RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, July 11, 2013

Bab 9 : Andy Hilton Vs Mr. MPP

 Bab 9

Pandangan dibuang ke luar tingkap. Walaupun suasana agak tenang ketika itu, namun tidak hatinya. Suasana di dalam perpustakaan pada ketika itu agak sunyi. Barangkali ramai pelajar yang masih mengikuti kuliah. Andriana menarik nafas lagi. otak dah rasa tepu dek kerana sepanjang hari asyik mendapa benda yang sama je. walaupun hari ni tak ada kelas, namun dia mengambil keputusan untuk mengulang kaji di perpustakaan je. senang. Tak ramai orang dan dia pun tak perlu nak layan pertanyaan bertubi-tubi si room mate yang tiga orang itu dek kerana dia yang asyik murung je sejak dua menjak ni. Bukan dia tak suka. Dia tahu Joey, Mimi dan Sherry tu semuanya mengambil berat akan dirinya, tapi dia tak bersedia nak bercerita tentang masalah dia sekarang. Biarlah dia telan sendiri. sakit hati hanya dia yang tahu.
“Hei perempuan tak sedar diri!”
Andriana spontan menoleh. bulat matanya memandang ke arah Lia yang dah menyinga di hadapannya. Entah muncul dari mana minah ni pun, dia tak tahu. Namun hati dah rasa berdebar, adakah Lia datang sebab...
“Hei perempuan! Kau ni kenapa hah?! Apa yang kau dah jampi pada si Wafiyy tu sampai dia sanggup nak kawin dengan kau?!”
Andriana menggigit bibir. dia menjeling sekeliling. Hatinya bersyukur kerana ketika itu tiada seorang pelajar pun di kawasan itu. Kalau tak pasti kecoh.
“Hey! Kenapa kau diam? Dah bisu?! Jangan ingat aku tak tahu! Kau nak kawin dengan Wafiy kan?! Jawablah!” Suara memetir membuatkan Andriana tersentak. Dia menganggam tangan di bawah meja.
“Sorry, saya sibuk. Nak balik..” Andriana bangun dan mula mengemas buku-bukunya. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hatinya.
“Hei! Aku tak habis cakap lagi!” Tangan Andriana ditarik kuat sehingga membuatkan buku-buku yang dipegangnya terjatuh ke lantai.
“Apa ni?” Andriana dah mula berang. Tangan direntap kasar.
“Kau memang sengaja nak cari nahas dengan aku kan! Apa kau dah buat pada Wafiy?”
Andriana mencebik sinis. Ingat dia nak sangat ke kawin dengan mamat skema tu? bagi free pon dia tak hingin.
“Awak tanya dia sendiri. saya tak ada masa nak layan soalan-soalan bodoh awak tu...” Andriana tunduk ketika untuk mengutip buku-bukunya.
“Kau ni memang kurang ajar kan...” Lia menghayun tangannya sehingga mengenai pipi Andriana.
PANG!
“Lia!”
Pipi Andriana terasa berpijar. Air mata mula bertakung di tubir mata.
“Lia! Apa awak dah buat ni?” Andriana menangkap suara Wafiy tidak jauh darinya. Tangan digenggam kuat. Rasa macam nak tampar balik je minah tak sedar diri tu.
“Wafiy.. saya Cuma nak ajar perempuan murahan tu je. saya tahu dia yang buat cerita yang bukan-bukan pada umi dan abi supaya mereka bersetuju awak kawin dengan dia...”
Hati Andriana terasa disiat-siat ketika mendengar kata-kata Lia itu. Hina sangat ke dia di mana Lia sampai Lia menganggap dia yang terdesak nak kawin dengan Wafiy?
“Saya tahu, dia ni mesti dah bunting lepas tu dia tuduh awak yang kena bertanggung jawab kan. Sebab tu umi dan abi tak ada pilihan...”
“Lia, sudahlah tu...” Wafiy bersuara lembut seolah-olah ingin memujuk. Hati Andriana menangis sendiri. dia yang dituduh dan difitnah tapi Lia juga yang dipujuk oleh Wafiy. Tak sedarkah lelaki itu siapa yang teraniaya sekarang? Adakah Wfaiy tidak menceitakan perkara yang sebenar kepada Lia? Adakah Lia tak tahu yang perkahwinan ini adalah atas kehendak Wafiy sendiri?
“Tapi..tapi...”
“Lia...”
Andriana mengesat pipi. Dia menjeling ke arah Wafiy yang masih memujuk Lia. Dia snediri tak faham. Kalau betul Wafiy sayangkan Lia, kenapa Wafiy memilih dia? apa niat Wafiy? Nak balas dendam ke?
“Andriana..saya minta maaf pasal Lia..”
“I hate you. I hate both of you damn much!” Andriana berkata perlahan sebelum melangkah meninggalkan perpustakaan tersebut dengan diiringi deraian air mata dan rasa kecewa yang mencengkap hati.

                                                                        ***

ANDRIANA merenung jauh melepasi luar tingkap. Fikirannya melayang entah kenapa. Bunyi hingar-bingar di luar rumah tidak dihiraukan. dada terasa sesak. Air mata pun dah kering namun dia harus menerima kenyataan yang dia sekarang sudah sah menjadi isteri kepada Syed Muhammad Ilham Wafiy.
“Girl? Buat apa kat sini?”
Spontan Andriana menoleh. senyum tawar dihadiahkan kepada Mak Teh sebelum pandangan jatuh semula pada singki di hadapan. Tangan segera membuka pili air.
“Tak ada apa Mak Teh. Ingat nak kemas dapur sikit. Sian dekat mama dengan bibik...” Andriana menjawab perlahan. Mengemas dapur hanyalah alasan untuk dia menjauhkan diri dari semua orang. Tak sanggup rasanya nak melihat saudara-mara yang bergelak riang gembira di majlis perkahwinannya sendiri bila dia sendiri tak sekelumit pun rasa bahagia.
“Ish, apa pengantin baru buat kerja ni. Pergilah naik atas. Dah lewat sangat ni...”
Andriana hanya senyum tawar lagi. naik atas? Nak ke mana? Dia dah tak ada tempat nak pergi pun. Bilik dia awal-awal lagi mama dah tukar jadi ‘bilik pengantin’. Tak boleh bayang macam mana dia nak berada dalam bilik tu dengan...
“Eh Girl? Buat apa dekat dapur malam-malam ni? Pergilah naik atas, ajak Am sekali....”
Tubuh andriana keras apabila mendengar usulan mamanya yang entah muncul dari mana tu. ajak Am sekali? Ngeeee. Ini memang betul mimpi ngeri.
“Betul tu. tinggal je pinggan mangkuk tu. biar Mak Teh buat. Girl pergilah naik. Nanti penat...”
“Eh, tak apalah Mak Teh. Tinggal sikit je lagi ni...” Andriana beriya-iya menolak. Tolonglah. Tolonglah jangan paksa dia buat benda yang dia tak rela. Huhu.
“Girl....”
Andriana mengigit bibir apabila mendengar suara mama menegurnya. Mahu tidak mahu terpaksalah dia akur. Buatnya mama kena serang dengana sakit jantung lagi, tak ke haru.
“Yelah. Girl naik atas dulu...” Andriana membasih tangan yang bersabun sebelum melangkah keluar dari dapur.
“Jangan lupa panggil Am dekat depan tu. ajak naik sekali. Dia pun dari tadi tak henti-henti buat kerja...”
Andriana mengigit bibir bawah lagi namun kata-kata mama itu bagai angin lalu yang menyapa telinga. Tanpa memandang ke ruang depan, langkah kaki di atur laju menuju ke atas. Andriana berhenti seketika apabila tiba di hadapan biliknya. Terketar tangan ketika memutar tombol pintu. Perlahan-lahan dia menolak pintu ke dalam. kepala dijengul melihat segala isi ‘bilik pengantinya’. Hampir nak terkeluar biji mata. mama!
Langkah kaki diatur perlahan ketika masuk ke dalam biliknya itu. Mata menyapu katil bertiang empat yang telah ditukar oleh mamanya. Langsir berwarna merah jambu digantung mengelilingi katil tersebut membentuk kelambu. Ngeeee. Ni apa kes dah macam bilik orang nak honeymoon je ni? Andriana menelan air liur. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri katil barunya. Cadar satin berwarna merah jambu terhampar kemas membaluti katil tersbeut sehingga ke lantai. Senyum kelat spontan terukir di bibir. tang warna merah jambu tu dia bolehlah terima lagi sebab warna tu memang warna kegemaran dia. tapi tang katil bertiang empat ni. Andriana memejam mata. negrinya. Mama ni betullah. Huhu.
Kriuk...
Andraian spontan menoleh. bulat mata memandang ke arah pintu. Dada terasa berdebar. Gila. lupa pulak nak kunci pintu tadi. Tapi kalau kunci pun, apa dia boleh buat. Takkan nak bagi mamat di tidur luar. Mahu kena membebel dengan mama berkati-kati. Gila tak sanggup.
“Errr...boleh abang masuk?”
Berderau terasa wajah ketika mendengar Wafiyy membahasakan dia. abang? Ngeeeee.
Andriana tidak menjawab. muka yang terasa hangat entah sebab apa itu dipaling ke arah lain. Jantung dah terasa laju mengepam darah. Andy. Relakslah. Yang kau gelabah ni apa hal? Buat dek je dahlah. Lagi pun bukan kau yang nak kawin sangat dengan dia kan?
Wafiy teragak-agak seketika di muka pintu namun dia melangkah juga masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat. Agak janggal juga bila berdua di dalam bilik itu. Kalau tak sebab mama dah hambat dia suruh naik atas, mahu dia bersembang dengan Pak Teh ayah saudara Andriana sampai ke pagi.
Telinga Andriana menangkap bunyi pintu ditutup. Ek? Dia dah keluar balik ke? Perlahan-lahan Andriana menjeling dengan ekor mata. cis! Dia tak keluar. Huh. Memang mimpi ngeri betul.
Wafiy memandang sekeliling. Boleh tahan juga bilik Andriana ni. Kemas, besar dan cantik. Mata tertumpu pula ke arah katil bertiang empat tu. semuanya okey. Cuma...rasanya macam terlalu banyak sangat warna merah jambu. Cadar, sarung bantal, langsir, alas meja, alas kerusi, rak buku, tuala, itu ini...semuanya warna merah jambu sampai naik berpinau mata. hai dah nasib nak dapat isteri macam Paris Hilton Wannabe.
Andriana tunduk ketika kaki bermian-main dengan karpet berwana merah jambu bercampur coklat itu. Hati tiba-tiba jadi sesak. Rasa macam oksigen dah disedut keluar. Tubuh pula dah terasa melekit. Hmmm, pergi berendam dalam bath tub lagi best. Lantas dia bangun menuju ke arah tuala yang tersangkut di hujung bilik.
“Errr....nak mandi ke?”
Langkah kaki yang baru diatur untuk ke bilik air terhenti. Dia menoleh perlahan. Apa hal pulak ni? Jangan cakap nak ajak mandi sama-sama. Aku tikam dengan eye-liner baru tahu.
“Abang nak ambil wudhuk dulu....”
Ohhh. Ingatkan nak buat apa.
“Help yourself...” Perlahan Andriana menutur. Wafiy berjalan masuk ke dalam bilik air. andriana berpeluk tubuh ketika menunggu Wafiy ‘menunaikan hajatnya’ di dalam bilik air. lamalah pulak. Hiss, entah buat apalah lama sanagt tu. takkan mandi terus kut? Andriana merengus kasar.
“Sorry....”
Andriana membuat muka sebelum masuk ke dalam bilik air. setelah mengunci pintu, Andriana menyangkutkan tuala di tempat penyangkut. Rambut yang tersanggul kemas diuraikan melepasi pinggang. Pili bath tup dibuka. Beberapa botol sabun diambil dan dituang ke dalam bath tup. Kemudian, beberapa titik minyak aromaterapi dituangkan ke dalam bath tup yang separuh penuh itu. Setelah siap, Andriana menanggalkan pakaian dan mula berendam di dalam bath tup itu. Hmmmm, nyaman dan tenang rasa. Dia memejamkan mata sambil menikmati aroma wangi yang datangnya dari buih-buih sabun dan minyak aroma  terapi. Hampir sejam dia berendam di dalam bath tup itu. Rasanya kalau dia tidur je dekat sini aci tak?
Wafiy menjeling jam di dinding. Hai, lama betul budak ni mandi. Ke dah pengsan atau...bunuh diri?
TOK.TOK.
Andriana membuka mata apabila terdengar ketukan pada pintu. His kacau betul.
“Awak? buat apa dekat dalam lama-lama tu?” Wafiy mengetuk pintu lagi. risau pulak kot tiba-tiba si Andriana ni buat perangai. Budak ni bukan boleh dijangka sangat.
Andrian mereungus kasar. Kacau betul. Dia bangun dan mencapai tuala lalu membalut tubuh. kang kalau tak keluar, mamat ni bikin kecoh pulak dekat bawah. hai masalah betul. Nak bersendirian pun tak senang. baju tidur pijama yang memang dibawa sejak awal lagi, disarung ke tubuh. takkan nak tukar dekat luar pulak.
 “Apa?” tanya Andriana kasar ketika memandang wajah Wafiy yang masih berdiri tercegat di hadapn pintu.
“Ana lama sangat dekat dalam tu. abang ingat...”
Andriana membulatkan mata. what?!
“What did you called me?” tanya Andriana tak percaya. Wafiy memandang wajah Andriana dengan tenang.
“Ana..kenapa?”
Andriana mengetap bibir. A.N.A?
“Ana? It’s sound so kampung okay. Just call me Andy. Kalau tak, tak payah panggil langsung...”
Wafiy cuba menahan senyum ketika melihat wajah Andriana yang dah masam mencuka itu.
“Ana okey apa. nampak lembut sikit...”
Andriana yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala itu menjeling.
“Andy. Full stop.”
“Tapi abang suka lagi ‘Ana’. Lebih lembut.....”
“Don’t ‘Ana’ me aroud. If I said Andy, it will be Andy. Faham?”
Wafiy hanya senyum namun tidak menjawab. dia kemudian berjalan menuju ke arah luggage yang tersadai di kaki almari. Beg troli tersebut dibuka. Sehelai tuala berwarna putih ditarik keluar lalu disangkut ke bahu. Sebelum melangkah ke bilik air, Wafiy menoleh.
“Ana dah solat?”
Andriana merenung tajam ke arah Wafiy. Eeee, mamat ni tak faham bahasa agaknya. Huh!
“Ana?”
Andriana merengus perlahan. Sakit hati bila perkataan ‘Ana’ tu menerjah ke gegendang telinganya. A.N.D.Y! Panggil aku Andy! Faham?
“Ana....abang tanya ni, Ana dah solat ke belum? Dah lewat ni..”
“Cuti...” Andriana menjawab malas. Dia kemudian menyangkut tuala pada penyangkut di hujung bilik. Sikat di atas meja solek dicapai. Mata sempat menjeling wajah Wafiy yang tersengih pada cermin meja selek. Apa hal mamat ni sengih sorang-sorang? Tak betul agaknya. Telinga menangkap bunyi pintu bilik air ditutup. Andriana memutarkan bebola mata. memang malang betul dapat suami tak betul macam tu. huh. Andriana menyikat perlahan rambutnya yang sudah hampir kering itu. Seketika, tangan yang menyikat rambut terhenti. Bulat mata merenung wajah sendiri. bibir digetap. Tak guna punya Wafiy. Patut dia sengih semacam je. ngahhhhh!
Setelah selesai menyikat rambut dan menyapu krim malam pada wajah, Andriana berjalan menuju ke katil. Tubuh direbahkan di atas katil barunya itu. Selesanya. Serta-merta mata menjadi berat. Mengantuknya. Comforter ditarik sehingga ke dada. Mata dipejam rapat. Telinga menangkap bunyi pintu bilik air namun dia tidak peduli. Mata dah macam kena gam. Seketika kemudian, terasa sebelah sana bergerak. Conforter juga terasa seperti ditarik ke sebelah sana. Siapa pulak yang berani nak menganggu tidurnya ni?
“Sweet dream Ana...”
Andriana masih tidak membuka mata. telinga hanya menangkap perkataan ‘Ana’ sahaja. Hmmm. Ana...ANA?! Spontan Andriana membuka mata. dia menoleh kesebelah. Hampir nak terkeluar biji mata apabila melihat Wafiy sedang elok berbaring mengiring mengadap sebelah sana sambil berbalut comforter. G.I.L.A.
“Bangun!” Andriana menarik kasar comforter yang membaluti tubuh Wafiy itu. Wafiy menoleh. tangan mengosok mata.
“Kenapa ni? Tak boleh tidur?”
Andriana membulatkan mata lagi.
“Bangun. siapa suruh tidur sini? Bangun!” Andriana berkata kasar. Gila ke apa nak tidur satu katil macam ni. Banyak cantik lubang hidung dia.
Wafiy masih berbaring. Mata mereung wajah Andriana yang masam mencuka itu.
“Kenapa ni Ana? Abang penatlah. Mengantuk. Nak tidur...”
“Bangun. pergi tidur tempat lain!”
Wafiy menarik nafas panjang. Haru betullah. Malam pertama pun dah huru hara hidup dia.
“Habis tu abang nak tidur mana? Takkan tidur luar pulak. Nanti apa mama dan papa kata?”
Andriana merengus kasar.
“Peduliklah. Yang penting, awak turun sekarang...”
“Katil ni kan besar, takkan Ana tak nak kongsi dengan abang...”
Andriana merenung tajam ke arah Wafiy yang selamba itu. Hey, memang selama ni aku tak pernah kongsi semua barang-barang aku dengan orang lain okey.
“I don’t care. Get out from my bed. NOW!”
Wafiy mengeluh perlahan. Perlahan-lahan dia menolak comforter. Dia menoleh.
“Habis tu mana abang nak tidur ni? Atas lantai?”
“I don’t even care. Pandai-pandailah nak hidup. Sofa tu pun boleh kan?” Andriana menjawab separuh menyindir. Wafiy memandang ke arah sofa yang terletak bersebelahan dengan almari itu. Senyum nipis terukir di bibir.
“Hmmm, you’re really care about me, huh?” Wafiy mengangkat kening. Andriana menjulingkan bebola matanya.
“In your dream.” Andriana menjawab sebelum tubuh kembali dibaringkan. Comforter ditarik kasar sehingga menutupi leher.
“Jangan berani nak naik atas katil ni lagi kalau tak nak rasa makan takat kasut tumit tinggi saiz lima...” Andriana menjawab tanpa memandang ke arah Wafiy yang sudah bersedia untuk mengambil ‘tempat tidur’nya di sofa tersebut. wafiy hanya tersenyum. Sharifah Damia Adriana...
                                                                      ***

“Aik? Apa pasal tangan kau berinai bagai ni?” Joey memandang ke arah jari jemari Andriana yang merah berinai itu. Andriana yang sedang menulis entah tentang apa itu terhenti seketika namun dia buat tak dengar. Dada dah terasa macam nak meletup. Habislah. Apa nak jawab ni?
“Wei, aku tanya ni. Buat senyap pulak dia. sedara kau kawin ek?”
Tangan Andriana berhenti menulis buat kali kedua. Dia mengangkat kepala.
“A’ah...err..mana kau tahu?” Andriana bertanya. Wajah sedaya upaya dikekalkan supaya tidak berubah riak.
“Ala, biasalah tu. orang lain yang kawin, orang lain yang sibuk nak pakai inai. Kau pun mesti feeling-feeling nak kawin jugak kan?” Joey mengangkat kening. Andriana memutarkan bebola matanya.
“Malas layan kau. Mana Sherry dan Mimi? Kelas?” tanya Andriana sambil memandang sekeliling. Joey yang sedang berbaring di atas katil Andriana itu hanya mengangkat bahu.
“Entah. Yelah kot. Pagi tadi adalah aku terserempak dengan budak berdua tu dekat cafe.”
“Ohhh...” Andriana kembali tunduk. Tangan kembali menulis.
“Yang kau ni, sepanjang hari duduk memerap je dalam bilik, tak ada kelas ke?”
“Nope. Kelas dibatalkan. Lecturer tak ada..” Andriana tidak mengangkat muka.
“Untunglah tak ada kelas...” Joey mengumam perlahan. Earphone milik Andriana yang terletak di atas katil itu dicapai lalu disumbat ke telinga.
“Untung apanya, lepas tu jenuh nak ganti kelas...”
“Hmm, betul jugak tu....”
“Yang kau ni? Lepak je. tak ada kelas ke?” Andriana menjeling ke arah Joey yang sedang berbaring di atas katilnya. Mata gadis itu terpejam.
“Wei, tidur ke?” Andriana membaling gumpalan kertas yang tidak digunakan lagi ke arah Joey.
“Hey!”
“Tulah, aku tanya dia buat pekak je...”
“Apa?” Joey menarik earphone sebelah.
“Aku tanya kau tak ada kelas ke? Lepak je senang hati...”
“Hmmm, petang kang. Pukul satu kau kejut aku eh. Aku nak tidur kejap. Mengantuk. Semalam aku pulun nak siapkan presentation sampai pukul empat pagi..”
“Bila present?””
“Petang kang...” Joey mengumam perlahan. Mata dah kembali terpejam. Andriana hanya mengeleng sebelum kembali mengadap tutorial yang baru separuh siap. Spontan mata jatuh pada jari yang merah berinai. Kalau ikutkan hati dia, memang tak teringin pun dia nak pakai inai bagai tapi sebab mama yang paksa terpaksa diturutkan hati. Itu pun mama siap nak suruh lukis-lukis bagai. Eeeee. memang tak sanggup. Dia lebih rela tepek cutex warna pink dari nak lukis inai bagai macam tu dekat tangan. tapi mujurlah mak tak memaksa, kalau tak memang tak tahu nak jawab apa kalau budak-budak ni tanya. Ni pun nasib baik sis Joey ni pakai serkap jarang sendiri kata sedara dia yang kawin. Nasib baiklah. Dia sendiri pun tak terfikir nak nak bagi alasan macam tu. fuh, selamat.
Brrrrr!
Spontan Andriana memandang ke arah telefon bimbitnya. Laju dia mencapai. Siapa pulak ni?
“Helo...”
“Ana....”
Andriana menggigit bibir. sakit betul telinga dia bila mendengar nama tu.
“It’s Andy okey? tak faham bahasa ke?” Andriana merengus kasar namun sempat dia menjeling ke arah Joey yang terbongkang di atas katilnya itu.
“Kat mana ni?” Wafiy tidak mengendahkan kata-kata Andriana itu.
“Kenapa sibuk nak tahu?” Tanya Andriana meluat. Entah sejak zaman mana entah sibuk nak ambil tahu hal orang.
“Saja nak buat spot check...” Selamba Wafiy menjawab.
“What?!” Andriana bertanya kuat. Gila ke apa. dia ingat dia siapa nak spot check aku bagai?
“Andy...kau okey ke ni? Menjerit-jerit pulak...” Joey mengumam perlahan namun mata sahabatnya itu masih terpejam. Andriana mengigit bibir. nasib baik minah tu tak terjaga. Hati semakin sakit bila terdengar gelak ketawa di sebelah sana. Sakan kau ye gelakkan  aku.
“Kalutlah Ana ni. Saja abang nak telefon. Abang nak keluar beli makanan. Ana nak kirim?”
Andriana memejamkan mata. Ya Allah. Mamat ni tak faham bahasa ke? Asyik-asyik Ana..Ana..Ana. apa best sangat ke nama tu? or bekas awek dia nama Ana ke yang dok sibuk sebut siang malam? Eh, bukan bekas awek dia budak Lia tu ke?  Hmmm, sebut pasal Lia, sejak dia kawin dengan si mamat skema ni, terus tak nampak batang hidung. Bagus. Pipi pun masih terasa berpijau bahana kena tampar free je hari tu.
“Tak payah. Orang boleh cari makan sendiri. dahlah orang banyak kerja. Lain kali tak payahlah nak telefon bagai pura-pura ambil berat. Our parents tak ada pun kat sini dan awak jangan risau, saya takkan report pada mereka. So kita berlagak macam tak ada apa-apa ye. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. bye.” Andriana memutuskan talian tanpa sempat mendengar jawapan Wafiy. Tefeon bimbit dimatikan terus. Buatnya mamat sorang ni tak faham bahasa telefon lagi, buat serabut kepala je. tutup terus lagi bagus!
“Andy, kau marah pada siapa tu?” Joey memandang ke arahnya. Andriana tersentak. Ngaaa. Sejak bila Joey dah sedar dari tidur ni? Bukan tadi dia masih terbongkang atas katil ke?
“Errr....” Andriana hanya tersengih kelat. Mati aku. Joey masih memandang ke arahnya dengan raut pandangan tanda tanya.
“Errr...hehehe...tak ada siapa..” Andriana menjawab sambil tersengih. Wafiy! Awak ni memang menyusahkan hidup je.! huh!
 P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment