RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, June 10, 2013

Teaser : Andy Hilton vs Mr. MPP



Adriana membuka pintu almari kayu sederhana besarnya itu. Dia menarik nafas lagi. pening kepala nak fikir. macam mana nak muatkan baju-baju yang dia bawa dari Kuantan kalau macam ni kecik punya almari? Memang kedekut betul pihak universiti ni. Bagi almari sikit punya kecik. Dahlah yuran lagi mahal daripada yuran universiti di London. Huh! Ingatkan bayar mahal, bolehlah dapat bilik sorang satu siap dengan jakuzi dalam bilik air. ini tidak, wireless dalam bilik pun tak ada. Entah apalah yang mama fikir. Mama tak sedar agaknya taraf pendidikan di London tu antara yang terbaik di dunia. Huh! This is nightmare!
Adriana menarik luggage berwarna merah jambu yang tersadai tidak jauh dari situ. Menyampah betul bila terpaksa unpack sendiri barang-barang ni. Kalau dekat rumah boleh minta tolong bibik buatkan. Kalau dekat sini nak minta tolong sapa?
“Ehem....”
Spontan Adriana mengangkat muka. Hampir terlupa dia akan kewujudan tiga orang teman sebiliknya itu. Dia hanya melemparkan senyuman tawar sebelum kembali menghadap isi luggage yang penuh macam sardin itu. Mana nak mula ni?
“Errr, hai. Aku Joey. Kau siapa nama?”
Huh? She talking to me? Eh, she or...he? Adriana kembali mengangkat muka. Teman sebilik yang tidak dapat dikenal pasti akan jantinanya itu masih merenungnya. Rambut boycut dengan t-shirt army lengan pendek dengan cargo pant membuatkan dia keliru seketika. Mama kata dekat sini lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur. Ini apa kes aku dapat teman sebilik berlainan jantina ni? Adriana berfikir sendiri.
“Andy..” Adriana menjawab sepatah. Mata masih lagi merenung ke arah Joey, cuba mengenal pasti jantina teman sebilinya itu. Agak-agaknya kalau dia kata pada mamanya yang pihak kolej letak dia sebilik dengan budak lelaki, mama akan hantar dia balik ke London semula tak ek?

                                                                               ***

“Sharifah Damia Adriana!”
Andriana memejamkan mata. telinga terasa berdesing apabila volume lapan skala Richter itu menerjah gegendang telinganya. Aisey, baru je nak rasa aman breakfast pagi-pagi buta ni. Namun Andriana tidak ambil pusing pekikan suara yang dia rasakan boleh agak milik siapa.
“Sharifah Damia Adriana! Awak dengar tak saya panggil ni?”
Andriana membawa roti bakar bersapu mentega ke mulut sambil mata memandang NST (News Straits Times). Sempat dia menjeling dengan ekor mata kelibat kakak fasilitator yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan meja tempat mereka sedang sarapan pagi di dewan makan itu. Mimi di sebelah dah dua tiga kali menyiku pinggangnya namun dia hanya buat tak tahu. Jangan bikin spoil mood okey!
“Sharifah Damia Adriana! Kenapa awak ni degil sangat? Awak tahu tak, peraturan tetap peraturan? Dah berapa kali saya cakap, masa minggu orientasi, kena apakai baju rasmi bukan t-shirt sendat dengan skinny jeans awak tu!”
Andriana masih tidak mengangkat kepala. Rasa macam satu dewan sedang memandang ke arahnya namun dia tak peduli. Apa nak jadi-jadilah. Ini pun dah cukup baik dia nak datang untuk hari penutup program orinetasi tersebut. itu pun puas Joey, Mimi dan Sherry pujuk bagai nak gila. kalau tak, mati hidup semula pun dia tak nak jejak tempat ni.

P/S: dukacita dimaklumkan, Dia Putera Mahkota terpaksa dihentikan sementara penulisannya sebab cik penulis dah dapat idea untuk cerita baru + malas pulak nak sambung cerita tu. heh. apa nak buat, semalam tidur mimpi cerita baru. sama macam cerita akmal + ariana. dapat idea masa tidur. muahahaha. jadi seperti biasa, DPM terpaksa ditunda. sian Shah + Dahlia. maap ya kamu berdua, tak mampu nak sambung lagi setakat ni. sebelum ni cerita DPM tu terhenti lagi sebab dapat idea cerita akmal + ariana. kali ni terhenti lagi sebab nak tulis cerita kat atas tu. huhu. entah bilalah DPM boleh siap kan. tapi aku dah tulis outline untuk cerita DPM siap dengan konflik dan ending, kira mood ada nanti, tak ada hal nak sambung sebab outline dia dalam 20+ jugak kot. tak ingat. so sementara tu, enjoylah teaser yang tak seberapa tu. maap sebab nama heroin lebih kurang sama dengan nama ariana. can't find any nice name yang lain. sesungguhnya, saya memang tersangatlah fail kalau bab memilih nama watak selain tajuk novel. harap dimaafkan ye cheers :P

2 140 tukang karut:

eida arie said...

andy ... nice name ... tapi wataknya pompuan karek ke? tomboy muslimah ? heheh

Cahaya said...

eida>>watak andy tu macam paris hilton wannabe. hehe..

Post a Comment