RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, May 31, 2013

Sneak Peek | Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...



AKMAL meletakkan telefon di sebelah. Tubuh dibaringkan. Siling di atas kepala direnung lama macam nak tembus hingga ke bulan. Entah kenapa dia rasa susah sangat nak lembutkan hati Ariana. Susah sangat ke nak terima dia dalam hidup gadis itu? Selama ini dia tak pernah berperasaan seperti ini terhadap sesiapa pun. Hidupnya hanyalah dengan muzik dan kawan-kawan. Akmal bergolek ke kanan dan ke kiri sambil cuba memejamkan mata. Bayangan wajah Ariana bermain-main di fikirannya. Walaupun baru lepas dengar suara Ariana, dia sudah rindu. Kenapa dasyat sangat penangan cinta ni? Haih.
Akmal bangun dan duduk di atas katil. Remote radio dicapai dari atas meja. Punat ditekan sebelum hi-fi berdentum dengan lagu Butterfinger. Volume ditekan sehingga mencapai tahap maksimum. Bergegar kejap rumah batu tiga tingkat itu.
Dia bangun lalu mencapai bola keranjang di hujung sebelah meja. Dibalingnya ke jaring goal yang terpaku kemas di dinding biliknya. Dia membaling bola tersebut beberapa kali. Benaknya tak putus-putus dari memikirkan tentang Ariana. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Akmal membaling bola ke hujung bilik. Gitar dicapai lalu dia duduk di sofa bersebelahan dengan meja belajar. Jari memetik tanpa irama. Fikirannya benar-benar bercelaru. Rasa rindu pada Ariana begitu mendalam dalam dirinya. Dia tak tahu nak buat apa. Dia tak pandai nak lahirkan apa yang dia rasa di dalam hati. Dia tak pandai. Dia tak pernah tahu pun macam mana pasangan lain bercinta sebab dulu dia tahu yang dia takkan ada perasan macam sekarang ni pada sesiapa. Hati dia hati batu, hati besi. Tapi sekarang kenapa dah jadi lain?
Akmal menyandarkan kepala ke sofa. Siling direnung lagi. Dia menjeling jam di dinding. Hampir tengah malam. Ariana mesti dah tidur. Akmal mengeluh. Dia berfikir sejenak sebelum telefon bimbit diambil dari atas katil.

Ariana meraba-raba sekitar katil itu dengan mata terpejam. HTC yang tertindih dengan bantal ditarik keluar. Dia sempat menjeling ke arah skrin.
“Helo Akmal, awak nak apa lagi telefon saya ni. Saya mengantuk sangat ni. Esok saya kerja. Kalau ada benda yang awak nak gaduh pun, tunggulah esok-esok...”
Ariana segera memutuskan talian. Dia kembali lena menyambung tidur yang terganggu.
HTC berbunyi lagi. Ariana buat tak tahu. Mata macam kena gam gajah. Tak boleh nak buka. HTC diam kembali. Ariana mengubah posisi namun tidurnya sekali lagi terganggu. Ariana hanya membiarkan namun lagu entah apa itu benar-benar menganggu tidurnya. Ariana segera bangun.
“Arghhhh! Tension betullah aku. Huh!” Ariana segera mencari HTC yang tertindih di bawah bantal. Dia segera menekan butang hijau di skrin.
“Apa lagi ni? Awak tak faham bahasa ke? Saya mengantuk tahu tak?” Ariana berkata dengan berang.
“Ariana....”
Ariana terdiam ketika mendengar nada suara Akmal yang lembut itu. Dia menelan air liur. Jam di dinding dijeling. Hampir pukul satu pagi.
“Dengar ni...” Akmal bersuara lagi.
Ariana diam.
I never felt nothing in the world like this before
Now I’m missing you and I’m wishing
You would come back through my door, ooh
Why did you have to go? You could've let me know
So now I’m all alone
Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain’t true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I’ll wait for you

Ariana hanya diam ketika Akmal menyanyikan lagu ‘Wait For You’ yang pernah dipopularkan oleh Elliott Yamin suatu ketika dahulu. Lagu yang diyanyikan mengikut versi Akmal sendiri itu diiringi oleh petikan gitar yang Ariana tahu dimainkan oleh Akmal sendiri. Dia terharu. Hatinya tersentuh. Dia tak pernah sangka yang Akmal boleh jadi macam ni kalau dia dah masuk mood jiwang. Tiba-tiba dia rasa malu. Akmal terlalu cintakan dia ke? Waaaa!
“Ariana?”
“Hmmm?” Hanya tu je yang mampu keluar dari mulutnya.
“Saya akan tetap tunggu awak, sampai bila-bila. Walau terpaksa mengambil masa sepanjang hidup saya. Saya akan tunggu awak....terima saya dalam hidup awak...” Akmal bersuara perlahan sebelum talian diputuskan. Ariana masih memegang telefon ditelinga. Hilang terus rasa mengantuk. Akmal...

P/S: mood menulis setakat ni dah lari entah ke mana. ni pun update di hospital jaga ayah baru lepas operate dada. doakan ayah sy cepat sembuh ye. thx for reading and drop comment. miss you guys. :P

2 140 tukang karut:

Marina said...

Semoga ayah cik Author cepat sembuh ye..amin. Thank you! Missing Akmal hahah!

Cahaya said...

Marina>>thx cik marina.:)

Post a Comment