RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, June 26, 2013

Irham Danial, Saya Sayang Awak (Bab 16)



BAB 16
IRINE membuka tingkap lebar-lebar. Serentak angin laut menyerbu masuk ke dalam biliknya. Bau air masin menyapa deria baunya. Cermin mata hitam ditarik keluar dari mukanya sebelum diletakkan di atas kepala. Dia duduk menongkat dagu di tingkap tersebut sambil merenung ke arah laut. Angin laut yang bertiup perlahan itu memukul-mukul wajahnya, membuatkan dia memejamkan mata. Cuba menikmati ketenangan dan kedamaian suasana tersebut. Memang dia tak sangka yang Hanna dan Nadia akan menghadiahkan pakej penginapan di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu itu sebagai hadiah hari lahirnya dan juga sempena kejayaannya mengeluarkan pakaian berjenama sendiri di butiknya. Selama seminggu pulak tu!
Irine menahan kuap sebelum mengeliat perlahan. Perjalanan dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur tidaklah begitu lama, tapi entah kenapa badannya agak penat. Mata pula agak berat seolah-olah meminta untuk direhatkan. Irine berjalan mendekati katilnya lalu merebahkan tubuh pada tilam empuk itu. Haeven! Dia mencapai telefon bimbit di dalam beg tangannya lalu mendial nombor Nadia.
“Helo assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam. Kau kat mana? Dah sampai?”
“Dah. Baru je tadi. Bestlah tempat ni. Seronok sangat...” Irine berkata ceria.
“Amboi, baru sampai dah cakap best. Jangan sampai tak nak balik KL, sudahlah...” Nadia menjawab dari sebelah sana. Irine tergelak.
“Tak adalah sampai macam tu sekali. Cuma aku kan teringin sangat nak datang sini. Nak tengok laut. Kat KL tu mana ada laut...”
“Yelah tu. So apa plan kau hari ni?”
“Entah. Tak plan lagi. Ingat nak tidur kejap. Petang-petang nanti baru nak turun jalan-jalan kat pantai...”
“Hmm. Yelah. Tapi ingat, jaga diri kat tempat orang. Tempat tak biasa ni jangan nak berani-berani sangat...”
“Yelah. Jangan risau. Nanti aku study peta kawasan sini. Aku dah spot tempat-tempat menarik yang wajib pergi...”
“Okeylah. Apa-apa pun jaga diri tu. Jangan lupa call aku kalau ada apa-apa..”
“Baik puan. Eh, baby apa khabar?”
“Baby okey je. Cuma alah aku makin teruklah. Asyik nak muntah je. Lepas tu kerja nak makan biskut kering cicah milo je. Sampai Hisyam perli kata aku nak diet sebab tak nak makan nasi...”
Irine ketawa.
“Mula-mula je kut. Kau jangan nak makan biskut je. Paksa diri tu makan nasi. Makan sayur dengan buah-buahan. Nanti baby tak cukup zat pulak....”
“Yelahhhh. Doktor peribadi aku dah bersuara...”
Irine mengeleng sambil ketawa kecil.
“Okeylah. Aku nak call ibu pulak. Lepas tu nak membuta kejap. Jaga diri tau, kirim salam pada Hanna. Kalau ada apa-apa kat butik tu, jangan lupa contact aku, okey?”
“Okey. Pasal butik kau jangan risaulah. Walaupun aku meloya je. Tapi aku masih boleh nak handle butik lagi. Lagi pun Siti dan Mila ada. Dorang boleh tolong aku...”
“Okeylah kalau macam tu. Nanti aku call lagi. Take care. Assalamualaikum...”
Irine memutuskan talian setelah Nadia menjawab salamnya itu. Dia mendial pula nombor rumah di kampung. Dia terpaksa menunggu beberapa minit sebelum panggilannya di jawab.
“Irine dah sampai ke?”
“Sampai dah ibu. Ibu sihat ke? Buat apa tadi?”
“Ibu sihat. Tadi tengah sembang dekat dapur dengan Mek Bedah. Dia minta sikit daun serai kat belakang rumah kita tu. Nak tanam katanya.
“Ooo..ibu dah makan ke? Ibu masak apa hari ni?” Irine mengubah posisi kepada menyiarap pula.
“Ibu tengah masak lemak pucuk paku je. Kat rumah ni bukan ada siapa-siapa pun. Masak mudah-mudah je. Irine dah makan?”
“Belum. Lapar tapi penat pulak. Ingat petang nanti baru nak cari makan...”
“Hmm, kamu tu jangan suka sangat kat tempat orang tu. Makan kena jaga. Hati-hati kat tempat orang, jangan suka jalan sorang-sorang kat tempat sunyi. Nanti apa-apa jadi, susah pulak...”
“Ye ibu. Irine akan ingat pesan ibu tu...”
“Kalau macam tu tak apalah. Eh, bau apa ni? Alamak, gulai ibu dah hangit pulak. Tak apalah Irine, jaga diri baik-baik. Rajin-rajin telefom ibu, tahu?”
“Baik ibu. Ibu pun jaga kesihatan jugak. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti sakit belakang, Irine jugak yang susah hati.”
“Yelah, dahlah. Ibu nak ke dapur ni....”
“Okey, sayang ibu. Assalamualikum.”
Irine mencampakkan telefon bimbit di sebelahnya. Tubuh dipusing terlentang. Matanya merenung siling. Tangannya menahan kuap yang semakin melebar itu. Matanya pula semakin berat bagai ada yang menarik-nariknya supaya tertutup. Tak sampai lima minit, dia telah pun terlena di buai mimpi.

                                                                           ***
“Papa..papaaaa!!”
Irine tergesa-gesa menongkat basikalnya sebelum berlari naik ke rumah.
“Papaaaa...papaaaa...!” Irine berlari ke dapur mencari papanya namun kelibat papa kesayangannya itu tidak kelihatan. Beg sekolah yang semakin berat dibahunya, di campak ke tepi sebelum dia kembali berlari turun ke tanah. Dia berlari ke belakang rumah pula.
“Ibuuuu...ada nampak papa tak?” Irine bertanya kepada ibunya yang sedang duduk mengupas kelapa tua.
“Papa ke kedai sayang. Kenapa ni?” tanya Ibu.
“Papa pergi kedai mana? Pak Mat?”
“A’ah. Kejap lagi papa baliklah. Ada apa ni Irine?” tanya ibu lagi ketika melihat anak gadisnya yang berumur sepuluh tahun itu yang kelihatan gelisah.
“Irine ada sesuatu nak tunjuk pada papa...” kata Irine sambil mengenggam sehelai kertas yang hampir berkeronyok itu.
“Nak tunjuk apa? boleh ibu tengok?”
Irine terdiam seketika seolah-olah berfikir. Ibu hanya tersenyum. Perangai Irine memang saling tak tumpah seperti papanya.
“Nah. Irine dapat seratus dalam bahasa inggeris...” Irine menunjukkan kertas peperiksaan pertengahan tahunnya kepada ibu. Ibu meneliti markah yang tertulis di atas kertas yang berkedut-kedut itu.
“Pandainya anak ibu dan papa. Mesti papa suka kalau dia tahu Irine dapat seratus.”
Irine senyum lebar. Kembang kempis hidungnya apabila di puji macam tu.
“Irine nak pergi kedai Pak Mat kejap ibu. Nak cari papa...”
“Eh, tak payahlah. Irine kan baru balik sekolah. Tunggu je papa kat rumah. Nanti papa baliklah tu...”
“Tapi papa lambat. Irine tak sabar nak tunjuk kertas ni..” Irine menjawab bersungguh-sungguh. Ibu senyum lagi.
“Irine, ingat tak apa papa pesan?”
“Pesan apa?” tanya Irine sambil tayang muka pelik.
“Apa papa cakap pasal sifat orang tak sabar ni?”
Irine terdiam seketika.
“Papa cakap, orang tak sabar ni sahabat syaitan. Papa cakap, sabar tu separuh daripada iman. Kita orang islam ni mesti ada sifat sabar dalam diri. baru Allah sayang...”
“Pandai anak ibu. Jadi, Irine boleh sabar tak? Boleh tunggu papa balik?”
Irine mengangguk laju.
“Pergilah naik dulu. saling baju. Lepas tu pergi makan. Lauk semua ibu dah siapkan atas meja..”
“Tak nak. Irine nak tunggu papa dulu, boleh kan ibu?”
Ibu mengusap rambut anak tunggalnya itu.
“Yelah. Pergilah tunggu papa kat depan.”
Irine berlari-lari anak menuju bawah pokok rambutan di halaman rumah. Dia duduk di atas buaian yang di buat oleh papanya itu. Sesekali leher dipanjangkan merenung jalan masuk rumahnya itu. Meninjau kalau-kalau kelibat papanya kelihatan. Namun sehingga keadaan bertambah gelap, kelibat papanya tidak juga muncul-muncul. Irine kelihatan gelisah. Laungan ibu yang menyuruhnya masuk ke dalam rumah kerana maghrib semakin hampir, tidak diperdulikannya. Dia akan tunggu sampai papanya pulang. Air matanya hampir mengalir ketika papa akhirnya muncul dengan motorsikalnya. Irine hampir melompat ketika menghampiri papa yang sudah menongkatkan motosikal di hadapan rumah.
“Papa pergi mana?” Irine memeluk papanya erat. Papa mengusap rambutnya perlahan.
“Papa tak ke mana sayang. Motor papa rosak tengah jalan. Papa terpaksa hantar kedai dulu sayang. Irine buat apa kat luar ni?”
“Irine tunggu papa. Dari balik sekolah tadi. Irine ingat papa tak kan balik jumpa Irine lagi...”
Papa mencangkung. Air mata Irine diusap perlahan oleh papa.
“Papa takkan tinggalkan Irine. Papa janji...”
Irine mengangguk perlahan.
“Irine sayang papa. Jangan tinggalkan Irine lagi...”
Papa hanya tersenyum sebelum mencium dahi anak kesayangannya itu.
“Papa pun sayang Irine juga, sampai bila-bila...”

                                                                        ***

Irine terkejut dan terjaga. Dia merenung sekeliling. Dia mengambil masa selama beberapa minit sebelum dia sedar di mana dia berada sekarang. Dia merenung jam di tangan. Hampir pukul lima petang. Lama juga dia tertidur. Dia bangun lalu duduk bersila di atas katil. Dia cuba mengigati akan mimpi yang menyebabkan dia terjaga tadi. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, dia sering termimpikan papa. Hatinya terasa sayu setiap kali teringat akan papa. Sudah terlalu lama dia tidak berjumpa dengan papa. Papa telah pergi meninggalkan dia dan ibu atas sebab yang dia sendiri tidak tahu. Segala janji-janji papa yang mengatakan papa tidak akan meninggalkan dirinya, hanyalah tipu semata-mata.
Irine menyeka sisa air mata. Barangkali dia menangis semasa tidur tadi. Begitulah keadaannya setiap kali termimpikan papa. Irine menarik nafas panjang. Tak guna baginya hendak menangis kerana lelaki itu. Papa dah tak sayang padanya lagi. Sebab itu papa pergi tinggalkan dirinya dan ibu. Dia benci papa!
Irine beristifar perlahan. Dia bangun dengan lemah sebelum menuju ke tandas. Dia belum lagi menunaikan solat zohor. Setelah berwuduk, dia melakukan solat jamak dan berdoa panjang. Mengalir air matanya ketika memohon ampun kepada Allah. Setelah selesai, dia melipat telekung dan sejadah. Dia memandang ke arah tingkap. Suasana di luar agak redup. Kedengaran dengan jelas ombak memukul pantai. Tiba-tiba perutnya terasa lapar. Baru dia teringat yang dia belum lagi makan tengah hari. Dia segera bersiap-siap sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut.
Irine bercadang mahu membeli makanan di luar kawasan resort. Kebetulan ada pasar malam di sepanjang jalan luar dari resort tersebut. Orang agak ramai. Dia berjalan dari satu gerai ke satu gerai untuk melihat makanan apa yang menarik yang menjadi tarikan tempat tersebut. Teringin benar dia nak merasa makanan tempatan. Oleh itu dia tak teragak-agak membeli satar, sejenis makanan tempatan yang diperbuat daripada isi ikan yang dibakar dengan daun pisang berbentuk tiga segi. Dia turut membeli keropok lekor yang begitu terkenal di Terengganu itu.
Irine turut berhenti di gerai yang menjual pelbagai barang cenderamata seperti rantai kunci berbentuk penyu. Ada juga bentuk kapal layar malah ada juga yang menjual hiasan seperti batu karang. Setelah hampir lima belas minit berjalan dan menyinggah dari satu gerai ke satu gerai, Irine mengambil keputusan mahu merehatkan kaki di bangku berdekatan yang terletak di bawah pokok Rhu. Dia menikmati makan malamnya di situ sambil ditemani angin yang bertiup lembut. Matanya di hala ke arah kanak-kanak yang riang bermain layang-layang di tepi pantai. Sesekali matanya turut tertarik ke arah beberapa orang penunggang kuda yang menunggang kuda di sepanjang pantai tersebut. Dalam hati sempat dia memasang niat kalau ada kesempatan dan keberanian, mahu juga dia mencuba menunggang kuda.
Setelah selesai makan, Irine berjalan-jalan di tepi pantai. Sengaja dia berjalan di gigi air. Seluar yang masah sehingga ke lutut tidak diendahkan. Hatinya benar-benar tenang dan gembira ketika ombak memukul-mukul kakinya itu. Setelah puas berjalan dan mengambil angin, dia berjalan kembali ke Resort. Dia berhajat mahu keluar lagi malam ini untuk berjalan di tepi pantai. Mesti seronok!
“Mana pulak kunci bilik ni..?” Irine mengodak isi dalam beg tangannya itu tanpa sempat memandang ke depan.
“Aduhhh...” Spontan Irine mengosok lengannya.
“Sorry...”
“Tak apa. salah saya. Saya jalan tak tengok dep...” Irine terdiam. Sukar dia hendak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapan matanya itu.
“Irine?”
“Irham...?” Irine berbisik perlahan. Buat seketika, mereka hanya saling berpandangan tanpa mampu berkata apa-apa. Irine telan air liur. Mahu sahaja dia lari dari situ namun kakinya tidak mahu bergerak. Seolah-olah telah di simen.
“Awak buat apa kat sini?" Tanya Irham lembut. Irine mengigit bibir. Hatinya agak tenang ketika mendengar suara lelaki itu. Perasaan rindu kembali menguasai dirinya. Dia hanya menundukkan kepala. Tidak sanggup rasanya menetang pandangan redup lalaki itu.
“Irine?”
“Err..tak buat apa. saja berjalan...” Dengan susah payah dia menuturkan kata-kata tersebut.
“Sorang?”
Irine terdiam seketika. Kalau berdua kenapa?
Perlahan-lahan Irine mengangguk.
“Awak buat apa kat sini?” tanya Irine pula ingin tahu. Takkan servey tempat honeymoon kut. Huhu.
“Ada kerja sikit...”
“Ohh...” servey tempat honeymoon tu termasuk dalam kategori kerja ke? Irine tertanya sendiri.
“Dengan siapa?” Irine mengagahkan diri untuk bertanya. Tolong jangan cakap datang dengan tunang awak.
“Kawan...” Perlahan Irham menjawab. Irine merenung wajah Irham. Betul ke kawan? Atau tunang?
“Tak apalah. Saya nak ke bilik dulu...” Irine berkata sebelum melangkah.
“Irine....”
Spontan langkah kakinya terhenti. Dia menoleh.
“Awak masih sayangkan saya kan?”
Berkerut dahi Irine ketika mendengar pertanyaan lelaki itu. Ni apa kes tiba-tiba nak ungkit hal lepas ni?
“Saya tak faham maksud awak..”
Irham hampir melemparkan senyuman sinis.
“Kenapa awak terlalu ego untuk berterus terang?”
Irine mengetap bibir. Ini sudah lebih.
“Irham Danial. Saya betul-betul tak faham apa awak nak cakap sebenarnya. Tolonglah jangan buang masa dengan saya lagi boleh? Awak jaga sahaja urusan awak dan saya jaga urusan saya. Boleh?”
“Kenapa? Awak takut dengan kebenaran?” Irham berkata sinis.
Irine menjeling tajam. Rasa berasap kepala mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kebenaran apa?”
“Kebenaran yang awak sayangkan saya. Terlalu sayang sehingga awak menderita. Awak terlalu rindukan saya sampai awak tak peduli lagi apa yang berlaku di sekeliling awak. Betul tak?”
Irine membulatkan biji mata. Amboi-amboi, sedap je mulut tu bercakap. Namun dalam hati terasa berdebar.
“Jangan nak perasanlah. Saya tak pernah ada apa-apa perasaan pun pada awak sejak dulu lagi. Saya minta maaflah kalau saya dah buat awak salah faham. Mungkin selama ni awak ingat saya tergila-gilakan awak tapi saya minta maaf banyak-banyak, jangkaan awak tu meleset sama sekali.” Irine berkata bersungguh-sungguh. Dalam hati dah terasa bagai di toreh dengan pisau belati. Menafikan perasaan sebenar di hadapan orang yang di sayangi bukan sesuatu yang mudah.
“Saya tak percaya satu apa pun yang awak cakap. Mulut awak boleh kata macam-macam, tapi hati awak tak mampu nak tipu saya. Mata awak. Renungan mata awak mengambarkan segala-galanya. Awak terlalu sayangkan saya sampai hati awak terseksa. Kenapa masih tak nak mengaku lagi.” Suara Irham naik satu level. Irine mengetap gigi. Cuba menahan kemarahannya namun dalam masa yang sama, cuba menahan sedih yang bersarang di dalam hati. Mana mungkin dia mengaku pada Irham akan perasaan sebenarnya sedangkan dia tahu Irham adalah tunangan orang.
“Saya tak ada masa nak layan awak lagi...” Irine berpaling mahu meninggalkan tempat itu namun spontan dia terhenti.
“Sakitlah...” Irine menarik kembali tangannya namun Irham tak mahu lepas.
“Awak jangan nak buat gila kat sini..!” Irine berkata marah. Nasib baik pakai sweater lengan panjang.
“Ni apa? macam ni ke awak cakap awak tak sayangkan saya?” Irham mengangkat tangannya. Irine hanya memandang pergelangan tangannya yang dipegang kemas oleh lelaki itu. Dia tergamam.
“Kenapa awak masih simpan lagi sapu tangan ni, kalau betul awak tak sayangkan saya?” tanya Irham. Irine hanya terdiam ketika matanya masih  memandang pada sapu tangan berwarna coklat yang diikat kemas di pergelangan tangannya itu.
“Jawab Irine!”
Lidah Irine kelu. Dia tak tahu apa nak jawab. Air mata hampir bergenang namun dia tidak mahu mengaku kalah. Kalau dia berterus terang sekalipun, apa yang dia dapat? Irham tunangan orang.
“Saya...saya nak pulangkan sapu tangan ni pada awak..” Irihe menjawab sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Irham.
“Nah. Terima kasih. Saya tak perlukan sapu tangan ini lagi. Maaf sebab buat awak salah faham. Saya tak mungkin ada perasaan pada awak hanya disebabkan sapu tangan ini...” Irine berkata perlahan sambil menghulurkan sapu tangan tersebut ke arah Irham. Irham hanya merenung sapu tangan tersebut.
“Ambillah. Saya tak perlukannya lagi...” Irine berkata lagi, sengaja mahu membuatkan Irham bertambah marah dan benci padanya. Hanya itu sahaja caranya.
Irham mencapai sapu tangan tersebut sebelum dibaling ke lantai. Dipijak-pijaknya sepuas-puas hati. Irine tergamam dengan tindakan spontan tersebut. Terbit perasaan sayu melihat sapu tangan itu diperlakukan sebegitu. Sapu tangan yang banyak menyimpan kenangan mereka berdua.
“Saya janji yang saya akan buktikan...”
“Buktikan apa lagi Irham?”
“Saya akan buktikan yang awak sayangkan saya. Saya akan buat awak mengaku depan saya yang awak betul-betul sayangkan saya. Itu janji saya..!” Irham berkata keras sebelum berlalu dari situ. Irine hanya mampu melihat Irham pergi meninggalkan dirinya. Sapu tangan yang telah kotor itu dikutip. Air mata mengalir laju ketika dia membersihkan debu pada sapu tangan tersebut.
“Maafkan saya Irham. Saya terpaksa. Kita tak mungkin akan bersama lagi...” Irine mengesat air matanya sebelum berjalan menuju ke biliknya.
P/S: TO BE CONTINUED.

2 140 tukang karut:

Anonymous said...

AaahH ! Knp irine ego sgt ni ? Hmm , tpi best !! Yeah chaiyokk akak , great job :) jgn lupaa smbug lgi tau !

Cahaya said...

anon>> irham kan dah tunang, makanya dia tak nak cakaplah..hehe..

Post a Comment