RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 24, 2014

Bab 5 : Andy Hilton VS Mr. MPP

                                                    
Andriana mengeliat sambil tangan menahan kuap. Mata memandang jam yang tergantung di dinding bilik. Hampir tengah hari. Dah lama rasanya tak dapat lepak-lepak macam ni lama-lama atas katil. Almaklumlah, kelas semedang je pukul lapan pagi. Nak tak nak terpaksalah dia mengagahkan diri nak ke bilik air pagi-pagi buta tu. dahlah tandas kongsi ramai-ramai, tak ada water-heater pulak tu. naik kejung je tubuh pagi-pagi buta mandi air tangki. Sejuk sampai terasa ke tulang hitam.

Andriana bergolek beberapa kali sebelum akhirnya duduk di atas katil. Rambut yang mengerbang disimpul kemas. Tali baju tidur kain satin yang jatuh dari bahunya ditarik ke atas semula. Laci meja bersebelahan dengan katil ditarik perlahan sebelum sebuah album sederhana besar dikeluarkan. Album berwarna merah jambu itu diletakkan di atas riba. Perlahan-lahan, helaian pertama di buka. Wajah Kyle, Susan, Mark, Lily, Ryan dan dia menyapa pandangan matanya. Gambar dia bersama teman-teman di London. Gambar tersebut diambil ketika mereka sedang bermain salji ketika berumur empat belas tahun. Andriana menyelak helaian seterusnya. Gambar dia bersama Lily dan Susan memakai kostume ala-ala cinderella sempena Party Halloween. Bibir spontan mengukir senyuman. masih ingat lagi masa tu dia berumur lima belas tahun. Masing-masing sibuk nak jadi seperti cinderella dengan memakai kasut kaca. Mark, Ryan dan Kyle pula sepakat nak jadi The Three Musketeers. Dan pada malam itulah dia sedar yang Ryan ada hati padanya. Masih jelas di dalam ingatannya bagaimana ketika itu Ryan meluahkan perasaan kepadanya. Mula-mula memang rasa macam tak percaya tapi akhirnya dia turut sedar yang dia juga turut tertarik dengan Ryan. Siapa pun pasti akan tertarik dengan Ryan. Tinggi. Segak dan juga bertubuh tegap walaupun ketika itu Ryan berumur enam belas tahun.
Andriana menarik nafas panjang sebelum kembali menyelak halaman seterusnya. Rasanya tidak ada gunanya dia terus mengenang kisah cinta yang tidak kesampaian itu. Tambahan pula, dia ada sebab yang kukuh untuk melupakan terus Ryan dari hidupnya. Kerana Ryanlah dia berada di sini. Huh!
TOK.TOK.TOK.
Spontan Andriana memandang ke arah pintu.
“Masuk...”
“Cik Andriana, puan bilang suruh kejut cik bangun. udah bangun ya cik...”
Andriana menutup album tersebut lalu disimpan kembali ke dalam laci.
“Dah bik. Mama ada di bawah ya?”
Pembantu rumah separuh umur itu mengangguk.
“Puan suruh cik turun ke bawah. ada tamu...”
“Tamu? Siapa?” Andriana lantas melompat turun dari katil. Siapa pulak yang datang ke rumah tengah-tengah hari buta ni? Dan kenapa pula mama sibuk-sibuk nak suruh dia turun ke bawah? ada sesiapa yang dia kenal ke?”
“Enggak tahu cik, barangkali temannya puan dan tuan..”
“Tak apalah bik, bilang sama mama saya akan turun sebentar lagi...” Andriana menjawab. hai Andy, sejak balik Malaysia tiga bulan ni, kau dah pandai cakap Indon ye?
Bibik mengangguk sebelum menutup kembali pintu biliknya dengan perlahan. Andriana berjalan menuju ke arah meja solek. Tangan sibuk membelek wajah di cermin. Kulitnya yang cerah itu dah mula nampak kemerah-merahan.
“Habislah muka aku makin gelap. jerawat pun macam nak tumbuh je...” Andriana berkata sendiri sambil membelek-belek kulit wajahnya itu.  Dengan langkah yang lemah longlai, Andriana berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah hampir tiga puluh minit, Andriana yang telah siap berpakaian itu melangkah turut sambil menyanyi riang ketika menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. memang hari rasa riang gembira bila dapat balik bercuti hujung minggu ni. Hari Isnin tak ada kelas sebab KL cuti umum sempena Hari Wilayah, maka dia pun mengambil keputusan untuk pulang ke Kuantan memandangkan jumaat hari tu pun kelas dibatalkan disebabkan penyarahnya ada hal. Cuti empat hari termasuk sabtu dan ahad, apa lagi yang boleh dia lakukan kalau tak pulang ke Kuantan. Takkan nak duduk memerap di kolej kediaman je. mahu mati kutu dibuatnya. Lagi pun Joey, Sherry dan Mimi pun balik ke kampung masing-masing.
“Cik, jempt makan dulu...”
“Wah, sedapnya bau. Masak apa ni?”
“Puan minta dibuatkan spagetty untuk cik, katanya cik ngak makan nasi...”
Bersinar-sinar mata Andriana ketika memadang hidangan kegemarannya yang telah tersedia terhidang di atas meja.
“Mekasih ya bik. Sayang bibik...” Andriana segera menarik kerusi sebelum duduk. Tangan laju mencapai sudu dan garfu sebelum membawa mee spagetty ke mulut. Dia mengunyah perlahan. Bolehlah dari terpaksa makan nasi.
“Sedap?”
Andriana mengangkat ibu jari ke atas. Bibik tersenyum lebar. Barangkali gembira kerana dipuji masakannya.
“Pandai bibik masak spagetty ni? Belajar mana?” Andriana bertanya ingin tahu. Tangan mencapai pula gelas jus oren yang baru diletakkan oleh bibik untukknya di atas meja.
“Puan yang ajar, katanya nanti senang kalau cik balik sini...”
Andriana diam tidak berkata-kata. Agak terharu dengan keprihatinan mamanya itu.
“Cik, bibik tanya, cik jangan marah ya...”
“Nak tanya apa?”
“Kenapa cik tak suka makan nasi?”
Andriana tidak terus menjawab. mulut masih mengunyah baki spagetty di dalam mulut.
“Entahlah bik. Mungkin sebab masa di London dulu, jarang makan nasi. Uncle dengan aunty pun jarang nak masak nasi- nasi ni. Kalau ada pun masa raya. Kira setahun sekali jelah...”
“Ohhhh. Cik ngak mahu cuba makan nasi?”
Andriana senyum segaris. Bukan dia tak pernah cuba. Masa dekat kolej tu puaslah si Joey tu paksa dia telan nasi tapi banyak mana nasi tu masuk, banyak tu jugak yang akan keluar. Entah kenapa tekak rasa kembang semacam je bila nasi tu dah masuk ke dalam mulut. Mungkin sebab dah lama benar dia tak makan nasi kot.
“Dah habis makan? Sini bibik kemaskan, cik pergilah berehat. Ambil angin di luar. Angin di luar tu bagus untuk kesihatan...”
“Mekasih ya bik....” Andriana bangun setelah selesai menjamu selera. Dia berjalan menuju ke pintu dapur yang sengaja dibuka. Mungkin bibik baru lepas sidai baju agaknya. Almaklumlah, dia balik pun bawa dua tiga beg berisi baju kotor. Kira mesin basuh dekat rumah ni memang tak berhenti berfungsilah dari pagi sejak dia balik semalam. Jangan rosak sudahlah mesin basuh mama ni. Mahu kena bebel berbakul-bakul lagi.
Andriana mengeliat kemalasan. Mata menyapa pokok-pokok bunya yang ditanam oleh mama. Ada bunga kertas, bunga mawar, bunga matahari dan juga bunga orkid. Andriana berjalan mendekati bunga mawar yang sedang mekar itu. Tubuh dibengkokkan ketika dia mahu mencium bunga mawar tersebut. wangi. Dia tahu mama tanam bunga mawar ni pun sebab mama tahu dia suka sangat dengan bunga mawar ni. Dulu mama pernah cakap, kalau nak jadi bunga, jadilah seperti bunga mawar, walaupun nampak lembut, cantik dan wangi tapi berduri. Kira bukan calang-calang orang boleh menyentuh dan memegang bunga tersebut. silap pegang boleh terluka jari. Andriana menegakkan badannya semula. Adakah dia mampu menjadi seperti bunga mawar ni? Masa di London dulu, pergaulan antara dia dengan kawan-kawan lelaki langsung tak dijaga. Bertepuk tampar peluk-peluk tu dah jadi benda biasa. Walaupun taklah ekstrim sangat macam sesetengah kawan-kawannya yang lain itu, tapi kalau ikut adat dan budaya orang melayu, itu dah boleh masuk kategori murahan. Tiba-tiba kepala teringat akan kata-kata Lia yang menuduhnya dia sebagai perempuan murahan hanya disebabkan cara pemakaiannya. Spontan Andriana memadang tubuh yang hanya bersarung singlet berwarna hitam dan jeans paras lutut. Dia selesa berpakaian begini. Salah satunya sebab cuaca di Malaysia panas sangat. Rimas kalau nak pakai baju bertutup bagai ni. Itu pun salah ke? Takkan sebab cara dia berpakaian begini, dia dah dituduh sebagai murahan? Bukannya dia tak pakai apa-apa. agaknya kalau Lia tengok kawan-kawan dia di London yang selamba memakai bikini ketika ke kelas pada waktu musim panas, pasti pengsan terus minah tu. andriana gelak sendiri ketika cuba membayangkan keadaan itu.
Andriana memetik bunga mawar tersebut sebelum melangkah menuju ke halaman depan. Bunga mawar dibawa ke hidung, cuba menikmati wangian yang mampu menenangkan jiwanya itu. Langkah kakinya terhenti ketika melihat kelibat Honda City berwarna merah tersadai di tempat letak kereta bersebelahan dengan kereta mama. Aik? Sejak bila mama dan papa beli kereta baru? Semalam tak nampak pun? Andriana segera berjalan merapati kereta tersebut. telinga menangkap perbualan rancak dan sesekali diselangi dengan gelak ketawa kecil yang datangnya dari ruang tamu. Andriana menoleh ke belakang. Mata dikecilkan cuba melihat dengan lebih jelas siapakah tetamu mama dan papanya itu. Terlupa pula yang tadi bibik ada cakap berkenaan tetamu tersebut. andriana kembali memandang ke arah kereta tersebut. Smart. Merah lagi tu.
“Girl! Mari masuk sini. Buat apa dekat luar panas-panas tu?”
Spontan Andriana tersentak. Suara mama boleh tahan kuatnya dari dalam. hai, tajam betul mata mama ni. Huhu. Nak kena masuk ke? Boleh tak nak buat-buat tak dengar lepas tu masuk ikut pintu belakang?
“Girl?”
“Coming mama....” Akhirnya Andriana tiada pilihan. Kali melangkah menuju ke pintu hadapan sebelum masuk ke ruang tamu.
“Girl, sini mama kenalkan. Ni Uncle Yahya dan aunty Naziha...kawan mama dan papa dari KL...”
Andriana melemparkan senyuman plastik semanis mungkin. tangan di hulur sekadar ikut protokol. Dia sebetulnya tak berapa suka nak beramah mesra dengan kawan-kawan mama dan papa. Dia sendiri tidak tahu sebabnya.
“Nilah anak yang kami ceritakan tu, yang belajar satu universiti dengan Am tu...”
Andriana tidak ambil pusing akan perbualan mama dan papanya. Dia tunduk merenung kaki yang bermain-main dengan bulu karpet berwarna cokelat itu.
“Am kenal tak Girl?”
Andriana acuh tak acuh sahaja ketika mama mula berbual tentang dirinya. Si pemilik nama Am itu pun sebelah mata pun dia tak pandang, almaklumlah. Budak tu duduk di hujung dunia sebelah sana.
“Ehemmm..kenal...kot?”
Kening Andriana berkerut. Kenapa suara tu macam familiar sangat? Perlahan-lahan Andriana mengangkat kepala memandang ke sebelah sana. Dia mengambil masa selama beberapa saat untuk sedar. Bulat matanya memandang ke arah wajah itu.
“You! what are you doing here?” Andriana lantas berdiri. Tajam matanya merenung wajah Wafiy yang masih tenang itu.
“Girl? Kenapa ni? Kenapa cakap kasar macam tu dengan Am?”
Andriana mengigit bibir. huh! Tak sangka betul. Kecil betul dunia ni. Boleh pulak lelaki yang dia benci tu jadi anak sahabat baik mama dan papanya. Memang malang betul. Andriana menoleh ke sekeliling mencari seseorang.
“Girl cari siapa?” Mama bertanya hairan ketika melihat Andriana seperti mencari seseorang.
“Where is your girlfriend? Tak bawa sekali ke?”
“Girlfriend?Girl...Girl cakap apa ni?”
“Kalau mama nak tahu, nilah lelaki yang telah malukan Girl masa dekat kampus dulu. dia dengan girlfriend dia tu sama je...” Andriana menjawab sambil berpeluk tubuh.
Mama dan papa saling berpandangan. Begitu juga dengan uncle Yahya dan aunty Naziha. Lantaklah. Biar mereka semua tahu siapa lelaki itu sebenarnya. Nampak je muka baik suci murni, tapi perangai jahat macam penyangak.
Wafiy masih tenang walaupun suasana ruang tamu itu sudah terasa ketegangannya.
Puan Halina menarik tangan Andriana.
“Girl, apa Girl cakap ni? Tak malu ke dengan uncle dengan aunty?” Mama berbisik keras.
“Ma, Girl cakap betul apa. mama boleh tanya dia kalau mama dah tak percaya anak mama lagi...” Andriana membalas sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu tersebut untuk ke tingkat atas. Sakit hatinya apabila mama seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya. Sempat telinga menangkap suara mama dari jauh.
“Minta maaflah Lina, Ya. Anak kami memang lain sikit sejak balik dari London. Mungkin baru belajar nak sesuaikan diri. harap Am tak ambil hati dengan kata-kata anak aunty ya...”
Andriana memutarkan bebola matanya. Sempat dia menjeling ke arah Wafiy yang masih tenang itu. Ketika kaki melangkah menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas, sempat dia dan Wafiy saling bertukar pandangan. Andriana mengambil peluang tersebut untuk menghadiahkan jelingan maut kepada Wafiy namun lelaki itu tetap tenang merenuangnya sehingga dia hilang dari pandangan. Gila! pandang orang macam tak pernah tengok orang! Huh!

                                                                           ***

“Andy...”
Andriana sedang tunduk ketika melakar sesuatu di atas sketch booknya. Telinga pula tengah melayan Avril – Best Years Of Our Lives.
“Andy, hey...”
Andriana spontan mengangkat kepala ketika. Tangan segera menarik keluar earphone dari telinga kiri.
“Ray, sorry tak dengar. Dah lama ke awak dekat sini?” Andriana bertanya ketika melihat Zikray mengambil tempat di hadapannya. Suasana pusat aktiviti pelajar itu agak riuh rendah. Maklumlah, nama pun pusat aktiviti pelajar, maka ramailah pelajar-pelajar yang melepak menghabiskan masa di situ termasuklah dia. lepas je habis kelas tadi, terus dia ke situ memandangkan dia hanya ada gap sejam sahaja sebelum kelas berikutnya.
“Taklah lama, tapi sempatlah perhatikan awak dari mula awak lukis bunga tu. cantik. Roses kan?”
Andriana kembali memandang ke arah sketch booknya yang hampir selesai membentuk gambaran sejambak bunga mawar di dalam pasu tinggi. Andriana tersenyum sekadar menjawab pertanyaan daripada Zikray tadi.
“Awak buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?” Tanya Andriana ketika menyimpan semula pensel ke dalam pencel casenya. Sketch book dimasukkan kembali ke dalam tote begnya.
“Baru je habis, awak tak ada kelas ke lepas ni?”
“Ada. Lebih kurang setengah jam lagi. malas nak balik hostel. Tu yang datang lepak sini. Lagi pun tadi gap tak lama. Sejam je...”
“Ohhhh, ingatkan kalau lepas ni awak tak ada kelas, bolehlah kita pergi minum-minum ke...”
“Maybe next time...” Andriana mengangkat bahu.
“Hmm, Andy, hujung minggu ni awak free tak?”
“Hujung minggu ni? Kenapa?” Andriana bertanya sambil ligat berfikir akan rancangan pada hujung minggu ini. Rasanya setakat ini dia tak merancang hendak ke mana-mana.
“Hmm, saya ingat nak ajak awak pergi party lagi. interested?”
“Party? Di mana?” tanya Andriana agak berminat. Walaupun dia berasa kurang senang dengan Zikray pada malam itu, tapi dia tahu Zikray tidak berniat jahat terhadapnya. Yelah, kalau Zikray ni berniat jahat dengannya, pasti Zikray tak menghantarnya pulang terus malam tu. dan dia pun selamat sampai di kolej kediaman tanpa di apa-apakan oleh Zikray.
“One of my friend ada book kelab untuk party ni. So awak nak ikut tak?”
“Kelab? You mean, night club?” Andriana agak teruja ketika mendengar kata-kata Zikray itu. Teringin juga dia nak lihat bagaimana suasana kelab malam di Malaysia ni. Kalau di London dulu memang selalu juga dia melepak di kelab malam bersama-sama Kyle dan Ryan. Kadang kala turut sama ditemani oleh Susan dan Lily. Seingatnya, dia nak mula berjinak-jinak dengan aktiviti kelab malam ni masa umur lima belas tahun lagi. masa tu dia masuk kelab malam di sana dengan menggunakan fake id. Bagi remaja barat, mempunyai fake id atau id palsu merupakan perkara wajib. Jadi tak hairanlah kalau remaja bawah umur di sana boleh keluar masuk kelab malam sesuka hati tanpa di tahan.
“Yep. So awak nak ikut tak?”
“Yeah, why not. Pukul berapa?”
“Macam hari tulah. Saya jemput awak di pintu pagar hostel, okey?”
“Okey...”
“So, jumpa nanti...”
Andriana hanya memandang ke arah Zikray yang semakin hilang dari pandangannya. Bibir seperti tidak mampu untuk ditahan dari terukir senyum segaris. Tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu hujung minggu ni.
Senyum Andriana mati tiba-tiba apabila mata bertembung dengan pandangan seseorang di tingkat atas. Spontan bibir digetap. Dengan jelingan tajam, Andriana bangun dan mengemas peralatan melukisnya sebelum kaki melangkah menuju ke dewan kuliah yang menempatkan kelas berikutnya.
“Hey!!” Andriana hampir menjerit apabila Wafiy tiba-tiba muncul di hadapannya. Entah masa bila mamat di boleh muncul tiba-tiba depan mata. bukan tadi mamat ni tengah berdiri di tingkat atas ke?
“Andriana, saya nak cakap sesuatu dengan awak...”
“Sorry, I’m late for class. so, i f you dont mind, can you move...”
“Andriana, dengar sini. Jauhkan diri dari Zikray. Dia bukan budak baik...”
Andriana buat muka menyampah.
“Excuse me?”
“Saya bagi amaran...bukan..saya minta, tolong jauhkan diri dari Zikray. Dia bukan budak baik. I know him. Dah banyak kes saya dengar pasal dia. saya tahu saya tak patut burukkan dia tapi memandangkan awak anak kawan umi dan abi, saya rasa saya patut...”
“Enough! Saya tak nak dengar lagi. and one more thing, anggaplah yang kita tak pernah jumpa masa di rumah mama dan papa dulu, okey? So can you please....”
“Andriana. Saya serius. Tolong jauhkan diri dari Zikray. Saya tahu dia ada niat tak baik pada awak...”
Andriana buat muka meluat.
“Mind your on business. Dengan siapa saya berkawan, itu hak saya. tolong jangan menyibuk. Lagi pun, siapa awak bagi saya? you are nothing. Mungkin awak cemburu sebab Zikray seratus kali lebih baik dari awak. sekurang-kurangnya dia tak hipokrit. Awak dan girfriend tu je yang berlagak baik suci murni tapi sebenarnya.....arghhh! malas nak layan. Buang masa je. tepi!” Andriana menolah tubuh Wafiy dengan kasar sebelum melangkah mahu meninggalkan tempat itu namun terhenti.
“Apa ni?” Andriana cuba melepaskan pegangan tangan Wafiy itu.
“Andriana, please...jauhkan diri dari dia...”
“Let me go! Awak ni memang dah gila agaknya. Paksa orang buat benda yang bukan-bukan. Saya ulang sekali lagi, you are nothing compare to him. Just leave me alone!” Andriana merentap kasar tangannya sebelum berjalan laju menuju ke kompleks kuliah. Pandangan mata para pelajar yang mungkin melihat insiden tadi menemaninya sepanjang perjalanan dia menuju ke dewan kuliah. Damn you Wafiy. Aku dimalukan oleh kau buat kali kedua!
 P/S: TO BE CONTINUED.

3 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Hai cahaya...
Cerita ni menarik juga tahniah teruskn usaha penulisan anda
Nk n3 hihihi

Cahaya said...

eita>>thx akak. hehehe. :)

Nvel Addct said...

Rindunya dgn dorg ni... Lama x bc.. Sib baik dh terbit.. Finally dpt bc ending ;)

Post a Comment