RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, July 13, 2013

Bab 10 : Andy Hilton VS Mr. MPP




“HAH? Kenapa saya?” Andriana bertanya hampir tidak percaya. Kak Wati yang sedang berdiri di hadapannya itu ditenung dalam-dalam. kak Wati, ketua blok A kolej kediaman puteri itu turut sama merenungnya.
“Sebab akak rasa Andy yang paling sesuai untuk tugas ni...”
Andriana mengeleng perlahan. Gila. dia pulak yang nak kena handle aktiviti minggu kebudayaan dan seni warisan tu. ngeee. Ni memang betul-betul mimpi ngeri. Kalau setakat untuk kolej kediaman je tak apalah jugak. Tapi ni untuk universiti. Gila! memang kerja gila ni!
“Tapi kak Wati, saya mana reti nak handle benda ni semua. Kak Wati pun tahu kan, saya lagu Negaraku dengan Rukun Negara pun tak habis hafal lagi...” Andriana mengumam perlahan. Kepala dah rasa berserabut tahap petala kelapan.
Kak Wati hanya tersenyum.
“Ala Andy ni, nanti akak tolonglah mana-mana yang patut. Lagi pun bukan Andy sorang je yang akan buat semua ni. Kita akan ada commitee untuk handle aktiviti ni. So jangan risau okey?”
“Tapi kenapa saya? kenapa bukan orang lain?”
“Sebab Andy kan ambil art. Akak ada nampak artwork Andy dekat pusat aktiviti pelajar tu. gambar ‘Palace of My Heart’ tu Andy punya kan?”
Andriana tidak menjawab. serta merta terbayang lukisan cat air gambar pemandangan di London itu dalam kotak fikirannya. Assignment untuk kelas Art bulan lepas. Prof. Fatimah gantung dekat sudut Student’s Project of Art. Hmm, aci tak kalau nak salahkan Prof Fatimah sebab pergi gantung lukisan tu dekat situ sampai dia pulak tak pasal-pasal kena seret nak handle aktiviti minggu kebudayaan dan seni warisan tu?
“Bolehlah Andy, please...” Kak Wati dah buat muka comel. andriana mengetap bibir. haila Kak Wati, janganlah buat muka macam tu.
“Siapa lagi yang join commitee ni?”
“Hmm..adalah few students. Semua budak sem satu. Nanti bila Andy dah setuju, kita decide buat meeting dengan commitee lepas tu baru proceed dengan meeting with the MPP’s pulak?”
“Wait a minutes. MPP? MPP pun terlibat sama ke?” Andriana bertanya tidak percaya.
“A’ahlah. Ni aktiviti bawah MPP jugak. Mereka hanya pantau tapi kita yang akan uruskan.”
Andriana mengetap bibir. oooo, jadi ni mesti mamat tu punya kerja. Saja nak mengenakan aku lah tu. balas dendam agaknya sebab malam tu kena hambat tidur atas sofa. Tak guna! Ni mesti dia pun bersekongkol dengan Lia nak mengenakan aku. arghhh!
“Andy? Kenapa? Ada masalah ke?”
“Hah? Tak ada. tak ada masalah. Nanti akak cakap dengan budak-budak MPP, semuanya okey. perfect!” Andriana menjawab cuba mempamerkan senyuman semanis mungkin. namun dalam hati dah terasa membara. Wafiy! Awak memang nak kena. Awak tunggu jelah nanti. Masa tu baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah. Huh!

                                                                        ***

“Andy, aku tahulah yang kita orang ni room mates kau. Tapi..takkan dengan kita orang sekali kena heret jadi committee?” Joey bertanya tidak puas hati. Andriana  tidak menjawab. kepala tengah pening dengan segala macam benda yang dia perlu uruskan. Hari pertama meeting dengan commitee. Ahli yang lain tak sampai lagi.
“Dah kata kawan baik sehidup semati. Masa nilah nak prove nya..” Andriana menjawab perlahan. Mata masih lagi tidak dialihkan dari kertas kerja yang telah diberikan oleh Kak Wati selaku penasihat wakil MPP siang tadi. Gila! banyak benda nak kena buat kut.
“Tang mati tu jangan sebut...” Mimi bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“What so ever. So, korang tak nak tolonglah ni?” Andriana akhirnya mengangkat kepala. Joey, Mimi dan Sherry saling terdiam.
“Hmm?” Andriana mengangkat kening.
“Kitorang bukan tak nak tolong, tapi Andy, berat kot tanggung jawab ni. Kitorang mana reti nak berseni bagai ni. Kau lainlah. Dah memang born to be an artist...”
“Banyaklah kau punya artis. Apa ingat aku nak jadi penyanyi ke?”
“Okey apa. lagi pun kau cukup pakej apa. rupa ada, bakat ada. tinggal nak pergi audition je...”
Andriana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Dah. Tak payah nak puji melambung sangat. Aku tak makan dek pujian tu semua. So, aku tanya sekali lagi, kau orang nak tolong ke tak ni? Aku tak paksa..tapi aku nak korang tau, aku memang betul-betul tak mampu nak buat semua ni sorang-sorang. Tambah-tambah dengan committee yang sorang pun aku tak kenal...”
“Kak Wati kan ada?”
“Kak Wati penasihat je. dia tak involve diretly dengan aktiviti ni. Dia tu sebagai link antara committe dengan MPP je...” Andriana menjawab. sebut pasal MPP terus terbayang muka mamat skema tu. huh!
Joey, Mimi dan Sherry saling berpandangan.
“Okeylah kalau macam tu. tapi terus terang aku cakap. Aku buat seni. Kalau ada benda yang tak kena, jangan nak salahkan aku okey...” Joey mengangkat tangan.
“Me too.” Mimi menjawab.
“Me three...” Sherry pula menyambung. Spontan bilik mesyuarat sementara itu meriah dengan gelak ketawa mereka berempat.

                                                                        ***

‘MEETING with MPP at 4.30 pm- venue = MPP’s room.’
Andriana menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam beg tangannya. Dia menjeling jan di tangan. ada dua jam lagi sebelum mesyuarat dengan MPP. Tiba-tiba kepala rasa berserabut entah tak tahu punca. Apa hal aku rasa macam cuak semacam je ni? Takkan sebab takut nak present depan budak-budak MPP tu? tak lojik. Bukan ke tiap minggu aku dok present art work aku masa kelas Art? Setakat present depan bebudak MPP ni apalah sangat kan? Ke sebab...Dia? andriana mengeleng laju. Gila. apa kes aku nak cuak dengan dia pulak? Dia tu siapa? Dia suami kau Andy. Suara yang entah datangnya dari mana itu menjawab. shesshh! Cut the crap. Gila. memang gila. arghhhh!
“Andy?”
Spontan Andriana menoleh. mimi mengangkat kening.
“Apa hal ni? Kusut je aku tengok?”
“Kusut? Apa yang kusut? Rambut aku?” Spontan Andriana menyambar cermin dalam beg make upnya. Dia meneliti rambut yang di dandan ekor kuda. Hmm, okey je tak ada yang kusut pun.
“Bukan rambut kau lah. aku tengok kau ni macam serba tak kena je. macam anak kucing hilang anak. Kenapa?”
Andriana kembali menyimpan cermin di dalam beg make upnya.
“Petang nanti ada meeting dengan MPP...”
“Hmmm, patutlah. Kau risau Lia eh?”
Andriana yang sedang tunduk mencari entah apa di dalam beg tangannya segera mengangkat kepala. Lia? Aduss. Macam mana dia boleh tak ingat pasal Lia. Lia mesti ada sebab Lia kan setiausaha MPP merangkap setiausaha mamat skema tu? adusss. Masalah betul.
“Haaa, aku dah agak dah. Sebut nama Lia terus senyap sunyi. Dasyat juga penangan kakak sorang tu ye. Sampai terbisu terus kau dibuatnya bila dengar nama dia...” Mimi tersengih. Andriana memutarkan bebola matanya ke atas. Dia kembali tunduk.
“Kau nak cuak apa. kau kan datang sana sebab nak bentang pasal aktiviti yang kita dah bincang tu. bukan datang sana nak cari gaduh...”
“Tell her not me..” Perlahan Andriana menguman.
“Apa dia?”
Andriana mengangkat kepala.
“Nothing. Hah, dah jumpa pun...” MP3 dikeluarkan dari dalam beg tangan. mimi mengeleng. tak boleh berengang langsung.
“Kau ni Andy, tak boleh berengang langsung. Asyik sumbat telinga tu 24 jam je. sampai orang pun ingat kau ni pakai hearing aid tau?”
“Nak kata aku pekak badak lah tu...”
Mimi ketawa terkekeh.
“Mi, aku takutlah....” Earphone di sumbat di telinga kiri. Seketika kemudian, lagu Avril Lavigne - How You Remind Me berlagu perlahan di telinga.
“Hmmm, nak aku teman ke?”
“Betul? Kau nak teman? Kau tak ada kelas ke?”
“Meeting pukul berapa?”
“4.30...”
“On..kelas aku dah habis...”
“Ni yang buat aku sayang dekat kau..”
“Tak payah cakap aku dah tahu...” Mimi menjulingkan biji mata sebelum ketawa.

                                                                        ***

“Bosanlah....” Joey mencampak pen yang sebentar tadi digunakan untuk membuat latihan. Andriana yang telinganya tersumbat di meja sebelah, tidak ambil pusing.
“Wei, korang. Dengar tak ni? Aku dah bosan tahap langit ke tujuh dah ni..” Joey bangun dari kerusi. Dia mengeliat sambil membetul-betulkan urat pinggang yang dah terasa bersimpul mati itu.
“Dah tu kau nak kitorang buat apa?” Mimi bertanya namun pandangan masih tidak dialihkan dari skrin komputer.
“Hmm, jom lepak luar...”
“Luar?  Mana?” Sherry pula bertanya.
“Luarlah. Aku teringin nak makan burger ninja dekat hujung jalan tu lah...”
Mimi menoleh ke belakang.
“Kau dah gila? kau sedar tak sekarang ni dah pukul berapa? Kalau nak rasa kena hambat dengan guard, buatlah..” Mimi menjawab. joey membuat muka.
Andriana yang tenggelam dengan Things I'll Never Say yang berdentum di telingannya itu tidak ambil pusing. Dalam kepala pun sibuk fikir benda lain. Memang rasa mimpi ngeri je petang tadi kena present proposal depan barisan MPP. Nasib baiklah dia tak buat benda yang memalukan diri sendiri. kalau tak, jam tu jugak dia lari balik terjun tasik. Pak cik skema merangkap pengerusi MPP tu pun aci syok je dengar masa dia present. Entah betul ke idok pak cik tu dengar. Entah-entah pak cik tu tengah syok usha aku yang cantik jelita macam Paris Hilton ni. Haha. Andriana gelak sendiri. tapi so far semuanya okey je. mujur ada kak Wati sebagai pembakar semangat dan tolong back up mana-mana yang patut. Lia pulak senyap bisu terus tak pandang muka masa dia tengah present kat depan tu. hmmm, marah lagi lah tu. gila betul. Aku yang tak bersalah ni pun jadi mangsa keadaan. Dah nasib. Nak buat macam mana. Nasib baik dia pun profesional. Kalau tak, kat situ jugak aku mati kena rejam dengan pen yang dia pegang buat catat minit mesyuarat masa tu.
“Andy!”
“Huh?” Spontan Andriana mengangkat kepala. Earphone sebelah ditarik keluar dari telinga.
“Apanya?”
“Kau ni lah. memang pekak badak betul..” Mimi menjulingkan biji mata. andriana mengangkat kening. Apa kes semua muka macam jeruk mempelam ni?
“Apanya?” Andriana mengaru leher yang tidak gatal.
“Joey tu dah mula nak buat perangai...”
Andriana memandang ke arah Joey yang sedang duduk di hujung katil.
“Apa kes?”
“Jom fly...” Joey tersengih tanpa rasa bersalah. Andriana membulatkan mata namun, idea nakal serta merta menerjah dalam kepalanya.
“Pergi mana?”
“Andy!” Mimi menegur namun Joey dah gelak bagai nak gila.

                                                                        ***

“Kalau kita kantoi kena tangkap dengan pak guard, memang sampai habis belajar aku takkan maafkan korang berdua...” Mimi merungut perlahan ketika mereka berempat terhendap-hendap di sebalik dinding menghadap pondok pengawal.
“Shhhh. Kau boleh diam sikit tak? Dah kau tak nak ikut, tinggal je lah kat bilik..” Joey mengumam perlahan. Mata masih lagi mengintai ke arah pndok pengawal itu. Ada satu..dua..tiga.
“Line clear tak?” Andriana bertanya sambil berbisik.
“Pak Hitam tak adalah. Malam ni dia bertugas kan?” Joey menjawab.
“Hmm, kalau ikutkan jadual yang tertampal dekat pondok pengawal tu. ye dah.. kau rasa Pak Hitam pergi round ke?” Tanya Sherry turut sama memanjangkan leher mengintai ke arah pondok guard yang terang berlampukan lampu kalimantang itu.
“Hmmm, pukul berapa sekarang?” Andriana bertanya. Terlupa pula nak pakai jam tadi. Telefon bimbit pun pakai tinggal je dekat bilik.
“Dua pagi. Kau rasa dia round blok budak lelaki ke?” Tanya Mimi agak risau. memang kerja gila namanya ini. Tapi dia tak sanggup pulak nak biarkan tiga orang room mate terchenta ni buat kerja nakal sorang-sorang. Mahu tak mahu terpaksalah dia ikut sekali.
“Entah, pak Hitam tu bukan boleh jangka. Ikut suka dia je nak round mana dulu. yang kau ni pun satu, Joey. Kenapalah kau pilih malam ni nak mengidam burger ninja pun. Kau bukan tak kenal Pak Hitam tu. mata dia ada laser night version tau...” Andriana menjawab perlahan. Mata masih lagi mengawasi keadaan sekeliling. Suasana kolej sudah senyi sepi. Kalau ada pun nunnnnn di hujung sana belah cafe. Tu pun ada berapa kerat je pelajar yang tengah online.
“Harulah kau ni Andy. Buat seram je...” Sherry menyampuk.
“Betul apa. pak Hitam tu bukan ke bekas komador. Dia tu bukan takat ada night version boleh nampak apa yang orang tak nampak waktu malam, tapi hidung dia pon sensitif tahu, kau ada dengar cerita tak dua minggu lepas pak Hitam kata dia ada bau kemenyan...”
“Cut the craplah Andy. Aku lempang laju-laju baru tahu..” Mimi mengumam marah. Gila. ada ke patut nak bukak cerita tu waktu-waktu sekarang ni?  Andriana hanya tersengih.
“Sorry. My bad.”
“Dahlah. Dari dengar kau orang membebel, alamat mati kebulurlah aku. Jom gerak..” Joey berbisik sebelum dia berjalan perlahan-lahan keluar dari bangunan blok A menuju ke laluan masuk blok B di sebelah. Kalau nak fly, memang kena pergi bangunna Blok C sebab Blog C blok paling hujung. Lagi pun dekat situ ada longkang besar yang tembus terus keluar jalan besar. Kira selamatlah sikit dari pada guna laluan berpagar Blok D dekat dengan asrama lelaki sebelah sana. Lagi pun memang nak bunuh dirilah kalau malam-malam buta nak pecah masuk asrama lelaki. Silap-silap hari bulan terserempak dengan mamat skema pengerusi MPP tu. memang mati tak sempat bertaubat dekat situ.
“Ready?” Joey menoleh apabila dirasakan yang keadaan selamat untuk membuat pecutan 100km/jam. Tiga kepala mengangguk tanda bersedia.
“Gerak...” Joey membuat isyarat sebelum mereka berlari-lari anak menuju ke blok B.
“Hey, buat apa kat sini? Tak tidur lagi?”
Spontan mereka berempat menoleh. rasa macam nak melompat apabila melihat kak Wati berdiri terpacak di hadapan mereka. Andriana dah mengelabah. Matilah.
“Errr, kitorang ada group discusion tadi. Baru habis. Nak baliklah ni...” Joey cepat-cepat mereka alasan. Andriana menarik nafas lega. begitu juga dengan Sherry dan Mimi.
“Group discusion? All of you? akak ingat korang tak sama course kan?” Kak Wati dah tayang muka curiga. Andriana telan air liur. Alamak, nak kelentong apa ni?
“Errr, kitorang baru lepas discuss tentang aktiviti minggu kebudayaan tulah...” Mimi menjawab. semua tertumpu ke arah Mimi yang tegar menayang muka tak bersalahnya itu. Andriana cuba menahan ketawa. Boleh tahan minah ni kalau bab berlakon. Elok aku ambik dia je jadi bahan art work aku untuk kelas Art and Perfomance nanti.
“Ohh, kenapa akak tak tahu ada meeting?”
“Ala kak, kitorang malas nak susahkan akak. Akak kan sibuk dengan final project lagi. dengan itu ini lagi. nanti bila dah siap, kitorang tinggal hulur report je...” Sherry menjawab dengan yakin. Masing-masing seperti telah mendapat semangat semula. Nak buat jahat ni bukan senang. Heh.
“Hmmm, tak apalah kalau macam tu. pergilah balik bilik. Jangan merayap ke tempat lain sudahlah. Kena tangkap dengan Pak Hitam alamat tak menengok dunialah jawabnya..” Kak Wati menjawab sambil tersengih. Mereka berempat saling bertukar pandangan. Masing-masing dah telan air liur.
“Akak naik dulu. hati-hati kalau jalan dekat pokok besar tu. ada orang kata bulan lepas ada benda...”
“Kak Wati!” Mimi menegur sambil membuat muka. Kak Wati ketawa sebelum menghilang menuju ke biliknya di tingkat dua. setelah kak Wati hilang dari pandangan, masing-masing menarik nafas lega.
“Kita ada dua pilihan. Patah balik or...”
“Teruskan...” Andriana segera berjalan menuju ke laluan berbatu menuju ke blok C. Sherry memandang ke arah Mimi dan Joey namun dua orang sahabatnya itu hanya mengangkat bahu sebelum mereka bertiga berjalan mengekori Andriana yang sudah maju beberapa langkah ke hadapan.
“Andy, are you sure? Aku rasa macam tak sedap hatilah...” Sherry berbisik di sebelah Andriana.
“Shhh. Sini...” dia menarik tangan Sherry ketika mata menangkap suluhan cahaya datangnya dari lampu picit entah milik siapa. Barangkali Pak Hitam tengah buat rondaan.
“Andy, jomlah balik. Sumpah aku rasa macam tak sedap hati...” Sherry mengumam lagi. andriana mengintai di sebalik dinding. Dia mendongak ke atas. Suiz lampu koridor tingkat satu ditutup. Serta merta lampu bawah itu menjadi gelap gelita.
“Ngeee. Apsal aku rasa seram gila ni?” terdengar Mimi mengumam perlahan.
“Diamlah. Kau nak kantoi ke?” Joey pula bersuara sebelum mendengar Mimi merengus perlahan.
“Kalau korang semua tak nak kena pancung dengan Pak Hitam, baik diam sekarang...” Andriana memberi amaran dalam berbisik. Mata masih mengawasi kelibat lampu suluh milik Pak Hitam. Dada terasa macam nak pecah dek kerana berdebar bagai nak gila. first time nak fly lah katakan.
“Gerak sekarang. Slow-slow. Pergi ke arah pagar belakang sana. Jangan ikut laluan biasa. Guna laluan bawah tangga. Tempat tu tembus terus ke longkang besar tu..”
“Mana kau tau?” Sherry bertanya pelik.
“Kau ingat kau je stadi pasal kawasan kolej ni?” Andriana menjawab perlahan.
“Cepatlah..!”
Mereka berempat merangkak perlahan-lahan sambil sesekali memanjangkan leher memerhatikan kalau-kalau muncul lagi suluhan lampu picit Pak Hitam.
“Eeeeee. Busuknya...” Mimi menutup hidung ketika mereka sudah sampai di longkang besar tersebut.
“Ala, bukan ada air. cepat turun...” Joey menyingsing kaki seluar sukannya.
“Kau yakin dalam tu tak ada binatang berbahaya? Nampak gelap je. entah-entah jadi tempat sarang ular bertelur.” Mimi menjengukkan kepala ke arah longkang besar yang gelap itu.
“Mulut kau ni memang cabullah. Meh sini telefon kau...” Joey menghulurkan tangan.
“Nak buat apa?” Mimi mengeluarkan telefon dari pket sweaternya.
“Bagi jelah. Banyak bunyi pulak..” Joey mengambil telefon bimbit tersebut. dia menekan butang telefon tersebut sebelum disuluh ke bawah. cahaya yang datangnya dari telefon tersebut menerangi lubang longkang di bawah.
“Rasa macam tak ada apa-apa je...” Sherry turut memanjangkan leher mengintai ke bawah.
“Kau pegang ni..” Joey menghulurkan telefon ke arah Mimi. Dia merendahkan tubuh, bersedia untuk melompat turun ke dalam longkang.
“Jo, hati-hati...” Mimi bersuara agak risau.
“Okey, selamat..” Joey mendongak ke atas memerhatikan tiga orang teman sebiliknya itu.
“Kau dulu...” Sherry memandang ke arah Mimi. Mimi menelan air liur sebelum turut merendahkan tubuh dan melompat masuk ke dalam longkang.
“Kau pulak...” Andriana memandang ke arah Sherry. Sesekali dia mengawasi kawasan sekeliling.
“Andy, cepat...”
Andriana merendahkan tubuh. susah pulak nak melompat turut macam ni dengan pakai selipar jamban. Menyesal tak pakai snikers je.”
“Euuwwwww! Berselut...” Mimi menjerit perlahan ketika kakinya terpijak tanah lembut ketika mereka berempat berjalan perlahan menuju ke lubang yang tembus keluar ke jalan besar.
“Diamlah Mimi. Aku debik belakang kau baru tahu. Andy yang Paris Hilton wannabe pun tak gedik macam kau...” Sherry di belakang mengumam keras.
“Wei, apa hal kait mait dengan aku pulak?” Andriana di belakang sekali bersuara tidak puas hati.
“Kau orang yang dekat belakang tu boleh diam sikit tak? Aku sumbat lumpur ni sorang sikit baru tahu...” Joey di hadapan sekali menoleh ke belakang. Masing-masing mendiamkan diri ketika mereka berjalan tertunduk-tunduk di sepanjang longkang besar itu.
“Huh! Lepas seksa jugak akhirnya...” Joey menepuk dahi yang digigit nyamuk.
“Kau kena ingat, nak balik pun kita kena ikut laluan tu jugak. Apa kau ingat kita keluar ikut longkang, balik ikut pintu depan dengan pak Hitam hampar karpet merah?” Sherry mencebik. Joey tidak menjawab. masing-masing senyap ketika menikmati buger ninja yang mnejadi idaman hati Joey tu.
“Korang rasa, kita bakal kantoi tak nak balik nanti?” Mimi bertanya perlahan ketika membuang sayur pada burgernya itu.
“Sheshhh. Choi. Mulut tu jangan nak cakap benda bukan-bukan time-time tengah nak buat jahat ni. Buatnya mulut kau tu masin terlebih garam, memang kantoi sungguhlah kita nanti..” Joey menjawab sambil mengigit hujung burger ninjanya.
“Tapi, kau perasan tak...” Andriana bersuara perlahan ala-ala mistik. Tiga kepala memandang ke arahnya.
“Apa? kau ada nampak apa-apa ke?” tanya Mimi dah mula risau.
“Kau orang tak perasan ke?”
“Apa?” Tanya Sherry kurang sabar.
“Burger ni lagi sedap bila kita keluar secara haram macam ni berbading kita keluar secara halal kan?” Andriana menjawab selamba sambil menggigit lagi buger ninjanya.
“Kau ni memang...” Joey membaling tisu bekas pembalut burger ninjanya ke arah Andriana. Andriana tergelak kecil. Lawak betul bila tengok muka masing-masing cuak macam nampak hantu.
“Andy...” Joey merenung belakang Andriana dengan cemas.
“Apa?” Tubuh Andriana tegak. Bulu roma dah terasa meremang.
“Wafiy...”
“Hah!!” Spontan Andriana menoleh. dia memandang sekeliling. Mana? Tak ada pun. Namun telinga menangkap gelak ketawa bagai nak gila di depannya. Andriana berpusing kembali.
“Kejilah korang.” Andriana menarik muka ketat. Gila macam nak tercabut jantung aku dibuatnya. Ingat Wafiy betul-betul muncul tadi. Dia lebih rela kantoi dengan Pak Hitam dari kantoi dengan Wafiy. Ngaa!
“Lawak muka kau. Macam nampak hantu je. ala relaks sudah. Sungguh tak lojiklah kalau Wafiy tu nak muncul tiba-tiba kat sini. Melainkan dia pun fly sekali...” Joey tak habis gelak lagi. Andriana tidak menjawab.
“Bagus jugak tu. boleh kita buat geng...” Sherry turut sama menambah. Andriana memutarkan bebola matanya.
“Dah-dah. Jangan nak sebut nama dia malam-malam ni. kang buatnya terkena badi, terus muncul betul-betul baru tahu..” Andriana membaling tisu pembalut burger ke arah tong sampah berdekatan.
“Yelah...yelah...”
“Jom gerak. Dah lewat ni...”
Mereka berempat berjalan kembali ke arah longkang besar tempat mereka keluar tadi.
“Aku nak tanya korang eh, misallah kan ditakdirkan nasib kita tak baik malam ni, kita kantoi. Korang semua prefer kantoi dengan siapa? Wafiy or Pak Hitam?” Joey bertanya.
“Pak Hitam...”
“Wafiy..”
Tiga kepala memandang ke arah Andriana. Andriana mengangkat kening.
“Apa?”
“Kau lebih suka kantoi dengan Pak Hitam? Kau gila ke apa? bunuh diri namanya tu..” Joey bertanya hampir tak percaya. Andriana mengangkat bahu.
“Guys...aku rasa kita tak ada pilihan pun...” Mimi tergamam. Tiga kepala yang lain memandang ke arah Mimi.
“Kau apa hal? Macam nampak hantu je?” Sherry bertanya.
“Ini lagi menakutkan dari hantu. We are dead!” Mimi menunjuk ke arah depan. Spontan tiga kepala memandang ke arah depan. Tiga rahang jatuh serentak. Pak Hitam bercekak pinggang sedang menunggu di tepi longkang dengan gaya santai. Mata beralih pula pada wajah Kak Wati yang berkerut seribu dan...Andriana menggigit bibir. ini memang mimpi ngeri!
P/S: TO BE CONTINUED

13 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Cahaya ....... nk next3 bessst

Cahaya said...

eita>> insyaAllah nanti sy up lagi. citer ni sy leh up sampai bab 20 je sebab dah ada publisher yang booked. tp tak siap lagi. huhu.

Anonymous said...

maksudnya,citer ni maybe akn diterbitkan ke?? walau apapun,cepat2 la update lg citer ni

Marsita Mokhtar said...

Wahhh berita baik tu

Cahaya said...

anon>>insyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan. tapi nak menyiapkannya tu sangatttttlah malas.hee.

Cahaya said...

kak marsita>>heeee.insyaAllah..tak tahu siapa keluar dulu. akmal or wafiy. heee..

mummyandtheboys said...

Entry yg ni kelakar tahap maxima...syabas cik writer...

Cahaya said...

mummy>>thanks.. heee :)

Dijah Lee said...

Last da ke? :(

Cahaya said...

dijah>>last bab dalam blog. editor pesan letak sepuluh je. hari tu letak sampai 20 tapi dah buang. heeee.nanti beli lah novel ek..hihihi.

ifa afifa said...

ala kak.... tambah 1 bab je please....(sambil buat muke comel)..

Cahaya said...

ifa>>cerita ni dah keluar dalam bentuk novel, so editor hanya bagi publish sampai bab 10 je. nak tahu ceritanya macam mana, kena belilah dear hihihi..

Anonymous said...

Assalam,tahniah utk smua novel sis. Novel MSA bjaya buat air mata sy meleleh. Dr situ sy terus boring novel2 yg lain...nak tanya DPM n BAPK2 tu bkait dkt mn? BAPK2 tu novel sequel DPM me?

Post a Comment