RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, May 10, 2013

HIMPUNAN TEASER-TEASER :)


 Atas permintaan, sy post teaser SAJCL :

Ariana berbaring di atas katil. Dia merenung siling. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi dia akan meningglkan bumi KL, emak, ayah, angah, along, Haikal dan....Akmal. Entah apa Akmal sedang buat sekarang? Bahagiakah lelaki itu ketika ini? Mestilah bahagia. Siapa tak bahagia kalau dapat tunang yang cantik macam tu. Ariana memejamkan mata cuba menahan sebak. Dia sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata lagi. Dia mahu melupakan semua yang berlaku. Dia mahu memulakan penghidupan yang baru. Walaupun dia tahu yang dia pasti dapat mengatasi semua ini kerana ini bukanlah kali pertama dia dikecewakan dalan soal bercinta, tapi kali ini rasa sakit itu sangat berlainan. Rasa sakit yang tiada penghujung. Dulu masa dia kecewa dengan Amirul, dia tak rasa sesakit ini walaupun Amirul itu cinta pertama dia. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh rasa cukup-cukup terseksa sehingga dia membuat keputusan untuk menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara tanpa berfikir panjang. Memang benar kata Suzi, salah satu sebab utama dia menerima tawaran tersebut adalah sebab Akmal. Dia memang benar-benar patah hati. Dia tak sanggup membayangkan yang Akmal akan bersama perempuan lain. Dia takkan pernah dapat bayangkan. Jadi lebih baik dia tidak berada di sini ketika Akmal melafazkan akad nikah yang mana pengantin perempuannya adalah bukan dia.


@@@@@@@@@@@

“Awak sihat?”
“Awak nampak saya dekat mana sekarang? Mestilah sihat..” Ariana menjawab. Tangan lincah mengasingkan kulit ayam dengan isinya.
“Kenapa asingkan kulit dengan isi?” Akmal bertanya.
“Haikal tak suka makan kulit ayam..”
“Oh, yeke. Kenapa?”
Ariana menjeling ke arah Akmal. Yang sibuk sangat nak tahu tu kenapa? Banyak sangat tanya. Makan jelah. Ariana mengomel di dalam hati.
“Marah nampak...”
“Taklah. Suka lagi ada.” Ariana menyindir. Rimas sebenarnya berada di situ bersama-sama dengan Akmal.
“Salah ke kalau saya cuma nak bertanya khabar kawan lama?”
Ariana menggigit bibir. Pedih hatinya apabila mendengar Akmal menyebut dia sebagai ‘kawan lama’.



@@@@@@@@@@@@

“Awak....dah kawin ke?” Akmal bertanya perlahan. Mata mencuri-curi memandang jari Ariana yang kosong itu. Hmm, macam belum kawin. Dia menjeling pula pergelangan tangan Ariana yang ditutupi dengan baju lengan panjang. Manalah tahu suami Ariana ni tak bagi cincin masa nikah tapi bagi gelang ke kan. Jantungnya seolah-olah terhenti seketika ketika matanya jatuh pada gelang emas putih yang tersarung di tangan kanan Ariana. Ariana masih memakai gelang tersebut setelah sekian lama? Kenapa?
“Itu...bukan urusan awak.” Ariana menjawab perlahan. Agak terkejut dengan soalan berani mati daripada Akmal tu. Mentang-mentanglah dia dah kawin, selamba je nak tanya soalan sensitif macam tu pada dia.
“Ariana...”
Jantung Ariana kembali berdegup kencang. Sudah lama dia tak dengar Akmal memanggilnya dengan nada begitu. Seolah-olah Akmal yang sedang berada di hadapannya itu sekarang adalah Akmal yang dulu. Akmal yang suatu ketika dahulu masih mencintainya.
“Haikal, cepat makan. Kejap lagi nak balik. Nanti mama risau...” Ariana berpura-pura sibuk melayan Haikal makan. Sesekali dia menjeling ke arah Mia yang masih nyenyak tidur di dalam stoller.
Akmal menarik nafas panjang. Dia tahu Ariana masih marah padanya dan dia tak nak terburu-buru. Lambat laun Ariana akan tahu juga kebenarannya.


P/S: NI TEASER YANG SY POST SIKIT2 DEKAT FB. ADA YANG TAK FRIEND DENGAN FB SY KAN. SO SY POST DEKAT BLOG BG MEMUDAHKAN PEMBACA MENGETAUI APA YANG 'TERJADI' PADA AKMAL + ARIANA. ENJOY.

0 140 tukang karut:

Post a Comment