RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, July 8, 2013

My daily life...

Assalamualaikum, selamat malam. dah lama jugak aku tak post entri yang bukan novel bagai ni. almaklumlah, aku sekarang super bizi. selama ni readers yang baca entri aku sume bayangkan aku as writer rite? ha sini aku nak tulis entri sebagai another part of me. eceh. sekarang ni cahaya as a lecturer pulak. heh.
selalunya kalau aku nak tulis entri sesi luahan perasaan macam ni, aku memang takkan post dekat fb yang mana rata-rata readers yang baca semua cerita aku datangnya dari sana. maksudnya kat sini, apa yang aku nak luahan ni aku tak naklah suruh orang baca sebab tak penting pun. cuma nak luahkan je. mungkin aku kena create satu lagi blog khas untuk aku melepaskan geram + luahan hati yang takde sapa pun nak tahu. heh. lately, sejak aku dilantik jadi modul leader untuk math 2 ni, aku dapat rasakan perubahan pada rutin kerja aku. aku jadi bertambah sibuk. sampai bebudak punya assignment yang untuk tiga kelas tu pun baru tadi aku habis tanda walaupun dah sebulan diorang hantar. serius aku sibuk sampai kuiz 2 dorang pon dah berbulan masih di atas rak meja aku. aku tak sempat nak tengok lagi. sebab, as module leader, semua benda aku buat. taklah semua..ada jugak dibantu oleh lecturer lain tapi yelah..aku kan leader, takkan aku buat kerja sikit tapi anak buah buat kerja lebih. sungguh kurang sopan di situ.haha. sebenarnya, aku baru je setahun bekerja si situ. 2/7/2013 hari tu genaplah anniversary aku yang pertama. sempatlah wish dengan hanis dekat fb sebab aku masuk sekali dengan dia. tak smepat nak celebrate pun sama-sama.haha. dia sibuk aku pun sibuk. dan sekarang, aku kena mengajar budak sem satu. so total student aku lebih kurang dalam 77 orang. ramai kot. kalau nak key in markah memang berchenta betul. lepas tu sepanjang setahun tu, baru sekali je aku mengajar math 1. bila kena mengajar balik budak baru ni, aku jadi blur. tak tahu nak ajar macam mana sebab terlalu mudah. hehe. just joking. tapi betullah, selama ni banyak main dengan formula dan advanced sikit, bila back to basic, dah jadi mcm....errr....errr.... nota pun aku kena buat dua. satu untuk budak sem 2, satu untuk budak sem 1. tapi setakat ni aku tak bagi pun nota yang aku buat sendiri tu dekat budak sem 1 macam aku manjakan budak sem 2. aku pun tak tahu kenapa. mungkin sebab aku pilih kasih? hahahaha. taklah. sebab aku nak tengok diorang ni macam mana. hmmmm. rasanya memang kn privide notalah tu. 
tahap kesibukkan aku tu, sampai aku lupa nak buat soalan untuk test 2 hari tu sebab sibuk nak buat soalan re-test 1. bila ada email masuk suruh moderate test 2, baru aku mengelabah ayam. nasib baik soalan sem lepas ada. recycle jelah. ubah mana yang boleh. habis cerita. lepas tu, tadi aku lupa lagi nak hantar check list dekat exam unit. ya ampun! esok nak test dah wei. makanya, gigihlah aku lari kejap masa tengah kelas menapak ke exam unit sementara bebudak tengah buat soalan. mujur minggu ni budak sem dua test. so sepanjang minggu tak ada kelas. bolehlah aku buat nota sikit-sikit untuk both sem. lagi satu, boleh pulak aku lupa nak prepare untuk quiz 1 budak baru ni. adussss. dah masuk kelas baru teringat. bebudak apa lagi, sukalah sebab tak payah ambik kuiz. hissss. sabo jelah.
budak baru kalinya memang super duper hyper aktive. amboi. budak sem 2 hari tu memula aku masuk senyap baik suci murni je padahal budak lama, tapi budak baru ni buat macam dah kenal lama dengan aku je. yelah, bebudak terlebih hormon. hahaha. dan...semua student aku lelaki kecuali sorang perempuan. awatlah aku ditakdirkan dapat student lelaki je ni? memang lemah betullah. bagilah aku ngaja perempuan lak. bosan aku ngaja budak laki ni. mengarut banyak..hahahaha. tak kacau aku setiap kali kelas memang tak boleh tidur malam gamaknye. haha. tapi itu semua yang buat aku selesa jugak nak mengajar. sebab aku treat doarg as my brothers. kira kakak dengana adiklah. marah kakak pada adiknya. sayang kakak pada adiknya. tapi...yelah...ada jugak yang salah paham. hmmmm. another akmal in my life. heh. i love dean okey. hahaha.
okeylah. itu jelah aku nak mengarut pun. eh satu lagi, sekarang ni aku hanya boleh menulis masa hujung minggu je. itu pun hari ahad kalau tak ke mana-mana. bukan main aku pasang niat nak mula menulis jumaat malam pastu bersambung sabtu dan ahad. target 50 pages sehari tapi hmmmmmm. berangan jelah kan. waktu tu mulalah malas. asyik nak tengok movie je lepas tu menyesal sebab bazirkan masa. tapi aku akan pastikan aku akan menulis jugak at least sehari tu. bolehlah dapat dalam 30-40 pages. not bad kan?
lepas ni tak tahulah kalau aku dapat sambung master nanti. hope aku mampu nak menulis lagi walaupun sibuk dengan kerja + belajar. menulis ni dah hobi, hidup tanpa hobi, apa yang tinggal? renung-renungkan dan selamat beramal...

P/S: TO BE CONTINUED....

0 140 tukang karut:

Post a Comment