan dia pergi...”
Dahlia semakin teresak dan memeluk tubuh Suria erat. Suria melepaskan keluhan perlahan dan hanya membiarkan Dahlia menangis semahu-mahunya. Sudah hampir sebulan pemergian ShahReza dan Dahlia nampaknya tiada tanda-tanda mahu pulih. Masih suka menyendiri dan menangis dan terus menangis.
“Feeling better?” Surai bertanya ketika Dahlia telah melepaskan pelukannya. Dia mengelap air mata dengan belakang tangan. wajah Suria dipandang.
“Thanks sebab selalu ada di sisi aku tak kira susah dan senang. Thanks juga sebab kau tak pernah jemu untuk melayan kerenah aku...”
Suria tersenyum sebelum mereka sama –sama memandang ke arah bulan yang terang itu.
“Pia, aku bukan sahaja kawan baik kau tapi aku juga sepupu kau. Darah daging kau. Aku takkan biarkan kau melalui semua ini seorang diri. aku akan sentiasa di sisi kau walau apa juga keadaan yang menimpa kau. Cuma satu yang aku minta. Kau kena kuatkan semangat ya. Jangan mudah putus asa. Anggaplah ini semua dugaan yang Allah turunkan kepada kau. Allah uji kerana Allah sayang kau Pia. Kau kena ingat tu.”
Dahlia hanya mendiamkan diri. mata masih memandang ke arah bulan di langit.
“Aku rasa, lebih baik kau pergi bercuti ke mana-mana. Balik kampung ke. Tenangkan fikiran kau tu. lagi pun sekarang cuti semester...”
Dahlia mengigit bibir. otak ligat berfikir akan cadangan Surai tu.
“Tengah hari tadi aku dapat panggilan telefon dari syarikat penerbangan...” Dahlia masih memandang ke langit. Suria memandang ke arah Dahlia.
“Syarikat penerbangan?”
Dahlia mengangguk. Dia menarik nafas panjang.
“Reza dah tempat tiket ke Paris untuk kami berbulan madu...” Dahlia menjawab sambil tersenyum tawar. Suria tidak berkata apa-apa.
“Mungkin betul cakap kau, aku perlu pergi bercuti untuk tenangkan diri. Nampaknya Reza dah rancang semuanya dengan sempurna, kan?” Dahlia memandang ke arah Suria yang masih tidak berkata apa-apa itu.

                                                                        ***

“Kau rasa dengan lari dari masalah, semuanya akan selesai?” Amir Fitri bertanya tidak puas hati ketika Tengku Shah Putra menutup bonet kereta setelah memasukkan beg pakaiannya di tempat tersebut. dia kemudian membuka pintu tempat duduk pemandu sebelum masuk dan menutup pintu. Tali pinggang keselamatan ditarik dan dipasangkan di tempatnya. Amir Fitri yang masih terkebil-kebil berdiri di luar pintu kereta itu cepat-cepat berlari ke sebelah sana dan masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah Tengku Shah Putra.
“Shah, kau dengar tak aku cakap ni?”
Tengku Shah Putra tidak menjawab. dia segera menghidupkan engin dan terus menekan minyak sebelum memandu laju keluar dari kawasan penthousenya itu. Amir Fitri yang duduk di sebelah itu kelihatan tersentak terkejut sebelum cepat-cepat menarik tali pinggang keselamatan. Bimbang dengan gaya pemanduan putera mahkota di sebelahnya itu.
“Kau nak pergi mana sebenarnya ni? Walau ke ceruk dunia mana sekali pun kau nak lari, masalah tu takkan selesai. Kau faham tak?” Amir Fitri terus menerus membebel dan memberikan kuliah percuma sepanjang perjalanan tersebut. naik bingit telinganya mendengar bebelan pembantunya itu. Memang dunia ni dah terbalik agaknya. Si pembantu membebelkan majikan. Tengku Shah Putra merengus perlahan sebelum memulaskan stering dengan kasar tanda protes.
“Wei! Kot ye pun kau nak marah takkan sampai nak bunuh diri?” Amir Fitri menempik kuat ketika kereta sport kuning yang dipandu oleh Tengku Shah Putra itu masuk ke jalan bertentangan dan hampir bertembung dengan kereta yang datangnya dari arah bertentangan. Mujur sempat mengelak. Amir Fitri mengurut dadanya yang berdegup kencang itu. Dia menjeling ke arah Tengku Shah Putra yang masih mendiamkan diri. entah apalah yang merasuk lelaki itu sampai nak mengamuk bagai macam ni. Pagi-pagi lagi Tengku Shah Putra telah berkemas sebelum keluar dari penthhouse tanpa berkata sepatah pun.
Amir Fitri hampir terhumban ke depan apabila kereta yang dipandu oleh Tengku Shah Putra berhenti mendadak. Mujur dia memakai tali pinggang keselamatan. Kalau tak memang dah jadi arwah. Tengku Shah Putra keluar dari kereta sebelum membuka bonet belakang lalu dikeluarkan beg pakaian dan disangkutkan ke bahu. Amir Fitri memandang sekeliling sebelum cepat-cepat keluar dari kereta.
“Shah. Kau ni kenapa? Kau nak pergi mana sebenarnya?” Tanya Amir Fitri sambil mengekori langkah kaki Tengku Shah Putra yang sudah melangkah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang tersebut.
“Nah. Kau bawak balik kereta.” Kunci dibaling ke arah Amir Fitri. Cekap sahaja di sambut oleh pembantunya itu.
“Untuk kali terakhir aku tanya, kau nak ke mana ni?”
“Paris...”
“Apa? kau dah gila ke?” Tanya Amir Fitri tidak percaya. Tengku Shah Putra menjeling jam di tangan.
“Wei, kau dengar tak aku cakap apa ni? Kau nak buat apa pergi sana?”
“Cari gadis pilihan hati aku..” Selamba Tengku Shah Putra menjawab. dia melangkah laju menuju ke kaunter bagasi untuk urusan daftar masuk begnya.
Amir Fitri mengosok rambut tanda serabut. Apa dia nak jawab pada baginda sultan dan juga tengku permaisuri nanti?
“Shah. Aku tahu kau tertekan dengan masalah berkaitan dengan gadis pilihan hati kau tu. tapi takkan sampai ke Paris kau nak cari? Apa tak cukup bagus ke gadis yang ada di Indera Mahkota ni?”
Tengku Shah Putra membetulkan topi yang tersemat kemas di kepalanya itu. Cermin mata hitam dibetulkan sebelum dia melemparkan pandangan ke sekeliling. Sakit telinganya apabila Amir Fitri terus menerus mengasak dengan bermacam-macam soalan. Betul kata orang, orang perempuan memang suka membebel tapi kalau orang lelaki dah mula nak membebel, memang lagi sakit dari orang perempuan membebel.
“Mir, kau jangan risau. aku pergi bukan tak balik terus. Aku Cuma perlukan ketenangan. Bila hati aku dah tenang, aku baliklah..”
“Huh! Senang je kau cakap. Habis apa aku nak jawab pada sultan dan tengku permaisuri?”
Tengku Shah Putra memandang ke arah pembantunya itu dengan senyum sinis.
“Itu kan kerja kau. Pandai-pandailah kau bagi alasan. Okeylah. Jumpa nanti. Apa-apa hal aku akan hubungi kau. Jaga penthouse tu baik-baik. Jangan nak makan gaji buta je..” Sempat Tengku Shah Putra menepuk bahu pembantunya itu sebelum berjalan menuju ke balai berlepas. Amir Fitri hanya mampu memandang kelibat putera mahkota itu dari jauh sebelum lelaki itu menghilang dari balik orang ramai.
“Habislah aku kali ni...” Amir Fitri meraup rambut dengan kasar sebelum berjalan keluar dari lapangan terbang tersebut.

“Kau jangan risau. aku okey je..” Dahlia membetulkan letak telefon di telinga. Tangan sebelah lagi sibuk memasukkan dokumen-dokumen yang digunakan untuk mendaftar masuk ke balai berlepas antarabangsa tadi ke dalam beg. Dia menjeling jam di tangan. masih ada masa lebih kurang lima belas minit lagi sebelum berangkat.
“Jaga diri dekat tempat orang. Selalu hubungi aku. Kau dah aktifkan roaming kan?” Tanya Suria di sebelah sana.
“Ye. Aku dah buat semua tu. jangan risau okey...” Dahlia menjawab sambil mengeluarkan buku nota yang mengandungi peta dan juga catatan tentang tempat-tempat yang bakal dia lawati. Hampir seminggu masa dihabiskan untuk dia mengkaji tentang Paris dari tempat makan, tempat pengianapan sehinggalah kepada sistem pengangkutan. Maklumlah dah kalau pergi melancong seorang diri ni. Ibu dan ayah tak habis bising lagi bila mengetahui yang dia mahu melancong seorang diri ke Paris. Memang dah boleh kata berlakunya perang dunia ketiga juga antara dia dengan ibu tapi kerana dia berdegil dengan alasan dia mahu menunaikan permintaan terakhir Reza, akhirnya ibu bersetuju dengan syarat yang dia akan segera pulang apabila telah selesai ‘misi’ nya itu. Suria pun ada menawarkan diri untuk menemainya namun dia menolak. Dia mahu ‘bersendirian’ bersama kenangan Reza buat kali terakhir.
“Eh Su, aku nak kena letak telefon. Flight aku dah sampai...”
“Okey-okey. jangan lupa semua pesanan aku. Jaga diri. pastikan semua barang berharga sentiasa selamat terutama passport kau. Selalu telefon aku dan jangan ikut orang sebarangan..”
Dahlia memutarkan bebola matanya.
“Aku nak ikut siapa je Su. Kau jangan risau okey. apa-apa nanti aku akan hubungi kau. Tolong tengok-tengokkan ibu dan ayah aku ya.”
“Okey. jaga diri. bye...”
“Bye..” Dahlia segera memutuskan talian telefon dan menyimpan telefon tersebut di dalam cross body sling begnya sebelum dia tergesa-gesa menuju ke pintu yang dikhaskan untuk penerbangan ke Paris.
                                                                        ***
Dahlia membetul-betulkan kedudukannya supaya berada dalam keadaan selesa. Sesekali dia memandang ke sekeliling, memerhatikan penumpang yang masih tercari-cari tempat duduk mereka sambil dibantu oleh pramugara dan pramugari yang ramah dan mesra alam. Dahlia memandang ke arah kerusi di sebelahnya yang kosong. Kerusi yang sepatutnya menjadi tempat duduk Reza sekiranya lelaki itu masih hidup. Dahlia menarik nafas panjang cuba untuk bertenang. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap kapal terbang, cuba sedaya upaya mengusir kenangannya bersama Reza. Betul cakap Suria. Dia harus menerima hakikat yang Reza sudah tiada.
Dahlia tersedar dari lamunan apabila suara pengumuman menyuruh penumpang mengenakan tali pinggang keselamtan kedengaran. Setelah selesai melihat prosidur keselamatan yang disampaikah oleh salah seorang pramugari tersebut, Dahlia menanggalkan tali pinggang keselamatan setelah lampu merah dipadamkan. Dia kembali memandang ke arah tingkap. Hari sudah mulai gelap. dia menjeling jam di tangan. dia menjangkakan yang mereka akan sampai di Paris lebih kurang pukul enam pagi nanti. Dahlia segera mengeluarkan buku nota yang mengandungi segala maklumat penting berkaitan paris dan beberapa tempat menarik yang mungkin akan dilawatinya jika mempunyai masa. Dia menyemak kembali jadual yang telah dibuat setibanya di Paris nanti. Bunyi suara orang berbual  di sekeliling tidak diendahkan oleh Dahlia. Dia begitu khusuk meneliti apa yang telah tertulis di dalam buku nota tersebut. bimbang dia tersilap langkah atau tersalah mengikut rancangan. Mahu tak jejak tanah air dibuatnya.
“Excuse me miss. Do you want something to eat ?”
Dahlia mengangkat kepala apabila dirasakan seperti ada seseorang bercakap dengannya. Seorang pramugari yang cantik tersenyum ke arahnya. Dahlia turut memandang ke arah troli makanan yang turut berada di hadapannya itu.
“No thanks. I’m not hungry yet.” Dahlia menjawab sambil tersenyum. Pramugari itu membalas senyumannya sebelum menolak troli dan menawarkan kepada penumpang yang lain. Dahlia memandang ke arah penumpang di sebelah sana. Matanya tertacap pada tubuh seorang lelaki yang sedang bersandar pada kerusi  sambil berpeluk tubuh. cermin mata hitam masih tersarung di wajahnya dan topi juga tersarung kemas menutupi rambut lelaki itu. Pelik. Dalam kapal terbang pun mahu memakai topi dan cermin mata hitam. Dahlia berkata di dalam hati sebelum kembali menyemak buku notanya itu.

Tengku Shah Putra membuka mata. terasa gelap sekejap dunia apabila menyedari yang cermin mata hitam masih tersarung di wajahnya. Sengaja dia berkeadaan begitu kerana bimbang ada yang mengenalinya. Tambahan pula dia sengaja mengambil tiket kelas ekonomi. Sudah jemu dengan layanan vvip yang diterima tak kira ke mana dia pergi. Tengku Shah Putra menegakkan tubuh. terasa agak lengguh pinggangnya. Maklumlah kerusi di kelas ekonomi ni boleh tahan sempitnya. Terdetik juga rasa menyesal namun semua sudah terlambat. Mahu tak mahu dia terpaksa mengharungi keadaan seperti itu selama 13 jam sebelum sampai di Paris.
Tengku Shah Putra menoleh ke kiri. Matanya tertumpu ke arah gadis yang duduk sebaris dengannya itu. Gadis tersebut bersandar pada kerusi sambil merenung ke luar tingkap. Entah apalah yang dilihatnya dalam keadaan malam yang hitam pekat itu. Mata turut teralih pada buku yang dipeluk ke dada. Novel barangkali? Dia berfikir sendiri. mata kembali dihala ke depan. Tiada apa-apa yang menarik selain kelibat pramugara dan pramugari yang sibuk ke sana ke sini bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selesa. Seketika kemudian, rasa mengantuk kembali menguasai diri sebelum dia kembali terlena lagi.
P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment