RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 15, 2014

Bab 1 : Andy Hilton vs Mr. MPP


Adriana menarik selimut yang menutupi muka sehingga ke paras dada. Mata merenung siling yang berukir cantik itu. Mata dipejam celikkan buat kesekian kalinya. This is nightmare!

“Girl, bangun. dah lewat ni. Nanti kita lambat sampai.” Kedengaran suara mama di luar pintu biliknya. Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dari katil. Sesekali dia mengeliat sambil membetul-betulkan urat sebelum tangan mencapai tuala yang tersangkut di rak. Kaki diatur lemah melangkah ke bilik air. This is nightmare.

                                                                        ***
“Ingat pesan mama, jangan nak buat perangai lama tu.”
Adriana hanya mendengar endah tak endah sahaja. Sesekali dia melemparkan pandangan ke kawasan sekitar kolej kediam yang bakal menjadi ‘tempat bertapa’ dia nanti.
“Girl, dengar tak mama cakap apa ni?”
“Dengar mama. Mama, boleh tak mama fikir balik? You know, sending me here is not the best solution...” Adriana cuba memujuk mamanya buat kesekian kalinya.
“Nope. This is the best solution. Mama rasa Girl dah terlalu lama tinggal di London tu, jadi tiba masanya Girl belajar dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Lebih selamat.”
Adriana mengigit bibir tanda protes. Sejak dua tiga minggu yang lepas dia cuba sedaya upaya memujuk mamanya supaya berubah fikiran. Dia tak pernah menyangka disebabkan kejadian ‘itu’, mama terus datang ke London dan membawanya pulang. Tiada kata dua dan akhirnya dia berada di sini. Tak pernah dia bayangkan yang dia bakal menghabiskan masa selama tiga tahun di universiti di Malaysia. Degree dari unversiti Malaysia? Pleaselah!
“So Girl, jangan buat perangai lagi. sini Malaysia bukan London, jadi jaga perangai tu, faham?”
“Yes mama..” Adriana akhirnya akur. Lagi lama dia membantah, lagi lama mama akan membebel.
“Baguslah kalau macam tu, apa-apa hal nanti, telefon mama. Kalau tak ada apa-apa lagi, mama dan papa nak balik dulu, takut jalan sesak pulak...”
Adriana mengigit bibir. tiba-tiba dia berasa sebak. walaupun dulu berbelas-belas tahun dia duduk berjauhan dengan papa dan mama di London, namun setiap kali mereka ingin berpisah, dia pasti akan merasa kesedihannya.
“Dah, jangan nak menangis. Girlkan dan besar...” Mama bersuara perlahan ketika melihat raut wajah anak gadis tunggalnya itu berubah mendung. Walapun dia dan Adriana jarang berjumpa dan bersama dek kerana Adriana tinggal bersama adik lelakinya di London, namun kasih sayangnya tetap mekar di dalam hatinya. Adriana anak tunggalnya, darah dagingnya. Mungkin keputusannya menghantar Adriana ke London sepuluh tahun dulu merupakan satu kesilapan besar sehingga Adriana jadi seperti sekarang.
“Mana ada Girl nangis...” Adriana mengesat hujung mata dengan belakang tangan. tubuh mama dipeluk erat. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga membasahi pipi. Sesungguhnya dia rindukan mama, sentiasa rindukan mama.
“Pa...” Adriana turut memeluk papanya erat.
“Take care Girl. Jaga diri. kalau Girl nak apa-apa, just contatc papa tau..”
Adriana hanya mengangguk lemah sebelum melepaskan pelukan. Sayu hatinya apabila melihat Mercedes berwarna putih itu meluncur keluar dari pagar kolej kediaman tersebut. Adriana masih berdiri di situ memerhatikan kelibat kereta yang dipandu oleh papa yang semakin hilang dari pandangan. Dengan satu tarikan nafas yang kasar, Adriana berjalan menuju ke arah kolej kediamannya. This is nighmare.

                                                                        ***

“Hi, I’m Sherry...”
“Mimi...”
“Joey...”
Dua pasang kening terangkat. Joey tersengih.
“Julia...tapi panggil Joey..”
“Kenapa Joey? Macam nama boys je...” Mimi duduk di atas katil double decker tersebut sambil bersila. Joey mengangkat bahu.
“Entah, abang-abang aku panggil aku dengan nama tu sejak kecik lagi. so melekatlah sampai sekarang.” Joey menjawab sambil duduk bersila di atas lantai. Tangan segera menyumbat earphone di telinga kanan manakala tangan sebelah lagi sibuk mengeluarkan baju-baju dari dalam luggage.
“Really? Kau ada berapa orang adik beradik?” Giliran Sherry pula bertanya.
“Empat..and I’m the only daughter in my family. Bongsu..” Joey menjawab.
“Mesti stok budak manja ni...” Mimi berkata sambil mengangkat kening.
“Hello! Sorry sikit. Tak mainlah manja-manja ni. Aku sikit punya rock ni kau kata manja?” Joey membaling bantal peluk berbentuk bintang itu ke arah Mimi namun Mimi sempat mengelak.
“Ceh, macam ni kata rock?” Mimi menunjukkan bantak berbentuk bintang itu ke arah Joey. Joey membuat muka sebelum mereka semua ketawa.
Adriana memulas tombol pintu sebelum menolaknya perlahan. Telinga menangkap gelak ketawa yang datangnya dari bilik yang bakal menjadi tempat dia bertapa itu. Dah nasib nak kena kongsi bilik dengan stranger. Mama memang too much dalam menghukum dia. This is nightmare!
Gelak ketawa meriah tadi terhenti secara tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arah pintu. Mimi, Sherry dan Joey saling berpandangan ketika melihat roomate baru mereka yang sorang lagi tu.
Mimi mencuit ke arah Sherry yang duduk di hujung katilnya. Sherry menoleh sambil mengangkat kening. Mimi menunjuk ke arah Joey yang mata tidak berkelip memandang ke arah roomate baru yang mereka masih tak tahu namanya itu. Sherry membaling bantal berbentuk bintang ke arah Joey. Joey tersentak.
“Ish...what the hell?” Spontan Joey bertanya. Sherry mengecilkan mata memandang ke arah Joey. Joey mengangkat bahu sebelum meneruskan kembali kerja-kerja mengemasknya.
Adriana membuka pintu almari kayu sederhana besarnya itu. Dia menarik nafas lagi. pening kepala nak fikir. macam mana nak muatkan baju-baju yang dia bawa dari Kuantan kalau macam ni kecik punya almari? Memang kedekut betul pihak universiti ni. Bagi almari sikit punya kecik. Dahlah yuran lagi mahal daripada yuran universiti di London. Huh! Ingatkan bayar mahal, bolehlah dapat bilik sorang satu siap dengan jakuzi dalam bilik air. ini tidak, wireless dalam bilik pun tak ada. Entah apalah yang mama fikir. Mama tak sedar agaknya taraf pendidikan di London tu antara yang terbaik di dunia. Huh! This is nightmare!
Adriana menarik luggage berwarna merah jambu yang tersadai tidak jauh dari situ. Menyampah betul bila terpaksa unpack sendiri barang-barang ni. Kalau dekat rumah boleh minta tolong bibik buatkan. Kalau dekat sini nak minta tolong sapa?
“Ehem....”
Spontan Adriana mengangkat muka. Hampir terlupa dia akan kewujudan tiga orang teman sebiliknya itu. Dia hanya melemparkan senyuman tawar sebelum kembali menghadap isi luggage yang penuh macam sardin itu. Mana nak mula ni?
“Errr, hai. Aku Joey. Kau siapa nama?”
Huh? She talking to me? Eh, she or...he? Adriana kembali mengangkat muka. Teman sebilik yang tidak dapat dikenal pasti akan jantinanya itu masih merenungnya. Rambut boycut dengan t-shirt army lengan pendek dengan cargo pant membuatkan dia keliru seketika. Mama kata dekat sini lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur. Ini apa kes aku dapat teman sebilik berlainan jantina ni? Adriana berfikir sendiri.
“Andy..” Adriana menjawab sepatah. Mata masih lagi merenung ke arah Joey, cuba mengenal pasti jantina teman sebilinya itu. Agak-agaknya kalau dia kata pada mamanya yang pihak kolej letak dia sebilik dengan budak lelaki, mama akan hantar dia balik ke London semula tak ek?
“I’m Mimi...” Gadis yang duduk bersila sambil memeluk teddy bear itu pula bersuara.
“Sherry...” Gadis disebelah Mimi pula bersuara.
Adriana hanya membalas dengan senyum segaris. Sebetulnya dia masih tidak tahu bagaimana orang Malaysia berinteraksi ketika kali pertama berjumpa. Kalau di London dulu lain ceritalah. Gesel pipi lelaki perempuan tu dah memang jadi perkara biasa.
“Nama kau memang Andy ke?” Tanya Mimi ingin tahu.
“Yes, kenapa?” tanya Adriana pelik. Rasanya nama dia tak adalah pelik sangat pun.
“Just Andy?” Sherry bertanya pula.
“Taklah. Nama penuh aku panjang. Sharifah Damia Adriana. Dulu kawan-kawan di London susah nak sebut, so aku pendekkan jadi Andy...”
“London?” Joey bertanya sambil membulatkan mata.
“Yap. Kenapa?”
“Dulu kau duduk London ke?” Mimi bertanya agak teruja. Adriana mengangguk dengan teragak-agak.
“Yap...”
“Wah. Bestnya. Berapa lama kau duduk sana?” Tanya Sherry pula.
“Hmm, almost ten years.”
“Wah! Mesti best kan?” Joey bertanya lagi. tangan berhenti terus dari mengeluarkan baju-baju dari luggage.
“Believe me. London is the best city in the world.”
“Untunglah, so kira kau ni mixed ke?”
“Mixed?” Tanya Adriana sambil mengerutkan dahi.
“Yelah, mak or ayah kau mat saleh ke?”
“Mat saleh?” Adriana bertanya lagi. hai masalah betul nak faham ‘term’ budak-budak Malaysia ni.
“Aaaa, maksudnya kau ni berdarah campuran ke?”
“Ohhh, taklah. Mak ayah aku pure Malay. Aku tinggal di London tu dengan uncle aku.”
“Ohh I see..”
“So, which one is my bed?” Adriana bertanya.
“Kau takut tinggi ke tak?” Joey bertanya.
“Boleh tahanlah. Kenapa?”
“Kalau kau takut tinggi, kau boleh ambil katil aku kat bawah tu. biar aku pindah naik atas.”
“Really? Thanks....” Adriana menjawab agak lega. susah juga kalau hari-hari kena panjat-turun dari katil tingkat atas ni. Dahlah seumur hidup tak pernah guna katil macam ni. Silap hari bulan boleh jatuh tersungkur cium lantai je.
“By the way, nice hair. Macam Kim Kardashian. Ori ke?” Sherry bertanya sambil tersengih. Spontan Adriana menyentuh rambut panjang mencecah pinggang yang diwarnakan dengan warna perang gelap itu.
“Taklah. Kan aku cakap tadi, my parents tu original pure Malay...”
Serentak mereka berempat ketawa lagi.

P/S:TO BE CONTINUED.

9 140 tukang karut:

Anonymous said...

best..........

Cahaya said...

anon>>thx :)

Eit@ mohamad said...

Ain nk order dgn sape , ain xde buka order cam novel muridku suamiku ke plsssss

Eit@ mohamad said...

Aiiinnnn jahat ek , x mention pon dh siap terbit

Cahaya said...

eita>>hiks. sy baru dapat cover ni mlm tadi kak. tu baru nk start enjin nak promote2. insyaAllah sy akan buka order nanti lepas habis PBAKL sebab ni terbitan mei so mungkin lambat sikit.

mala kadir said...

pembukaan yg menarik

Cahaya said...

mala>>thanks sis. teruskan membaca heeee.

Nliyate said...

Tak pernah pulak perasan akk ada buat cerita ni kat blog sebelum ni. Ingtkn novel lama. Ehehe! Hesy, tak leh jadi ni, kena kumpul duit nak beli ni hah. ^^

Cahaya said...

nliyate>> heeee ni sebab tajuk dah bertukar. so maybe tu pasal tak perasan. tu yg kn re post balik tu dengan tajuk baru hehe.

Post a Comment