RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, August 29, 2013

Seandainya Aku Jatuh Cinta Lagi A.K.A Muridku suami aku?

DAHULU...












SEKARANG...

MURIDKU SUAMI AKU? / Cahaya Ainn
ISBN 978-967-365-178-8
Harga RM30/RM33

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Ariana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanan itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.

Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.

“Kau nak tahu apa salah kau pada aku? Kau... dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!”

Bagaimana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu dan dari situ Ariana kenal siapa Akmal sebenarnya dan Akmal, saat itu dia sedar yang hatinya sudah jatuh cinta.

“Cuba fikirkan...”
Ariana diam. Otak terasa lembap nak loading. “Fikir apa?”
“Tentang perasaan saya... pada awak.”

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri? Sudah itu, Ariana kan cikgu yang beretika dan berkaliber manakala Akmal penyangak kelas satu kumpulan enam jahanam.

Ha..teruja tak korang? akmal + ariana dah keluar. bolehlah order secara online di website fajar pakeer atau dapatkan di kedai-kedai buku seluruh malaysia bermula bulan september nanti. amacam cover baru? cantik tak??? suka gila dengan gitar tu..hahahaha..

29 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Tahniah cahaya xsabar ni nk beli tapi akk nk beli dri cahaya nk sign sekali hiii

Anonymous said...

Yes..blh order dah..

Cahaya said...

eita>>heee insyaAllah kalau ada stok sy bukak order sy bgtau.

Cahaya said...

anon>>nanti boleh order dengan fajar pakeer ye :)

Marina said...

Dah boleh order eh, nak beli ah SUAMI-SUAMI cik Author hehehe!

Cahaya said...

marina>>aduss kak. jangan kata gitu. malu saya. dua2 novel ada perkataan suami.hahahaha. isnin ni boleh dah beli. :)

eiza mer said...

da kua ke??
yg mane satu???

eiza mer said...

eh.tu caver bru ke??
tp sme je ea??
da kua ke?? serius??
nk g cr la ary selasa nie..

Cahaya said...

eiza>>cover yang bawah tu cover n tajuk baru. :)

Anonymous said...

wow,tahniah.....muda2 lg akak dh dpt keluarkan 2 buah novel.. berikan aq peluang kedua,bila plak??? Hope x tukar tajuk la cz nanti x der fell plak,huhuhu..(terlebih dos ngada2 plak) walauapapun apa citer wafiy n ana skrang??

Anonymous said...

sory,maybe buku akak yg dh kluar dh 3 kut...bkn kembar tp sme,krn dia suamiku n muridku suami aq

Cahaya said...

anon>>heeee..tajuk tu kita serah pada yg ariflah. selalunya tajuk akak letak buat sementara je sebab akak memang fail bab create tajuk...muda?takdelah muda sangat..ahahaha.wafiy + andriana baru je hantar pada editor semalam. so kita tunggu jelah beritanya. doakan yg terbaik ya laling :)

syiela said...

nak kena cari nanti hehehe tak sabar :)

Cahaya said...

syiela>>boleh cari selepas 15 hbln. kalau order online boleh order sekarang dengan FP :)

Anonymous said...

siapa yg bg tajuk bru buku ni??suamiku murid aq?how sweettt

Cahaya said...

anon>> tajuk tu untuk working title saya masa mula mula tulis citer ni dulu..cuma tak ada ? je. pastu editor suggest letak ? sebab ending tak tau ariana dengan siapa..heh.

eiza mer said...

ALA..kat area jb xde kua pown ag..smlm g cr kat
kdai buku tp xde ag..:-(

Cahaya said...

eiza>>memang tak kuar lagi sekarang ni..lepas 15 hbln baru ada dekat kedai buku.. :)

Anonymous said...

Akak lagu ni tajuk ap?Best laa


Cahaya said...

anon>>tajuk lagu ni insan bernama kekasih -inteam. best kan..heee.

Cahaya said...

eh silap bukan inteam tapi UNIC.

eiza mer said...

Owh..15hb bru kua ea???
xcited lbh la sy nie..he3..
xsbr sgt nk bce..
kerana dia suamiku pown terbaik..
da bli da..
brikan ak peluang ke dua ble plak??

asna asan said...

Cam mana cara nak beli direct dari penulis?

Cahaya said...

asna>> boleh email kepada saya nurulainnismail@gmail.com.

eiza mer said...

sy da bli da..
peh..mmg xtdw mlm di buatnyer nk abiskan bce..
best..puas n bebaloi hrge ngn ketebalan nvl to..
cme xsbr nk tngu kluaran berikan ak peluang ke dua..

Cahaya said...

eiza>>thanks sebab luangkah masa awak untuk baca MSA dan thanks juga sebab suka MSA tu. :)

Anonymous said...

salam.. kalau nk bli novel nie blh lg x

Cahaya said...

anin>>boleh order dengan FAJAR PAKEER dear. thx :)

anillutaze said...

dah beliiiii... mula2 tgk tajuk mcm cite kelakar, rupa2nya cinta tragik... sedih gile. bengkak2 mata nanges. dh lama x baca novel yg boleh mengalirkan air mata. pedih ulu hati x usah ckp. penderitaan cinta yg trpaksa dipendam ariana dan akmal. haiiih. novel ni best sgt. dr awal bab kita dh ternanti2 plot seterusnya. slalu novel awal2 boring gila kot. tp Muridku suami aku, x boring walau sedetik pon. byk beri pengajaran pd diri kita dlm melayari sesebuah hubungan. well done cahaya ainn

Post a Comment