RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, May 28, 2013

Surat cinta untuk Anon

Assalamualaikum.. dah lama rasanya aku tak post apa-apa yang luar dari manuskrip aku kan. biasalah kalau dah malas tu, just copy paste jelah. senang dan mudah kan. hmmm, bercakap tentang copy dan paste ni, aku ada satu benda nak cakap kat sini. sebelum tu, sila tengok gambar bawah.

                                             dah tengok? tak nampak, sila kelik untuk besar.

1st time aku baca komen dari si anon ni, memang rasa macam agak nak marah jugaklah. tapi takdelah marah gila-gila sebab buang masa je, betul tak? cumanya aku nak cakap sikitlah. wahai anon yang berkenaan, awak tu dahlah datang rumah orang, lepas tu niat pulak nk copy paste hasil kerja orang, lepas tu bila tak boleh nak copy paste, nak marah-marah pulak siap kata kedekut ilmu lagi. tak ada sivik ke? ha tu gaya nak marah dah tapi takpe, kita kool dulu. macam nilah ye si anon, kita ni kalau nak menuntut ilmu ke apa, bukan mudah sebenarnya. hatta aku nak tulis novel pun aku buat research dulu dan aku takde pon nak copy bulat-bulat. aku just guna maklumat dan tulis semula guna ayat sendiri. sebabnya aku sebagai penulis tahu kalau orang copy bulat-bulat je mesti depa marah kan. makanya sama macam aku jugak. kiranya engko ni kerja nak copy paste je bulat-bulat ke sebab tu marah bila aku disable copy paste ni. senang kerja kan pakai copy je.

sebenarnya, bukan niat tak bagi copy paste sebab aku tahu semua orang buat kerja tak nak susah payah, tapi aku disable copy paste ni sebab aku mula letak manskrip kat blog. aku cuma nak menjaga hak cipta je sebab atas nasihat beberapa orang penulis, depa kata ada yang karyanya dicuri dan dihantar dulu dekat sekian-sekian dan aku tak nak benda tu berlaku pada aku. sebab bukan senang nak tulis walau sebaris ayat sebab aku tak copy paste pun dari orang lain. mungkin awak tak tahu susah nak tulis tu tahap macam mana sebab awak kan suka copy paste je hasil kerja orang. muahahaha.

jadi bila aku dah disable blog, makanya semua isi entri ni dah tak boleh nak di copy. maaplah ye. bukan niat aku nak menyusahkan engko yang terpaksa taip balik satu-satu tu. sungguh aku takde niat nak susahkan kau. lagi pun, orang yang tulis artikel ni sendiri telah lakukan research dulu sebelum tulis. dia cari dengan mengunakan beberapa sumber dan digabungkan menjadi satu entri yang mantop. kalau tak mantop engko mesti takde nak marah-marah tak dapat copy kan??haha. si penulis entri tu bukan aku ye. penulis bersama bernama bezit.

jadi pape pon, gud lucklah ye. kalau nak copy jugak aku tak kisah. tak marah pon sebenarnya. cuma bila engko cakap aku kedekut tu yang bikin panassss je. kalau aku kedekut, aku tak letak kat blog. simpan buat pekasam je.

p/s: tak cukup berani nak display guna nama sendiri. tapi pape pon, kau dah glamer sekarang sebab aku buat entri khas untuk ko. tahniah!!haha.

0 140 tukang karut:

Post a Comment