RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, May 14, 2013

Dia Putera Mahkota??! (Bab 6)



BAB6
“Su, tolong hulurkan riben tu...”
“Nah...”
“Thanks...”
“Su, tolong hulurkan gunting....”
“Nah...”
“Thanks...”
“Su, benang please...”
“Nah....”
“Thanks...”
“Su, jarumnya mana...”
“Nah...”
“Thanks. Love you...”
“Hmm....”
“Su....”
“Apa lagi?”
Dahlia mengangkat muka. Sengih lebar terukir di bibir bila melihat raut wajah Suria yang berkerut seribu itu.
“Sorry. Marah ke?” Dahlia mengangkat kening.
“Taklah. Sukaaaaaa sangat...” Suria tunduk sambil membetul-betulkan hiasan pada hantaran yang sedang digubah itu.
“Janganlah marah. Bila lagi aku nak bermanja dengan kau kan...”
“Yelah. Lepas ni tak boleh nak bermanja dah. Kau kan nak jadi bini orang...”
Dahlia mencubit lengan Suria.
“Sakitlah...!” Suria mengosok lengannya perlahan. Dahlia hanya tersengih tanpa rasa bersalah. Kemudian masing-masing kembali membuat kerja dengan senyap. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi majlis perkahwinan Dahlia dan Shahreza. Semua orang makin sibuk dengan kerja masing-masing. Mujurlah waktu itu cuti semester selama tiba bulan sudah bermula. Adalah masa dia nak buat semua persiapan terakhir.
“Lia...”
“Hmm...”
“Aku tanya sikit boleh?”
Dahlia mengangkat kepala memandang wajah Suria.
“Apa dia?”
“Apa perasaan kau sekarang?”
“Maksud kau?”
“Yelah. Kan ke kau nak jadi bini orang dah. Kau tak rasa gementar ke?”
Dahlia terdiam seketika.
“Adalah sikit-sikit...”
“Tu je ke?”
“Hmm...” Dahlia menjawab malas.
“Lia...”
“Hmm...”
“Kenapa sejak akhir-akhir ni aku tengok, kau banyak termenung?”
Tangan Dahlia terhenti seketika. Dadanya kembali berdegup kencang namun dia sedara upaya berlagak selamba.
“Aku tak faham apa kau cakap...”
“Lia, aku bukan kenal kau semalam. Sejak akhir-akhir ni aku perhatikan kau nampak lain sangat. Selalu duduk sorang-sorang, termenung. Kau fikirkan apa?”
Dahlia diam. Tak sangka Suria boleh perasan. Selama ini dia cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaannya namun dia patut sedar, tak mudah nak berpura-pura depan Suria.
“Lia?”
“Tak ada apa-apalah. Aku cuma...gementar. Kau tahulah, kahwin ni bukan perkara mudah. Hidup kau bakal berubah tiga ratus enam puluh darjah...”
Suria memandang tepat ke wajah Dahlia.
“Semua ini ada kaitan dengan Reza?”
“Taklah. Reza okey. Tak ada kena mengena dengan dia pun...”
“Dah tu?”
Dahlia melepaskan keluhan berat. Patut kah dia meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya kepada Suria?
“Lia, ceritalah. Aku tak nak kau rasa beban. Ini kan hari bahagia kau. Kalau boleh, aku nak kau melangkah ke dunia baru sebagai isteri dengan rasa lapang dada. Ini belum apa-apa, kau dah rasa tertekan. Kalau ada masalah, kongsilah apada aku...”
“Entahlah Su, aku tak tahu macam mana nak cakap...”
“Okey, kita mulakan dengan perasaan kau...”
“Perasaan aku tentang apa?”
“Perkahwinan ni...”
“Hmm, aku bahagia...”
Suria mengerutkan dahi.
“Okey, apa yang buatkan kau rasa risau dah susah hati...?”
“Entahlah. Susah nak cakap...”
“Cubalah...” Suria memujuk.
“Okey.Hmm. Aku rasa..kadang kala aku rasa tak sedap hati. Semua ini terlalu indah. Macam, too good to be true. Aku rasa macam, bila-bila masa sahaja perkara buruk akan berlaku...”
“Maksud kau?”
“Aku rasa macam kebahagiaan ini semua bukan milik aku...”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
Dahlia mengangkat bahu.
“Entahlah. Senang cerita, hati aku rasa tak sedap. Tak tenang dan tak tenteram...”
“Kau ragu-ragu pasal Reza?” Suria bertanya teragak-agak. Dahlia memandang wajah Suria. Dia mengeluh perlahan.
“Kalaulah aku sendiri tahu jawapannya...” Dahlia menjawab perlahan.
“Aku rasa itu semua mainan perasaan je. Mungkin kau risau. Yelah, bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tambah-tambah kita belajar lagi. Jangan fikir banyak sangat. Banyak berdoa minta ditenangkan hati kau tu. InsyaAllah everything will be okey...”
“Hope so...”
Brepppp...
Spontan Dahlia mencapai telefon bimbit yang terletak di sebelahnya. Dia merenung nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Senyum lebar terukir di bibir.
“Buah hati telefon lah tu...” Kata-kata Suria menyedarkannya. Dahlia bangun lalu bergerak ke suatu sudut jauh dari orang ramai yang ke hulu ke hilir membantu persiapan perkahwinannya. Butang hijau ditekan sebelum telefon dibawa ke telinga.
“Assalamualaikum...” Dahlia memulakan bicara.
“Waalaikumussalam. Awak buat apa? sibuk ke?”
“Tak buat apa. Tengah tolong buat persiapan sikit...”
“Hmm, banyak lagi ke yang perlu disiapkan?” tanya Shahreza di sebelah sana.
“Tak banyak dah. Ibu dah uruskan semua. Cuma ada satu dua perkara yang belum siap lagi...”
“Hmm, tak apalah. Buatlah perlahan-lahan. Jangan paksa diri. Kita ada dua minggu lagi kan...”
“Hmm. Okey. Awak kat mana ni?”
“Saya dekat hospital lagi. Baru je habis kerja. Tunggu kawan datang ambil kereta...”
“Tunggu kawan? Mana pergi kereta awak?”
“Awak lupa ye, kereta saya kan rosak. Masuk bengkel..”
Dahlia memejamkan mata. Macam mana boleh terlupa.
“Sorry saya terlupa. Banyak sangat benda saya fikir. Risau kalau-kalau tak sempat siap..”
“It’s okey. Cuma jangan paksa diri ye. Saya tak nak awak jatuh sakit.”
“Ye, jangan risau. Awak baliklah cepat. Rehat. Dari suara awak, saya tahu awak letih sangat...”
“Hmm, memang penat teramat sangat. Tapi bila dengar suara awak, rasa letih tu terus hilang...”
Dahlia tertunduk malu. Namun dalam hati terasa bahagia.
“Dahlia...”
“Hmm...”
“Saya nak awak tahu, saya sayang awak sangat-sangat. Tak ada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan saya terhadap awak. Tiga tahun perkenalan kita merupakan detik paling indah dalam hidup saya. Terima kasih sayang sebab memberikan peluang kepada saya untuk merasai apa yang saya rasa sekarang. Walau apa pun terjadi, saya nak awak tahu yang kasih sayang saya sentiasa bersama awak, ke mana awak pergi setiap masa, setiap saat. Saya akan sentiasa merindui awak. Saya akan sentiasa menjadi pelindung awak. I love you sayang. I love you so much...”
Dahlia terdiam. Tergamam seketika. Walapun muka dah rasa tebal berbelas inci namun dia agak hairan dengan tingkah laku Shahreza malam itu. Walapun dia tahu Shahreza menyanyanginya dengan sepenuh hati, tapi Shahreza jarang mengungkapkan kata-kata cinta. Katanya mahu menyimpan luahan kata cinta itu setelah mereka selamat diijabkabulkan. Tapi sekarang?
“Reza, awak okey ke? Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni?”
“Saja. Saya cuma nak awak tahu perasaan saya. Sedalam mana rasa cinta saya pada awak. Manalah tahu kalau-kalau...”
“Kalau apa?” Dahlia dah rasa tak sedap hati. Malah rasa tak sedap hati yang menghuni hatinya sejak akhir-akhir ini semakin kuat dirasakan kini.
“Hmm, tak ada apalah. Awak jangan banyak sangat berfikir. Tenangkan hati, rehatkan minda. Jaga kesihatan. Janji dengan saya yang awak akan sentiasa menjaga kesihatan. Boleh?”
“Boleh Doktor Reza...”
Shahreza ketawa kecil. Dahlia turut sama ketawa. Bahagia rasanya dapat mendengar gelak ketawa lelaki idaman hatinya itu.
“Sayang....”
Dahlia telan air liur. Jarang kut nak dengar Shahreza memanggilnya dengan panggilan tersebut.
“Hmm...”
“Boleh saya minta sesuatu dari awak?”
“Apa dia?”
“Boleh awak cakap awak sayang saya tak?”
Dahlia mengaru leher yang tidak gatal. Hui kenapa pulah Shahreza nak berjiwang bagai malam ni?
“Err....”
“Please sayang. Sekali ni je...”
“Err..okey. kejap ek. Saya nak ambil nafas...”
Shahreza ketawa kecil. Barangkali geli hati dengan telatahnya.
“Okey. Ehem...I err....saya...ehem...”
“Take you time...” Shahreza berkata lembut.
“Reza, susahnya saya untuk luahkan perasaan sayang pada awak, bukan bermakna saya tak sayangkan awak ye. Saya cuma...er...”
“Saya tahu dan saya faham. Cuma saya nak dengar..sekali je. Boleh sayang?”
Dahlia memejamkan mata.
“Shahreza Bin Mohd Rashid, saya sayang awak. Sayang awak teramat sangat. I love you so much. Tanpa awak dalam hidup saya, maka tak bernyawalah saya. Awak sumber kekuatan saya. Saya perlukan awak untuk menjalani hidup di atas muka bumi ni. Saya perlukan awak untuk terus membimbing saya ke jalan yang lebih diredhai...”
Shahreza terdiam. Agak lama. Dahlia mengigit bibir. Dia ada salah cakap ke?
“Awak? Are you still there?”
“Yes, thanks sayang. Kata-kata awak sangat bermakna. Saya akan simpan kemas-kemas dalam hati saya dan akan bawa ia kemana sahaja saya pergi. Maafkan saya jika saya tak mampu menjadi seperti yang awak harap-harapkan...”
“Awak cakap apa ni? Saya yakin awak mampu...”
Kedengaran Shahreza mengeluh perlahan. Dahlia mengerutkan dahi. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh tunangnya itu.
“Okeylah. Kawan saya dah datang. Jumpa nanti ya. Love you sayang...”
“Bye. Jaga diri. Saya tunggu awak. Love you too...”
Dahlia terdiam sambil berfikri akan perbualan dia dan Shahreza tadi. Entah kenapa dia dapat rasakan Shahreza cuba menyatakan sesuatu namun dia sendiri tah tahu dan tak faham apakah perkara itu. Dahlia menarik nafas panjang dan dalam. Mungkin betul kata Suria. Dia terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan. Badan pula memang penat sangat. Dengan langkah perlahan, Dahlia berjalan kembali ke arah Suria yang sudah masih sibuk mengubah barang hantarannya. Diam-diam Dahlia menghampiri belakang Suria lalu dipeluknya belakang badan sepupunya itu serat-erat. Spontan Suria menjerit terkejut.
“Ish. Teruk betul...”
Dahlia ketawa sebelum melepaskan pelukan lalu duduk di sebelah Suria.
“Banyak lagi ke? Biarlah dulu. Esok sambung lagi. Dah lewat ni...” Dahlia membelek hasil tangan Suria. Dalam hati memuji akan kekretifan Suria. Boleh tahan juga tangan kayu Suria ni. Hehe.
“Ala, sikit je lagi.Kalau kau dah penat, pergilah masuk tidur dulu...”
“Takkanlah aku sedap-sedap tidur sedangkan kau bersengkang mata nak siapkan barang hantaran aku pulak kan...”
“Aku lainlah. Bila-bila masa boleh tidur. Yang kau tu, nanti penat pulak. Susah cik abang malam pertama nanti...”
“Ish...!”
“Sakitlah. Tangan macam ketam batu...” Suria mengosok lengannya perlahan.
“Reza call ke?”
“Hmmm...”
“Rindu ke?”
“Tak delah. Dia baru habis kerja. Sementara tunggu kawan dia ambil, dia call lah aku...”
“Ohh...untung kau ye. Balik kerja, pergi kerja, tengah kerja. Semua Reza call. Macam aku. Harammm.”
“Ala, nanti adalah si Amir tu call. Jangan risaulah. Eh nanti wedding aku, Amir datang tak?”
Suria mengangkat bahu.
“Entah, aku ada cakap kat dia hari tu. Entah dia ingat ke tak. Tapi kalau dia datang, mesti dia bawa sekali putera mahkota. Bestnya kalau putera mahkota ikut sekali. Boleh cuci mata...”
Dahlia mengerutkan dahi sambil mengeleng.
“Kau tahu tak, dengar cerita putera mahkota tu handsome sangat. Kalah Putera William...”
“Hmm. Yelah tu...”
“Lah. Tak percaya pulak. Sebab tu ramai gila perempuan tergila-gilakan putera mahkota tu...”
“Termasuk kau?”
Suria tersengih miang.
“Kalau Amir tak nak kat aku, aku tak kisah kalau putera mahkota tu nak ganti tempat Amir...”
“Berangan jelah. Kalau Amir dengar, mesti dia kecik hati...”
“Hmm, biarlah dia kecik hati. Aku yang selalu kecik hati dengan dia, takde pulak dia nak kisah...”
Dahlia mengeleng perlahan. Malas nak layan.
“Kau nak tahu tak siapa nama putera mahkota tu?”
“Tak nak. Tak penting pun...”
“Ish. Berlagak. Mentang-mentanglah dia dah ada doktor Shahreza tu...”
“Indeed. Aku tak perlukan lelaki lain kalau doktor Shahreza tu dah ada dalam hidup aku...”
“Perghh. Berlagak ye. Kau tengoklah nanti...”
“Apa?”
“Tak ada apa-apa...”
Dahlia menjeling ke arah Suria. Layan minah ni bertekak memang sampai tahun depan pun tak habis.
Kringgg...
“Su, tolong angkat telefon. Aku penatlah...”
“Ala, suruhlah orang lain. Aku malas nak bangun...”
“Lia! Tolong angkat telefon...” Ibu menjerit entah dari mana. Dahlia buat muka kesian.
“Su, please....”
“Ish. Asyik aku je kena buli sejak dari tadi...”
“Thanks. Sayang kau...”
“Kaki bodek...”
Dahlia tersengih sebelum mencapai benang dan jarum lalu mula menjahit renda pada bekas hantaran itu.
“Susah betul nak jahit benda ni. Ish..” Dahlia mengomel sendiri.
Pang!
“Aduhh....” Spontan Dahlia menghisap jari yang tercucuk jarum akibat terkejut mendengar bunyi bising yang entah datang dari mana. Barangkali adalah tu dulang jatuh. Tengah kelang kabut macam-macam boleh berlaku. Dahlia menepuk dahi perlahan. Kenapa nak susah payah jahit benda ni? Kenapa tak gam je? Adui Dahlia. Fikir rumit sangat.
Dahlia bangun mahu menuju ke dalam biliknya untuk mencari gam. Setelah menjumpai gam yang berupa seperti pistol itu, dia kembali berjalan keluar dari biliknya. Sempat dia menjeling ke arah ruang depan. Kelihatan Suria dipeluk erat oleh mak ngah. Dahi Dahlia berkerut seribu. Apa hal ni?
“Su? What’s wrong?” Dahlia berjalan menghampiri ruang depan yang semakin ramai itu. Masing-masing buat muka sedih. Wajah ibu dah beranak sungai manakala mata ayah dah merah seperti baru lepas menangis.
“Lia...” Suria memeluknya erat. Dahlia tercengang.
“Su. Kenapa ni? Kenapa semua orang macam sedih je? apa yang berlaku?”
“Lia. Ibu nak kamu bersabar ye. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...” Ibu memeluknya pula. Dahlia makin keliru. Apa ni?
“Lia tak fahamlah. Apa ni?” Dahlia mula hilang sabar. Dalam hati dah berdegup hebat. Ibu saling berpandangan dengan ayah. Dahlia memandang wajah Suria yang teresak di bahunya.
“Lia. Reza...”
Jantung Dahlia bergetar hebat.
“Kenapa dengan Reza?” Tanya Dahlia tidak sabar. Suria hanya diam. Begitu juga semua yang ada di situ.
“Lia. Bawa bersabar ye nak...” Ibu memujuk.
“Apa semua ni? Lia tak fahamlah. Kenapa semua asyik ulang benda yang sama je? banyak bersabar. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Apa yang terjadi? Kenapa semua nak buat Lia tertanya-tanya?” Dahlia dah hilang sabar.
“Lia. Reza..dia kemalangan...” Suria akhirnya menuturkan jawapan dia tidak mahu dengar.
“Apa? kau jangan nak buat lawak. Tak kelakar okey!”
Suria hanya memandang pilu ke arah Dahlia. Dahlia memandang ke arah ibunya.
“Ibu, tolong bagitahu apa yang Suria cakap ni tipu. Jangan nak main-main boleh tak?!”
Ibu memeluk Dahlia erat. Dahlia terdiam. Tahu benar akan pelukan ibu itu tandanya apa yang Suria cakap itu adalah benar.
“Tak. Tak mungkin. Lia baru lepas cakap dengan Reza. Baru kejap tadi. Tak mungkin. korang semua mesti dah salah maklumat. Reza tak mungkin..tak..tak..Lia tak percaya. Korang semua nak kenakan Lia kan. Lia tak percaya. Lia nak telefon Reza...” Lia mendial nombor telefon Reza. Ibu menghalang namun Dahlia tidak perduli. Suria semakin kuat teresak di bahunya. Dahlia terasa rimas dengan keadaan sekeliling.
“Ish. Mana Reza ni. Tadi sibuk nak telefon orang...” Dahlia menekan lagi. Ibu memeluknya semakin erat manakala Suria semakin kuat menangis.
“Diamlah Su. Bising betul. Aku nak cakap dengan Reza nanti tak dengar....” Dahlia meletakkan kembali telefon di telinga namun hanya perakam suara yang menjawab panggilannya. Jantung Dahlia semakin laju berdegup sehingga membuatkan dia sesak nafas.
“Mana Reza ni. Dia janji nak balik...” Dahlia menekan lagi keypad telefonnya. Air mata mula mengalir ke pipi.
“Lia. Sudahla tu....” Ibu memujuk. Dahlia mengelengkan kepala.
“Tak ibu. Lia baru je cakap dengan Reza tadi. Sumpah ibu. Tak percaya tanya Suria...”
Suria makin teresak. Dahlia memejamkan mata. Kepala terasa berat. Dunia terasa berpusing sebelum menjadi gelap.
 p/s: TO BE CONTINUED

2 140 tukang karut:

Eit@ mohamad said...

Lamanyer cahaya x masuk n3 ceta ni lama akk tunggu tau, ceta ni pon best gak plssss nk n3

Cahaya said...

kak eita>> cerita ni stuck heeee. skg tegah tulis citer baru. tapi nanti sy masuk lagi entri citer ni.

Post a Comment