RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, August 29, 2013

Seandainya Aku Jatuh Cinta Lagi A.K.A Muridku suami aku?

DAHULU...












SEKARANG...

MURIDKU SUAMI AKU? / Cahaya Ainn
ISBN 978-967-365-178-8
Harga RM30/RM33

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Ariana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanan itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Ariana dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua.

Orang kata, jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Ariana takut dan gerun dengan Akmal yang macam samseng itu, kadangkala pula timbul rasa menyampah dalam hati Ariana.

“Kau nak tahu apa salah kau pada aku? Kau... dah buat... aku gila. Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!”

Bagaimana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu dan dari situ Ariana kenal siapa Akmal sebenarnya dan Akmal, saat itu dia sedar yang hatinya sudah jatuh cinta.

“Cuba fikirkan...”
Ariana diam. Otak terasa lembap nak loading. “Fikir apa?”
“Tentang perasaan saya... pada awak.”

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri? Sudah itu, Ariana kan cikgu yang beretika dan berkaliber manakala Akmal penyangak kelas satu kumpulan enam jahanam.

Ha..teruja tak korang? akmal + ariana dah keluar. bolehlah order secara online di website fajar pakeer atau dapatkan di kedai-kedai buku seluruh malaysia bermula bulan september nanti. amacam cover baru? cantik tak??? suka gila dengan gitar tu..hahahaha..

Sunday, August 25, 2013

Losing you...

Dear Adik, if you accidentally being here..

This is for you...








Saturday, August 24, 2013

Entri Di Malam Hari...

Assalamualaikum,
hari ni terasa nak menaip di blog. sebenarnya sekarang ni tengah pulun nak siapkan mss BAPK2. limit muka surat 500 je tapi sekarang dah hampir mencecah 430. konflik baru nak masuk. acaner tu? boleh ke selesaikan masalah wafiy-ana-lia ni sebelum 500?hahaha. susah sebenarnya nak selesaikan masalah rumah tangga orang. tambah2 orang yang menaip ni belum ada pengalaman dalam berumah tangga ni. rumah duduk sekarang ni pun tak ada tangga tau. dah tu acaner?hahahah.

sebenarnya agak stres jugak lately. sebab banyak kerja. kat pejabat sibuk dengan script bebudak yang bertimbun2. bayangkan lah dekat seminggu mengadap benda alah tu je sampai nak muntah. jumaat baru siap tanda. itu pun tak key in lagi dalam MAR.  hari rabu bos nak report pulak. adoilah. test 1 bebudak sem satu tu ada je dalam kereta tak bawak keluar pun. sabar jelah.

tapi rasa seronok jugak sebab apa yang diidam-diidamkan dua tiga minggu ni sudah menjadi milikku. apa dia tu? haaa adalah. tak leh tunjuk nanti jadi riak. bila dah riak kan dah dapat dosa. hahaha. okeylah, nak sambung menyelesaikan masalah rumah tangga orang ni. nanti dah siap, bolehlah hantar pada editor, biar diorang pula selesaikan masalah rumah tangga si wafiy tu. tak kuasa den nak nengok dah. btw, sedang tunggu juga satu lagi benda. mayb minggu depan akan dapat berita. tak sabar. rasa macam nak lompat bintang je. tapi apa nak buat. sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

dah tengok citer ni? saja nak tepek sebab ada joong ki..cumel kan?hee..sayang dia dah tak join Running Man. sobsss.

Wednesday, August 21, 2013

Teaser lagi : Berikan Aku Peluang ke - 2.

Teaser lagi : Berikan Aku Peluang ke - 2.

“Ana? Buat apa tu sayang?” Wafiy menjengukkan kepala di muka pintu bilik belajar yang selalu digunakan oleh Andriana untuk mengulang kaji pelajarannya.

“Tak buat apa. tengah stadi sikit. Minggu depan ada kuiz...” Andriana menjawab sambil cuba tersenyum. Wafiy menarik kerusi bersebelahan dengan Andriana sebelum duduk. dia memandang ke arah wajah Andriana ketika gadis itu kembali merenung buku rujukan yang terbuka di hadapan isterinya itu.

“Ana menangis lagi ye...”

Andriana menggigit bibir. hati tiba-tiba terasa sebak. spontan air mata kembali mengalir dipipi tanpa mampu ditahan lagi.

“Sayang, kenapa nangis ni, hmmm?” Wafiy mendekatkan diri ke arah Andriana. Tangan Andriana dicapai dan di kucup lembut.

Friday, August 16, 2013

Ambil mood sikit : teaser : Berikan Aku Peluang Ke -2

Ambil mood sikit :
teaser : Berikan Aku Peluang Ke -2

“Bila kali terakhir Ana period?”
Hampir tersedak Andriana apabila mendengar pertanyaan Wafiy itu. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Wafiy.
“Yang awak tanya soalan mengarut tengah pagi buta ni kenapa? Buang tebiat ke?” Andriana menjawab agak marah. Namun, ketika mengigit burgernya, otak ligat berfikir. Hari ni dah 25 hari bulan tapi period dia tak datang lagi. rasa-rasanya dah lama juga dia tak datang period. Dekat tiga bulan juga dan selama ini dia tak perasan pun sebab stres dan juga sibuk dengan belajar. Kali terakhir dia datang period pun masa...
“Oh my God..” Hampir terlepas burger di tangan.
“Kenapa ni Ana?” Wafiy memandang cemas ke arah Andriana yang tiba-tiba keras kaku tidak bergerak itu. Andriana mengangkat kepala perlahan. Wajahnya pucat ketika memandang wajah Wafiy di hadapannya.
“Sayang?”

Tuesday, August 13, 2013

Teaser pemanas : SEANDAINYA AKU JATUH CINTA LAGI



Teaser pemanas : SEANDAINYA AKU JATUH CINTA LAGI

Ariana menolak cermin tingkap itu luas-luas. Mata hampir terpejam apabila hembusan angin pagi menampar lembut wajahnya melalui tingkap yang terbuka itu.
Mata yang terpejam ketika menghayati ketenangan waktu pagi di tanah tinggi Cameron itu terbuka apabila telinga menangkap bunyi di belakang. Air liur ditelan perlahan.

“Sayang buat apa ni, hmm? Tak tunggu abang pun kan....”

P/S: KEPADA YANG SUDAH LUPA PADA MEREKA :p