RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 17, 2014

Bab 3 : Andy Hilton Vs Mr. MPP



“Hai Andy....”
“Peeeeewitttt..!”
“Hai sweetie, nak ke mana tu? boleh abang temankan?”
Andriana hanya membalas dengan senyuman mengoda. Bangga kejap bila ramai lelaki yang meemberikan perhatian kepadanya sebegitu. Kalah masa di London dulu.
“Amboi, kot ye pun, coverlah sikit sengih tu.” Joey di sebelah memutarkan bebola matanya ke atas. Andriana membuat muka.
“Ala, jelous ke? Aku baru nak feeling-feeling Paris Hilton ni.”
“Andy, aku rasa kau tentu tahu kan aku barang sebesar kuman pun tak ada rasa jelous dengan kau bila mamat-mamat tu semua dok terhegeh-hegeh kejarkan kau. Joey bertanya serius. Andriana yang sedang menyapu pelembab bibir itu terhenti seketika. Dia menoleh ke arah Joey di sebelah.
“Joey, kenapa ni? Aku bergurau jelah. Aku tahu kau bukan jenis macam tu. takkan tu pun nak terasa?”
“Aku bukan terasa, cuma aku takut kau salah faham. Lagi pun, aku tak berapa suka sangatlah kau layan sangat budak-budak tu. Yelah, lelaki kau tahu jelah. Bukan boleh diberi muka sangat. Alamat silap hari bulan jadi lain pula...”
“Jadi lain? Maksud kau?” Andriana menyimpan kembali pelembab bibir di dalam beg make upnya.
“Kau tahu jelah. Bukan semua lelaki tu nampak baik...”
“Really?”
Joey mengangguk.
“Kau dah duduk di London tu lama kan, aku rasa kau pun tahu...”
Andriana terdiam cuba berfikir apa yang hendak disampaikan oleh Joey sebenarnya.
“Sudahlah, tengok muka kau berkerut-kerut macam tu, buat aku rasa lain macam je...”
“Lain macam apa?” Tanya Andriana semakin hairan. Joey mengeleng.
“Nothing. Just forget about that, okey?”
“As you wish..” Andriana mengangkat bahu.
“So, lepas ni kau ada kelas?”
Andriana menjeling jam di tangan.
“Ada, pukul sebelah nanti sampai pukul satu.”
“Kelas apa?”
“Art...” Andriana menjawab. Joey kembali mendiamkan diri. walaupun mereka merupakan teman sebilik, namun khusus yang diambil oleh mereka tidak sama. Sherry mengambil pengajian pendidikan awal kanak-kanak. Mimi pula mengambil pengajian Bioteknologi manakala dia pula lebih senang dengan Information Technology. Si Andriana ni pulak ambil Fashion Designer. Memang sesuai sangatlah tu.
“Aku pun kelas pukul sebelas nanti. Eh jom pergi makan dulu, laparlah...”
“Nak makan apa? dekat cafe bukan ada apa-apa pun.”
“Makan nasi lah....”
“What?”
“Dah-dah tak ada. Bila lagi kau nak belajar makan nasi ni? Jom, kali ni aku belanja...”
“Joey....” Andriana buat muka kesian. Tak lalu tekak nak telan benda-benda tu. bukan dia tak pernah cuba, tapi kalau akhirnya segala yang masuk dalam perut tu keluar balik, baik tak payah makan. Buat membazir je.
“Bila lagi nak belajar. Jom, sikit je...” Joey menarik tangan Andriana. Mahu tidak mahu, terpaksalah Andriana mengikut kehendak Joey.
“Sharifah Damia Adriana!!!”
Andriana dan Joey tersentak terkejut. Spontan mereka menoleh ke balakang. Andriana memutarkan bebola matanya ke atas. Tak ada orang lain ke dalam dunia ni?
“Sharifah Damia Adriana! Awak ni memang dah melampau!” Suara itu semakin menghampiri mereka. Andriana buat muka bosan. Para pelajar yang berada di sekitar tersebut berpaling memandang ke arah mereka.
“Now what?” Andriana mengumam perlahan namun dia yakin Lia mampu mendengarnya. Joey di sebelah menyiku pinggangnya tanda amaran namun Andriana tidak peduli. Minggu orientasi dah habis kan? So apa lagi minah ni nak?
“Apa yang awak pakai tu?” Jari telunjuk Lia naik ke mukanya. Andriana hampir terkejut dengan tindakan spontan Lia itu. Apa hal pulak minah ni?
“Sharifah Damia Adriana! Awak dengar tak apa yang saya tanya ni?” Suara Lia naik satu level lagi sehingga membuatkan semakin ramai pelajar yang memandang ke arahnya. Minah ni kalau nak buat scene pun, agak-agaklah pilih tempat. Ni betul-betul depan kawasan kompleks kuliah. Bikin jatuh standard aku je. huh!
“Saya pakai baju dengan seluar, takkan itu pun tak boleh nampak? Atau awak terlalu buta untuk membezakannya?” Selamba Andriana menjawab sambil mata memandang sinis ke arah pakaian yang dipakai oleh Lia itu. Baju kurung dengan tudung bawal lepas ke bawah. huh. Memang tak ada taste langsung. Buta fesyen!
“Macam tu awak kata awak pakai baju dengan seluar? Saya tengok dah rupa macam kain kesat kaki, tahu! Dengan sendatnya, terbelah sana terebelah sini. Fesyen jenis apa awak pakai ni? Punk? Black metal?” Lia bertanya geram. Panas hatinya bila budak junior bernama Sharifah Damia Adriana ni berani menjawabnya seperti itu. Memang dasar tak makan saman.
Andriana tersenyum sinis. Punk? Black metal? Memang bodoh betul minah ni. Dia tak tahu ke yang Punk and Black Metal ni sebenarnya berasal daripada musik dan bukan cara pemakaian? Dekat London tu ada je orang kerja pejabat siap berkemeja bagai tapi die hard core punk dan black metal. Huh.
“Lepas ni saya tak nak tengok awak pakai macam ni lagi. Buat malu kaum perempuan je!”
Telinga Andriana kembali berdesing. Ini sudah melampau.
“Apa saya nak pakai, itu bukan masalah awak. so mind your own business okey. saya tak kacau awak, dan awak jangan kacau hidup saya? deal?”
Dada Lia kembali berombak. Terasa sakit hatinya apabila junior yang baru setahun jagung ini berani menjawab setiap kata-katanya. Kalau si Andriana ni jadi adik dia, dah lama dia lempang laju-laju.
“Awak jangan biadap! Ini universiti, bukan rumah pelacuran. Jadi jaga cara pemakaian awak tu. jangan tunjuk sangat yang awak tu...murahan.”
Terasa berasap telinga Andriana. Tapak tangan digenggam erat cuba menahan sabar. Joey di sebelah dah resah gelisah melihat adegan sebabak yang semakin panas itu. Para penonton tak berbayar pula semakin ramai.
“Kenapa? Betulkan saya cakap. Awak ni dah macam perempuan murahan. Suka sangat tayang tubuh tu ke sana ke mari. Macam pelacu...”
PANG!!
Joey di sebah dah tergamam tidak berkata-kata. Begitu juga pelajar-pelajar yang menjadi penonton di situ. Masing-masing diam kaku tidak bergerak seolah-olah telah disumpah secara besar-besaran menjadi batu. Lia mengetap bibir. tangan menyentuh pipi yang mula terasa panas.
“KAU MEMANG KURANG AJAR! BERANI KAU LEMPANG AKU! KAU INGAT KAU SIAPA?!” Lia menjerit-jerit seperti orang kena histeria. Tangan diangkat tinggi mahu membalas balik perbuatan Andriana itu namun terhenti. Spontan Andriana dan Lia menoleh ke sebelah.
“Apa hal ni?” Wafiy bertanya keras sambil tangan masih memegang tangan Lia, cuba menahan dari hinggap di pipi Andriana.
“Perempuan ni! Awak tanyalah dia apa dia dah buat! Dia tampar pipi saya!” Lia menjawab berang. Tangannya yang dipegang oleh Wafie itu direntap kuat. Wafie memandang ke arah Andriana yang tayang muka tak bersalah itu.
Lah. mamat ni lagi? tak ada orang lain ke? Huh!
“Andriana, betul ke apa yang kak Lia cakap tadi? Awak tampar pipi dia?” Tanya Wafie lembut. Andriana tidak menjawab. Dia membelek kukunya yang dicat dengan warna merah jambu.
Wafie menarik nafas dalam-dalam. agak tercabar juga dengan perangai junior yang seorang ini.
“ Andriana, kalau betul awak tampar pipi kak Lia, saya rasa lebih baik awak minta maaf...”
Andriana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Why should I? Dia yang cari pasal dulu...”
Wafie memandang ke arah Lia kembali.
“Awak percaya cakap dia? awak percaya saya yang mulakan dulu?” Lia bertanya semakin berang. Wafie menarik nafas lagi. memang silap besar betul bila masuk campur hal orang perempuan ini. Tapi apa nak buat. Benda berlaku depan mata, takkan nak biarkan je.
“Lia...” Wafiy bersuara seolah-olah memujuk. Lia membulatkan mata memandang ke arah Wafie seolah-olah tidak percaya. Andriana sengih mengejek.
Wafie membuat isyarat ke arah Lia supaya meminta maaf dengan Andriana. Dia kenal sangat dengan Lia. Dia tahu yang semua ini takkan berlaku kalau Lia tak mulakan dahulu.
“I can’t believe this!”
“Lia...meminta maaf dahulu bukan bermakna kita salah...” Wafie cuba memujuk lagi. Lia merengus kasar. Dia menjeling ke arah Andriana.
“Sorry..” Lia berkata tidak ikhlas tanpa memandang ke arah Andriana. Andriana tersengih penuh kemenangan.
“Apology accepted..” Andriana menjawab sinis.
“Your turn...” Wafie memandang pula ke arah Andriana.
“Huh? Excuse me?” Andriana bertanya tidak faham.
“Giliran awak untuk minta maaf...”
“What? No way! Bukan salah saya. dia yang mula dulu kenapa pulak saya yang kena minta maaf?” Andriana bertanya tidak percaya.
“Kan saya dah cakap tadi, meminta maaf bukan bermakna kita salah. Lagi pun awak dah tampar kak Lia kan. Jadi itu dah menunjukkan yang awak juga bersalah...” Wafie menjawab lembut. Andriana merengus. Nak mintak maaf? Kirim salam banyak-banyak.
“No way! Saya takkan minta maaf bila saya rasa saya tak bersalah. Saya tampar dia sebab dia kata saya perempuan murahan. Even kawan-kawan saya dekat London pun tak pernah nak gelarkan saya sebagai perempuan murahan. Hairan ya, mama saya cakap orang Malaysia lebih berbudi bahasa, lebih bersopan santun. Tapi nampaknya mama saya silap. Silap besar. Malah mereka lebih teruk dari orang Eropah, sekurang-kurangnya mereka menghormati hak dan kebebasan orang lain.”
“Hormat? Adakah mereka akan menghormatit orang yang tak pandai nak menghormati orang lain?”
Andriana terdiam. tersentap hatinya apabila mendengar pertanyaan berbaur sindiran tersebut. walaupun Wafie mengunakan bahasa yang lembut, namun kata-kata yang dituturkan itu tajam menghiris pangkal hatinya.
“See, macam yang saya cakap tempoh hari. Kita kena belajar hormat pada orang dulu sebelum orang hormat kita. Saya bukan nak menangkan sesiapa, kak Lia juga bersalah dalam hal ini tapi awak kena ingat, kak Lia tegur awak demi kebaikan awak juga. Sini Malaysia bukan London. Cara pembawakan diri itu harus berbeza...”
Andriana terdiam lagi. terasa malu pula apabila Wafie berkata begitu. Argh! Tercalar standard aku. Dahlah sound aku depan budak-budak lain! Huh.
“So Andriana, minta maaflah dengan Kak Lia. Buang yang keruh ambil yang jernih...”
Buang yang what?
“Andriana....”
“What is this place? Hogward?” Andriana menjawab sinis. Wafie masih memandang ke arahnya tanpa sebarang riak.
“Andriana...asking forgiveness from someone else is not a crime. Awak tak perlu malu. Semua manusia memang tak terlepas dari melakukan kesilapan.”
Andriana mengetap bibir. memang terasa cukup tersindir dengan kata-kata Wafie itu walaupun dia tahu bukan niat Wafie ke arah itu. Namun hatinya tetap berdegil. Egonya terasa jatuh menjunam ke bumi jika dia meminta maaf atas apa yang dia dah buat. Itu bukan diri dia.
“No. Saya tetap dengan pendirian saya. saya takkan meminta maaf dengan sesiapa termasuk dengan dia..”
“Kau...!” Lia cuba bersuara namun sempat ditahan oleh Wafie.
“Jangan rumitkan keadaan Andriana.”
Andriana hanya menjulingkan biji mata. bosan dan menyampah!
Wafie menarik nafas dalam-dalam. kesabarannya turut tergugat dengan perangai degil Andriana itu. Seumur hidupnya tak pernah lagi dia berhadapan dengan junior seperti Andriana. Suka memberontak.
“Kalau macam tu, saya terpaksa gunakan kuasa saya sebagai pengerusi MPP...”
Andriana tayang muka bosan.
“Awak minta maaf atau awak akan dikenakan tindakan tatatertib...”
“What?!” Andriana bertanya hampir tidak percaya. Lia dah tayang senyum mengejek.
“You heard me...”
Andriana mengetap bibir geram.
“Fine! I’m sorry. Puas hati?”
“Sebagai permulaan...saya kira itu dah cukup baik...” Wafie tersenyum. Andriana tidak pasti sama ada Wafie cuba menyindirnya atau ikhlas ketika menuturkan ayat tersebut.
“Jadi saya rasa, perkara ini selesai di sini saja, okey. Lia..jangan buat hal lagi, okey....”
“Tapi...” Lia terdiam apabila Wafie membuat isyarat supaya berhenti di situ sahaja.
“Andriana, awak boleh pergi sekarang...”
Andriana merenung ke arah Wafie dengan renungan tajam.
“Ada suatu benda yang saya lupa nak bagi tahu....”
“Apa dia?”
“I hate you! I hate her and I hate this place!” Andriana menjawab keras sebelum berlalu dari situ. Wafie yang tidak sangka akan mendengar ungkapan seperti itu, hanya terkebil-kebil memandang ke arah Andriana yang sedang berjalan laju sambil menyumpah seranah dalam bahasa inggeris itu. Dia hanya mampu mengeleng.
“Kan saya dah cakap, dia tu memang biadap dan tak boleh nak diajar langsung...” Kata-kata Lia di sebelah bagai angin lalu menyapa telinganya. Dengan rasa penat dan terbeban, Wafie berjalan menuju ke pejabat MPP. Rasa sakit kepala yang mula menyerang tidak diendahkan.
“Wafiy, awak nak ke mana? Tunggulah saya...” Panggilan Lia di belakang tidak diendahkan. Apa yang dia mahu sekarang ialah merehatkan otak dan fikiran dari perkara-perkara yang menyerabutkan itu.
P/S: TO BE CONTINUED.

1 140 tukang karut:

Anonymous said...

emm, mcm srupa novel hl0vate jerr.. (anthem)..

Post a Comment