RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 19, 2014

Bab 4 : Andy Hilton Vs Mr MPP



“I HATE HIM!”
Sherry dan Mimi saling berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing memandang ke arah Joey. Joey hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.
“HE IS......” Andriana tercari-cari perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi mengambarkan perasaannya sekarang. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu oleh Lia dan Wafiy. Depan orang ramai pulak tu. habis jatuh standard dia. this is nighmare!
“Andy, kenapa ni? Kau marahkan siapa?” Sherry bertanya teragak-agak. Bimbang Andriana semakin naik angin kalau tak kena caranya. Andriana tidak menjawab. dia menghempas tubuh pada kerusi belajar. Beg make up dibuka lalu botol putih dikeluarkan. Dia membuka penutup botol tersebut dengan kasar sebelum menonggangkan isi di atas tapak tangan. tiga biji pil berwarna putih diambil lalu ditelan. Sebotol air mineral di capai lalu diteguk rakus. Dada masih lagi membuak-buak dengan rasa marah yang masih belum hilang lagi. dalam kepala masih terbayang insiden yang memalukan tadi. Arghhhh! Tensionya!
Sherry memandang ke arah Mimi dan Joey seolah-olah berkata ‘kan aku dah cakap, dia ambik benda tu’. Mimi mengerutkan dahi manakala Joey hanya sekadar melepaskan keluhan berat.
“Andy, kau marahkan siapa ni?” Mimi bertanya cuba mengabaikan raut wajah Sherry yang sukar hendak ditafsirkan. Sekarang bukan masanya untuk berfikir tentang hal itu.
“Dialah! Sakit hati betul. Perempuan tu pun sama je. dua- dua menyakitkan hati!” Andriana menjawab berang. Tangan segera mencapai pensel dari bekasnya. Sketchbook yang terletak di atas meja, dicapai sebelum halaman baru dibuka. Tangan yang memegang pensel laju berlari di atas kertas lukisan tersebut. fikirannya betul-betul terganggu sekarang. Dalam kepala tak henti-henti berputar mengingatkan kejadian tadi. Malu semalu malunya. Seumur hidup dia tidak pernah dimalukan sebegitu. Arghhhh! This is nightmare!
“Dia tu siapa?” Mimi masih lagi bertanya walaupun Joey dan Sherry telah memberikan isyarat tanpa suara supaya jangan memanjangkan hal itu. Bimbang Andriana semakin marah.
“Dia! pengerusi MPP dengan side-kick dia tu, both of them are.....arghhhh! aku tak boleh nak cari sebarang perkataan pun nak mengambarkan bagaimana teruknya mereka berdua tu.!” Andriana menjawab geram sambil tangan sibuk melakar entah tentang apa.
“Abang Wafiy? Side kick dia? Siapa?” Sherry pula bertanya, berminat untuk tahu.
“Siapa lagi. perempuan yang tak ada taste langsung dalam berfesyen tu lah. asyik pakai baju kurung je. kolot!”
Sherry memandang ke arah Mimi dan Joey. Joey mengangkat bahu.
“Arghhhh! Aku langsung tak boleh nak fokus pun.” Andriana mengoyakkan kertas lukisan yang sebentar jadi menjadi tempat dia ‘melepaskan perasaannya’ itu. Kertas tersebut digumpal-gumpal sebelum di baling ke arah tong sampah. Dia kembali menghadap kertas lukisan yang baru dan mula melakar tanpa benar-benar dapat menumpukan perhatiannya. Hatinya masih sakit membuatkan dia tidak mampu memikirkan hal lain.
“Kak Lia ke?” Sherry meneka teragak-agak sambil memandang ke arah Joey. Joey mengangguk perlahan.
“Apa Kak Lia dan Abang Wafiy dah buat pada kau?” tanya Mimi pula. andriana tidak menjawab namun tangan semakin kuat menekan pensel sehingga meninggalkan kesan berlubang pada kertas lukisannya ketika nama kedua-dua makhluk itu disebut.
“Andy?”
Andriana menegakkan badan. Dia menarik nafas panjang dan dalam sebelum memusingkan tubuh mengadap teman-teman sebiliknya.
“Aku tak nak cakap hal tu lagi. buat sakit hati je bila ingat balik.”
Sherry dan Mimi saling berpanadangan sebelum masing-masing memandang ke arah Joey. Joey menayangkan raut wajah ‘apa pulak pandang aku macam tu?’
“Kau nak ke mana?” Tanya Joey ketika melihat Andriana bangun dan berjalan menuju ke arah pintu bilik.
“Jalan. Ambil angin.”
“Nak aku teman?”
Andriana mengeleng.
“Thanks but no thanks. Aku nak bersendirian.”
Joey tidak menjawab ketika melihat Andriana menghilang di sebalik pintu bilik tersebut. serentak dengan itu, Mimi dan Sherry terus menerpa ke arah Joey sehingga membuatkan Joey kaget.
“Wei, apa hal ni?”
“Kenapa dengan Andy?” Tanya Sherry dan Mimi serentak.
“Tak ada apalah. Benda kecik je...” Joey menjawab acuh tidak acuh. MP3 yang tersadai di atas katil Andriana itu dicapai.
“Apa?” Joey bertanya pelik ketika dua pasang mata bulat merenung  kearahnya.
“Yelah-yelah, aku ceritalah ni....” Joey akhirnya mengalah apabila dua pasang mata itu masih tajam merenung ke arahnya seolah-olah tidak berpuas hati.
“So, apa kes abang Wafiy dengan Kak Lia tu?”

                                                                           ***

Andriana memejamkan mata. cuba menghayati hembusan lembut angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Walaupun cuaca petang itu agak redup, namun masih terasa bahang kepanasannya. Barangkali dia masih belum mampu menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di Malaysia yang tak menentu itu. Sekejap panas, sekejap hujan dan sekejap redup. Sesekali dia menolak anak-anak rambut yang terjurai di dahi ke belakang telinga. Rimas. Telinga yang berdentum dengan lagu Avril Lavigne – Complicated sekali sekali membuatkan dia tenang. Biasalah, stok lagu Avril Lavigne ni semua tak pernah mengecewakannya. Kebanyakan lagu-lagu Avril tu sedikit sebanyak kena dengan hidupnya. Contohnya macam sekarang, lagu Complicated ni memang sesuai betul dengan situasinya sekarang. Complicated. Why my life is sooooo complicated? Huh!
Tumpuan Andriana teralih apabila sebiji bola keranjang berwarna jingga bergolek di hadapan matanya. Huh? Datang dari mana bola ni? Jatuh dari langit ke?
“Hai...”
Andriana hanya membalas sapaan lelaki itu dengan senyum tawar. Tak ada hati nak beramah mesra dalam waktu-waktu sekarang ini.
“Sorang je ke?” Tanya lelaki itu ketika tunduk mengutip bola yang berhenti di hadapannya. Andriana masih membisu. Ada orang lain ke kat sini? Lagi mahu tanya? Huh!
“Zam...” lelaki itu melontarkan bola keranjang ke arah gelanggang dan sempat disambut kemas oleh lelaki bernama Zam itu.
“Hmmm, boleh saya duduk?”
Andriana tidak menjawab. telinga masih lagi melayan lagu Avril Lavigne yang sekarang tengah memekak dengan lagu Nobady’s Home itu.
“She’s cool..”
“Huh?” Andriana menoleh ke sebelah. Mamat ni cakap pasal siapa?
Lelaki itu senyum segaris.
“Avril kan? She’s cool. Saya pun suka layan lagu-lagu dia..”
Kening Andriana terangkat sebelah.
“Really? Ingatkan Malay guys tak layan lagu-lagu macam ni...”
“Kenapa pulak awak cakap macam tu?”
Andriana mengangkat bahu. “Entah, bukan stok-stok budak melayu suka layan lagu-lagu K-POP ke? Wonder girls, Girl Generation..blah...blah..blah...”
“Ish! Ada pulak. Mana ada, ingat saya kaki K-POP ke?”
Andriana mengangkat bahu lagi.
“Manalah tahu kan...”
Lelaki itu mengeleng sambil tersenyum.
“By the way, I’m Zikray. You can call me Ray...”
“Nice name...”
“And you’re Andy right? Short from Sharifah Damia Adriana, kan?”
Andriana mengerutkan dahi tanda hairan.
“How do...”
“Ala, siapa tak kenal awak. satu campus ni kenal siapa awak. maklumlah. Orang cantik...” Zikray tersenyum memuji. Andriana yang kebingungan itu turut tersenyum. Macam tu sekali ke tahap kepopularan aku? Ngee.
“So, buat apa lepak sini sorang-sorang?”
“Saja ambil angin. Kepala berserabut tak boleh nak fikir...”
“Yeke? kenapa?”
Andriana melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tak tahu apa yang dia tengah fikir sekarang sampai kepala rasa serabut dan menyesakkan. Terlalu banyak masalah. Masalah nak adapt dengan surrounding, masalah nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan, masalah nak sesuaikan diri dengan budaya, masalah dengan cuaca lagi. itu belum lagi masuk bab makanan. Hai, banyak betul masaalahnya.
“Andy..!”
Andriana tersentak. Lantas dia menoleh ke sebelah.
“Termenung ingatkan siapa? Buah hati?”
Andriana sneyum kelat. Dalam kepala terbayangkan wajah Ryan.
“Taklah. Cuma kepala serabut sikit dengan macam-macam masalah. Awak tahu jelah, bukan senang nak adapt dengan persekitaran sekarang ni...”
“Susah ye nak hidup di Malaysia berbanding di London?”
“Macam mana...”
“Kan saya dah cakap tadi, satu kampus kenal awak siapa...”
Andriana terdiam. sampai macam tu sekali ke? Ini agak menakutkan.
“So..?”
“Hmmm, susah jugak. Mungkin sebab cara pemikiran orang-orang sini tak sama macam di London. Mereka di sana tak pernah nak ambil tahu hal orang lain. Nak pakai apa, nak buat apa. janji hidup tak kacau orang. Tapi kat sini...”
Zikray diam ketika mendengar luahan Andriana itu. Namun mata sempat juga merayap ke arah tubuh Andriana yang hanya mengenakan t-shirt tanpa lengan dan jeans paras lutut itu.
“Hmmm, macam ni lah. malam ni kitorang ada buat party? Nak join tak? Mungkin boleh cheer you up. Mana tahu boleh hilangkan serabut tu ke?”
“Party? Party apa?”
“Ala, party biasa je. nak ikut?”
“Kat mana? Rasanya pihak universiti mesti tak benarkan aktiviti macam tu diadakan dalam kawasan kolej kediaman kan?”
Zikray ketawa.
“Ish, ada pulak buat dalam kolej kediaman. Buat dekat luar, dekat rumah sewa kawan saya. so, nak join tak?”
Andriana terdiam seolah berfikir dalam-dalam.
“Sure, why not...”
“Great! Malam ni saya datang ambil pukul sembilan, okey?”
“Okey....”
“So, jumpa malam ni....” Zikray berdiri.
“Okey...” Andriana menjawab sambil tersenyum. Dalam kepala dah terbayang party yang bakal dihadirinya. Macam mana agaknya orang Malaysia berparty ye? Macam dia dengan kawan-kawan dia dekat London dulu ke? Ah, tunggu jelah malam ni.

                                                                        ***

“RAY!!”
“Yooo...!”
“Nice catch, barang baru ke?” Hilmy mengangkat kening sambil menghulurkan sebotol minuman keras berwarna hijau itu ke arah Zikray.
“Biasalah....” Zikray menjawab sambil meneguk minuman tersebut dengan selamba. Matanya memandang ke arah Andriana yang sedang berbual dengan Shila dan Sufiah tidak jauh darinya itu.
“Cun, jumpa mana tu?”
“Adalah. Kenapa kau sibuk-sibuk nak tahu ni?” Zikray bertanya. Botol yang tinggal separuh itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya.
“Ala, mana tahu boleh dapat satu untuk aku ke. Wei Ray, takkan nak makan sorang je. kata member...”
Zikray tidak menjawab. mata masih memandang ke arah Andriana yang rancak berbual itu sehingga tidak sedar yang Zikray sedang memandang rakus ke arah tubuhnya yang hanya berbalut tiub separas peha itu. Andriana memang seksi. Walaupun masa keluar dari kolej kediaman tadi gadis itu mengenakan cardigan labuh sampai ke kaki pun dah terserlah keseksian tubuh gadis itu, apatah lagi sekarang. Boleh tergugat keimanannya yang tak berapa nak ada itu.
“Ray, kalau kau nak makan dia. jangan lupa ajak aku sekali...” Suara Hilmy yang terngiang-ngiang di telinganya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Dalam fikirannya dah terbayang ‘permainan’ liarnya bersama Andriana.
“Ray..!”
Zikray tersedar dari angan-angan liarnya itu.
“Jom balik. Dah lewat ni. Takut pintu hostel tutup...”
Zikray hanya memandang wajah Andriana yang disolek nipis itu. Mata turun pula ke dada Andriana yang terhias Classic Round Flower Chocker. Mata turun lagi pada garisan yang terbentuk di dada Andriana. Air liur ditelan berkali-kali. Nafsunya membuak-buak ketika menikmati pemandangan indah tersebut.
“Ray...are you okay?”
Zikray tersedar lagi buat kali kedua. Mata kembali memandang ke wajah Andriana yang sudah mula gelisah. Barangkali Andriana dapat menangkap sinar ‘liar’ dari matanya itu.
“Nak balik dah ke?”
Andriana mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk entah sebab apa. bukan dia tak sedar akan pandangan liar Zikray itu namun dia cuba berlagak selamba dengan harapan tiada apa-apa yang berlaku.
“Can we go back now, please. Nanti saya tak boleh masuk hostel...”
“Okey, tunggu dekat kereta, saya nak ambil barang kejap...”
“Okey...” Andriana menjawab lega. cepat-cepat dia keluar dari rumah tersebut menuju ke arah tempat Zikray memakirkan kereta. Walaupun party yang dianjurkan oleh rakan Zikray itu tidak ‘sehebat’ partynya ketika di London dulu, tapi bolehlah kalau setakat nak buat hilang bosan daripada hidup terpenjara macam tak ada life di kolej kediaman tu.
“Jom...” Zikray muncul sambil membawa beg plastik berisi beberapa biji botol berwarna hijau. Andriana mengerutkan dahi namun dia tidak berkata apa-apa.
“Ray...saya tanya sikit boleh?” Andriana bertanya teragak-agak. Sempat dia menjeling ke sebelah.
“Apa dia?”
“Errrr, takpe ke awak drive lepas awak minum?”
Zikray menjeling sekilas ke arah Andriana.
“Tak apa. saya minum sikit je. tak mabuk punya. Jangan risau ye...”
Andriana tidak menjawab. jadi betullah Zikray ni minum. Jadi betul juga botol hijau yang dia nampak dalam beg plastik yang dibawa oleh Zikray tadi tu botol arak.
“Kenapa diam?”
“Hah?” Andriana menoleh ke sebelah.
“Saya tanya kenapa diam? Tak seronok ye dekat party tadi? Yelah, mungkin tak sama dengan party awak di London tu...”
Andriana senyum kelat.
“Eh, taklah. Okey je. Cuma saya risau sebab rasa macam dah lewat sangat ni. Takut guard dah tutup pagar. Kalau dah tutup pagar, macam mana saya nak masuk kan...”
“Hmmm, kalau tak boleh masuk, awak ikut je saya balik rumah sewa saya, nak?” Zikray menjawab sambil tersengih. Andriana menelan air liur. Tiba-tiba terasa bulu roma meremang namun dia cuba bertenang.
“Errrr, tak apalah. Takut room mate saya risau pulak kan...”
Zikray tidak membalas. Tidak mahu kelihatan terlalu mendesak. Belum masanya lagi.
Setelah hampir setengah jam, akhirnya kereta proton perdana yang dipandu oleh Zikray berhenti betul-betul dibawah pokok besar tidak jauh dari pagar kolej kediaman. Andriana mengintai untuk memastikan pagar tersebut masih terbuka atau tidak. Lega. nasib baik guard tak tutup pagar lagi. jam pun hampir menunjukkan pukul 11.45 malam. Ada dalam 15 minit lagi sebelum pagar dikunci.
“Thanks Ray sebab sudi bawa saya keluar malam ni...” Andriana berkata sambil menanggalkan tali pinggang keselamatan.
“It’s okey. saya harap awak enjoy, so next time nak ikut lagi tak?”
Andriana diam memikir. Kalau ikutkan hati, ini mungkin kali terakhir dia mahu mengikut Ray ke mana-mana party, tapi bila memikirkan yang dia mungkin bakal mati disebabkan bosan, mungkin dia boleh mempertimbangkan ajakan Ray itu.
“Maybe....” Andriana akhirnya menjawab sambil tersenyum manis.
“So, night Ray. Thanks for tonight...” Andriana berkata sebelum membuka pintu namun terhenti apabila Zikrah mencapai tangannya lalu dibawa ke bibir.
“Thanks Andy sebab sudi keluar dengan saya malam ni. Hope ini bukan kali terakhir kita berjumpa dan keluar bersama...”
Andriana menggigit bibir ketika melihat Zikray mengucup tangannya dengan lembut.
“Thanks to you too. I’m relly enjoy it. Thanks again for inviting me...” Andriana menarik tangannya dengan lembut sebelum melangkah keluar dari kereta. Cardigan labuh disarung kembali ke tubuh dan dibutang kemas.
“Bye Ray. Drive safe...”
Zikray mengangkat tangan sebelum memecut meninggalkan tempat tersebut. andriana hanya memandang kelibat kereta yang dipandu laju itu menghilang.
“Hey kamu yang di sana! Masuk cepat!”
Andriana tersentak apabila disergah secara tiba-tiba. Spontan tangan menyentuh dada. Laju kaki melangkah menuju ke arah pagar kolej kediaman. Dia menarik nafas kelegaan apabila berjaya melepasi pintu pagar tersebut tanpa sebarang masalah. Namun telinga boleh menangkap bebelan guard separuh umur itu.
“Budak-budak sekarang...entah apa nak jadi..balik lewat malam..kalau anak aku...”
Andriana senyum sinis. Typical Malaysian. Suka jaga tepi kain orang. Huh!
 P/S: TO BE CONTINUED.

2 140 tukang karut:

Cikgu Norazimah said...

CN follow sini 402 : http://www.cekgunorazimah.com/2014/04/1st-giveaway-by-dianarashidcom.html

Cahaya said...

cikgu>>thanks cikgu for joining the GA. <3

Post a Comment