RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, May 3, 2014

Bab 6 : Andy Hilton VS Mr. MPP




“So, what do you think?” Zikray duduk di sebelahnya. Andriana yang tadinya leka memerhatikan gelagat pengunjung kelab malam tersebut menoleh. sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Zikray.
“It’s really amazing. Saya tak tahu pun di Malaysia boleh tahan juga nigh clubnya. Macam dekat London juga...”
“Ohh really? So kira awak ni pun dulu kaki clubbing jugak lah ye?”
Andriana ketawa kecil namun tidak menjawab. dia kembali memandang ke arah pengunjung yang sedang menari sakan di lantai tarian. Sesekali tubuh Andriana turut sama bergerak mengikut lagu The Pussycat Dolls - Bottle Pop yang diputarkan oleh DJ.
“Here....”
Andriana menoleh. matanya hanya memandang gelas berbuih yang dihulurkan oleh Zikray ke arahnya. Air liur ditelan perlahan.
“Jangan cakap...awak tak minum benda ni?”
Andriana menggigit bibir. mata masih lagi merenung gelas separuh penuh yang masih terhulur ke arahnya itu. Seliar-liar dia semasa di London dulu, tak tergamak juga nak teguk air kencing syaitan itu. Walaupun dia dikelilingi rakan-rakan yang kaki togok, tapi dia sentiasa sedar diri. benda haram yang masuk ke dalam tubuh pasti akan menjadi darah daging sampai ke mati. Setakat ini dia tak tergamak nak cemarkan keturunan dia dengan benda haram ni.
“Hmmm, tak sangka ada juga yang kaki clubbing tapi tak minum...” Zikray berkata sambil tersenyum. Andriana tidak pasti sama ada Zikray cuba menyindirnya atau tidak. Dia segera mengalihkan pandangan ke arah lantai tarian. Memang. Bukan mudah untuk dia menahan keinginan yang satu tu. tapi dia masih tahu batas. Walaupun dia agak liar dari segi pergaulan, namun dia tahu batas. Walaupun semasa di London dulu dia selalu berpeluk sakan dengan Ryan, namun Ryan tak pernah bertindak lebih dari itu. Dia tahu Ryan masih menjaga batas disebabkan agama yang dianuti oleh Andriana walaupun Andriana sendiri tahu yang dia juga terlalu banyak berbuat dosa. Tapi disebabkan dia hidup dikelilingi oleh budaya sebegitu, lama-lama perkara itu sudah menjadi seperti perlara biasa. Lagi pun, siapa nak tegur kalau dia berbuat dosa secara terang-terangan di sana? Uncle dan aunty pun jarang ada dirumah untuk pantau setiap gerak gerinya. Sebab itu dia rasa seperti culture shock bila balik ke Malaysia. Memang susah nak adapt dengan persekitaran yang berbeza macam langit dengan bumi ni. Namun seliar-liar dia, dia masih tak lupa pesan mama dan papa. Hanya itu sahaja yang membuatkan dia tidak menyentuh benda-bneda haram tu.
“Kalau tak nak minum yang tu, saya rasa awak boleh terima yang ni kan?”
Andriana menoleh lagi. kali ini Zikray menghulurkan jus oren ke arahnya. Adakah Zikray cuba menyindirnya lagi? namun gelas tersebut bertukar tangan juga. Perlahan-lahan jus tersebut disedut memasuki tekaknya yang memang dah terasa kering macam berada di gurun sahara itu.
“Eh, that’s my favorite song..” Andriana berkata sebelum meletakkan gelas yang tinggal separuh itu di atas meja. tubuh digoyangkan mnegikut rentak lagu The Pussycat Dolls - Hot Stuff. Masih dia ingat lagi kalau dulu, dia, Susan dan Lily selalu jadi tumpuan bila menarikan lagu ini di kelab malam di London dulu.
“Nak menari?”
“Hah? Apa dia?” Andriana meninggikan suaranya apabila suasana semakin bingit dengan jeritan suara pengunjung yang galak menari.
“Nak menari?” Zikray berdiri sambil menghulurkan tangan. Andriana memandang tangan yang dihulurkan itu sebelum turut sama berdiri. Zikray menarik tangan Andriana menuju ke lantai tarian. Mereka bersesak-sesak dan mula menari mnegikut alunan muzik yang rancak itu. Andriana menari sepuas-puas hatinya. Sudah lama dia tak rasa bebas seperti ini. Zikray pun boleh tahan juga ketika menunjukkan skill menarinya. Sesekali tubuh Andriana ditarik merapati tubuh lelaki itu namun Andriana tidak kisah. Jiwanya benar-benar bebas sekarang. Kepala dan terasa ringan dan khayal. Lampu-lampu yang berkelipan di atas kepala kelihatan seperti berpusing-pusing. Spontan Andriana memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa berat. Tubuh terasa ingin melayang.
“Ray...” Tubuh Andriana terasa melayang-layang.
“Kenapa ni Andy? Are you okey?” Suara Zikray dah terasa tenggelam timbul dalam kebisingan tersebut. mata dah rasa berpinar ketika lampu yang berkelip di atas kepala berputar-putar membuatkan dia terasa seperti ingin pengsan.
“Ray, can you take me home now...” Andriana memegang kepalanya yang terasa seperti ingin pecah. Pandangan semakin kabur namun dia sempat melihat riak wajah licik Zikray yang cuba memeluknya. Lehernya terasa geli-geliman ketika dikucup rakus oleh Zikray yang nampak gayanya seperti orang lupa diri. bau arak yang kuat dan memualkan terasa menyengat hidungnya ketika bibir Zikray cuba mengucup bibirnya namun Andriana sempat menepis. Tubuh Zikray ditolak sekuat-kuat hatinya. Zikray yang separuh mabuk itu hampir terjatuh ke lantai.  Andriana cuba mengagahkan diri keluar dari tempat itu. Dengan sisa tenaga yang masih ada di samping kepala yang rasa seperti mahu meletup itu, Andraian berjalan terhuyung hayang mencari jalan keluar dari kelab tersebut. betul kata Wafiy, Zikray memang berniat jahat terhadapnya. Dia harus keluar dari situ secepat mungkin sebelum Zikray menyedari kehilangannya. Dia tak nak maruahnya tergadai untuk lelaki tak guna seperti Zikray itu.
“You nak pergi mana hah? I belum pun rasa seronok lagi...” Zikray menyambar tubuh Andraian ketika dia cuba melangkah keluar dari kelab tersebut.
“Let me go!” Andriana meronta cuba melepaskan diri. mujurlah Zikray pun separuh sedar. Kalau tak, dengan mudah sahaja Zikray mampu ‘menawannya’.
“I janji you akan seronok dengan I...” Zikray menangkap tubuh Andriana lagi. kepala andriana semakin berdenyut-denyut. Entah benda apalah yang jantan tak guna ni dah bubuh dalam minuman dia.
“Lepaslah! Tolongggg!” Andraian cuba menjerit meminta tolong namun keadaan ketika itu telah lewat benar. Jika ada orang pun, mereka lebih suka untuk tidak mahu masuk campur. Andriana menangis ketakutan. Dia tahu yang tiada sesiapa yang akan membantunya lagi. serta merta dia teringatkan kejadian ‘itu’. Tak mungkin. tak mungkin dia akan mengalami kejadian ngeri itu lagi. please. Tolonglah...tolonglah..sesiapa sahaja..tolonglah..Ya Allah...bantulah Hamba-Mu ini...
DEBUK!
Andriana dapat rasakan yang tubuhnya melayang sebelum jatuh tertiarap di atas jalan. Terasa senak dadanya. Kepala pula rasa seperti mahu terbelah dua. mata terasa berat. Pandangannya mula kabur namun sebelum matanya tertutup rapat, sempat dia melihat kelibat seseorang sedang membelasah Zikray yang separuh mabuk itu. Dalam diam dia bersyukur. Ya Allah....terima kasih kerana menghantar ‘dia’ untuk menyelamatkan aku yang hina ini. Seketika kemudian, pandangannya menjadi gelap kelam.

                                                                                ***

“Andriana....”
Andriana cuba membuka mata namun kepala terasa seperti digelek dengan lori kayu balak. Spontan tangan memegang kepala yang terasa berat. Sedaya upaya mata cuba dibuka namun cahaya yang entah datangnya dari mana itu membuatkan matanya pedih.
“Andriana....”
Andraian cuba membuka mata lagi. suara asing itu semakin dekat dengan dirinya.
“Andriana dah sedar. Abang, Am..Andriana dah sedar....” Telinga menangkap suara itu lagi. perasaannya membuak-buak ingin tahu milik siapakah suara tersebut dan di mana dia berada sekarang. Seingatnya, kali terakhir dia berada ialah di hadapan kelab malam bersama Zikray. Serta merta Andriana menjadi cemas. Adakah dia bersama Zikray sekarang? Adakah Zikray telah berjaya merampas apa yang dia cukup jaga selama ini? Spontan air mata mengalir di pipi. Wajah mama dan papa terbayang jelas dalam kepalanya.
“Andriana, bangun nak....”
Andriana membuka mata. panadangannya kabur dek kerana air mata yang mengalir tanpa dapat di tahan-tahan lagi.
“Andriana, kenapa menangis ni? Andriana dah selamat sekarang....”
Andriana mengelap air mata yang masih mengalir di pipinya dengan belakang tangan. pandangannya semakin jelas sekarang. Dia memandang wajah perempuan separuh umur yang duduk dihadapannya sambil tersenyum. Ini bukan mama. Pandangan Andriana beralih pula kepada lelaki yang lebih kurang sebaya papanya dan akhir sekali pandangannya jatuh pada.....dia!
“Andriana ada nak apa-apa tak? Nak minum? Nak makan tak? Nanti aunty Naziha buatkan...”
Andriana mengeleng perlahan. Kepala kembali pening ketika dia berbuat begitu. Fikirannya masih bercelaru dan keliru. Di mana dia sekarang? Siapa wanita dan lelaki ini? Dan...kenapa dia turut berada di sini?
“Saya...saya dekat mana sekarang?”
Wanita yang membahasakan diri sebagai aunty Naziha itu hanya tersenyum.
“Andriana di rumah aunty sekarang. Andriana ingat tak, dulu antry, uncle dan Am pernah datang melawat papa dan mama Andriana di Kuantan dulu?”
Andriana cuba mengingati apa yang dikatakan oleh aunty Naziha.
“Ap...apa yang berlaku? Macam...macam mana saya boleh berada di sini? Bukan ke semalam saya...” Andriana tidak mampu nak meneruskan kata-katanya lagi.  spontan air mata kembali mengalir membasahi pipi.
“Hmmmm, panjang ceritanya. Tapi sekarang aunty nak Andriana berehat dulu ya. Aunty dah telefon mama dan papa Andriana dan mereka dalam perjalanan ke sini....”
Air mata Andriana semakin laju membasahi pipi. Dia pasti mama dan papa akan kecewa lagi. mimipi ngeri itu seakan berulang kembali.
“Andriana berehatlah dulu. aunty nak ke dapur dulu....”
“Thanks aunty...” Andriana bersuara perlahan. Dia hanya memandang lemah kelibat aunty Naziha dan suaminya itu keluar dari bilik tersebut. hanya dia masih kekal berdiri tidak jauh darinya itu. Andriana mengigit bibir. tidak tahu apa yang patut diucapkan ketika itu. Suasana terasa luar biasa janggal.
“Awak....”
Langkah kaki Wafiy terhenti serta merta namun dia tidak berpusing.
Andriana menelan air liur yang terasa pahit. Bibir bergetar dan muka terasa hangat entah sebab apa.
“Thanks, kalau awak tak ada..pasti saya...” Kata-kata Andriana terhenti terus apabila melihat Wafiy melangkah keluar dari bilik itu tanda menunggu sehingga dia habis bercakap. Andriana mengigit bibir bawah. hati terasa sedih dengan tiba-tiba. Spontan air mata kembali laju membasahi pipinya.

                                                                                   ***

“APA NAK JADI DENGAN GIRL NI HAH?!!”
Andriana hanya mampu tersedu sedan di atas katil. Air mata yang tak henti-henti turun dari pipi diseka berkali-kali. Tak sanggup nak pandang wajah mama yang jelas sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Wajah papa jangan cakaplah. Sedih dan menyedihkan. Buat kesekian kalinya dia sekali lagi telah mengecewakan mama dan papanya.
“Mama tak sangka Girl masih tak berubah lagi. mana janji-janji Girl yang dulu?!” Mama bertanya berang. Barangkali tahap kesabaran mama sudah hampir tiada. Masakan tidak, baru beberapa bulan dia mengalami kejadian ‘itu’, kejadian yang hampir membuatkan mama diserang sakit jantung dan papa hampir pitam kini berulang kembali.
“Mama ingat, Girl dah berubah. Mama percaya akan kata-kata Girl yang berjanji takkan ulang lagi perangai lama tu! tapi apa dah jadi sekarang? Kenapa Girl degil tak nak dengar cakap mama? Girl nak tengok mama mati ke?”
“Mama....amapunkan Girl mama. Girl janji Girl tak buat lagi...” Andriana segera memeluk kaki mamanya meminta ampun. Air mata semakin laju membasahi pipi tidak diendahkan. Kehadiran uncle Yahaya, aunty Naziha dan juga Wafiy di dalam bilik itu tidak diendahkan. Hilang terus rasa malu pada mereka.
Mama hanya memandang Andriana yang memeluk erat kakinya itu. Terdetik rasa kasihan melihat anak tunggalnya itu menangis tersedu sedan namun hatinya agak terusik dengan perangai Andriana yang seperti tidak mahu berubah itu. Baru beberapa bulan dia dikejutkan dengan berita Andriana hampir menjadi mangsa rogol yang membuatkan dia mengambil keputusan drastik membawa Andriana pulang ke Malaysia. Baginya Andriana lebih selamat berada di sampingnya jika anak gadisnya itu kembali tinggal bersamanya, namun tanggapannya salah. Andriana tetap tidak mahu berubah. Mungkin semua ini salahnya. Salahnya kerana membiarkan Andriana membesar tanpa kehadirannya. Mungkin dia gagal sebagai seorang ibu kerana meletakkan tanggung jawab menjaga Andriana kepada adik lelakinya yang berada di London. Niatnya hanya mahukan pendididkan terbaik buat Andriana. Namun dia sedar sekarang, pendidikan terbaik bukanlah penentu kejayaan seseorang. Selama ini dia mengabaikan aspek pendidikan rohani yang sepatutnya diberikan kepada Andriana sejak awal-awal lagi. kasihan Andriana. Menjadi mangsa akan kecuainnya dalam mendidik.
“Mama..Girl minta maaf mama. Girl janji tak buat lagi...maafkan Girl mama...” Andriana semakin kuat memeluk kakinya. Air mata turut mengalir dipipinya. Dia merendahkan tubuh, menarik tangan Andriana supaya bangun. andriana yang tersedu sedang itu hanya menurut. Tubuh anak tunggalnya itu dipeluk erat-erat.
“Maafkan mama sayang. maafkan mama kerana selama ini mengabaikan Girl. Maafkan mama...” Puan Sharifah Halina berbisik lembut sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya itu.
Andriana memejamkan mata ketika mendengar bisikan mamanya itu. Hati semakin sedih ketika kata-kata itu melucur masuk ke dalam gengendang telingannya.
“Kita balik Kuantan ya. Nanti bila Girl dah sihat, baru balik sini semula...”
Andriana hanya mampu mengangguk apabila mendengar kata-kata mamanya itu.
“Am, boleh tolong aunty? Tolong cakap pada lecturer Andriana yang Andriana akan bercuti selama seminggu....”
“Boleh aunty, tak ada masalah...”
Andriana mengangkat kepala. Buat pertama kalinya sepanjang dua hari dia berada di rumah keluarga Wafiy itu, ini kali pertama dia mendengar suara Wafiy.
“Thanks Am...dan...thanks for saving her...kalau tak ada Am...tak tahulah apa yang akan jadi...”
Andriana menggigit bibir. perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang ke arah Wafiy.
“Tak apa aunty, kebetulan saya berada di situ...” Wafiy menjawab tenang. Namun Andriana ragu-ragu akan jawapan Wafiy itu. Kebetulan apa kalau berada di situ pada pukul tiga pagi?
Bibir Andriana bergetar ketika pandangan mata mereka bertembung buat kali pertama sejak dia berada di situ. Andriana cuba mengerakkan bibir untuk mnegatakan sesuatu kepada Wafiy namun tiada sepatah kata pun yang keluar. Hanya renungan mata berkacanya sahaja yang mampu menyampaikan mesej betapa dia sangat berterima kasih dan menghargai segala apa yang telah lelaki itu buat untuknya.
“Saya terhutang nyawa pada awak, Wafiy...” kata-kata itu hanya terluah di dalam benaknya tanpa mampu dizahirkan secara lisan ketika mama memeluk bahunya ketika mereka melangkah keluar dari bilik itu.
                                                                                  ***

Andriana mengurut kepala yang mula terasa berdenyut. Sebelah tangan menarik earphone yang tersumbat di telinga. Sesekali dia memejam celikkan mata apabila merasakan pandangannya mula kabur. Ini bahana berjaga malam sampai tak ingat dunia untuk cover balik kuliah yang tertinggal selama seminggu punya pasal. Bulan depan ada test. Kalau tak studi sekarang, bila lagi nak buat? Tangan turut mengurut leher yang terasa lenguh.
“Andy? Tak habis lagi ke?”
Spontan Andriana menoleh ke belakang. Mimi yang entah muncul dari mana itu menegur. Barangkali mungkin baru pulang dari kelas.
“Hmmm, ada sikit lagi ni...”
“Kot ye pun, bawa-bawalah berehat. Aku tengok sejak dua menjak ni bukan main lagi kau pulun stadi macam esok nak exam...”
Andriana hanya tersenyum tawar. Pandangan kembali di hala ke arah halaman buku yang terbuka di atas meja belajarnya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam lagi. pandangan di hala pula ke luar tingkap bilik yang terletak di sebelahnya itu. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut namun itu masih tidak mampu menenangkan hatinya. Entah kenapa dia rasa gelisah semacam. Sudah hampir dua minggu ‘kejadian itu’ berlaku namun tidak sekali pun dia membuka cerita pada tiga orang teman sebiliknya itu. Tak sanggup pula nak buka cerita yang mengaibkan dirinya itu. Biarlah. Lagi pun sejak kejadian itu, dia tak nampak lagi kelibat Zikray di mana-mana. Entah apa jadi dengan jantan tak guna tu pun tak tahu. Barangkali dah koma kena belasah dengan Wafiy agaknya. Kalau Wafiy belasah sampai mati pun kira bagus jugak. Bonus untuk dia. huhuhu. Andriana mengelengkan kepala. Cepat-cepat dia tersedar. Mendoakan benda-benda buruk bukannya boleh selesaikan masalah pun. Buat tambah dosa lagi ada. dahlah dosa dia dah sampai langit ke tujuh, lagi mahu tambah ke? Andriana menarik nafas dalam –dalam.
Sejak kejadian dua minggu lepas itu juga, dia tak nampak kelibat Wafiy di mana-mana. Tak pernah walau sekali pun dia terserempak dengan Wafiy. Kalau budak Lia tu adalah jugak kadang-kadang bertemu muka dari jauh. Tapi masing-masing macam nak mengelakkan diri. mungkin malas nak cari gaduh kan. Bagus jugak tu. dia pun dah malas nak tambah senarai ‘orang yang tidak disukai’ dalam hidupnya. Tapi, Wafiy pergi mana ye? Dia tak berkesempatan langsung nak mengucapkan terima kasih dengan cara yang betul. Hari tu bila nak cakap, Wafiy pakai blah macam tu je. mungkin lelaki itu marah padanya sebab tak nak dengar cakap dia. kalau dari awal lagi dia dengar cakap Wafiy, pasti dia tak jadi macam ni dan Wafiy pun tak payah nak selamatkan dia.
Andriana mengigit bibir bawah. dalam kepala ligat berfikir. Macam mana Wafiy boleh muncul tepat pada masanya? Rasa macam tak lojik langsung kalau Wafiy kata dia kebetulan lalu di situ. Apa Wafiy buat di situ pukul tiga pagi? Kawasan tu semua kawasan kelab malam. Takkan Wafiy pun kaki clubbing jugak? Andriana mengelengkan kepala. Tak mungkin. Wafiy bukan stok budak-budak macam tu. wafiy tu kalau nak diguna pakai dengan ayat budak-budak sekarang, Wafiy tu kira macam stok ‘budak suraulah’. Budak baik. Budak yang style dengar cakap mak ayah. Budak yang style lepak duduk rumah je. tapi, apa yang menyebabkan Wafiy muncul malam tu? takkanlah dia..
“Andy!”
Andriana terkejut. Lantas dia menoleh.
“Apa?”
Mimi mengelengkan kepala.
“Kau ni kenapa? Aku punyalah beriya bercakap dengan kau, boleh pulak dia buat tak tahu je. siap termenung lagi. lepas tu buat gaya pelik-pelik...”
Kening Andriana terangkat sebelah.
“Gaya pelik? Gaya apa?”
“Yelah, mula-mula termenung, lepas tu kening tu berkerut-kerut macam fikir masalah negara. Lepas tu tiba-tiba mengeleng sorang-sorang. Tak ke pelik namanya tu?”
Andriana terdiam. nafas berat dilepaskan lagi.
“Kau okey ke ni?” Mimi bangun dari katil lalu berjalan menuju ke arah Andriana. Kerusi belajar yang digunakan oleh Joey sebelum ini, ditarik perlahan sebelum dia melabuhkan punggung. Wajah muram Andriana dipandang dalam. sejak dua menjak ni dia rasa Andriana ni lain sangat. Selalu tu ceria je. muka pun kalau tak bertepek make up 24 jam tak sah. Paling –paling pon dia akan pakai compact powder even masa nak tidur pun. Tapi sekarang, pergi kelas pun pakai aci t-shirt lengan pendek dengan jeans je. rambut blonde sampai pinggang tu pun dah macam hilang serinya. Asyik bersanggul tinggi macam orang tengah pantang bersalin je.
“Aku okey je. Cuma....penat. banyak benda nak kena studi. Bulan depan dah nak masuk minggu test. Kalau tak buat sekarang, takut tak sempat. Aku kan cuti seminggu hari tu, jadi kenalah studi bagi cover balik semua yang aku tertinggal dulu...” Andriana menjawab sambil mengadap semula halaman buku rujukan yang digunakan untuk membuat tugasan yang terbuka di hadapannya itu. Mimi masih memandang ke arah Andriana. Dia tahu ada benda lain yang menganggu fikiran teman sebiliknya itu.
“Kau ada masalah ke? Kalau nak cerita, aku boleh dengar...”
Andriana menoleh sekilas ke arah Mimi disebelah. Senyum segaris tanpa perisa diberikan.
“Tak ada apa-apalah. Aku okey je. Cuma stres sikit...” Andriana menjawab. tangan kemudian mencapai beg make up yang terletak di hujung meja belajarnya itu. Mimi hanya memerhatikan gelagat Andriana yang sibuk mencari entah apa. nampak macam bersungguh-sungguh betul.
“Andy? Kenapa ni?” Tanya Mimi agak kaget apabila melihat Andriana seolah-olah cemas dengan tiba-tiba.
“Kau...ada nampak tak botol warna putih dalam beg make up aku ni?” Andriana bertanya kelang kabut. Habis segala isi beg make up dikeluarkan di ata meja. lipsik, eye-liner, blusher, bb cream, foundation, perfume, sun block, night cream, day cream, serum, toner...semua ada. semua ada kecuali...
“Kau ada nampak tak?”
Mimi mengeleng laju.
“Assalamualaikum....”
Spontan Mimi dan Andriana menoleh.
“Apa hal ribut-ribut ni?” Sherry bertanya apabila melihat barang-barang make up Andraian penuh di atas meja. andriana tidak menjawab. dia kembali sibuk mencari botol putihnya yang hilang itu. Ya Allah, janganlah hilang. Tak hidup aku dibuatnya nanti.
“Apa hal ni?” Sherry berjalan mendekati dua orang teman sebiliknya itu. Buku rujukan yang dipegang di tangan, di letakkan di atas katil Andriana.
“Kau ada nampak tak botol putih dalam beg make up aku? Dah hilang...” Andriana bertanya namun dalam masa yang sama, tangan sibuk menyelongkar barang-barang di atas meja. habis semua buku-buku rujukan yang bersusun tinggi itu dipunggah ke tepi.
“Botol apa?” Tanya Sherry saling berpandangan dengan Mimi. Mimi mengecilkan mata memandang ke arah Sherry. Sherry mengangakat kening seolah-olah bertanya ‘kenapa kau pandang aku macam aku ada buat salah pulak?’.
“Botol ubat aku. Selalu aku letak dalam beg make up. Rasanya malam tadi ada lagi sebab dia baru ambil ubat tu malam tadi...” Andriana mengumam perlahan sambil menyelongkar isi beg tangannya pulak. Tak ada. dia kemudian meluru ke arah almari sebelum di tarik lacinya. Tangan laju mengeluarkan barang-barang yang ada di dalam laci itu. Sah tah ada! takkan salah letak atau tercicir kat mana-mana kot? Ya Allah! Tolonglah jangan hilang...
“Penting sangat ke ubat tu? kau sakit apa sampai kena bergantung dengan ubat tu?” Sherry bertanya ingin tahu. Mimi mengerutkan dahi seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan Sherry itu. Andriana tidak menjawab namun tangan masih sibuk menyelongkar setiap isi ruang almarinya itu. Habis berterabur lantai dengan segala barang. Dari pakaian, kasut, alat-alat mandian dan juga koleksi beg tangannya. Semuanya dia keluarkan dari dalam almari. Akhirnya, Ariana duduk tersandar di pintu almari apabila telah puas dia menyelongkar segala isi almari itu. Kepala mula pening dan berat. Spontan tangan memicit pelipis dengan hujung jari. Mimi dan Sherry saling berpandangan. Masing-masing tayang muka risau.
“Andy? Kau sakit apa sebenarnya ni?” Tanya Mimi sambil berjalan mendekati Andry yang memeluk lutut. Kepala diletakkan di atas lutut. Sakitnya kepala Ya Allah!
Andriana tidak menjawab. dia cuba menenangkan diri. kepala yang sakit cuba ditahan. Mimi yang duduk di sebelah Andriana pula cemas apabila meleihat wajah Andriana yang pucat lesi itu. Dia menoleh ke arah Sherry yang masih berdiri tercegat tidak jauh dari mereka itu.
“Sherry, pulangkan balik apa yang kau dah ambik.”
“Apa pulak aku?” Sherry menjawab cuba menafikan. Namun wajahnya dah terasa merah padam. Mimi merenung tajam ke arahnya.
“Aku tahu kau yang ambik, pulangkan balik. Kau tak nampak ke Andy ni dah pucat?”
Sherry mengigit bibir. dengan satu tarikan nafas panjang, dia melangkah menuju ke arah almarinya. Laci ditarik sebelum botol putih milik Andriana itu dikeluarkan. Dia kemudiannya berjalan menghampiri Andriana yang sedang memeluk tubuh erat-erat seolah –olah menahan kesakitan yang amat sangat. Dengan teragak-agak, dia menghulurkan botol tersebut ke arah Mimi. Mimi menjeling ke arah Sherry sebelum botol putih itu bertukar tangan.
“Andy, nah...”
Andriana mengangkat kepala. Laju tangan mencapai botol putih yang dihulurkan oleh Mimi itu. Penutup botol dibuka dengan rakus sebelum tiga biji pil dikeluarkan dan ditelan sekaligus. Andriana menarik nafas panjang. Sakit kepala yang tadinya semakin menyucuk-nyucuk kelihatan semakin reda namun peningnya masih ada.
“Nak air?” Mimi menghulurkan sebotol air mineral yang diambil dari atas katilnya. Botol air mineral bertukar tangan. mimi hanya memerhatikan kelakuan Andriana dengan risau. teman sebilik dia ni sakit apa smapai pucat-pucat muka? Takkan ketagih pil khayal macam si Sherry cakap tu?
“Feeling better?” Mimi bertanya ketika mengambil kembali botol air yang tinggal separuh itu dari tangan Andriana. Andriana mengangguk perlahan. Tubuh terasa lemah. Rasa macam nak tidur je sekarang ni.
“Boleh bangun?”
Andriana mengangguk lagi. mimi membantu Andriana berdiri. Sherry yang masih berdiri tercegat itu turut sama membantu. Mereka memimpin Andriana menuju ke katilnya sebelum mendudukkan Andriana.
“Kau okey tak ni? Nak pergi klinik?” Mimi meletakkan tangan ke dahi Andriana. Tak panas pon. Maknanya Andriana tak demam. Andriana mengeleng perlahan.
“Andy, kau sakit apa sebenarnya?” Tanya Sherry yang sejak tadi lagi senyap membisu. Mimi menjeling tajam seolah-olah memberi amaran supaya jangan disebut hal itu dalam keadaan Andriana yang tak berapa nak sihat tu.
“What? Aku Cuma nak tahu je. mana tahu dia ambik...”
“Sherry!!” Mimi bersuara keras tanda amaran. Sherry terdiam. ada riak tidak berpuas hati diwajahnya.
“Kau orang tak payah risaulah. Aku tak ambik benda-benda bodoh tu...” Andriana menjawab perlahan. Tangan masih lagi mengurut pelipis. Peningnya kepala.
“Dah tu, ubat apa yang kau selalu dok telan tu? jangan cakap tu vitamin C...”
“Sherry! Stop it!”
Sherry menarik muka masam apabila ditegur oleh Mimi begitu.
“Aku ada migrain. Tu ubat migrain aku. Memang dari dulu aku bergantung dengan ubat tu kalau migrain aku datang. Kalau tak ada ubat tu, aku rasa aku boleh mati sebab sakit kepala...” Andriana menjawab perlahan. Sakit kepala mula berangsur hilang. Mungkin ubat yang ditelan tadi sudah mula menunjukkan tindak balas.
“Migrain?” Tanya Sherry seolah-olah tidak percaya. Andriana mengangkat kepala memandang ke arah Sherry yang berdiri sambil berpeluk tubuh tidak jauh darinya itu. Andriana mengangguk perlahan.
“Mimi, boleh ambilkan hand beg aku?”
Mimi berpusing sebelum beg tangan bergenama Nine.Co yang terletak di atas meja belajar Andriana dicapai. Beg berwarna merah itu dihulurkan kepada Andriana. Andriana mengeluarkan pursenya. Sekeping kertas kecil dihulurkan ke arah Sherry. Sherry mencapai kertas yang dihulurkan oleh Andriana  itu dengan teragak-agak.
“Tu surat dari doktor...” Andriana berkata perlahan tanpa memandang ke arah Sherry. Sherry mengigit bibir ketika mata meniti tulisan yang tertera pada kertas tersebut. memang betullah tu. Andriana ni ada sakit kepala yang kronik. Serta merta dia diserang rasa bersalah. Memang patut pun dia rasa bersalah. Sebabnya bersangka buruk dan juga menyorokkan ubat Andriana. Buatnya sakit kepala Andriana tu makin teruk sebab dia, apa dia nak buat?
“Sorry, aku ingat kau....”
“It’s okey. lagi pun aku memang nampak macam budak ambik, kan?” Andriana menjawab perlahan. Kepala di tunduk merenung lantai. Air mata mula bergenang di mata. agaknya memang begitu tanggapan semua orang di kampus ni. Dia budak liar. Dia budak jahat. Dia budak rosak. Dia budak ambik. Setitis air mata jatuh ke pipi namun dia hanya membiarkan.
Sherry mengigit bibir lagi. tersentap kejap bila mendengar kata-kata Andriana itu. Dia memandang ke arah Mimi yang masih memicit bahu Andriana itu. Mimi menjeling lagi ke arahnya. Sherry menayangkan muka kesal namun Mimi tidak memandang ke arahnya lagi.
“Dahlah Andy, kau tak payah nak fikirkan hal tu. kau berehatlah ye. Tidur dulu ke. Lagi pun dah dua tiga hari kau tak tidur malam kan, tu sakit kepala kau datang balik kan....”
Andriana akur. Tubuh ditarik naik ke atas katil. Mimi membetul-betulkan bantal supaya Andriana berada dalam keadaan selesa.
“Nanti sebelum maghrib, kejut aku ye...”
Mimi mengangguk perlahan.
“Andy, aku minta maaf. Aku tak berniat...aku tak tahu. Betul aku tak tahu. Aku memang nak tanya kau tapi aku takut. Aku buat macam tu sebab aku sayang kau....”
Andriana memandang ke atas.
“Andy....”
“It’s okey. aku tahu kau berniat baik. Thanks...” Andriana menoleh ke arah Sherry yang masih berdiri di hujung katilnya. Bibir cuba mengukir senyum buat temannya itu namun entah kenapa, senyum tawar yang hanya mampu diberikan. Barangkali dia masih berkecil hati dengan tanggapan Sherry terhadapnya walaupun dia tahu Sherry tidak berniat ke arah itu. Dia tahu Sherry buat semua itu sebab dia mengambil berat. Andriana menarik nafas panjang. Mata dipejamkan. Kepala cuba dikosongkan. Bila agaknya mimpi ngeri ini bakal berakhir?
P/S: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Best3 ade suspend n sedih.... n3 x sabar ni

Cahaya said...

eita>> heeee...nanti tgu lagi ye :)

Anonymous said...

Uiks....citer ni pun best jugak..nk layan gak lah..ha3..
Sian Andy..jst sbb dia dh biase idup bebas..x psl2 org igt dia amik drugs..satu sikap typical msian..bkn nk tnye tp lbh suka buat conclusion sendiri..

Cahaya said...

anon>>tu yg sy nk tonjolkan..hee..typical malaysians..

Post a Comment