RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, May 3, 2013

Dia Putera Mahkota?! Bab 5



BAB 5

Tengku Shah Putra meraup mukanya perlahan. Sesekali angin malam bertiup lembut menampar wajahnya sehingga membuatkan rambutnya terbuai lemah. Dia melepaskan keluhan berat. Entah kenapa hati rasa gelisah dan tak tenang. Jiwanya kacau dan rasa sunyi.
“Nah...”
Tengku Shah Putra menoleh ke sebelah. Mug berisi coklat panas bertukar tangan.
“Thanks...” Mug dibawa ke bibir.
“Thanks...”
Kening Tengku Shah Putra terangkat.
“Kenapa?”
“Untuk sepakan masa makan tadi. Nasib tak tempang kaki...” Selamba Amir Fitri menjawab. Senyum hampir terukir di bibir Tengku Shah Putra.
“Sorry...”
“Taken...”
Mereka kembali senyap sambil masing-masing memandang ke hadapan, melayan perasaan sambil menikmati cahaya lampu dari balkoni istana rasmi Indera Mahkota itu.
“So, apa kau nak buat?” Tanya Amir Fitri sambil membawa mug ke bibir.
“Entahlah. Aku dah tak boleh fikir lagi...” Tengku Shah Putra menjawab sambil melepaskan keluhan berat. Sungguh dia rasa terbeban sangat.
“Kau ikut je cakap Tengku Permaisuri tu. Habis cerita...”
“Kau gila! nak suruh aku kawin dengan entah siapa-siapa...”
Amir Fitri memandang ke arah Tengku Shah Putra.
“Bila pula aku suruh kau ikut cadangan yang tu?”
“Dah tu?”
“Aku suruh kau ikut nasihat yang satu lagi...”
“Yang mana?”
Amir Fitri menepuk dahi.
“Tengku Permaisuri kan suruh kau lebih mendalami pentadbiran negara ni. Aku pun rasa sudah sampai masanya kau belajar selok belok pentadbiran Indera Mahkota ni..”
Tengku Shah Putra mengeluh perlahan entah untuk kali yang keberapa.
“Aku belum bersedia....”
“Sampai bila?”
Tengku Shah Putra mengangkat bahu.
“Aku rasa...sunyi. Jiwa aku rasa kosong. Aku tak rasa dalam keadaan macam ni, aku mampu nak terima tanggungjawab berat macam tu...”
“Kau kena cuba. Jangan biarkan perasaan itu melemahkan diri kau. Lagi pun, ini tanggungjawab kau...”
“Entahlah. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang masih belum lengkap dalam hidup aku..sesuatu atau...”
“Seseorang?” Sampuk Amir Fitri.
“Maybe..maybe not...”
“Masih berfikir tentang ‘dia’?”
“Dia?”
“Gadis idaman kau tu lah. Yelah, puteri dari kayangan yang pada bila-bila masa sahaja akan turut untuk berjumpa dengan putera idamannya ini...” Amir Fitri menjawab. Tengku Shah Putra hanya mencebik.
“Jangan nak mengarutlah. Mana ada puteri kayangan. Itu semua dongeng je...”
“Terpulang pada definisi kau. Bagi aku, puteri kayangan itu wujud...”
“Yeke?”
“Yap, bila kau dah mempunyai seseorang yang sanggup berada di sisi kau tak kira susah atau senang, menerima kau seadanya dan mencintai kau seolah-olah kau tidak akan pernah dicintai oleh orang lain sedalam dia mencintai kau, masa tu baru kau tahu puteri kayangan itu wujud...”
“Cakap memang mudah. Kau dah bertemu dengan puteri kayangan kau. Aku?”
“Aku percaya dia ada di luar sana. Cuma menanti putera idamannya ini datang dengan menunggang kuda putih untuk membawanya pergi...” Amir Fitri menepuk bahu Tengku Shah Putra perlahan.
Tengku Shah Putra terdiam sambil mata merenung bulan yang kelihatan terang pada malam itu.

                                                                  ***
“Kau buat apa malam-malam ni? Teringatkan tunang ke?”
Hampir nak terbalik Dahlia dari atas buai apabila suara itu menegurnya secara tiba-tiba. Dia menoleh ke arah Suria yang tersengih-sengih.
“Kau ni kan. Aku sekeh baru tahu. Buat terkejut orang je...” Dahlia berkata geram sambil membetulkan kedudukan di atas buaian.
“Tepilah sikit.....” Suria mula menyempit di sebelahnya. Dahlia memberikan ruang kepada Suria. Buai diayun lembut dengan hujung kaki. Masing-masing hanya mendiamkan diri, menghayati ketenangan pada malam tersebut.
“Cantikkan bulan tu?” Suria bertanya perlahan. Dahlia hanya mengangguk.
“A’ah. Rasa tenang je bila tengok bulan tu. Rasa disayangi. Seolah-olah orang yang kita sayang turut sama merenung bulan tersebut, sambil mendoakan supaya kita sentiasa selamat...”
Suria menoleh ke arah Dahlia yang masih merenung bulan itu.
“Apa?” Dahlia menoleh. Suria mengelengkan kepala sambil memandang semula ke arah bulan.
“Sejak bertunang ni. Kau nampak lain sangat. Nampak matang. Setiap kata-kata kau tu penuh makna dan mendalam. Macam tak percaya je semua kata-kata tu keluar dari mulut kau...”
“Yeke? Bagi aku biasa je. Aku cuma cakap apa yang ada dalam fikiran aku..”
“Hmm, mungkin keputusan kau untuk bertunang memang sesuatu yang tepat. Kau semakin matang. Dan yang paling penting, kau makin bahagia. Muka tu pun berseri-seri. Best ek bertunang ni?”
Dahlia hanya tersenyum.
“Entahlah. Mungkin sebab diri aku dah mula fikirkan tentang masa depan. Tentang tanggungjawab yang bakal aku pikul lepas ni. Bukan mudah nak jadi seorang isteri tambah-tambah aku masih belajar...”
“Tapi itu kan pilihan kau....” Suria menyandarkan kepala pada bahu Dahlia.
“Yap, itu memang pilihan aku dan aku gembira dengan pilihan itu...”
“Untung Reza, dapat bakal isteri macam kau...”
Dahlia hanya senyum. Dalam dalam hati kadang kala singgah satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengambarkannya. Barangkali dia rasa gementar dan berdebar kut. Maklumlah mahu bertukar status dalam masa tak sampai dua bulan lagi.
“Macam mana persiapan perkahwinan kau?”
“Hmm,bolehlah. Ibu tak bagi aku sibuk sangat uruskan perkahwinan aku tu. Ibu suruh aku fokus pada pelajaran. Kau macam tak kenal ibu aku....”
“Hmm, Mak Long memang macam tu. Tapi betul juga. Kalau kau sibuk dengan hal lain, silap-silap pelajaran kau boleh terabai. So lebih baik urusan macam tu kau serah je pada orang tua. Senang. Kang bila tiba masa nak bernikah, kau duduk je atas katil tunggu Reza sarung cincin. Habis cerita...”
“Hmm...” Dahlia menjawab malas. Kepala turut dirapatkan pada kepala Suria yang landing elok di bahunya itu.
“Lia...”
“Hmm...”
“Pernah tak kau rasa, yang jodoh kau bukan dengan Reza?”
Dahlia mengangkat kepala memandang ke arah Suria. Suria turut sama mengangkat kepala.
“Lia, aku minta maaf. Mulut aku ni memang jahat. Aku tak patut tanya soalan macam tu. Aku tahu kau sayang sangat pada Reza dan Reza pun sayang sangat pada kau. Sorry Lia. Aku pun tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni hati aku rasa tak sedap hati..”
“Apa maksud kau?” Tanya Dahlia agak berdebar. Adakah Suria turut sama merasai apa yang dia rasa selama ini?
“Entahlah. Tapi kadang kala aku terfikir, mungkinkah jodoh aku dengan Amir akan sampai ke jinjang pelamin macam kau...”
Dahlia menarik nafas lega.
“Kau jangan banyak fikir sangat. Aku yakin Amir bukan jenis yang mudah beralih arah. Kau cuma perlu percaya pada jodoh. Kalau betul dia jodoh kau, tak kemana kan. Orang cakap, tak lari gunung dikejar...” Dahlia melentukkan kepala pada bahu Suria. Buai diayun perlahan.
“Aku harap-harap macam tu lah. Cuma kadang kala aku rasa jauh sangat dengan Amir. Yelah, dia kan tak ada di sini. Nak jumpa sebulan sekali tu bukan main susah. Usahkan jumpa, nak berbual melalui telefon pun susah....”
Dahlia mengosok tapak tangan Suria perlahan.
“Percaya pada takdir. Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebabnya. Ada hikmahnya. Allah tak menimpakan sesuatu kejadian itu tanpa sebab. Yang paling penting, kau harus percaya pada takdir. Kalau dia jodoh kau, insyaAllah dia tetap milik kau. Kalau dia bukan jodoh kau sekalipun, aku percaya, ada orang lain yang lebih baik, terbaik yang diciptakan untuk kau diluar sana...”
“Thanks...”
“Dont mention it..”
“Eh, boleh aku tanya sikit...”
“Apa dia?”
“Kau buat apa kat sini? Mak kau tahu tak kau datang merayap rumah aku ni?”
“Ala, mak aku tahulah. Lagi pun rumah aku bukan jauh pun. Sebelah rumah kau je. kita kan berkongsi pagar. Aku dah cakap dengan mak aku, aku nak tidur sini...”
“Ceh, bila aku jemput kau tidur rumah aku?”
“Tak jemput pun aku datang jugak. Aku tengok kau duduk termenung sorang-sorang kat sini. Tu yang aku datang...”
“Hmm, thanks....”
“What for?”
“Temankan aku kat sini...”
“Oh, dont mention it...”
Suria dan Dahlia saling berpandangan sebelum masing-masing ketawa kecil.

7 140 tukang karut:

ita mohamad said...

Hai cahaya.... ceta ni cam best gak tp ita lum faham sgt la, settle miss akmal n ariana huhuhu

Cahaya said...

ita>> kn baca dr mula kot baru paham..tp citer ni agak sadih sikit starting dia..miss akmal n ariana? heee kat fb adalah sy post teaser2 pendek.. :P

ita mohamad said...

Kat fb camne tu nk masuk

Cahaya said...

ita>> akak join group ni. http://www.facebook.com/groups/270264159742603/ sy selalu post teaser kat sini.

ita mohamad said...

Cahaya xudate pon , hari2 akk tunggu hihihi, x sabar tunggu novel ni terbit. Akk dh nk due date bsalin ni tunggu

Cahaya said...

ita>>lahhhh yeke? sori2. lately sy sibuk sikit. tak sempt nk post ape2. apa nama akak kat fb? nanti sy tag.

Cahaya said...

ita>>kak, sy dh update teaser kat group tu. tapi sikit jelah. enjoy :P

Post a Comment