RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 17, 2014

Bab 2 : Andy Hilton Vs Mr. MPP



“Budak tu dah melampau!” Lia menghempaskan tubuh pada sofa. Majalah Siswa yang terletak di atas meja dihadapannya itu dicapai sebelum dikipas laju-laju ke tubuh. panas hati bila mengenangkan kelakuan junior yang seorang itu. Boleh bikin terbakar je. huh!
“Relaks sudah. Macam tak biasa..”
“Wafiy, cuba awak cakap sepanjang kita jadi MPP ni, berapa kali kita berhadapan dengan situasi ni?” Lia bertanya geram. Mug yang dihulurkan oleh Wafiy itu diambil sebelum diteguk perlahan.
Wafiy terdiam seolah-olah berfikir. Lia tayang muka menyampah. Gaya macam tengah fikir soalan rumit je.
“Hmmm...none?”
“Exactly! Dia yang pertama! Buat cemar rekod je. huh!” Lia merengus geram. Mug yang tinggal separuh itu diletakkan di atas meja. tangan kembali laju mengibas tubuh. alat penghawa dingin dalam bilik MPP ni pulak rosak. Makin bertambah darjah kepanasan dalam dirinya itu.
“So, itu bermakna dia tu...special?” Wafie menjawab sambil mengangkat kening. Saja mahu melihat reaksi gadis dihadapannya itu. Lia membulatkan mata.
“What? Awak ni dah kenapa? Awak sedar tak apa awak cakap ni?” Lia semakin naik angin. Orang cakap serius, dia boleh buat main pulak. Kalau tahu dek bahagian pentadbiran, mati nak jawab.
“Dahlah Lia. Dari awak sibuk-sibuk fikirkan hal tu, baik awak buat kerja lain. Lagi pun program pun dah habis kan. Kira dah lepas pun tanggung jawab kita. Lepas ni kalau dia nak buat hal, itu dia punya pasal. Bukan tanggung jawab kita lagi. sendiri buat sendiri tanggunglah...” Wafie menjawab sambil berjalan menuju ke arah komputer riba yang terletak di atas meja yang selalu digunakan untuk membuat kerja-kerja sebagai pengerusi MPP.
“Hmm, harap-harap lepas ni budak tu tak menyusahkan kita lagi. harap muka je cantik, tapi perangai fail. Perasan nak jadi minah saleh celup. Lawa sangatlah rambut warna karat tu. ada hati nak jadi macam Paris Hilton konon, eee menyampah...” Wafiy hanya tersenyum mendengar bebelan Lia itu namun dia tidak berkata apa-apa. perempuan. Kadang kala kalau datang angin puting beliung, habis semua dia sembur.
“Ha, lupa nak cakap. Tadi umi telefon ajak balik rumah minggu ni...” Wafiy berkata tanpa mengalihkan pandangan dari skrin komputer ribanya.
“...menyampah, berlagak..perangai macam...hah? apa dia awak cakap tadi?” Lia yang dari tadi sibuk membebel terhenti seketika. Mata memadang ke arah Wafiy yang masih khusuk entah tengah buat apa.
“Umi saya telefon suruh ajak awak balik rumah minggu ni. Katanya ada nak buat makan-makan...” Wafiy menjawab malas. Tengah pening dengan segala report yang entah zaman bila nak siap tu.
“Makan-makan? Sempena apa?” Tanya Lia ingin tahu. Jangan-jangan...
Wafie mengangkat bahu namun mata masih kekal pada skrin tanpa sedar yang Lia sedang memandang ke arahnya dengan penuh makna.

                                                                        ***

“Andy, aku rasa kau tak patutlah buat macam tu tadi...”
Mimi dan Sherry masing-masing mengangguk tanda setuju. Andriana yang sedang menguis nasi goreng USA itu hanya mendiamkan diri.
“Andy, kau dengar tak ni?”
Andriana menarik nafas dalam-dalam. pinggan yang hanya luak sedikit itu ditolak ke tepi. Nama saja nasi goreng USA, tapi rasa entah hape-hape. Ingat nama antarabangsa tu adalah macam makanan western yang dia selalu makan masa di London dulu, ini tak. Nak muntah rasa.
“Kau nak aku buat apa? benda dah jadi. Lagi pun, terus terang aku cakap, aku memang tak boleh nak adapt dengan persekitaran kat sini. Rimas tahu tak. Orang asyik pandang apa aku buat. Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa orang-orang yang suka sangat nak ambil tahu akan orang lain macam mereka semua tu.” Andriana menjawab sebelum menyedut jus oren. Joey, Mimi dan Sherry saling berpandangan.
“Tapi, kau tetap tak boleh buat macam tu. aku rasa, walau kat negara mana-mana sekalipun, kita tetap perlu ada rasa hormat pada orang kan. Memanglah aku tak sokong cara kak Lia tu tegur kau, tapi takkan sebabkan hal tu, kau nak berhenti dari sini.”
Andriana mengangkat bahu.
“Aku dah fed up. Aku nak cuba pujuk mama aku. Esok mungkin mereka akan sampai. Aku nak pujuk mama aku supaya benarkan aku balik ke London semula.”
“Hmmm, boleh kami tahu, kenapa mama kau paksa kau balik sini?”
Andriana yang sedang menyedut minuman tersebut, terhenti seketika. Dia berdehem perlahan sebelum menolak gelas yang hampir kosong itu ke tepi.
“Kau orang dah habis makan? Jom balik, aku penatlah. Today is a very long day for me...”
Joey memandang ke arah Sherry dan Mimi sebelum masing-masing mengangkat bahu.

                                                                        ***

“NO! My answer is no!”
“But mama, please...”
“Girl, cuba faham bahasa sikit, mama kata tak boleh tu, maknanya tak bolehlah..!” Puan Sharifah Halina menjawab keras. Andriana membuat muka sedih. Dia memandang ke arah papanya pula seolah-olah ingin meminta simpati.
“Papa....”
Encik Syed Razlan yang sedang membaca akhbar itu menarik nafas panjang. Rasanya dia dah tak daya nak berpura-pura tak mendengar pertelingkahan anak beranak itu. Akhbar yang masih separuh belum dibaca itu, diletakkan di tepi. Dia memadang wajah monyok anak tunggalnya itu dengan penuh kasih sayang.
“Girl, mama dan papa buat semua ni untuk kebaikan Girl jugak. Lagi pun, Girl dah terlalu lama tinggal dengan Uncle Rizal. Sekarang tiba masanya pula Girl duduk dengan mama dan papa. Girl tak sayang mama dan papa ke?” Encik Syed Razlan cuba memujuk dengan lembut. Bukan mudah nak melembutkan hati anak gadisnya itu. Jika sepuluh tahun dulu dia mampu melembutkan hati Andriana dengan hanya memberikan sebiji gula-gula, namun sekarang tidak lagi. terlalu cepat masa berlalu sehingga tidak sedar yang Andriana telah terlalu dewasa untuk disogok dengan gula-gula ketika ingin memujuk.
Andriana memasamkan muka. Hasrat dia untuk mengubah fikiran mama dan papa menemui jalan buntu. Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana cara mahu memujuk mama dan papanya. Rasanya peluangnya memang sudah tak ada langsung. Semua ini memang salahnya. Kalau dia tak terjebak dengan hal ‘itu’, pasti sekarang dia sedang bersukaria di London bersama dengan teman-temannya. Arghhh! This is nightmare!
“Tapi mama...”
“No tapi-tapi. Keputusan mama muktamat. Sama ada Girl suka atau tidak, Girl akan habiskan masa selama tiga tahun di sini sampai dapat degree kemudian barulah boleh nak sambung ke ceruk mana sekali pun. Yang penting, degree from local university. Faham?!”
Andriana memuncungkan bibir. rasanya dah tak ada apa lagi yang boleh dia lakukan selain..
“Faham mama...”
“Good girl. Macam tulah anak mama...” Mama kembali tersenyum. Andriana hanya mengeluh perlahan sambil memandang mangkuk yang telah kosong itu. Dalam kepala rancak berfikir akan rancangan seterusnya. Kalau mama tak nak terima usul diplomasi dia secara baik, terpaksalah dia guna cara ‘pemberontakan halus’. Diam-diam Andriana tersenyum sambil mencapai kotak berisi bijiran sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel tempat mama dan papanya menginap itu. Tiba masanya plan B bertindak.

                                                                        ***

“Wafiy mana umi?” Lia yang sedang sibuk mengelap pinggan yang telah siap dicuci itu mengangkat kepala memandang ke arah Umi Naziha yanag sedang sibuk mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan ketika makan-makan tadi.
“Entah, lepas makan tadi terus lesap entah ke mana. Barang kali ada di atas agaknya. Kamu macam tak kenal perangai Wafiy tu. kerja dia tak ada benda lain, asyik mengadap komputer je. entah apa yang dia buat pun tak tahu...”
“Ala biasalah umi, Wafiy tu kan jenis kuat kerja. Dia mana reti nak duduk saja. pantang ada masa lapang, adalah benda yang dia nak buat tu...” Lia menjawab sambil tersenyum manis. Umi Naziha turut sama tersenyum.
“Entahlah Lia. Risau jugak kadang-kadang umi tengok si Wafiy tu. macam tak ada life langsung. Asyik nak mengadap komputer je. sampai tak berkawan langsung dengan sesiapa. Ni mujurlah ada Lia. Kalau tak, tak tahulah...”
Lia hanya tersenyum malu ketika mendengar kata-kata umi Naziha itu.
“Ala, biarlah dia umi. Lia tak kisah pun. Lagi pun dah faham sangat dengan perangai dia. sejak kecil lagi perangai dia macam tu, tak pernah berubah...”
Umi Naziha yang sedang menyusun pinggan mangkuk di dalam kabinet dapur itu terhenti.
“Lia jangan serik ye dengan Wafiy...”
Lia yang sedang mengelap gelas yang telah dicuci itu mengangkat kepala.
“Maksud umi?”
Umi Naziha hanya tersenyum penuh makna namun tidak berkata apa-apa sehingga membuatkan Lia binggung.
“Umi..ada nampak tak Am punya pendrive warna hitam yang Am letak atas tv minggu lepas?” Wafiy yang muncul entah dari mana itu tiba-tiba terpacul di muka pintu dapur.
“Entah, cuba tengok dekat atas rak buku tepi tv tu, kot abi letak situ ke...”
“Okey, thanks umi...” Wafiy kembali hilang dari panadangan namun mata Lia masih tertumpu ke arah tempat Wafiy berdiri tadi.
“Amboi anak dara, pandang apa tu sampai tak berkelip?” Umi Naziha mengusik. Lia yang tersedar, tersipu-sipu malu. kepala kembali tertunduk ketika tangan lincah mengelap gelas.
“Jangan risau, tak lari gunung dikejar...”
Muka Lia semakin merah padam mendengar usikan umi Naziha itu. Namun dalam hati dah kembang setaman.
                                                                     ***
“Hai, awak tahu tak, even bidadari pun tak mampu nak menandingi kecantikan awak...”
Andriana cuba menahan senyum di bibir.
“Saya tahu walau saya hadiahkan bunga mawar seluas alam ini pun tak mampu menandingi wangian yang datangnya dari tubuh awak, tapi saya nak awak tahu yang saya ikhlas terhadap awak. jadi, terimalah kuntuman bunga mawar ni sebagai lambang cinta saya terhadap awak...”
Andriana hanya memadang sejambak bunga mawar merah segar yang dihulurkan oleh lelaki itu. Ada dalam lebih kurang tiga puluh kuntum bunga mawar merah beserta patung teddy bear comel terikat kemas dihadapannya itu.
“Awak tahu kan saya tak mudah nak jatuh hati pada sebarangan lelaki?” Andriana memadang ke arah lelaki itu. Memang kacak. Tak sangka lelaki melayu pun boleh tahan rupanya.
“Yes I know. Bidadari macam awak pasti susah untuk dimiliki, hanya lelaki yang benar-benar bertuah sahaja mampu memilik awak...” Lelaki itu kemudiannya duduk dihadapannya. Andriana mengerutkan dahi.
“Eh, tadi awak kata even bidadari pun tak mampu nak tandingi kecantikan saya, sekarang dah lain pulak?”
Lelaki itu terdiam seketika.
“Hmm, my bad. I’m sorry okey kalau kata-kata tadi sedikit sebanyak menguris hati awak. jadi, sudi tak awak terima salam perkenalan dari saya ni?”
Andriana hanya tersenyum manis. Dah masak sangat dengan ayat-ayat Romeo macam ni. Hairan, semasa di London dulu tak adalah sampai macam ni sekali dia digoda oleh lelaki-lelaki ini. Mungkin sebab masa tu dia dengan Ryan, jadi tak siapa berani kacau. Ah, bila mengingati bekas teman lelakinya itu, hati terasa sebal.
“Andriana?”
“Hah? Apa awak kata tadi?”
Lelaki itu menarik nafas panjang. Barang kali kecewa dengan sikapnya yang acih tak acuh dengan luahan hati si lelaki yang dia tidak tahu namanya itu. Izat? Ikram? Entah. Dia pun dah lupa.
“Sudi tak kalau...”
“Andy?”
Spontan Andriana mengalihkan pandangan. Joey sedang melambaikan tangan ke arahnya. Andriana turut membalas lambaian tersebut.
“Maaflah..errrr Izat. Saya ada hal. Jumpa nanti. By the way, thanks for the flowers.” Andriana bangun sambil mencapai jambangan bunga yang diletakkan diatas meja itu sebelum berlalu dari situ.
“Izman...tapi awak boleh panggil saya Iz...” Namun Andriana ketika itu, telah jauh meninggalkan dia tanpa menoleh kebelakang lagi.
“Another crush?” Joey memandang ke arah jambangan bunga dalam pelukan teman sebiliknya itu.
“Yap. Cantikkan...” Andriana mengangkat kening. Joey memutarkan bebola matanya.
“Jelous!”
“Perasan, tak ada maknanya aku nak jelous bagai macam tu. setakat bunga je pun. Lainlah kalau diorang bagi kau Smart Phone ke, PS2 ke, I-Pad ke. Yang tu sungguh aku jelous.”
Andriana menjulingkan biji mata sebelum mereka sama-sama ketawa.
“So, tadi tu budak mana?”
Andriana mengangkat bahu. Tangan masih sibuk membelek jambangan bunga mawar tersebut.
“Senior engineering kan?”
“Maybe...”
“Aku rasa aku kenallah mamat tu..” Joey mengosok dagu seolah-olah berfikir.
“Really?” Andriana jawab acuh tak acuh.
“Hmmm, mamat tu antara yang top jugak dekat fakulti dia. hot stuff orang kata...”
“Hot stuff? Really?”
“Hmmm, kau rasa?”
Andriana mengangkat bahu.
“Bolehlah. So-so...”
Joey mengeleng ketika melihat Andriana masih sibuk membelek jambangan bunga tersebut. dah rupa macam orang tak pernah dapat bunga. Padahal dalam minggu ni sahaja berpuluh-puluh jambangan bunga sampai dekat bilik. Dah boleh buat mandi pun. Itu tak termasuk lagi delivery masa waktu kelas sampai lecturer pun dah naik pening sebab asyik terganggu dengan kedatangan bunga yang entah dari mana tu.
“Kau ni, macam tak pernah dapat bunga. Padahal berlambak-lambak bunga dalam bilik tu, dah boleh buat kebun bunga pun sampai nak jalan pun tak ada tempat nak lalu.”
“Mestilah. I love flowers. Especially roses. Red roses. Red roses ni lambang cinta tau...”
Joey memutarkan bebola matanya lagi. hai memang Paris Hilton Wannabe sungguhlah hencik room mate seorang ni.
“Whateverlah. Dah jom balik. Lapar nak makan.”
“Okey, hari ni kita makan A&W lagi boleh?”
“Hah? Fast food lagi? aku kebulur nasik dah ni wei...” Joey buat muka kesian. Dah tak lalu dah nak mengadap burger dengan kentang goreng je tiap-tiap malam.
“Ala, pleaseeee. Aku belanjalah. Boleh?”
“Kau ni minah, bila nak belajar makan nasik? Jadilah melayu sikit. Ini tak, sibukkan sangat dengan lidah minah saleh dia tu...” Joey mengeleng. andriana memuncungkan bibir.
“Buruk. Huduh!” Joey menjentik hujung bibir Andriana.
“Hey, sakitlah!”
“Tahu pun. Sakit jugak mata aku nengoknya kau buat gaya itik serati macam tu.”
Andriana mencebik namun tidak berkata apa.
“So A&W jugaklah ni?”
Laju Andriana mengangguk.
“Kau belanja?”
“Yep. Call Sherry dan Mimi. Suruh diorang tunggu tempat biasa.”
“Set. Tapi kan...”
“Apa?”
“Aku sikit sebanyak rasa kesian jugak dengan bakal suami kau nanti....”
“Kenapa pulak?’ Andriana mengeritkan dahi tanda tidak faham.
“Yelah, dapat bini macam kau yang tak reti nak makan nasik. Balik-balik western..western..western. tak muak ke?”
“Ala...nanti panadai-pandailah aku cari suami yang sama taste dengan aku. Tak mainlah orang melayu ni. Taste diorang pelik-pelik.”
“Yelah tu, tengok-tengok dapat lelaki melayu sejati keturunan hang tuah baru kau tahu. Dapat pulak yang skema macam pengerusi MPP kita tuuuu...” Joey menjuihkan bibir ke arah Wafiy yang kebetulan lalu di hadapan mereka itu.
“What? Urghhhh! Pleaselah. Him? No way. Aku rela tak kawin daripada kawin dengan lelaki macam dia...”
“Kenapa pulak? Lelaki rebutan Malaya tu?”
“Not me okey. dahlah. Jom balik. Hari pun macam nak hujan.”
Joey hanya mengangkat bahu sebelum turut sama melangkah mengekori Andriana meninggalkan kampus menuju ke kolej kediaman mereka itu.

P/S: TO BE CONTINUED.

2 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Best life in kolej terus usaha cahaya

Cahaya said...

kak eita>> heee thx :)

Post a Comment