RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, September 2, 2013

Dia Putera Mahkota? Bab 8



BAB 8
 
“Bonda tak boleh buat macam tu!”
“Siapa cakap?” Tengku Alissah Irdina bertanya garang. Tengku Shah Putra terdiam.
“Bonda patut berbincang dengan Shah dulu....”
“Bonda dah puas berbincang dengan kamu, tapi kamu buat tak endah je. sekarang, keputusan bonda adalah muktamat. Semua persiapan telah dibuat.”
Tengku Shah Putra meraup muka dengan tapak tangan. Kepala rasa berserabut. Lepas satu, satu masalah yang datang. Tiba-tiba dia terasa rimas dengan kehidupannya di dalam istana Indera Mahkota ini.
“Nak kemana pulak tu?” Tengku Alissah Irdina bertanya apabila melihat anak lelakinya itu telah bangun meninggalkan ruang tersebut.
“Keluar...” Ringkas Tengku Shah Putra menjawab.
“Bonda tak habis cakap lagi...”
Langkah kaki Tengku Shah Putra terhenti. Dia menoleh ke belakang.
“Rasanya tak ada apa lagi yang bonda nak cakap. Semua keputusan terletak di tangan bonda sama ada Shah setuju atau tak. Betul tak?”
Tengku Alissah Irdina cuba menahan kemarahannya. Dia cuba membuka mulut untuk menjawab sebelum dipotong oleh suaminya.
“Sudahlah tu. Awak ni tak habis-habis  nak bertekak anak beranak. Naik pening kepala saya ni...” Tengku Darwish Haikal bersuara perlahan. Matanya masih sibuk meneliti dokumen yang perlu ditanda tanganinya itu. Baru nak buat kerja dengan aman, bilik kerjanya itu diterjah oleh isteri dan anaknya sebentar tadi. Mengadukan hal yang bagi pendapatnya, langsung tak berfaedah pun.
“Saya cuma cakap apa yang betul je. Apa yang terbaik untuk dia...” Tengku Alissah Irdina menjawab sambil memeluk tubuh. Agak geram juga dengan sikap acuh tak acuh suaminya itu sedangkan dia mengharapkan suaminya itu akan menyokong tindakannya.
“Bagilah dia ruang. Dia dah besar. Kalau awak selalu tekan dia. Paksa dia buat benda yang dia tak suka, nanti dia memberontak...”
Tengku Alissah Irdina terdiam.
“Tapi saya dah aturkan majlis itu...”
“Teruskan jelah...”
“Macam mana kalau Shah tak hadir?”
Tengku Darwish Haikal mengangkat muka memandang wajah isterinya itu.
“Majlis itu tak perlukan kehadiran Shah kan. Jadi saya rasa tak ada masalah pun. Teruskan macam apa yang awak dah rancangkan...”
Tengku Alissah Irdina mengeluh perlahan. Diam-diam cuba berfikir macam mana mahu melembutkan hati anak lelakinya itu.

                                                                                     ***

“Kat sini rupanya. Puas aku cari...” Amir Fitri berjalan perlahan mendekatinya. Matanya tertumpu ke arah bola keranjang yang berdesup masuk terus kedalam gelung.
“Nah...” Tengku Shah Putra membaling bola keranjang ke arahnya. Amir Fitri menangkap dengan kemas.
“Aku datang sini bukan nak main....” Amir Fitri memutar bola keranjang dengan hujung jari.
“Takut ke?” Tengku AShah Sahzwan mengangkat kening seolah-olah mencabar.
“In your dream...” Amir Fitri terus bergerak pantas sambil melantun bola ke lantai. Tengku Shah Putra tangkas menghalang namun sudah terlambat.
“Itu baru permulaan....” Tengku Shah Putra merenung tajam ke arah Amir Fitri yang masih memegang bola. Perlawanan one on one itu berlangsung dengan sengit sekali selama sejam.
“Fuh! Dah lama tak main macam ni...” Amir Fitri terbaring di tengah gelanggang. Matanya hanya memerhatikan Tengku Shah Putra membaling bola ke dalam gelung. Satu lagi mata untuk Tengku Shah Putra. Memang dia takkan menang punya kalau lawan bola keranjang dengan Tengku Shah Putra.
“Hai, takkan dah pancit...” Tengku Shah Putra duduk di sebelah Amir Fitri yang masih terbaring itu.
“Dah lama tak mainlah...”
“Lembik..” Bola di baling mengenai perut pembantunya itu membuatkan Amir Fitri senak sekejap.
“Aduhh!”
Tengku Shah Putra turut membaringkan badan di sebelah pembantunya itu.
Angin pagi bertiup perlahan membuatkan rambutnya terbuai-buai. Sesekali peluh yang membasahi dahi di seka dengan lengan baju.
“Kau dah fikirkan hal tu?” Amir Fitri bertanya, memecahkan kesunyian pagi yang hening itu.
“Hal apa?”
Amir Fitri menoleh ke sebelah.
“You know what I mean...”
Tengku Shah Putra mengeluh perlahan. Mata dipejamkan seolah-olah cuba mengenyahkan fikiran yang sarat menganggu kepalanya.
“It’s just a dinner. Nothing else. So tak salah kalau kau pergi...”
Mata Tengku AShah Sahzwan terbuka. Pandangan di hala ke dada langit yang cerah.
“Kau tahu apa makna semua ini kan? Kau tahu kenapa bonda buat semua ni kan?”
Amir Fitri terdiam seketika.
“Tengku permaisuri berniat baik...”
Tengku Shah Putra merengus kasar. Dia bangun lalu duduk bersila. Bola di sebelah di ambil lalu di putarkan di hujung jari.
“Aku takkan pergi. Aku tahu apa niat bonda...”
Amir Fitri turut sama bangun lalu duduk menghadap Tengku Shah Putra.
“Jangan keruhkan keadaan. Tengku Permaisuri hanya mengadakan jamuan makan malam sahaja, itu pun antara keluarga diraja Indera Mahkota dengan keluarga diraja Nilam Sari...”
“Aku tahu niat bonda. Bonda pasti merancangkan sesuatu...”
“Jangan bersangka buruk. Kita pergi dulu. Lihat apa yang akan terjadi lepas tu baru bertindak. Setuju?” Amir Fitri memberikan cadangan. Tengku Shah Putra tidak menjawab. Jari masih ligat memutarkan bola keranjang. Entah kenapa hati rasa tak sedap. Seperti bondanya merancangkan sesuatu dan paling penting, dia pasti yang dia tak suka akan rancangan tersebut.

                                                                                         ***

Bunyi dentingan pinggan dan sudu memecah kesunyian malam. Masing-masing hanya tunduk menikmati makan malam. Tengku Shah Putra pula kelihatan tenang ketika menjamu selera walaupun dalam hati dah rasa macam nak lari balik penthousenya. Sesekali matanya menjeling Amir Fitri di sebelah. Huh! Budak ni kalau bab makan memang tak pandang kiri kanan.
“Macam mana dengan keadaan kerajaan Nilam Sari sekarang ini?” Tengku Darwish Haikal mula memecah kesunyian. Tengku Shah Putra spontan menarik nafas lega. Lemas betul kalau terperangkap di situ dalam keadaan senyap sunyi macam ni. Sungguh pun dia tak berminat dengan tajuk perbualan antara ayahandanya dengan Raja Daniel, namun itu lebih baik daripada tajuk perbualan itu menjurus ke arahnya.
Tengku Shah Putra mengangkat kepala apabila mendengar gelak ketawa di sebelah sana. Masing-masing memandang ke arahnya. Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah. Dia menjeling ke sebelah. Amir Fitri turut sama terpingga-pingga sepertinya.
“Shah dah habis makan ye. Boleh bawakan Tengku Aziana berjalan-jalan sekitar istana kita?” Tengku Alissa Irdina berkata lembut. Tengku Shah Putra hampir ternganga luas apabila mendengar perintah bondanya itu. Amir Fitri di sebelah turut sama tercengang.
Tengku Shah Putra memandang wajah bondanya tepat. Dia tahu apa yang bondanya cuba rancang dan dia takkan terpedaya. Lantas dia mengalihkan pandangan ke arah Tengku Aziana yang duduk bersebelahan dengan Tengku Nadia Irdina. Memang tak dinafikan Tengku Aziana cantik orangnya. Namun hatinya tidak terpikat langsung pada gadis tersebut. Jangan tanya kenapa sebab dia sendiri pun tak tahu nak jawab apa.
“Shah? Jangan buat tetamu menunggu. Tak macho namanya..” Tengku Alissa Irdina bersuara lembut tapi penuh makna.
“Baiklah. Mir, ikut aku sekali....” Tengku Shah Putra bangun, begitu juga dengan Amir Fitri.
“Hmm. Bonda rasa tak perlulah Amir ikut. Lagi pun bonda perlukan bantuan Amir...”
Spontan Tengku Shah Putra menoleh memandang wajah bondanya. Rasa geram mula menguasai diri. Dia pasti perkara itu sudah dirancang oleh bondanya. Amir Fitri di sebelah dah serba salah. Tengku Shah Putra menjeling ke arah Amir Fitri seolah-olah mengatakan ‘ini semua salah kau!’. Amir Fitri hanya mampu tersenyum tawar ketika membalas jelingan tajam Tengku Shah Putra itu. Dia tahu Tengku Shah Putra pasti akan menyalahkan dia kerana dia yang bersungguh-sungguh menyuruh putera mahkota itu hadir pada malam tersebut.
“Jadi. Shah...”
Tengku Shah Putra menarik nafas dalam-dalam. Dia menolak kerusi keluar.
“Silakan...” Tengku Shah Putra mempersilakan Tengku Aziana keluar dari ruang makan tersebut. Tengku Aziana tunduk sedikit ke arah ayahanda dan bonda sebelum berjalan ke arahnya.
“Ini adalah ruang rasmi. Awak mesti tahu ruang ni guna untuk apa...” Tengku Shah Putra menerangkan dengan sambil lewa ketika mereka melewati ruang atau dewan rasmi yang digunakan oleh ayahanda ketika ada urusan berkaitan dengan pentadbiran.
“Yang ni pulak ruang untuk tetamu dan menteri luar kalau mereka datang menginap di sini...”
Tengku Aziana memandang dengan penuh minat ke arah ruang yang ditunjukkan oleh Tengku Shah Putra walaupun lelaki itu kelihatan acuh tak acuh sahaja.
“Yang ni pula...”
“Mana bilik tidur awak?” Tanya Tengku Aziana secara tiba-tiba. Tercengang kejap Tengku Shah Putra. Tengku Aziana hanya tergelak kecil apabila melihat raut wajah Tengku Shah Putra yang kelihatan terkejut besar itu.
“Janganlah buat muka macam tu. I’m just joking...” Tengku Aziana masih ketawa sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Tengku Shah Putra menarik nafas lega. Gila ke nak tunjuk bilik tidur dia. Tempat private tu. Bukan semua orang boleh masuk.
“Bosanlah. Jum kita lepak kat luar. Ambil angin malam....” Tengku Aziana mengajak sebelum dia berjalan keluar dari istana. Tengku Shah Putra memejamkan mata sebelum berjalan perlahan mengekori gadis itu keluar. Arghhh! Bosan.
“Hmmm. Bestnya...” Tengku Aziana memejamkan mata sambil menghayati deruan angin malam yang menampar lembut wajahnya. Tengku Shah Putra yang telah berdiri di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Tengku Aziana menoleh ke sebelah.
“Awak bosan ye. Sorry sebab awak terpaksa temankan saya. Saya pun tak berapa berminat nak join aktiviti macam tu...” Tengku Aziana menjawab jujur.
“Habis tu, kenapa awak datang juga?” Tanya Tengku Shah Putra ingin tahu. Rasa macam berminat pula nak melayan sembang Tengku Aziana ni.
“Macam biasa. Jaga hati bonda dan ayahanda...” Tengku Aziana menjawab sambil berjalan memasuki kawasan taman istana yang dihiasi lampu-lampu yang bergemerlapan dengan lampu yang berwarna-warni.
“Boleh saya tanya sesuatu?” Tengku Shah Putra turut mengekori dari belakang. Tengku Aziana berpusing sejenak sebelum tersenyum. Tangannya sesekali menyentuh juntaian lampu yang di lilit pada pokok-pokok di taman itu. Sangat cantik!.
“Awak nak tanya apa?” Tengku Arina bertanya sambil memetik sekuntum bunga mawar merah yang sedang kembang mekar. Dibawa ke hidung lalu di hidu. Wangi.
“Awak suka hidup macam ni?”
Tengku Aziana terdiam seketika. Dia berpusing mengadap Tengku Shah Putra.
“Kenapa awak tanya? Awak tak suka hidup macam ni?”
Tengku Shah Putra mengangkat bahu.
“Hmm. Saya suka apa yang saya ada. Saya tahu ramai kat luar sana yang mahukan tempat saya dan saya bernasib baik kerana saya telah di pilih untuk berada di tempat saya sekarang. Apa lagi yang saya mahukan? Betul tak?” Tengku Aziana menjawab sebelum kembali berjalan menyusuri taman tersebut. Taman berkeluasan sederhana itu sangat padat dengan bunga-bungaan pelbagai jenis. Di tengah-tengah taman tersebut pula terdapat air pancut buatan yang turut sama dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni.
Tengku Shah Putra terdiam ketika mendengar kata-kata Tengku Aziana itu. Kata-kata gadis itu lebih kurang sama dengan kata-kata Amir Fitri. Hmm, adakah dia tidak bersyukur kerana sering persoalkan apa yang dia ada sekarang?
“Awak pulak?”
“Hah?” Tengku Shah Putra terpingga-pingga. Tengku Aziana hanya tersenyum lebar sebelum berjalan mendekati air pancut buatan tersebut. Dia menghulurkan tangan untuk menadah air pancut tersebut.
“Awak mengelamun ye. Ingatkan siapa? Buah hati?” Tanya Tengku Aziana bertanya sambil mengangkat kening ketika Tengku Shah Putra menghampirinya.
“Kalau awak tanya saya tentang kehidupan saya. Sorry. Saya tak ada jawapan...”
Tengku Aziana mengerutkan dahi.
“Kenapa?”
Tengku Shah Putra tidak menjawab. Dia mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar belakang lalu dihulurkan ke arah Tengku Aziana.
“Thanks. You are so sweet...” Tengku Arinan tersenyum lebar sambil mengelap tangannya yang basah dengan sapu tangan Tengku Shah Putra.
“Hmm. Awak tak jawab lagi soalan saya...”
Tengku Shah Putra mendongak memandang ke arah langit. Bulan terang lagi malam ini.
“Saya tak ada jawapan, so saya tak boleh jawab...”
Tengku Aziana memandang wajah Tengku Shah Putra di sebelah. Tiba-tiba dalam hatinya terasa tersentuh ketika menatap wajah tenang itu. Tengku Shah Putra masih lagi memandang ke arah bulan. Tengku Aziana dapat rasakan apa yang terbuku di dalam hati lelaki itu. Tengku Shah Putra pasti menyimpan rasa hati yang amat dalam. Entah kenapa, hatinya berasa kasihan kepada lelaki ini. Ingin rasanya dia memeluk lelaki ini. Membisikkan kata-kata semangat di telinga lelaki ini. Mencurahkan sepenuh kasih sayang yang dia ada kepada lelaki ini. Mencintai lelaki ini sepenuh hati. Mencintai dengan sepenuh hati? Apakah dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki di sebelahnya ini? Tengku Aziana tertanya-tanya dalam diam. Mata masih ralit meneliti raut wajah Tengku Shah Putra. Dia sendiri tidak pasti akan perasaannya. Barangkali dia hanya kasihan dengan lelaki ini. Dia tahu benar orang-orang seperti mereka bukan seperti manusia yang lain. Kehidupan sentiasa dikawal dan dikongkong. Sering menjadi perhatian tak kira kemana sahaja mereka pergi. Takdir telah ditentukan sejak mereka berada di dalam rahim ibu lagi. Takdir yang ditentukan oleh bonda dan ayahanda.
“Cantik bulan tu...”
Tengku Aziana tersedar dari lamunan. Spontan dia memandang ke arah bulan. Memang cantik.
“Hmm. Memang cantik. Tak sangka orang macam awak ni suka layan benda-benda macam ni....”
“Benda apa?” Tengku Shah Putra menoleh ke arah Tengku Aziana.
“Benda macam ni lah. Tengok bulan. Puji bulan tu cantik. Awak ni mesti seorang yang romantik kan. Bulan yang banyak parut tu pun awak puji cantik, entah macam manalah awak puji buah hati awak kan...” Tengku Aziana tersenyum manis. Sengaja dia ingin mengorek rahsia lelaki itu. Tengku Shah Putra turut sama mengukir senyuman. Dia romantik?
“Jum masuk. Dah lewat ni. Nanti awak demam pula. Sejuk kat luar ni...” Ajak Tengku Shah Putra setelah beberapa lama mendiamkan diri.
“Kalau awak ada di sisi, deman pun saya tak kisah...” Tengku Aziana menjawab perlahan.
“Hah? Awak cakap apa tadi?”
Tengku Arina mengeleng kepala. Dia tersenyum sebelum berjalan menuju ke istana. Tengku Shah Putra tercengang sebelum turut sama mengatur langkah menuju ke istana. Sempat lagi dia berpusing untuk melihat kelibat bulan buat kali terakhir.

****
DAHLIA mengerekot di atas katil sambil memejam mata. Dia sendiri tidak tahu sekarang sudah pukul berapa. Ibu pun dah naik penat nak mengetuk pintu biliknya menyuruhnya keluar makan namun dia buat tak endah. Tak ada semangat nak buat apa-apa. Kerja dia hanyalah tidur sahaja. Bangun pun untuk solat. Lepas tu dia sambung tidur balik. Makan entah kemana. Nasib baik sekarang cuti semester. Kalau tak belajar pun kelaut agaknya.
TOK.TOK.
Dahlia memejamkan mata. Berpura-pura tidur.
“Pia. Aku tahu kau ada kat dalam. Bangun bukak pintu ni...”
Dahlia masih mendiamkan diri. Tahu benar siapa yang sedang berdiri di luar pintu biliknya itu. Dia tak terasa seperti nak menyembang bagai sekarang.
“Pia. Bukak pintu ni. Kalau tak, aku pecahkan pintu ni...” Suria mengugut namun Dahlia masih buat pekak.
“Pia!”
Dahlia masih mengeraskan tubuh. Sedangkan ibu ketuk pintu macam nak roboh pun dia buat tak tahu je, inikan pula Suria yang sekadar nak mengugut.
Dahlia cuba memasang telinga mendengar sebarang bunyi di luar bilik. Senyap. Dia menarik nafas lega kerana dia tahu yang Suria mungkin telah berputus asa lalu balik ke rumah.
Telinga Dahlia menangkap bunyi kunci sedang disumbat ke dalam tombol pintunya secara kasar. Dia menelan air liur. Tiba-tiba dia terasa kecut perut kerana daripada bunyi di luar, dia tahu Suria mungkin sedang mengamuk. Cepat-cepat dia memejamkan mata ketika tombol pintu dipulas dan dibuka dengan kasar.
“Pia!”
Dahlia masih mengeraskan tubuh sambil memejamkam mata bersungguh-sungguh. Telinga menangkap bunyi tapak kaki berjalan menghampiri katilnya.
“Pia....” Suara Suria lembut memanggilnya. Dahlia kembali tenang namun dia masih memejamkan mata.
“Pia. Bangunlah. Aku tahu kau tak tidur....” Suria menyentuh bahunya. Dahlia menarik nafas dalam-dalam. Dia membuka mata sebelum memusingkan tubuh mengadap Suria.
“Pia, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau sampai jadi macam ni? Aku tahu kau sedih. Semua orang sedih Pia. Aku pun sedih walaupun aku tak kenal mana sangat Reza tu. Tapi, kau tak boleh terus menerus macam ni...”
Dahlia memejamkan mata. Kepala terasa pening mungkin sebab terlalu banyak sangat tidur. Teddy bear ditarik rapat ke tubuh.
“Pia...”
“Cakap memang mudah Su. Tapi aku yang tanggung....” Dahlia akhirnya bersuara. Tekak terasa pedih. Mungkin kerana dah berminggu-minggu dia tak bercakap dengan sesiapa. Suria memandang wajahnya dengan belas.
“Aku tahu Pia. Mungkin aku tak layak nak cakap semua ni pada kau sebab bukan aku yang mengalaminya. Tapi kau kena ingat, aku kawan baik kau. Sepupu kau lagi. Kita ni ada pertalian darah tahu, kau rasa sakit, aku pun turut sama terasa sakit. Aku cuma tak nak kau sia-siakan hidup kau macam ni. Kalau arwah tahu...”
“Kalau dia tahu, dia takkan tinggalkan aku..”
“Pia! Apa kau merepek ni? Belajarlah terima takdir. Tak guna kau nak salahkan takdir. Berdosa tahu...”
Dahlia terdiam. Rasa sedih dan hiba ini kadang kala boleh buat dia hilang keupayaan untuk berfikir dengan betul.
“Pia. Sudahlah tu. Tak salah nak bersedih di atas pemergian arwah. Tapi tolonglah. Jangan seksa diri macam ni. Kau tak kesian ke pada ibu dan ayah kau? Kalau kau tak kesian pada diri kau. Fine, tapi cubalah fikir tentang ibu dan ayah kau tu. Mereka menderita Pia. Bila tengok kau macam ni...”
“Aku tak mampu Su. Aku dah cuba. Tapi tak boleh. Aku asyik teringat dia je. Bila aku nak lupakan dia. Makin kuat ingatan dia yang datang. Aku tak mampu nak lupakan dia...” Air Mata Dahlia mula mengalir membasahi pip. Suria hanya merenung simpati ke arah wajah sepupunya itu.
“Pia, tak ada siapa pun suruh kau lupakan arwah. Aku tahu perasaan kau pada arwah macam mana. Kami semua tak pernah suruh kau lupakan arwah. Aku cuma nak kau bangun semula. Jangan disebabkan hal ini kau jadi putus asa dengan hidup kau. Bangunlah Pia. Teruskan hidup kau macam biasa. Cubalah Pia. Demi ibu dan ayah kau. InsyaAllah lama-lama nanti kau pasti dapat menghadapi semua ini. Angaplah ini semua dugaan. Ingat, Allah takkan uji jika dia tahu hamba-Nya tak mampu nak terima...”
“It’s not that easy...”
“Aku tahu. Tapi cubalah Pia. Kau sendiri pernah cakap pada aku yang kau kena percaya pada takdir. Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebabnya. Ada hikmahnya. Allah tak menimpakan sesuatu kejadian itu tanpa sebab. Yang paling penting, kau harus percaya pada takdir. Kalau dia jodoh kau, insyaAllah dia tetap milik kau. Kalau dia bukan jodoh kau sekalipun, aku percaya, ada orang lain yang lebih baik, terbaik yang diciptakan untuk kau diluar sana. Kau ingat lagi tak yang kau pernah cakap benda ni pada aku dulu?”
Dahlia terdiam. Memang pada waktu tu mudah baginya untuk dia menuturkan kata-kata tersebut. Sekarang baru dia sedar, memang mudah nak bercakap namun susah untuk dilakukan.
“Tak apalah Pia. Aku hanya mampu bagi nasihat je. Aku tahu aku tak layak nak cakap semua ni. Bukan niat aku nak bagi balik pada kau apa yang kau pernah cakap pada aku. Aku sayang kau Pia. Aku tak nak tengok kau macam ni. Sakit hati aku ni tahu. Tapi terpulanglah. Aku harap hati kau terbuka nak terima kata-kata aku tadi. Cuma tolonglah fikirkan tentang ibu dan ayah kau. Mereka berhak hidup gembira Pia. Dan kegembiraan mereka adalah apabila melihat kau gembira. Aku balik dulu. Cubalah fikir-fikirkan hal ni ya. Kalau ada apa-apa, kau tahu mana nak cari aku...” Suria bangun. Dahlia sempat melemparkan senyuman tawar sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut. Tiba-tiba hati jadi semakin sayu. Apakah aku telah banyak berbuat dosa kepada orang sekeliling? Pada ibu dan ayah? Dahlia memejamkan mata. setitik air mata mengalir lagi membasahi pipinya.
P/S: TO BE CONTINUED

5 140 tukang karut:

Anonymous said...

sedihnye cerite nie...uwwwwwwwwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaa...

Cahaya said...

anon>>sebab tu slow sikit nk tulis certa ni.starting dah sedih..heh.

Anonymous said...

akak.........sye bru habis bce semuaaa entry akak n sye minat la dgn kisah afrina n wafi tp sye x jumpa pun full entry,maybe sye terlepas pandang kot....dh dibukukan ke klau x apa citer afrina n wafi skrang.. p/s,bkn wafiy n ana but wafi n afrina

Cahaya said...

Anon>>akak ambik masa nk fikir wafi n afrina tu yg mana satu eh,,hahah..oh..blog cinta ya?yg tu akak dah habis tulis lama dulu dah tapi tak hantar kat mana-mana pon sebab pendek sangat. dalam 2++ lebih je muka surat dia.tak masuk jugak dlm blog ni.awk baca di mana ya?

Anonymous said...

entry akak oktober 2011,bab 13 manuskrip terbaru...akak sambung la,rse mcm best la

Post a Comment