RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, July 9, 2013

Bab 8 : Andy Hilton VS Mr MPP


“Kau dah sihat betul ke ni?”
Andriana yang sedang menuang sos cili pada burger A&W nya itu mengangkat kepala. Botol sos ditutup semula sebelum diletakkan di atas meja. burger dibawa ke mulut. Ahhhh, heaven!
“Wei, aku tanya ni boleh pulak dia buat tak tahu je...” Joey mencebik.
“Bagilah aku makan dulu. lapar tahap kebulur dah ni, tahu....”
Joey mengeleng kepala.
“So?”
Andriana mengeluh perlahan. Burger diletakkan semula di atas meja. tangan mencapai pula cawan plastik berisi rut bear sebelum menyedutnya.
“Aku okeylah. Apa tak okey pulak...” Andriana kembali membawa burger ke mulut.
“Hmmm, dua hari aku balik kampung, macam-macam cerita aku dengar....” Joey menjeling ke atah Sherry yang masih tunduk membisu. Burger di  atas meja masih tak luak langsung sejak sejam yang lepas. Mimi yang sedang mengunyah kentang goreng, turut menjeling ke sebelah. Andriana memandang ke arah Sherry yang masih diam membisu itu. Burger diletak semula di atas meja tisu dicapai dan dilap ke mulut.
“Girls, I’m okey. sihat walafiat. See....” Andriana mempamerkan raut wajah cerianya namun Joey dan Mimi masih lagi merenung ke arah Sherry. Barangkali masing-masing masih marah pada Sherry disebabkan perbuatannya tempoh hari. Andriana mengeluh perlahan.
“Joey, Mimi...aku okey. jangan risau dan Sheryy...dia tak salah. Dia buat macam tu sebab dia ambil berat tentang aku. Aku tak salahkan dia. Sherry...look at me...”
Perlahan-lahan Sherry mengangkat kepala. Mata Sherry berkaca-kaca seperti menanti empangan yang hendak pecah.
“Andy, aku minta maaf, aku betul-betul menyesal. Aku tahu aku bertindak melulu. Setiap malam aku terkenang kalau apa-apa terjadi pada kau tempoh hari, memang sampai mati aku takkan mampu nak maafkan diri aku...”
Andriana memegang tangan Sherry yang diletakkan di atas meja.
“Sherry. Enough. Aku dah lama maafkan kau. In fact, kau tak salah pun. Aku faham dan menghargai apa yang kau buat tu. aku tahu kau bukan berniat jahat, please lah..jangan menangis lagi...”
Sherry mengetap bibir ketika tangan Andriana menggengam erat tangannya. Air mata mengalir laju membasahi pipi. Andriana mengeluh perlahan. Sehelai tisu dihulurkan ke arah Sherry.
“Thanks....”
“Joey...Mimi...?” Andriana memandang ke arah dua orang sahabatnya itu. Dia tahu sejak kejadian itu, Mimi dan Joey telah melancarkan perang saraf terhadap Sherry kerana mereka berdua tidak bersetuju dengan tindakan Sherry itu. Kesian Sherry. Dipulaukan oleh teman sebilik sendiri.
“Come on girls, takkan nak perang lagi? tak cool okey...”
Joey membuat muka manakala Mimi pula menjulingkan biji mata.
“Yelahhhh, tapi lain kali kalau aku tahu kau buat perangai pelik-pelik tu, aku sembelih kau hidup-hidup...” Joey memberi amaran namun Andriana tahu, Joey hanya bergurau.
“Koranggggg! Aku mintak maaf...sobsss...” Sherry memeluk tubuh Joey dan Mimi erat-erat smabil teresak-esak.
“Ishhh! Apa ni peluk-peluk tengah-tengah public ni? Buat malu je lah..” Joey cuba menjauhkan diri dari pelukan Sherry namun Sherry semakin menguatkan pelukannya. Andraian mengelengkan kepala. Namun senyum terukir juga di bibir. hai macam-macam.
Brrrrrrr...
Andriana menjeling sekilas ke arah telefon bimbit yang sengaja disenyapkan itu. Laju dia mencapai telefon apabila nama ‘Mama Sayang’ naik pada skrin.
“Helo mama....”
“Assalamualaikun Girl...”
Andriana senyum kelat. Adusss, terlupa lagi.
“Waalaikumsalam mama. Mama sihat?”
“Hmmm, lupa lagi lah tu...”
Andriana tersengih. Rasa macam nak tepuk dahi je.
“Sorry mama. I’m still learning.”
“Hmm, yelah tu. Girl kat mana tu?”
“Girl kat luar. Dengan room mates ni. Saja lepak. Streslah mama...”
“Kuat sangat belajar tu, Girl jangan lupa..kesihatan kena jaga juga. Kalau sakit sapa yang susah? mama dan papa dahlah jauh...”
Andriana mengigit bibir. tiba-tiba hati terasa sebak. walaupun dia selalu baut perangai dan sering mengecewakan mama dan papa, tapi mama dan papa masih sayangkan dia, masih mengambil berat akan dirinya. Dia bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa sebaik papa dan mamanya itu.
“Girl, hujung minggu ni Girl sibuk tak?”
Andriana mengesat air mata yang bergenang di kelopak matanya.
“Rasa macam tak ada apa-apa. kenapa ma? Ma dan pa nak datang ke?”
“Hmm, taklah. Ma ingat nak suruh Girl balik Kuantan, boleh?”
Andriana mengerutkan dahi. Agak hairan juga dengan permintaan mamanya itu. Rasanya baru je lagi dia balik ke Kuantan. Adakah mama risau yang dia akan terjebak dengan perkara-perkara tak elok sampai meminta dia balik ke Kuantan setiap hujung minggu?
“Ada apa ma?” tanya Andriana teragak-agak.
“Hmm, tak ada apa. ma rindu Girllah. Balik eh, nanti ma minta driver papa ambil...”
Andriana diam. Tak tahu nak jawab apa. entah kenapa hati rasa macam tak sedap.
“Okey...” Akhirnya Andriana menjawab.
“Hmm tak apalah. Kirim salam pada kawan-kawan Girl ya. Jaga diri, jangan kuat sangat belajar. Makan pun jangan lupa.. Girl ada solat tak?”
Andriana mengigit bibir lagi.
“Errr..ada..” perlahan je dia menjawab. dalam kepala sibuk menghitung berapa kali dia dah solat sejak tinggal di kolej kediaman itu. Hmmm, subuh selalu burn. Zohor pun kalau ada kelas pakai tak buat dah. Asar pulak kalau kelas habis awal, dia buatlah. Kalau sampai bilik dekat pukul enam, dia tak buat sebab penat. Maghrib selalunya dia buatlah sebab lepas mandi terus ambil wudhuk. Tu pun Mimi selalu ajak berjemaah. Kalau tak, burn jugak. Dan isyak pun selalu juga miss sebab terlupa bila dah sibuk belajar sampai ke pagi. Kiranya adalah jugak dia buat. Kira tak menipu mama lah kan? Huhu.
“Hmm, baguslah tu. mana yang burn tu jangan lupa ganti balik...”
Dushh! Tepat terus kena dahi. Mama macam tahu-tahu je dia selalu culas dalam bab solat ni.
“Err..ye mama...”
“Okeylah. Mama nak letak telefon dulu. nanti mama telefon lagi. jaga diri...assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam...” Andriana mematikan talian.
“Mama kau?” Joey bertanya.
Andriana mengangguk perlahan. Burger di atas meja yang dah sejuk, dicapai dan di bawa ke mulut. Dalam kepala ligat berfikir. Kenapa mama beriya suruh dia balik hujung minggu ni? Betul ke mama rindu kan dia? ah Andy, cuba jangan bersangka buruk dengan mama sendiri. betullah mama rindukan kau. Kau tak rindu mama ke? Rindu...hatinya menjawab sendiri. dah tu? kenapa nak bersoal jawab banyak sangat dengan diri sendiri? entah...

                                                                        ***

“WHAT!!!”
“Girl, dengar dulu mama nak cakap...”
“No...Girl tak nak dengar lagi. enough is enough...”
Puan Sharifah Halina saling bertukar pandang dengan suaminya sebelum kembali memandang ke arah anak gadisnya yang dah masam mencuka itu.
“Mama tipu Girl....”
“Mama tipu apa sayang?”
“Mama kata...mama rindukan Girl, tu sebab mama suruh Girl balik..tapi rupa-rupanya...” Andriana terdiam. sebak rasa hati apabila mama sanggup menipu begitu. Sebetulnya mama bukan rindukan dia..tapi! arghhhh! This is nightmare! I hate my life!
“Girl, tak baik cakap macam tu. mama memang rindukan Girl. Begitu juga papa.. kami semua rindukan Girl...” giliran Papa pula memujuk namun Andriana hanya meregus kasar.
“What ever. Apa yang penting, Girl takkan terima cadangan mama tu. never!”
Puan Sharifah Halina mula terasa gelisah. Nampaknya rancangannya hampir menemui jalan buntu.
“Girl patut dengar dulu penjelasan mama ni...” Puan Sharifah Halina cuba memujuk. Tubuh Andriana dipeluk namun Andriana menepis kasar. Dia cuba menjauhkan diri dari mamanya. Sakit hatinya apabila diperlakukan sebegitu oleh mama dan papanya. Dia balik jauh-jauh macam ni semata-mata sebab....arghhhh!
“Nope. Girl tak nak dengar dan Girl takkan terima. Apa nak jadi-jadilah...” Andriana menjawab tegas. Tak sangka yang mama akan menguataran cadangan sebegitu. Memang tak masuk akal langsung.
“Tapi Girl, mereka ikhlas...”
“Mama! Stop it! Kenapa mama beriya-iya sangat nak ikut cakap mereka? Siapa Girl pada mama sampai sanggup mama nak buat macam ni? Ni berkaitan dengan masa depan Girl mama. Mama nak tengok masa depan Girl hancur ke? Mama nak Girl menderita seumur hidup?!” Andriana bertanya kuat. Dadanya turut naik menandakan dia sedang marah.
Hati Puan Sharifah Halina mula sebak. seumur hidup, tidak pernah anak yang dikandung sembilan bulan sembilan hari itu meninggikan suara sebegitu terhadapnya. Di mana salah dan silapnya? Adakah salah dia kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu? Air mata mengalir membasahi pipi.
Andriana mengigit bibir. agak bersalah pula apabila melihat ada cecair jernih mengalir di pipi mamanya. Dia menarik nafas panjang. Kepala dah mula nak datang pening. Walau macam mana sayangnya dia terhadap mama dan papa, dia tetap tak boleh nak terima cadanagan mamanya itu. Tidak sekali-kali.
“Ma, maafkan Girl kalau kata-kata Girl tadi menyakitkan hati mama. Tapi Girl minta maaf ma, Girl tak boleh terima. I’m sorry. Girl nak naik atas dulu...” Andriana melangkah lemah menuju ke tingkat atas. Kepala terasa semakin sakit. Kenapa hidup aku sangat rumit dan menyakitkan? Apa salah aku?

                                                                        ***

Andriana meraup muka dengan tapak tangan. tubuh yang terasa sejuk dipeluk erat. Sesekali mata memandang sekeliling. Walaupun masih awal pagi, namun kawasan lapangan terbang itu sudah mula sibuk. Jam di tangan dijeling sekilas. Masih ada masa lebih kurang sejam lagi waktu penerbangan ke London. Waktu dirasakan bergerak agak lambat. Hai, cepatlah masa berlalu. Tak sabar rasanya nak meninggalkan bumi Malaysia. Dia dah fikir masak-masak sepanjang malam tadi. Kalau mama dah tak nak jaga dia, dah tak sanggup nak jaga dia yang sering menimbulkan masalah ini, tak apa. dia boleh pergi. Walaupun dia tahu dia bakal mengecewakan mama dan papa lagi, tapi dia tahu itu yang terbaik. Dia tak nak mempertaruhkan masa depannya. Jadi hanya ada satu jalan. Lari balik ke London dan takkan pulang ke sini lagi. apa nak jadi, jadilah.
Brrrrrrr!
Andriana hanya memandang skrin telefon tersebut. teragak-agak dia mahu menjawab panggilan tersebut. mama, maafkan Girl. Girl buat semua ni sebab Girl tahu, Girl takkan mampu nak ikut cakap mama. Maafkan Girl. Girl janji, inilah kali terakhir Girl sakitkan hati mama. Lepas ni Girl takkan muncul depan mama lagi. maafkan Girl sekali lagi ma. Andriana menarik nafas panjang sebelum memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket sweaternya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak tahu nak buat apa sementara menunggu waktu penerbangannya tiba. Cepatlah!
Brrrrr!
Sekali lagi telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Kening berkerut hairan. Siapa pula yang telefonnya pagi-pagi buta ni? Teragak-agak dia menekan butang hijau sebelum telefon di bawak ke telinga.
“Helo?”
“Andriana...”
Bulat mata Andriana apabila mendengar suara si pemanggil, cepat sahaja dia mahu menamatkan talian namun terhenti seketika.
“Jangan letak telefon!”
“Awak nak apa? kalau awak nak pujuk saya pasal...”
“Mama awak, mama awak dekat hospital sekarang! Heart attact!”
Andriana terasa dunia terasa gelap kelam. Tubuh terasa menggigil secara tiba-tiba.
“Helo? Awak dengar tak ni?”
“Mama.....” Telefon terlepas. Air mata mengalir laju. Mama!
                                                                                   *** 

“Mama! Maafkan Girl mama!” Andriana meraung bagai nak gila. tidak dihiraukan kehadiran entah siapa-siapa di situ. Yang dia tahu, dia mahu mama sedar kembali.
“Mama! Bangunlah! Girl minta maaf..Girl janji Girl takkan sakitkan hati mama lagi. Girl akan ikut cakap mama!” Andriana mencium tangan mamanya berkali-kali dengan harapan mamanya akan sedar.
“Girl, sudahlah tu. jangan menangis lagi. tak baik..”
“Papa, Girl nak mama. Girl banyak dosa dengan mama. Girl nak mama ampunkan Girl..” Andriana memeluk erat tubuh papanya itu sambil menangis tersedu-sedan. rasa bersalah dan menyesal silih berganti menyerang dalam dirinya. Semua ini salah dia. kalau dia tak nekad nak lari dari rumah, pasti mama tak jadi macam ni.
“Sudahlah Girl. Tak guna Girl nak menangis lagi...”
Andriana memandang wajah papa yang turut sama dirundung kesedihana. Air mata kembali laju menuruni pipinya. Andriana menyembamkan muka ke dada papanya. Dia menangis semahu-mahunya. Rasa kesal yang tak berkesudahan semakin menyerang dirinya. Dia takkan maafkan dirinya sampai bila-bila. Kalaulah dia dengar je cakap mamanya hari tu, pasti semua ni tak berlaku.
“Raz, Andriana, banyak-banyak bersabar ye. Kita doakan apa yang terbaik...” Syed Yahya yang entah bila berada di situ bersuara sambil memegang bahu papa. Andriana tidak ambil pusing. Dia hanya mahu menangis, menangis dan menangis je sepanjang hayatnya tanda dia menyesal atas apa yang dah berlaku.
“G....Girl...”
Spontan Andriana mengangkat kepala. Dia menoleh ke arah katil. Tangan mama seolah-olah bergerak. Andriana segera meluru ke arah mama. Tangan mama dipegang erat dan dicium bertalu-talu.
“Mama, Girl minta maaf. Girl janji Girl akan ikut cakap mama. Mama bangunlah. Girl tak nak kehilangan mama. Girl sayang mama...” Andriana menangis bersungguh-sungguh.
“Girl....ja...jangan..per...pergi...”
Andriana mengeleng laju.
“Girl janji Girl takkan tinggalkan mama lagi. Girl akan ikut cakap mama...”
“Girl...Am...”
Andraian memejamkan mata. dada terasa sesak. Hati terasa pedih. Tangan mama digenggam erat. Air mata mengalir lagi.
“Girl akan ikut cakap mama. Girl....akan....Girl akan kawin dengan...Am...” Andriana memejamkan mata. hati terasa sakit bagai ditusuk belati ketika mengucapkan ayat tersebut. walaupun hati rasa terseksa sungguh, namun dia tahu yang dia tidak ada pilihan lain lagi. semuanya demi mama. Ya, hanya mama yang dia ada.
P/S: TO BE CONTINUED 
p/s/s: feeling sad + frust. moga ada hikmah disebaliknya. hanya Dia maha mengetahui dan aku redha..

4 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Huhuhu sadisnyer episd ni cahaya..... harap hero n heroin pas kawin cerita nya lebih mnarik, cahaya selamat mnyambut ramahdan

Cahaya said...

eita>>heeee..lepas kawin, kita tgk apa yang berubah pada diorang tu..selamat menyambut ramadhan untuk akak jugak :)

Anonymous said...

Alahai....shweeetnya geng dorg..mcm ni baru betul kwn..kene ada group hug ni :))
Aduyaiii..heart attack terus mak dia..dh la dosa berbakul2..huhuhu..
Bagus utk dijadikan pengajaran buat muda-mudi skang..

Cahaya said...

anon>>hehehehe :)

Post a Comment